Iman Kepada Hari Akhirat

10
Hari Akhir adalah hari kiamat di mana ketika itu seluruh manusia dibangkitkan untuk dihisab dan diberi balasan.Dinamakan hari akhir kerana tidak ada hari lagi sesudahnya. Firman Allah s.w.t: “Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al-Quran) dan mereka selalu memelihara solat mereka” (Al-An’aam:92)

description

Iman Kepada Hari Akhirat. Hari Akhir adalah hari kiamat di mana ketika itu seluruh manusia dibangkitkan untuk dihisab dan diberi balasan.Dinamakan hari akhir kerana tidak ada hari lagi sesudahnya. Firman Allah s.w.t: - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of Iman Kepada Hari Akhirat

Page 1: Iman Kepada Hari Akhirat

Hari Akhir adalah hari kiamat di mana ketika itu seluruh manusia dibangkitkan untuk dihisab dan diberi balasan.Dinamakan hari akhir kerana tidak ada hari lagi sesudahnya.Firman Allah s.w.t:“Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al-Quran) dan mereka selalu memelihara solat mereka”(Al-An’aam:92)

Page 2: Iman Kepada Hari Akhirat

Pertama:Beriman adanya ‘kebangkitan’ iaitu dihidupkannya kembabali orang-orang yang sudah mati tatkala ditiupkannya sangkakala untuk kedua kalinya.Sekelian manusia bangkit menghadap Allah s.w.t dengan keadaan telanjang seluruh badan serta masih berkulup (tidak bersunat).

Page 3: Iman Kepada Hari Akhirat

Firman Allah s.w.t:“Sebagaimana Kami telah memulai penciptaan pertama begitulah Kami akan mengulanginya.Itulah suatu janji yang pasti Kami tepati.Sesungguhnya Kami yang akan melaksanakannya”(Al-Anbiya’:104)Sabda Rasulullah s.a.w:“Pada hari kiamat seluruh manusia akan dihimpun dalam keadaan tanpa alas kaki dan masih berkulup (belum bersunat)”(Mutafaq ‘Alaih)

Page 4: Iman Kepada Hari Akhirat

Kedua: Beriman adanya hisab (perhitungan) dan jaza’ (balasan).Seluruh amal perbuatan setiap hamba akan dihisab dan diberi balasan.Firman Allah s.w.t:“Sesungguhnya kepada Kami-lah kembali mereka kemudian sungguh kewajipan Kami-lah menghisab mereka.(Al-Ghosyiyah:25-26)

Page 5: Iman Kepada Hari Akhirat

Ketiga: Beriman adanya syurga dan neraka dan bahawa keduanya merupakan tempat kembali yang abadi bagi makhluk.Syurga adalah bagi orang-orang mukmin yang bertaqwa manakala neraka adalah bagi mereka yang mengkufuri Allah dan mendurhakai para RasulNya.Firman Allah s.w.t:“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh,maka mereka itulah sebaik-baik makhluk.Balasan mereka di sisi Rabb mereka adalah syurga ‘Adn yang sekelilingnyamengalir sungai-sungai”(Al-Bayinah:7-8)Firman Allah s.w.t: “Jagalah dirimu dari neraka yang dipersiapkan untuk orang-orang kafir”Al-Imran:131)

Page 6: Iman Kepada Hari Akhirat

Sebagai seorang muslim kita percaya dan yakin bahawasanya kematian itu adalah benar dan akan berlaku.Firman Allah s.w.t:“Katakanlah:Malaikat maut yang diwakilkan untuk mencabut nyawa kamu akan mematikan kamu kemudian hanya kepada Tuhanmu akan dikembalikan:(Al-Sajadah:11)

Waktu kematian tiada siapa yang tahu melainkan hanya Allah s.w.t.Firman Allah s.w.t:“Maka apabila telah datang waktu ajal mereka, tidak dapat mengundurkannya sesaat mahupun mempercepatkannya”(Al-’Araaf:34)

Page 7: Iman Kepada Hari Akhirat

Apabila manusia telah disemadikan di dalam kubur maka akan datanglah kepada si mayat tersebut dua malaikat iaitu malaikat Munkar dan Nakir yang akan bertanyakan beberapa soalan antaranya ialah:*Siapakah Tuhanmu?*Apakah agamamu?*Siapakah Rasulmu?*Apakah kitabmu?

Page 8: Iman Kepada Hari Akhirat

Tanda-tanda kiamat terbahagi kepada dua iaitu kecil dan besar.Tanda-tanda kecil ialah:*Penyerahan urusan-urusan kepada yang bukan ahlinya.Sabda Rasulullah s.a.w:Jika suatu perkara diserahkan kepada yang bukan ahlinya,maka tunggulah masa kehancurannya”H.R:Imam Al-Bukhari)

*Banyak berlakunya pembunuhan di merata tempat.Sabda Rasulullah s.a.w:“Diantara tanda-tanda kiamat diangkat ilmu,diturunkan kejahilan dan banyak terjadinya al-Haraj dan al-Haraj itu adalah pembunuhan.H.R:Imam Muslim)

Page 9: Iman Kepada Hari Akhirat

*Munculnya Imam Mahdi*Keluarnya Dajjal*Turunnya Nabi Isa a.s*Keluarnya Yakjuj dan Makjuj*Gempa Bumi*Terbit matahari dari tempat terbenamnya*Keluarnya asap tebal*Munculnya binatang melata di bumi*Keluar api dari Yaman

Page 10: Iman Kepada Hari Akhirat

Sabda Rasulullah s.a.w:“Keluarnya asap tebal,munculnya Dajjal,munculnya binatang melata di bumi,terbitnya matahari dari tempat terbenamnya,turunnya Isa bin Maryam,keluarnya Yakjuj dan Makjuj,berlakunya tiga gempa bumi di timur,di barat di semenanjung tanah arab dan terakhirnya keluar api dari Yaman yang akan mengusir manusia ke padang Mahsyar”(H.R:Muslim)