Input

11
Abu Bakar, A.H., (1988). Construction Inputs in Developing Countries, Bulletin PBP, No. 1, (pp21-24). INPUT-INPUT BINAAN DI DALAM NEGARA-NEGARA MEMBANGUN: MASALAH DAN KONSTRAIN ABU HASSAN ABU BAKAR Artikel ini bertujuan menganalisis keupayaan industri binaan tempatan bertindakbalas terhadap keperluan-keperluan yang ditimbulkan oleh peningkatan permintaan terhadap kerja-kerja pembinaan. Di dalam analisis ini, beberapa masalah dikenalpasti dan beberapa alternatif tindakan yang bersesuaian dikemukakan untuk mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan permasalah tersebut. “The development profile of the construction industry is characterized in its early stages by a sharp increase in demand for modern techniques that are mostly alien to local traditions and require a rapid expansion of local resources of all kinds, including skilled labour. When local resources fail to match demand, construction must compete with other sectors of the economy for scarce foreign exchange in order to import essential inputs. Most countries, however, could produce many of the materials inputs locally. The development of skills, especially at professional level, is a slower process; Although the ultimate goal of training all skills locally should not be forgotten, the recruitment of highly qualified foreign personnel is often justified as a temporary expedient. Plant and equipment will continue to be imported until the local engineering industry has reached an adequate level, but the production of simple tools and the replacement of parts could be initiated at an early stage” 1 Sebagai pengenalan kepada industri binaan di negara-negara membangun, mungkin seseorang itu patut mengetahui ciri-ciri asas penawaran dan permintaan di dalam industri binaan di negara-negara tersebut. Pembekalan kepada input-input binaan di dalam negara-negara membangun mempunyai ciri-ciri tertentu; pekerja-pekerja tidak mahir yang banyak, kekurangan pekerja-pekerja mahir, kekurangan di dalam pengeluaran bahan-bahan binaan yang moden, modal yang tinggi yang digunakan untuk mengimport loji-loji serta peralatan-peralatan binaan, teknologi tempatan yang terhadap dan lain-lain lagi.

description

asa

Transcript of Input

Page 1: Input

Abu Bakar, A.H., (1988). Construction Inputs in Developing Countries, Bulletin PBP, No. 1, (pp21-24).

INPUT-INPUT BINAAN DI DALAM NEGARA-NEGARA MEMBANGUN: MASALAH DAN KONSTRAIN

ABU HASSAN ABU BAKAR

Artikel ini bertujuan menganalisis keupayaan industri binaan tempatan bertindakbalas terhadap keperluan-keperluan yang ditimbulkan oleh peningkatan permintaan terhadap kerja-kerja pembinaan. Di dalam analisis ini, beberapa masalah dikenalpasti dan beberapa alternatif tindakan yang bersesuaian dikemukakan untuk mengatasi atau setidak-tidaknya mengurangkan permasalah tersebut.

“The development profile of the construction industry is characterized in its early stages by a sharp increase in demand for modern techniques that are mostly alien to local traditions and require a rapid expansion of local resources of all kinds, including skilled labour. When local resources fail to match demand, construction must compete with other sectors of the economy for scarce foreign exchange in order to import essential inputs. Most countries, however, could produce many of the materials inputs locally. The development of skills, especially at professional level, is a slower process; Although the ultimate goal of training all skills locally should not be forgotten, the recruitment of highly qualified foreign personnel is often justified as a temporary expedient. Plant and equipment will continue to be imported until the local engineering industry has reached an adequate level, but the production of simple tools and the replacement of parts could be initiated at an early stage”1

Sebagai pengenalan kepada industri binaan di negara-negara membangun, mungkin seseorang itu patut mengetahui ciri-ciri asas penawaran dan permintaan di dalam industri binaan di negara-negara tersebut.

Pembekalan kepada input-input binaan di dalam negara-negara membangun mempunyai ciri-ciri tertentu; pekerja-pekerja tidak mahir yang banyak, kekurangan pekerja-pekerja mahir, kekurangan di dalam pengeluaran bahan-bahan binaan yang moden, modal yang tinggi yang digunakan untuk mengimport loji-loji serta peralatan-peralatan binaan, teknologi tempatan yang terhadap dan lain-lain lagi.

