STRES DIKALANGAN PELAJAR TAHUN 4 JABATAN PENDIDIKAN · PDF fileSTRES DIKALANGAN PELAJAR TAHUN...
Transcript of STRES DIKALANGAN PELAJAR TAHUN 4 JABATAN PENDIDIKAN · PDF fileSTRES DIKALANGAN PELAJAR TAHUN...
STRES DIKALANGAN PELAJAR TAHUN 4 JABATAN PENDIDIKAN
TEKNIK DAN KEJURUTERAAN DI FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
AISAH BINTI MOHD HAMZAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
STRES DIKALANGAN PELAJAR TAHUN 4 JABATAN PENDIDIKAN
TEKNIK DAN KEJURUTERAAN DI FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI
TEKNOLOGI MALAYSIA.
AISAH BINTI MOHD HAMZAH
Laporan Projek ini Dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T, Tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Ibu dan ayah,
Yang disayangi, dihormati lagi dikasihi,
Hj. Mohd Hamzah Bin Baba
Hjh. Rukisah Bte Jumasan
Segala jasa, pengorbanan dan keringatmu,
Disulami hajat dan harapanmu,
diiringi doa dan restumu,
tidak akan kupersiakan.
Saudara-saudaraku,
Kalian adalah pembakar semangatku,
Dalam kesungguhan meniti kejayaan.
Muhamad Taufiq Bin Sa’idan
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga,
Sokongan dan semangat yang sentiasa diberikan.
Pendidik-pendidikku,
Ilmu kalian tiada bandingan,
Mengajarku erti kehidupan,
Doaku moga kalian dalam rahmat dan keredhaanNYA.
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dengan limpah
kurniaNya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan
tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek saya, Dr. Yahya bin
Buntat atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang diberikan
sepanjang penyelidikan tesis ini dijalankan. Terima kasih juga kepada Fakulti
Pendidikan Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan dan semua pensyarah yang terlibat
mendidik saya selama ini
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta
sesiapa yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
projek penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberi pembalasan yang
setimpal dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan
tetap dikenang hingga akhir hayat.
Wassalam.
Aisah Binti Mohd Hamzah
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membuat tinjauan terhadap stres yang berlaku
dikalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (JPTK).
Penyelidikan ini memberi fokus kepada 4 aspek utama seperti: Punca stres, simptom
stres, strategi menangani stres dan perbezaan antara tahap stres dengan tiga kursus
yang dinyatakan. Ia melibatkan 122 orang pelajar tahun akhir JPTK yang mengikuti
pengajian (Mekanikal, Elektrik dan Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai
instrumen kajian. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan Cronbach’s Alpha di
mana nilai yang didapati ialah 0.916. Analisis data dilakukan dengan menggunakan
perisian Statistical for Social Sciences (SPSS) 15.0 for windows, dan dianalisis secara
deskriptif serta dihuraikan menggunakan kekerapan, peratusan, min dan Ujian
ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran merupakan
faktor utama menyebabkan berlakunya stres dikalangan pelajar diikuti oleh faktor
akademik dan faktor peribadi. Manakala simptom yang sering dialami ialah simptom
fizikal dan langkah menangani stres yang biasa dilakukan ialah strategi kerohanian.
Ujian ANOVA yang dilakukan mendapati tidak terdapat perbezaan tahap stres antara
tiga jenis kursus yang diikuti oleh pelajar. Dapatan kajian ini juga mendapati tahap
stres adalah pada peringkat sederhana. Di akhir penyelidikan, penyelidik turut
mengemukakan beberapa cadangan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vii
ABSTRACT
The purpose of this study is to survey the stress among students in final year
Department of Technical and Engineering Education. This research focused on 4
aspects which is causes and level of stress, the symptoms, method handling and the
difference of level stress between the three courses TVE in Universiti Teknologi
Malaysia. This research indicated 122 final year students in Bachelor of Technology
with Education (Mechanical/ Electrical/ Living Skill) in Faculty of Education.
Questionnaire was used as an instrument for this research. The reliability of
questionnaire was tested by using Cronbach’s Alpha which the value was 0.916. The
data collected was analyzed by Statistical for Social Sciences (SPSS) 15.0 for
windows, and the descriptive analysis was carried out by the frequency, percentage,
mean and ANOVA test form. The main cause that contributes to stress among final
year students is environment factor, followed by academic factor and personal factor.
