IMAM SYAFIE.docx

21
LATAR BELAKANG IMAM SYAFIE Tahun dan Tempat kelahiran Imam Syafie Yang mulia Imam Syafie dilahirkan pada bulan rejab tahun 150 Hijriah(767 Masihi).Menurut riwayat,pada tahun itu juga wafatnya yang mulia Imam Hanafi di Baghdad kerana telah diracun di penjara ketika pemerintahan Khalifah Al-Mansur.Secara jelas,ketika Imam Syafie dilahirkan di Ghazah,wilayah Asqalan di Palestin dan ibunya telah menamakan dia dengan nama Muhammad,hari yang sama Imam Hanafi telah wafat dan dimakamkan di Rashafah,timur Baghdad.Bahkan ada riwayat lain diterangkan bahawa pada bulan dan tahun itu juga wafatnya yang mulia Imam Ibnu Juraij al- Makki,seorang alim besar di kota Mekah yang terkenal sebagai Imam Ahli Hijaz.Maka ramai ahli meramalkan bahawa peribadi Imam Syafie adalah yang akan menggantikan kedudukan kedua imam besar dalam pengetahuan dan kemahiran agama. Salasilah Imam Syafie Salasilah Imam Syafie ialah dari nama sebenarnya,Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafi’ bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.Dengan ini,jelaslah bahawa beliau adalah dari keturunan Arab Quraisy dan keturunan beliau bersatu dengan keturunan Nabi saw pada datuk Nabi yang

Transcript of IMAM SYAFIE.docx

LATAR BELAKANG IMAM SYAFIE

Tahun dan Tempat kelahiran Imam Syafie

Yang mulia Imam Syafie dilahirkan pada bulan rejab tahun 150 Hijriah(767 Masihi).Menurut riwayat,pada tahun itu juga wafatnya yang mulia Imam Hanafi di Baghdad kerana telah diracun di penjara ketika pemerintahan Khalifah Al-Mansur.Secara jelas,ketika Imam Syafie dilahirkan di Ghazah,wilayah Asqalan di Palestin dan ibunya telah menamakan dia dengan nama Muhammad,hari yang sama Imam Hanafi telah wafat dan dimakamkan di Rashafah,timur Baghdad.Bahkan ada riwayat lain diterangkan bahawa pada bulan dan tahun itu juga wafatnya yang mulia Imam Ibnu Juraij al-Makki,seorang alim besar di kota Mekah yang terkenal sebagai Imam Ahli Hijaz.Maka ramai ahli meramalkan bahawa peribadi Imam Syafie adalah yang akan menggantikan kedudukan kedua imam besar dalam pengetahuan dan kemahiran agama.

Salasilah Imam Syafie

Salasilah Imam Syafie ialah dari nama sebenarnya,Muhammad bin Idris bin Abbas bin Uthman bin Syafi bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf.Dengan ini,jelaslah bahawa beliau adalah dari keturunan Arab Quraisy dan keturunan beliau bersatu dengan keturunan Nabi saw pada datuk Nabi yang ketiga iaitu Abdul Manaf.Hasyim yang disebutkan dalam salasilah diatas bukan Hasyim datuk Nabi Muhammad saw.Salasilah ibu Imam Syafie pula ialah:..binti Fatimah bin Abdullah bin Hasan bin Husin bin Ali bin Abi Talib.Kesimpulannya,salasilah Imam Syafie baik dari ayahandanya mahupun bondanya bertalian rapat dengan Nabi Muhammad saw.Menurut riwayat,ketika ibu Imam Syafie mengandungkan beliau,dia bermimpi melihat bintang musytara keluar dari perutnya lalu melambung tinggi ke udara dan menyinari satu negeri.Keesokkan harinya,bersegeralah kedua-dua ibubapa Imam Syafie pergi kepada orang yang pandai mentafsir mimpi iaitu Syeikh Fatani . Selepas mendengar penerangan dari bapanya,Idris,orang tua itu pun berkata,Anak yang lahir daripada kandungan isteri kamu nanti akan menjadi seorang yang berilmu dan ilmunya memenuhi muka bumi ini.Oleh itu,jaga dan didiklah anak itu dengan baik.Ajar dia ilmu agama supaya apabila dewasa kelak menjadi insan yang berilmu.

