IMUN-HDN

8
PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL II (HBD 1093) TAJUK TUGASAN: HEMOLYTIC DISEASE NEWBORN NAMA: ADIBAH KASSIM ID: 1012010061189 INTAKE : JUN (04) 2010 TUTOR: NOOR AZURA ZUN

Transcript of IMUN-HDN

Page 1: IMUN-HDN

PUSAT TEKNOLOGI DAN PENGURUSAN LANJUTAN

IMUNOHEMATOLOGI KLINIKAL II (HBD 1093)

TAJUK TUGASAN: HEMOLYTIC DISEASE NEWBORN

NAMA: ADIBAH KASSIM

ID: 1012010061189

INTAKE : JUN (04) 2010

TUTOR: NOOR AZURA ZUN

Page 2: IMUN-HDN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENDAHULUAN

KAJIAN KES-HURAIAN MAKLUMAT

PATOGENESITI HDN

UJIAN MAKMAL DAN KEPUTUSAN

RAWATAN

KESIMPULAN

RUJUKAN

ISI KANDUNGAN

Page 3: IMUN-HDN

Pendahuluan

Hemolytic Disease Newborn (HDN) merupakan keadaan hemolitik yang menyerang

fetus dan neonat yang baru lahir atau yang masih berada dalam kandungan disebabkan oleh

pemecahan sel darah merah akibat tindakan alloantibodi maternal terhadap antigen pada

permukaan sel darah merah anak yang dikandung (diperolehi daripada ayah).Keadaan ini

disebabkan oleh perbezaan jenis darah anak dan ibu samada kumpulan darah ( jarang

berlaku) atau Rhesus (paling kerap).

HDN juga dikenali sebagai Erythroblastosis fetalis dimana erythroblastosis bermaksud

pembentukkan sel darah merah baru yang tidak matang manakala fetalis ialah fetus.

HDN sering dikaitkan dengan perbezaan rhesus antara maternal dan anak ini kerana antibodi

rhesus adalah yang paling imunogenik dan ianya antibody IgG.Justeru itu ianya boleh

melintasi plasenta.Tindakan antibodi ini akan mengenalpasti kehadiran antigen rhesus lalu

menyerangnya dan menyebabkan SDM pecah.

KAJIAN KES

Kajian kes ini melibatkan;

Ibu – Rhesus negatif ( kehadiran antibodi-D)

Anak –Rhesus positif(kehadiran antigen D )

Pada peringkat awal kehamilan,ujian makmal mengenalpasti perbezaan Rhesus ibu dan

anak.Setelah dilahirkan sampel tali pusat diambil untuk ujian lanjutan.

HDN boleh berlaku samada dalam kehamilan pertama dimana ibu yang mempunyai Rhesus

negatif telah mempunyai antibodi rhesus akibat ransangan antigen terdahulu (cth: Transfusi

darah rhesus +ve ) atau semasa kehamilan kedua akibat pendedahan kepada fetus Rhesus

+ve (cth :Hemoraj fetomaternal)

Antara simptom yang dialami bagi bayi yang mengalami HDN setelah kelahiran

-Pucat

-Jaundis

Page 4: IMUN-HDN

-Hepatosplenomegali

-Hydrops fetalis

Patogenesiti HDN

Semasa dalam kandungan,fetus yang mempunyai rhesus +ve ini akan mula menghasilkan

antigen D selain Ag ABO pada permukaan sel darah merah dan pengkodan antigen ini

diperolehi daripada gen yang diturunkan oleh ayah.

Akibat ransangan daripada Ag-D,alloantibodi akan dihasilkan oleh maternal terhadapnya dan

menyerang Ag pada SDM fetus dan menyebabkan SDM lisis.Antibodi yang dihasilkan ialah

antibodi dari jenis IgG dan mampu melintasi plasenta.

Dalam kes diatas,Pengesanan awal terhadap rhesus ibu telah membolehkan langkah

pencegahan diambil dengan suntikan rhogam.

Berikut merupakan ringkasan patogenesiti HDN;

Berlaku hemoraj fetomaternal

Antibodi maternal terhadap paternal mula terbentuk

Kehamilan seterusnya,Antibodi melintasi plasenta

Antibodi maternal serang Ag pada SDM

Hemolisis SDM fetus

Untuk mengesan HDN,Sampel darah tali pusat bayi tersebut disimpan sekurang-kurangnya 7 hari.Antara ujian yang dijalankan ialah ABO (forward) , Rh ( Du ) , Direct Antibody test , dan Identifikasi antibody (UPA tidak lansung).

Page 5: IMUN-HDN

Ujian makmal yang dilakukan.

1) ABO dan Rhesus Grouping – Kesan kumpulan darah bayi tersebut dan Rhesus.

(Positif untuk Anti-D ,Rh+ve)

2) Du – Kesan Antigen D yang lemah sekiranya keputusan negatif dicatatkan pada ujian

pengumpulan ABO dan Rhesus bayi tersebut.

3) DAT (UPA lansung) –kesan kehadiran antibody yang tersensitasi pada SDM secara in

vivo.Antibodi yang dimaksudkan disini ialah antibody rhesus.(Keputusan-Positif)

4) UPA Tidak Lansung - dijalankan untuk mengenalpasti antibodi yang

menyerang,kemungkinan terdapat kehadiran antibody lain yang menyebabkan HDN

RAWATAN

Rawatan selepas kelahiran yang boleh diberikan kepada bayi tersebut antaranya,

Transfusi darah sekiranya anemia teruk

Intravenous Fluid – Tekanan darah rendah

Mesin bantuan pernafasan – Sekirany mengalami ‘respiratory distress’

Fototerapi (jaundis) – pendedahan kepada cahaya UV 24 jam selepas lahir.

Prosedur : 1. Mata bayi ditutup,Pakaian ditanggalkan

2. Cahaya UV bergantung kepada Total bilirubin yang hadir.

3. Suhu bayi di monitor dengan teliti.

KESIMPULAN

HDN merupakan patologi yang berlaku kepada fetus ataupun neonatal akibat ketidakserasian

darah mahupun Rhesus.Dalam kes ini,ianya melibatkan Perbezaan dari segi Rhesus.Ibu yang

Rhesus –ve akan menghasilkan antibodi terhadap Ag Rhesus pada SDM paternal dan

meyebabkan lisis.Pencegahan boleh diambil dengan mengambil suntikan Rhogam oleh

Maternal.

RUJUKAN

1.Modul Imunohematologi klinikal III,Edisi Keempat 2010, Noor Azura Zun.

2.Pengenalan kepada Imunoheatologi Klinikal I (HBD 1282),Izatul Fariza Binti Mohd Yusof.

Page 6: IMUN-HDN

LAMPIRAN

Gambarajah diatas menunjukkan fetus yang mengalami HDN

Rawatan : Fototerapi