Permintaan untuk pembinaan pula mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu; kadar pertumbuhan di dalam keperluan binaan yang kompleks, yang meningkat dengan lebih cepat daripada kadar pertumbuhan di dalam keupayaan untuk memenuhi permintaan tersebut. Walaupun teknologi moden digunakan, tetapi kadar penggunaan teknologi moden ini adalah terhadap kerana penggunaan pertukaran asing untuk tujuan tersebut sering menghadapi persaingan dengan sektor-sektor ekonomi yang lain.

Kadar kemajuan teknologi tradisional dan pertengahan (intermediate)2 juga terhad dan ini yang menyebabkan teknologi-teknologi ini masih berada ditahap lama dan masih bertahan di sektor tradisional sebaliknya sentiasa digugat oleh teknologi moden.

Sektor Tradisional dan Moden3

Terdapat beberapa cara untuk menganalisis input-input industri binaan. Oleh kerana artikel ini tertumpu kepada analisis tentang input-input binaan dan kaitannya dengan darjah kompleks teknologi binaan yang sering digunakan di dalam negara-negara membangun, maka menganalisis daripada segi sektor tradisional dan moden adalah lebih sesuai dan menepati.

Page 2: Input

Abu Bakar, A.H., (1988). Construction Inputs in Developing Countries, Bulletin PBP, No. 1, (pp21-24).

Di dalam sektor tradisional terdapat dua sektor tradisional terdapat dua sektor iaitu sektor “tradisional” dan sektor “konvensional nasional”, sementara sektor moden pula terdiri daripada sektor “moden” dan sektor “moden antarabangsa”. Jika kita bandingkan kompleks teknologi yang digunakan, sektor tradisional menggunakan teknologi yang paling mudah sekali dan teknologi ini ialah teknologi tempatan berbanding dengan teknologi yang digunakan di sektor moden antarabangsa yang bergantung kepada teknologi yang diimport.

Rajah 1 menunjukkan darjah kompleksnya teknologi yang digunakan di dalam pembinaan mengikut sektor.

Tahap Teknikal

SektorIndustri

Rendah Pertengahan Tinggi PalingTinggi

1. Tradisional

2. KonvensionalNasional

3. ModenNasional

4. Modenantarabangsa

Kerja-kerjaPersendirianyang kecil-kecil dan kerjakemasyarakatan

Kebanyakankerjabangunan

Kebanyakankerja-kerjabangunan &kerja awamyang kecil-kecil

Kebanyakankerja-kerjaawam dan kerja-kerja bangunan yang kompleks

SUMBER-SUMBER INPUT BINAAN4

Bahan-Bahan binaan

Bahan-bahan dan komponen-komponen binaan adalah salah satu daripada sumber-sumber input binaan yang penting. Bahan-bahan utama seperti simen, keluli, kayu dan bata amatlah diperlukan di dalam kebanyakan kerja-kerja binaan. Lebih kurang 50% daripada bahan-bahan binaan yang digunakan adalah terdiri daripada bahan-bahan tersebut. Bahan-bahan ini tidak boleh ditukar ganti dan sebarang kekurangan akan mempengaruhi tahap pengeluaran serta memerlukan alternatif bekalan yang tertentu. Keempat-empat sektor yang disebutkan

Page 3: Input

Abu Bakar, A.H., (1988). Construction Inputs in Developing Countries, Bulletin PBP, No. 1, (pp21-24).

terdahulu, menggunakan bahan-bahan binaan dengan kadar penggunaan yang berbeza. Setiap sektor menghasilkan standard keluaran yang berlainan dengan menggunakan tahap teknologi yang berbeza dan ia memberi kesan terhadap permintaan untuk bahan-bahan di setiap sektor.

Pada amnya, negara-negara membangun mampu mengeluarkan bahan-bahan binaan utama untuk permintaan dalam negeri. Walau bagaimanapun kuantiti bekalan masih tidak dapat menampung semua permintaan daripada kesemua sektor industri binaan.