The physical symptom was contributing the common symptom. The method that
normally used to overcome this stress problem is by spiritual strategies. From the
ANOVA test, there are no differences between three courses. The conclusion,
researcher gives several suggestions for further research.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL
PENGESAHAN TESIS
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xvii
I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
ix
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Takrifan Istilah 9
1.8.1 Stres 9
1.8.2 Punca 10
1.8.3 Simptom 10
1.8.4 Strategi 10
1.8.5 Tahap 11
1.8.6 Pelajar Sarjana Muda Pendidikan 11
Jabatan Teknik dan Kejuruteraan
1.9 Kesimpulan 11
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Model Tindak Balas Selye 13
2.2.1 Tahap Reaksi Amaran 13
2.2.2 Tahap Penolakan/Penentangan 13
2.2.3 Tahap Keletihan 14
2.3 Simptom-Simptom Stres 16
2.4 Kajian-Kajian Lepas 17
2.5 Kesimpulan 27
x
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Reka Bentuk Kajian 28
3.3 Populasi dan Tempat Kajian 29
3.4 Instrumen Kajian 30
3.4.1 Bahagian A 30
3.4.2 Bahagian B 30
3.4.3 Bahagian C 31
3.4.4 Bahagian D 31
3.5 Analisis Data 32
3.5.1 Cara Pemarkatan 32
3.6 Prosedur Kajian 33
3.7 Kajian Rintis 35
3.8 Penutup 36
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis Bahagian A 38
4.2.1 Taburan Responden 38
Berdasarkan Jantina
4.2.2 Taburan Responden 39
Mengikut Umur
4.2.3 Taburan Responden 39
Mengikut Bangsa
xi
4.2.4 Taburan Responden 40
Mengikut Jenis Program
4.3 Analisis Bahagian B 40
4.3.1 Faktor Faktor 41
4.3.2 Faktor Intrapersonal 42
4.3.3 Faktor Persekitaran 43
4.4 Analisis Bahagian C 45
4.4.1 Simptom Fizikal 45
4.4.2 Simptom Psikologi 46
4.4.3 Simptom Tingkah Laku 47
4.5 Analisis Bahagian D 48
4.5.1 Strategi Interpersonal 49
4.5.2 Strategi Istirehat 50
4.5.3 Startegi Kerohanian 51
4.5.4 Strategi Pemikiran 52
4.6 Analisi Persoalan Kajian 4 53
4.7 Kesimpulan 54
V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Rumusan Kajian 55
5.3 Perbincangan 57
5.3.1 Faktor yang Menyebabkan 57
Stres Pelajar
xii
5.3.1.1 Faktor Akademik 57
5.3.1.2 Faktor Intrapersonal 58
5.3.1.3 Faktor Persekitaran 60
5.3.2 Simptom-Simptom Stres yang 61
Dialami Pelajar.
5.3.3 Strategi Penyelesaian dalam Menangani 63
Stres yang Wujud
5.3.4 Perbezaan Tahap Stres yang Dialami 64
oleh Pelajar SPE, SPJ dan SPH
5.4 Cadangan 65
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 67
5.6 Kesimpulan 69
RUJUKAN 70
LAMPIRAN
A 76
B 82
C 84
D 86
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Taburan Populasi 29 3.2 Taburan Item Dalam Soal Selidik 31 3.3 Jadual Skala Likert Bahagian B dan D 33 3.4 Jadual Skala Likert Bahagian C 33 4.1 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 38 4.2 Bilangan dan Peratusan Taburan Responden 38 Mengikut Jantina 4.3 Bilangan dan Peratusan Taburan Responden 39
Mengikut Umur
4.4 Bilangan dan Peratusan Taburan Responden 39 Mengikut Bangsa
4.5 Bilangan dan Peratusan Taburan Responden 40 Mengikut Jenis Program
4.6 Taburan Kekerapan dan Skor Min Berkaitan Faktor 41 Stres dari Aspek Akademik
4.7 Taburan Kekerapan dan Skor Min Berkaitan Faktor 42 Stres dari Aspek Intrapersonal
xiv
4.8 Taburan Kekerapan dan Skor Min Berkaitan Faktor 44 Stres dari Aspek Persekitaran
4.9 Taburan Kekerapan dan Skor Min Berkaitan Simptom 46 Stres dari Aspek Fizikal
4.10 Taburan Kekerapan dan Skor Min Berkaitan Simptom 47 Stres dari Aspek Psikologi
4.11 Taburan Kekerapan dan Skor Min Berkaitan Simptom 48 Stres dari Aspek Tingkahlaku
4.12 Taburan Kekerapan dan Skor Min Berkaitan Strategi 49 Menangani Stres dari sudut Interpersonal
4.13 Taburan Kekerapan dan Skor Min Berkaitan Strategi 50 Menangani Stres dari sudut Istirehat
4.14 Taburan Kekerapan dan Skor Min Berkaitan Strategi 51 Menangani Stres dari sudut Kerohanian
4.15 Taburan Kekerapan dan Skor Min Berkaitan Strategi 52 Menangani Stres dari sudut Pemikiran
4.17 Keputusan Ujian ANOVA 53
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 1 Rajah Tiga Tahap Model Tindak Balas 15 (Syndrome Penyesuaian Umum) atau GAS (General Adaptation Syndrome) 2 Carta Alir Proses Kajian 34
xvi
SENARAI SINGKATAN
G.A.S - Generel Adaptation Syndrome
IPTA - Institut Pendidikan Tinggi Awam IPTS - Institut Pendidikan Tinggi Swasta JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Elektrik) SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) SPJ Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal) SPSS - Statistic Package for Social Sciences UTM - Universiti Teknologi Malaysia UUM - Universiti Utara Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
A Set Borang Soal Selidik B Pengesahan Soal Selidik C Pengesahan Status Pelajar
D Realibility Item
`
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Stres adalah satu pengalaman atau kejadian yang sering dialami oleh
seseorang individu apalagi yang bergelar pelajar. Stres boleh mendatangkan
gangguan ke atas pemikiran, perasaan dan aktiviti seharian. Menurut Lessard (1998)
stres bukan sahaja dialamai oleh orang dewasa malah turut dialami oleh pelajar
universiti.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang pelajar
mengalami stres dan tekanan. Pelajar universiti pada awal tahun pengajian, misalnya
amat mudah terdedah kepada stres disebabkan oleh proses transisi kehidupan mereka
di universiti (Towbes dan Cohen, 1996). Senario ini dapat dilihat apabila terdapat
sesetengah golongan pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik di
peringkat persekolahan tetapi tidak dapat menunjukkan kecemerlangan akademik
apabila berada di universiti.
Persaingan yang sengit dalam mengejar kecemerlangan akademik telah
memberikan tekanan yang tinggi kepada pelajar dalam merealisasikan wawasan
mereka. Salain itu, faktor seperti persekitaran, hubungan interpersonal dan cara
pemikiran pelajar juga boleh menyumbang stres pelajar. Justeru, stres masih tidak
boleh dipisahkan dengan kehidupan pelajar dalam kesibukan mereka menuntut ilmu
dan memperolehi pelbagai kemahiran di universiti.
2
Perbezaan stres dikalangan pelajar juga adalah berbeza. Terdapat
pelajar yang berupaya berhadapan dengan stres tanpa mengalami apa-apa
kesan fizikal, mental atau emosi yang negatif serta boleh memotivasikan diri.
Terdapat juga pelajar yang tidak berupaya menguruskan stres apabila berada
dalam pengajian di universiti. Stres yang melebihi pada tahap tertentu
sekiranya tidak dikawal akan mewujudkan pelbagai masalah kepada setiap
individu (Romas dan Sharma, 2004). Kebiasaannya, stres akan dialami dalam
pelbagai keadaan seperti rasa sunyi, kurang tidur, keresahan, kebimbangan
yang tinggi serta simptom-simptom fisiologi yang ditunjukkan kesan daripada
sesuatu peristiwa yang dialami (Wright, 1967). Oleh yang demikian, stres
boleh menyebabkan kehidupan dan pergaulan seharian seseorang pelajar
terjejas sehingga memberi impak negatif terhadap kesihatan, personaliti,
interaksi sosial dan pencapaian akademik mereka.
Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stres dilihat dari aspek
negatif atau tekanan yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan
negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik sesorang pelajar. Oleh itu
stres dikalangan pelajar merupakan satu fenomena yang membimbangkan.
Justeru kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebab
stres, simptom-simptom stres dan strategi menangani stres.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Hatta Saidi (2002), stres merupakan fenomena pelbagai dimensi
yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan manusia. Kehidupan
manusia pada abad ini dilihat sebagai suatu yang amat mencabar dan kompleks.
Kepelbagaian kehidupan yang rencam meruntum cabaran untuk memenuhi kehendak
manusia. Keadaan ini telah memangkin munculnya fenomena stres yang
memerlukan perhatian yang khusus. Kini stres adalah fenomena yang kerap disebut
sebagai ancaman yang besar terhadap kesihatan mental manusia sejagat.
3
Hans Selye (1950) mendefinisikan stres sebagai “reaksi atau tindak balas
badan yang tidak spesifik terhadap permintaan atau keinginan” atau maklum balas
yang tidak khusus oleh mana-mana bahagian tubuh terhadap kewujudan sesuatu
desakan. Stres boleh menyebabkan perubahan terhadap tingkah laku seseorang
seperti gangguan emosi dan psikologi serta kemerosotan prestasi (Jerrold, 2002).
Di Malaysia, kira-kira 25 hingga 35 peratus pelajar di nagara ini mengalami
stres akibat beban akademik dan tugasan yang semakin meningkat. Sistem
pembelajaran yang terlalu mengutamakan kecemerlangan dalam akademik
menyebabkan pelajar tidak mempunyai waktu untuk berehat dan mengadakan
aktiviti lain. Manakala tekanan ibu bapa dan pensyarah supaya menunjukkan prestasi
cemerlang di peringkat sekolah hingga ke peringkat universiti turut menyebabkan
pelajar mengalami tekanan dalam hidup (Azhar Mohd Zain, Berita Harian 6 Mac
2002).
Kajian stres dalam persekitaran pembelajaran yang dijalankan oleh Deckro,
et al. (2002), menunjukkan bahawa stres memberi kesan kepada pencapaian
akademik, kekecewaan, kesihatan fizikal dan idea untuk membunuh diri. Kesan
negatif dari stres ini akan menghalang pelajar dari mencapai sasaran yang diingini.
Pelajar yang lemah dalam pelajaran sudah tentu akan mengalami stres dan jika tidak
ditangani pelajar ini akan lebih kerap untuk gagal dan melakukan aktiviti yang salah
(Brewster, 2001).
Fenomena stres dikalangan pelajar ini semakin dibimbangkan. Stres yang
dialami oleh pelajar berpunca daripada pelbagai masalah iaitu berkaitan dengan
jangkaan pencapaian akademik serta faktor sosial seperti membina hubungan dengan
seseorang (Fisher, 1993). Punca stres dikalangan pelajar boleh dikaitkan dengan
akademik, interpersonal, persekitaran, kewangan serta perkara berhubung dengan
kesihatan dan masa. Seperti kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini, tahap stres
paling tinggi adalah semasa membuat persediaan untuk peperiksaan, persaingan
memperolehi gred yang baik serta perkara yang melibatkan pengurusan masa (Misra
dan Mc Kean, 2000).
4
Masalah stres ini sentiasa menjadi perhatian terhadap pengkaji-pengkaji bagi
mengenalpasti punca tekanan yang berlaku. Beberapa kaedah untuk mengatasi
masalah ini telah digunakan oleh kita semua tidak kira orang ramai atau pakar-pakar
jiwa. Lazimnya individu akan memilih kaedah yang paling sesuai dan yang dianggap
dapat membantu dirinya mengatasi masalah tersebut. Selye (1978, dalam Mahmood
Nazar, 1992) mengatakan bahawa tekanan hidup ini tidak harus dielak kerana
tekanan hidup adalah satu-satunya fenomena yang dapat menyiapkan manusia untuk
menghadapi kecemasan atau bahaya dengan cara berada dalam tahap berjaga-jaga.
Menurut beliau juga, kita disarankan supaya menyesuaikan diri terhadap
bentuk tekanan yang am dan tidak kepada yang khusus. Ini kerana penyesuaian
seperti ini akan dapat membantu individu menghadapi kesukaran mengatasi satu-satu
tekanan yang serius kerana ia telah pun melazimkan diri dengannya. Sebagai contoh,
adalah lebih mudah untuk membimbit sebuah kotak dengan kedua-dua belah tangan
daripada dengan hanya menggunakan satu tangan sahaja. Tangan kita tidak akan
cepat lenguh atau penat berbanding dengan hanya menggunakan sebelah tangan
sahaja.
