Info Terkini Konvo Bil 82/2016

10
Bil. 82/2016 24 MUHARAM 1438H 25 OKTOBER 2016 Sesi VI Konvokesyen Ke-57

Transcript of Info Terkini Konvo Bil 82/2016

Page 1: Info Terkini Konvo Bil 82/2016

Bil. 82/201624 MUHARAM 1438H25 OKTOBER 2016Sesi VI Konvokesyen Ke-57

Page 2: Info Terkini Konvo Bil 82/2016

Johor Bahru, 24 Oktober – YBhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Mohd. Nor melalui ucapan konvokesyen baru-baru ini telah menyarankan kepada semua graduan UTM agar sentiasa mencari yang terbaik dalam menyertai dunia pekerjaan termasuk bekerja sendiri. Hasil pilihan yang terbaik akan membuatkan graduan merasai kepuasan dalam bekerja. Menurut Tan Sri Pro-Canselor, “saya percaya selepas ini para graduan akan bekerja dan memulakan kehidupan baru. Ada yang bekerja dan ada yang memilih untuk menyambung pengajian. Walau apapun pilihan anda, saya ingin menyeru kepada para graduan agar terus berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam mengejar matlamat hidup masing-masing. Sentiasalah mencari yang terbaik. Sentiasa memberi yang lebih baik.”

Beliau juga menasihatkan para graduan supaya memberikan yang terbaik dalam pekerjaan masing-masing. Dengan berbekalkan ilmu dan kemahiran insaniah serta membawa bersama jenama UTM yang tersohor, beliau percaya semua graduan mempunyai kelebihan yang unik dan tersendiri. Graduan generasi harapan bangsa yang menjadi tunjang negara pada masa kini dan akan datang. Justeru itu tambah beliau, “hindarilah daripada sebarang pengaruh dan anasir yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan Negara”. Tunjukkan kecemerlangan masing- masing kepada masyarakat dan Negara hatta di peringkat antarabangsa.

Beliau turut juga menasihatkan para graduan agar sentiasa menginsafi tentang keberkatan daripada ilmu. “Sesungguhnya keberkatan ilmu itu adalah dengan redhanya ibu bapa dan guru-guru yang mengajar saudara dan saudari semua.” Hormat itulah tanda berkatnya ilmu yang diberikan kepada graduan. Janganlah menjadi seperti “Kacang Lupakan Kulit”.

Page 3: Info Terkini Konvo Bil 82/2016
Page 4: Info Terkini Konvo Bil 82/2016

Johor Bahru, 24 Oktober - Sebagai sebuah Universiti Awam yang telah lama bertapak, UTM telah mengeluarkan lebih daripada 165,000 orang graduan pelbagai peringkat. Walaupun mungkin ada yang telah menemui pencipta-Nya, namun mereka yang masih ada sudah tentu mempunyai kerjaya dan berpendapatan tinggi. Mereka ini rata- rata merupakan golongan profesional dan teknokrat yang berjaya dalam bidang masing-masing. Di kebanyakan universiti di Amerika Syarikat, pihak Alumni merupakan penyumbang terbesar kepada universiti masing-masing.

Berkaitan dengan ini, YBhg. Naib Canselor menyeru kepada Alumni UTM agar dapat membantu dengan menyumbang kepada UTM khususnya dana Alumni untuk membantu golongan mahasiswa yang kurang berkemampuan. Seperti kata Naib Canselor UTM, Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, “justeru, saya dan seluruh warga Universiti amat berbangga, berbesar hati, dan mengalu-alukan para graduan sekalian untuk mencurahkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran bagi meneruskan kegemilangan UTM sama ada di peringkat nasional mahupun global. Kami juga mengalu-alukan sumbangan saudara saudari dalam pelbagai bentuk termasuklah Tabung Endowmen UTM untuk dimanfaatkan kepada penerima biasiswa Endowmen UTM. Sebagai makluman, sehingga kini UTM telah menerima sumbangan lebih RM2.6 juta daripada para alumni UTM.”

Tambah beliau, “saudara dan saudari akan bertebaran ke serata negara berpergian ke seluruh pelusuk dunia, menabur bakti menyemai budi, namun andainya pada satu ketika, di mana sahaja anda berada, pada bila-bila masa dan UTM terkenang di hati, tergambar di sanubari, maka ingatlah this is your home, Pulanglah, Kembalilah. UTM sentiasa menanti kehadiran dan bakti anda.”

Page 5: Info Terkini Konvo Bil 82/2016
Page 6: Info Terkini Konvo Bil 82/2016

Johor Bahru, 23 Oktober – Seramai 156 orang pelajar Program Pengajian Diploma, UTM diraikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Dekan dan Medal Graduan Diploma, sempena Konvokesyen ke-57 UTM. Majlis diadakan bagi meraikan graduan yang memperoleh PNGK 3.50 dan ke atas daripada 15 Program pengajian diploma pelbagai bidang yang ditawarkan UTM. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTM SPACE Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim dan Dekan SPACE , Prof. Dr. Mohd. Fua’ad Rahmat. Turut hadir sama bagi memeriahkan majlis adalah ahli pengurusan UTM SPACE.

