IMPAK OREINTASI PENDIDIKAN.

download IMPAK OREINTASI PENDIDIKAN.

of 2

Transcript of IMPAK OREINTASI PENDIDIKAN.

  • 8/9/2019 IMPAK OREINTASI PENDIDIKAN.

    1/2

    MUHAMAD FAIZ BIN MD. NAYAN- 4SN

    BISMILLA.

    Hari ini 23 Mei 2009, seminggu berlalu satu pahatan sejarah cernaan didikan, suatu pengiktirafan seantario Negara dalam menga gungkan

    insan yang berwatak pembimbing, m esra, memahami , membelai dan mendidik.

    Didik terus mendidik, belai terus membelai.

    Hadafnya hanyalah satu

    Membentuk jiwa bangsa, akhlak mulia terpuji, jiwa gagah perkasa, membina ketinggian tamadun dan bangsa ne gara terulung.

    KENANGLAH.HARGAILAH

    Terima kasih, tuan pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi bijak sana, seterusnya hadirin hadirat sekalian,

    ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERTEMUAN.

    HADIRIN, Hari ini, PERTANDING AN ini, bukanlah pertandingan Pidato Piala Fantasia, maka saya bukanlah Mawi mahupun Faizal, tetapi saya

    pelajar akademi Kementerian Pelajaran Malaysia yang akan menerangkan komponan2 penting natijah daripada

    IMPAK OREINTASI PENDIDIKAN.

    SIDANG SAKSI BERMISI.

    KOMPONAN PERTAMA - IMPAK OREINTASI PENDIDIKAN MEMBENTUK ASAS JATI DIRI INSAN TERPUJI.

    MODEL ikutan terpuji terpahat dalam lipatan sejarah ketamadunan Islam. Junjungan Mulia. Ikutan jutaan umat. Herba penawar gagasan bakti

    cernaan terpuji.

    Hal inilah yang termaktub dalam KONSEP FALSAFAH PEND IDIKAN NEGAR A.

    John Mencine , seorang pujangga barat menyatakan gelombang dunia masa depan ditentukan oleh kewujudan masyarakat,yang bukan

    sekadar masyarakat bermaklumat tetapi masyakat berilmu. Terpadu jitu kesepaduan mental wibawa, fizikal perkasa , emosi cemerlang dan

    rohani terbilang. Bukan sekadar ilmu akli tetapi disepadukan dengan ilmu nakhli. Bukan sekadar skill atau kemahiran bahkan ilmu wahyu.

    Lantaran itu hadirin kesepaduan ini mampu membentuk indi vidu yang memiliki asas jati diri insan terpuji.

    Negara bukan sekadar memerlukan seorang NIk Normadihah bt. Nik Mod. Kamal bahkan ribuan Nik Nornadihah serta ribuan genius pintar

    yang mampu membina NEGARA BANGSA TERSOHOR.

    HADIRAN, pidato ini tiada siaran iklan , terus dengan komponan ke -2

    IMPAK OREINTASI PENDIDIKAN MEMBENTUK nilai murni.

    Mutiara Junjungan Mulia termaktub , Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan nilai murni

    Malaysia kini mempunyai lebih 27 juta penduduk, Masalahnya di sini mengapakah penampilan akhlak yang berbeza-beza ? Ada yang menjadi

    khalifah ada juga yang menjadi sampah, ada juga yang ke universiti dan ada juga yang ke pusat serenti. Ada yang menjadi pejuang dan

    mengapa masih ada insan yang menjadi petualang.

    Tuntasnya hadirin terbang belon bukanlah disebabkan kuning, hijau, biru warnanya tetapi kandungan gas di dalamnya.

    Dengan nilai akhlak terpuji maka akan menobatkan insan gemilang insan terbilang seumpama Azizul Hasni dengan basikalnya, N ikol An David

    dengan skuasynya, Dato Lee Chong Wei dengan raketnya, tanpa disiplin tinggi yang menjadi teras kepada pembinaan jasad mereka tidak

    mungkin juara dunia menjadi milik mereka. Inilah bukti betapa nilai muni menjadi tonggak menterjemahkan kehebatan insan supaya tidak

    menjadi nyior condong, pangkal dibubuk buah jatuh di halaman orang.

  • 8/9/2019 IMPAK OREINTASI PENDIDIKAN.

