INDEKS Halaman Utama Halaman 1 Indeks Halaman 2 · INDEKS Halaman Utama Halaman 1 Indeks Halaman 2...
Transcript of INDEKS Halaman Utama Halaman 1 Indeks Halaman 2 · INDEKS Halaman Utama Halaman 1 Indeks Halaman 2...
INDEKS
Halaman Utama Halaman 1
Indeks Halaman 2 Kerjasama Ekonomi Komuniti Halaman 3
- Apa Itu SocialRemit? - Ibu Pejabat - Matlamat - Kumpulan Kami
Airdrop dan Komuniti SocialRemit “CSR” Halaman 4
- Keutamaan CSR
- Komisen Melalui Rujukan
- Syarat-syarat Token Tunai CSR kepada EaD
Pelan Tindakan SocialRemit Halaman 6
- Kalendar Projek
Risiko Halaman 8
Token Halaman 8
- Token SocialRemit
- Keistimewaan Token
- Kecairan Token Dalaman (EaD)
SocialRemit Airdrop Pra-ICO – ICO Halaman 10
-Pengagihan token
-Peraturan dan penggunaan
Notis Undang-undang Halaman 11
KERJASAMA EKONOMI KOMUNITI UNTUK
MEMBANGUNKAN PROJEK-PROJEK BARU YANG
BERASASKAN TEKNOLOGI BLOCKCHAIN.
> / Apa Itu SOCIALREMIT?
SocialRemit adalah suatu platform baru yang direkabentuk bagi menyokong
projek-projek membangun menerusi peralatan kewangan dan teknologi yang
berasaskan ‘blockchain’ dan memberi impak positif terhadap masyarakat melalui
perkaitan ekonomi demi mencapai matlamat untuk membina platform “Autonomi
Tidak Berpusat” (Decentralized Autonomous) berkecekapan tinggi, dengan
harapan komuniti yang mengambil bahagian turut serta dalam projek-projek yang
dibiayai, juga berfungsi untuk mengukuhkan struktur sosial pemasaran dan
promosi, iaitu setiap projek mampu disebarkan menerusi media, bagi mengambil
kesempatan ke atas persaingan di antara projek-projek tumpuan dan meraih
pembiayaan daripada pengguna-pengguna lain.
Walaupun teknologi ‘blockchain’ masih baru, SocialRemit merancang untuk
memainkan peranan utama dari segala aspek pengiriman wang (remittances) dan
hartanah global. Langkah untuk merealisasikannya bermula dengan gangguan
pasaran pengiriman wang (remittance) dan penukaran aset-aset hartanah bernilai
tinggi kepada Token yang akan diguna dalam rundingan ‘Dana Ramai Hartanah
Pelancongan” (‘Crowdfunding Touristic Real-Estate’) kami.
> / Ibu Pejabat.
SOCIALREMIT BLOCKCHAIN NETWORKS LTD mempunyai ibu pejabat yang
terletak di United Kingdom dan pejabat-pejabat delegasi di Sepanyol, Malta dan
Amerika Latin.
> / Matlamat.
Matlamat utama SocialRemit adalah menyediakan satu platform yang
membolehkan anda menjadi ejen perubahan sosial yang tulen.
> / Kumpulan kami.
Kumpulan kami telah menyertai profesional berpengalaman di dalam bidang
pembangunan IT, Teknologi Blockchain, sektor kewangan serta sektor hartanah.
Namun yang paling penting adalah komuniti yang kami ingin bangunkan di
syarikat kami.
> / Airdrop dan Komuniti SocialRemit “CSR”.
SocialRemit mempunyai matlamat untuk membina “komuniti autonomi tidak
berpusat” (decentralised autonomous community) berkecekapan tinggi, dengan
harapan komuniti yang mengambil bahagian turut serta dalam projek-projek yang
mereka biaya dan promosikan. Setiap pengguna komuniti seharusnya
menyebarkan maklumat tentang produk rangkaian SociaRemit ini, dan kita ingin
penyebaran maklumat dari mulut ke mulut menjadi sesuatu yang positif,
meggalakkan lebih ramai pelanggan untuk menyertai platform ini. Untuk
merealisasikannya, kami akan menyediakan semua keperluan peralatan, sumber
bahan dan tenaga pekerja.
