IKBN.A1.11.05.2 (a)-Ujian Primary Test

4

Click here to load reader

description

electrical

Transcript of IKBN.A1.11.05.2 (a)-Ujian Primary Test

Page 1: IKBN.A1.11.05.2 (a)-Ujian Primary Test

Kod Kertas IKBN.A1.11.05.2 (A) Page 1 of 3

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARAKEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

TAHAP/KATEGORI A1

DUTI 11 – PAPAN SUIS

TASK 11.05 PENGUJIAN

OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAI

PELAJAR AKAN DITUNJUKKAN DENGAN CARA-CARA UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA PENGUJIAN SUNTIKAN PERTAMA

TAJUK UJIAN SUNTIKAN PERTAMA

TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN ;

1. Tujuan Ujian

2. Langkah-langkah Pengujian

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas -Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)

Page 2: IKBN.A1.11.05.2 (a)-Ujian Primary Test

Kod Kertas IKBN.A1.11.05.2 (A) Page 2 of 3

1. Tujuan Ujian Primary Injection

Tujuan utama ujian tersebut dijalankan adalah untuk membuat pemeriksaan samada sistem

perlindungan geganti dan alat ubah arus yang digunakan berfungsi dengan baik didalam system

PSU itu sendiri.Pada kebiasaanya pemeriksaan keatas peralatan perlindungan adalah penting

untuk meastikan system itu beroperasi dengan baik atau tidak.Setiap peralatan didalam sistem

perlindungan perlu diuji dengan baik contohnya alat ubah arus , geganti perlindungan jenis lewat

masa, IDMT dan sebagainya.

Setiap peralatan perlindungan bekalan elektrik adalah dilindungi oleh alat ubah arus yang

diletakkan pada busbar dan bekalan kabel.Ujian primary adalah untuk mengesan bahawa alat

ubah arus disambungkan dengan betul dengan polarity yang betul pada busbar.

Suntikan ujian utama menggunakan bekalan arus yang tinggi lebih kurang 500A .

2. Langkah-langkah pengujian

i. Dapatkan permit kerja (surat kebenaran untuk melakukan kerja tersebut) iaitu permit

untuk melakukankerja primary injection test.

ii. Tarikh untuk melaksanakn ujian primary test tersebut.

iii. Waktu mula dan tamat membuat ujian primary test tersebut.

iv. Lokasi papan suis utama tersebut.

3. Langkah-langkah keselamatan

Matikan (putuskan) bekalan dimana papan suis yang hendak diuji (ACB, isolater dan

sebarang punca bekalan masukan ke papan suis utama.

Pastikan tiada orang yang tidak berkaitan dengan kerja pengujian berada ditempat pengujian

tersebut. Kecuali orang yang terlibat dengan pengujian tersebut sahaja boleh dibenarkan

berada dikawasan tempat pengujian tersebut.

Pastikan pencahayaan dan peredaran udara ditempat pengujian berada didalam keadaan

yang sesuai dan selesa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas -Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)

Page 3: IKBN.A1.11.05.2 (a)-Ujian Primary Test

Kod Kertas IKBN.A1.11.05.2 (A) Page 3 of 3

Pastikan juga keadaan permukaan lantai ditempat kerja terhindar dari minyak yang

tertumpah, lopak (takungan air) dan sebagainya yang boleh melibatkan kemalangan seperti

tersadung jatuh atau sebagaimana risiko-risiko yang lain yang tidak dijangkakan.

Pastikan peralatan yang hendak digunakan berkeadaan baik.

Kepong kawasan tempat kerja dengan riben berbelang merah (merah putih) disekelilingnya

dan gantungkan tanda amaran bahaya. Ini bertujuan untuk mengelakkan orang-orang yang

tidak diingini dan tidak berkaitan menghampiri kawasan pengujian dan menggangu kerja-

kerja pengujian dijalankan.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MELAKUKAN UJIAN SUNTIKAN PRIMARY

Matikan putuskan punca bekalan masukan ke papan suis utama. Tujuan memutuskan

bekalan ialah untuk memudahkan kerja –kerja penyambungan clamping kabel primary

injection ke busbar masukan.( incoming busbar)

Melitar pintaskan pada basbar (red, yellow dan blue) outgoing dari ACB iaitu atas Current

transformer.

Clamping kabel dari alat uji primary ke basbar incoming papan suis utama.

Kepong kawasan tempat kerja dengan reben (berbelang merah dan putih), ini bertujuan

untuk mengelakan tiada sesiapa yang menghampiri kawasan ujian tersebut.

Membuat pemeriksaan dua kali pada penyambungan kabel primary ke basbar incoming

ACB. Tujuannya apabila memberi bekalan ke basbar, tidak ada berlaku apa-apa yang tidak

diingini berlaku seperti penyambungan yang tertanggal dan sebagainya.ampere yang diberi

lebih dari 1000 ampere.

Sambungkan plug top primary current injection test set pada soket alir keluar (socket outlet

240 volt) dan seterusnya onkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas -Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)