Permintaan bahan-bahan binaan di dalam sektor tradisional dapat dipenuhi di dalam negeri disebabkan kerja-kerja binaan di dalam sektor ini adalah mudah yang memerlukan input bahan-bahan binaan yang tradisional dan asas. Pengaruh sektor moden ke atas sektor tradisional ini adalah rendah dan sukar untuk menembusi pasaran sektor tradisional, kerana kemudahan jalan dan pengangkutan yang kurang berkesan, ketiadaan bekalan elektrik, kekurangan pekerja-pekerja yang mahir, ketiadaan kemudahan kewangan, struktur sosio-ekonomi yang rendah dan sebagainya.

Di dalam sektor moden pula penggunaan bahan-bahan tempatan yang tinggi menyebabkan keupayaan bekalan tidak dapat memenuhi permintaan dan ini ditampung oleh bahan-bahan yangn diimport lebih-lebih lagi jika sesebuah negara membangun itu berada ditahap permulaan pembangunan. Pada tahap ini keupayaan industri buatan bahan-bahan binaan berkembang pada kadar yang perlahan.

Gunatenaga

Antara 6% ke 10% daripada jumlah yang bekerja ialah dari sektor binaan di negara-negara membangun berbanding antara 2% ke 6% di negara-negara maju. Kebanyakan daripada negara-negara membangun mempunyai pekerja-pekerja tidak mahir yang banyak bertaburan di merata-rata daerah. Walau bagaimanapun pekerja tidak mahir ini bergantung kepada kadar upah, faktor perpindahan serta persaingan dengan sektor ekonomi yang lain.

Di negara-negara membangun kebanyakan daripada hasil binaan masih berasaskan teknik-teknik yang mudah yang menggunakan kemahiran tradisional dan pekerja-kekerja tidak mahir, lebih-lebih lagi di kawasan luar dan di pinggir bandar. Proses perbandaran yang cepat menyebabkan permintaan untuk binaan meningkat dengan mendadak dan ini seterusnya mempengaruhi kedapatan pekerja-pekerja mahir untuk menampung kenaikan permintaan tersebut. Masalah ini menjadi lebih buruk lagi dengan latihan-latihan vokasional yang tidak mencukupi (di dalam segi jumlah dan jenis kemahiran yang dikeluarkan). Persoalan utama ialah bagaimanakah negara-negara membangun menggunakan sumber-sumber manusia yang terhad ini, serta bagaimanakah untuk mengatasi masalah-masalah ini di dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Loji dan Alat Binaan

Loji binaan5 memainkan peranan yang penting di dalam mencepatkan masa pengeluaran, melakukan kerja yang tidak dapat dilakukan oleh tangan, menggantikan buruh sekiranya buruh tidak boleh diperolehi dan lain-lain, lebih-lebih lagi di dalam sektor moden.

Di dalam sektor tradisional, alat-alat tradisional yang mudah dan ringan biasanya digunakan dengan meluas. Di kawasan-kawasan yang mempunyai kemudahan elektrik, alat-alat berkuasa elektrik yang ringan tetap digunakan.

Page 4: Input

Abu Bakar, A.H., (1988). Construction Inputs in Developing Countries, Bulletin PBP, No. 1, (pp21-24).

Di dalam sektor moden banyak alat-alat dan loji-loji binaan yang berat digunakan. Alat-alat dan loji-loji seperti ini diimport keseluruhannya. Masalah alat ganti, pembaikan dan penjagaan menjadikan situasi lebih buruk kerana kebanyakan negara-negara membangun tidak dapat menghasilkan sendiri perkara-perkara tersebut. Keadaan ini meningkatkan lagi kos dan masa yang terlibat jika berlaku sebarang kerosakan.

Bagi kontraktor-kontraktor memberi loji-loji dan alat-alat binaan yang berat adalah paling membebankan daripada segi kewangan. Tidak banyak kontraktor yang mampu dan sanggup membeli peralatan tersebut walaupun terdapat kemudahan pinjaman. Risiko-risiko seperti kerja binaan yang tidak menentu, kadar penggunaan yang tidak dapat dimaksimumkan, beban pembaikan, penjagaan dan alat ganti dan lain-lain lagi, membuat para kontraktor berwaspada untuk memiliki loji-loji binaan tersebut. Dalam hal ini kewujudan perkhidmatan sewa/pajak loji binaan amat penting di dalam industri binaan. Walau bagaimanapun perkhidmatan ini masih lagi terhad kepada loji-loji tertentu sahaja.

