IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ......
-
Upload
nguyendang -
Category
Documents
-
view
250 -
download
4
Transcript of IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN · PDF fileperbezaan statistik yang signifikan ......
1
IMPLEMENTASI ANIMASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
BAHASA ARAB
Norhayati Che Hat,1 Shaferul Hafes Sha'ari,
2
Mohd Fauzi Abdul Hamid 3.
[email protected] 1,2,3
Universiti Sultan Zainal Abidin.
Abstrak: Implementasi animasi sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam pembelajaran
bahasa Arab merupakan satu inovasi dalam mewujudkan suasana yang mampu
mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan
penggunaan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan pelajar diploma di
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu. Seramai 66 orang pelajar diploma
tahun pertama yang dipilih secara rawak telah dibahagikan kepada kumpulan eksperimen
(n=33) dan kumpulan kawalan (n=33) . Keputusan yang diperolehi daripada data yang
dikumpulkan dari ujian pra dan pasca bagi setiap kumpulan telah dianalisis dengan
menggunakan ujian-t dalam SPSS versi 17.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan statistik yang signifikan (t= 8.789, df = 64, p < 0.05) antara pencapaian kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Nilai perbezaan skor min kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan adalah 33.03. Ini menunjukkan terdapat perbezaan
signifikan dalam pencapaian bahasa Arab berdasarkan kumpulan. Perbezaan ini menunjukkan
bahawa penggunaan animasi dalam sesi pembelajaran menyumbang kepada pencapaian
pelajar dalam bahasa Arab. Kajian ini menyokong idea bahawa aplikasi animasi boleh
diintegrasikan dalam kelas-kelas pembelajaran bahasa bukan sebagai cara alternatif tetapi
sebagai salah satu bahan bantu mengajar yang menyumbang secara positif kepada pencapaian
pelajar, suasana kelas pembelajaran dan motivasi pelajar.
Kata Kunci: Implementasi, inovasi, animasi, bahan bantu mengajar, pembelajaran Bahasa
Arab.
PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan multimedia semakin berkembang pesat pada
masa kini. Animasi adalah salah satu elemen multimedia yang turut diaplikasikan dalam
proses P&P kerana elemen ini mampu menzahirkan sesuatu fantasi manusia ke alam realiti.
Menurut Norazamudin (2005), perkataan animasi adalah berasal daripada Latin yang
membawa erti ‘dihidupkan’ ataupun ‘bring to life’ yang merujuk kepada suatu proses
menjadikan sesuatu objek yang pada dasarnya adalah statik agar kelihatan hidup. Dunia
animasi bukan hanya bertumpu kepada hiburan, pelancongan dan perniagaan sahaja, bahkan
juga dalam bidang pendidikan. Dalam dunia pendidikan, animasi memainkan peranan penting
sebagai daya penarik minat pelajar untuk belajar dan dapat membantu guru-guru untuk
memotivasikan pelajar ke arah pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Kenyataan ini turut
disokong oleh (Aminordin, 2007; Abd Rashid et al., 2012), yang menyatakan bahawa
Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.
Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri
Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9
2
animasi merupakan cara yang efektif untuk menarik perhatian dan berpotensi menjadikan
pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Selain daripada dapat menarik perhatian
pelajar, animasi juga dapat menyampaikan mesej dengan lebih pantas berbanding
penggunaan media yang lain. Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003), animasi
dapat menyampaikan konsep yang kompleks secara visual dan dinamik. Ini memudahkan
penerangan konsep ataupun demonstrasi sesuatu kemahiran dapat difahami dan diingati
dengan mudah oleh pelajar. Selain itu, animasi digital juga dapat meningkatkan motivasi dan
merangsang pemikiran pelajar supaya dapat mengurangkan beban kognitif pelajar dalam
menerima isi pelajaran. Hal ini konsisten dengan kajian Baharuddin et al. (2003) yang
menyatakan bahawa bahan multimedia interaktif yang mempunyai visual grafik, teks, muzik,
video serta animasi, mampu meningkatkan kadar penerimaan pelajar mengenai sesuatu bahan
yang diajar sebanyak 30% lebih daripada pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran
tradisional. Ia membolehkan pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam mengumpul
maklumat. Ini secara tidak langsung mempercepatkan dan meningkatkan proses pemahaman
(Ko, S & Rossen, S., 2008) serta mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang
lebih lama dalam ingatan (Paivio, 1986).
Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui peranan dan keberkesanan animasi
dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam bahasa Arab. Kajian ini memfokuskan kepada
pencapaian pelajar kumpulan eksperimen (kaedah pembelajaran menggunakan bahan bantu
animasi) dan kumpulan kawalan (kaedah pembelajaran secara konvensional). Ini bertujuan
untuk membandingkan pencapaian mereka selepas mengikuti sesi pembelajaran mengikut
kaedah pengajaran masing-masing. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi rangsangan
dan galakan kepada para pensyarah untuk memahirkan diri menggunakan teknologi untuk
diaplikasikan di dalam kelas supaya kaedah pengajaran dapat dipelbagaikan dari semasa ke
semasa mengikut kesesuaian peringkat umur, objektif pengajaran dan sebagainya.
ANIMASI DALAM PEMBELAJARAN
Pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengetahui peranan dan keberkesanan animasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian awal tentang keberkesanan penggunaan animasi
sebagai bahan pembelajaran telah dijalankan oleh King, 1975 (Saw, 1999). Dalam kajian
King, hasil kajian mendapati skor ujian pos bagi ketiga-tiga corak persembahan pembelajaran
iaitu persembahan animasi, rajah statik dan teks sahaja tidak menunjukkan perbezaan yang
signifikan. Dengan itu, King berpendapat animasi kurang sesuai digunakan bagi bahan
pembelajaran berbentuk kefahaman dan konsep. Beliau berpandangan animasi lebih sesuai
digunakan untuk tugas yang melibatkan masa dan pergerakan. Manakala Large (1996)
berpendapat animasi berkesan apabila pelajar dikehendaki mempelajari satu siri langkah-
langkah. Ini menunjukkan mungkin sifat kandungan bahan pembelajaran turut mempengaruhi
keberkesanan animasi.
Hasil kajian Spangenberg (1973) mendapati prestasi pelajar yang memerhatikan pita
video (animasi) dalam sesi pembelajaran adalah lebih baik daripada prestasi pelajar yang
memerhatikan siri imej statik. Kajian ini selari dengan dapatan kajian yang telah dilakukan
oleh (Mayer & Anderson, 1991; Mayer & Sims, 1994). Kajian Baek & Layne (1988)
menunjukkan bahawa skor min pasca ujian bagi pelajaran Matematik yang mengandungi
grafik animasi lebih tinggi berbanding pelajaran yang menggunakan grafik statik atau teks
sahaja. Baek & Layne juga mendapati pelajar dalam kumpulan grafik animasi menggunakan
masa yang lebih singkat untuk belajar. Dapatan kajian ini disokong dengan hasil kajian Park
& Gittelman (1992) yang mendapati persembahan grafik animasi lebih efektif berbanding
persembahan grafik statik bagi mengajar kemahiran berteraskan komputer. Menurut Park &
Gittelman, animasi dapat membantu ilustrasi struktur yang kompleks, fungsi dan prosedur
3
perkaitan antara objek dan gerakan. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian ChanLin (2001)
yang mendapati penggunaan animasi lebih berkesan berbanding dengan pembelajaran secara
statik. Hasil kajian Mayer dan Moreno (2002) berkaitan penggunaan animasi sebagai bahan
bantu mengajar (BBM) kepada pembelajaran multimedia, mendapati bahawa terdapat kesan
yang sangat konsisten terhadap penggunaan animasi dalam proses pembelajaran multimedia
berbanding dengan teknik tradisional iaitu sekadar menyampaikan maklumat secara verbal
(syarahan). Kajian ini menegaskan penggunaan persembahan multimedia seperti animasi
dalam proses pembelajaran menjadikan proses itu lebih bermakna dan efektif.
Terdapat juga beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan pembelajaran bahasa
menerusi perisian animasi. Boswood (1997) dalam kajiannya mendapati bahawa penggunaan
animasi dalam proses pembelajaran bahasa yang disifatkannya sebagai edutainment
(pembelajaran secara berhibur) membawa keseronokan dan menukarkan suasana
pembelajaran itu menjadi lebih kondusif. Hasil kajian Kayaoglu et al. (2011) mendapati,
terdapat peningkatan yang signifikan terhadap keputusan ujian pos pelajar yang
menggunakan animasi dalam pembelajaran mereka berbanding dengan ujian pra. Dapatan ini
selari dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Lin & Tseng (2012) ke atas 88 orang pelajar
yang mempelajari perkataan sukar bahasa Inggeris di sekolah tinggi junior di utara Taiwan.