Pendidikan Yang diperolehi oleh Imam Syafie

Ketika berusia setahun lebih,beliau dibawa pulang oleh ibunya ke kota Mekah setelah kewafatan ayahandanya.Di Mekah,mereka menetap di rumah ayahnya.Kehidupan mereka sangat sederhana dan kadang-kadang menderita kesulitan.Walaupun keadaan Imam Syafie yatim dan miskin,Imam Syafie sudah menghafaz kesemua juzuk Al-Quran ketika berusia 9 tahun.Kemudian,dengan tekad beliau pergi dari Kota Mekah menuju ke sautu dusun bangsa Badwi Bani Huzail untuk mempelajari Bahasa Arab yang asli dan fasih kerana di situ satu-satunya dusun yang penduduknya terkenal fasih berbahasa Arab yang asli.Disitu beliau rajin mempelajari Bahasa Arab , kesusasteraan dan syair-syair.Beliau juga mempelajari adat istiadat bangsa Arab yang asli,cara pergaulan mereka masih baik dan jauh dari percampuran adat istiadat bangsa lain yang biasa terjadi di kota-kota besar.

Kerajinan Imam Syafie Dalam Menuntut Ilmu Pengetahuan

Kerana kepapaannya,beliau sentiasa menderita kesukaran dan kekurangan untuk memiliki dan membeli alat-alat kelengkapan belajar seperti kertas, tinta dan sebagainya.Beliau mencari tulang-tulang dan mengumpulkannya untuk digunakan untuk menulis segala ilmu pelajaran yang dicurahkan oleh guru-gurunya.Kadang-kadang,Imam Syafie pergi ke pejabat-pejabat pentadbiran kerajaan untuk mencari kertas-kertas terpakai yang telah dibuang di dalam bakul.Beliau tidak suka meminta kerana beliau berpendidrian bahawa jalan sukar seperti itu dapat menumbuhkan kebahagian dalam mencari ilmu pengetahuan.Beliau pernah berkata, Tidaklah akan mendapat kemenangan dalam menuntut pengetahuan,melainkan orang yang menuntutnya dalam kekurangan.Banyaknya kertas-kertas sehingga menyempitkan bilik tidurnya.Jadi,Imam Syafie mencuba menghafal kesemua ilmu yang didapatinya.Beliau menahan diri dari keluar rumah untuk menghafal kesemuanya sehingga satu hari beliau keluar rumah setelah berjaya menghafal semua ilmu dan tidak ada satu pun yang tertinggal.Beliau bersyair, Pengetahuanku dengan aku,bila aku inginkannya,ia berguna padaku.Dadaku seperti bejana untuknya bukan di dalam peti.Jika aku di rumah,pengetahuan itu berada di dalamnya,jika aku di pasar,pengetahuan aku di pasar juga.Ini menunjukkan bahawa pengetahuan Imam Syafie terlalu mendalam dan cair di kepalanya.

BIDANG PENDIDIKAN

Di Mekah beliau belajar ilmu fiqah dengan Imam Muslim bin Khalid Az-Zanniy.Imam Muslim seorang guru besar dan mufti di Mekah pada masa itu.Beliau belajar dengan Imam Muslim sehingga memperolehi ijazah dan diberi hak boleh mengajar dan memberi fatwa tentang hukum-hakam yang bersangkut-paut dengan agama.Bahkan,beliau adalah yang orang pertama mengarang kitab ilmu Usul Fiqh.

Dalam ilmu hadis,beliau belajar dengan Imam Sufian bin Uyainah,seorang alim besar hadis di Mekah pada masa itu.Beliau dikatakan pakar dalam tafsir kerana apabila Imam Sufian menerima pertanyaan-pertanyaan menegenai tafsir yang agak sukar dijawab,beliau akan segera berpaling dan melihat Imam Syafie dahulu lalu Imam Sufian akan berkata kepada orang yang bertanyakan soalan tersebut: Hendaklah engkau bertanya kepada pemuda ini,sambil menunjuk ke tempat duduk Imam Syafie.

