Industri maritim pacu ekonomi negara Nazery...

download Industri maritim pacu ekonomi negara Nazery Khalidmima.gov.my/mima/wp-content/uploads/perkapalan.pdf · Pertumbuhan pesat sektor perkapalan negara boleh dilandaskan ke atas beberapa

If you can't read please download the document

Transcript of Industri maritim pacu ekonomi negara Nazery...

  • Industri maritim pacu ekonomi negara

    Nazery Khalid

    Sektor maritim merupakan satu sektor strategik yang sangat penting kepada ekonomi Malaysia. Banyak sumber asli seperti perikanan dan tenaga hidrokarbon diperolehi dari samudra yang juga menyediakan pengangkutan, rekreasi dan peluang pekerjaan kepada rakyat. Sektor ini menjana pelbagai aktiviti ekonomi merangkumi antara lainnya pembuatan, pembekalan dan perkhidmatan.

    Ini tidak menghairankan bila kita mengambilkira yang Malaysia ialah sebuah negara yang dikelilingi lautan dan sebahagian besar penduduknya tinggal di petempatan sepanjang pantai atau tidak jauh dari kawasan pesisir. Negara bertuah ini mempunyai kawasan perairan yang lebih luas dari kawasan daratnya.

    Pelabuhan-pelabuhan negara merupakan pintu keluar-masuk utama impot dan ekspotnya. Industri minyak dan gas pesisir negara merupakan antara penyumbang utama kepada ekonomi kita. Pelbagai aktiviti sokongan seperti pembuatan/pembaikpulihan kapal, pengeluaran, pembekalan, pengurusan kapal, pembiayaan, perundangan dan sebagainya menjana pulangan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan.

    Berdasarkan fakta ini, tidak hairanlah yang sektor maritim diibaratkan sebagai nadi kepada pertumbuhan ekonomi negara. Tidak dapat dibayangkan betapa pincangnya ekonomi negara tanpa sektor perkapalan dan pelabuhan-pelabuhan yang cekap, berdayasaing dan kompetitif. Ekonomi negara yang banyak bergantung kepada ekspot tentunya tidak dapat berkembang tanpa sokongan dari sektor pengangkutan maritim yang menjadi pemudahcara utama dagangannya.

    Perkapalan : Nadi pertumbuhan ekonomi Aktiviti perkapalan ialah komponen penting dalam sektor maritim. Kapal-kapal dagangan memungkinkan pelbagai jenis barangan pembuatan dan bahan mentah diangkut dengan jumlah yang banyak pada jarak yang jauh dan pada kos yang berpatutan. Kapal-kapal juga membolehkan pelbagai aktiviti maritim seperti pencarian tenaga hidrokarbon, perikanan dan pelancongan dijalankan. Pengangkutan maritim jauh lebih kos efektif dan mesra alam berbanding dengan pengangkutan darat dan udara.

    Perkapalan merupakan satu aktiviti yang penting kepada kesejahteraan ekonomi dunia. Ia merupakan satu-satunya kaedah pengangkutan yang menyediakan

    1

  • skala ekonomi yang dijana oleh kapal-kapal dagangan bersaiz besar. Majoriti jumlah dagangan dunia diangkut melalui kaedah pengangkutan maritim. Tanpa kapal-kapal dagangan, adalah mustahil untk kita menikmati pelbagai barangan dan menggunakan bahan-bahan mentah yang dating dari segenap pelosok dunia dan membayarnya pada harga yang sangat berpatutan.

    Dianggarkan 90% dari jumlah dagangan negara diangkut menggunakan kaedah perkapalan. Berdasarkan rupa bentuk Malaysia yang dikelilingi selat dan lautan, tidak hairanlah yang sektor perkapalan merupakan kaedah pengangkutan utama kepada negara. Ekonomi negara yang bergantung tinggi kepada sektor pembuatan serta berorientasikan ekspot tentunya sangat bergantung kepada perkapalan untuk menjana pertumbuhan ekonominya.

    Kedudukan Malaysia bersempadankan laluan-laluan perkapalan global yang penting dan sibuk seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan meletakkannya sebagai pusat persinggahan utama di rantau ini bagi kapal-kapal dagangan. Malaysia juga bertuah dengan lokasi strategiknya di Asia Tenggara yang merupakan satu kawasan pertumbuhan penduduk dan ekonomi yang paling pesat di dunia. Kedudukannya yang tidak jauh dari wilayah Asia Timur yang mengandungi gergasi-gergasi ekonomi seperti China, Jepun, Korea dan Taiwan juga membuat Malaysia menjadi tempat persinggahan utama kapal-kapal dagangan yang membawa kargo transshipment.