Hasil kajian mereka menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara ketiga-tiga
kumpulan, di mana pencapaian kumpulan pelajar yang mempelajari perkataan bahasa
Inggeris melalui video animasi dan teks mengatasi kumpulan yang menggunakan teks dan
gambar, dan teks sahaja. Hasil kajian yang dijalankan oleh Abdul Rasid et al. (2012) bagi
mengenal pasti persepsi 56 orang guru bahasa Melayu di sekolah rendah daerah Sepang
terhadap penggunaan animasi dalam pengajaran penulisan karangan bahasa Melayu
mendapati penggunaan animasi memberi kesan positif dalam mewujudkan suasana
pembelajaran yang seronok dan dapat mempengaruhi emosi pelajar walaupun tahap
kesedaran terhadap penggunaannya masih rendah dalam kalangan guru. Justeru, kajian-kajian
tersebut menyokong idea untuk mengintegrasikan aplikasi animasi dalam kelas-kelas
pembelajaran bahasa. Namun aplikasi tersebut bukan sebagai cara alternatif tetapi sebagai
satu cara tambahan atau bahan bantu untuk menyumbang secara positif terhadap pencapaian
pelajar dan juga kepada suasana kelas pembelajaran dan motivasi pelajar.
Implementasi animasi tidak hanya terhad kepada pembelajaran bahasa Inggeris sahaja
malah turut digunakan dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian terhadap penggunaan
teknologi animasi berasaskan web dalam pembelajaran bahasa Arab telah dijalankan oleh
Janudin Sardi (2009). Hasil kajian tersebut mendapati beberapa kelebihan aplikasi dapat
dikenalpasti, antaranya fleksibiliti pengguna dalam mengakses aplikasi, tarikan pembelajaran
yang menarik melalui persembahan elemen multimedia khususnya penggunaan teknologi
animasi, di samping pengguna juga mudah menerokai semua pautan dalam aplikasi. Oleh itu,
aplikasi ini merupakan satu inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Norhayati (2013) ke atas 20 orang pelajar diploma di
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, mendapati bahawa pelajar
mempunyai persepsi yang tinggi dan memberi respons positif terhadap penggunaan animasi
dalam pembelajaran bahasa Arab dengan nilai purata 4.34.
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Bagi meninjau sejauh mana keberkesanan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab dalam
kalangan pelajar maka satu kajian telah dilakukan ke atas para pelajar bahasa Arab. Kajian ini
melibatkan 66 orang pelajar diploma tahun pertama daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan
& Perakaunan, Fakulti Reka Bentuk dan Teknologi Kejuruteraan, Universiti Sultan Zainal
4
Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak. Kesemua sampel adalah pelajar yang tidak
mempunyai asas bahasa Arab. Ini dikenalpasti melalui ujian yang dilaksanakan sebelum
kajian dijalankan. Sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan
(mengikuti pembelajaran secara tradisional) dan kumpulan eksperimen (pembelajaran
menggunakan bahan bantu animasi). Para pelajar telah mengikuti kelas pembelajaran bahasa
Arab selama lapan (8) minggu. Rajah 1 berikut menjelaskan prosedur kajian.
Rajah 1: Kerangka prosedur kajian
Selepas melakukan pemilihan sampel secara rawak, kesemua sampel menduduki ujian pra
iaitu selama satu jam untuk menilai tahap penguasaan mereka. Selepas melaksanakan ujian
pra, sampel mengikuti sesi pembelajaran selama lapan (8) minggu.
Bahan pengajaran diubah suai daripada modul kursus UBA 1012 untuk disesuaikan
dengan tahap pelajar. Bahan-bahan tersebut terdiri daripada tiga teks perbualan yang telah
diintegrasikan dengan elemen animasi dan tiga bentuk latihan. Kesemua kandungan tadi
dipersembahkan dalam bentuk animasi. Rajah di bawah menunjukkan beberapa snapshot
yang diambil daripada perisian yang digunakan dalam kajian.
