pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

24
Ayat pada bahasa dalam pelbagai situasi ayat al-Quran mempunyai pelbagai makna antaranya lain seperti berikut: Pengumpulan Alquran al-quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w secara beransur- ansur selama lebih kurang 22 tahun 2 bulan dan 22 hari dan beliau sangat mengambil berat untuk menghafalnya dan kemudian membacakannya kepada para sahabat yang lain. baginda adalah orang yang pertama sekali mendapat penghormatan melakukan kerja mengumpul al-quran yang mulia dengan tujuan menghafal dan mengingatinya di dalam hati sebelum kerja tersebut diteruskan oleh orang lain. oleh yang demikian, baginda rasulullah s.a.w dianggap sebagai penghulu atau orang pertama menghafal dan mengingati al-quran. pengumpulan al-quran di dalam dada rasulullah s.a.w adalah seorang yang ummi(tidak tahu membaca dan menulis). oleh itu beliau berpegag teguh kepada kekuatan ingatannya untuk menghafal setiap wahyu yang diturunkan kepadanya. pernah berlaku, beliau tergopoh gapah membaca wahyu yang diturunkan kerana bimbang akan terlupa dan kemudiannya allah berjanji untuk memudahkannya untuk menghafal dan memahaminya seperti dalam firman-Nya: 114. Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang benar (pada segala-galanya). dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadaMu, dan berdoalah Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".

Transcript of pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

Page 1: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

Ayat pada bahasa dalam pelbagai situasi ayat al-Quran mempunyai pelbagai makna

antaranya lain seperti berikut:

Pengumpulan Alquran

al-quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w secara beransur-ansur selama lebih kurang 22 tahun 2 bulan dan 22 hari dan beliau sangat mengambil berat untuk menghafalnya dan kemudian membacakannya kepada para sahabat yang lain. baginda adalah orang yang pertama sekali mendapat penghormatan melakukan kerja mengumpul al-quran yang mulia dengan tujuan menghafal dan mengingatinya di dalam hati sebelum kerja tersebut diteruskan oleh orang lain. oleh yang demikian, baginda rasulullah s.a.w dianggap sebagai penghulu atau orang pertama menghafal dan mengingati al-quran.

pengumpulan al-quran di dalam dada

rasulullah s.a.w adalah seorang yang ummi(tidak tahu membaca dan menulis). oleh itu beliau berpegag teguh kepada kekuatan ingatannya untuk menghafal setiap wahyu yang diturunkan kepadanya. pernah berlaku, beliau tergopoh gapah membaca wahyu yang diturunkan kerana bimbang akan terlupa dan kemudiannya allah berjanji untuk memudahkannya untuk menghafal dan memahaminya seperti dalam firman-Nya:

  114. Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang benar (pada segala-galanya). dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadaMu, dan berdoalah Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".

dan Allah s.w.t berfirman lagi:

 16. Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

17. Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

18. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

Page 2: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

19. Kemudian, Sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

baginda rasulullah s.a.w amat menitik beratkan penghafalan dan penghayatan terhadap al-quran sehingga baginda sering mengisi malamnya dengan membaca ayat-ayat al-quran di dalam sembahyangnya, beribadah dengannya serta mentadabbur kandungannya. baginda beribadah sehingga bengkak kedua-dua kakinya kerana banyak berdiri, baginda mengumpulkan al-quran di dalam dadanya yang mulia dan setiap setahun sekali jibril a.s akan menyemak bacaannya dan hanya pada tahun terakhir hayat baginda, jibril telah datang sebanyak dua kali untuk menyemak bacaan baginda.

semasa al-quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya, masyarakat arab sedia terkenal sebagai bangsa yang mempunyai daya ingatan yang cukup kuat dan amat cepat menghafal. mereka juga terkenal dengan hafalan berates-ratus bait syair dalam pelbagai tema dan gaya bahasa. oleh itu tidak hairanlah sekiranya setelah mereka memeluk agama islam, mereka dapat menghafal kesemua ayat-ayat al-quran yang diajar oleh nabi Muhammad s.a.w dengan senang dan cepat tanpa sebarang masalah. malah mereka amat tertarik dengan gaya bahasa al-quran yang berlainan sekali dengan bahasa syair yang dicipta oleh pakar-pakar bahasa bangsa mereka.

oleh yang demikian para sahabat amat mengambil berat tentang al-quran dan mereka akan bersegera menghafalnya setiap kali rasulullah s.a.w mengajar kepada mereka dan kemudiannya mereka mengajar kepada isteri-isteri dan anak-anak mereka. pernah diriwayatkan bahawa baginda s.a.w sedang berjalan-di malam hari, kemudiannya baginda melintasi sebuah rumah sahabat dari golongan ansar lalu terdengar dengungan suara orang yang membaca al-quran sehingga membuat baginda terhenti kerana mendengar bacaan tersebut.

semasa hayat rasulullah s.a.w ini terdapat ramai bilangan para sahabat yang menghafal al-quran antaranya ialah keempat khalifah ar-rasyidin, said, muaz bin jabal, talhah, ibn mas’ud, huzaifah, salaim maula abu huzaifah, ibn umar, abu al-darda, aisyah, ibn abbas, hafsah, ummu salamah, mas’ab bin umair, ibn ummi maktum, zaid bin thabit, ubai bin ka’ab, muawiyah bin abi sufyan dan ramai lagi. ada di antar mereka yang telah diutuskan oleh rasulullah s.a.w ke tempat-tempat lain untuk mengajar al-quran kepada umat islam yang jauh seperti yang berlaku kepada mas’ab bin umair dan ibn abi maktum seta muaz bin jabal.

pengumpulan al-quran dalam tulisan

pada zaman rasulullah s.a.w masih hidup, al-quran bukan hanya dipelihara melalui system penghafalan sahaja, malahan, baginda turut memerintahkan sepaya ia ditulis oleh para penulis wahyu. rasulullah s.a.w telah melantik beberapa orang “kuttab”(penulis wahyu) untuk merakamkan wahyu-wahyu yang diturunkan. penulis-penulis wahyu ini mestilah terdiri daripada para sahabat yang dipercayai kejujurannya dan mampu mengendalikan tugas bersesuaian dengan tugasnya yang amat besar.

