Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan Sem 4

4
Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan 3.1 Pemerhatian Semasa menjalankan Pembelajaran Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah membuat pemerhatian ke atas beberapa aspek. Antara aspek-aspek yang diperhatikan ialah pentadbiran, budaya sekolah, kawasan persekitaran sekolah, aspek prasarana sekolah dan aspek murid-murid semasa di kawasan sekolah. Saya telah membuat pemerhatian dan merekodkan semua perkara dan data yang diperlukan dengan mencatatkan nota dan menangkap gambar. Dalam aspek pentadbiran, saya membuat pemerhatian terhadap Guru Besar , para guru, pentadbir am dan kerani. Merekalah yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala urusan sekolah dan masalah yang ditimbul di sekitar sekolah. Saya akan memerhati cara mereka melaksanakan tugas mereka. Saya juga akan membuat temu bual dengan mereka untuk mengetahui maklumat yang saya perlukan. Manakala dalam aspek budaya sekolah pula, saya dapat memerhati melalui pergaulan yang diamalkan antara guru besar dengan guru-guru, guru dengan murid-murid, murid-murid dengan murid-murid dan sebagainya. Suasana sekolah juga dapat saya perhatikan melalui interaksi dengan guru-guru dan murid-murid. Cara pertuturan antara guru dengan guru, murid dengan murid juga dapat dikesan semasa menjalankan PBS di sekolah. Selain itu, saya juga membuat pemerhatian dalam aspek kawasan sekolah. Saya akan membuat lawatan sekitar sekolah dan memerhati kebersihan dan keceriaan yang diamalkan oleh semua pihak di sekolah ini sedangkan membantu dalam perkembangan kanak-kanak yang masih kurang matang. Kebersihan dan keceriaan yang diamalkan di sekolah juga telah saya perhatikan supaya dapat mempelajari dan melaksanakan pada masa akan datang. Jadi saya akan meninjau setiap sudut di sekolah ini. Aspek yang seterusnya ialah aspek prasarana sekolah. Kemudahan yang sedia ada di sekolah ini juga dapat saya perlihatkan

description

pbs

Transcript of Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan Sem 4

Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan3.1 PemerhatianSemasa menjalankan Pembelajaran Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah membuat pemerhatian ke atas beberapa aspek. Antara aspek-aspek yang diperhatikan ialah pentadbiran, budaya sekolah, kawasan persekitaran sekolah, aspek prasarana sekolah dan aspek murid-murid semasa di kawasan sekolah. Saya telah membuat pemerhatian dan merekodkan semua perkara dan data yang diperlukan dengan mencatatkan nota dan menangkap gambar.Dalam aspek pentadbiran, saya membuat pemerhatian terhadap Guru Besar , para guru, pentadbir am dan kerani. Merekalah yang bertanggungjawab untuk menguruskan segala urusan sekolah dan masalah yang ditimbul di sekitar sekolah. Saya akan memerhati cara mereka melaksanakan tugas mereka. Saya juga akan membuat temu bual dengan mereka untuk mengetahui maklumat yang saya perlukan.Manakala dalam aspek budaya sekolah pula, saya dapat memerhati melalui pergaulan yang diamalkan antara guru besar dengan guru-guru, guru dengan murid-murid, murid-murid dengan murid-murid dan sebagainya. Suasana sekolah juga dapat saya perhatikan melalui interaksi dengan guru-guru dan murid-murid. Cara pertuturan antara guru dengan guru, murid dengan murid juga dapat dikesan semasa menjalankan PBS di sekolah. Selain itu, saya juga membuat pemerhatian dalam aspek kawasan sekolah. Saya akan membuat lawatan sekitar sekolah dan memerhati kebersihan dan keceriaan yang diamalkan oleh semua pihak di sekolah ini sedangkan membantu dalam perkembangan kanak-kanak yang masih kurang matang. Kebersihan dan keceriaan yang diamalkan di sekolah juga telah saya perhatikan supaya dapat mempelajari dan melaksanakan pada masa akan datang. Jadi saya akan meninjau setiap sudut di sekolah ini.Aspek yang seterusnya ialah aspek prasarana sekolah. Kemudahan yang sedia ada di sekolah ini juga dapat saya perlihatkan sepanjang PBS dijalankan. Saya akan meninjau jenis-jenis kemudahan yang terdapat di sekolah dan mengesankan fungsi terhadap proses P&P bagi murid-murid semasa berada di sekolah. Saya juga mengunjungi sekitar sekolah sambil mengambil gambar-gambar untuk dijadikan buktian seperti bilik darjah, makmal sains, bilik ICT, bilik guru, padang permainan, tandas dan sebagainya.Yang akhir sekali, saya akan membuat pemerhatian kepada murid-murid. Saya akan membuat pemerhatian ke atas murid-murid tentang pertuturan ,perlakuan dan tatasusila mereka sepanjang waktu di sekolah mahupun di dalam kelas mahupun di luar kelas. Cara pergaulan juga akan saya berikan perhatian untuk mengetahui komunikasi yang diamalkan dalam kalangan murid-murid dengan guru. Di samping itu, saya juga akan mengambil berat tentang respon murid semasa pengajaran guru dalam kelas. keaktifan murid dalam bidang akademik dan kokurikulum juga akan saya mengambil berat sepanjang PBS dilaksanakan.

3.2 Senarai SemakSaya akan membuat semakan tentang perkara secara satu demi satu dengan merujuk kepada senarai semak penyediaan portfolio yang telah disediakan sebelum menjalankan PBS. Selepas saya menghabiskan suatu perkara, saya akan membuat tanda pada senarai semak saya. Hal ini akan memudahkan saya dan mengelakkan saya ketinggalan sebarang maklumat yang perlu disediakan.Di samping itu, saya juga akan menyemak gambar-gambar yang ditangkap jelas dan sesuai untuk portfolio atau tidak. Dengan ini, saya akan tidak ketinggalan apa-apa dan dapat menjalankan tugasan ini dengan lebih sistematik dan lancar.

3.3 Temu BualSebelum menjalankan temu bual dengan para guru , saya akan membuat beberapa soalan mengikuti keperluan portfolio ini. Selepas temu bual, saya akan mengemaskini maklumat yang saya dapati. Soalan-soalan yang ditanya dapat dirujuk pada bahagian ilmu pengetahuan baru.

3.4 Soal SelidikSaya menggunakan peluang ini untuk membuat soal selidik tentang pertandingan Inovasi yang saya menyertai dalam kampus saya. Setelah saya mereka soalan-soalan itu, saya pun membahagi borang soal selidik tersebut kepada para guru dan murid.