PENGAPLIKASIAN ILUSI OPTIK DALAM SENI PEMASANGAN
Transcript of PENGAPLIKASIAN ILUSI OPTIK DALAM SENI PEMASANGAN
PENGAPLIKASIAN ILUSI OPTIK DALAM SENI PEMASANGAN
Ahmad Mustaqiim Bin Che Mohd Tarmizi
N 6494 156 AH286 2016
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Seni Halus)
2016
ftsat Mid" Mtldaioat Akadeetik UNIVERSIT1 MALAYSIA SARAWA1f
PENGAPLIKASIAN ILUSI OPTIK DALAM SENI PEMASANGAN
Ahmad Mustaqiim Bin Che Mohd Tarmizi
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
( Seni Halus )
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2016
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade:
Please tick (' Final Year Project Report MastersPhD
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the ..... 101*
..... day of... VuNý.... 2016
Student's Declaration:
ý 0 0
I, AHMAD MUSTAQIIM BIN CHE MOHD TARMIZI (35341), Faculty of Applied and Creative Artshereby declare that the work entitled PENGAPLIKASIAN ILUSI OPTIK DALAM SENI PEMASANGANis my original work. I have not copied from any other students' work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has
any part been written for me by another person.
L
1,011, alaNFaCrºsDate submitted AHMAD MUSTAQIIM BIN
CHE MOHD TARMIZI (35341)
Supervisor's Declaration:
IENCIK MOHD ZAMHARI ABOL HASSANhereby certifies that the work entitled PENGAPLIKASIAN ILUSI OPTIK DALAM SENT PEMASANGAN was prepared by the above named student, and was submitted to the FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS as a *
. gºrtiai/full fulfillment for the conferment of IJAZAH SARJANA MUDA SENT GUNAAN DENGAN KEPUJIAN (SENT HALUS), and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work.
I
Received for examination by: ý_ýi Date: to ýEýý6 '
i
Encik MohdZamhariAbol Hassan
I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (N)):
ENFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)* 3STRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)* MEN ACCESS
Validation of Project/Thesis
I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and rights as follows:
" This Project/Thesis is the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). " The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the
purpose of academic and research only and not for other purpose. " The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the
content for the Local Content Database. " The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the
Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.
" No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.
" This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed- to any party by the student except with UNIMAS
permission.
I
Student signature !: ! ` Supervisor signature:
äjroc sErt6 )
Current Address:
715, DEPAN KLINIK KAMPUNG SUNGAI PINANG 16040 TUMPAT KELANTAN
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as annexure a letter from the organisation with the period and reasons of confidentiality and restriction.
ii
PENGESAHAN
Projek bertajuk PENGAPLIKASIAN ILUSI OPTIK DALAM SENI PEMASANGAN telah
disediakan oleh AHMAD MUSTAQIIM BIN CHE MOHD TARMIZI dan telah diserahkan
kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda
Seni Gunaan dengan Kepujian Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian ( Seni Halus ).
Diterima untuk diperiksa oleh:
(ENCIK MOHD ZA), GIAHRI/ABOL HASSAN)
Tarikh:
1 9 '3c"-4 2a ( Co ý
III
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah rahmat serta masa dan tenaga yang dikurniakan oleh Allah S. W. T kepada
saya dapat saya laksanakan kajian dan penghasilan karya peribadi saya. Kepada kedua ibu dan
bapa yang tersayang, jutaan penghargaan atas jasa yang diberi dari motivasi, kasih sayang, dan
kewangan sepanjang pengajian saya di Universiti Malaysia Sarawak.
