Instrumen Bertulis

9

Click here to load reader

description

PT3

Transcript of Instrumen Bertulis

  • INSTRUMEN CONTOH

    LEMBAGA PEPERIKSAAN

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    PENTAKSIRAN PERINGKAT MENENGAH RENDAH

    PENTAKSIRAN PUSAT 2014

    MATA PELAJARAN

    KERTAS 1

    UJIAN BERTULIS

  • Bahagian A

    1a) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan bahasa penggunaan imbuhan.

    Betulkan kesalahan tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu

    menyalin ayat itu semula.

    i) Pihak berkuasa telah berjaya mengesan tempat sembunyi pendatang tanpa izin yang wujud di negara kita.

    _______________________

    ii) Anggota masyarakat Kampung Muhibah menunjukkan kerjasama yang erat dalam usaha kumpulkan dana bagi membantu mangsa kebakaran.

    _______________________

    iii) Kejohanan olahraga yang diada secara dwitahunan oleh sekolah itu dilangsungkan dengan meriah.

    _______________________

    1b) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan

    tersebut pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu

    semula.

    i) Untuk memastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran, ibubapa hendaklah menggembleng usaha dengan pihak sekolah.

    _______________________

    ii) Aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah dapat menangani masalah sosial dalam kalangan murid-murid.

    _______________________

    iii) Kejohanan olahraga yang diadakan secara dwi tahunan oleh sekolah itu dilangsungkan dengan meriah.

    _______________________

  • 1c) Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal. Tulis jawapan

    anda pada ruang jawapan yang disediakan.

    i) Encik Azman ke pejabat atau pulang ke rumah?

    a) ______________________________________________________________

    b) ______________________________________________________________

    ii) Hanisah mengambil beg lalu masuk ke dalam kereta.

    a) ______________________________________________________________

    b) ______________________________________________________________

    iii) Nazri sedar bahawa dia telah melakukan kesilapan terhadap ibunya.

    a) ______________________________________________________________

    b) ______________________________________________________________

  • 1d) Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan gambar tersebut, tulis tiga

    peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.

    i. ____________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    ii. ____________________________________________________________

    ____________________________________________________________

    iii. ____________________________________________________________

    ____________________________________________________________

  • 2a) Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan

    yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    Telah genaplah empat puluh hari empat puluh malam. Maharaja

    Marakarma dan isterinya dihias dengan selengkapnya, dinaikkan ke atas

    perarakan panca persada tujuh tingkat, dihadap oleh segala raja, dan anak dara

    yang memegang puan. Kemudian diarak berkeliling negeri Mercu Indera tujuh

    kali. Maharaja Kisna Indera, Mengindera Dewa, raja Mengernalelaa, dan Raja

    Dikar Agas Peri pun menunjukkan kesaktian masing-masing, seperti Maharaja

    Kisna Indera memanah ke udara, turun hujan bunga rampai. Mangindera Dewa

    juga memanah ke udara, turun pula hujan air mawar, panah raja Mengernalelaa

    dapat mengeluarkan cahaya matahari, dan Dikar Agus Peri memanah ke udara,

    turun hujan permata ratna mutu manikam.

    Segala raja, menteri dan rakyat sekalian di negeri Mercu Indera

    menjunjung duli dan berdoa semoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan

    Puteri Cahaya Khairani menjadi raja di dalam negeri Mercu Indera itu.

    (Dipetik daripada prosa klasik Hikayat

    Marakarma, Antologi Harga Sebuah Lukisan,

    Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)

    i) Nyatakan unsur-unsur kesaktian yang diperlihatkan oleh beberapa watak yang terdapat dalam petikan prosa di atas?

    [3 markah]

    ____________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________

    ii) Petikan prosa di atas menggambarkan sebahagian daripada upacara pertabalan diraja. Apakah perkara-perkara yang dilakukan dalam upacara tersebut?

    [3 markah]

    ____________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________

    iii) Pada pendapat anda, mengapakah raja-raja pada zaman dahulu memiliki ilmu kesaktian?

    [4 markah]

    ____________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________

    ____________________________________________________________________

  • 2b) Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya

    dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    PANTUN EMPAT KERAT

    (Berjimat Cermat)

    Pergi belukar memasang pikat,

    Pulangnya lewat di hujung petang;

    Jikalau sentiasa berjimat cermat,

    Rezeki secupak terasa gantang.

    Indah nian pemandangan dunia,

    Dari timur hingga selatan;

    Sikap berjimat amalan mulia,

    Orang boros sahabat syaitan.

    Masak ranum buah ara,

    Jatuh sebiji di atas papan;

    Jika berjimat setiap perkara,

    Pasti terjamin masa hadapan.

    Sungguh pahit buah peria,

    Dimakan juga dibuat sayur;

    Membesar belanja sikap sesia,

    Hanya menambah beban kewangan.

    Singgah berehat di Kota Lama,

    Kuih dijamah air dihirup;

    Berjimat cermat suruhan agama,

    Jika diamal sejahteralah hidup.

    (Dipetik daripada antologi Kasut Kelopak

    Jantung, Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan

    Pustaka)

    i) Berdasarkan puisi di atas, nyatakan faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan

    mulia.

    [3 markah]

    __________________________________________________________________

    __________________________________________________________________

  • ii) Sesebuah puisi dihasilkan dengan penggunaan gaya bahasa yang menarik.

    Berdasarkan puisi di atas, berikan dua gaya bahasa yang menarik berserta dengan

    contoh yang sesuai.

    [3 markah]

    __________________________________________________________________

    __________________________________________________________________

    iii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara untuk mengeratkan hubungan persahabatan dalam kalangan kanak-kanak?

    [4 markah]

    __________________________________________________________________

    __________________________________________________________________

    __________________________________________________________________

  • 3. Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam carta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah

    perkataan.

  • Bahagian B

    Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada destinasi pelancongan di Malaysia.

    Anda boleh memilih untuk menjawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2. Panjang karangan

    anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

    DESTINASI PELANCONGAN

    DI MALAYSIA

    Soalan 1

    Ceritakan pengalaman anda semasa melawat ke destinasi pelancongan yang terkenal di

    negara kita.

    atau

    Soalan 2

    Kelab Pelancongan sekolah anda telah mengadakan lawatan ke destinasi pelancongan

    terkenal di negara kita. Sebagai Setiausaha Kelab Pelancongan, anda diminta untuk membuat

    laporan tentang lawatan tersebut.

    Sediakan laporan itu selengkapnya.

    KERTAS SOALAN TAMAT