implikasi.pptx
-
Upload
praba-rajamanickam -
Category
Documents
-
view
227 -
download
9
Transcript of implikasi.pptx
Terdapat beberapa implikasi perkembangan konsep kendiri kepada seseorang individu, kanak-kanak, guru, ibu bapa dan
masyarakat.
Individu yang mempunyai perkembangan konsep kendiri yang positif boleh mempengaruhi orang lain. Hal ini kerana, individu sebegini mempunyai ciri-ciri konsep kendiri yang positif iaitu bertanggungjawab, bangga dengan kejayaan, selalu gembira,
menghadapi cabaran dengan bersemangat agar dapat mempengaruhi orang lain.
Manakala, implikasi perkembangan kendiri kepada kanak-kanak ialah dapat melahirkan kanak-kanak yang sihat daripada segi
aspek jasmani, mental, rohani, dan sosial.
Perkembangan konsep kendiri juga memberi impak kepada guru. Guru yang mempunyai ciri konsep kendiri yang positif seperti
bertanggungjawab dapat menjalankan tugasnya dengan efektif.
Seterusnya, implikasi perkembagnan konsep kendiri adalah akan dapat membentuk masyarakat yang bermoral dan hidup dalam harmonis. Perpaduan sesebuah masyarakat semakin kukuh kerana saling bertoleransi antara satu sama lain tanpa mengira bangsa,
kaum, agama dan adat resam.