    Kerajaan memberikan sokongan dan menawarkan pelbagai insentif kepada sekgopr perkapalan bagi menggalakkan pertumbuhannya serta menarik pelaburan ke dalam sektor yang memerlukan modal besar ini. Antara insentif yang ditawarkan ialah pengecualian cukai ke atas pendapatan yang diperolehi dari kapal-kapal yang didaftarkan di Malaysia serta ke atas gaji anak-anak kapal yang bekerja di atas kapal-kapal tersebut. Kerajaan juga menawarkan keumdahan pembiayaan khusus untuk syarikat-syarikat tempatan untuk membeli kapal.

    Sokongan ini telah banyak membantu sektor ini bertumbuh dengan pesatnya dalam dekad-dekad kebelakangan ini. Malaysia kini menduduki tempat ke 22 dalam senarai negara-negara maritim utama dunia dari segi kapasiti kapal dagangan pada tahun 2010. Negara menyumbang 1.07% kepada jumlah kapasiti kapal dagangan dunia (dalam kategori 1,000 gross tonnage ke atas) pada tahun lalu. Ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi sebuah negara membangun seperti Malaysia.

    Kejayaan Malaysia dalam bidang perkapalan paling menyerlah dengan munculnya MISC Bhd sebagai pemilik dan pengoperasi fleet kapal-kapal tangki LNG yang kedua terbesar di dunia dari segi kapasiti. Beberapa syarikat perkapalan tempatan yang berkecimpung di dalam sektor minyak dan gas pesisir seperti Alam Maritim, Bumi Armada dan Tanjong Offshore juga menyediakan perkhidmatan di persada antarabangsa.

    2

  • Pertumbuhan pesat sektor perkapalan negara boleh dilandaskan ke atas beberapa faktor. Antara lainnya :

    i. Pertumbuhan beterusan ekonomi negara dan fokus terhadap sektor pembuatan dan ekspot sebagai penjana utama ekonomi.

    ii. Lokasi strategik Malaysia di laluan strategik perkapalan dan kawasan pertumbuhan ekonomi.

    iii. Komitmen dan dorongan Kerajaan untuk membangunkan sektor maritim dan perkapalan melalui sokongan dasar, institusi, perundangan, pelaburan dan tawaran pelbagai insentif.

    iv. Kebangkitan China sebagai kuasa ekonomi dunia dan peningkatan dagangan intra-ASEAN dan intra-Asian dan peningkatan aktiviti dagangan di antara Malaysia dan rakan-rakan dagangannya.

    v. Pertumbuhan dan pembangunan pelabuhan-pelabuhan tempatan serta kecekapan dan produktiviti mereka mengendalikan kapal-kapal serta jumlah kargo yang besar.

    vi. Penyediaan infrastruktur asas seperti jalanraya serta sokongan agihan dan pengendalian dagangan seperti gudang, kawasan bebas, perkhidmatan logistik, lapangan kontena, EDI (platform pertukaran maklumat dagangan secara elektronik) dan sebagainya.

    vii. Sokongan pelabur dari institusi kewangan dari dalam dan luar negara terhadap sektor perkapalan.

    viii. Penyediaan aktiviti sokongan maritim yang komprehensif oleh syarikat-syarikat tempatan dan asing.

    ix. Trend global outsourcing yang mendatangkan manfaat kepada Malaysia berdasarkan kekayaan hasil bahan mentahnya serta kedudukannya di kawasan sasar syarikat-syarikat gergasi (MNC).

    x. Proses liberalisasi dan globalisasi.

    xi. Tahap dayasaing secara keseluruhan negara yang tinggi.

    Walaupun saingan untuk menarik kapal-kapal dan kargo semakin hebat dari negara-negara jiran di wilayah ini, Malaysia dijangka kekal menjadi pemain yang

    3

  • relevan dan berdayasaing dalam bidang dagangan maritim selagi tiada gangguan drastk kepada status quo faktor-faktor yang disebutkan di atas.

    Pada dasarnya, permintaan terhadap perkhidmatan perkapalan adalah bercirikan demand derived. Permintaan terhadap perkhidmatan perkapalan datang dari permintaan terhadap barangan yang diangkut oleh kapal dan dikeluarkan menggunakan sokongan kapal. Selagi ekonomi negara dan rakan-rakan dagangannya kekal bertumbuh dan sektor minyak dan gas negara terus berkembang, sektor perkapalan Malaysia akan terus mempunyai potensi untuk maju.