Komuniti tidak berpusat (decentralized community), yang berdasarkan “netarchy”
(kuasa rangkaian), mampu membuat keputusan yang pantas, mengurangkan
perbelanjaan serta tenaga, disamping selamat dan boleh dipercayai. SocialRemit
menetapkan ‘kecairan’ (liquid) sistem dalam Organisasi Autonomi Tidak Berpusat
(Decentralised Autonomous Organisation) kepada komunitinya di mana para
pengguna boleh memilih sesebuah komuniti yang mapan untuk mencadangkan
pembangunan projek serta menjangkakan daya maju projek-projek tersebut.
Model tadbir urus komuniti ini akan berada dalam rangka komunikasi iaitu para
pengguna menunjukkan nilai-nilai murni dan tingkah laku yang baik, yang
bertujuan untuk mencapai pulangan kewangan melalui token dalaman (EaD)
rangkaian SocialRemit.
Organisasi-organisasi tersebut akan beroperasi secara bebas dan secara
autonomi.
AIRDROP akan dihasilkan sebelum PRA-ICO dan keseluruhan 20,000,000 token
CSR ini akan diagihkan sehingga habis, di mana token-token ini diwujudkan
semata-mata untuk kegunaan mencipta masyarakat dalaman SocialRemit. Harga
setiap token komuniti adalah 0.50 USD dan hanya boleh ditukar dengan “EaD”
selagi anda mematuhi terma dan syarat keistimewaan SocialRemit Blockchain
Networks LTD, tergolong dalam komuniti SocialRemit dan mempunyai Token CSR.
Pemegang CSR juga merupakan ahli komuniti dalaman platform rangkaian
SocialRemit dan menikmati keistimewaan berikut:
- Membuat undian terhadap keputusan Syarikat.
- Mengemukakan projek-projek baru untuk dibangunkan dalam rangkaian
SocialRemit dan perlu memberi komitmen dengan melibatkan diri mereka
secara profesional untuk membangunkan projek tersebut.
- Menyuarakan pendapat secara terbuka di dalam syarikat sewaktu memilih
wakil delegasi.
- Pemegang token CSR akan mendapat pulangan kewangan tahunan dalam
bentuk token dalaman (EaD) rangkaian SocialRemit, bergantung kepada
faedah yang diperoleh oleh Syarikat pada akhir tahun fiskal.
- Bekerjasama dalam pembangunan projek-projek syarikat sendiri di peringkat
profesional (beserta imbuhan).
- Kemudahan memilih pekerjaan dalam syarikat (beserta imbuhan).
Keutamaan diberi kepada semua Pemegang CSR. Pemegang token CSR turut
digalakkan untuk berpegang kepada matawang CSR mereka kerana ianya amat
penting terhadap program kesetiaan pertukaran. Khas buat ahli komuniti CSR
SocialRemit yang membeli token CSR, 1,000 atau lebih Token SRT akan
dikecualikan yuran pertukaran bagi pertukaran transaksi, iaitu nilai terkumpul
dalam USD adalah tidak melebihi 20 kali nilai token terkumpul (iaitu, jika anda
mempunyai 1,000 SRT Token, pengecualian yuran pertukaran akan dibuat pada
1,000 x 20 = 20,000 USD berdasarkan nilai rundingan setiap bulan). Ahli komuniti
CSR Social Remit yang memperoleh 5,000 atau lebih token layak diberikan
pengganda 50x.
- Pemegang CSR akan menerima komisen untuk setiap rujukan yang
membeli Token SRT sepanjnag tempoh ICO kami:
Dari 0 hingga 30,000: 5% Komisen
Dari 30,001 hingga 60,000: 7% Komisen
Dari 60,001 hingga 300,000: 8.5% Komisen
Dari 300,001 dan seterusnya: 10% Komisen
Pembayaran komisen adalah dalam bentuk Token “SRT”, sebarang kegiatan
penipuan melalui sistem rujukan kami boleh membawa kepada penggantungan
akaun pemegang komuniti token CSR tersebut dan pembatasan hak-hak mereka
sebagai ahli komuniti SocialRemit.
-Syarat-syarat pertukaran Token CSR kepada EaD
Untuk menukar token CSR kepada token dalaman “EaD”, pemegang token CSR
perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
• Mempunyai Token SRT di dalam digital dompet atau ‘wallet’.
