Impak Puasa Terhadap Muslim

22
1 Impak Puasa Terhadap Muslim

description

Menerangkan kesan-kesan dan kelebihan puasa terhadap Muslim.

Transcript of Impak Puasa Terhadap Muslim

Page 1: Impak Puasa Terhadap Muslim

1

Impak Puasa Terhadap Muslim

Page 2: Impak Puasa Terhadap Muslim

2

KANDUNGAN

PENDAHULUAN

MUKADIMAH PUASA 1

BAB 1:

Impak Puasa Terhadap Muslim 2

BAB 2:

Perlaksanaan Ibadat Puasa

- Pengertian Puasa- Hukum Puasa - Rukun – Rukun Puasa- Syarat – Syarat Wajib Puasa- Syarat – Syarat Sah Puasa- Perkara Sunat - Jenis – Jenis Puasa

4

5

6

8

9

10

11

BAB 3:

Masalah – Masalah Dalam Berpuasa

- Perkara – Perkara yang Membatalkan Puasa

- Perkara – Perkara yang Makruh

12

14

CADANGAN/KESIMPULAN

RUJUKAN

Page 3: Impak Puasa Terhadap Muslim

3

MUKADIMAH

Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Beribadahlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan

kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang yang)

bertaqwa. .

(Surah al-Baqarah:21)

Ibadah puasa merupakan satu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh setiap Umat Islam pada

bulan Ramadhan.Namun ibadah Puasa ini bukan tertakluk pada bulan Ramadhan sahaja tetapi

boleh dilakukan pada bulan-bulan lain seperti puasa sunat dan sebagainya. Firman Allah Surah

al-Baqarah: 183.

Page 4: Impak Puasa Terhadap Muslim

4

IMPAK PUASA TERHADAP MUSLIM

1- Memberikan kekuatan kepada manusia dalam usaha mendisiplinkan diri dan hidup secara sihat. Apabila seorang muslim telah menjalankan puasa secara teratur selama satu bulan penuh (Ramadhan) dan kemudian teratur pula setiap tahun di bulan yang suci itu, maka ia telah berhasil mencapai tahap yang tinggi dalam hal kemampuannya mendisiplinkan diri.

2- Memberikan kekuatan jiwa yang tinggi kepada muslim, mengajarkan penyatuan, persaudaraan dan persamaan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. dengan hukum – hukumNya. Apabila seseorang muslim menjalankan ibadah puasa, mereka menyedari bahawa mereka bersama –sama dengan masyarakat muslim yang lain dalam menjalankan sesuatu kewajiban, bergerak dengan satu persoalan yang sama, waktu yang sama, motif dan tujuan yang sama.

3- Mengubah kehidupan muslim menjadi yang lebih baik. Dengan mudah sebenarnya kita dapat memahami betapa puasa itu dapat mengubah kelakuan yang kebiasaan jelek manusia dalam kehidupannya seharian. Apabila mereka mahu melakukan perubahan itu, maka ia telah menempatkan dirinya dalam suatu system baru yang amat berguna dan memberikan kepuasan kepadanya.

4- Memperlihatkan kepada muslim suatu cara yang tebaru dalam menjalani hidup yang berhemah dan mengatur anggaran hidup, kerana dengan makan dan minum dalam kuantiti sedikit sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan.

5- Melengkapkan jiwa manusia dengan jiwa yang suci murni, pandangan yang jelas dalam berfikir, dan tubuh yang kuat untuk bergerak dan bertindak. Ia tidak akan menjadi penyebab bagi rosaknya perut seseorang, terbukti daripada para saintis, pengalaman – pengalaman serta pakar biologi dan intelektual.

6- Mengajar muslim membentuk peribadi yang maju. Seseorang muslim menjalankan ibadah puasa dengan sebaik – baiknya merupakan muslim yang mampu mengendalikan nafsu berahinya dan nafsu – nafsu badaniahnya. Sebab itu dengan berpuasa dapat membetuk peribadi seserang, sehingga orang itu benar – benar memiliki keperibadian yang kuat dan kemahuan hati yang tinggi.

Page 5: Impak Puasa Terhadap Muslim

5

7- Menjadikan manusia seorang yang penyabar dan tidak mudah untuk berputus asa, kerana dalam menjalani ibadah puasa diharuskan merasakan lapar dan dahaga, yang demikian akan menambah ketabahan dalam menghadapi segala tentangan terhadap diri.

