INFLASI

25
PENGENALAN Inflasi ialah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh sesebuah negara,terutamanya negara yang mengamalkan ekonomi pasaran bebas.Inflasi merupakan fenomena kenaikan harga secara menyeluruh dan berterusan dalam pasaran, Mansor Jusoh (1990). Manakala kadar inflasi pula diukur berdasarkan perubahan indeks harga pengguna sesebuah negara dan pada masa tertentu. Pada tahun 1960-an, kadar inflasi berada dalam lingkungan 2 peratus. Jika kadar inflasi melebihi nilai tersebut, maka ekonomi dianggap mendesak. Purata pergerakan kadar inflasi Malaysia mencatatkan nilai sebanyak 3 peratus kecuali pada tahun 2008 iaitu sebanyak 5 peratus.Kadar inflasi yang semakin meningkat memberi impak yang besar kepada kuasa beli penduduk dan mempengaruhi struktur dan perkembangan ekonomi sesebuah negara.Kesannya,nilai matawang Malaysia akan semakin mengecil dan berlaku lambakan mata wang dalam pasaran semasa. DEFINISI INFLASI Inflasi secara amnya didefinisikan sebagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang berterusan untuk sesuatu tempoh tertentu. Inflasi yang tinggi dan jangkaan terhadap hala tuju inflasi pada masa hadapan mempengaruhi perbelanjaan agregat isi rumah dan fi rma sehingga mendorong kepada pengagihan sumber benar dan kewangan yang tidak cekap. Persekitaran seperti ini biasanya mengakibatkan potensi pertumbuhan di bawah kadar optimum. Justeru, kestabilan harga, suatu keadaan di mana infl asi secara relatifnya rendah dan stabil dan tidak 1 | Page

description

in

Transcript of INFLASI

Page 1: INFLASI

PENGENALAN

Inflasi ialah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh sesebuah negara,terutamanya

negara yang mengamalkan ekonomi pasaran bebas.Inflasi merupakan fenomena kenaikan

harga secara menyeluruh dan berterusan dalam pasaran, Mansor Jusoh (1990). Manakala

kadar inflasi pula diukur berdasarkan perubahan indeks harga pengguna sesebuah negara dan

pada masa tertentu. Pada tahun 1960-an, kadar inflasi berada dalam lingkungan 2 peratus.

Jika kadar inflasi melebihi nilai tersebut, maka ekonomi dianggap mendesak. Purata

pergerakan kadar inflasi Malaysia mencatatkan nilai sebanyak 3 peratus kecuali pada tahun

2008 iaitu sebanyak 5 peratus.Kadar inflasi yang semakin meningkat memberi impak yang

besar kepada kuasa beli penduduk dan mempengaruhi struktur dan perkembangan ekonomi

sesebuah negara.Kesannya,nilai matawang Malaysia akan semakin mengecil dan berlaku

lambakan mata wang dalam pasaran semasa.

DEFINISI INFLASI

Inflasi secara amnya didefinisikan sebagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang

berterusan untuk sesuatu tempoh tertentu. Inflasi yang tinggi dan jangkaan terhadap hala tuju

inflasi pada masa hadapan mempengaruhi perbelanjaan agregat isi rumah dan fi rma sehingga

mendorong kepada pengagihan sumber benar dan kewangan yang tidak cekap. Persekitaran

seperti ini biasanya mengakibatkan potensi pertumbuhan di bawah kadar optimum. Justeru,

kestabilan harga, suatu keadaan di mana infl asi secara relatifnya rendah dan stabil dan tidak

mengganggu rancangan perbelanjaan dan rancangan pelaburan agen-agen ekonomi, adalah

penting bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan. Kepentingan untuk menambat

jangkaan inflasi dan sela masa dalam proses transmisi dasar monetari memerlukan Bank

Negara Malaysia memastikan dasar infl asi sentiasa berpandangan ke hadapan.

