INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU …jpmipgmtaa.webs.com/JST_JUN2013/BMM3112.pdf · 1. Tugasan...

3
1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR : KOD DAN NAMA KURSUS : BMM3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN. SEMESTER : 6 AMBILAN JANUARI 2011 TARIKH MULA 29 JULAI 2013 TARIKH HANTAR 6 SEPTEMBER 2013 Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menghuraikan sejarah perkembangan bahasa Melayu; 2. Mengeja dan menulis tulisan jawi; 3. Menerangkan sistem perkamusan bahasa Melayu; dan 4. Menjelaskan prinsip-prinsip penterjemahan bahasa Melayu Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2,3, dan 4. Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Menghuraikan penggunaan sintaksis dalam buku Hikayat Abdullah dan Sejarah Melayu versi Shellabear serta analisis perkembangannya dengan bahasa Melayu standard pada masa ini. 2. Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlaku perubahan bentuk dan cara menulis huruf-huruf jawi pada zaman kesultanan Melayu Johor dengan tulisan jawi terkini. 3. Menilai keberkesanan penggunaan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA. 4. Mengenal pasti kesesuaian sari kata sebuah drama televisyen dengan menggunakan konsep dan kaedah penterjemahan bahasa Melayu. Tugasan Projek (100%) Bahasa Melayu mengalami proses perkembangan yang panjang dari zaman Melayu kuno sehingga ke zaman moden. Sepanjang proses perkembangan ini, banyak perubahan dan kemajuan yang berlaku kepada bahasa Melayu terutama dari aspek tulisan, ejaan, kosa kata, ayat dan makna. Keadaan ini menyebabkan isu kebahasaan menjadi agenda utama apabila bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa perpaduan, bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu di Malaysia. Oleh itu, pelbagai perancangan telah

Transcript of INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU …jpmipgmtaa.webs.com/JST_JUN2013/BMM3112.pdf · 1. Tugasan...

Page 1: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU …jpmipgmtaa.webs.com/JST_JUN2013/BMM3112.pdf · 1. Tugasan 1, 2, dan 4 dilaksanakan secara individu, ... Rumusan, dan cadangan yang diberikan

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PISMP

NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS :

BMM3112

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA

MELAYU, PERKAMUSAN DAN

TERJEMAHAN.

SEMESTER : 6 AMBILAN JANUARI 2011

TARIKH MULA 29 JULAI 2013 TARIKH HANTAR 6 SEPTEMBER 2013

Hasil Pembelajaran Kursus

1. Menghuraikan sejarah perkembangan bahasa Melayu;

2. Mengeja dan menulis tulisan jawi;

3. Menerangkan sistem perkamusan bahasa Melayu; dan

4. Menjelaskan prinsip-prinsip penterjemahan bahasa Melayu

Kerja kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2,3, dan 4.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Menghuraikan penggunaan sintaksis dalam buku Hikayat Abdullah dan Sejarah Melayu versi Shellabear serta analisis perkembangannya dengan bahasa Melayu standard pada masa ini.

2. Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlaku perubahan bentuk dan cara menulis huruf-huruf jawi pada zaman kesultanan Melayu Johor dengan tulisan jawi terkini.

3. Menilai keberkesanan penggunaan Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA.

4. Mengenal pasti kesesuaian sari kata sebuah drama televisyen dengan menggunakan konsep dan kaedah penterjemahan bahasa Melayu.