Dalam bidang ilmu Al-Quran,beliau belajar dengan Imam Ismail bin Kustantani.Beliau juga berguru dengan ulama-ulama yang lain di Masjidil Haram sehingga berumur 15 tahun,beliau sudah menduduki kursi mufti di Mekah.

Berguru dengan Imam MalikMenurut riwayat lain,ketika berusia 10 tahun,beliau sudah memahami isi kitab Al- Muwatta yang disusun oleh Imam Malik.Imam Syafie telah lama menghafaz kitab Muwatta karangan Imam Malik namun belum lagi bertemu dengan orangnya.Oleh itu,berangkatlah Imam Syafie ke Madinah untuk bertemu dengan Imam Malik.Bertemu dengan Imam Malik,beliau disuruh oleh Imam Malik untuk membacakan Kitab Muwatta namun imam Syafie berkata,beliau sudah menghafaznya.Diperdengarkan bacaan dari kitab tersebut dan Imam Malik pun kagum dengan kepandaian Imam Syafie.Mulai hari itu,berguru Imam Syafie dengan Imam Malik.Imam Syafie juga dipelawa tinggal di rumah Imam Malik.Selama lapan bulan Imam Syafie mempelajari kitab Muwatta dan Imam Malik membenarkan Imam Syafie mengajar orang ramai.Antara yang pernah diajar kitab Muwatta oleh Imam Syafie ialah Abdullah bin Abdul hakam,Asyhab,Ibnul Qasim dan Al-Laits bin Saad,padahal mereka semua ini alim ulama Mesir.

Bertemu Imam Muhammad bin Hasan dan belajar fiqah di IraqYang Mulia Imam Syafie selama berada di Kufah,beliau menjadi tamu agung Imam Muhammad bin Hasan,selama itulah beliau dijamin segala-galanya.Dalam pada itu,beliau dapat mengutip dan menyalin beberapa nashkah dari kitab-kitab yang ada di rumah Imam Muhammad.Seringkali juga mereka membahaskan dan berbincang soal-soal hokum agama dengan para ulama di Kufah.Beliau juga dapat menambah dan meluaskan ilmu pengetahuan fiqah ahli Iraq seperti cara-cara kadi(hakim)memeriksa perkara , mengadili,cara memberi fatwa , menjatuhkan hukum dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh para kadi dan mufti di sana.Di Iraq juga,beliau memerhati dan meluaskan pemandangan mengenai keadaan dan kehidupan penduduk di sana ,cara pergaulan,adat-adat dan tabiat bangsa-bangsa manusia lainnya yang selama ini tidak beliau ketahui ketika tinggal di Hijaz.Hampir dua tahun lamanya,beliau berada di Kufah dan beliau berhasrat melanjutkan perjalanannya ke negeri-negeri lain pula untuk menambahkan ilmu pengetahuan yang belum diketahuinya.

Belajar Bahasa ParsiBerangkat Imam Syafie ke Parsi setelah berada lama di Kufah,berbekalkan 3000 dirham yang dihadiahkan oleh Imam Muhammad bin Hasan untuk membantu perjalanannya ke sana.Sampai di Heart,Parsi,Imam Syafie mempelajari Bahasa Parsi hingga beliau fasih bertutur dalam bahasa itu.Ini memudahkan beliau menuntut ilmu dengan para ulama di sana dan memudahkan beliau meyampaikan kuliahnya kepada orang ramai.Akhirnya,nama Imam Syafie terkenal di Parsi.Walaupun Parsi sebuah negeri yang kaya dan subur tanahnya,ditambah pula dengan penduduknya yang baik dan ramah,namun Imam Syafie tidak bercadang mahu menetap DI Parsi.Beliau mahu terus merantau bagi menuntut ilmu.Pada suatu malam,Imam Syafie bermimpi bertemu dengan gurunya,Imam Malik.Mimpi itu memberi kesan kepada jiwanya.Akhirnya,beliau pulang ke Madinah melalui Iraq setelah mendapat persetujuan dari Imam Muhammad Hasan dan Imam Abu Yusof.