Page 3: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

rasulullah s.a.w telah melantik ramai para kuttab di antaranya ialah empat orang khalifah al-rasydin iaitu abu bakar, umar, uthman dan ali, muawiyah bin abi sufyan, zaid bin thabit, ubai bin ka’ab, Khalid bin al-walid, thabit bin qais, abbas bin sa’id dan lain-lain lagi.

setiap kali rasulullah s.aw menerima wahyu yang diturunkan oleh allah, baginda akan membacanya di hadapan para kuttab menulisnya. baginda memerintahkan mereka supaya menulis setiap ayat-ayat al-quran yang diturunkan kepadanya supaya ia selaras dengan apa yang telah dihafal di dalam dadanya. pada zaman ini, para kuttab telah menulis ayat-ayat yang diwahyukan itu di pelepah-pelepah tamar, ketulan-ketulan batu, tulang tulang unta dan biri-biri yang telah kering, kulit-kulit binatang, kepingan-kepingan kayu dan sebagainya.

penyusunan ayat dan surah

penyusunan ayat dan surah yang dimaksudkan di sii ialah penyusunan yang dibuat terhadap kesemua ayat dan surah sebagaimana didapati pada hari ini.

1.       penyusunan ayat secara taufiqi

kesemua ayat al-quran telah disusun secara taufiqi iaitu mengikut petunjuk dan arahan sebagaimana yang diberi oleh rasulullah s.a.w dan baginda pula mendapat perintah daripada allah taala. terdapat suatu hadith yang meriwayatkan bahawa jibril a.s telah berkata kepada rasulullah s.a.w ketika beliau membawa wahyu daripada allah taala:

kemudian baginda s.a.w akan berkata”letakkan ia di tempat yang demikian” itu kepada para kuttab, iaitu sebagai petunjuk dan arahan baginda untuk menyusun ayat-ayat dan surah-surah al-quran. oleh itu tidak syak lagi ahawa susunan ayat dalam setiap surah dan perletakkan basmalah di setiap permulaan surah adalah berdasarkan pertunjuk oleh perintah nabi Muhammad s.a.w dan ia dipersetujui oleh jumhur ulama’

oleh sebab itulah, segala ayat dan surah yang ada di dalam al-quran al-karim tidak boleh diubah atau ditukar kedudukannya walaupun ia melibatkan hanya satu ayat sahaja. sejarah juga tidak pernah mencatat peristiwa yang menunjukkan para sahabat menyusun ayat-ayat al-quran menurut sesuatu susunan yang menyalahi bacaan rasulullah s.a.w maka dengan sebab inilah juga, perkara mengenai susunan ayat-ayat al-quran secara taufiqi tersebut telah mencapai darjat tawatur.

2.       penyusunan surah secara taufiqi

sebagaimana penyusunan ayat al-quran yang dibuat secara taufiqi, begitulah juga dengan penyusunan surah al-quran, iaitu menurut petunjuk dan perintah baginda s.a.w ibn abbas r.a meriwayatkan:

Page 4: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

oleh itu jelaslah susunan surah yang ada pada hari ini sudah dimaklumki sejak zaman rasulullah s.a.w masih hidup lagi. dan penyusunan secara taufiqi ini meliputi keseluruhan surah al-quran dan ia merupakan pendapat yang rajah berbanding dengan pendapat yang mengatakan penyusunan sebahagian besar surah al-quran adalah secara taufiqi, sementara sebahagian lagi berdasarkan ijtihadi para sahabat.

sebab-sebab al-quran tidak dikumpulkan dalam satu mushaf

pada masa hayat rasulullah s.a.w baginda tidak bertindak mengumpulkan kesemua ayat dan surah al-quran ke dalam sebuah mushaf, tetapi baginda juga tidak terus mengasingkan keseluruh ayat dalam setiap surah itu ke dalam kepingan-kepingan yang berasingan. apa yang didapati ialah ayat-ayat al-quran tersebut bercampur-aduk dan berselerak di sana sini di rumah-rumah para sahabat. walaubagaimanapun, ada beberapa sebab dan alas an mengapa zaman ini tidak memperlihatkan gerakan mengumpul ayat-ayat al-quran di dalam satu mushaf sehinggalah baginda s.a.w wafat. antaranya ialah:

1.       al-quran tidak diturunkan sekaligus, malahan berlaku secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat. oleh itu, adalah sukar untuk menulisnya di dalam satu mushaf sahaja, melainkan setelah kesemua ayat al-quran tersebut sempurna diturunkan kepada baginda s.a.w.

2.       susunan ayat-ayat dan surah-surah tidak mengikut susunan penurunannya, apabila diteliti penyusunan yang dibuat terhadap al-quran jelaslah sesetengah ayat yang diturunkan kemudian, tetapi di dalam al-quran diletakkan di awal surah. sekiranya al-quran ditulis dan dikumpulkan ke dalam satu mushaf, maka pastilah ia perlu diubah setiap kali wahyu diturunkan kepada rasulullah s.a.w.

3.       semasa hayat baginda s.a.w. terdapat juga beberapa ayat al-quran yang dimansuhkan dengan turunnya ayat yang lain yang memansuhkannya. oleh itu, sekiranya semenjak awal lagi al-quran telah dikumpulkan dalam satu mushaf maka perubahan dan pindaan tertentu perlu dilakukan terhadap mushaf tersebut setiap kalisesuatu ayat dimansuhkan. ini hanya akan menyulitkan keadaan rasulullah tidak pernah menyuruh para sahabat mengumpulkan al-quran di dalam satu mushaf.