Di dalam kerja-kerja binaan bertaraf antarabangsa, kontraktor-kontraktor “gergasi” asing memainkan peranan yang penting. Biasanya kontraktor-kontraktor ini membawa masuk loji-loji sendiri untuk menjalankan sesuatu kerja kontrak.

Kewangan

Aspek kewangan di dalam industri binaan juga tidak kurang pentingnya lebih-lebih lagi di negara-negara membangun disebabkan oleh kemudahan kewangan yang terhad dan sukar diperolehi. Di dalam sektor tradisional, projek-projek adalah kecil dan mudah, kos juga rendah dan biasanya datang dari klien/pengguna itu sendiri. Kemudahan-kemudahan pinjaman jarang-jarang sekali wujud. Kerja binaan dimulakan setelah simpanan mencukupi, kadangkala dibantu oleh pinjaman jangka pendek dari institusi kewangan tertentu.

Di dalam sektor moden, jumlah modal yang terlibat adalah tinggi. Bagi projek-projek yang besar dan kompleks khususnya di sektor awam dan biasanya dikawal oleh Kerajaan Pusat yang mungkin memperolehi kewangan dari sumber-sumber antarabangsa.

Di sektor swasta, sumber-sumber pinjaman kebanyakannya dari bank-bank dan institusi-institusi kewangan yang lain. Apa yang menjadi isu ialah berkenaan dengan kewangan untuk kontraktor-kontraktor kecil tempatan. Walaupun konktraktor-kontraktor ini boleh memohon pinjaman dari bank dan institusi kewangan yang lain, tetapi jumlahnya adalah terhad dan mempunyai banyak konstrain. Kedudukan mereka adalah sukar disebabkan pinjaman jangka pendek sukar diperolehi, kemudahan kredit untuk membeli bahan-bahan binaan juga sukar, bayaran ke atas tuntutan biasanya lambat, loji-loji adalah mahal dan kadar kerosakan adalah tinggi, buruh tidak boleh diharap, aliran tunai sukar diramal dan teknik-teknik pengurusan binaan tidak wujud bagi mereka.

Masalah Dan Konstrain Di Dalam Sumber-Sumber Input Binaan

Daripada analisis terdahulu, didapati bahawa keupayaan pembekalan pelbagai input binaan adalah tidak mencukupi untuk bertindak balas terhadap permintaan. Terdapat satu ruang pemisahan antara tahap kedapatan pelbagai input dari sumber-sumber tempatan dengan tahap keperluan yang ditentukan oleh permintaan, lebih-lebih lagi di dalam sektor moden. Apakah yang menyebabkan ruang pemisahan ini berlaku?

Page 5: Input

Abu Bakar, A.H., (1988). Construction Inputs in Developing Countries, Bulletin PBP, No. 1, (pp21-24).

Di dalam proses pembangunan, kebanyakan negara membangun menggunakan teknologi yang berasal dari negara-negara maju. Pengenalan teknologi asing memerlukan pelbagai input yang perlu diwujudkan (pilihan teknologi menentukan penggunaan input bukannya input yang ada menentukan teknologi). Masalah timbul dengan memperkenalkan teknologi import ialah kebanyakan input-input untuk teknologi ini tidak ada ataupun tidak mencukupi ketika ini dan hanya boleh didapati dengan sedikit. Ini ialah kerana kadar pertumbuhan keupayaan input-input binaan di dalam negara-negara membangun adalah lebih rendah daripada kadar pertumbuhan permintaan untuk hasil binaan moden.

Jadi, meningkatnya permintaan untuk binaan di sektor moden, keupayaan pelbagai input binaan juga perlu ditingkatkan dengan sepadannya. Untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran bahan-bahan binaan, ia memerlukan tambahan kepada keupayaan yang sedia ada ataupun ditambahkan keupayaan baru.