• Merujuk sekurang-kurangnya 5 orang dan setiap seorang perlu membeli
sekurang-kurangnya 50 USD.
• Kongsi pautan promosi digital kami tentang ICO dan mempunyai sekurang-
kurangnya 100 tanggapan (maklumat paparan untuk setiap IP). Berkongsi
dengan cara yang paling mudah untuk anda seperti mesej, e-mel atau di laman
web dan blog, sekiranya ada.
> / Pelan Tindakan SocialRemit
> / Suku Ketiga Tahun 2017
- Pembentukan konsep
- Memulakan dengan idea asal.
- Penerokaan ekosistem blockchain bagi mengenalpasti teras teknologi yang
sesuai.
- Menghasilkan imej korporat projek dan jenama.
- Okay Money Transfer (pengiriman wang).
- S1W (Pertukaran Crypto dan Dana Ramai “Crowdfunding” bagi pelaburan
hartanah pelancongan).
> / Suku Akhir Tahun 2017
- Perundangan dan pencarian bakat Teknikal bermula.
- Perlaburan fasa awal oleh pelabur-pelabur swasta.
- Pembukaan pejabat-pejabat pembangunan
> / Suku Pertama Tahun 2018
- Struktur Perundangan (Campmany Assesores SI Barcelona Spain).
- Mendapatkan nasihat bagi pelaksanaan teknologi blockchain menurut
kerangka undang-undang Eropah.
- Permulaan perlembagaan syarikat.
- SocialRemit Blockchain Networkss LTD, Okay Money Transfer, S1W di United
Kingdom, Spain dan Malta.
- Perancangan rekabentuk orientasi perkhidmatan Okay Money Transfer dan
Platform S1W.
> / Suku Kedua Tahun 2018
- Spesifikasi Teknikal.
- Pembentukan Token ERC20: SRT dan komersialisasi swasta bagi 50 juta
token.
- Pembangunan aplikasi 1.0 “Home Valuation Algorithm”
- Penerokaan data dan menganalisa kemungkinan.
- Melancarkan kempen pemasaran secara besar-besaran.
- Pra-jualan Token.
> / Suku Ketiga dan Keempat Tahun 2018
- Jualan Token kepada Umum (ICO).
- Membangunkan Aplikasi 2.0. Mendapatkan lesen undang-undang dan lesen
kawal selia.
> / Suku Pertama Tahun 2019
- Memulakan aplikasi 2.0.
- Mula menambahkan pelancaran Okay Money Transfer dan Platform S1W.
> / Suku Kedua Tahun 2019
- Pelancaran Pertukaran Crypto S1W.
> / Suku Ketiga Tahun 2019
- Dana Ramai (crowdfunding) global bagi pelaburan hartanah pelancong.
> / Risiko
Jualan kolektif ICO sememangnya model pelaburan yang masih baru namun,
semakin pesat membangun. Pembelian token mewakili risiko yang tinggi kepada
setiap pembayar cukai, dan pelabur mungkin menghadapi beberapa risiko yang
lain disamping tiada jaminan keuntungan. Dokumen ini bukan merupakan suatu
tawaran sekuriti mahupun promosi, jemputan atau pemintaan diatas tujuan
pelaburan. Tawaran token adalah melibatkan dan berkaitan dengan pembangunan
serta penggunaan platform eksperimen (perisian) dan teknologi yang tidak
semestinya mencapai hasil yang memuaskan atau mencapai semua objektif yang
dinyatakan diatas kertas laporan. Syarat-syarat kertas laporan boleh diubahsuai
bergantung kepada kesesuaian keperluan platform mengikut keperluan komuniti
melalui pengundian, di mana ianya boleh diubahsuai sekiranya mencapai undian
50%+1 daripada komuniti SocialRemit.
> / Token
Mata wang dalaman menggunakan platform di dalam SocialRemit Blockchain
Network LTD, EaD. Token “EaD” merupakan asas sijil-sijil keahlian di seluruh
platform rangkaian Syarikat SOCIALREMIT BLOCKCHAIN NETWORKS LTD
(Stock1Wise atau “S1W”, Okay Money Transfer Ltd), yang memberikan hak dan
keistimewaan kepada pemilik selagi pemilik tersebut mematuhi polisi KYC / AML di
dalam S1W. Untuk memastikan aspek keselamatan aset yang diwakili oleh token
EaD, satu dana amanah (trust fund) ditubuhkan, yang mempunyai bilangan dana
saham yang sama banyak berbanding token yang diterbitkan. Dana Amanah ini
dilindungi undang-undang ketat dana amanah, termasuk jika terjadinya kemuflisan.