8- Meningkatkan kewaspadaan muslim dalam menjaga fikirannya, kerana seseorang muslim yang sedang berpuasa harus menjaga dirinya dari angan – angan yang buruk dan fikiran yang tidak menentu, apa lagi yang membawa kearah yang tidak menentu dan tidak dibenarkan oleh agama.

9- Mendorong manusia dengan tuntutan yang jelas dalam menjalankan ibadah secara efektif, dengan pengabdian yang suci dan menutup jalan lain kecuali kepada Allah semata – mata , keran seseorang muslim berpuasa ia tidak mencari yang lain kecuali rahmat Allah dan keselamatanNya sahaja.

10- Memberikan seseorang rasa penuh harapan yang tidak putus serta selalu optimis memandang hidup ini, kerana sewaktu berpuasa selalu mengharapkan keredhaan Allah dan selalu mencari keampunanNya.

Page 6: Impak Puasa Terhadap Muslim

6

PERLAKSANAAN IBADAH PUASA

Pengertian Puasa

Maksudnya:

Daripada Ibnu Umar RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Islam di bina atas lima perkara iaitubersaksi (mengakui) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan ibadah haji danberpuasa di bulan Ramadhan.”

Hadith Sahih Riwayat al – Bukhari dan Muslim.

Perkataan Puasa di dalam bahasa Arab ialah al – sawm atau al – siyam. Dari segi bahasa ia bermakna menahan dari melakukan sesuatu.

Perkataan puasa mengikut istilah fiqh bererti “bentuk menahan diri yang tertentu, di dalam masa yang tertentu dari individu tertentu.

Tafsiran bagi ungkapan ini adalah seperti berikut:

1- Bentuk menahan yang tertentu bermaksud menahan diri dari tiga perkara makan, minum dan jima’

2- Dengan sifatnya yang tertentu bermaksud ia akan dilakukan dengan niat melakukan perintah Allah SWT.

3- Di dalam masa yang tertentu bermaksud ia dilakukan dari terbit fajar sehingga masuk waktu maghrib di bulan Ramadhan.

4- Dari individu tertentu bermaksud orang Islam yang telah baligh, berakal dan seumpamanya.

Page 7: Impak Puasa Terhadap Muslim

7

Hukum Berpuasa:

Berpuasa pada bulan ramadhhan merupakan salah satu daripada Rukun Islam.Syariat ini diturunkan kepada umat Muhammad s.a.w. pada 10 Syaaban tahun ke-2 Hijrah. Makanya, wajiblah ia dilakukan oleh semua orang Islam. Puasa lain yang wajib ialah puasa kifarah dan puasa nazar.

Maksudnya:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ (Surah al-Baqarah : 183)"

Para ulama’ semenjak di zaman awal Islam sehingga sekarang telah sepakat tentang hukum wajib berpuasadi bulan Ramadhan. Sekiranya ada orang telah mengingkari kewajipan melakukan ibadat yang mulia ini, maka ia adalah murtad. Ini terkecuali bagi mereka baru masuk Islam yang masih belum memahami hukum – hukum Islam dengan baik.

Page 8: Impak Puasa Terhadap Muslim

8

Rukun-rukun Puasa

Rukun – rukun puasa terbahagi kepada dua iaitu;

1.NiatNiat harus di perbaharui setiap hari dan yang lebih utama lagi bila ia di lafazkan.

“Sesungguhnya segala perbuatan harus dengan niat”Hadis Riwayat Muslim:

Dalam puasa wajib, niat harus di tetapkan sebelum fajar dan menyebutkan jenis puasanya seperti puasa bulan ramadhan, qadha puasa, puasa nazar atau puasa kafarat.

Niat ini biasanya terlaksana dengan makan sahur untuk berpuasa , maka hal itu sudah dianggap sah. Dalil untuk masalah ini adalah hadith yang di riwayatkan oleh penyusun Kitab-Kitab Sunan di mana Nabi s.a.w bersabda:

“ Barangsiapa tidak menetapkan puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya.”

Lafaz niat Puasa ialah :

Page 9: Impak Puasa Terhadap Muslim

9

2. Manahan Diri

Menahan diri di sini bermaksud menahan diri dari segala hal yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar shadiq hingga terbenam matahari.Selain itu, menahan diri di sini juga bermaksud Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi.Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya: " Makan dan minumlah kamu semua sehingga jelas bagi kamu (dapat membezakan) antara benang putih dan benang hitam dari waktu fajar (Subuh). Kemudian, sempurnakan puasamu sehingga malam (Maghrib)". Surah Al-Baqarah: 187-

Menurut 'Ashim bin Umar al-Khattab r.a, ayahnya mendengar Rasulullah s.a.w telah bersabda:

Maksudnya: "Apabila datangnya malam dari sini (ufuk timur) dan berlalunya siang dari sini (ufuk barat) serta matahari kelihatan mula terbenam, kamu bolehlah berbuka puasa".

