IKBN.A1.11.06.2 (A)-busbar coupler

4
Kod Kertas IKBN.A1.11.06.2(A) Page 1 of 4 INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK TAHAP/KATEGORI A1 DUTI 11 – PAPAN SUIS TASK 11.06 SENGGARAAN OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAI PELAJAR AKAN DITUNJUKKAN DENGAN CARA-CARA UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA SENGGARAAN KEATAS BUSBAR COUPLER TAJUK BUSBAR, BUS SECTION & BUS COUPLER TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN ; 1. Tujuan Ujian 2. Langkah-langkah Pengujian ------------------------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------- Modul 11-Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)

description

electrical

Transcript of IKBN.A1.11.06.2 (A)-busbar coupler

Page 1: IKBN.A1.11.06.2 (A)-busbar coupler

Kod Kertas IKBN.A1.11.06.2(A) Page 1 of 3

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARAKEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PENJAGA JENTERA ELEKTRIK

TAHAP/KATEGORI A1

DUTI 11 – PAPAN SUIS

TASK 11.06 SENGGARAAN

OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAI

PELAJAR AKAN DITUNJUKKAN DENGAN CARA-CARA UNTUK MENJALANKAN KERJA-KERJA SENGGARAAN KEATAS BUSBAR COUPLER

TAJUK BUSBAR, BUS SECTION & BUS COUPLER

TUJUAN KERTAS PENERANGAN INI AKAN MENERANGKAN ;

1. Tujuan Ujian

2. Langkah-langkah Pengujian

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)

Page 2: IKBN.A1.11.06.2 (A)-busbar coupler

Kod Kertas IKBN.A1.11.06.2(A) Page 2 of 3

1. Tujuan Ujian

Untuk memastikan bahawa busbar coupler boleh beroperasi dengan baik atau tidak dan ianya

a. Boleh dioperasikan (di‘ON’kan) dalam keadaan berbeban.

b. Tidak boleh dioperasikan (di‘ON’kan) dalam keadaan berbeban.

Jenis yang boleh di’ON’kan dalam keadaan beban tersambung pada litarnya adalah dari jenis yang mampu menahan percikan arka akibat dari penyambungannya manakala jenis yang tidak boleh di’ON’Kan dalam keadaan berbeban tidak mempunyai kemampuan menahan percikan arka.

Adalah dicadangkan supaya ‘Busbar Coupler’ di’ON’Kan dalam keadaan tanpa beban. Ini adalah untuk memanjangkan jangkahayat dan usianya untuk beroperasi membawa arus dan mengurangkan kekerapan senggaraan.

‘Busbar Coupler’ biasanya mempunyai empat kutub setiap unitnya untuk menyambungkan setiap busbar fasa (R, Y, B) termasuk busbar Neutral.

Panduan Pemasangan Dan Senggaraan ‘Busbar Coupler’

Sebelum membuka unit ‘Busbar Coupler’ dari Papan Suis Utama, perlu dipastikan keselamatan secukupnya. Bahagian busbar yang terdedah perlu ditutup dengan penebat atau dilindungi secukupnya bagi mengelakkan tersentuh.

Jika ‘Busbar Coupler’ dari jenis sambungan terus busbar dengan unitnya, Papan Suis Utama perlu di’OFF’Kan dan dibuang cas serta dibumikan busbarnya sebelum kerja-kerja membuka unit ‘Busbar Coupler’ boleh dilakukan.

‘Busbar Coupler’ dari jenis seperti Pemutus Litar Udara (ACB), bolehlah dijalankan kerja-kerja senggaraan dengan mudah seperti kerja-kerja mengeluarkan sebuah Pemutus Litar Udara untuk disenggarakan.

Sambungan ikatan ‘Busbar Coupler’ pada busbar mestilah dipastikan dalam keadaan sentiasa ketat dan kukuh supaya boleh membawa arus dengan sepenuhnya tanpa apa-apa masalah ketika digunakan.

Lincirkan bahagian yang perlu dengan ‘Petroleum Jelly’ (Vaseline) supaya pergerakan untuk pengsuisannya sentiasa lancar.

Lakukan Ujian Keterusan dan Ujian Penebatan bagi memastikan ‘Busbar Coupler’ dalam keadaan baik untuk digunakan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)

Page 3: IKBN.A1.11.06.2 (A)-busbar coupler

Kod Kertas IKBN.A1.11.06.2(A) Page 3 of 3

Gambar menunjukkan Pemegang Pengsuisan ‘Busbar Coupler’

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Modul 11-Kertas Penerangan Kursus Penjaga Jentera Elektrik A1 2004 (Versi 1)

Kekuncikaitpunca

Pemegang pengsuisan