4.       penghafal-penghafal dan penulis wahyu yang terlalu ramai yang berada di pelbagai tempat menyebabkan tulisan-tulisan al-quran berselerak di sana sini. di samping itut, mereka tidak merasakan bahawa pengumpulan di dalam suatu mushaf adalah perlu kerana mereka telah menghafalnya di dalam dada masing-masing.

5.       jarak masa di antara ayat terakhir diturunkan kepada rasulullah s.a.w dan masa kewafatan baginda terlalu singkat iaitu selang masanya hanyalah sembila hari sahaja. masa yang terlalu pendek tidak memungkinkan baginda mengumpulkan keseluruhan al-quran di dalam suatu mushaf.

6.       belum terdapat sebab-sebab yang memerlukan pengumpulan al-quran di dalam satu mushaf keran pada masa itu umat islam berada di dalam suasana baik, aman, tidak ada fitnah memfitnah, di samping penghafal-penghafal al-quran masih ramai. tambahan pula alat-alat untuk kegunaan menulis adalah sukar untuk diperolehi kerana pada masa ini, mereka hanya mengukir tulisan di atas kepingan kayu, ketulan batu, kulit kulit kering dan tulang temulang.

Page 5: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

walaupun tidak ada pembukuan dan pengumpulan di dalam satu mushaf, al-quran al karim tetap dipelihara kerana para sahabat telah menghafal keseluruhan ayat-ayat al-quran mengikut cara yang ditunjukan oleh rasulullah s.a.w yang juga telah menerangkan tempat letak sesuatu ayat dan surah sebagaimana yang diarahkan oleh Allah Taala.

kesimpulannya pada masa rasulullah s.a.w masih hidup, alquran telah dihafal oleh ramai penghafal-penghafalnya di dalam dada masing-masing seperti yang diarahkan oleh rasulullah s.a.w. disamping itu, al-quran juga telah ditulis di atas kepingan-kepingan kayu, batu, kain, kulit dan sebagainya, seta dikumpulkan dan disimpan di rumah baginda s.a.w. para kuttab pula menyalin satu mushaf seorang untuk kegunaan diei mereka dan keluarga. oleh yang demikian, penghafalan ayat-ayat al-quran dalam susunan yang teratut serta penulisannya menjamin keutuhan dan keaslian al-quran sebagaimana yang dijanjikan oleh allah s.w.t. di dalam firmannya:

9. Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.

Zaman Abu Bakar as-Siddiq

setelah baginda rasulullah s.a.w wafat, sahabat baginda saidina abu bakar as-siddiq dilantik sebagai khalifah pertama untuk menyambung tugas-tugas rasulullah s.a.w. pada masa itu timbul pelbagai gerakan daripada orang ramai yang menyangka bahawa agama islam tamat dengan kematian rasulullah s.a.w. dan sesetengahnya pula enggan membayar zakat.

saidina abu bakar telah berusaha habis-habisan untuk membanteras penyelewengan-penyelewengan yang berlaku dengan menghantar tentera-tentera islam memerangi golongan tersebut. pada tahun 12H, beliau telah menghantar Khalid al walid mengetuai tentera islam memerangi musailamah al kazzab yang mengakui dirinya sebagai nabi dan pengikut-pegikutnya daripada bani hanifah yang telah murtad. Khalid bin al walid telah ke suatu tempat bernama al-yamamah bersama-sama 4000tentera islam untuk melaksanakan tugas yang berat itu. peperangan yang sengit ini akhirnya meragut banyak nyawa tentera muslin dan ramai para penghafal al-quran yang syahid iaitu tidak kurang daripada 70orang termasuk zaid bin al khattab, saudara kepada umar bin al khattab. peperangan ini berlanjutan sehingga datangnya pertolongan allah yang kemudiannya menghancurkan tentera musailamah. tentera islam berjaya mengejar mereka dan mengepungnya dalam sebuah kebun kurma. kemudiannya al-barra bin malik memanjat tembok kebun tersebut dan berjaya membuka pntu tembok untuk memberi laluan kepada tentera islam bagi membunuh musailamah dan pengikut-pengikutnya. peperangan yang dahsyat dan sengit ini berakhir dengan kemenangan terhadap umat muslimin.

peristiwa yang menyedihkan itu menjadi satu pukulan yang besar terhadap saidina umar, lalu beliau menemui khalifah abu bakar dan mencadangkan supaya al-quran dikumpulkan ke dalam satu mushaf yang teratur ayat dan surahnya. cadangan itu dibuat

Page 6: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

berasaskan kebimbangan umar akan kemungkinan hilangnya al-quran disebabkan kematian para penghafalnya.

walaubagaimanapun, pada mulanya abu bakar enggam melaksanakan cadangan umar, kerana beliau merasakan cukup berat untuk melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh rasulullah semasa hidup baginda. tetapi umar tidak putus asa, akhirnya khalifah abu bakar dapat diyakini akan manfaat daripada cadangan beliau itu. apabila khalifah abu bakar dapat melihat kebaikan cadangan umar tersebut, lalu beliau mengarahkan zaib ibn thabit melaksanakan tugas itu. zaid ibn thabit dipilih berdasarkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang pemuda yang bijak dan termasuk salah seorang daripada penulis wahyu serta menghafal al-quran dan pernah menghadiri majlis tadarrus al-quran antara nabi dan jibril.

di peringkat permulaan menerima arahan, zaid sebagaimana yang telah berlaku kepada khalifah abu bakar teragak-agak juga untuk menjalankan tugas tersebut dengan alas an bahawa perkara itu merupakan suatu yang tidak dilakukan oleh rasulullah semasa hidup baginda. tetapi akhirnya beliau juga dapat diyakini sepertimana yang berlaku kepada khalifah abu bakar.