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

Page 10: Impak Puasa Terhadap Muslim

10

Syarat- Syarat Wajib Puasa

1. Beragama IslamOrang Islam wajib berpuasa. Bagi orang kafir tidak wajib berpuasa. Namun apabila seseorang orang kafir masuk Islam, maka ia tidak wajib mengqadha puasa selama ia masih kafir. Sebagaimana sabda Rasulullah:

“ Islam itu memutus dosa-dosa yang telah lalu”

Berbeza dengan halnya dengan orang murtad, mereka tetap terkena wajib puasa.Hal ini kerana bila mereka kembali ke pangkuan Islam, maka wajib mengqadha puasa yang di tinggalkan semasa murtad.

2. Baligh Maksudnya:Daripada Aisyah RA katanya, “Bersabda Rasulullah SAW, diangkat taklif dari tiga golongan manusia, orang yang tidur sehingga terjaga, orang gila sehingga sembuh dan kanak – kanak sehingga baligh.”

Berdasarkan hadith ini, para ulam’ telah sepakat mengatakan bahawa di antara syarat wajib menunaikan ibadat puasa ialah al-bulugh atau sampai umur. Ia berlaku dengan beberapa cara iaitu apabila umur telah mencapai lima belas tahun Qamariah atau bermimpi melakukan persetubuhan sehingga keluar air mania tau haid bagi golongan perempuan.

3. BerakalBagi kanak-kanak yang kecil harus di biasakan dan diperintahkan berpuasa sejak usia 7 tahun bila di perkirakan ia sudah sanggup berpuasa. Bila pada usia 10 tahun ia tidak mahu berpuasa, maka ia boleh dipukul sebagaimana halnya dengan solat. Yang berhak memerintah dan memukul ialah walinya.

4. Bebas dari uzur SyarieTerdapat uzur syar’ie yang mencegah daripada berpuasa, dan ada pula uzur yang mengharuskan untuk berbuka puasa. Antara uzur syar’ie yang mencegah daripada berpuasa ialah:

Keluar darah haid Keluar darah nifas Pitam atau pengsan sepanjang hari

Syarat - Syarat Sah Puasa

Page 11: Impak Puasa Terhadap Muslim

11

1. Islam:Tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama.

2. Berakal: Tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja.

3. Mumayyiz: Seorang kanak – kanak yang telah sampai umur mumaiyiz iatu boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk di dalam perkara – perkara umum tetapi belum mencapai umur baligh.Kanak-kanak apabila telah mumayyiz, sah lah puasanya tetapi belum wajib. Apabila sampai umurnya tujuh tahun, ibu-bapa atau penjaganya hendaklah melatihnya berpuasa, jika tiada sebarang halangan- sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda mengenai solat. Apabila ia mencecah usia baligh, wajib lah atasnya berpuasa. Persoalan yang timbul Pendapat yang pertama mengatakan puasa tersebut adalah sah dan akan diberi ganjaran oleh Allah SWT, bahkan adalah disunatkan bagi penjaganya menganjurkannya berpuasa supaya ia dapat membiasakan dirinya dengan ibadat tersebut apabila dewasa kelak.

4. Niat pada waktu malam puasa fardhu: Dalam puasa wajib, niat harus di tetapkan sebelum fajar dan menyebutkan jenis puasanya.Niat ini biasanya terlaksana dengan makan sahur untuk berpuasa , maka hal itu sudah dianggap sah. Dalil untuk masalah ini adalah hadith yang di riwayatkan oleh penyusun Kitab-Kitab Sunan di mana Nabi s.a.w bersabda: “ Barangsiapa tidak menetapkan puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya.”

5. Suci dari haid dan nifas: tidak sah puasa orang yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan mereka berdua berpuasa.

6. Menahan dari perkara yang membatalkan puasa:Menahan diri di sini bermaksud menahan diri dari segala hal yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar shadiq hingga terbenam matahari.Contohnya menahan diri daripada makan dan minum.

7. Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa: hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari tasyrik dan hari syak.