Jutaan penghargaan juga diberikan kepada UNIMAS dan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
(FSGK) di atas kesudian menerima saya sebagai mahasiswi dan memberi peluang pendidikan
kepada saya. Jutaan terima kasih juga kepada Dekan FSGK, Dr Wan Jamarul Imran Wan
Abdullah Thani dan warga kakitangan fakulti yang banyak membantu secara langsung dan tidak
langsung. Tidak dilupakan kepada pensyarah Seni Halus yang banyak membimbing saya dalam
setiap pembelajaran dan segala tunjuk ajar dalam bidang ini terutamanya kepada penyelia saya
iaitu Encik Mohamad Zamhari Abol Hassan atas kesudian menerima saya sebagai pelajar di
bawah seliaan beliau serta segala tunjuk ajar, nasihat dan motivasi sepanjang pelaksanaan kajian
dan projek tahun akhir ini. Selain itu, terima kasih kepada seluruh pensyarah program Seni Halus
atas kritikan dan nasihat yang membina dalam mengembangkan kualiti dan pemahaman saya
dalam pembelajaran serta karya saya.
Seterusnya tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat saya yang turut memberi pandangan
dan bantuan sepanjang saya menjalankan kajian dan projek tahun akhir, sama ada dalam bentuk
motivasi, kewangan dan sebagainya. Terima kasih di atas segala kesudian dalam memberi buah
fikiran dan memberi kritikan yang membina. Akhir sekali, terima kasih tidak terhingga atas
kesudian bagi pihak yang secara langsung dan tidak langsung dalam perjalanan kajian dan projek
iv
tahun akhir saya di atas bantuan dan suntikan semangat kepada saya agar meneruskan cita-cita
untuk berkarya.
V
Punt Khida4at Mi{vYrat Aksdevik UIYIVERSt17 MALAYSIA SARAWAK
ISI KANDUNGAN
PERKARA
Borang Pengesahan Status Laporan
Pengesahan Penyelia
Penghargaan
Isi Kandungan
Senarai Rajah
Abstrak
BAB 1: PENGENALAN
1.0 Pengenalan
1.1 Pemyataan Masalah
1.2 Persoalan Kajian
1.3 Objektif Kajian
1.4 Hipotesis Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
BAB 2 : KAJIAN LITERASI
2.1 Pengenalan
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Kaedah Pengumpulan Data
3,3 Eksperimentasi Visual dan Lakaran
HALAMAN
iii
iv
V1
Viii
X
1
4
4
5
5
5
7
12
12
13
VI
BAB 4: DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 15
4.2 Analisis Jenis Instalasi dan Seni Optik dalam Seni Kontemporari 15
4.3 Mengenalpasti Kaedah Instalasi Pilihan ke dalam Karya 19
4.4 Proses Penghasilan Karya 22
BAB 5 : KESIMPULAN
5.1 Rumusan 34
RUJUKAN 39
LAMPIRAN 41
VII
SENARAI RAJAH
BIL. NAMA RAJAH
1. Rajah 4.1
2. Rajah 4.2
3. Rajah 4.3
4. Rajah 4.4
5. Rajah 4.5
6. Rajah 4.6
7. Rajah 4.7
8. Rajah 4.8
9. Rajah 4.9
10. Rajah 4.10
11. Rajah 4.11
12. Rajah 4.12
13. Rajah 4.13
14. Rajah 4.14
15. Rajah 4.15
16. Rajah 4.16
17. Rajah 4.17
18. Rajah 4.18
19. Rajah 4.19
20. Rajah 4.20
21. Rajah 4.21
22. Rajah 4.22
23. Rajah 4.23
24. Rajah 4.24
25. Rajah 4.25
Zing 1, Bridget, 1971
Vasarely Zebras, 1937, animal painting Richard Allen, 1966, Untitled
Mengenalpasti istilah dan sejarah Seni Op
Adam Seales, Pierre Baethelomeau dan Paul Van
Damien Gilley
Lakaran awal motif Lakaran bentuk pemasangan karya