    Pelabuhan sebagai pemudahcara dagangan

    Pertumbuhan sektor perkapalan negara memacu pertumbuhan pelabuhan-pelabuhan yang bukan saja menyediakan tempat berlabuh bagi kapal-kapal tetapi juga menjadi pusat penting dalam rangkaian bekalan atau supply chain.

    Malaysia boleh berbangga dengan infrastruktur pelabuhan bertaraf dunia. Pelabuhan Kelang merupakan pelabuhan kontena ke 13 tersibuk di dunia tahun lalu berdasarkan jumlah kendalian kontena sebanyak 8.9 juta TEU (kontena 20 kaki panjang). Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor menduduki tempat ke 17 dengan mengendalikan 6.5 juta TEU dan merupakan antara pelabuhan kontena yang palit pesat bertumbuh di dunia. Pelabuhan-pelabuhan kontena negara mengendalikan sejumlah 17 juta TEU pada tahun lalu. Pelabuhan Johor di Pasir Gudang merupakan terminal pengendali minyak kelapa sawit terbesar di dunia dan Pelabuhan Bintulu di Sarawak ialah terminal pengendali LNG terbesar di dunia

    Pertumbuhan pesat pelabuhan-pelabuhan dagangan serta peningkatan produktiviti serta kecekapan mereka mengendalikan kapal-kapal besar dan jumlah kargo yang dibawa mereka membolehkan kapal-kapal yang lebi besar dibina. Kapal-kapal ini berupaya mengangkut kargo yang semakin besar jumlahnya. Ditambah dengan kedudukan strategik Malaysia di laluan dagangan maritim yang sibuk dan penting, pelabuhan-pelabuhan tempatan mempunyai kelebihan berbanding banyak pelabuhan-pelabuhan lain di negara-negara serantau.

    Malaysia bertuah yang ekonominya menjana jumlah kargo yang bukan sedikit kepada pelabuhan-pelabuhannya. Kedudukan negara di tengah-tengah laluan maritim antara dagangan Timur dan Barat juga membolehkan pelabuhan-pelabuhannya menarik dan mengendalikan dagangan transshipment yang besar. Kargo dalam danagan ini tidak melibatkan sebarang pengeluaran atau penggunaan oleh rakyat tempatan tetapi hanya singgah di pelabuhan-pelabuahn kita semata-mata untuk diagihkan ke pelabuhan-pelabuhan lain dan diberikan tambahan nilai (contohnya pembungkusan) terhadapnya. 95% dari kargo yang

    4

  • dikendalikan oleh Pelabuhan Tanjung Pelepas ialah dari dagangan transshipment, manakala Pelabuhan kelang kini mengendalikan lebih banyak kargo transshipment berbanding kargo yang dijana oleh negara.

    Berdasarkan prestasi ekonomi China serta negara-negara serantau, adalah dijangkakan yang dagangan transshipment akan terus bertumbuh dan menawarkan peluang perniagaan yang lumayan kepada pelabuhan-pelabuhan tempatan.

    Sokongan kukuh

    Tidak dapat dinafikan yang kejayaan Malaysia di dalam sektor maritim banyak bergantung kepada sokongan kuat kerajaan. Tanpa sokongan dari segi institusi, kewangan dan promosi oleh kerajaan, sktos perkapalan dan pelabuhan-pelabuhan kita tentunya tidak akan bertumbuh dan merekodkan pencapaian cemerlang.

    Antara sokongan dan insentif yang diberikan oleh kerajaan terhadap industri maritim ialah :

    i. Menyediakan kerangka institusi bagi menyokong perancangan, pembangunan, pemnatauan serta penyeldikan dalam indusri maritim.

    ii. Menubuhkan Majlis Maritim Kebangsaan, Majlis Perkapalan Kebangsaan dan Majlis Logistik Kebangsaan untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan industri maritim dan perkapalan dan menengahkan kepada kerajaan cadangan-cdangan untuk memajukan serta meningkatkan kecekapan industri ini.

    iii. Membina infrastruktur maritim seperti pelabuhan, terminal dan limbuingan kapal serta prasarana sokongan seperti jalanraya, jalan keretapi, gudang dan Zon Bebas berdekatan pelabuhan.

    iv. Menjadi ahli Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bagi meningkatkan profil Malaysia sebagai sebuah negara maritim serta meratifikasikan konvensyen-konvensyen maritim antarabangsa bagi mengamalkan best practices di dalam menjalankan aktiviti maritim serta menguruskan lautan.

    v. Memperkenalkan dasar-dasar bagi menggalakkan opertumbuhan industri maritim seperti Dasar Kabotaj, load centering atau tumpuan kargo untuk Pelabuhan Kelang serta menjadikan Malaysia hub perkapalan dan logistik serantau.