Belajar Bahasa Arab dan SyairSaya telah menjelaskan pada halaman terdahulu bahawa Imam Syafie pernah belajar Bahasa Arab dan syair-syair dengan badwi Bani Huzail.begitu juga ketika dalam perjalanan pulang ke Madinah,Imam Syafie singgah di Diyar Rabiah dan Mudhar yang terletak di sempadan Iraq dan Parsi.Di sana terdapat masyarakat kaum Badwi.Imam Syafie singgah di situ beberapa hari dan sempat mendalami Bahasa Arab.Tambahan pula di kalangan orang Badwi disitu ada beberapa orang penyair terkenal. Para ulama ahli syair mengakui kehebatan Imam Syafie dan syair.Beliau amat pandai mengarang syair-syair dengan susunan kata yang bagus,indah dan menarik.Beliau sendiri pernah menyatakan dengan gubahannya yang bererti, Sekiranya syair itu tidak menimbulkan durhaka bagi para ulama,nescaya aku pada masa ini lebih pandai daripada si Labied. Labied adalah seorang penyair yang selalu mencela dalam syair-syair karangannya.Menurut riwayat,gubahan syair Imam Syafie telah dihimpun menjadi sebuah buku oleh Almarhum Muhammad Afandy Mustafa yang kitabnya dinamakan Al-Jauharun Nafis.

Mempelajari ilmu firasat ,bidang kedoktoran dan ilmu hisabImam Syafie berangkat ke Yaman setelah dipelawa oleh Gabenor Yaman dan para pengirinya.Gabenor dating sendiri ke rumah Imam Syafie dan menjempu beliau.Penduduk Yaman mmeerlukan bimbingan seorang ualama seperti Imam Syafie.Gabenor memerlukan seorang jurutulis dan setiausaha peribadi dan meminta Imam Syafie supaya memegang jawatan tersebut. Imam Syafie tidak menolak tawaran itu tetapi beliau meminta supaya diberi masa untuk pergi menuntut ilmu dengan beberapa orang ulama yang berada di Yaman.Al-Malik terpaksa bersetuju dengan permintaan Imam Syafie.Dia juga memberi sedikit wang kepada Imam Syafie untuk keperluannya.Kemudian,Imam Syafie menjelajah ke seluruh negeri Yaman.Dia sempat berguru dengan beberapa orang ulama yang terkenal di Yaman seperti Matraf bin Mazin al-Sanaani,Amru bin Musallamah dan Hisham bin Yusof,seorang kadi SanaI dalam bidang kedoktoran dan ilmu hisab.Maulana Arif seorang yang arif dalam ilmu firasat telah mempelawa Imam Syafie untuk belajar ilmu itu dengannya.Imam Syafie bersetuju dengan syarat tidak bercanggah dengan agama Islam.Maulana Arif pun mengajarkan ilmu itu .Selepas tamat mempelajari ilmu itu,Imam Syafie memohon daripada gurunya untuk pulang ke Sanaa.Gurunya berpesan supaya berhati-hati apabila berkawan dengan orang yang cacat sebelah matanya,orang yang tempang atau terdapat apa-apa kecacatan pada tubuhnya.Sekiranya berkawan dengan orang itu mereka akan menyusahkan dan menyukarkan kamu.Dalam perjalanan pulang,Imam Syafie singgah di sebuah kampong lalu bertemu dengan seorang lelaki yang kedua-dua matanya berwarna merah dan juling.Dahinya pula agak terbonjol.Bermalamla Imam Syafie di rumahnya.Lelaki itu memberi layanan yang baik dengan menyediakan tempat tidur yang selesa,makan minumnya dijaga dan kudanya juga dijaga.Imam Syafie berfikir bahawa ilmu firasat yang dipelajarinya salah kerana lelaki itu sungguh baik kepadanya.Namun,sangkaannya itu salah kerana ketika Imam Syafie mahu berangkat pulang,lelaki itu memninta Imam Syafie membayar semua layanan yang telah diberikan kepadanya sebanyak 50 dirham.Imam Syafie terus membayarnya dan bisik hatinya mengatakan ilmu firasat yang dipelajari itu benar sekali.Sampai di Yaman,Imam Syafie dilantik menjadi setiausaha dan jurutulis kepada Gabenor Al-Malik,Imam Syafie menerima tawaran itu kerana dia merasakan sudah sampai masanya untuk dia bekerja dan menyara diri sendiri.