Penghasilan bentuk mock-up Proses penghasilan bentuk karya
Proses penghasilan bentuk karya
Proses melicinkan permukaan plywood Permukaan turut dikemaskan dengan pati kayu
Proses menampalkan lubang pada plywood
Proses menutup kecacatan plywood
Penyusunan bentuk karya
Penyusunan bentuk karya
Penghasilan tapak karya
Tapak perletakan bongkah-bongkah karya
Proses mengenalpasti cantuman bongkah karya
Proses mengecat latar karya
Analisis motif-motif karya
Lakaran eksperimentasi motif pilihan Mengenalpasti kaedah penghasilan corak
Eksperimentasi digital
HALAMAN
16
17
18
19
20
21
22
23
24
24
25
26
27
27
28
29
29
30
30
31
31
32
32
33
34
viii
26. Rajah 4.26 Mengenalpasti potensi motif
27. Rajah 4.27 Pancaran motif karya
28. Rajah 4.28 Mengenalpasti sudut motif
29. Rajah 4.29 Proses melakar dan melukis corak
30. Rajah 4.30 Proses mengecat dan mencorak karya
31. Rajah 4.31 Karya sebelum proses kemasan
32. Rajah 4.32 Pemasangan karya akhir
33. Rajah 4.33 Hasil karya akhir "False Belief'
ix
ABSTRAK
Pengkajian mengenai corak ilusi yang diaplikasikan dalam bentuk animasi yang
menghasilkan ilusi dan "permainan retina". Perspektif digunakan sebagai asas untuk
menghasilkan corak-corak ilusi yang menyampaikan tujuan pengkaji mengenai kepelbagaian
pandangan terhadap diri pengkaji dari pelbagai persepsi. Dalam karya ini, pengkaji menceritakan
tentang pengalaman diri daripada pandangan masyarakat daripada luarannya.
X
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Seni instalasi adalah sebuah cabang sem rupa selain lukisan grafik dan patung
yang belum begitu banyak dikenal dalam kalangan masyarakat. Seni pemasangan
yang tergolong dalam karya seni rupa tiga dimensi ini banyak juga disertakan dalam
pameran seni rupa di ruang-ruang seni. Apabila dilihat dari sudut pandangan lurus,
instalasi 3Dimensi (3D) akan terlihat seperti dua dimensi. Tetapi apabila dilihat dari
sudut lain, audiens akan menyedari bahawa itu semua adalah hasil daripada ilusi
optik. Seni optik juga mempunyai skop yang sangat komprehensif dan perletakannya
sangat menekankan pelbagai sudut pandangan bertujuan untuk berinteraksi dengan
mata manusia (Parola : 1969). Di samping itu, corak yang dihasilkan juga boleh
menghasilkan pergerakan dalam ruangan yang diletakkan dengan mengubah pelbagai
reka corak serta mengikut kesesuaian arah sudut pandangan.
Seni instalasi dikenali juga sebagai seni pemasangan adalah seni yang terhasil
dengan kaedah memasang, menyatukan, dan mengkontruksi sejumlah benda yang
dianggap boleh merujuk pada suatu konteks kesedaran makna tertentu. Pemasangan
merupakan salah satu kaedah persembahan seni visual dalam satu ruang nyata. Area
seni pemasangan dipersembahkan dengan menyusun objek-objek seni seperti area,
lukisan, cetakan atau catan dalam satu komposisi yang telah dirancang oleh
pengkarya. Seni pemasangan mempunyai dua bentuk iaitu kekal dan sementara di
mana seni pemasangan kekal bersifat solid mempunyai struktur dan
1
pemasangansementara (temporary) biasanya dibuat secara responsif walaupun tidak
semua karya bersifat responsif.
Menurut Cat Hope dan John Ryan dalam Digital Art `An Introduction to New
Media' dalam seni pemasangan, ruang merupakan unsur utama dalam karya seni
berasaskan bentuk3D. Ia sering berspesifik dan melibatkan persepsi penonton dari
ruang yang ditentukan sebagai titik asas penglibatan dengan karya. Karya artis aliran
Surealisme dan Dada ketika dalam sejarah seni moden seperti Marcel Duchamps
atau pelukis Jerman Kurt Shwitters (1887-1948), Merz mengatakan seni
pemasangan amat digemari oleh para seniman konseptual dari tahun 1960 di mana
kehebatan artis mengatasi keprihatinan tentang bentuk. Seni pemasangan mempunyai
kualiti yang mendalam dan boleh melibatkan pelbagai jenis imej pegun atau
bergerak, permukaan, pencahayaan, persekitaran realiti maya, internet dan suara.
Karya-karya oleh artis seperti Amerika Multimedia, Tony Oursler (1957) misalnya
mengintegrasikan idea-idea berinovasi unjuran yang hanya boleh ditunjukkan dalam
persekitaran pemasangan. Contohnya Blue White State (1997) ciri-ciri karya yang
menunjukkan boneka gambar kain abstrak seseorang yang telah jatuh dari atas
kerusi.
Pemasangan turut merupakan salah satu eksperimen persekitaran seperti
dalam 'seni kinetik' yang merangkumi seni optik dan pergerakan karya seni lain
dengan ketara dibantu oleh penglibatan tekmologi komputer. Pemasangan selalunya
akan menyerap teknologi digital tetapi tidak sering dikaitkan dengan seni. ContohnyaI
dalam 'pemasangan digital' (Wand 2006 : 100) ada satu komponen penting dalam
seni digital. Artis British Lei Cox (1965) telah membuat karya pemasangan yang
2
menampilkan kedua-dua lukisan video dan objek interaktif di mana pengimejan
digital menciptakan hibrid dalam landskap yang menarik.
Menurut buku Optical Art Theoryand Practice oleh Rene Parola, lukisan
optik boleh mengambil pelbagai bentuk tetapi terdiri daripada persepsi bukan
objektif. Kesederhanaan adalah ciri-ciri utama dan yang paling penting `subject
matter' adalah abstrak dan terdiri daripada bentuk geometri, corak mekanikal, skrin
dan kesan sasaran. Unsur abstrak subjek juga disusun dengan cara yang baru. Seni
Op atau juga dikenali dengan nama seni optik adalah gaya seni visual yang
menggunakan ilusi optikal.
Dalam buku An Optical Artists 'Exploring Patterns and Symmetry' oleh Greg
Roza, perkataan optik adalah yang berkaitan dengan mata yang memberi fokus seni
lebih kepada bagaimana sesuatu karya itu dilihat daripada subjek karya tersebut. Seni
optik adalah bentuk seni di mana warna dan bentuk yang digunakan untuk membuat
kesan visual pada penglihatan yang akan memberi reaksi kepada otak. Artis optik
turut mencuba untuk membuat kesan yang mengelirukan, menarik atau ditokok
tambah dalam karya mereka. Seni rupa optik adalah sebuah metode melukis yang
mengkhususkan diri pada interaksi antara ilusi dan gambar bidang. Seni optikal
adalah kaedah melukis yang memperhatikan interaksi antara ilusi dan
menggabungkan pengertian serta penglihatan. Seni ini bersifat abstrak, kebanyakan
berbentuk potongan yang hanya dibuat dengan warna hitam dan putih.
IPenulis buku Advance In Phychology `Perception And Artistic Style'
D. M. Parker dan J. B. Deregowski menyatakan seni optik bergantung semata-mata
pada penonton untuk menghasilkan kesan visual yang timbul dari persepsi
3
permukaan objektif statik gambar, manakala dalam gerakan seni kinetik kerja itu
sendiri bergabung dengan persepsi penonton untuk menghasilkan kesan visual yang
baru dan mungkin tidak tetap. Seni optik berasal dari seni optik mengelirukan seperti
karya yang kebanyakannya dipanggil ilusi optik. Beberapa kesan dalam karya
memanfaatkan sifat-sifat yang benar-benar optik daripada sistem visual yang
melibatkan mekanisme visual yang terletak di laluan retina-otak dan struktur iaitu
bahagian yang benar-benar neutral. Seni optik dan instalasi mempunyai dua
gabungan seni yang memiliki kualiti dinamik yang membangkitkan citra ilusi dan
sensasi pada penonton yang terjadi pada struktur fizik mata ataupun otak.
