Imam Al-Ghazali _ IslamGrid 3.pdf

2
Isnin, 30 Mac 2015 Sila masukkan katakunci cari Peta Laman Maklumbalas Hubungi Kami Mengenai IslamGRID WAKTU SOLAT Imsak 5:48 Subuh 5:58 Syuruk 7:14 Zohor 1:21 Asar 4:20 Maghrib 7:24 Isyak 8:33 Monday 30 Mar 2015 09 Jamadil Akhir 1436 e-Solat JAKIM Rujukan Fatwa Jakim PERKIM Tabung Haji JAWHAR Kalkulator Zakat (PPZSelangor) JAWI MAIWP Wed, 05/21/2014 - 11:03 Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al- Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam". Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Pars! pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang antifalsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.Biarpun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu diingat- kan bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap falsafah merupakan sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut. Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafat tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal. Menurut Al- Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah matematik, logik, fizik, metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala pula sangat berlawanan dengan agama. Namun begitu, agama Islam tidak menghalang umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia difahami. Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapatan bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam Percaya Kepada Allah Percaya Kepada Rasul Percaya Kepada Kitab Percaya Kepada Malaikat Percaya Kepada Hari Kiamat Percaya Qada dan Qadar Shahadah Solat Zakat Puasa Haji Aqidah Ibadah Akhlak Taharah Tasawwuf Muamalat (Jual Beli) Munakahat (Perkahwinan) Undang-undang Islam Sejarah Tokoh Islam Seni Islam Ekonomi Islam Utama Al-Quran Al-Hadith Ilmu Islam Video Pakej KAFA Doa Harian e-Penerbitan

description

kauhykaytdhabghgbyuabdghbgadd

Transcript of Imam Al-Ghazali _ IslamGrid 3.pdf

Page 1: Imam Al-Ghazali _ IslamGrid 3.pdf

Isnin, 30 Mac 2015

Sila masukkan katakunci cari

Peta Laman Maklumbalas Hubungi Kami Mengenai IslamGRID

Waktu Solat

WAKTU SOLAT

Imsak 5:48Subuh 5:58Syuruk 7:14Zohor 1:21Asar 4:20Maghrib 7:24Isyak 8:33Monday 30 Mar 2015

09 Jamadil Akhir 1436e-Solat JAKIM

Pautan

Rujukan Fatwa

Jakim

PERKIM

Tabung Haji

JAWHAR

Kalkulator Zakat (PPZSelangor)

JAWI

MAIWP

Kemaskini Terakhir

Wed, 05/21/2014 - 11:03

Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu

sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-

Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".

Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Pars! pada

tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan

menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi

menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang

terulung.Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya

menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan

ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik

sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih

merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan

jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan

ahli-ahli sufi yang terkenal disana

Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis

300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir,

ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil

tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.Antara kitab

yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahsia Dua Dunia), dan al Madhnuuna

bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang'orang Yang Bukan Ahlinya,).

Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan seperti Al Munqiz Mm al Dhalal

(Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal

(Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar fMengenai Ilmu

Logik), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).Meskipun Al-Ghazali banyak

menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah

kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap

antifalsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang

banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali

menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat

keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahawa Al-Ghazali seorang yang

antifalsafah tidak dipersetujui oleh beberapa orang sarjana.Biarpun tidak ada seorang pun yang

boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut

Falsafah itu tetapi perlu diingat- kan bahawa sikap skeptis (ragu) dan kritikannya terhadap

falsafah merupakan sebahagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini kerana tugas ahli

falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu

masalah tetapi juga mencabar serta membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap

permasalahan tersebut.

Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahawa beliau merupakan

ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap

mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli filsafat tetapi

dalam buku Maqasid al Falasifah., beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk

menghuraikan persoalan yang berkaitan dengan logik, ketuhanan, dan fizikal. Menurut Al-

Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan ialah matematik, logik, fizik,

metafizik, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadangkala selari dengan , agama dan kadangkala

pula sangat berlawanan dengan agama. Namun begitu, agama Islam tidak menghalang

umatnya daripada mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan

serta tidak menimbulkan kemudaratannya. Umpamanya agama tidak melarang ilmu matematik

kerana ilmu itu merupakan hasil pembuktian fikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia

difahami.

Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan

Islam iaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang

kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.Al-Ghazali tidak menolak

penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain.

Sebaliknya beliau berpendapatan bahawa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan fikiran

boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan apt keimanan pada hati orang bukan Islam

Rukun Iman

Percaya Kepada Allah

Percaya Kepada Rasul

Percaya Kepada Kitab

Percaya Kepada

Malaikat

Percaya Kepada Hari

Kiamat

Percaya Qada dan

Qadar

Rukun Islam

Shahadah

Solat

Zakat

Puasa

Haji

Ilmu Islam

Aqidah

Ibadah

Akhlak

Taharah

Tasawwuf

Muamalat (Jual Beli)

Munakahat

(Perkahwinan)

Undang-undang Islam

Sejarah

Tokoh Islam

Seni Islam

Ekonomi Islam

Utama Al-Quran Al-Hadith Ilmu Islam Video Pakej KAFA Doa Harian e-Penerbitan

Page 2: Imam Al-Ghazali _ IslamGrid 3.pdf

terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan

sahaja bersandarkan kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan

dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan

menjadikan al-Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal

semata-mata. Jadi, apa yang cuba dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan

kepalsuan bidang pengetahuan yang bercanggah dengan agama serta bertentangan dengan

pendirian umat Islam. Sekali gus menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan

seorang ahli falssafah Islam yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis

tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logik yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani.

Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh

mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut.

Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.

Tokoh Islam

Hakcipta Terpelihara 2012 © JAKIM Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian

Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768