integrasi

7
SOALAN 2 b) Huraikan bagaimana peranan yang boleh dimainkan oleh seseorang guru dalam memupuk amalan berintegriti di sekolah. Integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlulah melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Seorang penjawat awam tidak wajar menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam, seorang perlulah telus dan tulus, selain memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada pihak yang lain. Maka, tanggungjawab seorang amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masayarakat dan negara kita. Guru merupakan aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara. Dalam erti kata lain, guru merupakan modal insan yang sangat diperlukan bagi setiap negara. Guru mempunyai pelbagai peranan yang luas dalam membina dan membentuk acuan yang sempurna bagi melahirkan generasi kelas pertama yang bakal mangambil alih tampuk pentadbiran negara. Pelbagai harapan dan sandaran yang diletakkan di bahu seorang guru untuk menerapkan nilai integriti ke dalam sanubari generasi muda ini. Bak kata orang tua, melentur buluh biar dari rebungnya. Berdasarkan peribahasa itu, jelaslah bahawa guru harus memainkan peranannya dengan lebih berkesan. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar dapat memberikan didikan yang terbaik buat semua pelajar.Terdapat beberapa peranan guru dalam memupuk amalan integriti dalam kalangan murid di sekolah. Peranan yang pertama sekali ialah guru hendaklah memimpin pelajar dalam meningkatkan kemahiran insaniah mereka. Kemahiran insaniah merupakan salah satu ciri-ciri individu yang diperlukan demi masa depan negara. Hal ini

description

contoh

Transcript of integrasi

Page 1: integrasi

SOALAN 2

b) Huraikan bagaimana peranan yang boleh dimainkan oleh seseorang

guru dalam memupuk amalan berintegriti di sekolah.

Integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlulah melaksanakan

amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Seorang

penjawat awam tidak wajar menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga,

saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam, seorang perlulah telus dan

tulus, selain memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada

pihak yang lain. Maka, tanggungjawab seorang amat berat dalam mendidik pelajar dengan

penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masayarakat

dan negara kita.

Guru merupakan aset yang paling bernilai bagi sesebuah negara. Dalam erti kata lain,

guru merupakan modal insan yang sangat diperlukan bagi setiap negara. Guru mempunyai

pelbagai peranan yang luas dalam membina dan membentuk acuan yang sempurna bagi

melahirkan generasi kelas pertama yang bakal mangambil alih tampuk pentadbiran negara.

Pelbagai harapan dan sandaran yang diletakkan di bahu seorang guru untuk menerapkan nilai

integriti ke dalam sanubari generasi muda ini. Bak kata orang tua, melentur buluh biar dari

rebungnya. Berdasarkan peribahasa itu, jelaslah bahawa guru harus memainkan peranannya

dengan lebih berkesan. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan

pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar dapat memberikan didikan yang

terbaik buat semua pelajar.Terdapat beberapa peranan guru dalam memupuk amalan integriti

dalam kalangan murid di sekolah.

Peranan yang pertama sekali ialah guru hendaklah memimpin pelajar dalam

meningkatkan kemahiran insaniah mereka. Kemahiran insaniah merupakan salah satu ciri-ciri

individu yang diperlukan demi masa depan negara. Hal ini kerana kemahiran insaniah

mencakupi segala aspek seperti kemahiran berfikir aras tinggi, kepimpinan, bekerjasama dalam

kumpulan dan pelbaggai lagi. Justeru, dengan adanya kemahiran insaniah yang tinggi dalam

diri pelajar dapat membentu individu yang tahu akan baik buruk sesuatu perkara yang akan

dilakukan. Secara tidak langsung ianya akan menimbulkan rasa bertanggungjawab di kalangan

diri pelajar. Contohnya, pelbagai persatuan dan unit beruniform ditubuhkan di sekolah. Di

bahagian pentadbiran pula, ketua kelas dan badan pengawas juga ditubuhkan bagi membantu

Page 2: integrasi

melancarkan urusan pentadbiran sekolah. Kesemua jawatankuasa ini dianggotai oleh pelajar

sekolah itu sendiri sambil dibimbing oleh beberapa guru penasihat. Guru penasihat ini melatih

pelajar ini supaya lebih bertanggungjawab dan berintegriti dalam menjalankan tugas yang

digalas. Kursus juga boleh dianjurkan bagi memupuk sifat integriti di dalam murid. Pengisian

kursus tersebut, pelajar dididik agar menepati masa, bersikap adil, berdedikasi dalam

menjalankan tugas, tidak pilih kasih dan amanah. dengan nilai murni tersisip di dada di setiap

pelajar, sudah pastilah pelajar itu dapat menjalankan tugas dengan cemerlang dan terus

menerus menerapkan sifat integriti didalam setiap tugasan yang diterimanya dari kecil sehingga

meningkat dewasa kelak. Pendidikan dan pengalaman yang didapatinya sejak kecil mampu

membina insan yang berintegriti.