Tugasan Projek (100%) Bahasa Melayu mengalami proses perkembangan yang panjang dari zaman Melayu kuno sehingga ke zaman moden. Sepanjang proses perkembangan ini, banyak perubahan dan kemajuan yang berlaku kepada bahasa Melayu terutama dari aspek tulisan, ejaan, kosa kata, ayat dan makna. Keadaan ini menyebabkan isu kebahasaan menjadi agenda utama apabila bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa perpaduan, bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu di Malaysia. Oleh itu, pelbagai perancangan telah

Page 2: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU …jpmipgmtaa.webs.com/JST_JUN2013/BMM3112.pdf · 1. Tugasan 1, 2, dan 4 dilaksanakan secara individu, ... Rumusan, dan cadangan yang diberikan

2

dilaksanakan untuk memartabatkan bahasa Melayu melalui penyelarasan sebutan dan ejaan di peringkat nasional. Seterusnya, bahasa Melayu menjadi tunjang proses pembangunan negara apabila bahan-bahan media cetak dan elektronik diterjemahkan daripada bahasa asing oleh pakar-pakar penterjemah bahasa Melayu. Secara tidak langsung bahasa Melayu terus berkembang seiring dengan kemajuan dan pembangunan negara. Berdasarkan penyataan di atas, jawab semua soalan yang dikemukakan di bawah ini: 1. Menulis Kritikan Buku (20%)

-Menghurai penggunaan sintaksis dalam buku Hikayat Abdullah dan Sejarah Melayu versi Shellabear - Menganalisis perkembangan sintaksis dalam kedua-dua buah buku ini dengan bahasa Melayu standard.

2. Menulis Kajian Perpustakaan (30%)

- Mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan berlaku perubahan bentuk dan cara menulis huruf-huruf jawi pada zaman kesultanan Melayu Johor dan tulisan jawi moden kini.

3. Menulis Laporan Kajian (30%)

- Membuat soal selidik tentang keberkesanan penggunaan Kamus Dewan Edisi Keempat dalam kalangan guru pelatih IPGKTAA.

-Menulis laporan kajian di atas dengan lengkap. 4. Menulis esei (20%)

- Menulis sebuah esei tentang kesesuaian sari kata sebuah drama televisyen dengan menggunakan konsep dan kaedah penterjemahan bahasa Melayu. Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan 1, 2, dan 4 dilaksanakan secara individu, manakala tugasan 3 dilaksanakan secara berpasangan.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut:

3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini. 3.2 Jenis tulisan ialah Arial. 3.3 Saiz huruf ialah 11 3.4 Langkau antara baris ialah 1.5 3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association) 3.6 Lampiran

4. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. 5. Bibliografi mesti ada sekurang-kurangnya tiga sumber daripada buku, internet, artikel

jurnal, majalah, akhbar, prosiding, dan tesis yang tepat, sahih, dan memenuhi kehendak tugasan.

6. Semua tugasan dalam setiap soalan hendaklah ditaip dengan kemas dan sistematik. 7. Panjang setiap esei yang ditaip tidak melebihi 10 muka surat tidak termasuk

Page 3: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU …jpmipgmtaa.webs.com/JST_JUN2013/BMM3112.pdf · 1. Tugasan 1, 2, dan 4 dilaksanakan secara individu, ... Rumusan, dan cadangan yang diberikan

3

rujukan dan lampiran. 8. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu dari tugasan diterima. 9. Tugasan ini membawa markah 100% dengan wajaran 50%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi perlu menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Esei anda perlulah meliputi perkara yang berikut: i. Pengenalan yang menarik.

ii. Perkembangan isi dengan memberi huraian yang jelas dan contoh-contoh yang bertepatan.

iii. Implikasi soalan tugasan ini kepada pemahaman bidang bahasa dan pendidikan. iii. Rumusan, dan cadangan yang diberikan hendaklah menjurus kepada soalan

tugasan.

3. Penulisan esei perlu menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai, tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah dalam usaha menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.

4. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah

dikemukakan. 5. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah. 6. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

Tugasan disediakan oleh, Disemak oleh, (NOR ASIAH BINTI ISMAIL) (MOHD SHAMSUDDIN BIN NGAT DENIN) Penyelaras Kursus BMM3112 Pakar Bidang SME, Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang Kuala Lipis, Pahang Disahkan oleh, (ZAKARIA BIN KHALID) Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang