Impak Positif Nkra Lih

17
IMPAK POSITIF NKRA LIH Kerajaan melancarkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada September 2009 sebagai satu usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Di bawah bidang NKRA LIH, Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk membasmi 44,643 isirumah kemiskinan tegar, mengurangkan jumlah golongan miskin daripda 3.6% kepada 2.8%, melatih dan membangun 2,000 usahawan wanita pada tahun 2010 dan meningkatkan jumlah usahawan wanita kepada 4,000 orang hingga tahun 2012 serta meningkatkan 50 peratus pemilikan rumah kos rendah di kalangan penghuni dan penyewa yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM2,500 sebulan pada akhir tahun 2010. Usaha mengurang dan membasmi kemiskinan, NKRA Kemiskinan melibatkan beberapa agensi pelaksana yang bertanggungjawab menjalankan program-program pembasmian kemiskinan. Antara agensi pelaksananya adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku agensi peneraju manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan 32 agensi-agensi lain di peringkat persekutuan, negeri dan daerah. Mereka yang tergolong dalam miskin tegar terdiri daripada yang berpendapatan isirumah di bawah RM520 sebulan. Manakala golongan miskin adalah yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM830 sebulan. Golongan yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM2,300 sebulan pula termasuk dalam golongan mudah miskin. Golongan miskin tegar dan miskin terdiri daripada pelbagai peringkat umur, mempunyai latar belakang kehidupan dan kesihatan berbeza-beza. Golongan ini boleh dikategori kepada golongan produktif dan tidak produktif. Oleh yang demikian, usaha membasmi kemiskinan perlu dilaksanakan melalui pendekatan yang berbeza-beza. Bantuan yang diberikan kepada golongan ini sekarang adalah dalam bentuk kewangan dan kebendaan. Hasil daripada pengalaman Jabatan Kebajikan Masyarakat selama hampir 60 tahun dalam memberi bantuan kebajikan, kerajaan kini menjurus kepada " productive welfare" di mana golongan miskin tegar dan miskin yang produktif akan diberi bantuan dalam bentuk kemahiran, latihan dan motivasi / kursus pembangunan minda. Dengan kata lain, mereka dilatih untuk berdikari tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata. Bagi golongan yang tidak produktif seperti golongan tua, berpenyakit (sakit terlantar) dan orang kurang upaya (OKU), kerajaan akan terus memberi bantuan kepada bentuk kewangan dan kebendaan. Manakala golongan yang produktif (mereka yang sihat), kerajaan akan menyerapkan mereka ke dalam Program 1AZAM (mengikut kriteria yang ditetapkan) bagi membolehkan mereka meningkatkan pendapatan dan sekali gus mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan. Kemaskini Terakhir 25/03/2015 12:15 PM SYARAT KELAYAKAN MEMOHON Warganegara Malaysia Disahkan berdaftar sebagai peserta eKasih (Miskin / Miskin Tegar) Berpendapatan isi rumah di bawah RM 1,500.00 (Bandar) ATAU RM 1,000.00 (Luar Bandar) sebulan Berumur 18 sehingga 55 tahun Mempunyai minat Mempunyai minat, berkemahiran dan berpengalaman dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan berskala kecil

description

NKRA

Transcript of Impak Positif Nkra Lih

Page 1: Impak Positif Nkra Lih

IMPAK POSITIF NKRA LIH

Kerajaan melancarkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pada September 2009 sebagai satu usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.  Di bawah bidang NKRA LIH, Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk membasmi 44,643 isirumah kemiskinan tegar, mengurangkan jumlah golongan miskin daripda 3.6% kepada 2.8%, melatih dan membangun 2,000 usahawan wanita pada tahun 2010 dan meningkatkan jumlah usahawan wanita kepada 4,000 orang hingga tahun 2012 serta meningkatkan 50 peratus pemilikan rumah kos rendah di kalangan penghuni dan penyewa yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM2,500 sebulan pada akhir tahun 2010.

Usaha mengurang dan membasmi kemiskinan, NKRA Kemiskinan melibatkan beberapa agensi pelaksana yang bertanggungjawab  menjalankan program-program pembasmian kemiskinan.  Antara agensi pelaksananya adalah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selaku agensi peneraju manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan  dan  Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan 32 agensi-agensi lain di peringkat persekutuan, negeri dan daerah.

Mereka yang tergolong dalam miskin tegar terdiri daripada yang berpendapatan isirumah di bawah RM520 sebulan. Manakala golongan miskin adalah yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM830 sebulan. Golongan yang berpendapatan isirumah kurang daripada RM2,300 sebulan pula termasuk dalam golongan mudah miskin.

Golongan miskin tegar dan miskin terdiri daripada pelbagai peringkat umur, mempunyai latar belakang kehidupan dan kesihatan berbeza-beza.  Golongan ini boleh dikategori kepada golongan produktif dan tidak produktif.  Oleh yang demikian, usaha membasmi kemiskinan perlu dilaksanakan melalui pendekatan yang berbeza-beza. 

Bantuan yang diberikan kepada golongan ini sekarang adalah dalam bentuk kewangan dan kebendaan.  Hasil daripada pengalaman Jabatan Kebajikan Masyarakat selama hampir 60 tahun dalam memberi bantuan kebajikan, kerajaan kini menjurus kepada "productive welfare"  di mana golongan miskin tegar dan miskin yang produktif akan diberi bantuan dalam bentuk  kemahiran,  latihan dan motivasi / kursus pembangunan minda.   Dengan kata lain, mereka  dilatih untuk berdikari tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata.