Perkara – Perkara Sunat

Page 12: Impak Puasa Terhadap Muslim

12

1. Segera BerbukaApabila terbenam matahari atau di kumandangkan azan manghrib, hendaklah segera berbuka puasa. 

2. Melewatkan Waktu Sahur Hal ini sunah di lakukan selagimana tidak di khuatiri terbitnya fajar shadiq.

3.  Memperbanyakkan Sedekah Dan Membaca Al-Quran.Hal ini kerana puasa sebagai pengingat akan penderitaan orang-orang miskin. Kebajikan yang dilakukan pada bulan ramadhan, mendapat pahala yang berlipat ganda. Lebih dari kebajikan-kebajikan yang dibuat di luar bulan Ramadhan . Allah berfirman dalam Hadis Qudsi

Maksudnya: “Tiap-tiap kebaikan dibalas dengan 10 pahala hingga 700 pahala kecuali puasa, dia untuk-Ku dan aku akan membalasinya”.

Mentadarus al-Quran secara beramai-ramai merupakan amalan utama di bulan Ramadhan. Maksud bertadarus adalah membaca al-Quran secara beramai-ramai, seorang demi seseorang sambil disemak oleh orang lain.

4. Mandi hadas besar sebelum terbit fajar. Bagi yang dalam berkeadaan berhadas, mandi sebelum terbit fajar adalah disunatkan.

5. Membaca doa sebelum berbuka puasa Rasulullah s.a.w ketika berbuka, baginda berdoa:  “Ya Allah, kerana-Mu aku berpuasa dan atas rezeki dari-Mu aku berbuka”

6.  Memberi jamuan berbuka kepada orang berpuasaHadis riwayat al-Tirmizi dalam sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no: 735 menyatakan:Maksudnya: "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu paala orang yang berpuasa tidak di kurangkan walaupun sedikit." 

Jenis - Jenis Puasa

Puasa Wajib

Page 13: Impak Puasa Terhadap Muslim

13

1. Puasa pada bulan Ramadhan setiap tahun 2. Puasa Qada 3. Puasa Nazar 4. Puasa Kifarat (terhadap lelaki yang melakukan persetubuhan dengan isterinya pada siang hari bulan Ramadhan).

Puasa Sunat 1. Hari Arafah, iaitu (9 Zulhijah). 2. 9 dan 10 Muharam3. Hari isnin dan khamis 4. Puasa enam hari dalam bulan syawal 5. Puasa pada tiga hari pertengahan bulan iaitu 13,14 dan 15 haribulan pada setiap bulan Hijrah.

Puasa Haram 1. Puasa pada hari raya Aidilfitri ( I Syawal) 2. Hari Raya Aidiladha ( 10 Zulhijah). 3. Puasapada hari Tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijah. 4. Puasa pada hari Syak iaitu pada 30 Syaban .

Puasa Makruh 1. Puasa sunat pada hari Jumaat atau hari sabtu sahaja. 2. Puasa yang dilakukan sepajang tahun.

Page 14: Impak Puasa Terhadap Muslim

14

MASALAH – MASALAH DALAM BERPUASA:

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Makan dan minum dengan sengajaMakan dan minum secara sengaja membatalkan puasa.Namun, sesiapa yang makan atau minum kerana terlupa pada siang hari di bulan Ramadhan, puasanya tetap sah. Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:Maksudnya:”Sesiapa terlupa ketika berpuasa lalu makan atau minum, dia hendaklah meneruskan puasanya kerana Allah sendiri telah memberi makan dan minum kepadanya.”Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

2. Keluar darah haid dan nifasApabila seorang wanita mengalami haid (keluar darah) di siang hari pada bulan Ramadhan walaupun hanya beberapa ketika atau di saat ingin berbuka, puasanya terbatal. Dia harus berbuka puasa tetapi perlu mengqadaknya pada bulan lain. Aisyah r.a pernah ditanya mengenai keadaan wanita haid.Adakah dia perlu mengqadak puasa atau hanya mengqadak solatnya? Jawab beliau: Maksudnya:” Kami (isteri Nabi s.a.w) juga pernah mengalami perkara itu.Oleh itu, kami diperintahkan mengqadak puasa tetapi tidak disuruh mengqadak solat.”Hadis Riwayat Muslim

3. Muntah dengan sengajaSesiapa yang sengaja muntah seperti menjolok jari ke dalam mulut untuk mengeluarkan sesuatu, puasanya terbataldan wajib mengqadaknya pada bulan lain. Jika termuntah, puasanya tetapsah dan boleh meneruskan puasanya. Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya:”Sesiapa yang muntah (secara tidak sengaja) dalam keadaan berpuasa, dia tidak perlu mengqadaknya.Tetapi sesiapa yang sengaja memuntahkannya, dia wajib mengqadak puasa.” Hadis Sahih Riwayat Abu Daud

4. Berjimak pada siang hariApabila seseorang telah melakukan jimak (persetubuhan), puasanya terbatal dan wajib mengqadak serta dikenakan kaffarah (denda) mengikut urutan iaitu membebaskan seorang hamba yang beriman. wajib berpuasa selama dua bulan berturut-turut dan hendaklah memberi makan kepada 60 orang miskin.