Belajar Memanah dan berkuda

Imam Al-Syafie berkata, "Hobiku adalah memanah dan mencari ilmu. Kehebatanku dalam memanah 10 persepuluh. Jika ada 10 sasaran memanah, maka sepuluh itu jugalah yang terpanah (dengan tepat)."

Di masa lain Imam Al-Syafie berkata pula, "Saya suka sekali memanah, sehingga seorang tabib memberi peringatan kepadaku agar tidak berjemur kepanasan, kerana bimbang paru-paru rosak."Al-Rabi' bin Sulaiman, salah seorang murid Imam Al-Syafie bercerita, "Dulu Imam Al-Syafie sangat pandai berkuda dan benar-benar berani. Ketika kudanya sedang makan, dia menjentik telinganya dan tiba-tiba kuda itu melompat di atas punggungnya."Rasulullah saw menggalakkan umat Islam supaya memilih sukan memanah dan berkuda. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:

Ertinya: "Panah dan berkudalah! Memanah lebih aku sukai buat kalian dari berkuda." Hadis riwayat Abu Daud, Al-Nasa'i dan Al-Hakim. Al-Hakim berkata: Sanad hadis ini Sahih.

Pembelaan Imam Syafie terhadap Hadis Nabi SAWYang mulia Imam Syafie sangat lantang pembelaannya kepada hadis-hadis Nabi saw.Beliau terkenal sebagai pembela hadis atau pembela Sunnah.Buktinya,di bawah ini sebahagian hujah-hujahnya menegnai hadis:1. Contoh bagi orang yang menuntut ilmu dengan tiada alasan dari Nabi(hadis) itu,seperti orang buta di malam hari.Dia membawa seberkas kayu dan di dalamnya ada seekor ular berbisa yang akan mematuknya,padahal dia tidak tahu.2. Hadis Rasulullah telah cukup dengan sendirinya,apabila ia sah terang daripadanya.

Penghormatan Imam Syafie kepada Ahli HadisOleh kerana Imam Syafie berasa payahnya menuntut dan mencari hadis-hadis Nabi SAW,maka beliau sangat menghargai dan menghormati orang yang menuntut hadis-hadis menjadi hujah dalam agama.Imam Syafie ada menatakan bahawa Ahli hadis pada tiap-tiap masa itu seperti sahabat Nabi pada masa mereka.Riwayat pula,beliau mengatakan Apabila aku melihat seorang ahli hadis,seakan-akan aku melihat seorang dari sahabat Nabi

Pendirian Imam Syafie tentang hukum Secara Qiyas Imam syafie cukup mengerti bahawa hukum qiyas di dalam soal agama tidak perlu diadakan kecuali keadaan memaksa.Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata; Saya pernah bertanya kepada Imam Syafie dari hal qiyas,maka beliau berkata; Di kala keadaan darurat.Di mana tiada nas dari Al-Quran dan Sunnah barulah adanya qiyas.Cara Imam Syafie mengambil atau mendatangkan hukum qiyas adalah apabila perkara itu mengenai urusan keduniaan atau muamalat,perkara yang hukumnya belum atau tidak didapati dengan jelas dari nas Al-Quran atau dari hadis yang sahih dan yang terakhirnya caranya dengan nas-nas yang telah tertera dalam ayat Al-Quran dan dari Hadis nabi SAW.