1.2 Pernyataan Masalah
Menurut D. M. Parker dan J. B. Deregowski, persepsi penonton untuk menghasilkan
kesan visual yang baru dan mungkin tidak tetap. Oleh itu, pengkaji mahu mengkaji
kesan visual dengan menggunakan perscpsi daripada corak ilusi yang'dihasilkan oleh
pengkaji sendiri.
1.3. Persoalan Kajian
1. Apakah jenis pemasangan yang sesuai untuk seni optik?
2. Apakah kaedah pemasangan pilihan untuk digunakan dalam seni optik?.
3. Bagaimanakah jenis pemasangan pilihan diaplikasikan dalam karya akhir?
4
Pwat KWimoMalcl dAlaiem& UNIVLR3Ti1 MAt. AYSiA SARAwAK
1.4 Objektif Kajian
1. Menganalisis pelbagai jenis pemasangan dalam semi kontemporari.
2. Mengenalpasti kaedah pemasangan pilihan yang berpotensi untuk
mengadaptasi seni optik dalam karya.
3. Mengaplikasikan dapatan kajian dalam bentuk karya akhir.
1.5 Hipotesis Kajian
a) Pengkaji menjangkakan penghasilan sebuah karya kontemporari yang
mengaplikasikan teknik ilusi optik dalam semi pemasangan yang terpilih.
b) Menghasilkan karya berasaskan kaedah yang terpilih melalui ekperimentasi
lakaran visual.
1.6 Kepentingan Kajian
1. Penonton
Kajian ini diharapkan dapat memberi gabungan keilmuan yang bermanfaat
dalam pengaplikasian karya ilusi optik dalam seni instalasi. Pengkaji juga berharap
penonton turut dapat memahami tujuan karya dihasilkan serta responsif yang
memberangsangkan dalam pengkaryaan seni. visual. Penonton dapat memahamiI
karya berkaitan seni optik dan instalasi serta penerimaan audiens terhadap gabungan
kedua-dua seni optik dan instalasi memberi impak positif terhadap penghasilan karya
dalam seni rupa.
5
2. Masyarakat
Penerimaan masyarakat terhadap penyerapan teknik ke dalam tujuan seni
visual merupakan satu kepentingan bagi pengkaji. Masyarakat dapat mempelajari
dan mengetahui dengan lebih luas berkaitan dengan penggunaan seni instalasi dan
seni optik dalam mengaplikasikan ke dalam karya seni rupa. Selain itu, masyarakat
dapat menyelami dan menghayati konsep baru yang akan diaplikasikan oleh pengkaji
bahan subjek pada karya. Teknik dan gabungan semi yang digunakan dalam sesuatu
karya yang dihasilkan membolehkan masyarakat menilai dan menikmati karya yang
dipersembahkan.
3. Penyelidik
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji penting untuk penambahbaikan dalam
penghasilan karya peribadi pengkaji. Pengkaji mendapatkan pemahaman dalam
penghasilan karya serta pengetahuan dalam kajian yang dilakukan. Di samping itu,
pengkaji dapat mempersembahkan idea -dan pendapat dalam konteks kajian seni
visual serta mempamerkan hasil karya pengkaji. Pengkaji turut mendapatkan kaedah
atau teknik baru dalam penghasilan karya yang digunakan dalam karya seni rupa.
