IKLAN JAWATAN KOSONG PENYELIDIK GRED Q41 DI · PDF filerawatan air kumbahan bagi mengurangkan...
Transcript of IKLAN JAWATAN KOSONG PENYELIDIK GRED Q41 DI · PDF filerawatan air kumbahan bagi mengurangkan...
IKLAN JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERIKANAN GRED G41 (SAMBILAN) DI
JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA, KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM
SEKITAR.
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan
bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Perikanan Gred G41 di Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar.
(a) Jawatan : Pegawai Perikanan Gred G41
Kementerian : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Bilangan kekosongan : Dua (2) di Jabatan Taman Laut Malaysia,
Aras 11, Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar, Putrajaya.
Klasifikasi : Perkhidmatan Am
Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Pengurusan dan Profesional
Taraf Jawatan : Sambilan
(b) Tangga Gaji Perlantikan : G41: P1T1 RM1694.45
Gaji Harian : RM 73.67 sehari
I.T.K.A Harian : RM 13.04 sehari
B.S.H Harian : RM 13.04 sehari
Gaji Bulanan Maksimum : (Tidak melebihi 23 hari bekerja)
RM 2,294.25 sebulan.
(c) Kemudahan:
i. Rawatan perubatan di hospital dan klinik kerajaan; dan
ii. Bayaran wad di hospital kerajaan mengikut gred jawatan yang
Pekerja Sambilan itu disandarkan tetapi tidak melebihi kelas dua.
iii. Rawatan tidak termasuk suami/isteri dan anak kepada pekerja.
iv. Kemudahan perubatan ini tidak meliputi pembekalan alat-alat
orthopedic, anggota palsu dan rawatan pergigian otodontik bagi
tujuan kosmetik.
(d) Syarat Lantikan:
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
iii. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kepujian
dalam bidang Sains dari yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya. (Keutamaan diberikan kepada calon
dari jurusan Sains Marin).
iv. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.
(e) Deskripsi tugas:
i. Menyediakan sistem pangkalan data bagi mewujudkan sistem
perkongsian maklumat yang efektif antara penyelidik, pihak yang
mengurus Taman Laut dan pihak berkepentingan lain.
ii. Mengumpul, menganalisis dan dan mengkaji penghasilan data
secara berterusan dari kesemua sumber mengenai kajian-kajian
yang pernah, sedang dan akan dijalankan di kawasan perairan
Taman laut.
iii. Menganjurkan bengkel-bengkel peringkat kebangsaan bagi
menghasilkan Dokumen Strategi Taman Laut Kebangsaan dan
memastikan Dokumen ini dipersetujui dan ditandangani oleh
semua pihak berkepentingan.
iv. Menyediakan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kerjasama
dan persefahaman dalam pengurusan dan polisi Taman Laut.
v. Merancang dan menjalankan kajian berkenaan integrasi antara
eco-tax dan caj pemuliharaan di Taman Laut.
vi. Merancang program berasaskan ”fund-raising” di mana pelawat
dan dan pengusaha pelancongan boleh menyumbang dari segi
kewangan (secara tidak langsung) bagi aktiviti-aktiviti
pemuliharaan.
vii. Memeriksa aplikasi mekanisme kewangan sedia ada bagi
menggalakkan industri kecil dan sederhana terlibat dalam
pelaburan sektor alam sekitar.
viii. Membuat replikasi berkenaan penyusunan perancangan dan
institusi yang telah dibentuk di lain-lain Kawasan Larangan Taman
Laut (Marine Protected Areas) di Malaysia.
ix. Memformulasi pelan pengurusan bersama dengan komuniti
setempat dan kerajaan tempatan.
x. Menggalakkan kerjasama pengusaha pelancongan untuk
berurusan terus dengan petugas Taman Laut dan memastikan
pengusaha pelancongan mempunyai kapasiti dan insentif untuk
melaksanakan amalan terbaik bagi memulihara biodiversiti marin.
xi. Memastikan perancangan, pembangunan dan identifikasi teknologi
rawatan air kumbahan bagi mengurangkan discaj air kumbahan
dari pulau-pulau di sekitar Taman Laut.
xii. Memastikan perancangan bagi pengutipan dan pelupusan minyak
dan gris dari dapur dan vesel perikanan bagi mengurangkan
pencemaran minyak di perairan Taman Laut.
xiii. Mempromosikan standard-standard peringkat antarabangsa bagi
pengurusan Kawasan Larangan Taman Laut.
xiv. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah Jabatan Taman Laut
dari masa ke semasa.
(f) Cara memohon:
i. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan
jawatan yang boleh didapati secara percuma di Jabatan Taman
Laut Malaysia, Aras 11, Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar dan sila berjumpa dengan pegawai bertugas (Puan Intan
Suhana Idris) atau dimuat turun daripada laman web Jabatan
Taman Laut Malaysia (www.dmpm.nre.gov.my). Permohonan
yang tidak menggunakan borang tersebut akan ditolak.
ii. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah di hantar
dalam sampul surat 32cm x 22 cm dan ditulis NAMA JAWATAN
DI SUDUT ATAS SEBELAH KIRI SAMPUL SURAT DENGAN
MENYERTAKAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG DISAHKAN.
(a) Sekeping gambar berukuran passport
(b) Salinan Kad Pengenalan baru
(c) Salinan Sijil Kelahiran; dan
(d) Salinan Sijil/Kelulusan Persekolahan
iii. Permohonan yang tidak lengkap seperti berikut akan DITOLAK:
(a) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
(b) Tidak lengkap dan terang;
(c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan
dalam iklan;
(d) Borang tidak ditandatangani.
iv. Permohonan hendaklah sampai di alamat berikut sebelum atau
pada 24 Julai 2009 (Jumaat):
UNIT PENGURUSAN PROJEK
PROJEK GOM-UNDP/GEF
JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
ARAS 11, BLOK 4G3, PRESINT 4,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62574 PUTRAJAYA.
Catatan Am:
Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.
Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas iklan
jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.