Ini Pilihan Kami

26
Ini Pilihan Kami

description

Ini Pilihan Kami. O bjektif. “ Kefahaman mengenai konsep keibubapaan, matlamatnya dan peranan serta tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa .”. Konsep keibubapaan. Tanggapan atau pengertian yang berkaitan dengan sikap atau kelakuan ibu bapa . - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of Ini Pilihan Kami

Page 1: Ini Pilihan Kami

Ini Pilihan Kami

Page 2: Ini Pilihan Kami

Objektif

“Kefahaman mengenai konsep keibubapaan, matlamatnya dan peranan serta tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa.”

Page 3: Ini Pilihan Kami

Konsep keibubapaanTanggapan atau pengertian yang berkaitan dengan sikap atau kelakuan ibu bapa.

Sikap dan kelakuan tersebut berkaitan dengan cara mendidik anak-anak.

Cara ibu bapa mendidik anak-anak bergantung pula pada beberapa situasi : usia anak, personaliti anak, pengalaman silam ibu bapa, dan sikap ibu bapa sendiri.

Page 4: Ini Pilihan Kami

Dalam konteks yang lebih luas pula membawa maksud membantu anak-anak dari segi:

Perkembangan kemahiran sosial dalam kumpulan.Pencapaian kejayaan di sekolah.Perkembangan moral.Pembelajaran peranan sosial pada masa akan datang.Persediaan menghadapi zaman remaja dan lebih berdikari.Hak dan tanggungjawab.

Page 5: Ini Pilihan Kami

Matlamat keibubapaan

Membimbing anak untuk menjadikan mereka sebagai individu yang bertanggungjawab ,

berdikari , berakhlak mulia dan taat pada ajaran agama.

Page 6: Ini Pilihan Kami

Apakah jenis-jenis gaya keibubapaan?

BerwibawaMengabaikan atau cuaiMemanjakanKuku Besi

Page 7: Ini Pilihan Kami

• Ibu bapa tegas dan boleh mengawal keadaan• Sedia mendengar pandangan anak• Boleh bertolak ansur jika perlu• Anak-anak membesar dalam suasana penuh

kemesraan• Kanak-kanak dijangka untuk berkelakuan

intelektual seiring umur dan sosial mereka.

Berwibawa

Page 8: Ini Pilihan Kami

• Ibu bapa tidak ambil peduli di mana anak mereka berada, apa aktiviti yang dilakukan, siapa kawan-kawannya, tidak tahu hal ehwal pelajarannya serta suasana persekitaran sosial anak mereka.

• Ibu bapa terlalu buntu atau sibuk dengan kehidupan dan tugas mereka.

Mengabaikan atau cuai

Page 9: Ini Pilihan Kami

• Ibu bapa hanya menurut keperluan dan tuntutan anak.

• Kurang menetapkan batasan terhadap anak.

Memanjakan

Page 10: Ini Pilihan Kami

• Ibu bapa yang terlalu mengawal ketat dan tidak boleh bertolak ansur dengan anak-anak

• Menetapkan harapan tinggi dan tidak munasabah terhadap anak-anak

• Gagal menjalinkan kemesraan dan komunikasi dua hala.

Kuku besi

Page 11: Ini Pilihan Kami

Apakah gaya keibubapaan yang lebih sesuai ?

• Gaya keibubapaan berwibawa kerap dirujuk sebagai Keibubapaan yang positif. Ia adalah gaya keibubapaan yang paling berkesan. Ibu bapa yang berwibawa adalah ibu bapa yang:

– Peka dengan perlakuan anak dan memberi galakan, rangsangan serta bimbingan melalui pendekatan disiplin yang asertif dan tidak kasar.

– Berinteraksi secara positif, di samping menyemai emosi yang bersesuaian serta bertanggungjawab.

– Dapat membantu anak-anak mengawal diri dengan menetapkan batasan dan peraturan rumah.

• Gaya keibubapaan yang lain adalah kurang berkesan.

Page 12: Ini Pilihan Kami

Dalam sesebuah keluarga:• Bapa adalah ketua dan pemimpin keluarga• Ibu sebagai pembantu bapa dalam

pengurusan keluarga dan rumahtangga• Ibu menjadi pemimpin semasa ketiadaan

bapa.