Menurut Mansor Jusoh (1990), inflasi hanya berlaku apabla berlaku kenaikan harga secara

menyeluruh dan berterusan hingga beberapa suku tahun. Bernstein (1968), inflasi bermaksud

kenaikan tingkat harga umum secara berterusan di sesebuah negara dalam tempoh masa

tertentu atau kenaikan berterusan tingkat harga umum (James 1986).Manakala Jefferson

(1977) mentakrifkan inflasi sebagai kenaikan tingkat harga umum akibat daripada

1 | P a g e

Page 2: INFLASI

ketidakseimbangan antara pergerakan barangan dan pergerakan wang.Manakala Harriss

(1975) mendefinisikan inflasi sebagai:

“The sense of a rise in the general level of prices has occurred time and again, all over the

world. Inflation deals not with particular prices or the relations among prices but with the

general price level, a drop in the purchasing power of the dollar. The general price level

goes up when money demand rises more than the goods and services available for buying.

Money demand goes up when the quantity of money rises or when velocity, the rate of

turnover, rises- or some combination of the two”.

Dalam istilah Arab, Jarwan al-Sabiq, (1970) mentakrifkan inflasi sebagai bertambahnya

permintaan wang terhadap penawaran barang dengan pertambahan yang tidak

terduga.Kemudian ianya bukan hanya kenaikan yang bersifat sementara, tetapi kenaikan yang

berterusan dan sentiasa bertambah. MA. Mannan, (1970) pula menyatakan bahawa, inflasi

bermaksud kenaikan dalam tingkat harga umum yang biasanya diakibatkan oleh pertambahan

dalam penawaran wang yang tidak diikuti oleh pertambahan dalam permintaan. Menurut

Professor Pigou, “Inflasi wujud apabila pendapatan wang bertambah melebihi kadar aktiviti

yang menghasilkan pendapatan” dan ini mengakibatkan kenaikan harga. Apabila kenaikan

harga disebabkan oleh pertambahan dalam bekalan emas, kita dapati inflasi emas, jika ia

disebabkan oleh matawang, wujud inflasi matawang, dan apabila berpunca daripada

pengembangan kredityang berlebihan, istilah inflasi kredit digunakan.

Secara ringkasnya, inflasi boleh ditakrifkan sebagai peningkatan tingkat harga umum secara

berterusan.Peningkatan ini disebabkan oleh perubahan dalam faktor-faktor ekonomi yang

mengakibatkan kejatuhan nilai kuasa beli wang.Oleh itu, berlaku lebihan wang dalam pasaran

yang mengundang kepada wujudnya masalah sosial seperti peningkatan kadar

penggangguran, penurunan pertumbuhan ekonomi dan pelbagai masalah lagi yang

mengundang kepada suasana ekonomi yang negatif.

2 | P a g e

Page 3: INFLASI

FAKTOR- FAKTOR YANG MENYEBABKAN INFLASI

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya inflasi. Antaranya ialah :

Inflasi dari aspek permintaan

Dari sebelah aspek permintaan, terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan

berlakunya inflasi, iaitu terlebih permintaan dan terlebih bekalan wang. Inflasi berlaku

apabila jumlah permintaan melebihi penawaran barang mengikut harga semasa.Lebihan

dalam permintaan ini memberikan tekanan kepada ekonomi. Inflasi akan muncul kalau

permintaan bertambah tetapi barang-barang dan perkhidmatan tidak bertambah selaras

dengan pertambahan permintaan itu. Hal ini membawa kepada peningkatan harga,

disebabkan reaksi daripada orang ramai dalam meningkatkan pembelanjaan mereka kerana

mereka bimbang akan berlaku kenaikan harga barang dan barang-barang akan habis di

pasaran.Oleh itu, inflasi ini dikenali sebagai Inflasi tarikan permintaan( demand-pull

inflation). Inflasi ini terjadi disebabkan oleh faktor-faktor di sebelah permintaan yang mana

jumlah wang yang ingin dibelanjakan bertambah dengan cepat melebihi pertambahan barang

dan perkhidmatan yang di tawarkan di pasaran.Dalam hal ini dikatakan bahawa, pertambahan

permintaan agregat menarik harga supaya meningkat tinggi.Hal ini disebabkan oleh, lebihan

wang yang dipegang oleh pengguna yang menyebabkan mereka meningkatkan perbelanjaan

barangan dan perkhidmatan.Namun agak sukar untuk menambah barang dan perkhidmatan

dalam masa yang cepat, maka wujud lebihan permintaan yang memaksa peningkatan harga.