Bagi golongan yang tidak produktif seperti golongan tua, berpenyakit (sakit terlantar) dan orang kurang upaya (OKU), kerajaan akan terus memberi bantuan kepada bentuk kewangan dan kebendaan.  Manakala golongan yang produktif (mereka yang sihat),   kerajaan akan menyerapkan mereka ke dalam Program 1AZAM (mengikut kriteria yang ditetapkan) bagi membolehkan mereka meningkatkan pendapatan dan sekali gus mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

Kemaskini Terakhir   25/03/2015 12:15 PM

SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

Warganegara Malaysia

Disahkan berdaftar sebagai peserta eKasih (Miskin / Miskin Tegar)

Berpendapatan isi rumah di bawah RM 1,500.00 (Bandar) ATAU RM 1,000.00 (Luar Bandar) sebulan

Berumur 18 sehingga 55 tahun

Mempunyai minat

Page 2: Impak Positif Nkra Lih

Mempunyai minat, berkemahiran dan berpengalaman dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan berskala kecil

JENIS PAKEJ PROGRAM 1AZAM

AZAM NIAGA

1.    Pakej Char KueyTeow

2.    Pakej Ice Blended

3.    Pakej Nasi Lemak Kukus

4.    Pakej ABC &Cendol

5.    Pakej Roti John

6.    Pakej Burger

7.    Pakej Satay

8.    Pakej Air Tebu

9.    Pakej Jagung Manis & Waffle

10.  Pakej Gorengan Pelbagai

11.  Pakej Sejuk Beku

12.  Pakej Kuih – muih

13.  Pakej Gerai Makan

14.  Pakej Roti Canai

 

AZAM KHIDMAT

15.  Pakej Jahitan

16.  Pakej Cuci Kereta

17.  Pakej Gunting Rambut

18.  Pakej Mesin Rumput

19.  Pakej Urutan / Refleksologi

20.  Pakej Spa Secara Mobile

21.  Pakej Katering

Page 3: Impak Positif Nkra Lih

Kemaskini Terakhir   25/03/2015 12:00 PM

Pencapaian Tahun 2010

I.    MEMBASMI 44,643 MISKIN TEGAR YANG BERDAFTAR DI DALAM SISTEM EKASIH (*DATA DIKUNCI SEHINGGA DISEMBER 2009)Sehingga 31 Disember 2010, -  NKRA LIH berjaya membasmi 99.8% atau 44,535 KIR yang berdaftar di dalam sistem eKasih daripada 44,643 sasaran yang ditetapkan . Terdapat sebanyak 0.24% atau 108 KIR masih berada di dalam kategori miskin tegar sehingga 31 Disember 2010 disebabkan oleh KIR tersebut telah berubah  daripada kategori miskin kepada miskin tegar.

II.    MELATIH DAN MEMBANGUNKAN 2,000 ORANG USAHAWAN WANITASehingga 31 Disember 2010, KPWKM dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia telah berjaya melatih 5,387 orang usahawan wanita di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,000 orang usahawan wanita telah berjaya mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM3,500.00 ke atas.

Di antara bidang yang diceburi oleh usahawan wanita tersebut ialah bidang perniagaan makanan, bidang jahitan, bidang penternakan dan bidang butik andaman pengantin dan solekan.

Pada tahun ini juga, melalui bantuan yang diberikan secara one-off Jabatan Pembangunan Wanita telah berjaya melatih 3,433 orang usahawan wanita melalui program Jejari Bestari. Ikeunita dan Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT).

Bantuan one-off juga diberikan kepada Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) untuk melatih 600 orang usahawan melalui Program Ekonomi Menjana Aspirasi Keluarga (eM@k)

III.    MENINGKATKAN PEMILIKAN PERUMAHANSehingga 31 Disember 2010, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan dengan menawarkan sejumlah 35,095 unit (79%) daripada 44,146 unit rumah kos rendah untuk dijual kepada penyewa sedia ada.

Pada 31 Disember 2010 juga, Jabatan Perumahan Negara (JPN) berjaya menawarkan 55,864 unit (91%) daripada 61,136 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa.

Pencapaian NKRA LIH Tahun 2011

i.    USAHAWAN WANITASehingga 30 Disember 2011, seramai 1,100 lagi usahawan wanita telah berjaya dilatih dan dibangunkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia. Jumlah ini adalah kumulatif daripada tahun 2010, iaitu seramai 3,100 orang wanita telah berjaya menjadi usahawan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 500.00 ke atas.

Usahawan wanita didefinisikan sebagai usahawan yang mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM3,500.00 ke atas selama tiga bulan berturut-turut.

ii.    PROGRAM 1AZAMSehingga 31 Disember 2011, seramai 63,147 orang peserta (sasaran asal adalah 57,793 orang peserta) telah menyertai Program 1AZAM.

iii.    VERIFIKASI PESERTA DI DALAM SISTEM EKASIHSehingga 31 Disember 2011, Unit Penyelarasan Pelaksanaaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri telah berjaya menyempurnakan 100% pemprosesan 81,930 kes tertunggak eKasih yang didaftarkan sebelum 31 Mei 2011. Dengan mengemaskini pangkalan data eKasih, Kementerian dapat mengenalpasti perbezaan kategori peserta samada miskin tegar, miskin dan mudah miskin agar bantuan yang sesuai dapat disalurkan.

iv.    MENINGKATKAN PEMILIKAN PERUMAHANSehingga 31 Disember 2011, KPWKM berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan dengan membaik pulih sebanyak 2,465 unit rumah terbengkalai di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Page 4: Impak Positif Nkra Lih

Bagi Rumah Mesra Rakyat pula, sebanyak 2,400 unit (berbanding sasaran asal 2,500 unit) telah berjaya dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 31 Disember 2011.

v.    LAIN-LAIN INISIATIF DI BAWAH NKRA LIHLain – lain bantuan dan perkhidmatan yang diberikan oleh KPWKM di bawah NKRA LIH bermula pada tahun 2010 dan 2011 adalah seperti berikut :Sepanjang tahun 2011, beberapa program lain dilaksanakan di bawah naungan KPWKM dan kementerian serta agensi lain.