Analisis perbezaan prestasi ujian
antara kumpulan
Pemilihan Sampel Kajian
Pengagihan secara rawak
Kumpulan Kawalan Kumpulan
Eksperimen
Ujian pra
Pembelajaran
bahasa Arab tidak
menggunakan
animasi
Pembelajaran
bahasa Arab
menggunakan
animasi
Ujian pasca
Ujian pra
Ujian pasca
5
Rajah 2: Paparan kandungan pelajaran
Rajah 2 menunjukkan paparan kandungan pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar.
Paparan ini mengandungi pautan pantas ke paparan teks pertama, kedua dan ketiga. Pada
paparan ini juga terdapat pautan ke latihan satu, dua dan tiga.
Rajah 3: Paparan pelajaran pertama
Rajah 4: Paparan pelajaran kedua
6
Rajah 5: Paparan pelajaran ketiga
Rajah 3 hingga 5 menunjukkan paparan pelajaran yang telah diintegrasikan dalam bentuk
animasi. Pelajaran pertama menceritakan suasana pada hari pendaftaran kemasukan ke
universiti, pelajaran kedua pula menceritakan suasana di asrama manakala pelajaran ketiga
perbualan di perpustakaan. Kesemua paparan disediakan sarikata bagi memudahkan pelajar
untuk mengikuti atau mengajuk perbualan yang diutarakan.
Rajah 6: Paparan bentuk soalan suai atau padankan.
7
Rajah 7: Paparan bentuk soalan susun huruf berpandukan gambar
Rajah 8: Paparan bentuk soalan pilih jawapan yang betul
Rajah 6 hingga 8 memaparkan beberapa bentuk soalan latihan yang terdapat dalam perisian
tersebut. Rajah 6 memerlukan pelajar memadankan jawapan yang sesuai dengan betul. Rajah
7 pula menghendaki pelajar menyusun huruf agar menjadi perkataan yang betul berpandukan
gambar. Manakala Rajah 8 menunjukkan pelajar hanya perlu memilih jawapan yang sesuai
berdasarkan pilihan yang telah disediakan.
Setelah tamat sesi pembelajaran, sampel kajian akan menjalani ujian pasca selama
satu jam. Soalan ujian pasca menghendaki sampel untuk menjawab semua soalan sepertimana
8
yang telah dilakukan semasa ujian pra. Ujian-ujian disemak dan diteliti berdasarkan markah
yang dicapai oleh setiap sampel kajian bagi mengenal pasti tahap pencapaian pelajar.
Instrumen Kajian
Bagi mendapatkan data, kajian ini menggunakan ujian pra dan pasca bagi mengenalpasti
keberkesanan pengajaran ini. Kedua-dua kumpulan menduduki ujian pra bagi menilai tahap
pencapaian awal bahasa Arab mereka. Ujian tersebut dijalankan sebelum mengikuti
pembelajaran bahasa Arab. Selepas melaksanakan ujian pra, sampel akan mengikuti kelas
pembelajaran bahasa Arab selama lapan (8) minggu. Ujian pasca dijalankan setelah selesai
sesi pembelajaran tersebut bagi mengenal pasti tahap pencapaian sampel setelah mengikuti
proses pembelajaran.
Analisis Data
Keputusan ujian yang dijalankan pada akhir pembelajaran dianalisis dengan menggunakan
SPSS versi 17.0. Ujian t telah dijalankan untuk mengetahui sama ada wujud perbezaan
signifikan dalam pencapaian bahasa Arab berdasarkan kumpulan kawalan dan eksperimen.
Perbezaan peningkatan pencapaian di antara kumpulan kawalan dan eksperimen turut diuji.
DAPATAN KAJIAN
Jadual 1 melaporkan keputusan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca bagi pelajar
kumpulan kawalan. Keputusan menunjukkan skor min ujian pra adalah sebanyak 37.82
peratus dan skor min ujian pasca adalah sebanyak 40.79 peratus.
Jadual 1: Statistik pencapaian kumpulan kawalan dalam ujian pra dan pasca
Ujian
Kumpulan
Kawalan
N Mean Std.
Deviation t Df Sig.
Ujian Pra 33 37.82 12.333 -1.246 32 .222
Ujian Pasca 33 40.79 14.439
Daripada keputusan ini didapati skor min ujian pasca bahasa Arab melebihi min ujian pra
bahasa Arab. Peningkatan skor min ujian pasca bahasa Arab adalah sebanyak 2.97 peratus.
Keputusan ujian t-berpasangan adalah tidak signifikan (t= -1.246, df=32, p > 0.05).