Selain itu, menurut teori Keynesian, peningkatan dalam pengeluaran produk domestik akan

meningkatkan permintaan pengguna. Apabila jumlah peningkatan permintaan terhadap

barangan ini meningkat, sekaligus berlaku kenaikan tingkat harga umum dan permintaan

terhadap barangan yang melebihi jumlah maksimum daripada pengeluaran yang biasa

dihasilkan oleh buruh, maka wujud jurang inflasi (Inflationary Gap) dan menyebabkan

berlakunya inflasi.

3 | P a g e

Page 4: INFLASI

Terlebih bekalan wang

Inflasi juga akan berlaku apabila daripada lebihan bekalan wang di pasaran. Hal ini

mengakibatkan kenaikan harga barang.Bekalan wangberlebihan ini berlaku melalui dua cara

iaitu berlebihan dalam melaksanakan perbelanjaan kerajaan. Keadaan inflasi yang amat

kritikal berlaku disebabkan oleh pertambahan dalam bekalan wang.Hal ini demikian kerana,

wang diperlukan unuk membiayai perbelanjaan kerajaan yang melebihi kutipan

cukai.Kerajaan perlu memungut cukai selaras dengan keperluan perbelanjaannya jika hendak

mengatasi masalah inflasi.Kutipan yang dilakukan kepada rakyat berkemungkinan ada atau

tidak bergantung kepada kestabilan ekonomi.Oleh itu, kerajaan terpaksa melakukan pinjaman

wang daripada bank untuk membiayai perbelanjaannya.Peminjaman ini bererti, kerajaan

menambah wang baru dalam bentuk kredit.Manakala perbelanjaan daripada pinjaman wang

ini merupakan pertambahan perbelanjaan dalam ekonomi.Oleh itu, output barang dan

perkhidmatan perlu ditingkatkan supaya harga barang menjadi stabil di pasaran. Namun, jika

pengeluaran tidak ditambah, iniakan menaikkan harga barang.Kesannya, kerajaan terpaksa

membuat pinjaman semula bagi membiayai perbelanjaan kerajaan. Hal ini sekaligus,

menimbulkan desakan inflasi dan harga barangan serta perkhidmatan akan terus meningkat.

Selain itu, infasi juga mungkin terjadi jika kerajaan membelanjakan wang untuk

pembangunan Negara.Wang pembangunan ini biasanya diperoleh daripada bank-bank dalam

atau luar negeri secara hutang. Keadaan ini sekaligus menambahkan jumlah wang dalam

pegangan kerajaan, namun pengeluaran atau output barang tidak lagi dihasilkan dalam

ekonomi supaya inflasi dapat diatasi, terutamanya dalam peringkat-peringkat awal

pembangunan sesebuah negara. Akibatnya, banyak Negara sedang membangun mengalami

inflasi. Ditambah lagi dengan perbelanjaan yang terlalu besar untuk kelengkapan tentera, dan

kurang untuk mendirikan projek yang menguntungkan dari segi ekonomi, akan

mengakibatkan kenaikan inflasi secara terus –menerus.

Kedua adalah disebabkan oleh lebihan dalampembinaan kredit dalam Institusi Perbankan.Jika

kredit bank bertambah, maka akan bertambah kuasa beli, dan ini akan menaikkan harga

barang-barang. Maka, bank akan menambahkan kreditnya jika terdapat permintaan untuk

meminjam daripada orang ramai. Menurut Husain bin Mahmud (1967), inflasi jenis ini

4 | P a g e

Page 5: INFLASI

tidaklah seberat inflasi yang dilakukan oleh kerajaan iaitu melakukan pinjaman wang dengan

institusi perbankan.

Masa melambung

Dalam masa melambung menjadi terlebih penanaman modal (over investment).Para

pengusaha berlumba-lumba memulakan perusahaan-perusahaan baru.Oleh itu, permintaan

terhadap bahan-bahan mentah juga bertambah.Harga barang-barang yang dibuat dar bahan-

bahan mentah tersebut ikut naik.Akhirnya penanaman modal yang lebih ini mengakibatkan

terlebih pengeluaran barang-barang dan berikutnya ini menyebabkan pula turunnya harga

barang-barang tersebut.