Pencapaian tahun ini termasuklah:

490 sekolah dan asrama daif seluruh Malaysia dibaiki dan dinaik taraf dengan kerjasama Kementerian Pelajaran;

35,245 kanak-kanak meraih manfaat daripada Program Bakul Nutrisi (Nutritional Basket) yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan;

11,879 isi rumah berpendapatan rendah meraih manfaat daripada yuran penyelenggaraan berjumlah RM5 juta yang diberikan kepada Dewan Bandaraya Kuala  Lumpur (DBKL);

RM2.32 juta diperuntukkan kepada Majlis AIDS Malaysia untuk menbangunkan  Anjung Damai, projek rumah perlindungan untuk 354 penghuni di seluruh Malaysia;

48,509 pasang  pakaian  seragam  sekolah (baju dan kasut) diagihkan kepada pelajar sekolah yang berdaftar di bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM);

8,809  ketua isi rumah miskin dan miskin tegar diperkenalkan kepada Program Perubahan Minda (Mindset Change Programme) yang membawa kepada Program 1AZAM  (dilaksanakan pada Disember 2010);

12,000 isi rumah  miskin  tegar  meraih manfaat  daripada Elaun Bulanan Sementara 1AZAM (EB1AZAM);

Program pembangunan keluarga yang merangkumi bantuan kaunseling, pembangunan keluarga dan program kesihatan reproduktif dilaksanakan dengan bantuan LPPKN@Komuniti;

Anjung Singgah, sebuah pusat sehenti yang terletak di Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu, Kuala Lumpur, telah ditubuhkan pada Mac 2011 untuk  menangani masalah golongan gelandangan. Anjung Singgah menyediakan pendaftaran, bantuan untuk memasuki pasaran kerja, peralatan rumah, kaunseling dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan; dan

1,333  isi rumah bakal meraih manfaat daripada Projek Sistem Kumbahan  dan sanitasi yang masih dalam pembinaan. 

Pencapaian NKRA LIH Tahun 2012

i.     USAHAWAN WANITASehingga 30 Disember 2012, seramai 1,200 lagi usahawan wanita telah berjaya dilatih dan dibangunkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia. Jumlah ini adalah kumulatif daripada tahun 2010, iaitu seramai 4,300 orang wanita telah berjaya menjadi usahawan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 500.00 ke atas.

ii.   PROGRAM 1AZAMSehingga 30 Disember 2012, seramai 43,820 orang peserta (sasaran asal adalah 39,600 orang peserta) telah menyertai Program 1AZAM.

iii.  PENINGKATAN PENDAPATAN MELEBIHI PARAS GARIS KEMISKINANSehingga 30 Disember 2012, seramai 15,047 orang peserta Program 1AZAM telah berjaya meningkatkan

Page 5: Impak Positif Nkra Lih

pendapatan melebihi paras garis kemiskinan berbanding sasaran asal iaitu 13,237 orang.

iv.  PENINGKATAN PENDAPATAN BULANAN MELEBIHI RM200Sehingga 30 Disember 2012, seramai 7,936 orang peserta Program 1AZAM telah berjaya meningkatkan pendapatan bulanan sebanyak RM200 berbanding sasaran asal iaitu 7,480 orang.

v.   VERIFIKASI PESERTA DI DALAM SISTEM EKASIHSehingga 30 Disember 2012, kesemua agensi pelaksana Program 1AZAM telah berjaya melakukan verifikasi dan mengemaskini (100%) peserta di dalam sistem eKasih.

vi.  PROFIL USAHAWAN WANITA OLEH AMANAH IKHTIAR MALAYSIA2 laporan setengah tahun dihasilkan mengenai usahawan wanita oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (berdasarkan kaji selidik untuk mengenal pasti trend dalam penjanaan pendapatan.

Pencapaian NKRA LIH Tahun 2013

i.    PESERTA PROGRAM 1AZAMSehingga 30 Disember 2013, seramai 38,663 orang peserta (sasaran asal adalah 35,100 orang peserta) telah menyertai Program 1AZAM.

ii.    PENINGKATAN PENDAPATAN BULANAN SEBANYAK RM300Sehingga 30 Disember 2013, seramai 18,249 orang peserta (sasaran asal adalah 17,060 orang peserta) telah berjaya meningkatkan pendapatan sebanyak RM300 sebulan.

iii.    BILANGAN PESERTA YANG MENGHADIRI KURSUS LITERASI KEWANGANSeramai 39,282 orang peserta program 1AZAM telah menghadiri Kursus Literasi Kewangan (sasaran asal adalah 35,100 orang peserta) sehingga 30 Disember 2013.

iv.    BILANGAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO) / SEKTOR KORPORAT YANG BEKERJASAMA MENJAYAKAN PROGRAM 1AZAMSebanyak 34 NGO dan sektor korporat telah bekerjasama dengan KPWKM dalam menjayakan Program 1AZAM pada tahun 2013.

v.    BILANGAN PROGRAM 1AZAM  YANG DIJALANKAN SECARA KOMUNITISebanyak 46 buah program komuniti 1AZAM berjaya dijalankan secara berkelompok pada tahun 2013.

vi.    VERIFIKASI PESERTA DI DALAM SISTEM EKASIHSehingga 30 Disember 2013, kesemua agensi pelaksana Program 1AZAM telah berjaya melakukan verifikasi dan mengemaskini (100%) peserta di dalam sistem eKasih.

vii.    USAHAWAN WANITASehingga 30 Disember 2013, seramai 1,000 lagi orang usahawan wanita berjaya dilahirkan dengan pendapatan RM3,500 sebulan selama tiga bulan berturut-turut.

1Azam Galakkan Pertumbuhan Wanita Dalam Perniagaan

Page 6: Impak Positif Nkra Lih

Sabariah Mohd Tahir menghasilkan produk kuih di dapur Ain Z Collection Entreprise. Foto: Sakini Mohd Said

Oleh Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Dalam mengecapi status negara berpendapatan tinggi, wanita juga tidak terkecuali dilihat sebagai antara faktor penting ke arah merealisasikan impian itu.

Ia bukan satu omongan kosong. Malah, situasi ini dapat dibuktikan menerusi komitmen kerajaan yang sentiasa mengiktiraf peranan golongan hawa dalam prospek pembangunan ekonomi negara.

Apatah lagi, kebangkitan wanita juga mendapat perhatian serius daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila dengan jelas menyuarakan suara hatinya menyeru masyarakat supaya mengiktiraf peranan besar wanita.