Walau bagaimanapun keupayaan ini hanya boleh ditingkatkan dengan perlahan-lahan dan memakan masa. Lagipun di dalam negara membantu terdapat konstrain, seperti kekurangan pertukaran asing, yang menghalang keupayaan ditingkatkan seperti yang dikehendaki. Di dalam jangka pendek, pembuat bahan-bahan binaan boleh menggunakan keupayaan simpanan (spare capacity) ataupun bahan-bahan binaan yang diimport. Selain daripada mengimport tenaga-tenaga mahir, menggunakan pekerja-pekerja separuh mahir sebagai ganti kepada pekerja mahir juga merupakan tindakan jangka pendek sebelum pekerja-pekerja mahir dapat diadakan dengan secukupnya.

Loji-loji dan alat-alat binaan boleh diimport sebagai salah satu cara untuk meningkatkan keupayaan binaan. Ini boleh dilakukan melalui dua cara:

1. Import secara langsung melalui konktraktor-kontraktor ataupun melalui Firma perkhidmatan sewa/pajak; dan

2. Melalui kontraktor antarabangsa dengan menawarkan tawaran kerja binaan yang bertaraf antarabangsa.

Di dalam jangka panjang, skim-skim latihan intensif perlu diadakan dan diperbanyakkan untuk mengeluarkan pelbagai jenis pekerja-pekerja mahir. Pengeluaran alat-alat ganti yang penting boleh dijadikan sebagai asas untuk memperkembangakan teknologi tempatan di dalam industri pembuatan dan boleh dijadikan titik permulaan untuk pembuatan loji di masa depan. Satu lagi tindak balas di dalam jangka panjang ialah melalui inovasi untuk mengeluarkan bahan-bahan bina serta kemahiran-kemahiran baru yang bermula dari awal.

Pada keseluruhannya, industri binaan di negara-negara membangun sepatutnya berkembang ke arah berkeupayaan berdikari dan berusaha menggunakan kekayaan negara dengan sewajarnya.

Komen dan Saranan

Terdapat satu garis sempadan yang memisahkan sektor tradisional dan sektor moden, khususnya dari segi ciri-ciri pembekalan dan permintaan. Jadi di dalam mengubal dasar untuk pembangunan industri binaan perhatian perlu diberikan kepada pengagihan sumber-sumber yang seimbang kepada kedua-dua sektor ini.

Page 6: Input

Abu Bakar, A.H., (1988). Construction Inputs in Developing Countries, Bulletin PBP, No. 1, (pp21-24).

Sektor tradisional dikonstrainkan oleh mobilisasi yang kurang wajar dan kurang berkesan ke atas sumber-sumber manusia, persaingan yang hebat dengan sektor moden untuk mendapatkan sumber-sumber yang terhad, pihak-pihak berkuasa yang kurang berminat dengan sektor ini dan lain-lain lagi. Untuk meminimumkan konstrain-konstrain tersebut, berikut disarankan tindakan yang perlu diambil:-

1. Memperkembangkan strategi jangka panjang untuk meningkatkan keupayaan industri binaan di masa depan serta menggalakkan penggunaan kaedah yang sesuai untuk menggunakan buruh-buruh tidak mahir yang banyak.

2. Menggalakkan penggunaan teknologi yang tidak merugikan sumber moden yang terhad.

3. Berusaha memajukan teknologi tempatan yang digunakan di dalam sektor tradisional.4. Menggalakkan penyelidikan ke atas bahan-bahan tempatan untuk digunakan sebagai

bahan-bahan binaan supaya kos bangunan dapat dikurangkan lebih-lebih di dalam bidang perumahan kos rendah.

5. Perhatian perlu diberikan kepada memperkembangkan keupayaan kontraktor-kontraktor kecil tempatan bagi menentukan keupayaan industri binaan masa depan. Kemudahan kewangan (jangka pendek dan jangka panjang) yang lebih berkesan dapat mengurangkan konstrain modal.

Di dalam sektor moden pula konstrain disebabkan oleh kekurangan tukaran asing untuk memperolehi bahan-bahan dan komponen-komponen, loji dan alat-alat binaan dan pengajian pekerja-pekerja profesional asing yang diimport, kekurangan pekerja-pekerja mahir dan tenaga-tenaga pengurusan mahir tempatan dan lain-lain lagi.

