Ilusi optik
-
Upload
mohd-ridzuan-abdul-manaf -
Category
Design
-
view
479 -
download
0
Transcript of Ilusi optik
Perhatikan pada garisan-garisan putih di bawah. Dapatkah anda lihat bintik-bintik hitam di dalam
bulatan-bulatan putih?
Apa yang berlaku?
Anda akan dapat lihat bintik-bintik hitam berkerlipan. Keadaan ini berlaku kerana minda anda terkeliru antara bahagian yang cerah dan
gelap dalam imej ini. Disebabkan itu minda anda telah mentafsirkan terdapat bintik-bintik hitam di
dalam bulatan-bulatan putih.
Keliru bukan?
Apa yang berlaku?
Sebenarnya, kedua-dua bintik jingga di atas adalah daripada saiz yang sama.
Untuk menentukan saiz, minda kita akan membandingkan objek tersebut dengan
persekitarannya. Ini secara langsung telah menyebabkan bintik jingga yang dikelilingi oleh bintik-bintik kecil kelihatan lebih besar daripada bintik jingga yang dikelilingi oleh bintik-bintik
yang lebih besar.
Apa yang berlaku?
Ini adalah hasil daripada imej yang samar atau tidak pasti - boleh dilihat dari pelbagai sudut dan memberikan pelbagai tafsiran. Dapatkah
anda melihat pasu bunga dan dua wajah manusia?
Apa yang berlaku?
Ini pula adalah ilusi optik yang menyebabkan bulatan-bulatan di atas seperti sedang berputar. Corak dan pencahayaan telah merangsang sel-sel di minda yang mengesan pergerakan dan
menyebabkan minda mentafsir ia sebagai sedang berputar.
Letakkan jari telunjuk anda secara menegak lebih 10cm dari hidung anda.
Tutup kelopak mata kiri anda. Kemudian buka kelopak mata kiri, dan tutup kelopak mata kanan.
Apa yang dapat anda perhatikan?
Apa yang berlaku?
Jari telunjuk anda telah berjaya melompat tanpa anda menggerakkannya!
Ini kerana mata kanan akan lebih melihat ke kanan, manakala mata kiri akan lebih melihat ke
kiri. Minda anda pula bertindak dengan
menghasilkan imej 3D daripada imej yang dilihat dari kedua-dua belah mata. Ini adalah untuk membantu dalam menganggarkan saiz
dan jarak sesuatu objek.
Perhatikan bulatan ditengah selama 10 saat kemudian gerakkan pandangan anda. Anda akan lihat bulatan tersebut terapung dan terasing dari
latarbelakangnya.
Ini yang paling menarik! Cuba lihat reaksi muka di kiri dan kanan. Reaksi muka di sebelah kiri agak menakutkan manakala di sebelah kanan
menunjukkan reaksi muka yang tenang
Sekarang, cuba anda berundur lima langkah kebelakang. Perhatikan reaksi muka kedua-dua gambar tersebut. Pastinya mengejutkan anda!