Atas faktor itu, tidak menghairankan apabila pengenalan Indeks Prestasi Utama (KPI) menerusi enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diperkenal dalam memenuhi keperluan rakyat yang menekankan kepada proses pembangunan wanita sebagai peneraju penting pertumbuhan ekonomi negara.

Bagi merealisasikan perkara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang dipertanggungjawabkan untuk meningkatkan taraf hidup mereka yang berpendapatan rendah, iaitu satu daripada teras NKRA, menggalas peranan berat mengeluarkan wanita daripada kepompong minda konservatif dengan meningkatkan penyertaan dan peranan aktif golongan itu.

Justeru, perniagaan dilihat sebagai satu cabang meningkatkan peranan wanita sama ada menerusi peruncitan, penternakan, kesihatan serta penghasilan makanan.

Komitmen ini jelas apabila kementerian dipertanggungjawabkan untuk melahirkan seramai 4,000 usahawan wanita menjelang tahun 2012.

Antara program yang diatur bagi membangunkan kapasiti golongan itu ialah memberi latihan teknikal, penyediaan Kursus Asas Keusahawanan serta tidak ketinggalan, 1Azam--Akhiri Zaman Miskin.

1AZAM GALAK WANITA LIBAT KEUSAHAWANAN

Program 1Azam yang diperkenal tahun lepas dengan tujuan meningkatkan pendapatan rakyat miskin dan miskin tegar menerusi empat cabang alirannya iaitu, Azam Kerja, Azam Tani, Azam Niaga dan Azam Khidmat adalah usaha merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengeluarkan golongan itu daripada kehidupan sedemikan menerusi kebajikan produktif.

Tidak mahu lagi membiarkan golongan ini terus-menerus bergantung harap kepada kerajaan, Menteri berkenaan, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata sudah tiba masanya reformasi mentaliti dilakukan bagi menjadikan mereka lebih berdikari.

Justeru, program Azam Tani yang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian, Azam Niaga (perniagaan kecil-kecilan), Azam Khidmat (bidang perkhidmatan) dan Azam Kerja (penempatan pekerjaan), adalah cabang terbaik kepada wanita seperti ibu tunggal dan suri rumah.

Biarpun program ini, tidak memberi fokus khusus kepada wanita kerana turut membabitkan Ketua Isi Rumah (KIR) golongan lelaki, namun ia mampu meningkatkan pertumbuhan wanita dalam perniagaan.

"Kita dapat melihat sudah ramai wanita berjinak-jinak dengan perniagaan dan ini menampakkan pertumbuhan ketara wanita dalam bidang itu," kata Pegawai NKRA kementerian itu, Hazmi Samsudin kepada Bernama baru-baru ini.

Melihat potensi program ini, kerajaan memperuntuk sebanyak RM$363.6 juta untuk tahun 2010 manakala RM$358.76 juta bagi tahun 2011 untuk menjayakan 1Azam.

TAHUN 2011, 1AZAM AKAN LEBIH GIAT

Page 7: Impak Positif Nkra Lih

Mengulas lebih lanjut, Hazmi berkata penerima bantuan 1Azam dipilih secara teliti menerusi hasil pendaftaran di bawah sistem e-kasih, iaitu di bawah tanggungjawab pejabat Perdana Menteri dan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja berjaya.

Dengan hasil pendaftaran seramai 45,611 golongan miskin dan miskin tegar berpendapatan antara RM750 dan RM2,000 sebulan, didapati hanya 30,068 ketua isi rumah termasuk Sabah dan Sarawak telah menguarkan minat untuk menyertai program tersebut.

Difahamkan laporan berita sebelum ini, seramai 9,687 daripada 45,611 yang mendaftar adalah ketua isi rumah wanita dan menjadi hasrat kerajaan untuk membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Setelah disaring, akhirnya hanya 7,401 layak menerima bantuan program 1Azam bagi tahun 2010. Yang berbaki masih lagi di bawah kajian," katanya.

Bagi menjayakan program 1Azam, Hazmi berkata adalah mustahil kementerian itu bergerak sendiri dan untuk itu beberapa kementerian dan agensi berkaitan telah terbabit seperti Kementerian Sumber Manusia menerusi Azam Kerja, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (Azam Tani) manakala Azam Khidmat dan Azam Niaga menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

"1Azam akan lebih giat pada tahun ini dan untuk itu sebanyak RM58.76 juta telah diperuntukkan di mana KPWKM akan menerima RM50 juta bagi melaksanakan Azam Niaga dan Khidmat manakala Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak RM20 juta dan Kementerian Sumber Manusia RM8.76 juta.

"Sabah dan Sarawak masing-masing mendapat peruntukan sebanyak RM140 juta bagi tahun 2011," katanya.

TIADA LAGI ERTI KEMISKINAN

Mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan, seorang daripada peserta Azam Niaga, Sabariah Mohd Tahir akhirnya berpeluang mengecapi kehidupan selesa apabila perniagaan kecil-kecilannya itu kini membuahkan hasil lumayan dan pernah mencecah jualan kasar sehingga RM90,000 sebulan.

Berbekalkan pelbagai kemahiran membuat kek, kuih moden dan tradisional, yang diperoleh hasil daripada menyertai pelbagai jenis kursus, penyertaan menerusi 1Azam membantunya memasarkan Ain Z Collections Enterprise bukan sahaja sekitar Kuala Lumpur malahan negeri lain.

"Saya mengetahui mengenai 1Azam ini daripada kawan-kawan. Pada awalnya, skop perniagaan saya hanya sekitar kampung dan tidak boleh menerima tempahan luar kerana tidak mempunyai peralatan cukup.

"Tetapi setelah menyertai Azam Niaga proses pinjamannya pun tidak susah dan saya sudah meminjam sebanyak empat kali untuk membeli peralatan seperti mesin plastik. Berbekalkan pinjaman itu, membolehkan saya menerima tempahan dari Kedah, Terengganu dan Johor," kata ibu tunggal ini.