dalam melaksanakan tugas berat itu zaid telah dibantu oleh sahabat lain dengan bertindak menyalin satu persatu ayat-ayat yang sudah sedia ada tertulis pada pelepah-pelepah tamar, kulit dan ketulan batu serta membandingkannya dengan hafalan-hafalan para sahabat dan hafalan beliau sendiri. selain dari itu, beliau tidak akan menulis sebagai al-quran kiranya tidak ada dua orang saksi yang adil, menyatakan mereka menyaksikan ayat itu diterima daripada nabi. dalam erti kata lain, kedua-dua sumber yang ada pada waktu itu, iaitu hafalan dan catatan atau tulisan digunakan dengan teliti oleh zaid dalam proses melaksanakan tugas yang diamanatkan oleh khalifah abu bakar.

zaid telah mengambil masa lebih kurang satu tahun untuk menyempurnakan tugas beliau itu. apabila telah selesai penulisannya, naskah al-quran itu diberi nama mashaf abu bakar . bentuk penulisan mashaf itu adalah meliputi keseluruhan ketujuh-tujuh huruf atau al-ahraf al-sab’ah yang mana di atasnya al-quran diturunkan. ini bermakna mashaf abu bakar ini adalah selaras dan sama dengan catatan yang dikumpulkan pada zaman nabi. mashaf abu bakar itu pada mulanya disimpan di bawah jagaan khalifah abu bakar sehinggalah beliau meninggal dunia. kemudian di simpanpula oleh khalifah umar al-khattab di sepanjang tempoh pemerintahannya. setelah khalifah umar meninggal dunia, mashaf tersebut diletakkan pula dibawah jagaan anaknya, iaitu hafsah binti umar.

sebagai rumusannya, dengan pengesyoran umar dan pelaksanaan tugas zaid ibn thabit, maka terhasillah mashaf abu bakar dalam bentuk penulisannya yang meliputi ketujuh-tujuh huruf yang di atasnya al-quran diturunkan. dengan itu juga, terselamatlah dan terjaga ketulinan al-quran disebabkan kematian para penghafal al-quran.

Zaman Saidina Uthman bin Affan r.a

Page 7: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

pengumpulan al-quran di zaman khalifah uthman bin affan r.a adalah kerana sebab-sebab yang berbeza dari yang dihadapi oleh khalifah abu bakar as-siddiq dahulu. semasa pemerintahan khalifah umar al-khattab r.a empayar islam telah dapat diperluaskan hingga mewujudkan suatu kawasan yang amat besar. para sahabat telah dihantar kenegeri-negeri dan kota-kota taklukan islam untuk mendakwah penduduk negeri tersebut dengan ajaran islam yang suci. di samping itu juga para sahabat turut mengajar al-quran dan cara bacaannya kepada penduduk tempatan mengikut cara masing-masing. oleh itu timbillah ketidak seragaman bacaan di antara penduduk satu negeri dengan negeri yang lain.

penduduk negeri syam membaca alquran dengan bacaan ubai bin kaab, penduduk kufah pula menggunakan bacaan Abdullah bin mas’ud sementara yang lainnya pula membaca dengan bacaan abu musaal-as’ari. kesemua bacaan dan cara penyampaian para sahabat ini berbeza di antara satu sama lain. mereka hanya menggunakan qira’at yang mereka ketahui sahaja di samping mereka tidak pula mengajar qira’at tujuh kepada penduduk tempatan. tambahan pula mereka tidak mempunyai satu mushaf umum untuk dijadikan rujukan sekiranya mereka menghadapi masalah.

pendapat ini telah menimbulkan pergaduhan dan pertentangan pendapat di antara sesame mereka sehingga hampir kedapatan orang yang mengkufurkan yang lain disebabkan perbezaan bacaan tersebut. pertelingkahan ini berlaku bukan hanya di antara puak-puak orang Iraq sendiri. satu riwayat menerangkan:

pada masa pemerintahan al-walid bin ‘uqba, yazid bin muawiyah berada di sebuah masjid dan bersama-sama ialah huzaifah. tiba-tiba seorang pegawai berkata: “sesiapa yang mengikut bacaan abu musa, pergilah ke sudut berhampiran dengan pintu kinda. dan sesiapa yang mengikut bacaan Abdullah pergilah kesudut berhampiran rumah Abdullah.” mereka bersepaka membaca surah al baqarah ayat 196. satu kumpulan membaca “tunaikanlah haji ke kaabah.” huzaifah menjadi sangat marah, matanya merah lalu bangun dan membuka qamisnya sehingga ke pinggang. walaupun ketika itu beliau berada di dalam masjid. huzaifah berkata: “adakah sesiapa yang akan menemui amirul mukmini atau saya sendiri yang akan pergi.”

riwayat ini menjelaskan bahawa huzaifah bimbang keaslian agama islam akan tercemar seperti agama-agama samawi yang lain yang telah berpecah kepada beberapa bahagian hanya kerana perselisiha umatnya terhadap bacaan kitab suci mereka. abu huzaifah juga pernahmendengar penduduk kufah berkata “naskah Abdullah” sementara penduduk basrah berkata “naskah abu musa” lalu beliau berkata “demi allah, sekiranya aku berjumpa amirul mukmini, aku akan mencadangkan supaya bacaan-bacaan ini dihapuskan.

al-bukhari telah merakamkan peristiwa mengenai abu huzaifah membuat laporan kepada khalifah uthman bin affan di dalam sahihnya. beliau meriwayatkan daripada anas bin malik katanya huzaifah al yaman datang menghadap khalifah uthman sebaih sahaja beliau selesai berperang bersama-sama orang syam dan Iraq memerangi Armenia dan Azerbaijan. beliau amat terkejut dengan pertelingkahan yang berlak di antara penduduk

