Implikasi pembentukan modal insan

3
IMPLIKASI PEMBENTUKAN MODAL INSAN T ERHADAP PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA Pen cet usan rev olusi idea ole h bekas Perdana Menteri kita agar memberi penekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan merupakan satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkey akinan, mempun ya i nilai murni dan mor al yang tinggi , ber eti ka, ber budi pekerti, bersopan- santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Pembentukan modal insan yang unggul memberi kesan positif terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara yang lebih produktif. Per tama sekali, pembentukan modal ins an membantu men cap ai hasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri berdasarkan Wawasan 2020. Wawasan 2020 ya ng mempunya i pel bag ai per incian dan dimensi memerlukan mas ya rakat ber sed ia menghada pinya den gan pen uh tab ah. Dal am dun ia tanpa semp adan ini, negar a sedang mengh adapi bany ak cabaran baru kesa n daripada gl obalisasi, liberalisasi , pengantarabangsaan dan perkembangan Teknol ogi Maklu mat dan Komunikasi (ICT ). Seben arny a, glo bal isasi member i pen eka nan terha dap perus ahaan berasaskan peng etahu an. Hasil pemba nguna n modal insan yang menyeluruh, warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran dan berakhlak mulia dapat dilahirkan. Hasilnya, rakyat dapat berfikir secara kreatif dan kri tis, berkemahiran meny elesaikan mas alah dan berkeu pay aan mencipta peluang dan rekaan baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah- ubah. Seter usnya, pemba ngunan moda l insan dapat memba ngun kan satu siste m pendidikan yang bertaraf dunia. Sistem pendidikan bertaraf dunia yang berkualiti, mel ahi rkan modal insan yang ber upa ya untuk ber saing dalam era yang san gat mencabar. Penambahbaikan kualiti pendidikan dari segi pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster ins tit usi pen did ika n yang ada memban tu men jad ika n Malay sia seb agai Pus at Kecemerlangan Pendidikan. Sebagai contoh, penglibatan pelajar, guru dan sekolah dalam per tan dingan kur iku lum dan kok uri kul um pad a pering kat antarabangsa

Transcript of Implikasi pembentukan modal insan

Page 1: Implikasi pembentukan modal insan

7/29/2019 Implikasi pembentukan modal insan

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-pembentukan-modal-insan 1/3

IMPLIKASI PEMBENTUKAN MODAL INSAN TERHADAP

PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA

Pencetusan revolusi idea oleh bekas Perdana Menteri kita agar memberipenekanan terhadap usaha membangunkan Modal Insan merupakan satu landasan

kecemerlangan generasi hadapan. Modal insan merupakan individu yang berilmu,

berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi

pekerti, bersopan- santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat

patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Pembentukan modal insan yang

unggul memberi kesan positif terhadap pembangunan dan kesejahteraan negara

yang lebih produktif.

Pertama sekali, pembentukan modal insan membantu mencapai hasrat

menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri berdasarkan Wawasan 2020.

Wawasan 2020 yang mempunyai pelbagai perincian dan dimensi memerlukan

masyarakat bersedia menghadapinya dengan penuh tabah. Dalam dunia tanpa

sempadan ini, negara sedang menghadapi banyak cabaran baru kesan daripada

globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT). Sebenarnya, globalisasi memberi penekanan

terhadap perusahaan berasaskan pengetahuan. Hasil pembangunan modal insan

yang menyeluruh, warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran

dan berakhlak mulia dapat dilahirkan. Hasilnya, rakyat dapat berfikir secara kreatif 

dan kritis, berkemahiran menyelesaikan masalah dan berkeupayaan mencipta

peluang dan rekaan baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan

dengan persekitaran dunia global yang sering berubah- ubah.

Seterusnya, pembangunan modal insan dapat membangunkan satu sistem

pendidikan yang bertaraf dunia. Sistem pendidikan bertaraf dunia yang berkualiti,

melahirkan modal insan yang berupaya untuk bersaing dalam era yang sangat

mencabar. Penambahbaikan kualiti pendidikan dari segi pendekatan, piawaian dan

penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster 

institusi pendidikan yang ada membantu menjadikan Malaysia sebagai Pusat

Kecemerlangan Pendidikan. Sebagai contoh, penglibatan pelajar, guru dan sekolah

dalam pertandingan kurikulum dan kokurikulum pada peringkat antarabangsa

Page 2: Implikasi pembentukan modal insan

7/29/2019 Implikasi pembentukan modal insan

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-pembentukan-modal-insan 2/3

mendorong meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat

antarabangsa.

Tambahan, pemikiran kreatif yang menjadi satu aspek dalam modal insan

membantu negara memajukan sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti kraf 

tangan, makanan ringan dan lain- lain lagi. Dengan adanya, kegigihan berusaha

masyarakat mengukuhkan keupayaan dan kemampuan menghadapi cabaran

globalisasi dan persaingan sengit dari pelbagai pihak. Akibatnya, kerajaan sendiri

menumpukan strategi untuk pemerolehan teknologi yang mendorong IKS ke tahap

yang lebih tinggi. Penekanan kepada pembangunan keupayaan teknologi

menghasilkan perbezaan produk dan perkhidmatan bagi mewujudkan lebih banyak

syarikat berasaskan teknologi tempatan. Hasilnya, negara kita tidak terlalu

bergantung terhadap negara maju bagi sesuatu produk. Selain mengurangkan

pengaliran wang asing, keadaan ini juga membangunkan negara dalam bidang

perusahaan secara ansur- ansur.