Beliau pernah menerima pelbagai anugerah dan terbaru Usahawan Terbaik Risda Selangor Tahun 2010 bagi kategori Roti dan Pastri.

Sokongan Tambahan pada peringkat negeri dan persekutuan

Di Sabah dan Sarawak, beberapa agensi negeri membantu dalam melaksanakan inisiatif NKRA LIH. Di

Sabah,

antara agensi yang tampil ke hadapan dan memberikan sokongan termasuk:Yayasan Usaha Maju,

Jabatan

Pertanian Negeri, Ko-Nelayan, Jabatan Perikanan Negeri, Koperasi Pembangunan Desa, Jabatan Hal-

Ehwal

Wanita, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Kementerian Pembangunan Masyarakat

dan Hal

Page 8: Impak Positif Nkra Lih

Ehwal Pengguna, dan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Di Sarawak pula, agensi-agensi yang

terlibat

termasuk: Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Unit Pembangunan Usahawan

Bumiputera,

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Giatmara, Perbadanan Pembangunan Industri Kayu

Sarawak, Lembaga Kemajuan Bintulu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Jabatan Tenaga

Kerja.

Untuk memastikan kejayaan NKRA LIH, pemantauan yang teliti terhadap isi rumah berpendapatan

rendah

menggunakan pangkalan data eKasih adalah penting. Untuk mencapai tujuan ini, semua isi rumah dalam

pangkalan data eKasih telah melalui proses verifikasi yang dikendalikan oleh ICU di Jabatan Perdana

Menteri.

Pada tahun 2011, kami telah memperkenalkan NKPI baharu untuk menyelesaikan kes tertunggak yang

berkaitan

dengan verifikasi eKasih. Aktiviti ini dilaksanakan dengan sokongan padu daripada ICU dan pihak

berkuasa

negeri dan daerah.

Bantuan Sektor Swasta

Selain usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan, syarikat swasta juga turut menghulurkan bantuan untuk

meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah. PETRONAS umpamanya telah tampil ke

hadapan melalui inisiatif Program Sentuhan Harapan yang banyak membantu meningkatkan taraf

kehidupan

golongan miskin.

Jadual berikut menyerlahkan bidang fokus utama di bawah pelbagai inisiatif 1AZAM.

Inisiatif Utama 1AZAM

AZAM Tani

AZAM Niaga

AZAM Kerja

AZAM Khidmat

1AZAM Sabah

1AZAM Sarawak

Bidang-Bidang Tumpuan Utama

Menyasarkan golongan miskin di luar bandar. Inisiatif ini membantu golongan

miskin dan miskin tegar untuk melibatkan diri dalam perniagaan asas tani seperti

ternakan ayam itik dan akuakultur melalui peruntukan latihan dan pembiayaan

kewangan.

Menyasarkan golongan miskin di bandar dan luar bandar. Inisiatif ini menggalakkan

program keusahawanan melalui penubuhan perniagaan kecil berkaitan dengan

makanan, gerai kecil, kedai runcit, katering dan perniagaan dalam talian dan lain-

lain menerusi peruntukan latihan dan pembiayaan

Menyasarkan golongan miskin di bandar. Inisiatif ini berusaha mendapatkan

prospek kerja yang sepadan dengan golongan miskin dan miskin tegar dengan

menggalakan mereka menerima kerja tersebut. Kerja-kerja tersebut termasuklah

pembantu rumah, atendan pam minyak, pengawal keselamatan, kelasi kapal dan

pekerja restoran makanan segera seperti KFC.

Menyasarkan golongan miskin di luar bandar dan bandar. Inisiatif ini memudahkan

pembukaan perniagaan kecil-kecilan tetapi inovatif termasuk mencuci kereta

bergerak, memotong rumput, pusat jagaan harian untuk warga tua dan kanak-

kanak selain perkhidmatan jagaan selepas bersalin

Page 9: Impak Positif Nkra Lih

Inisiatif ini diletakkan di bawah kelolaaan Kerajaan Negeri Sabah yang meliputi

inisiatif AZAM Tani, AZAM Niaga, AZAM Kerja and AZAM Khidmat di Sabah

Inisiatif ini diletakkan di bawah kelolaan Kerajaan Negeri Sarawak yang meliputi

inisiatif AZAM Tani, AZAM Niaga, AZAM Kerja dan AZAM Khidmat di Sarawak

PROGRAM 1AZAM

Setelah berjaya mengurangkan 44,643 isi rumah miskin tegar kepada sifar peratus pada tahun 2010,

KPWKM mengalih

tumpuannya pula kepada golongan miskin dan mudah terjejas pada tahun 2011. Sejak awal tahun 2011,

NKPI LIH

merangkumi kategori isi rumah miskin dan golongan mudah terjejas dalam kategori isi rumah

berpendapatan rendah.

Meskipun isi rumah golongan mudah terjejas (ini termasuklah golongan terpinggir seperti bekas penagih

dadah,

pesakit HIV-AIDS dan bekas banduan) mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya melebihi Paras Garis

Kemiskinan

(PGK) , mereka masih dianggap sebagai isi rumah berpendapatan rendah kerana mereka mudah

terjebak ke dalam

kelompok kemiskinan dan memerlukan perhatian (Isi rumah miskin tegar yang dikenal pasti melalui

pendaftaran

terbuka pangkalan data eKasih selepas 31 Disember 2011 telah diletakkan di bawah kategori miskin bagi

tahun 2011).

Proses verifikasi eKasih

Pada tahun 2011, satu lagi sasaran NKPI baharu telah diperkenalkan, iaitu verifikasi peserta eKasih yang

berdaftar.