Page 8: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

syam dan penduduk Iraq mengenai bacaan al-quran. lalu huzaifah menyarankan oendapat kepada uthman dengan berkata:wahai amir al mukminin, selamatkanlah mereka itu sebelum pertelingkahan mereka tentang al-quran mereka merebak seperti yang telah berlaku kepada bangsa yahudi dan nasrani.” lantas saidina uthman bersegera menghantar utusan kepada hafsah sambil berkata: semoga puan dapat menghantarkan kepada kami naskah al-quran yang puan simpan supaya kami dapat menyalinnya menjadi beberapa nashkah mashaf dan kemudiannya kami akan kembalikannya semula kepada puan.” hafsah pun menghantarkan naskhah al-quran itu kepada uthman dan beliau segera memerintahkan zaid bin thabit, Abdullah bin zubair, sa’id bin al-as dan abdul rahman bin harith bin hisyam supaya menyalin semula nashkah al-quran itu ke dalam beberapa nashkah mashaf yang lain. di samping itu saidina uthman berpesan kepada ketiga-tiga pemuda quraisy tadi dengan berkata: “sekiranya timbul sebarang perselisihan di antara kamu bertiga dengan zaid bin thabit mengenai sesuatu berkenaan al-quran, maka hendaklah kamu menulis perkara itu menurut lahjah quraisy, keran sesungguhnya al-quran diturunkan dengan lidah quraisy. selepas itu mereka terus bekerja melaksanakan perintah tersebut. apabila tugas tersebut selesai, maka nashkah asalnya dikembalikan semula kepada hafsah. kemudian, nashkah-nashkah yang telah disalin itu dihantar ke seluruh tempat iaitu satu nashkah untuk satu tempat dan khalifah memerintahkan supaya salinan-salinan nashkah yang lain dibakar.

dengan adaya mashaf uthman ini, maka para sahabat yang berada di merata tempat dapat menjadikannya sebagai rujukan tanpa perlu bergantung kepada cara bacaan mereka sendiri. usaha-usaha murni ini telah dapat menghapuskan pertelingkahan dan perselisihan pendapat di antara umat islam sesame sendiri.

Masa Penyalinan Nashkah

keempat-empat sahabat yang telah diperintahkan oleh sidina uthman r.a untuk mengumpul dan menyalin semula al-quran itu telah memulakan kerja-kerja mereka pada tahun 25H. mereka betungkus lumus bekerja menyalin beberapa nashkah al-quran dengan berpandukan nashkah asal yang disimpan oleh hafsah binti umar al-khattab dan apabila selesai, nashkah tersebut dikembalikan semula kepada beliau.

pada tahun 65H, khalifah marwan bin al-hakam cuba mendapatkan nashkah asal tersebut daripada hafsah untuk dibakar, namun beliau enggan menyerahkannya. tetapi apabila hafsah wafat, nashkah tersebut diambil dan dibakar oleh khalifah marwan. beliau mempertahankan tindakannya dalam nashkah tersebut telah pun disalin dan terpelihara dalam mashaf imam. beliau khuatir nashkah tersebut akan menyebabkan kelahiran segolongan manusia yang meragui kebenaran nashkah itu.

Keistimewaan Mashaf Uthman

al-zarqani telah menyebut beberapa keistimewaan dan kelebihan mashaf uthman, iaitu:1.       mengumpul ayat-ayat yang diriwayatkan secara tawatur sahaja tanpa memasukkan

riwayat ahad.

Page 9: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

2.       meninggalkan ayat yang dinasakhkan bacaannya dan tidak dibaca pada pembentangan yang terakhir.

3.       menyusun surah-surah dan ayat-ayat seperti yang ada sekarang. berbeza denganmashaf abu bakar r.a yang menyusun ayat-ayat tanpa menyusun surah-surahnya.

4.       menulis dengan mengumpulkanpelbadai cara qira’at dan huruf-huruf yang diturunkan al-quran dan tanpa member baris dan titik.

5.       membersihkan mashaf daripada ayat-ayat yang bukan al-quran seperti keterangan-keterangan ayat yang ditulis oleh sahabat pada mashaf mereka atau pun tanda-tanda masikh dan sebagainya.

Kesimpulannya  

pengumpulan, penulisan dan pembukuan al-quran berlaku dalam tiga peringkat iaitu zaman rasulullah s.a.w zaman abu bakar r.a dan zaman uthman. kesemua peringkat ini menunjukkan bahawa al-quran telah dijaga dan dipelihara dengan begitu teliti dan sempurna untuk mengelak sebarang perubahan dan penyelewengan.

sumber :

http://www.onislam.net/english/shariah/muhammad/his-

companions/453000-zaid-ibn-thabit.html

http://soaljawabquranhadis.blogspot.com/2008/12/bagaimanaka

h-surah-dan-ayat-quran.html

Bukti-bukti Sains Dan Sejarah Kerasulan Muhammad s.a.w

terbitan PTS Milenia 2008 ditulis oleh Dr. Danial Zainal

Abidin 

Page 10: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

Tertib dan Susunan Surah-surah Al-Quran.

Oleh : Ibnu Jaffar

1.0 Pendahuluan

Menurut jumhur ulama , jumlah surah al-Quran ialah 114 surah dan ia pula tidak sama panjang dan pendeknya. Di mana ada surah yang panjang dan ada yang pendek . Antara surah yang terpanjang ialah surah al-Baqarah iaitu 286 ayat. Manakala surah yang terpendek ialah surah al-Kauthar yang mengandungi 3 ayat.