Kos bertambah, daya pengeluaran berkurang

Produktiviti para pekerja mungki berkurang, tetapi gaji mereka masih serupa dahulu ataupun

pekerja-pekerja tidak mahu bekerja kalau gaji mereka tidak dinaikkan.Oleh itu, gaji pekerja

terpaksa dinaikkan. Untuk mendapatkan keuntungan yang sama seperti sebelumnya,

pengusaha juga terpaksa menaikkan harga barang-barang keluarannya, dan inflasi pun

muncul. Inflasi ini adalah akibat kenaikan gaji yang menaikkan pula harga barang., kerana

kos pengeluaran bertambah. Inflasi ini dinamakan inflasi tolakan kos ( cost push inflation)

(Raja Mohd. Affandi, 1975).

Selain itu, ada 3 sektor yang boleh menjadi sebab timbulnya inflasi. Antaranya ialah,sektor

import-eksport. Jika eksport sesebuah negara lebih besar daripada importnya maka akan ada

tekanan inflasi yang diakibatkan oleh semakin besarnya jumlah wang yang beredar dalam

Negara kerana penerimaan hasil dari luar Negara.Manakala yang kedua ialah, sektor

simpanan- pelaburan. Kalau pelaburan sesebuah negara lebih besar daripada simpanan,

sehingga untuk membiayai pelaburan yang lebih besar daripada simpanan tersebut perlu

dikeluarkan wang baru,maka akan timbul tekanan inflasi.Seterusnya yan ketiga, sektor

penerimaan dan pengeluaran Negara. Jika perbelanjaan sesebuah Negara mengalami deficit

iaitu perbelanjaan kerajaan lebih besar daripada penerimaannya, maka untuk menutupi

pengeluaran yang lebih besar itu perlu dikeluarkan wang baru, dan perkara ini akan

5 | P a g e

Page 6: INFLASI

mengakibatkan adanya tekanan inflasi. Inflasi sesungguhnya tidak akan terjadi jika ketiga-tga

sektor tersebut saling imbang-mengimbangi (Drs. M. Manullang, 1969).

6 | P a g e

Page 7: INFLASI

ANALISIS KADAR INFLASI DI MALAYSIA BAGI TAHUN 2000 - 2011

Kadar inflasi Malaysia berada pada kadar tertinggi sejak April 2008 akibat tindakan kerajaan

menaikkan harga minyak pada bulan Februari tahun itu. Dari hanya 1.4 peratus pada 2004,

kadar inflasi negara ini melonjak tiga peratus tahun lalu, yang tertinggi sejak 1988 dan Mac

lalu ia memuncak sehingga 4.8 peratus.

Kadar inflasi Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus, iaitu yang tertinggi

dalam tempoh 19 bulan. Ini sekali gus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus

untuk 2010. Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi

dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang

menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima

sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti

sekolah telah mendorong kenaikan inflasi.

Purata pergerakan kadar inflasi Malaysia adalah sebanyak 3 peratus hingga 4 peratus setahun

kecuali pada tahun 2008, di mana peningkatan kepada 5 peratus. Menurut pandangan

sesetengah penganalisis ekonomi, masalah inflasi sentiasa melanda Malaysia disebabkan

krisis kewangan yang berlaku dalam sistem monetari dunia.

7 | P a g e

Page 8: INFLASI

(Sumber Data/Gambar: http://www.rizalarif.com/blog/memahami-konsep-masa-terhadap-

nilai-wang-inflasi/)

Seperti yang dipaparkan dalam Jadual 1, kadar inflasi Malaysia meningkat dalam tempoh 12

tahun yang lalu dengan mencatatkan kadar tertinggi sebanyak 5.4 peratus setahun pada tahun

2008 ketika harga bahan api meningkat secara mendadak. Selepas mencatat pada paras

serendah 0.6 peratus pada tahun 2009, kadar inflasi Malaysia kembali normal pada paras 3.2

peratus pada tahun 2011.