Setiap manusia mempunyai kerentaan yang berbeza-beza terhadap tekanan,
ada yang boleh menerima tekanan dengan berlebihan dan ada yang tidak. Langkah
pertama untuk mengadaptasikan diri dengan tekanan ialah individu perlu
mengenalpasti punca menyebabkan tekanan yang dialami secara peribadi. Untuk
mengetahui bentuk tekanan yang dihadapi adalah penting dan boleh dilakukan
dengan cara berikut :-
i) Memahami proses dan kesan tekanan
ii) Mengenalpasti punca-punca utama tekanan
iii) Mengenali dan mengetahui bila tekanan itu akan berlaku
5
iv) Membentuk beberapa cara yang bersesuaian untuk mengatasi
tekanan yang kerap dihadapi
v) Melatih diri bagi mengatasi tekanan dengan cara yang ditetapkan
terlebih dahulu
vi) Kenali bentuk tekanan yang boleh membantu untuk
perkembangkan diri.
Melalui kaedah ini, individu yang telah mengetahui tahap kerentaan masing-
masing tahu berapa banyak tekanan yang boleh dihadapi dan yang mana patut
dielakkan. Berdasarkan petikan ini, penyelidik mempunyai minat yang mendalam
untuk mengkaji punca yang boleh menimbulkan stres bagi pelajar-pelajar pendidikan
program perdana di Jabatan Teknik dan Kejuruteraan.
1.3 Pernyataan Masalah
Tidak dinafikan pelajar-pelajar yang masih menuntut ilmu sama ada di
peringkat tinggi mahu pun rendah akan sentiasa melalui pelbagai bentuk rintangan
sepanjang tempoh pengajian mereka disamping mengikut kelas-kelas harian, kelas
amali, kelas ganti dan juga tugas sampingan seperti ko-kurikulum. Keadaan akan
bertambah rumit lagi bagi mereka yang telah berumah tangga kerana terpaksa
memikirkan hal rumah tangga, pembahagian masa dengan tugas harian.
Menurut Omar (1999), pendidikan dertikan seperti berikut, “Pendidikan itu
adalah mempersiapkan seseorang itu supaya ia boleh hidup dengan sempurna,
bahagia, cinta kepada tanah airnya, kuat jasmaninya, sempurna budi pekertinya,
sistematik pemikirinnya, halus perasaannya, cekap dalam karyanya dan bekerjasama
dengan lain”. Ini bermakna tujuan pendidikan ialah untuk memupuk dan membentuk
sahsiah yang bersifat lengkap dan menyeluruh.
6
Kajian yang dilakukan oleh Kohn dan Frazer, (1986) menyatakan bahawa
pelajar universiti sering berhadapan dengan stres dalam menjalani kehidupan akibat
daripada sumber stres seperti beban tugas yang diberikan oleh pensyarah, situasi
kolej yang tertekan, masalah penyesuaian, konflik dan persaingan dalam pencapaian
akademik. Pandangan ini dikukuhkan lagi Yunus Mohd Noor (1984) yang
menyatakan pelajar universiti di Malaysia terdiri daripada golongan elit yang
sentiasa menghadapi kegelisahan mengikut masa dan peringkat pengajian mereka
dan mereka ini tidak pernah sampai ke garis tenteram. Sehubungan dengan itu,
penyelidik berpendapat masalah stres perlu dikaji untuk mengetahui punca yang
menyebabkan stres dan juga tahap stres pelajar supaya tindakan selanjutnya dapat
diambil.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan stres dikalangan pelajar
tahun 4 Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan berdasarkan aspek-
aspek akademik, peribadi dan persekitaran pembelajaran
1.4.2 Mangenalpasti simptom stres yang dialami oleh pelajar tahun 4 Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan.
1.4.3 Mengenalpasti strategi penyelesaian yang diambil oleh pelajar tahun 4
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan dalam menangani stres yang
wujud.
1.4.4 Mengenalpasti pebezaan tahap stres yang dialami oleh pelajar tahun 4
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan berdasarkan jenis kursus.
7
1.5 Persoalan kajian
1.5.1 Apakah faktor-faktor yang menyebabkan stres dikalangan pelajar tahun 4
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan berdasarkan aspek-aspek
akademik, peribadi dan persekitaran pembelajaran?
1.5.2 Apakah simptom stres yang dialami oleh pelajar tahun 4 Jabatan Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan?
1.5.3 Apakah strategi penyelesaian yang diambil oleh pelajar tahun 4 Jabatan
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan dalam menangani stres yang wujud?
1.5.4 Adakah terdapat pebezaan tahap stres yang dialami oleh pelajar tahun 4
Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan berdasarkan kursus?