Hanya pemegang token dibenarkan membuat tuntutan dana saham mereka pada
bila-bila masa.
Keempat-empat jenis token melaksanakan piawaian token ERC20. Maklumat
terperinci berkenaan jumlah, mekanisme pengagihan dan harga token akan
diterbitkan secara berasingan sebelum memasuki tempoh sumbangan.
> / Token SocialRemit (SRT).
Token SocialRemit akan hanya dilancarkan semasa tempoh jualan am kepada
orang ramai. Nilai permulaan token “SRT” ialah USD $1 pada saat jualan di
tempat penukaran yang berbeza mengikut tempoh tamat ICO, dan nilai nominal
akan mengalami kenaikan atau penurunan, ia juga boleh ditukarkan kepada mata
wang krypto yang berlainan “Centralized and Decentralized Crypto Exchanges”
selepas ICO dan token yang dikeluarkan habis dijual. Jika token SocialRemit
disimpan dalam kontrak pintar khas, pemegang token SocialRemit boleh menukar
SRT mingguan dengan Token Dalaman “EaD” kepada harga purata yang terdapat
di pertukaran mata wang krypto dimana ia beroperasi.
> / Keistimewaan Token "SRT".
Semua pemegang SocialRemit SRT layak mendapat pelbagai keistimewaan.
Kesemua pembeli cip semasa ICO akan diberi keutamaan. Pemegang token SRT
turut digalakkan untuk berpegang kepada mata wang SRT mereka kerana ianya
penting dalam program kesetiaan pertukaran kami. Para ahli komuniti SocialRemit
yang membeli 1,000 atau lebih token SRT akan menikmati pengecualian yuran
pertukaran bagi urusan transaksi pertukaran, iaitu nilai terkumpul USD mestilah
tidak melebihi 15 kali nilai simpanan token (jika anda mempunyai 1,000 token SRT,
pengecualian yuran pertukaran akan dibuat pada 1,000 x 15 = 15,000 USD
berdasarkan nilai rundingan setiap bulan). Ahli komuniti CSR Social Remit yang
memperoleh 5,000 atau lebih token layak diberikan pengganda 40x.
> / Kecairan Token Dalaman (EaD)
(Kecairan Dana Dalaman atau ‘Internal Fund of Liquidity’) diberi singkatan nama
"EaD" mempunyai nilai muka 1 Dolar Amerika Syarikat (USD), sebagai kegunaan
dalaman untuk membayar semua perkhidmatan yang ditawarkan diatas platform
SocialRemit Blockchain Networks LTD. Kesemua token EaD diberi nilai jaminan
dalam USD, sekiranya kami isu pengeluaran 50 juta EaD, pelanggan-pelanggan
kami diberi jaminan untuk mengeluarkan nilai yang sama pada bila-bila masa, tidak
akan berlaku isu pengeluaran EaD yang melebihi nilai dana cair dan syarikat
bersedia menampung pengeluaran purata para pelanggan, di mana audit bebas
akan dijalankan sekali setiap tahun demi menjamin prinsip untuk setiap Token EaD
di pasaran adalah bersamaan dengan amaun di dalam akaun-akaun bank kami
(1EaD = 1USD).
Semua pelanggan memerlukan token daripada pemilik untuk menggunakan
perkhidmatan platform SocialRemit.
Token Hartanah (OPS). Token OPS mewakili aset sebenar didalam bentuk nilai-
nilai Hartanah. Para pengguna menerima token OPS sebagai pertukaran untuk
perlaburan harta dalam Dana Am Hartanah kami, merupakan suatu tuntutan
undang-undang berkenaan aset-aset didalamnya.
Token Komuniti (CSR). Token CSR mewakili komuniti aktif di dalam SocialRemit
dan pengedarannya dijalankan melalui airdrop yang sebelum ini PRA-ICO, ianya
boleh hanya boleh ditukar dengan token "EaD" setelah platform beroperasi dan ini
akan dilaksanakan secara minimum pada setiap minggu.