Keputusan ini menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang signifikan di antara pencapaian
ujian pra dan pasca bahasa Arab bagi kumpulan kawalan.
Jadual 2: Statistik pencapaian kumpulan eksperimen dalam ujian pra dan pasca
Ujian
Kumpulan
Eksperime
n
N Mean Std.
Deviation t df Sig.
Ujian Pra 33 33.97 16.433 -12.111 32 .000
Ujian Pasca 33 73.82 16.050
Jadual 2 menunjukkan keputusan ujian pra dan pasca bahasa Arab bagi kumpulan
eksperimen. Skor min bagi ujian pra adalah sebanyak 33.97 manakala ujian pasca 73.82
peratus. Ini menandakan skor ujian min pasca bahasa Arab bagi kumpulan eksperimen turut
melebihi ujian pra. Peningkatan skor min ujian pasca bahasa Arab adalah sebanyak 39.85
peratus. Keputusan ujian t-berpasangan adalah signifikan di mana nilai signifikan kurang
daripada nilai alpha (0.05) dengan nilai t = -12.111, df = 32. Keputusan ini menunjukkan
9
bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara pencapaian ujian pra dan pasca bahasa
Arab bagi kumpulan eksperimen.
Hasil analisis yang telah dijalankan, didapati berlaku peningkatan pencapaian
kumpulan kawalan dan eksperimen dalam ujian pra dan pasca. Namun peningkatan bagi
kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding peningkatan yang berlaku bagi kumpulan
kawalan. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa implementasi animasi dalam pembelajaran
lebih meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.
Kajian ini juga bertujuan untuk melihat sama ada wujud perbezaan signifikan di
antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan setelah mengikuti pembelajaran bahasa
Arab. Oleh itu, ujian t telah dijalankan dan keputusan analisis seperti Jadual 3.
Jadual 3: Ujian t pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam
ujian pasca
95% Confidence Interval
of the Difference
Kumpulan
Eksperimen&
Kawalan
t Df Sig. (2-
tailed) Mean
Difference
Std. Error
Difference Lower Upper
Pencapaian Ujian 8.789 64 .000 33.030 3.758 25.523 40.538
Setelah menjalankan analisis ujian-t sampel tak bersandar, dapatan dalam Jadual 3
menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan, (t= 8.789, df = 64, p < 0.05) antara
pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pasca. Ini
menunjukkan nilai skor min kumpulan eksperimen (73.82) mengatasi nilai skor kumpulan
kawalan (40.79) secara signifikan. Nilai perbezaan skor min kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan adalah 33.03. Oleh itu, keputusan ini melaporkan bahawa terdapat
perbezaan signifikan dalam pencapaian bahasa Arab berdasarkan kumpulan.
PERBINCANGAN
Keputusan kajian telah menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian bahasa Arab yang
tinggi bagi pelajar UniSZA setelah menggunakan animasi dalam pembelajaran. Ini
membuktikan bahawa animasi mampu membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian
mereka tanpa mempunyai latar belakang penguasaan bahasa Arab. Kajian ini adalah selari
dengan beberapa kajian lain yang telah dilakukan (Norhayati 2011; Kayaoglu et al. 2011).
Justeru, kajian ini menyokong idea untuk mengintegrasikan aplikasi multimedia seperti
animasi dalam kelas-kelas pembelajaran bahasa sebagai elemen alternatif yang menyumbang
secara positif terhadap suasana pembelajaran dalam kelas dan memberi motivasi kepada para
pelajar.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi peningkatan markah ujian pasca bagi
kumpulan eksperimen dalam kajian ini. Antara faktor utama yang mungkin mendorong
peningkatan pencapaian tersebut ialah persembahan kandungan dalam bentuk animasi yang
lengkap dengan elemen multimedia lain seperti gambar, video, suara dan lagu yang sesuai
dengan kandungan pelajaran, berjaya menarik perhatian pelajar. Faktor ini konsisten dengan
pandangan Bright dan Prokosch (1995) serta Kumar (1995) yang menyatakan bahawa
penggunaan perisian multimedia yang melibatkan pelbagai media mampu menambahkan
tempoh perhatian pelajaran seseorang pelajar dan juga dapat memotivasikan pelajar untuk
terus mempelajari bahan pembelajaran tersebut. Selain itu, animasi juga dapat menyampaikan
mesej dengan lebih pantas berbanding penggunaan media yang lain. Di samping itu juga,
animasi membantu pelajar mempercepatkan proses pemahaman serta mengekalkan maklumat
tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama dalam ingatan pelajar (Jamalludin Harun dan
10
Zaidatun Tasir, 2003). Hal ini dijelaskan dengan teori “Dual Coding” (Paivio, 1986).