Selain itu, kesejahteraan negara dapat dicapai hasil daripada pembangunan

modal insan. Masyarakat yang bercirikan “Minda Kelas Pertama” menjadi

pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju yang tidak hanya tertumpu

dalam pemerolehan pengetahuan semata- mata. Masyarakat yang bersifat

menyeluruh, progresif, bermoral, beretika tinggi selain berkemahiran dan

berpengetahuan mendorong melahirkan hubungan silaturahim yang erat tanpa

mengenal bahasa, bangsa, kaum dan agama. Kasih sayang antara satu sama lain

mewujudkan keadaan di mana rakyat hidup bersatu padu tanpa sebarang porak-

peranda. Tambahan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memastikan rakyat

sentiasa berbudi pekerti mulia selaras dengan ajaran agama masing- masing.

Hasilnya, rakyat hidup harmonis dan sejahtera dalam negara yang makmur ini.

Di samping itu, pembangunan modal insan dapat membantu menangani

masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan

produktif. Usaha yang lebih gigih telah diambil oleh kerajaan untuk memastikan

akses yang saksama kepada peluang meningkatkan kemahiran dan menyokong

golongan yang amat memerlukan. Pelbagai inisiatif latihan kemahiran yang

ditumpukan kepada isi rumah 40 peratus terendah serta program penambahbaikan

sekolah yang sedang dilaksanakan merapatkan jurang pencapaian bagi pelajar yang

ketinggalan dalam pembelajaran di samping meningkatkan pencapaian sekolahberprestasi rendah. Langkah ini memastikan setiap pelajar di Malaysia bersifat

Page 3: Implikasi pembentukan modal insan

7/29/2019 Implikasi pembentukan modal insan

http://slidepdf.com/reader/full/implikasi-pembentukan-modal-insan 3/3

menyeluruh, progresif, berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai bidang.

Penekanan kepada latihan industry pula, memastikan Negara membentuk modal

insan yang memenuhi keperluan industri, meningkatkan produktiviti dan rantaian nilai

ekonomi yang lebih tinggi. Justeru itu, pembekalan modal insan berkepakaran tinggi

ini amat menyumbang dalam sektor ekonomi utama bagi memastikan aspirasi

Negara tercapai.

Seterusnya, pembangunan modal insan secara mendadak sebenarnya

melahirkan masyarakat yang berkepakaran bertaraf dunia kerana kerajaan telah

melaksanakan perubahan menyeluruh di setiap tahap pembangunan modal insan

sepanjang hayat, iaitu daripada menambah baik pendidikan kanak- kanak sehingga

peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada. Tambahan, pembangunan dan

pengukuhan kualiti guru juga diberi tumpuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar 

yang beretika tinggi, bermoral, serta kukuh jati diri dan semangat patriotisme.

Dengan menaik taraf pendidikan tertiari dengan ketara melalui pendirian autonomi

yang lebih besar dan pengurusan berprestasi tinggi telah membantu mencapai

matlamat ke arah meningkatkan kebolehpasaran siswazah dan mobiliti kerja.

Tambahan lagi, pembangunan modal insan memberi implikasi yang luas

terhadap pembangunan Sains, Teknologi, dan Inovasi. Pembangunan ini menjadi

pemacu utama dalam meningkatkan keupayaan negara untuk memeroleh dan

menggunakan pengetahuan serta menggalakkan inovasi yang tidak terhingga.

Pendekatan yang holistik ini mengukuhkan sistem Inovasi Kebangsaan untuk

meningkatkan produktiviti dan daya saing. Kemajuan, penyebaran serta penggunaan

pengetahuan dan teknologi menambah nilai kepada kepelbagaian aktiviti ekonomi

negara. Modal insan yang dipupuk ini mengukuhkan kemampuan dan keupayaan

teknologi untuk menyokong pertumbuhan dorongan inovasi. Hasilnya, pada zaman

sekarang, keutamaan diberikan kepada penyelidikan dan pembangunan (Research

& Development) yang berorientasikan pasaran serta peningkatan kadar 

pengkomersilan R & D.

Secara keseluruhan, pembangunan modal insan merupakan elemen asas dan

kritikal dalam mentransformasikan ekonomi Malaysia ke arah mencapai pendapatan

yang tinggi. Pembangunan dan pengekalan modal insan bertaraf dunia amat

diperlukan bagi Malaysia supaya kepelbagaian dapat dimanfaatkan ke peringkat

antarabangsa serta untuk memupuk, menarik, dan mengekalkan modal insanberkemahiran tinggi di Negara Malaysia yang terbilang ini.