8 | P a g e

Page 9: INFLASI

ANALISIS PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA

Malaysia telah mencatat pertumbuhan kukuh yang berterusan sejak tiga dekad yang lalu,

dengan peningkatan pada kadar tahunan purata 5.8%. Prestasi pertumbuhan yang berterusan

ini diiringi oleh peralihan struktur yang ketara dalam ekonomi, mencerminkan transformasi

ekonomi Malaysia dalam keadaan persekitaran global dan dalam negeri yang berubah-ubah.

Salah satu cara untuk mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara ialah dengan

mengukur Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK. Apa yang boleh dilihat secara terus

melalui KDNK ini adalah  nilai keseluruhan pasaran, barangan dan perkhidmatan yang

dikeluarkan oleh negara untuk satu-satu tempoh tertentu yang telah ditetapkan.

 KDNK ditafsirkan mengikut nilai-nilai wang yang terhasil dalam pergerakkan ekonomi

sesebuah negara. Biasanya KDNK akan dikelaskan mengikut beberapa pecahan tertentu 

yang harus mempunyai penilaian yang sama terhadap tiga aspek utama, Pendekatan Produk

(atau keluaran), Pendekatan Pendapatan (income approach) dan Pendekatan Perbelanjaan

(expenditure approach). Di mana penggunaan adalah merangkumi perbelanjaan isi rumah

tangga; pelaburan kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan eksport

dan import melibatkan sektor luar negeri serta , sewa yang merupakan pendapatan pemilik

untuk faktor pengeluaran tetap seperti tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga untuk pemilik

modal; dan keuntungan untuk pengusaha. 

9 | P a g e

Page 10: INFLASI

Analisa KDNK bermula tahun 2000 sehingga 2010.

Bermula tahun 2000 , sektor Perkhidmatan merupakan  sektor yang paling banyak

menyumbang dalam KDNK, ia menyumbang sebanyak 53.9% (RM113,408 juta) kepada

KDNK pada tahun 2000, dan  terus mengukuh 58.1% (RM152,205 juta) pada tahun 2005 dan

sumbangannya diunjurkan meningkat kepada 59.2% (RM208,086 juta) pada tahun 2010.

Dalam pergerakkan ekonomi sekitar tahun  2000 hingga ke tahun 2005 kita dapat

menyaksikan perbezaan peratusan KDNK yang sangat baik dengan perbezaan lebih kurang

5% untuk tempoh 5 tahun dengan  nisbah peningkatan setiap 1% setahun memberikan satu

impak positif terhadap sektor perkhidmatan di dalam negara.  Namun pada sekitar 2008 dan

2009 sektor perkhidmatan telah mencatatkan sedikit kemerosotan pada suku pertama

terutama pada bidang berkaitan perkilangan dan perdagangan namun menjadi bertambah baik

pada suku kedua disumbangkan oleh sektor perkhidmatan yang melibatkan aktiviti ekonomi

dalam negeri, sektor kewangan serta pasaran modal.

Sektor pembuatan, yang merupakan jentera pertumbuhan kedua, menyumbang sebanyak

31.9% (RM67,250 juta) pada tahun 2000, dan menyusut kepada 31.4% (RM82,394 juta) pada

tahun 2005 dan diunjurkan kembali mengukuh 32.4% (RM113,717 juta) pada tahun 2010 .

Disini terdapat beberapa faktor ketidakstabilan pasaran dalam sektor pembuatan yang

menyaksikan penurunan 0.5% . Ianya mula pulih semula apabila permintaan dan penawaran

dalam pasaran meningkat semula pada tahun 2008 sehingga 2009, dimana sektor pembuatan

pulih dan mencatatkan keputusan positif pada suku keempat berikutan pemulihan dalam

permintaan luar. Sektor pembinaan pula kekal positif disebabkan oleh projek berkaitan

pembinaan dibawah Rancangan Malaysia Ke – 9 (RMK9)

Sektor pertanian, jentera ketiga KDNK, hanya menyumbang 8.9% (RM18,662 juta) pada

tahun 2000, menyusut 8.2% (RM21,585 juta) pada tahun 2005 dan disasarkan menguncup