Menurut teori ini, sistem kognitif manusia terdiri dua sub sistem : sistem verbal dan sistem
gambar (visual). Kata dan kalimat biasanya hanya diproses dalam sistem verbal (kecuali
untuk materi yang bersifat konkrit), sedangkan gambar diproses melalui sistem gambar
mahupun sistem verbal. Jadi dengan adanya gambar dalam teks dapat meningkatkan memori
disebabkan adanya dual coding dalam memori (bandingkan dengan single coding). Dapatan
ini selari dengan konsep Miller dalam teori kognitif iaitu dalam satu masa, ingatan jangka
masa pendek manusia dapat mengingati 5 hingga 9 perkara. Ini bagi memastikan konsep-
konsep atau isi kandungan yang disampaikan itu dapat dienkod oleh otak manusia dan
seterusnya disimpan dalam ruangan ingatan jangka masa panjang. Ini kerana keupayaan akal
seseorang itu dalam satu masa adalah terbatas untuk menganalisa maklumat.
Faktor seterusnya ialah ciri interaktif dalam perisian animasi membolehkan pelajar
melibatkan diri secara aktif serta menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.
Menurut Rusmini (2003), pembelajaran yang aktif didapati dapat menimbulkan sifat ingin
tahu dan suasana persaingan yang sihat sesama pelajar serta menjadikan proses pembelajaran
lebih bermakna. Pengguna yang tertarik akan memberi lebih tumpuan pada persembahan isi
kandungan yang ingin disampaikan dan seterusnya proses penyampaian maklumat dapat
berlaku dengan lebih berkesan. Dapatan ini selari dengan teori pembelajaran Behaviouris
iaitu mengatakan pembelajaran ialah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan
antara rangsangan dan gerak balas. Menurut Skinner (dalam Jamalludin Harun dan Zaidatun
Tasir, 2003) setiap rangsangan yang diberi ke atas seseorang menyebabkan orang tersebut
menghasilkan tindak balas ke atas rangsangan yang diberi. Apabila ini dapat dilakukan,
pembelajaran akan berlaku dalam kalangan pelajar tersebut. Ini dapat dilihat dalam proses
pembelajaran bahasa Arab yang dilakukan, minat pelajar terhadap subjek adalah disebabkan
cara penyampaian pengajaran yang baik menyebabkan pelajar memberi perhatian.
Manakala faktor yang menyebabkan perbezaan peningkatan yang kurang memuaskan
bagi kumpulan kawalan dalam ujian pasca antaranya adalah kemungkinan faktor pendekatan
guru dan suasana ketika sesi pembelajaran. Pendekatan guru yang masih menggunakan
kaedah pengajaran yang berpusatkan guru tanpa ada bahan bantu mengajar memberi kesan
kepada peningkatan pencapaian pelajar. Kaedah konvensional ini adalah ketinggalan pada era
globalisasi ini. Impaknya keadaan ini menjadikan suasana pembelajaran bahasa Arab amat
membosankan dan pelajar kurang memberi perhatian. Hal ini secara tidak langsung memberi
kesan kepada pencapaian pelajar.
KESIMPULAN
Daripada kajian yang telah dijalankan ini dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan animasi
sebagai BBM dalam pembelajaran bahasa Arab mampu meningkatkan pencapaian pelajar.
Oleh itu, penggunaan elemen multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya
animasi perlu dikembangkan agar ia digunakan secara meluas dalam kalangan pensyarah.
Kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat kepada warga pendidik tentang keberkesanan
penggunaan animasi dalam pembelajaran terhadap pencapaian pelajar. Kajian ini menjadi
panduan dan rujukan kepada pembangunan bahan bantu mengajar untuk proses pemurnian
perisian-perisian atau bahan-bahan bantu agar lebih bersesuaian dengan sukatan pelajaran
serta menambah nilai dan meningkatkan kepakaran dalam pengembangan bahasa Arab
sebagai satu bidang yang mampu bersaing dalam era global yang berteraskan teknologi
maklumat dan komunikasi.