Page 13: Ini Pilihan Kami

Peranan ibu bapa

Memberi

kasih sayang

Memberi Motivasi

Memberi Bimbingan

Bersikap +ve terhadap

suami isteri

Menjadi teladan

kepada anak

Jangan melindungi anak secara keterlaluan

Page 14: Ini Pilihan Kami
Page 15: Ini Pilihan Kami

Apakah kebaikan dari gaya keibubapaan yang positif?

• Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak

• Meningkatkan rasa harga diri anak• Menggalakkan disiplin diri anak• Mengajar anak berfikir untuk diri sendiri• Menyediakan peluang untuk ibubapa

membimbing anak• Membantu anak mempunyai kawalan diri.

Page 16: Ini Pilihan Kami

Apakah keburukan gaya keibubapaan yang negatif?

• Merendahkan rasa harga diri anak• Anak gagal mempunyai sikap asertif• Anak menjadi tidak bertanggungjawab dan

kurang matang• Perhubungan antara ibu bapa dan anak

menjadi kurang mesra• Anak yang kerap memprotes secara

melampau

Page 17: Ini Pilihan Kami

Cadangan ke arah menjadi ibu bapa

yang positif.

Page 18: Ini Pilihan Kami

Luangkan masa berkualiti bersama anak

• Memperbaiki perhubungan sihat antara ibu bapa dan anak.

• Menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk mengenali, memahami dan membimbing anak

Page 19: Ini Pilihan Kami

Kerap menggunakan ungkapan pujian

• Penggunaan pujian amat penting. Pujian membuat kanak-kanak memahami apakah tingkah laku yang baik, merasai ibu bapa menyayanginya dan dapat meningkatkan rasa harga dirinya.

• Kata-kata negatif tidak membantu malahan boleh merosakkan rasa harga diri anak.

• Anak tidak dapat belajar cara memperbaiki dirinya bila disindir atau dimaki. Malah perasaan takut dan marah akan bersarang dalam dirinya. Contoh: takut melakukan kesilapan, takut ibu bapa akan memarahi atau memukulnya jika ia tidak melakukan sesuatu dengan baik. Akhirnya anak akan terus takut untuk mencuba.

Page 20: Ini Pilihan Kami

Tetapkan peraturan dan undang-undang di rumah

• Setiap keluarga mesti mempunyai peraturan di rumah yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh ahli keluarga.

• Anak perlu tahu apa yang seharusnya mereka patuh. Adalah penting setiap ibu bapa menyatakan dengan jelas kepada anak akan peraturan-peraturan tersebut. Kerap berlaku di mana ibu bapa memarahi anak apabila berlaku sesuatu masalah tanpa memperjelaskan perlakuan yang diingini mereka.

Page 21: Ini Pilihan Kami

Jangan peduli / jangan ambil endah

• Ada ketikanya ibu bapa akan menegur tingkah laku anak tetapi anak tetap berbuat sebaliknya dari apa yang dikehendaki ibu bapa.

• Pada ketika ini amat penting untuk ibubapa memahami bahawa anak mahukan perhatian dengan perbuatan tersebut. Oleh itu ibu bapa tidak patut mengendahkan perbuatan anak itu. Langkah ini dipanggil "ignoring" atau "tak ambil endah"

Page 22: Ini Pilihan Kami

Anak membuat keputusan

• Amat penting membimbing anak berfikir untuk diri sendiri dan ibu bapa perlu menolong anak melalui proses atau langkah-langkah membuat keputusan. Elakkan terus membuat keputusan untuk anak.

Page 23: Ini Pilihan Kami

Kemahiran tambahan

• Keibubapaan adalah satu cara hidup. Pelbagai situasi boleh timbul dari masa ke semasa yang menuntut kemahiran tambahan

Page 24: Ini Pilihan Kami

Perhubungan dan interaksi positif ibu

bapa dengan anak-anak

Hormat menghormati

Membantu satu sama lain

Memberi galakan dan sokongan

Sedia mendengar

Menerima anak itu sebagai individu

yang unik

Menjalankan aktiviti keluarga

pada masa lapang

Page 25: Ini Pilihan Kami

Rumusan

• Matlamat keibubapaan adalah membimbing anak anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif, berakhlak mulia dan taat pada ajaran agama.

• Harus memahami bahawa setiap ahli keluarga penting dari segi peranan dan sumbangan serta saling lengkap-melengkapi.

• Bersyukur dengan apa yang ada pada ahli keluarga.• Bersikap pro aktif memperbaiki keadaan keluarga.

Page 26: Ini Pilihan Kami

SekianTerima Kasih