    2/2

    Hadirin hadirat sekalian, Sidang penonton yang penuh santun.

    KOMPONAN KETIGA

    Asas kemajuan individu cerminan daripada IMPAK OREINTASI PENDIDIKAN .

    Jasad tanpa roh seumpama gula tanpa manis dan seumpama mati sebelum ajal dalam asas kemajuan indiidu. Begitulah roh dengan

    pembinaan insan kearah pembinaan insan yang berjaya. Roh dengan nilai-nilai ilmu, iman dan amal sepatutnya menobat insan terbilang, insan

    teladan . Buktinya, sirah silam sahabat, tokoh korperat berjiwa mulia, Abdul Rahman bin Auf gigih mengembang dan menguasai pasaran

    serantau. Di negara kita tercinta, terbukti bangsa Melayu pertama penjajah angkasa raya, Dato Dr. Syeikh Muzaphar Syukur b. Syeikh

    Mustafa. Semua ini terlaksana berpaksikan keutuhan memaut asas -asas kemajuan yang telah digarap oleh orientasi pendidikan.

    Sekarang kita m ampu berbangga dengan kejayaan semasa yang diiktiraf dan kita mampu bersaing di persada antarabangsa.

    Awan tinggi telah ditembusi, penjelajahan dunia telah diterokai, lautan samudra telah dilayari.

    NEGARA KITA telah menguasai pelbagai disiplin dan bidang ilmu, nilai budaya dan ketamadunan, profesional dan kemodenan Nyatakan saja

    apa-apa pun bidang di dalam atau di luar negara, semuanya mampu dijawat dan kendalikan oleh insan yang terbina hasil cernaan pendidikan

    ulung.

    Terima kasih Malaysia, terima kasi h warga pendidik. SUBHANALLAH, ALHAMD ULILLAH.

    SIDANG HADIRIN, komponan yang ke-4. IMPAK OREINTASI PENDIDIKAN menjamin masa depan.

    Junjungan Mulia melalui riwayat Iman Muslim

    . .

    Maksudnya, Sesiapa yang inginkan dunia, maka dengan ilmu, sesiapa yang inginkan akhirat, maka dengan ilmu dan sesiapa yang ingin kedua-

    duanya maka dengan ilmu .

    Diari silam generasi terdahulu telah merakamkan pengiktirafan kepada tokoh -tokoh ilmuan dalam pelbagai bidang. Harum namanya Iman

    Bukhari, Imam Maliki, Al-Khawarizmi dan Jabir Ibn. Hayyan.

    Hadirin,

    Jasad, roh dan intelektual yang teralun indah akan terarah dan terjelmanya konsep KEMAJUAN / KEAGUNGAN / KEHEBATAN DAN

    KETAMADUNAN.

    Tetapi kita harus menyedari tanpa perancangan yang strategik, komitmen yang menyeluruh, usaha yang gigih dan keazaman yang k uat ,

    PASTI hasrat akan tersasar. SAYA YAKIN, hadirin dan hadirat negara k ita mampu menyediakan ribuan tokoh dan jutaan insan yang bersinar

    dengan cahaya kecemerlangan menyinari kegelapan malam dan dan memeriahkan pesta kejayaan.

    NATIJAHNYA hadirin, pasti untuk mereka, satu jaminan masa depan yang gemilang. Nyatakan sahaja, siapakah gerangan mereka dan di

    manakah gelanggang mereka ?

    PASTI DI SANA ANAK MALAYSIA. AKU ANAK MALAYSIA, KAMI ANAK MALAYSIA.

    SIDANG PENONTON SEKALIAN,

    Intihanya, dapat disimpulkan bahawa IMPAK ORENTASI PENDIDIKAN yang berpaksikan 4 komponan hujah jitu jelas ternukil dalam sajian

    minda hadirin sebentar tadi. Jauh di sudut kalbu , saya optimis negara kita mampu menjelma juta impian dan memahat jutaan kejayaan.

    Demi menobatkan negara bangsa berwadahkan pendidikan pasti menatijahkan WARGA CEMERLANG NEGA RA TERBILANG.

    SAYA MENYERU KEPAD A HADIRAN, sama-samalah kita memacu wawasan negara.

    SEKIAN, wabillah hitaufiq w alhidayah wassalammualaikum warahmatullah hibawarakatuh.

    MOHON PERMISI.