7.8% (RM27,518 juta) pada tahun 2010. Namun pada sekitar 2008 dan 2009 , sektor

pertanian telah disokong oleh pengeluaran minyak sawit serta pengeluaran bahan perikanan

dan penternakan yang lebih tinggi. Namun pada separuh tahun kedua, semua sektor ekonomi

terjejas akibat kemerosotan global dan pembetulan harga terhadap pasaran komoditi. Walau

bagaimanapun, dari segi nilai tambah, ketiga-tiga sektor mencatatkan peningkatan bagi

tempoh 2000 – 2010. Adalah jelas peratus sumbangan sektor perkhidmatan dan pembuatan

10 | P a g e

Page 11: INFLASI

meningkat pada tahun 2010 sedangkan peratus sumbangan sektor pertanian kepada KDNK

bukan sahaja menyusut pada tahun yang sama malah nilainya jauh lebih kecil.

Berikut disertakan beberapa gambarajah mengenai KDNK di dalam semua sektor yang

terlibat mengikut laporan yang telah di keluarkan oleh Bank Negara :

                                             GRAF BERMULA TAHUN 2006 - 2010

GRAF BERMULA 2002 - 2004

Awal tahun 2002 sehingga 2004 menyaksikan turun naik ekonomi negara akibat

ketidaktentuan pasaran semasa. Awal tahun 2003 menyaksikan pertumbuhan ekonomi telah

melebihi unjuran awal yang dijangka. Namun pada ketika itu, berlaku sedikit naik turun

dalam pasaran akibat dunia dikejutkan dengan kehadiran wabak SARS. Namun ia tidak

sedikit pun menjejaskan kedudukan Graf KDNK Benar pada awal 2003. Ekonomi mula pesat

11 | P a g e

Page 12: INFLASI

pada separuh tahun kedua dengan memberi impak yang agak baik pada KDNK kerana wabak

SARS sudah mula berkurangan pada pertengahan 2003. Kebimbangan terhadap SARS juga

berjaya dibendung pada peringkat global. Pakej Rangsangan yang dirancang dilihat tepat

dengan didorong oleh harga komoditi yang lebih tinggi, khususnya pada pengeluaran minyak

sawit dan getah.

Sektor perlombongan mengembang sewaktu keadaan dalam dan luar negeri terus kukuh. Ini

adalah kerana ketika itu berlaku peningkatan kapasiti terhadap pengeluara serta permintaan

terhadap minyak dan gas. Sektor pembinaan pula dilihat mengembang dengan sederhana

sahaja kerana pertumbuhan subsektor kejuruteraan awam yang perlahan berikutan siapnya

beberapa projek yang telah di swastakan.

Sepanjang 2003 sehingga 2004 pertumbuhan KDNK banyak dipengaruhi sumbangan oleh

swasta yang telah menyumbang sebanyak 5.2%. Sektor isi rumah dan korporat pula mendapat

faedah daripada peningkatan pendapatan boleh guna dan permintaan luar negeri yang

semakin mengukuh.

Rajah KDNK 2002 sehingga 2004

12 | P a g e

Page 13: INFLASI

Sekitar 2006 ekonomi Malaysia dilihat terus meningkat dan lebih berdaya tahan kerana

kedudukan KDNK benar telah meningkat 5.9% lebih tinggi dari pertumbuhan 5.2% tahun

lalu (2005) . Swasta sekali lagi menjadi penyumbang terbesar dalam perkembangan ekonomi

semasa dengan meningkatnya permintaan terhadap eksport untuk bahan elektronik dan

komoditi. Tahun 2006 telah menyaksikan permintaan dalam negeri agregat terus bertambah

kukuh sebanyak 7.4%. Pelaburan swasta juga terus bertambah kukuh akibat didorong oleh

perbelanjaan modal yang ketara dalam semua subsektor utama.   