Surah-surah al-Quran dari segi panjang pendeknya terbahagi kepada empat iaitu ; a) Assab’uthiwaal iaitu tujuh surah yang panjang iaitu ; al-Baqarah, Ali Imran, al-Nisaa’, al-A’raf, al-An’am al-Maidah dan Junusb) Al-Miuun iaitu surah-surah yang berisi kira-kira seratus ayat lebih seperti ; Surah hud, Surah Yusuf dan Surah al-Mukmin.c) Al-Matsaani iaitu surah-surah yang kurang dari seratus ayat seperti ; Surah al-Anfal, al-Hijr dan sebagainya.d) Al-Mufasal iaitu surah-surah pendek seperti; Surah al-Dhuha , Surah al-Ikhlas dan sebagainya.

Jumlah bilangan ayat al-Quran pula , mengikut Ulama al-A’dad di dalam Kitab Ilmu al-Fawasil, di dalam menentukan jumlah yang sebenarnya ayat-ayat kitab suci, kita terpaksa berpandukan kepada ulama yang telah diiktiraf iaitu ada sebanyak tujuh ulama al-A’dad. Menurut ulama ahli madinah al-Awwal sebanyak 6 217 ayat. Menurut ulama ahli madinah Assani iaitu sebanyak 6 214 manakala pendapat ulama ahli Mekah sebanyak 6219 ayat. Menurut ulama ahli Basrah pula, sebanyak 6 204 ayat dan menurut ulama ahli Dimasyki pula sebanyak 6 227 ayat. Ulama ahli Himsi menyatakan sebanyak 6 232 dan akhirnya, menurut pendapat ahli Kufah iaitu sebanyak 6 236 ayat.

2.0 Pengertian surah

Menurut Kamus Dewan Bahasa Surah, membawa maksud bab atau fasal ( yang mengesahkan sesuatu ) dari al-Quran. Surah juga dimaksudkan sebagai sejumlah atau sekumpulan ayat al-Quran yang terbentuk secara tersendiri dengan mempunyai permulaan dan akhiran.

3.0 Tertib surah

Berkaitan dengan tertib dan susunan surah al-Quran, ulama berselisih pendapat. Pendapat tersebut dapat dibahagikan kepada tiga pendapat.

3.1 Pendapat pertama

Pendapat ini didokong oleh Abu Ja’far al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari. Mereka berpendapat bahawa tertib surah dalam al-Quran adalah melalui penetapan dan taufiqi daripada Rasulullah sama seperti tertib ayat. Di mana baginda pula diberitahu melalui malaikat Jibril di atas perintah

Page 11: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

daripada Allah. Justeru itulah, al-Quran semenjak zaman nabi telah tersusun surah-surahnya sampai kini.

Bukti-bukti pendapat mereka ada empat .

3.1.1 Pengumpulan dan Mashaf Uthmani disusun secara tertib mengikut zaman nabi dan tidak ada seorang sahabat pun yang berselisih tentangnya dari situ jelaslah ia adalah merupakan suatu ijma’.

3.1.2 Rasululullah juga membaca beberapa surah secara tertib di dalam sembahyang baginda. Hal itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi Ibn Syaibah yang bermaksud : “Nabi pernah membaca beberapa surah Mufassal ( surah pendek) dalam satu rakaat”.

3.1.3 Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn mas’ud yang berkata maksudnya : “Surah Bani Isra’il , al-Kahfi, al-Mariam, Taha dan al-Anbiya’:Surah-surah itu termasuk kategori surah yan diturunkan di Mekah dan yang mula-mula aku pelajari”. Selepas itu Ibn Mas’ud menyatakan surah-surah itu secara berurutan sebagaimana tertibnya susunan yang ada dalam mashaf sekarang.

3.1.4 Ulama telah sepakat mengatakan wajib menghormai tertib surah-surah al-Quran yang telah tersusun al-Quran yang telah tersusun dalam Mashaf Uthmani kerana penyusunan dan penulisannya telah ijma’.

3.2 Pendapat kedua

Pendapat ini mengatakan tertib surah adalah dengan berpandukan kepada ijtihad para sahabat berpandukan ingatan dan perbezaan tertib yang ada di dalam mashaf-mashaf milik mereka. Pendapat ini disokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu Bakar.

3.2.1 Hujah pendapat kedua

Para sahabat berbeza di antara mereka sebelum khalifah Uthman Ibn Affan memerintahkan supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah itu berdasarkan taufiqi, tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf di kalangan para sahabat.

3.2.1.1 Mashaf para sahabat berbeza di antara mereka sebelu khalifah Uthman Ibn Affan memerintahkan supaya ditulis secara seragam. Sekiranya tertib surah itu berdasarkan taufiqi, tentu tidak ada perselisihan atau perbezaan mashaf di kalangan para sahabat. Bukti pernyataan tersebut ialah seperti berikut :-

a) Mashaf milik Saiddina Ali mengikut tertib nuzul al-Quran atau masa turun. Iaitu dimulai dengan surah al-A’laq, al-Muddathir, al-Muzammil, al-Masad, al-Takwir seterusnya hingga akhir surah Makki dan Madani.

b) Mashaf milik Ibn Mas’ud yang pertama ditulis adalah surah al-Baqarah, al-Nisa’ kemudian Ali ‘Imran.

Page 12: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

c) Dalam Mashaf Ubai Ibn Ka’ab yang pertama ditulis ialah al-Fatihah, al-Baqarah, al-Nisa’ dan kemudian Ali ‘Imran.

3.2.1.2 Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Asytah daripada Ismail Ibn Abbas daripada Hibban Ibn yahya daripada Abu Muhammad al-Qurasyiy beliau berkata :“Uthman telah memerintahkan kepada para sahabat supaya menyusun atau mentertib surah-surah yang panjang-panjang. Kemudian ia menjadikan Surah al-Anfal dan surah al-Taubah di dalam kumpulan “Tujuh” dan surah yang ke tujuh. Dan ia tidak memisahkan di antara surah al-Anfal dengan surah al-Taubah dengan Basmalah.”