Sementara itu, bakal penerima Anugerah Naib Canselor Mohd. Syakir Hamdzah, 21 tahun yang berasal dari Jitra, Kedah berasa sangat gembira dengan pencapaiannya pada hari ini. Walaupun aktif dalam aktiviti persilatan, beliau dapat mengimbangi masa dengan baik. Setiap kali ada

masa senggang, beliau akan menelaah pelajaran tidak kira di mana jua. Beliau melahirkan rasa sangat bersyukur kerana dapat menghabiskan pengajiannya yang diimpikan sejak kecil lagi. Graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik ini bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera satu hari nanti. Kini, beliau sedang melanjutkan pengajian ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama di UTM.

Graduan Diploma Harta Tanah, Surain Sulaiman pula dianugerahkan Anugerah Alumni dalam majlis yang sama. Pencapaiannya pada hari ini adalah hasil usaha, doa dan restu ibu bapanya. Dalam tempoh enam semester pengajian, beliau berjaya mendapat Anugerah Dekan selama lima kali berturut-turut. “Sentiasa mengamalkan solat sunat dhuha merupakan salah satu rahsia kejayaan saya”, ujar graduan yang berasal dari Sepang, Selangor. Kini, beliau telahpun mempunyai pekerjaan dan sedang menyambung pengajian ijazah Sarjana Muda secara separuh masa di UTM SPACE.

Page 7: Info Terkini Konvo Bil 82/2016

Johor Bahru, 24 Oktober - Disahkan menghidap Seronegative Rheumatiod Arthritis (penyakit berkaitan sendi) di usia 19 tahun, tidak mematahkan semangat Farhah Kamarudin, 25 tahun untuk menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sarjana Muda Sains (Kimia). Kesihatan yang tidak menentu merupakan cabaran besar bagi graduan ini sepanjang mengikuti pengajian kerana menghadapi pelbagai kesukaran untuk hadir ke bilik kuliah. Berkat kesabaran dan kawan-kawan yang banyak membantu, beliau akhirnya berjaya menamatkan pengajian dan dapat menggenggam segulung ijazah. Tegas beliau, “jadikan apa yang diminati sebagai pembakar semangat”, memberi kekuatan dalam dirinya selama pengajiannya di UTM. Graduan yang berasal dari Johor Bahru ini merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Farhah di akhir temu bual berharap agar kesihatannya dapat pulih dan beliau ingin meneruskan hidup seperti biasa.

Page 8: Info Terkini Konvo Bil 82/2016

Johor Bahru, 24 Oktober – Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia kali ke-57 mencatatkan sejarah buat Ahmad Haryth bin Ahmad Hilmy, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Grafik & Perisian Multimedia) apabila berjaya mengikut jejak langkah ayah, ibu, serta abangnya yang merupakan graduan UTM sebelum ini. Anak ke-2 daripada tiga beradik ini mencatatkan keputusan cemerlang sekaligus melayakkan beliau sebagai penerima Anugerah Dekan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.97.

Ketika ditemu bual, Ahmad Haryth melahirkan rasa amat bertuah kerana dapat menamatkan pengajian di UTM ini dan turut berasa bangga kerana UTM merupakan alma mater kedua-dua ayah

dan ibu, serta abang sulungnya. Malah, adik bongsu beliau, iaitu Atilya Putri binti Ahmad Hilmy juga sekarang merupakan pelajar tahun pertama Diploma Senibina di UTM Kuala Lumpur. Ayahnya, Ar. Ahmad Hilmy bin Abdullah merupakan lepasan Sarjana Muda Senibina UTM tahun 1985, manakala ibunya, Adlina binti Abdul Shukor adalah lepasan Sarjana Muda Ukur Bahan tahun 1989. Abang sulung beliau, Ahmad Hakym bin Ahmad Hilmy pula merupakan lepasan Diploma Senibina tahun 2011. Sesungguhnya kejayaan Ahmad Haryth pada hari ini sedikit sebanyak dipengaruhi dan disokong oleh keluarga beliau sendiri yang merupakan graduan unggul UTM. Benarlah kata pepatah lama, “Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak ke Nasi.”

Page 9: Info Terkini Konvo Bil 82/2016

Johor Bahru, 24 Oktober - Pada Konvokesyen ke-57 UTM, buat pertama kalinya dalam sejarah Universiti Teknologi Malaysia menganugerahkan Ijazah Anumerta (Posthumous Degree) kepada waris graduan yang telah meninggal dunia. Terdapat tiga orang graduan terlibat menerima ijazah ini, iaitu mereka yang telah berjaya menyelesaikan lebih 80 peratus pengajian di UTM sebelum meninggal dunia. Penganugerahan ini merupakan satu bentuk pengiktirafan bagi segala usaha, komitmen, dan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh mahasiswa selain dapat menzahirkan rasa simpati kepada ahli keluarga mahasiswa berkenaan. Anugerah ini telah disampaikan oleh Pro-Canselor UTM, YBhg. Tan Sri Dato’ Lin See-Yan dengan disaksikan oleh Pro-Canselor, Y.Bhg. Tan Sri Dr. Salleh bin Haji Mohd Nor, Naib Canselor, YBhg Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar, Timbalan Naib Canselor Perhubungan Mahasiswa dan Alumni, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Ismail bin Abd. Aziz, dan Pendaftar, Tuan Haji Wan Mohd. Zawawi bin Wan Abd. Rahman.