Di samping itu, guru juga berperanan sebagai contoh tauladan yang terbaik kepada para

pelajar. Pelajar menganggap guru itu sabagai insan yag berilmu tinggi dan bersahsiah tinggi.

Setiap tindak tanduk guru itu menjadi perhatian dan diikuti oleh anak muridnya. Oleh itu, guru

haruslah menunjukkan nilai murni yang tinggi dan sifat integriti yang tinggi agar dicontohi oleh

para pelajar. Antara sikap yang perlu ada di dalam diri guru ialah menepati masa. Kita acap kali

mendengar aduan daripada murid-murid bahawa guru mereka masuk lewat ke kelas dan ada

juga yang tidak masuk ke kelas langsung. Tindakan ini membazirkan masa yang telah

peruntukkan kepada pelajar untuk belajar dan telah melanggar hak mereka sebagai pelajar.

Para guru harus mempamerkan akhak yang terpuji dan berpenampilan yang kemas.

Bagaimanakah anak murid mahu mempercayai dan mengikuti apa yang diajarkan kepada

mereka sedangkan guru mereka tidak mengamalkan apa yang diajarkannya. Ini bersesuaian

dengan kata orang tua-tua, bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Baru-baru ini,

malaysia dikejutkan dengan isu kebocoran kertas UPSR . isu ini mencalarkan kredibiliti guru

dimata pelajar dan masyarakat. Iktibar daripada kejadian itu, guru perlulah melengkapkan diri

dengan ilmu yang tinggi berserta akhlak yang terpuji agar guru dihormati dan terus diberikan

mandat dalam melahirkan bakal pemimpin negara kita ini.

Seterusnya guru juga berperanan sebagai mentor yang baik. Ini bermaksud seorang

guru perlu mengambil berat terhadap kebajikan murid. Gelaran mentor tidak merujuk kepada

guru kelas sahaja tetapi mentor di sini merujuk kepada semua guru yang berada di sekolah

tersebut. Untuk menjamin keberkesanan proses PdP di dalam kelas, guru hendaklah

mempamerkan sifat-sifat penyayang sebagai seorang ibu mahpun bapa kepada murid tersebut.

Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid yang terabai ataupun mempunyai

masalah keluarga agar mereka dapat dimotivasi dan dipupuk minat mereka kepada pelajaran,

dapat mengawal perasaan marah dan kecewa, serta dapat merasai bahawa diri mereka

Page 3: integrasi

sebenarnya masih disayangi dan berpotensi untuk menjadi insan yang bertanggungjawab dan

berguna pada masa hadapan kelak. Dalam menyemai nilai integrity di kalangan murid, guru

hendaklah membimbing murid agar sentiasa memandang kehadapan dengan pemikiran yang

terbuka dan positif. Dalam masa yang sama guru juga bertanggungjawab menegur dan

memberi nasihat kepada murid yang melakukan kesalahan. Prinsip marah dan rotan tidak lagi

boleh diguna pakai pada zaman ini. Ini kerana pada ketika ini prinsip nasihat dan kasih saying

lebih memberi hasil yang positif. Jika terdapat murid yang melakukan kesalah seperti mencuri,

guru hendaklah bertanyakan masalah murid tersebut sehinggakan dia sanggup melakukan

perkara sedemikian. Dalam masa yang sama juga uru hendaklah memberi nasihat dan teguran

yang membina kepada murid tersebut agar murid tersebut tidak mudah memberontak. Hal ini

kerana dengan cara kekerasan akan menyebabkan murid itu akan lebih bersikap agresif.

Guru juga perlu memainkan peranan dalam menerapkan unsur-unsur keagamaan di

dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Hal ini kerana, setiap agama di dunia ini

mendidik penganutnya supaya mengamalkan nilai murni, melakukan kebaikan dan menjauhi

segala kejahatan. Guru boleh menerangkan konsep dimana dengan mengamalkan amalan

beintegriti sebagai satu ibadah kepada murid. Dengan konsep ini, pelajar dapat menanam di

sanubari mereka bahawa dengan melakukan sesuatu amalan berintegriti atau menetapkan

pendirian mereka untuk mengekalkan integriti dalam diri mereka, mereka telah melakukan

sesuatu telah dituntut dalam agama mereka dan ini dapat mengukuhkan pendirian mereka

terhadap amalan integriti. Pendirian ini amat penting dimana pada suatu masa nanti, mereka

akan berdepan dengan pelbagai amalan yang tidak berintegriti yang berluasa di dalam

perkerjaan. Konsep ini juga boleh memberikan kesan positif perkembangan akhlak murid. Murid

akan terdorong melalukan kebaikan dan menjauhi perkara yang sia-sia dan membinasakan diri.