Berikut ialah saranan-saranan untuk meminimumkan konstrain-konstrain tersebut:

1. Menggalakkan pendekatan yang menggunakan lebih banyak buruh di sektor moden, jika boleh, untuk faedah sosial dan ekonomi.

2. Skim latihan guna tenaga perlu dibuat secara meluas di peringkat kebangsaan supaya kekurangan pekerja-pekerja mahir dapat dipenuhi di dalam jangka panjang.

3. Mobililiti buruh ke sektor-sektor lain perlu dikawal dengan mengadakan faktor-faktor motivasi dan upah yang menggalakkan berbanding dengan sektor-sektor lain.

4. Pengagihan sumber-sumber kekayaan negara yang terhad perlu dilakukan dengan sewajarnya supaya keupayaan industri dapat dimanfaatkan.

5. Sektor awam perlu memainkan peranan penting untuk meningkatkan keupayaan kontraktor-kontraktor kecil dan pertengahan tempatan, seperti menyediakan kemudahan latihan, menggalakkan inovasi dan lain-lain.

6. Menggalakkan aktiviti-aktiviti sewa/pajak logi dan alat-alat binaan supaya masalah kewangan kontraktor dapat diringankan.

7. Pertukaran asing yang terhad perlu digunakan dengan sebaik-baiknya supaya tidak merugikan. Seelok-eloknya lebih menggalakkan perkembangan industri-industri tempatan.

8. Di dalam kerja-kerja binaan yang melibatkan kontraktor antarabangsa, perpindahan teknologi yang sesuai perlu digalakkan supaya keupayaan kontraktor tempatan dapat dipertingkatkan lagi. Di dalam kerja-kerja usahasama, kontraktor-kontraktor tempatan perlu digalakkan memain peranan yang aktif untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman di dalam bidang teknikal dan pengurusan.

Page 7: Input

Abu Bakar, A.H., (1988). Construction Inputs in Developing Countries, Bulletin PBP, No. 1, (pp21-24).

Akhir sekali diharap saranan-saranan di atas dapat mengurangkan konstrain-konstrain di dalam pembangunan industri binaan. Kerajaan-kerajaan negara membangun perlu mengakui kepentingan sektor binaan di dalam pembangunan negara dan perlu memainkan peranan penting di dalam mengubal dasar-dasar dan mengambil tindakan tertentu terhadap perkembangan industri binaan. Ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan input-input binaan dengan wajar demi untuk mencapai objektif ekonomi dan sosial.

RUJUKAN

1. Unido monographs on industrial development: Industrialization of developed countries. Problems and Prospect, 1969, m.s 26.

2. Istilah yang digunakan untuk teknologi peralihan – iaitu kemajuan teknologi yang berada ditahap di antara teknologi tradisional dengan teknologi moden.

3. D.A. Turin, The Construction Industry: ………….. Economic Significance and Its Role Development, UCERG, 1973, m.s. D15.

4. Lihat Jadual 2.5. Harris, F and McCaffer, R. Construction Plant Management and Investment Decisions, Granada, 1982.6. Andres, J., Construction Industry Development: A Comprehensive Program Strengthening

the Construction Industry In Developing Countries, ILO.7. Bartlett Summer School, Proceedings, No……………1, The Production of the Built Environment UCL,

1981.8. Ganesan, S., ‘Construction Industry in Sri Lanka’, Habitat, Vol. 3, No. ½. 1978.9. Lemessany, J., Resource Inputs ……………….. Construction: The Labour Requirements of

Housebuilding, Birkling Research Station, Watford, BPE Current Paper 76/78.10. NEDO, How Flexible is Construction, NEDO, 1978.11. Strassman, W.P., Construction Productivity and Employment in Developing Countries, in W.Galenson

(ed), Essays in Employment, ILO, 1971.12. Turin, D.A. (ed), Aspects of the Economic of Construction, Godwin, 1975.13. UCERG, BERU, The Construction Industry in Developing Countries,(by S.Prewer), UCERG, 1975.14. UCERG, BERU, Capacity and Response to Demand of the House-building Industry: A Summary of

Three Research Studies, UCERG, 1981.