Graduan berkenaan ialah Allahyarham Yahaya Bashir (41 tahun) dari Nigeria yang mengikuti pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Kejuruteraan Mekanikal), meninggal dunia akibat serangan jantung pada 10 Oktober 2015, iaitu seminggu sebelum hari pembentangan lisan. Ijazah ini telah diterima oleh wakil Allahyarham, Isyaku Abu Bakar yang merupakan sahabat baik dan juga teman sekerja Allahyarham di Universiti Bayero, Nigeria. Turut hadir ialah Penyelia Allahyarham, Profesor Dr. Izman Sudin, pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UTM. Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kangkar Pulai dan meninggalkan seorang isteri serta tiga orang anak perempuan.

Manakala Allahyarhamah Fatin Farah Wahhida Azahar (24 tahun), berasal dari Batu Pahat, Johor merupakan graduan Sarjana Muda Perakaunan telah meninggal dunia akibat komplikasi jantung

ketika mengikuti latihan industri di Klang. Waris Allahyarhamah, iaitu En. Azahar Wayot (ayah) dan Pn. Salmiah Ngadi (ibu) menerima ijazah tersebut turut menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada UTM kerana telah mendidik Allahyarhamah serta memberi peluang untuk menerima ijazah ini. Mereka berasa sangat terharu dan sebak disebabkan Allahyarhamah adalah anak harapan keluarga selepas kematian anak sulung mereka, abang kepada Allahyarhamah yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2006.

Allahyarham Mohd Syafiq Ellmal Abdul Shukor dari Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor pula adalah graduan Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia). Allahyarham meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menghadiri latihan industri di Bandar Penawar. Ibu dan abang Allahyarham, iaitu Puan Sarintan Karis dan Encik Azlizam Abdul Shukor hadir dengan perasaan sebak dan terharu menerima ijazah ini. Mereka turut melahirkan rasa perhargaan kepada pihak UTM yang telah menguruskan Allahyarham dan di atas segala ilmu yang telah dicurahkan, serta berharap semoga usaha baik pihak UTM ini menjadi motivasi kepada generasi akan datang. Dekan Fakulti Pengurusan, Profesor Dr. Zainab Khalifah berharap agar penganugerahan Ijazah Anumerta ini dapat memberi kenangan manis kepada ahli keluarga waris dan inspirasi kepada semua mahasiswa. Menurut beliau lagi, pengiktirafan ijazah seumpama ini telah banyak diberikan di universiti luar negara dan idea untuk mewujudkan penganugerahan ini di UTM timbul ketika menziarahi keluarga Allahyarhamah Fatin Farrah Wahhida dan Allahyarham Mohd Shafiq Ellmal, graduan Fakulti Pengurusan yang telah meninggal dunia pada tarikh yang sama, iaitu pada 26 April 2016.

Page 10: Info Terkini Konvo Bil 82/2016

http://web.utm.my/convocation/ facebook: Info Terkini Konvo UTM

Terima kasih UTM kerana memberi saya peluang melanjutkan pengajian saya di sini. UTM adalah IPTA terbaik dari aspek akademik serta fasiliti yang disediakan.

Saya amat bangga menjadi salah seorang graduan UTM

“Alhamdulillah. I’d like to thank my family, UTM lecturers and friends who have been really supportive and helpful through out the years. I am pleased to be part of UTM

and will continue to pursue my degree here. Thank you.”

“I would like to congratulate all my classmates, faculty mates, roommates,

and friends. Also to express my thankfulness towards lecturers especially

from Chemistry Department, Faculty of Science and staff for all the help and

support during my study session in UTM. Thank you very much! LOVE UTM!”

Terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya dan keluarga yang menjadi sumber inspirasi kejayaan saya. Tidak

lupa juga tanda terima kasih saya kepada para pensyarah UTM, rakan-

rakan kuliah dan semua individu yang banyak memberi sokongan dan tunjuk

ajar kepada saya selama saya menuntut di UTM yang tercinta ini.

“I’d like to thank UTM and also to all lecturers and staffs for all the help and guidance. I am truly grateful to be here

completing my Ph.D and I hope UTM will success in the future.“

NURSHAHIDA BINTI ROSDI (23 TAHUN)Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia

DR. INAM-UL-HAQ (35 TAHUN), PakistanPh.D in Management

TAMIL SELVAM a/l SUNDARA RASAN(22 TAHUN)

Diploma Pengurusan Teknologi

RAJA EVA IZMAL NAJWA BINTI RAJA ALI (21 TAHUN)

Diploma Kejuruteraan Awam

FARHAH KAMARUDIN (25 TAHUN)Sarjana Muda Sains Kimia