Kajian ini penting kepada penyelidik untuk meningkatkan tahap penggunaan dan
menambahbaikan dalam gabungan seni optik dan pemasangan dalam karya yang
dihasilkan oleh pengkarya seni. Melalui kajian ini, penyelidik dapat mengenalpasti
cara untuk meluaskan penggunaan seni optik dan pemasangan dalam sesebuah karya
yang dipersembahkan.
6
BAB 2
KAJIAN LITERASI
2.1 Pengenalan
Sorotan daripada kajian lepas banyak menulis berkait rapat dengan
penyelidikan pengkaji iaitu mengenai pengaplikasian seni optik dan seni
pemasangan. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih beberapa buah buku rujukan
sebagai rujukan dalam kajian ini. Menurut buku yang ditulis oleh Allan Kaprow
'Essay On The Blurring Of Art And Life' menyatakan seni optik menguatkan teori
warna Pointilisme melalui Albers dan permainan retina dari Dunchamp Roto Relief.
Motif dan susunannya tetap konveksi, mengulangi corak yang lebih dalam telah
diserap semula oleh artis seni optik. Kandungan buku ini memudahkan pengkaji
untuk lebih memahami tentang pergerakan dan motif seni optik. Walaupun terdapat
perbezaan yang tidak ketara dari masa lalu gaya ini (dan dalam Hard Edge juga),
kesan berterusan seni optik bukan wajäh baru. Kepentingannya terletak dalam
penciptaan baru yang lebih ketara, jurang antara ilusi gerakan kromatik dan
rangsangan biasanya statik yang sama boleh dikatakan untuk manifestasi kinetik.
Selain itu, pengkaji turnt merujuk buku `Op Art Perceptions of Reality' oleh
Christine Michelle Humphrey. Buku ini berkisarkan tesis dan pameran yang
mengkaji hubungan antara neurobiologi dan seni optik. Penjelasan neurobiologi
kesan seni optik dieksplorasi sebagai satu Cara untuk menawarkan wawasan ke dalam
proses minda manusia dan mata, serta untuk memberikan penjelasan tentang
fenomena optik yang menarik bagi para seniman seni optik. Bab awal memberikan
gambaran keseluruhan seni optik yang bertujuan untuk menawarkan penonton dalam
7
konteks untuk memahami kerja-kerja seni optik. Dalam buku ini, pengkarya Cryil
Barrett mengatakan istilah 'Op' mula digunakan dalam artikel majalah Time 'Op Art
Pictures that Attack the Eye' dari 1964. Barrette mengkaji apa yang membezakan
optik dari seni lain di dalam buku seni optik dan mendakwa bahawa "seni ini dibuat
menggunakan kesan optik tertentu". Penjelasan ini mungkin kelihatan seolah-olah ia
boleh digunakan untuk mana-mana seni tetapi Barrette menjelaskan, seni optik
datang dari 'evolusi abstrak ". Sejarah perkembangan seni optik boleh disusur
kembali sejauh impresionis dan kebimbangan terhadap cahaya dan wama. Ciri-ciri
seni optik mengikut Barrette adalah "pengulangan unsur yang mudah, pengiraan,
penggunaan warna pelengkap, pengecualian merangka perspektif dan kekaburan dan
persepsi pengulangan langsung tanpa simbolisme. Kebanyakan artis seni optik
menggunakan warna hitam dan putih termasuk Bridget Riley dan Victor Vasarely.
Fall Riley, termasuk dalam seni optik: persepsi realiti adalah satu contoh Barrette
merujuk ke dalam bukunya sebagai "struktur periodis" yang merupakan pengulangan
corak geometri.
Pengkarya turut menjadikan artikel sebagai rujukan dalam kajian ini. Dalam
artikel yang bertajuk Op Art and Visual Perception yang ditulis oleh Nicholas J
Wade menyatakan suatu usaha dilakukan untuk menyenaraikan fenomena visual
dieksploitasi dalam seni optik. Ini termasuk imej, kesan grid Hermann, pengumpulan
prinsip Gestalt , kabur dan pergerakan disebabkan oleh turun naik astigmatik, kilau
dan aliran mungkin disebabkan oleh pergerakan mata dan ketekunan pendengaran.I
Asal-usul sejarah fenomena ini juga turnt dinyatakan. Di samping itu, Johannes M.