> / SOCIALREMIT AirDrop / Pra-ICO / ICO / Peraturan dan
Penggunaan
> / Pengagihan
Semasa pengagihan kesemua Airdrop dan mencapai 20,000,000 token CSR:
- Simbol : «CSR» (Komuniti SocialRemit).
- Jumlah amaun : $ 10,000,000.
- Harga token : $ 0.50
Semasa kesemua Jualan Umum, token SRT akan diagihkan dan habis dijual
sepanjang tempoh 6 bulan iaitu tempoh tamat ICO, yang beramaunkan
300,000,000 token SRT:
- Simbol: «SRT» (TOKEN SOCIALREMIT)
- Jumlah: 300,000,000
- Harga permulaan setiap token: $ 0.40.
- Harga setiap token pada hari output: $ 1.00.
Pengagihan:
- Jualan am token: 100% 300,000,000 SRT.
- Jualan am token: 60% | SRT.
- Penasihat 5% | SRT.
- Kumpulan: 5% | SRT.
- Penasihat 16.5% | 50 000 000 SRT 90% jumlah bonus untuk pelaburan awal.
- Lain-lain 13.5% 0 000 000 daripada SRT ke SMM, Promosi dan Program
Bonus Asas.
10% daripada jumlah keseluruhan token SRT akan dijual semasa PRA-ICO,
yang akan dijual beserta bonus bermula dari 40% untuk pelaburan awal:
- Bulan Pertama PRA-ICO:10% dari token beserta bonus sebanyak 60%
- Bulan Kedua ICO: Bonus sebanyak 25%
- Bulan Ketiga ICO: Bonus sebanyak 15%
- Bulan Keempat ICO: Bonus sebanyak 10%
- Bulan Kelima ICO: Bonus sebanyak 7%
- Bulan Keenam ICO: Bonus sebanyak 3%
Pelaburan dari penukar crypto tidak akan diterima. Sesiapa sahaja boleh
menggunakan Bitcoin, Ethereum atau lain-lain matawang krypto secara kredit atau
debit kad atau lain-lain kaedah pembayaran elektronik untuk membeli token di
kedai Token kami. Pembayaran yang dilakukan dengan “altcoins” yang diterima di
kedai kami adalah seperti: Dogecoin, Pindahan Bitcoin, dan sebagainya, akan
diberi Bonus 10%, kecuali Ethereum.
Jualan am PRA-ICO bermula pada 15 Jun dan berlangsung sehingga 15 Julai,
dengan istilah istimewa iaitu peningkatan harga setiap 5 hari sebanyak 5% atau
lebih daripada nilai diskaun awal iaitu 40%.
Jualan Orang Ramai (Crowdsale) ICO bermula pada 16 Julai dan akan
berlangsung sehingga 16 Januari 2019.
> Peraturan ICO.
Pelaburan hanya diterima sepanjang tempoh jualan am (Crowdsale).
> / Penggunaan dana ICO.
Semua dana yang diterima daripada ICO akan digunakan untuk membangunkan
platform SocialRemit Blockchain Networks LTD, Okay Money Transfer,
Stock1Wise “S1W”, dan akan menjadi dana cair bagi sebarang SRT kepada
penukaran EaD dan juga kepada fidusiari matawang tempatan. Pemegang-
pemegang token “SRT” dibenarkan menukar token mereka kepada token “EaD”
melalui platform kami selagi mereka mematuhi terma dan syarat SocialRemit
Blockchain Networks LTD.
> / Notis undang-undang
Dokumen ini bukan merupakan satu tawaran sekuriti atau promosi, jemputan
atau permohonan bagi tujuan pelaburan. Syarat-syarat sumbangan tidak
bertujuan untuk menjadi dokumen tawaran perkhidmatan kewangan atau
prospektus. Tawaran token melibatkan dan berkaitan dengan pembangunan
dan penggunaan platform (perisian) eksperimen dan teknologi yang
berkemungkinan tidak mencapai hasil yang memuaskan atau mencapai
objektif yang dinyatakan di dalam kertas laporan, di mana syarat-syarat
kertas laporan boleh diubahsuai mengikut keperluan platform atas
permintaan komuniti dan hanya boleh diubahsuai selepas pengundian oleh
komuniti SocialRemit Blockchain Networks yang mendapat kelulusan lebih
daripada 50% undi.