Berikutan kritikan bahawa proses verifikasi pendaftaran eKasih mengambil masa yang agak lama,

KPWKM meletakkan

sasaran NKPI baharu untuk menyelesaikan kesemua 242,945 kes tertunggak belum diverifikasi yang

telah didaftarkan

dalam eKasih sebelum 31 Disember 2010 pada bulan Mac 2011, dan lagi 81,930 kes yang didaftarkan

dalam eKasih

sebelum 31 Mei 2011 pada akhir tahun 2011 (secara keseluruhan, 324,875 kes perlu diselesaikan pada

akhir tahun

2011) diverifikasi. Dengan mengemas kini pangkalan data tersebut, kementerian berjaya mengumpul

maklumat penting

yang membantu kementerian membuat pembezaan kategori terhadap peserta yang berdaftar. Hal

demikian penting

untuk mengenal pasti inisiatif 1AZAM yang sesuai untuk disalurkan kepada peserta yang berdaftar.

Verifikasi pendaftaran terbuka eKasih

Bank Data Kemiskinan Kebangsaan Berpusat yang digunakan oleh

agensi untuk memberikan bantuan kepada orang miskin

Orang ramai boleh mengakses portal dan mendaftarkan diri secara

dalam talian

(on-line)

dengan memberikan maklumat asas

Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) akan melakukan verifikasi

terhadap semua kes yang didaftarkan di portal

Hanya kes-kes yang telah diverifikasi akan didaftarkan dalam eKasih

Page 10: Impak Positif Nkra Lih

Bantuan perumahan yang berterusan

Tahun ini memperlihatkan KPWKM menyambung usaha untuk memberi bantuan perumahan kepada

golongan

berpendapatan rendah. Sasaran telah ditetapkan bagi membaik pulih 2,465 rumah terbengkalai dan

membina 2,500

Rumah Mesra Rakyat dibawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sebelum 31 Disember 2011.

Sepanjang tahun 2011, beberapa program lain dilaksanakan di bawah naungan KPWKM dan kementerian

serta agensi

lain. Pencapaian tahun ini termasuklah:

• 490 sekolah dan asrama daif seluruh Malaysia dibaiki dan dinaik taraf dengan kerjasama Kementerian

Pelajaran

• 35,245 kanak-kanak meraih manfaat daripada Program Bakul Nutrisi

(Nutritional Basket)

yang dilaksanakan

dengan kerjasama Kementerian Kesihatan

• 11,879 isi rumah berpendapatan rendah meraih manfaat daripada yuran penyelenggaraan berjumlah

RM5 juta

yang diberikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

• RM2.32 juta diperuntukkan kepada Majlis AIDS Malaysia untuk menbangunkan Anjung Damai, projek

rumah

perlindungan untuk 354 penghuni di seluruh Malaysia

• 48,509 pasang pakaian seragam sekolah (baju dan kasut) diagihkan kepada pelajar sekolah yang

berdaftar di

bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

• 8,809 ketua isi rumah miskin dan miskin tegar diperkenalkan kepada Program Perubahan Minda

(Mindset Change

Programme)

yang membawa kepada Program 1AZAM (dilaksanakan pada Disember 2010)

• 12,000 isi rumah miskin tegar meraih manfaat daripada Elaun Bulanan Sementara 1AZAM (EB1AZAM)

• Program pembangunan keluarga yang merangkumi bantuan kaunseling, pembangunan keluarga dan

program

kesihatan reproduktif dilaksanakan dengan bantuan LPPKN@Komuniti (Lembaga Penduduk Dan

Pembangunan

Keluarga Negara)

• Anjung Singgah, sebuah pusat sehenti yang terletak di Bangunan Ehsan, Jalan Hang Lekiu, Kuala

Lumpur, telah

ditubuhkan pada Mac 2011 untuk menangani masalah golongan gelandangan. Anjung Singgah

menyediakan

pendaftaran, bantuan untuk memasuki pasaran kerja, peralatan rumah, kaunseling dan kebajikan

kepada mereka

yang memerlukan

• 1,333 isi rumah bakal meraih manfaat daripada Projek Sistem Kumbahan dan Sanitasi yang masih

dalam

pembinaan

Kejayaan Pelancaran Program 1AZAM

Pada 31 Disember 2011, sejumlah 63,147 isi rumah melebihi sasaran 57,793 isi rumah miskin yang telah

berdaftar

dalam program eKasih menyertai program 1AZAM. Sebahagian mereka telah mula bekerja di bawah

inisiatif AZAM

Kerja dan sebahagian yang lain telah menerima peralatan atau pinjaman kewangan di bawah inisiatif

AZAM Tani, AZAM

Page 11: Impak Positif Nkra Lih

Niaga dan AZAM Khidmat, daripada peneraju berkenaan yang melaksanakan inisiatif-inisiatif 1AZAM.

CABARAN

KETIDAKSEMPURNAAN

Pelbagai agensi yang berusaha melaksanakan program 1AZAM telah menempuh pelbagai cabaran

sepanjang

tahun 2011. Bagi AIM, cabaran yang perlu dihadapi adalah untuk memastikan pembiayaan mikro kredit

mudah

diperoleh mereka yang berdaftar dengan eKasih. Memandangkan mereka ini tinggal di serata pelosok

negara,

lebih banyak pejabat AIM yang perlu diwujudkan dan lebih banyak kakitangan yang perlu diambil

bekerja. Lantaran

AIM menyediakan kemudahan pinjaman kredit yang berbeza daripada bantuan geran oleh agensi

pelaksana yang

lain, cabaran yang dihadapi adalah untuk meyakinkan peserta bahawa skim ini adalah cara yang lebih

baik untuk

meningkatkan kehidupan mereka dalam tempoh jangka panjang.

Di Sabah dan Sarawak, KPWKM terpaksa berhadapan dengan masalah landskap geografi di kedua-dua

buah negeri

tersebut. Memandangkan program 1AZAM menyediakan kemudahan kepada hampir 24,000 isi rumah di

kedua-dua

buah negeri tersebut, agensi pelaksana terpaksa berhadapan dengan kos yang lebih tinggi dan pelbagai

masalah

logistik apabila usaha menghantar bantuan kepada rakyat yang tinggal di serata pelosok luar bandar

dan kawasan

terpencil dilakukan.