Pesan Imam Syafie Tentang TaqlidBeliau seringkali memberi peringatan dan pimpinan kepada para sahabatnya dan anak muridnya tentang hal taqlid.Beliau menegaskan jangan mereka itu dalam beragama hanya mengikut sahaja akan perkataan atau pendapat yang tidak disertai keterangan atau nas dari Al-Quran dan hadis nabi SAW.Imam Syafie pernah berkata kepada Imam Ar-Rabi, Ya Abu Ishaq,janganlah engkau bertaqlid kepadaku dalam tiap-tiap yang aku katakan dan fikirkanlah betul-betul dalam dirimu kerana sesungguhnya ia adalah urusan agama

Di antara karya Imam Al-Syafie ialah:

1. Al-Risalah. Menurut riwayat,beliau mengarang kitab ini ketika umurnya masih muda. Kitab ini ditulis oleh Imam Al-Syafie atas permintaan Abdurrahman bin Mahdi,seorang Imam ahli hadis yang terkemuka. Inilah karya Imam Al-Syafie yang membahaskan mengenai ilmu usul al-fiqh.Dalam kitab inilah Imam Syafie mengarang dengan jelas tentang cara-cara orang beristinbat,mengambil hokum-hukum dari Al-Quran dan Sunnah dan cara orang beristidlal dari Ijma dan qiyas.Kitab ini diriwayatkan oleh Imam Ar-Rabi bin Sulaiman Al-Murady.Kitab ini masih ada di seluruh dunia.Bagi para ulama yang hendak megetahu ilmu usul fiqh Imam Syafie yang sebenarnya,cukuplah memepelajari kitab Ar-Risalah ini dengan bersungguh-sungguh

2. Kitab Al-Umm. Ini merupakan karya Imam Al-Syafie ketika beliau mengajar di Mesir.Sebuah kitab yang tiada tandingan ketika itu.Isi kitab ini menunjukkan kealiman dan kepandaian Imam Syafie tentang ilmu fiqah kerana susunan kalimahnya tinggi dan indah.Kitab inilah yang membentangkan pendapat baru (Qaul Jadid) Imam Al-Syafie dalam ilmu fiqh.Dalam Kitab Al-Umm cetakan yang baharu ada dimasukkan kitab-kitab karangan Imam Syafie yang lain,seperti:1. Kitab Jamiul Ilmi.Kitab ini mengandungi pembelaan ImamSyafie terhadap Sunnah Nabi SAW.2. Kitab Ibthalul Istihsan.Kitab ini berisi tangkisan Imam Syafie kepada para ulama Baghdad yang sebahagian mereka suka mengambil hukum secara istihsan.3. Kitab Ar-Radu ala Muhammad ibn Hassan.Kitab ini berisi pertahanan Imam Syafie terhadap serangan Imam Muhammad bin Hassan kepada para ahli Madinah.

3. Kitab Al-Musnad. Kitab ini merupakan karya Imam Al-Syafie yang istimewa berisi sandaran (sanad) Imam Syafie dalam meriwayatkan hadis-hadis Nabi SAW yang beliau himpun dalam Kitab Al-Umm.

4. Al-Hujjah. Ini merupakan karya Imam Al-Syafie ketika beliau mengajar di Baghdad, Iraq. Kitab inilah yang membentangkan pendapat lama (Qaul Qodim) Imam Al-Syafie dalam ilmu fiqh.

5.. Kitab Ikhtilaf al-Hadis. Kitab ini dikarang oleh Imam Al-Syafie bagi membahaskan mengenai perselisihan hadis-hadis Nabi SAW.