    5

  • vi. Memperkenalkan peraturan port state control bagi memastikan aktiviti perkapalan yang dijalankan di perairan kita memenuhi piawaian serta tuntutan perundangan antarabangsa,

    vii.Menyediakan sokongan pembiayaan melalui Shipping Fund dan Shipping Venture Fund yang diuruskan oleh Bank Pembangunan dan Global Maritim Venture.

    viii.Memperkenalkan insentif seperti pengecualian cukai kepada pelaut dagangan dan syarikat-syarikat yang mempunyai kapal yang didaftarkan di Malaysia.

    ix. Menyediakan dana Kerajaan Persekutuan untuk kerja-kerja pengerukan bagi medalamkan perairan pelabuhan supaya boleh menerima kapal-kapal besar.

    x. Menswastakan pelabuhan-pelabuhan persekutuan.

    Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga sedang mengambil beberapa inisiatif bagi memastikan yang industri maritim negara terus berdayasaing. Antaranya ialah membiayai pelbagai kajian untuk mengatasi isu-isu serta cabaran-cabaran dalam industri maritim. Ini penting supaya dasar-dasar serta langkah-langkah bersesuaian boleh diambil untuk membolehkan industri maritim negara menyesuaikan diri dengan trend dan perkembangan global supaya tidak ketinggalan olehnya. Kerajaan juga sentiasa berusaha menaiktarafkan pelabuhan-pelabuhan Persekutuan untuk meningkatkan kapasiti serta dayasaing mereka. Ia juga menyediakan pelantar bagi para pengamal industri untuk mengutarakan caddangan dan pandangan bagi memperbaiki kelemahan serta mengembangkan pertumbuhan industri melalui agensi-agensi seperti Majlis Logistk Kebangsaan, Majlis Maitim Kebangssan, Majlis Perkapalan Kebangsaan, Majlis Tindakan Ekonomi Kebangssan (NEAC) dan PEMANDU.

    Kerajaan juga akur terhadap trend liberalisasi dan komitmen Malaysia sebagai ahil Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO) dan ASEAN untuk membuka pasarannya secara beransur-ansur. Ini termasuk menyertai pelbagai inisiatif meliberalisasikan dagangan serta sektor perkhidmatan, contohnya di peringkat ASEAN, dan memperkanlkan Akta Persaingan bagi menggalakkan dagangan dengan negara-negara serantau. Dalam hal ini, pengumuman kerajaan meliberalisasikan 27 sektor perkhidmatan menggariskan komitmennya kepada inistaif ASEAN dan hasrat pertubuhan serantau ini untuk mewujudkan kouniti serta wilayah ekonomi bersepadu di Asia Tenggara.

    Satu lagi bukti yang kerajaan reponsif dengan persekitaran daganan dan industri maritim ialah inisiatifnya mengkaji semula saranan strategik yang diutarakan di dalam Pelan Induk Industri Ketiga (IMP3) bagi memastikan ianya relevan dengan

    6

  • situasi dan keperluan semasa. Kerajaan juga sedang dalam proses memperkenalkan Akta Perkapalan baru bagi menggantikan Ordnan Perkapalan Dagangan 1952 yang sedang digunapakai.

    Kerajaan juga menggalakkan aktiviti-aktiviti yang boleh menghasilkan pendapatan tinggi dan menambah nilai sejajar dengan aspirasi Model Ekonomi Baru (NEM). Usaha yang paling nyata ialah penubuhan Mahkamah Admiralti yang bakal membolehkan Malaysia muncul sebagai sebuah pusat maritim antarabangsa yang mempunyai sokongan yang lengkap terhadap para pengamal pasaran termasuk dari segi perundangan.

    Dengan sokongan dan insentif yang diberikan, tidak hairanlah yang Malaysia telah menempa nama dalam industri maritim, terutamanya dalam sector perkapalan dan pelabuhan. Namun demikian, persekitaran yang semakin dinamik dan kompetitif dalam bidang dagangan antarabangsa di kala kegawatan ekonomi dunia kini menyediakan pelbagai cabaran yang besar kepada Malaysia untuk mengekalkan tahap dayasaingnya dalam industri ini.

    7