3.3 Pendapat ketiga

Pendapat ini mengatakan bahawa sebahagian daripada surah itu tertibnya secara taufiqi atau penetapan nabi, manakala sebahagian yang lain pula berdasarkan ijtihad para sahabat. Pendapat ini sebagaiana yang dinyatakan oleh Ibn hajar : “Tertib sebahagian besar surah adalah bersifat taufiqi. Sebagaimana hadis daripada Huzaifah al-Thaqafi , terjemahannya :

Rasulullah berkata kepada kami :”Telah datang kepadaku waktu untuk membaca bahagian ( hizb) daripada al-Quran, maka aku tidak mahu keluar sebelum selesai membacanya.” Lalu kami tanyakan kepada para sahabat Rasulullah :”Bagaimanakah kamu semua membuat pembahagian al-Quran?”. Mereka menjawab “Kami membahagikannya kepada tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan bahagian al-Mufassal dari Qaf hingga tamat.

Berpandukan dalil tersebut, Ibn hajar berpendapat bahawa ia menunjukkan tertib surah seperti yang terdapat dalam mashaf sekarang adalah tertib surah semenjak zaman nabi, namun begitu berdasarkan dalil tersebut, kemungkinan tertib surah pada masa itu hanya bahagian mufassal sahaja.

4.0 Rumusan

Sebagai rumusannya, pendapat pertama adalah pendapat yang rajih dan lebih tepat iaitu tertibnya berdasarkan taufiqi sama dengan tertib ayat-ayat. Hal ini telah disokong dan dinyatakan oleh Abu Bakar Ibn al-Anbari : “Allah telah menurunkan al-Quran seluruhnya ke langit Dunia. Kemudian ia menurunkan secara beransur-ansur. Sesebuah surah itu turunnya kerana sesuatu peristiwa yang berlaku dan ayat turun sebagai jawapan orang yang bertanya. Dalam hal itu pula , Jibril sentiasa memberitahu nabi dimanakah sesebuah surah dan ayat itu seharusnya diletakkan. Justeru itu, semua susunan surah dan ayat adakah menurut penetapan nabi.”

Antara lain, pendapat kedua dan ketiga boleh disangkal kerana pendapat pertama berdasarkan ijma’ dan dalil bahawa ada taufiqi daripada nabi sebagaimana yang dikemukakan oleh pendapat

Page 13: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

pertama dengan menemukakan hadis riwayat al-Bukhari yang merupakan hadis sahih dan tidak dapat dipertikaikan jika dibandingkan dengan riwayat lain.

Antara lain juga , hadis yang dijadikan sandaran oleh pihak ketiga bukanlah hadis marfu’ kepada nabi. Seterusnya untuk menyangkal persoalan yang berkaitan dengan berlaku perbezaan itu sebelum para sahabat tahu ada taufiqi daripada nabi.

Dengan penerangan itu dapatlah dinyatakan bahawa terdapat tiga pendapat tentang tertib dan susunan surah-surah al-Quran. Pendapat pertama didokong oleh Abu Ja’afar al-Nahhas dan Abu Bakar al-Anbari, iaitu melalui penetapan taufiqi daripada nabi. Pendapat kedua didokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu bakar iaitu pendapat mereka , berpandukan ijtihad para sahabat , manakala pendapat ketiga didokong oleh Ibn hajar iaitu sebahagian taufiqi daripada nabi dan sebahagian lain adalah ijtihad para sahabat. Maka rumusannya ialah pendapat yang pertama adalah lebih rajih iaitu tertib dan susunan surah-surah al-Quran melalui penetapan taufiqi.

Rujukan

Hassan Mahmud al-Hafiz , Tajwid al-Quran , 1986 , Dinie Publishers, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002 , Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Zulkifli bin Hj. Mohd. Yusoff, Kunci Mengenal al-Quran, 1996, Berita Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Rosmawati binti Ali , Pengantar Ulum al-Quran , 1997 , Pustaka Salam Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Yayasan Penyelenggara Penterjemah al-Quran , Al-Quran dan Terjemahannya , 1974 , Menteri Agama Republik Indonesia . Dicatat oleh Ibnu Ja'far E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Pinterest Label: Perbezaan Pendapat Ulama’ Tentang Tertib dan Susunan Surah-surah Al-Quran.

Page 14: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

PENYUSUNAN AL-QURAN

PENGERTIAN AYAT

BAHASA

a)    Tanda atau Alamat.

ßNqç$G9$# ãNà6u‹Ï?ù'tƒ br& ÿ¾ÏmÅ6ù=ãB sptƒ#uä ¨bÎ)...…

... Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) datangnya kepada kamu peti Tabut…

Surah al-Baqarah (ayat 248)

b)     Bukti atau Dalilÿ

ä3s9 ÷t,n=y{ br& ¾ÏmÏG»tƒ#uä ô`ÏBur...

Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki)…

Surah al-Rum (ayat 21)

c)     Keterangan.

ö@y™ ûÓÍ_t/ Ÿ ƒ@ ÏäÂuŽó Î) öNx. Oß »g oY÷�s?#uä ô`ÏiB ¥ptƒ#uä 7puZÉi�t/ 3

Bertanyalah kepada Bani Israil, berapa banyak keterangan-keterangan

Yang telah Kami berikan kepada mereka (sedang mereka masih ingkar)?...

Surah al-Baqarah (ayat 211)

d)    Mukjizat.

Z ptƒ#uä ÿ¼çm¨Bé&ur zNtƒó�tB tûøó$# $uZù=yèy_ur....