Zanker, Robin Walker menyatakan dalam artikel `A new look at Op art: towards a
simple explanation of illusory motion' ilusi gerakan Vivid dibuat oleh beberapa
8
lukisan seni optik berada di tengah-tengah perdebatan ilmiah tentang kemungkinan
mekanisme yang mungkin mendasari fenomena ini. Ia adalah bukti daripada
pendekatan baru yang menggabungkan penilaian persepsi dari ilusi dan pengamatan
pergerakan mata dengan simulasi aliran optik induksi baru yang muncul. Karya
corak seni optik akan menghasilkan pengagihan isyarat gerakan yang menyerupai
kesan persepsi yang dialami oleh pemerhati. Gabungan bukti eksperimen dan
komputasi menyokong pandangan bahawa ilusi itu memang disebabkan oleh anjakan
imej sukarela dikesan oleh pengesan gerakan peringkat rendah, dan seterusnya
menunjukkan bahawa isyarat gerak koheren adalah penting untuk melihat dunia yang
stabil.
Pengkaji juga merujuk buku `Understanding Installation Art' oleh Duchamp
to Holzer. Di dalam buku ini penulis menulis berkaitan seni pemasangan yang
merungkai dan mendekonstruksi medium seni. Ketika audiens berfikir tentang seni
pemasangan audiens mungkin akan membayangkan persekitaran yang besar dan
membingungkan, seperti multi-media. Tetapi projek pemasangan yang diketahui
paling awal di dunia diciptakan ribuan tahun yang lalu di dinding gua di Lascaux,
Perancis. Walaupun genre telah berkembang sejak itu, dorongan utama - dialog
antara artis dan ruang adalah tetap sama. Memahami seni pemasangan, Mark
Rosenthal menawarkan tafsiran sejarah dan analisis kritikal ringkas yang akan
membantu meningkatkan penghayatan pembaca media yang sering membingungkan.
Memetik contoh-contoh seperti Sistine Chapel, Colonial Williamsburg, Robert
Smithson's Spiral Jetty, and Vito Acconci's Seedbed dan jugs karya-karya oleh
Richard Serra, Rebecca Horn, Claes Oldenburg, Jenny Holzer dan Bruce Nauman,
penulis mendefinisikan seni pemasangan sebagai media dengan kemungkinan yang
9
luas untuk bersuara, penghargaan universal, dan demokrasi. Penulis mencipta suatu
klasifikasi subjek baru, mengenalpasti empat bentuk tertentu iaitumenelaah,
peniruan, campur tangan, serta pemulihan hubungan dan menunjukkan bagaimana
seni pemasangan mengemudi konsep ruang seni dalam arah yang baru dan menarik.
Pengkaji menggunakan rujukan buku From Margin to Center: The Spaces of
Installation Art yang membahaskan seni pemasangan tidak mempunyai kewujudan
autonomi seperti karya seni tradisional. Karya seni pemasangan biasanya dibuat di
tapak pameran, dan esensinya adalah penyertaan penonton. Seni pemasangan berasal
sebagai bentuk seni radikal dibentangkan hanya di ruang seni alternatif; asimilasi ke
dalam muzium dan galeri. Langkah seni pemasangan dan margin ke pusat dunia seni
telah menjangkau jauh kesan ke atas kerja-kerja yang dibuat. Kajian `buku-panjang'
pertama seni pemasangan, Julie Reiss menumpukan kepada beberapa tokoh sentral
dalam kemunculannya termasuk antis, pengkritik dan kurator. Fokus utama penulis
adalah pemasangan dibuat di New York City yang mempunyai sejarah yang sangat
kaya dengan seni pemasangan pada awal 1950-an. Buku ini dapat memberi
penjelasan kepada pengkaji dari `Environment' Allan Kaprow 1950-an 'kepada
contoh-contoh daripada minimalisme, seni persembahan, seni dan proses untuk
mewujudkan autonomi seni pemasangan dan juga hubungannya dengan pergerakan.