Tahun 2007 pula menyaksikan persekitaran ekonomi negara terus mengukuh dalam setiap

bidang kecuali persekitaran ekonomi yang dilaporkan agak lemah dan perlahan. Namun

dalam masa yang sama KDNK benar meningkat dengan lebih banyak iaitu sebanyak 6.3%

dan terus di perteguh dengan peningkatan perbelanjaan sektor awam. Sektor awam telah

menerima pelarasan gaji yang menaik dari semua peringkat sekaligus memperkukuh

penggunaan pada separuh tahun kedua. Permintaan dalam negeri agregat juga terus

meningkat dengan kukuh sebanyak 10.5% pada 2007 dan sekali lagi sektor swasta masih

memainkan peranan utama.

KDNK pada 2008 pula dilihat agak merosot disebabkan kemerosotan pasaran kewangan

dunia dan krisis ekonomi antarabangsa telah menyebabkan KDNK menguncup kepada 4.6 %

sahaja. Walaupun permintaan luar negeri kukuh pada separuh tahun pertama, keadaan

ekonomi global yang merosot dengan mendadak dan pembetulan dalam harga komoditi telah 

13 | P a g e

Page 14: INFLASI

mendorong kepada kemerosotan yang ketara dalam permintaan luar negeri pada separuh

kedua tahun 2008,  permintaan dalam negeri agregat  berkembang 6.9%, disokong oleh

penggunaan swasta dan perbelanjaan awam yang kukuh. Harga komoditi yang tinggi, guna

tenaga yang stabil dan persekitaran pembiayaan yang kondusif telah mengekalkan

pertumbuhan yang kukuh dalam penggunaan swasta pada separuh tahun pertama.

Pertumbuhan turut disokong oleh pembayaran bonus untuk kakitangan awam dan rebat tunai

bagi subsidi bahan api pada separuh tahun kedua.

Untuk tahun 2009 dan 2010 menyaksikan naik turun graf yang agak tidak stabil dipengaruhi

ketidak tentuan harga komoditi dan kejatuhan ekonomi Amerika. Kemerosotan yang berlaku

telah menyebabkan penguncupan yang ketara pada ekonomi Malaysia dan ianya telah

merosot sebanyak 1.7% pada separuh tahun pertama. Kerajaan lantas memulakan

perlaksanaan langkah rangsangan fiskal yang pantas dan pelonggaran dasar monetari .

Hasilnya momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia telah meningkat pada suku keempat

dengan peningkatan 4.5% akibat dari peningkatan semula hasil sokongan permintaan dalam

dan luar negeri.  

Bagi tahun 2010 , kerajaan terus mengorak langkah dengan pemulihan semula sejajar dengan

beberapa pemulihan ekonomi global. Pertumbuhan ekonomi dilihat berlaku dengan pantas

namun menghadapi saat sukar kerana cabaran berlaku terhadap aliran turun naik modal dan

tekanan inflasi yang semakin meningkat. Peningkatan sebanyak 7.2% , dipacu oleh sektor

swasta serta sektor awam yang juga turut menyumbang kerana perlaksanaan program

penambahbaikan infrastuktur negara dan sistem penyampaian sektor awam yang berterusan.

Sebaris dengan peningkatan itu juga, negara menyaksikan permintaan luar negeri meningkat

semula dengan lebih kukuh yang mana ia turut disokong oleh permintaan luar negeri yang

kukuh walaupun masih bersifat sederhana.

14 | P a g e

Page 15: INFLASI

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Malaysia telah mengalami kadar pertumbuhan ekonomi yang

berterusan dalam lingkungan 5 - 6% dan hasilnya, pendapatan isi rumah terus meningkat

pada kadar purata 5% setiap tahun dalam keadaan pasaran kerja yang baik, dengan kadar

pengangguran yang rendah. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita dan telah

bertambah dari RM15,169 pada tahun 2000 kepada RM27,113 pada tahun 2010. Peningkatan

paras pendapatan ini telah meningkatkan taraf hidup serta menaiktaraf kapasiti para pengguna

terhadap permintaan untuk barangan dan perkhidmatan yang lebih tinggi. Peningkatan taraf

kehidupan pengguna juga telah mendorong ke arah penggunaan swasta (private

consumption), yang pada waktu ini menjadi salah satu faktor utama kepada pertumbuhan

ekonomi negara kita.

Sebagai contoh, pada tahun 2003, pertumbuhan KDNK diterajui oleh sektor swasta.