Dan Kami jadikan (Nabi lsa) Ibni Maryam serta ibunya sebagai satu tanda (mukjizat)…

Surah al-Mu’minun (ayat 50)

Page 15: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

�        ISTILAH

a.       Sejumlah kalam Allah yang terdapat di dalam sesebuah surah daripada al-Quran.b.      Sesuatu kumpulan ucapan yang mempunyai awal dan akhir yang termasuk di dalam suatu

surah di dalam al-Quran PENYUSUNAN AYAT

  Jumhur ulama berpendapat bahawa tertib penyusunan ayat al-Quran adalah taufiqi daripada Rasulullah SAW.

  Imam al-Suyuti juga mengatakan penyusunan ayat al-Quran adalah taufiqi daripda Rasulullah SAW.

  Ijma’ ulama dan nas menegaskan bahawa tertib ayat adalah taufiqi daripada Rasulullah.  Setiap kali turun wahyu atau ayat al-Quran Jibril akan menunjukkan dan memberi panduan

kepada baginda dimanakah ayat-ayat itu diletakkan.JUMLAH AYAT

  Jumhur ulama telah bersepakat mengatakan bahawa jumlah ayat al-Quran ialah 6,200 ayat lebih.

  Oleh itu, ulama berselisih pendapat tentang jumlah tepat atau berapa jumlah sebenar yang dikatakan lebih 6,200 ayat lebih.PENDAPAT

      Menurut ulama madinah, jumlah ayat al-Quran ialah 6217 ayat. Pendapat ini disokong oleh Nafi’

      Menurut ulama Mekah yang diriwayatkan oleh Ibn Kathir, jumlah ayat al-Quran ialah 6,220.

      Menurut ulama Basrah yang diriwayatkan oleh Asim, jumlah ayat al-Quran ialah 6205.

      Menurut ulama kufah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Hamzah, jumlah ayat al-Quran ialah 6236.

SURAH

Sejumlah ataupun sekumpulan ayat-ayat al-Quran yang terbentuk secara tersendiri dengan mempunyai permulaan dan pengakhiran.

  JUMLAH SURAH :

  Mengikut jumhur ulama dan mashaf ibn Abbas Jumlah surah al-Quran sebenarya 114 surah.

  Al-Quran juga mengandungi 30 juz, 60 hizib atau bab dan terdiri daripada 554 Ruku’.

  Menurut ulama salaf , jumlah surah al-Quran ialah 113. Mereka berpendapat demikian kerana mengira surah al-Anfal dan surah al-Taubah satu surah sahaja, kerana surah al-Taubah yang tidak ada Basmalah

Page 16: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

PENYUSUNAN SURAH

�        Abu Ja’far an-Nas berkata : pendapat yang terpilih, pengaturan surah adalah taufiqi daripada nabi SAW.

�        Malik , Qadhi Abu Bakar & Jumhur Ulama Mutaakhirin : urutan surah berdasarkan ijtihad para sahabat.

�        penyusunan ayat al-Quran dalam sesebuah surah adalah ketentuan daripada nabi yang mendapat petunjuk serta wahyu daripada ALLAH.PENDAPAT ULAMA’

PENDAPAT PERTAMA:

  Pendapat ini disokong oleh Abu Ja’far dan Abu Bakar al-Anbari, mereka berkata : bahawa tertib surah al-Quran adalah taufiqi daripada daripada Rasulullah SAW.

  Baginda diberitahu melalui malaikat Jibril di atas perintah Allah. Justeru itu al-Quran semenjak zaman nabi sudah tersusun surahnya sampai ke zaman kita sekarang.Antara buktinya ialah :

a)     Pengumpulan Mashaf Uthmani disusun secara tertib mengikut zaman Nabi dan tidak ada seorang pun berselisih tentangnya. Jelas ia adalah merupakan satu Ijma’.

b)     Baginda membaca beberapa surah secara tertib di dalam sembahyang.

PENDAPAT KEDUA :

a)     Pendapat ini mengatakan tertib surah dengan berpandukan kepada ijtihad para sahabat berpandukan ingatan dan perbezaan tertib yang ada di dalam mashaf-mashaf milik mereka.

b)     Pendapat ini di sokong oleh Imam Malik dan Qadhi Abu Bakar.

c)      Ulama berpendapat demikian dengan membawa hujah mereka :

a)     Mashaf para sahabat berbeza diantara mereka sebelum Khalifah Umar Ibn Affan memerintahkan supaya ditulis secara seragam.

PENDAPAT KETIGA :

a)     Pendapat ini mengatakan bahawa sebahagian daripada surah itu tertibya secara taufiqi daripada Nabi SAW . Manakala sebahagian yang lain berdasarkan ijtihad para sahabat.

RUMUSAN

i. Pendapat pertama adalah rajih dan lebih tepat. Iaitu tertibya berdasarkan taufiqi, sama dengan tertib ayat-ayat.

Page 17: pengumpulan dan penyusunan al quran.docx

ii. Pendapat kedua dan ketiga dapat disangkal, kerana pendapat pertama berdasarkan ijma’ dan dalil taufiqi daripada Nabi.

FAEDAH PEMBAHAGIAN SURAH & AYAT.

1. Untuk membuktikan semua surah adalah mukjizat dan daripada Allah. Sama ada surah itu panjang atau pendek, ia adalah kalam Allah.

2. Menambah keyakinan bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW dan ia adalah daripada Allah dan tidak dapat ditandingi oleh manusia.

3. Firman Allah SWT

bÎ)ur öNçFZà2 ’Îû 5=÷ƒu‘ $£JÏiB $uZø9¨“tR 4’n?tã $tRωö7tã (#qè?ù'sù ;ou‘qÝ¡Î/ `ÏiB ¾Ï&Î#÷VÏiB (#qãã÷Š$#ur Nä.uä!#y‰ygä©

`ÏiB Èbrߊ «!$# cÎ) öNçFZä. tûüÏ%ω»|¹ ÇËÌÈ

dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.

Surah al-Baqarah (ayat 23)