IKTIBAR YANG DIPELAJARI Beberapa pengajaran yang penting telah dipelajari sepanjang pelaksanaan NKRA LIH. Oleh sebab

pangkalan

data eKasih tidak dikemas kini secara tetap, banyak ketua isi rumah telah berpindah dan tidak lagi dapat

dikesan.

Terdapat juga keperluan untuk mengenal pasti dengan tepat jenis bantuan yang diperlukan oleh ketua

atau ahli isi

rumah dalam pangkalan data eKasih sebelum bantuan disalurkan. Proses ini perlu dipercepat dan

ditadbir dengan

lebih fleksibel tetapi dengan langkah tadbir urus yang baik supaya bantuan dapat disalurkan dengan

cara yang lebih

tepat pada masanya.

Satu lagi pengajaran penting yang dipelajari ialah pelaksanaan inisiatif AZAM Kerja. Terdahulu,

Kementerian Sumber

Manusia mengguna pakai kaedah

“train and place”

, iaitu para peserta diberi latihan yang berkaitan dengan kerja

yang mereka minati dan kemudiannya ditempatkan di tempat kerja. Pendekatan ini mencatat kadar

kejayaan yang

rendah kerana setelah diberi latihan, banyak peserta berhenti kerja setelah beberapa hari bekerja

(disebabkan minat

dan motivasi yang kurang). Kementerian kemudiannya mengguna pakai pendekatan

“place and train”

, iaitu para

Page 12: Impak Positif Nkra Lih

peserta ditempatkan terlebih dahulu di tempat kerja dan kemudian barulah mereka diberi latihan.

Kaedah yang

kedua ini mencatatkan kadar kejayaan yang tinggi dan peserta didapati terus bekerja kerana mereka

telah pun

mengukuhkan kedudukan masing-masing di tempat kerja tersebut selain diberi upah semasa latihan

kerja diberikan.

Pengajaran lain yang dipelajari di bawah AZAM Kerja ialah mengubah pendekatan tradisional yang

digunakan

sebelum ini, iaitu menziarahi peserta yang berpotensi di rumah mereka kepada pendekatan mengajak

mereka ke

pameran kerjaya. Pendekatan terdahulu melalui kaedah berbual dan memujuk mereka di rumah didapati

kurang

berjaya disebabkan mereka berada dalam “zon selesa” di rumah masing-masing. Meskipun mereka

miskin,

pendekatan ini tidak berkesan dalam menarik serta memberikan motivasi kepada mereka untuk mencari

pekerjaan.

Dengan membawa mereka ke pameran kerjaya, kami berjaya memujuk mereka dengan memaklumi

mereka tentang

betapa seronoknya pekerjaan baharu yang mungkin diperoleh itu dan betapa menariknya persekitaran

dan suasana

pekerjaan baharu tersebut. Pendekatan baharu tersebut menjana keberhasilan yang lebih baik dalam

menarik

mereka menyertai program 1AZAM.

Projek AZAM Kerja dapat sambutan dingin di Sarawak

Posted on October 9, 2013, Wednesday

KOTA SAMARAHAN: Projek AZAM Kerja dikenal pasti mendapat sambutan dingin daripada peserta Program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) di Sarawak.

Penyelaras e-Kasih Daerah Samarahan Benjamin Wing David Uking berkata, kebanyakan peserta lebih cenderung terlibat dalam projek-projek AZAM Niaga, AZAM Tani dan AZAM Khidmat.

“AZAM Kerja merupakan projek 1AZAM yang paling tidak popular di Sarawak dan Sabah jika dibandingkan di Semenanjung Malaysia di mana ia menerima sambutan yang baik.

“Mungkin disebabkan peserta 1AZAM kita lebih memilih untuk menjana pendapatan sendiri daripada makan gaji,” katanya yang ditemui semasa Program Pemadanan Perniagaan 1AZAM Samarahan anjuran Pejabat Daerah Samarahan dengan kerjasama Agensi Pelaksana 1AZAM di sini, semalam.

Sehubungan itu, Benjamin berkata, pihaknya telah meletakkan fokus untuk memperkenalkan projek AZAM Kerja kepada peserta di sini.

Page 13: Impak Positif Nkra Lih

Beliau menambah, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) juga telah mengambil inisiatif untuk mendedahkan projek tersebut kepada ahli-ahli isi rumah.

“Usaha JTK sekarang tidak lagi menumpukan Ketua Isi Rumah (KIR) untuk projek AZAM Kerja sebaliknya beralih kepada ahli-ahli senyap seperti anak mereka,” katanya.

Sementara itu, Benjamin berkata, seramai lebih 1,000 peserta telah menyertai Program 1AZAM di Samarahan dari tahun 2011 hingga sekarang.

“Ramai daripada mereka telah berjaya meningkatkan pendapatan isi rumah sekurangkurangnya RM300 sebulan dan kebanyakan adalah menerusi projek AZAM Niaga dan AZAM Khidmat,” katanya.

http://www.pemandu.gov.my/gtp/Media_Coverage-@-168,946_peserta_e-

Kasih_berjaya_tingkat_pendapatan.aspx?lang=ms-my

168,946 peserta e-Kasih berjaya tingkat pendapatan

Berita Harian

KUALA LUMPUR, 12 MEI 2014 - Sebanyak 168,946 peserta e-Kasih terkeluar daripada senarai penerima

bantuan selepas berjaya meningkatkan pendapatan isi rumah mereka pada tahun lalu. 

Menurut Laporan Tahunan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 yang dikeluarkan hari ini, jumlah itu adalah

89 peratus daripada peserta yang terkeluar daripada sistem e-Kasih iaitu 188,781 orang. 

 

Jumlah keseluruhan peserta yang didaftarkan di dalam sistem e-Kasih sehingga tahun 2013 adalah 462,571

peserta. 

Mengikut laporan itu, peserta yang terkeluar daripada senarai kerana kematian adalah sebanyak 5,082 orang,

(4,937) pengesahan kumpulan fokus, (438) bantuan kebajikan dan (47) berkahwin semula dan (9,331) lain-lain. 

Sistem e-kasih adalah satu sistem pangkalan data yang diwujudkan di peringkat kebangsaan bagi merancang,

melaksana dan memantau program-program pembasmian kemiskinan. 

