Info kaunseling

17
Info Kaunseling Hai... Saya Cikgu T.Thyaga bersedia membantu anda sekiranya terdapat sebarang isu yang ingin dikongsi bersama. Anda boleh bertemu saya di bilik kaunseling atau menerusi email [email protected] pada bila-bila masa sahaja. KAUNSELOR ANDA, RAKAN ANDA

Transcript of Info kaunseling

Page 1: Info kaunseling

Info Kaunseling

Hai... Saya Cikgu T.Thyaga

bersedia membantu anda 

sekiranya terdapat sebarang isu 

yang ingin dikongsi bersama. 

Anda boleh bertemu saya 

di bilik kaunseling atau 

menerusi email [email protected]

pada bila-bila masa sahaja.

KAUNSELOR ANDA, RAKAN ANDA

Page 2: Info kaunseling

SILA BUAT TEMUJANJI ANDA...     

                         

WAKTU 1 2 3 4 5   6 7 8 9 10 11

MASA/HARI 7:15 7:45 8:15 8:45 9:15 9:45 10:15 10:45 11:15 11:45 12:15 12:45

ISNIN PER PEN KKD   R BA/ BIMB. 6M   KI  

WAKTU 1 2 3 4 5   6 7 8 9 10  

MASA/HARI 7:30 8:00 8:30 9:00 9:30 10:00 10:30 11:00 11:30 12:00 12:30  

SELASA   KK     E   BA/ BIMB. 6J PEN MBK  

RABU   

BA/ BIMB. 5K   H KI   BA/ BIMB. 4M  

KHAMIS  KB

BA/ BIMB. 4J A   KK PEN    

WAKTU 1 2 3 4 5 6   7 8 9    

MASA/HARI 7:20 7:50 8:20 8:50 9:20 9:50 10:20 10:45 11:10 11:35 12:00  

JUMAAT   

BA/ BIMB. 5M   T KI   PEN    

                         

ANALISIS MATA PELAJARAN                  

Page 3: Info kaunseling

                         

BIL.MATA PELAJARAN

JUMLAH MASA                

1 BA/ BIMBINGAN 360                

2 PENGURUSAN 150                

3KERTAS KERJA (KKD) 60        

4 K. INDIVIDU (KI) 180            

5K. KELOMPOK (KK) 120                

6 K. BERFOKUS 60                

7MESY/ BENGKEL/ KURSUS 30                

               

    JUMLAH 960  

Page 4: Info kaunseling

ORANG YANG DILAHIRKAN DI DALAM KANDANG KUDA,

TIDAK SEMESTINYA AKAN MENJADI KUDA.

  - Pepatah Inggeris.

JIKALAU SATU-SATUNYA YANG ADA HANYALAH TUKUL,

MAKA SEMUA MASALAH AKAN DILIHAT SEPERTI PAKU.

  - Maslow.

KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA,

BUKAN KEJAYAAN.

  - Mahatma Gandhi.

Page 5: Info kaunseling

Bimbingan dan Kaunseling

Apa itu kaunseling?

          Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip

psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan

dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara

sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

PERLU DIINGAT!!!

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah

kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien,

kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien .

Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya

yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri

adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

 

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua

hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta

interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba

memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan

reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan

persoalan yang dihadapinya.

 

Page 6: Info kaunseling

kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang

menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada

permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri

melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang

berbentuk emosional atau antara individu.

 

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi

aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu

klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan

penyelesian kepada masalah klien.

 

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga

definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan

James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses

untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan

bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey

(1977)sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang

klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn

masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling

sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses

membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi

yang ada pada diri individu.

 

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang

bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Page 7: Info kaunseling

Terdapat banyak definisi yang diutarakan – bergantung kepada pendekatan dan teori

yang dipegang oleh seseorang. 

“Kaunseling adalah satu proses membantu individu untuk mengenali diri dan

persekitarannya, dan cara untuk menggerakkan peranan dan hubungan

mereka.” Hansen, Rossberg & Cramer (1994)

“Kaunseling adalah hubungan professional antara kaunselor terlatih dengan

klien. Hubungan ini biasanya berbentuk bersemuka dan kadangkala boleh melibatkan

lebih daripada dua orang.”  Burks & Stefflre (1979, dalam George & Cristiani, 1995)

Namun demikian secara keseluruhan kaunseling melibatkan ciri-ciri berikut;-

1. Kaunseling adalah hubungan profesional

2. Dikendalikan oleh individu yang terlatih (kaunselor).

3. Kaunseling mempunyai matlamat tersendiri.

4. Kaunseling adalah satu proses.

5. Dijalankan dalam bentuk individu atau kelompok.

Definisi Bimbingan

 

Page 8: Info kaunseling

• Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses

menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi

maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang

menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

 

Prinsip-prinsip bimbingan

• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.

• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh

dikawal.

• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.

• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.

• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan

tidah sihat.

• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru,

murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.

Pendekatan Bimbingan

Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis

Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)

• Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang

bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.

• Guru ini tidak digelar kaunselor

 

MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

Page 9: Info kaunseling

• Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan

seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan

kepakaran juga boleh diberikan.

• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh

disokong   melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.

• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta

bimbingan dan kaunseling kelompok.

• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .

• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.

• Perkhidmatan bersifat pelbagai modality

 Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang

bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya . 

PERSONALITI KAUNSELOR

Perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti

kaunselor, iaitu mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. 

MESRA

Sifat mesra kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-

tanda berikut iaitu,tidak kekok bercaap, relax, selesa dan 'rasa'diterima oleh

kaunselor. 

JUJUR

Page 10: Info kaunseling

Kaunselor yang jujur adalah kaunselor yang tidak berpura-pura dalam

perhubungannya dengan klien. Dia bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif

dan konsisten. Dia mampu berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi dan

tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas. 

MENERIMA TANPA SYARAT

Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu menerima diri klien yang

sebenarnya. Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan

unik walaupun klien datang dengan cerita yang mengelakkan diri daripada

pandangan yang negatif atau serong terhadap kliennya. 

BEREMPATI

Ini merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia

klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami

oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.

 CIRI-CIRI KAUNSELOR

a. Mesra

b. Senang didampingi

Page 11: Info kaunseling

c. Bersikap terbuka (tidak berpura-pura).

d. Ikhlas untuk menolong

e. Sedar tentang nilai dan kepercayaan dirinya

f. Bersedia mengambil risiko

g. Berupaya menjalinkan hubungan baik

h. Bertanggung jawab atas tindakan yang diambil

i. Mudah berjenaka

j. Pandai berkomunikasi

k. Berpengetahuan

l. Mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi.

m. Boleh dipercayai.

n. Ada kekuatan mental

o. Bertenaga dan tinggi motivasi.

 

George & Cristiani (1995) dan

Okun (1992)

Page 12: Info kaunseling

 

a. Kesedaran tentang diri dan nilai-nilai

b. Kesedaran tentang perasaan

c. Penolong sebagai model

d. Minat kepada manusia dan perubahan sosial

e. Etika yang tinggi.

f. Empati.

g. Kemesraan dan sikap ambil berat

h. Keikhlasan

i. Hormat dan penghargaan positif

j. Kejituan dan tumpuan

 

Brammer (1973)

MATLAMAT KAUNSELING

Page 13: Info kaunseling

George & Cristiani (1995) telah menggariskan 5 matlamat dalam kaunseling.

 

Mempermudahkan atau menggerakkan perubahan tingkahlaku.

-          daripada tingkahlaku merugikan kepada tingkahlaku positif.

- Cth. Cepat marah, ketawa dan bercakap kuat, banyak berdalih, merokok, cepat

marah atau merajuk, bercakap kasar dsb.

Mempertingkatkan kemahiran untuk menghadapi perubahan.

- Pertumbuhan fizikal, psikomotor, emosi dan psikologi.

- Perubahan persekitaran – rumah, tempat kerja, komuniti dsb.

- Perlukan penyesuaian

Mempertingkatkan kemampuan untuk membuat keputusan.

- Dilema untuk membuat keputusan.

- Keperluan untuk membuat pilihan yang tepat.

Memperbaiki hubungan dengan individu lain.

- Intraksi dan komunikasi sebagai keperluan asas manusia.

Page 14: Info kaunseling

- Jika hubungan terancam – mengancam perasaan, fikiran dan perlakuan.

Memperkembangkan potensi diri.

- Mengubah tingkahlaku.

- Menghadapi perubahan.

- Proses membuat keputusan.

- Mewujudkan hubungan harmonis.

- Klien dipandu untuk memperkembangkan potensi diri.