Perbelanjaan swasta menyumbang 2.5 mata peratusan daripada kadar pertumbuhan sebanyak

5.2%.   Sektor isi rumah dan korporat mendapat faedah daripada peningkatan pendapatan

boleh guna, terma perdagangan yang bertambah  baik dan permintaan luar negeri yang

semakin kukuh. Hasil daripada pendapatan boleh guna yang lebih tinggi, terutamanya isi

rumah, penggunaan sektor swasta meningkat 5.1%. Di samping itu, kadar faedah yang rendah

berserta kadar tabungan yang tinggi mendorong sektor isi rumah meningkatkan pinjaman 

mereka bagi perbelanjaan penggunaan. Langkah-langkah yang dilaksanakan di bawah Pakej

Ekonomi pada bulan Mei meningkatkan keyakinan pengguna, seterusnya menyokong

perbelanjaan penggunaan.

15 | P a g e

Page 16: INFLASI

KESIMPULAN

Rumusan serta kesimpulan yang dapat dibuat melalui analisa ini ialah tentang pertumbuhan

KDNK semasa yang kekal stabil walaupun negara berdepan dengan pelbagai krisis dan

ekonomi dari dalam dan luar negara. Sumbangan swasta yang berterusan serta pengurusan

ekonomi yang baik serta pengawalan oleh Bank Negara menerusi kerajaan sedikit sebanyak

menyumbang kepada faktor kestabilan ekonomi semasa. Cabaran global yang kelak perlu di

hadapi kerajaan ialah apabila kita berdepan dengan krisis bakal kehabisan sumber utama

seperti minyak. Ekonomi dilihat harus terus dijana oleh sektor lain selain dari sumber

minyak. Kenaikkan harga komoditi seperti getah sekitar tahun 2009 – 2010 sedikit sebanyak

dapat memberi impak yang lebih positif kepada pertumbuhan ekonomi semasa. Dengan

pengumaman kerajaan terhadap KDNK semasa bagi tahun 2011 , sebanyak 5.2%, ia

sekaligus membuktikan kestabilan graf politik negara terus kekal baik meskipun berhadapan

dengan cabaran global Krisis Ekonomi Amerika dan Krisis Hutang di Eropah. 

Rumusan serta kesimpulan yang dapat dibuat melalui analisa ini ialah tentang pertumbuhan

KDNK semasa yang kekal stabil walaupun negara berdepan dengan pelbagai krisis dan

ekonomi dari dalam dan luar negara. Sumbangan swasta yang berterusan serta pengurusan

ekonomi yang baik serta pengawalan oleh Bank Negara menerusi kerajaan sedikit sebanyak

menyumbang kepada faktor kestabilan ekonomi semasa. Cabaran global yang kelak perlu di

hadapi kerajaan ialah apabila kita berdepan dengan krisis bakal kehabisan sumber utama

seperti minyak. Ekonomi dilihat harus terus dijana oleh sektor lain selain dari sumber

minyak. Kenaikkan harga komoditi seperti getah sekitar tahun 2009 – 2010 sedikit sebanyak

dapat memberi impak yang lebih positif kepada pertumbuhan ekonomi semasa.

16 | P a g e

Page 17: INFLASI

BIBLIOGRAFI

Abdul Ghafar Ismail. 1987. Pertumbuhan Perbelanjaan Awam di Malaysia 1960-1986. Kertas

Kerja Persidangan Pembiayaan Awam. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 3-4

Mac.

Abdul Ghafar Ismail & Md Zyadi Md Tahir. 1998. Makroekonomi Malaysia perspektif dasar.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mansor Jusoh. (1990). Siri Teks Ekonomi Dewan (Inflasi).Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur , 1-140.

Saat Hukami. (2011). Pelaburan Emas ( Kaedah, Pendekatan dan Strategik). PTS Profesional

Publishing Sdn. Bhd, 57-63.

Yasin Salimibeni, Mohd Azlan Shah Zaidi, Zulkefly Abdul Karim &Mansor Jusoh, 2012. Vii,

Inflation and Relative Price Variability: Further Evidence from Malaysia. Prosiding

Perkem Jilid 1, 65 – 71.

17 | P a g e