Ini boleh dicapai dengan mengadakan slot keagamaan. Di dalam slot ini, guru boleh memberi

tazkirah pendik kepada murid-murid. Tazkirah ini perlukan dilaksanakan dengan bersungguh-

sungguh. Tazkirah ini perlu padat dengan informasi dan disampaikan dengan cara

penyampaian yang menarik bagi mengelakkan para pelajar daripada bosan.

Akhir sekali, peranan yang boleh dimainkan oleh guru ialah peranan dalam

menggunakan konsep penghargaan dan hukuman. Konsep ini telah diperkenalkan oleh

cendiakiawan barat sebagai salah satu konsep pengajaran yang berkesan. Kini sudah tiba

Malaysia mengorak langkah mengguna pakai konsep ini dalam memupuk amalan berintegriti di

sekolah. Konsep ini dapat ditonjolkan dengan mewujudkan anugerah bulanan murid berintegriti.

Page 4: integrasi

Dengan wujudnya penganugerahan seperti ini dapat memberikan penghargaan kepada murid

yang mengamalkan amalan berintegriti. Murid lain juga akan berlumba-lumba untuk melakukan

amalan berintegriti dengan harapan untuk dapat penghargaan yang serupa. Anugerah ini juga

dapat memberikan suntikan semangat kepada seseorang yang mengamalkan amalan

berintegriti, ini kerana dalam mengamalkan amalan berintegriti sudah pasti seseorang itu

menghadapi pelbagai dugaan dan kadang kala tomahan daripada masyarakat. Oleh itu amat

penting untuk guru dan pihak sekolah untuk mewujudkan anugerah seperti ini. Bagi konsep

hukuman pula, hukuman pula boleh dikenakan kepada pelajar yang melalukan amalan tidak

berintegriti. Hukuman yang dikenakan mestilah dalam hukuman yang mendidikan bukan dalam

bentuk yang boleh mencederakan fizikal murid. Hukuman yang disarankan ialah seperti

mengadakan kelas tahanan. Di dalam kelas tahanan ini, pelajar dinasihati oleh guru dan dididik

supaya melakukan amalan integriti dan tidak kembali kepada amalan yang dahulu. Setelah

melihat konsep ini dalam pelbagai aspek dan perspektif, jelaslah bahawa peranan guru dalam

menggunakan konsep penghargaan dan hukuman adalah peranan yang penting dalam

memupuk amalan berintegriti di sekolah.

Konklusinya, segala peranan ini haruslah dilaksanakan oleh guru dengan seiklas hati

dan sehabis usaha dalam menggalas tanggungjawab dan harapan negara yang disandarkan

dibahu guru. Guru juga harus bersinergi bersama guru lain dalam menghasilkan jaringan

kerjasama yang antara guru agar segala usaha boleh dilaksanakan bukan setakat di peringkat

sekolah sahaja tetapi diperingkat yang lebih tinggi.

Page 5: integrasi

Integriti guru sebagai penjawat awam merujuk kepada guru perlulah melaksanakan

amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Seorang

penjawat awam tidak wajar menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga,

saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Sebagai penjawat awam, seorang perlulah telus dan

tulus, selain memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahan dan kepada

pihak yang lain (Institut Integriti Malaysia, 2004). Maka, tanggungjawab seorang amat berat

dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi

yang berguna kepada masayarakat dan negara kita. Dengan demikian, guru perlu mempunyai

hubungan yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar

dapat memberikan didikan yang terbaik buat semua pelajar.

Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai

keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Seorang guru yang berintegriti juga

tahap ketabahan yang tinggi serta sentiasa bersikap positif dalam proses menyelesaikan

masalah pelajar.

Dari segi PdP pula, guru perlu bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk

memberi yang terbaik untuk pelajar. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan sentiasa

Page 6: integrasi

difikirkan untuk membentuk modal insan dan pelajar yang terbaik. Oleh itu, guru yang

berintegriti dan melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang PdP yang terbaik demi

melahirkan modal insan yang mempunyai mida kelas pertama. Jika seorang guru yang

berintegriti bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap

pelajar, sudah pasti pelajar akan memperolehi didikan yang terbaik setelah meneladani

perwatakan guru mereka.