Para Sahabat dan Anak Murid Imam Syafie1. Imam Abu Tsaur-Ibrahim bin Khalid bin al-Yaman Al-Kalby.Berasal dari Baghdad.Pernah menuntut ilmu dengan Imam Abu Hanifah(Mazhab Hanafi) dan Imam Ibnu Uyainah.Ada pendapat yang berselisih denngan pendapat Imam Syafie namun tetap tergolong dari ahli fiqih Syafiiyyah.Seorang yang alim dan cerdas fikirannya.Wafat pada tahun 240 Hijriah.2. Imam Al-Hasan bin Muhammad As-Sahab Az-Zafarani.Berasal dari dusun Zafaran.Berguru dengan imam Syafie,Imam Ibnu Uyainah dan lain-lain.Imam Syafie mengagumi kelancaran dan kefasihan Imam Al-Hasan dalam berbahasa Arab kerana beliau bukanlah keturunan bangsa Arab yang asli tetapi lidahnya seakan-akan lidah bangsa Arab yang asli,bahkan melebihi Imam Syafie pula.3. Imam Ahmad bin Hanbal asy-Syaibani.Terkenal dengan sebutan Imam Hanbali.Beliau merupakan murid imam Syafie.Beliau dilahirkan pada 164 Hijrah dan wafat pada 241 hijrah.4. Imam Abu Ibrahim,Ismail bin Yahya Al-Muzani.beliau dilahirkan di Mesir pada tahun 175 Hijrah.Beliau rajin belajar agama dengan Imam Syafie.Lantaran cintanya dan pembelaannya terhadap pendapat-pendapat Imam Syafie,beliau digelar Al-Muzani Pembela Mazhab.

Perkahwinan Imam SyafieImam Syafie telah berkahwin dengan seorang gadis tidak lama selepas beliau bekerja dengan Gabenor Al-Malik.Namanya Hamidah binti Uyainah bin Amru bin Uthman bin Affan.Dia adalah keturunan Khalifah Uthman bin Affan.Mereka tinggal di rumah sendiri di Sanaa.Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Abu Uthman Muhammad,Fatimah dan Zainab.Mereka juga mempunyai seorang hamba perempuan berkulit hitam.

Kewafatan Imam SyafieBeliau menderita penyakit buasir berdarah.Penyakit itu makin lama makin parah.Darah yang keluar semakin banyak.Apabila beliau menunggang kuda atau unta,darah mengalir hingga membasahi kasutnya.Apabila tidur tilamnya dialas kain tebal bagi mengelakkan terkena darah.Apabila mengajar di Masjid Amru,beliau duduk di alas yang tebal.Namun,dia tetap gigih menyebarkan ilmunya,tekun beramal ibadat serta tekun menulis.Bertambah pula kesakitannya apabila dibelasah oleh Fityan dan pengikut-pengikutnya kerana mereka tidak berpuas hati dengan Imam Syafie yang berdiam diri apabila mereka memprovokasinya.Ramai yang ingin membalas dendam bagi pihak Imam Syafie namun Imam Syafie menegahnya dan meminta anak-anak muridnya bersabar.Pada suatu hari,beliau berwasiat kepada Ar-Rabi,seorang anak muridnya yang selalu disampingnya; Apabila aku mati, hendaklah kamu segera memberitahu wali negeri Mesir dan mintalah kepadanya supaya dia memandikan aku.Pada hari khamis malam Jumaat tanggal 29 Rejab(sehabis waktu Isyak yang akhir) tahun 204 Hijrah(820 Masihi),wafatlah beliau dengan tenang.Beliau ketika itu berumur 54 tahun.Beliau meninggal dunia di rumah Abdullah bin Hakam.

RUJUKAN

K.H Moenawar Chalil,(1988).Biografi 4 Serangkai Imam Mazhab.Thinkers Library Sdn.Bhd:Selangor.Abdul Latip Talib.(2011).Imam-Imam Yang Benar.PTS Litera Utama Sdn.Bhd:Kuala Lumpur.Basri Ibrahim.(1997).Ulama Pewaris Nabi.Darul Nukman :Kuala Lumpur.Umar Muhammad Noor.(2013). Mengenali Imam Asy-Syafii.Telaga Biru:Kuala Lumpur.Drs.Mustapha AlBugha.(2004).Manhaj Fiqh As-Syafie.Darul Fajr:Kuala Lumpur.

http://mazhab-alsyafie.blogspot.com/2011/06/karya-imam-al-syafie.htmlhttp://mazhab-alsyafie.blogspot.com/2011/06/imam-al-syafie-jaguh-sukan.htmlhttp://abusyahmin.blogspot.com/2013/07/al-risalah-karya-usul-fiqh-terulung.html

LAMPIRAN

Gambar Yang Mulia Imam Syafie