Laporan bagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah

berpendapatan rendah itu turut mencatatkan 69,972 orang dikategorikan sebagai miskin tegar, (129,275) miskin

dan (74,543) golongan mudah terjejas.

Dalam pada itu, menerusi program 1AZAM, yang memfokuskan pelaksanaan membasmi kemiskinan tegar

secara kekal, menunjukkan 18,249 peserta berjaya meningkatkan pendapatan sebanyak RM300 bagi mana-

Page 14: Impak Positif Nkra Lih

mana tiga bulan. 

Malah, jumlah itu melebihi sasaran kerana pada permulaan, hanya 17,060 peserta yang disasarkan oleh

kerajaan dapat meningkatkan pendapatan isi rumah. 

Bilangan penyertaan peserta baharu dalam program 1AZAM bagi tahun 2013, direkodkan sebanyak 38,663

orang. 

Laporan itu menyebut bahawa bantuan dan sokongan warga korporat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah

melancarkan dan mempercepatkan usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan tersebut,

menangani isu kanak-kanak kekurangan zat, kesihatan dan gejala lain. 

Melalui kerjasama itu, kerajaan merangka inisiatif yang dibahagikan kepada dua aliran kerja yang direka untuk

menangani masalah tersebut iaitu 'pengupayaan ekonomi' dan 'pemangkin ekonomi'.

Antara badan korporat yang tampil memberi sumbangan adalah Petronas, General Electric (EC), Air Asia, Astro

All Asia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Memandangkan GTP 2.0 merupakan permulaan fasa baharu dalam penyampaian bantuan kepada golongan

berpendapatan rendah, inisiatif ini turut mengalami beberapa cabaran antaranya pendapatan tidak seragam

dalam kalangan peserta 1AZAM dan masalah dalam melaksanakan perlindungan insurans bagi peserta.

Selain itu, cabaran lain adalah usaha mengesan kumpulan mudah terjejas seperti penagih dadah dan bekas

banduan adalah sukar kerana mereka cenderung untuk tidak dikesan apabila bebas dari pusat pemulihan.

Bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tahun 2014, inisiatif utama yang ditekankan adalah untuk memastikan

peserta 1AZAM mendapat sokongan menyeluruh dan rundingan susulan untuk mencapai kejayaan.

Kerajaan turut mensasarkan bilangan peserta yang meningkatkan pendapatan mereka sebanyak RM300 untuk

mana-mana tempoh tiga bulan sebanyak 28,900 daripada 17,060 orang bagi tahun 2014.

SIASATAN PENYELEWENGAN 1AZAM: PENDAKWAAN SEGERA DAN SIASATAN MENYELURUHFEBRUARY 4, 2014 1 COMMENT

Saya tidak terkejut dengan berita bahawa ada campur tangan politik yang cuba menghalang beberapa orang yang sebelum ini disiasat kerana disyaki menyeleweng dana rakyat di bawah

Page 15: Impak Positif Nkra Lih

Skim 1Azam daripada didakwa. Perkara ini turut disahkan oleh Pengerusi Panel Rundingan dan Pencegahan SPRM, Dato’ Johan Jaafar melalui kenyataan rasmi semalam.

Skandal penyelewengan dana rakyat yang disalurkan melalui Skim 1Azam di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah lama berlegar dan bermain di mulut rakyat. Skim ini diperkenalkan semasa Dato’ Seri Shahrizat Jalil menjadi menteri yang berkenaan.

Mengikut Laporan Tahunan Pemandu 2011, di antara tahun 2010 dan 2011 kerajaan persekutuan dianggarkan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program ini. Ia adalah program pembasmian kemiskinan yang terbesar yang dijalankan oleh kerajaan persekutuan.

Salah satu dari inisiatif dibawah 1Azam ialah dengan membekalkan perkakas dan peralatan untuk membolehkan isirumah miskin memulakan perniagaan kecil-kecilan untuk menambah pendapatan. Contoh perkakas dan peralatan yang sering diberikan dibawah skim ini adalah peti sejuk, mesin jahit, gerai burger, pembuat kuih, enjin bot dan lain-lain.

Seawal tahun 2012, saya telah didatangi oleh seorang pembekal kepada skim ini yang mendakwa bahawa berlaku penipuan di dalam pelaksanaan 1Azam di dalam dua bentuk:

1. Perkakas dan peralatan bantuan tidak sampai kepada isirumah miskin seperti yang didakwa, sebaliknya beliau menghantar perkakas dan peralatan yang dibekalkan kepada pimpinan kanan dan aktivis Wanita Umno setempat

2. Harga perkakas dan peralatan bantuan adalah jauh lebih rendah dari yang tuntutan yang dibuat kepada kerajaan kerana pembekal perlu membayar kembali perbezaan di antara harga sebenar dan tuntutan kepada pegawai-pegawai tertentu di kementerian. Contohnya, jika jumlah tuntutan beberapa perkakas adalah RM5,000 – harga sebenar yang dibekalkan mungkin hanya RM2,500. Beza RM2,500 dari tuntutan dibahagikan diantara beberapa orang yang terlibat.

Pembekal tersebut meminta saya menyiasat perkara ini kerana beliau berasa bersalah dengan penipuan yang melibatkan dana rakyat untuk membantu rakyat miskin ini. Setelah mencuba beberapa bulan, saya tidak mendapat apa-apa bukti berbentuk dokumen selain dari percakapan dan pembekal. Oleh sebab itu, saya membuat keputusan untuk tidak terus meneliti perkara ini.

Saya berasa lega apabila diberitakan bahawa SPRM telah menahan beberapa individu yang dikaitkan dengan Yayasan Sayang Malaysia yang ditubuhkan khusus untuk terbabit di dalam pelaksanaan skim 1Azam. Yayasan Sayang Malaysia adalah sebuah syarikat yang dijamin (limited by guarantee), maka tidak banyak maklumat yang diperolehi kecuali pengarahnya adalah Dato’ Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil sendiri di kementerian.