Beberapa tahun kebelakangan ini seni pemasangan telah melihat lonjakan
kepentingan dalam kesan ruang pameran, amalan kuratonal, dan konteks institusi ke
atas penonton. Sejarah seni pemasangan dari semua bentuk seni, salah satu yang .
melanggar peraturan dari rukun formalis.
Di samping itu pengkaji merujuk buku Space, Site, Intervention: Situating
Installation Art yang ditulis oleh Erika Suderburg sebagai rujukan kajian. Dalam
10
buku ini ada menyatakan dari Ferdinand Chevel's Palais Ideal (1879-1905) dan
Simon Rodia's Watts Towers (1921-1954) kepada Ant Farm's Cadillac Ranch (1974)
dan Richard Serra's Tilted Arc (1981), seni pemasangan telah terus-menerus
melintasi batas-batas, meliputi patung, seni bina dan seni visual. Walaupun ia unik
untuk mengubah kedua-dua tapak di mana kerja yang dibina dan pengalaman
penonton berada di tempat karya tersebut, seni pemasangan belum mendapat
perhatian yang kritikal untuk diberikan bentuk-bentuk seni yang lain. Dalam buku
ini, yang paling menonjol pengkritik seni, kurator, dan artis melihat seni pemasangan
sebagai satu bentuk seni yang pelbagai rupa dan antarabangsa yang mencabar dan
rangka kerja konseptual. Penulis membincangkan pemasangan berhubung dengan
seni moden, masyarakat dan ruang korporat, dunia maya multimedia, upacara awam
dan swasta, galeri dan muzium, naungan awam dan swasta, dan tindakan politik.
Penulis bercita-cita tinggi memberi tumpuan kepada isu-isu kelas, seksualiti, identiti
budaya rase, dan jantina, dan mengutarakan pelbagai artis yang karyanya sering
dipinggirkan oleh sejarah seni arus perdana dan kritikan. Pengkaji dapat mengetahui
dan mengkaji bagaimana pemasangan bergema dalam budaya moden dan
masyarakat, serta pengaruh yang sedang berjalan pada budaya visual kontemporari.
I
11
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah yang bercirikan
eksperimentasi dan pemerhatian. Kaedah kualitatif merupakan salah satu kaedah
yang menggunakan data-data sebagai bahan rujukan dalam penyelidikan. Data yang
akan dikumpul oleh pengkaji adalah melalui kaedah pemerhatian dan membuat
kajian terhadap karya.
3.2 Kaedah Pengumpulan Data
Pengkaji mengumpulkan segala data daripada pelbagai sumber rujukan
seperti buku-buku rujukan, majalah, tesis-tesis dan kajian lepas, serta rujukan
internet. Pengkaji mendapatkan maklumat melalui buku rujukan sebagai rujukan
utama untuk menjalankan kajian. Pengkaji menggunakan kaedah pembacaan dalam
penghasilan karya. Pada peringkat pertama kajian, pengkaji telah merujuk kepada
data-data yang terdapat di perpustakaan (CAIS). Pengkaji telah merujuk buku-buku
ilmiah yang berkaitan dengan penghasilan ilusi optik dan seni pemasangan serta
buku-buku yang berkait rapat dengan tajuk kajian pengkaji sebagai maklumat
tambahan. Tindakan mencari maklumat di perpustakaan ini bertujuan membantuP
memperluaskan pemahaman pengkaji berhubung dengan kajian yang dijalankan oleh
pengkaji dan membandingkan kajian yang terdahulu.
12