Page 15: Impak Puasa Terhadap Muslim

15

5. Mengeluarkan air mani dengan sengajaMengenai air mani yang terkeluar disebabkan mimpi, puasanya tidak terbatal kerana bukan dari kehendaknya. Oleh itu, dia hanya perlu mandi junub dan meneruskan puasanya.Selain itu, sesiapa yang mencium atau memeluk isterinya tetapi air mani tidak terkeluar, puasanya tetap sah. Aisyah r.a berkata:Maksudnya:” Rasulullah s.a.w biasa mencium dan memeluk isterinya dalam keadaan berpuasa.Tetapi, baginda adalah orang yang paling kuat menahan nafsunya.”Hadis Riwayat Muslim dan Abu DaudTermasuk sunnah baginda s.a.w melewatkan mandi junub selepas bersetubuh dengan isterinya. Kadangkala, baginda mandi junub ketika azan subuh sedang dilaungkan.

6. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga hingga sampai ke halkum atau perut.Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja dan tidak ada beza sama ada yang boleh dimakan atau tidak, termasuklah jugalah dalam kategori ini orang merokok. Ijma’ ulama mengatakan terbatal puasa.

7. Gila atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu saat maka batal puasanya

.8. Murtad, iaitu kluar daripada Agama Islam.

Ulama’ bersepakat bahawa sesiapa yang murtad maka batallah puasanya dan wajib qadha’ hari yang ia murtad, sekiranya ia kembali memeluk Islam.

9. Pengsan sepanjang sehariGila atau pengsan, sekiranya berlaku sepanjang hari dan dia tidak sedar walaupun satu saat maka batal puasanya.

Perkara – Perkara Yang Makruh

Page 16: Impak Puasa Terhadap Muslim

16

1. Memberus gigi selepas tergelincir matahari. Pendapat paling sahih ialah harus bersiwak (gosok gigi) pada setiap waktu ketika berpuasa sama ada sebelum gelincir matahari atau selepasnya. Mengenai pendapat yang memakruhkan bersiwak selepas matahari tergelincir berdasarkan hadis yang teramat dhaif sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan al-Darulqutni. Sedangkan nabi s.a.w bersabda: Maksudnya: "Jika tidak menyusahkan umatku, pasti aku perintahkan mereka bersiwak (gosok gigi) setiap kali berwuduk untuk mengerjakan solat."Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

2. Merasa Makanan dengan lidah Menurut fatwa para ulama kontemporari, perbuatan itu tidak membatalkan puasa selagi hadnya tidak sampai kepada halkum.Hukumnya makryh begitu juga masalah berkaitan penggunaan ubat gigi. 

Maksudnya: "Tidak mengapa seseorang yang merasai cuka atau apa sahaja dalam keadaan berpuasa selagi ia tidak memasuki halkum."  Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah

3. Berbekam Apabila seseorang itu berbekam di siang Ramadhan ataupun puasa sunat adalah di bolehkan dan tidak membatalkan puasa tersebut.Kerana Rasulullah s.a.w pernah berbekam ketika Baginda sedang berpuasa. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya :"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam padahal Baginda sedang berpuasa"Hadis riwayat Bukhari

4. Berkumur secara berlebihan. Berkumur-kumur secara berlebihan hukumnya makruh sahaja dan tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.

5. Terlalu kerap mandi Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh.Namun, hukum makruh bagi orang yang terlalu kerap mandi.

RUJUKAN

Page 17: Impak Puasa Terhadap Muslim

17

1. Dr. Zulkifkly Muda(2009), Isu – Isu Dalam Ibadat Puasa, Kuala Lumpur , Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

2. Hammudah Abdalati(1986), Islam Suatu Kepastian,Riyadh, International Islamic

Federation of Student Organization.

3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ibadat_puasa

4. Dr. Engku Ahmad Zaki Bin Engku Alwi(2007), Ihya’ Ramadhan,Terengganu, Yayasan

Islam Terengganu.

5. Hassan Haji Ali(1993), Matla’ Al – Badrain(Jilid1), Kuala Lumpur , Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (JAKIM)

6. http://ibadahpuasa-ting2.blogspot.com/2008/10/pengertian-puasa.html