PENGHARGAAN
Kajian ‘Keberkesanan Penggunaan Animasi Dalam Pembelajaran Bahasa Arab’ ini
dijalankan dengan memanfaatkan dana Geran Penyelidikan Universiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA). Kod geran: UniSZA/12/GU (019). Para penyelidik merakamkan penghargaan
11
kepada pihak UniSZA khususnya Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) kerana
membiayai penyelidikan ini. Penghargaan turut ditujukan kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak.
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim. 2012. Persepsi guru terhadap
penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan karangan bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu (MyLEJ). Vol. 2, Bil. 1, Mei 2012. hlm.
129-140.
Aminordin Che Lah. 2007. Grafik animasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Tesis
Pendidikan. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang.
Baharuddin Aris, Mohd. Bilai Ali, Norah Md. Noor, Mohd. Nihra, Haruzuan Mohd. Said &
Noor Azean Atan. 2003. Sains Komputer: Teknik dan Teknologi. Selangor: Venton
Publishing (M) Sdn. Bhd.
Baek, Y. K., & Layne, B. H. 1988. Color, graphics, and animation in a computer-assisted
learning tutorial lesson. Journal of Computer-Based Instruction, 15(4), 131-135.
Boswood, T. 1997. New Ways of Using Computers in Language Teaching. New Ways in
TESOL Series II Innovative Classroom Techniques. USA: TESOL, Inc.
ChanLin, L.J. 2001. Formats and prior knowledge on learning in a computer-based lesson.
Journal of Computer Assisted Learning, 17, 409-419.
Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Janudin Sardi. 2009. Penggunaan Teknologi Animasi Berasaskan web Dalam Pembelajaran
Bahasa Arab. Kertas Seminar Nadwah Bahasa Dan Kesusasteraan Arab Kedua.
Serdang: Universiti Putra Malaysia 10-11 Oktober 2009.(93-106).
Kayaoglu, M. Naci, Raside Dag Akbas, Zeynap Ozturk. 2011. A Small Scale Experiment
Study: Using Animations To Learn Vocabulary. The Turkish Online Journal of
Educational Technology. 10, 24-30.
Large, A. 1996. Computer animation in an instructional environment. Library Information
Science Research, 18. 3-23.
Lin, Chih-cheng, Tseng, Yi-fang. 2012. Videos And Animations For Vocabulary Learning: A
Study On Difficult Words. The Turkish Online Journal of Educational
Technology, 11, 346-355.
Ko, S & Rossen, S., 2008. Teaching Online: A Practical Guide. New York. Routledge Taylor
& Francis Group.
Mayer, R. E., and Anderson, R. B. 1991. Animations need narrations: An experimental test of
a dual-coding hypothesis. Journal of Educational Psychology, 83, 484–490.
Mayer, R. E., and Sims, V. K. 1994. For whom is a picture worth a thousand words?
Extensions of a dual-coding theory of multimedia learning. Journal of Educational
Psychology, 86, 389– 401.
Mayer, Richard E., Roxana Moreno. 2002. Animation as an Aid to Multimedia Learning.
Educational Psychology Review, vol. 14.
Norazamudin Umar. 2005. E-Tuition in Arabic: Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
menggunakan ICT di Maktab Sabah. Koleksi Persidangan Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan Pendidikan Ke XII 2005. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Norhayati Che Hat. 2011. Keberkesanan animasi dalam pembelajaran bahasa Arab. Tesis
Sarjana. Kuala Lumpur: Fakulti Bahasa Dan Linguistik, Universiti Malaya.
Norhayati Che Hat, Shaferul Hafes Sha'ari & Mohd Fauzi Abdul Hamid. 2013. Persepsi
12
Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal
Teknologi (Social Sciences), 63(1), 25–29.
Paivio, A. 2006. Dual Coding Theory and Education. The Conference on Pathways to
literacy Achievement for High Poverty Children: The University of Michigan School
of Education .
Park, O.C & Gittelman, S.S 1992. Selective use of animated of feedback in computer-based
instruction. Educational Technology Research And Development, 40 (4), 27-38.
Rusmini, K. A. (2003). Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 13(1), 82-91.
Saw Bin. 1999. Keberkesanan animasi dalam pembelajaran. Tesis Sarjana. Kuala Lumpur:
Fakulti Bahasa Dan Linguistik, Universiti Malaya.
Spangenberg, R.W. (1973). The motion variable in procedural learning. AV Communication
Review, 21, 419-436.