Integriti Guru

10
INTEGRITI GURU

description

EDU 3083 : Integriti Guru

Transcript of Integriti Guru

INTEGRITI GURU

INTEGRITI GURU APA ITU INTEGRITI?Kejujuran, Keutuhan, Keadaan Yang Sempurna Dan Utuh

kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi (Institut Integriti Malaysia, 2004). keikhlasan dan kejujuran (Nillsen 2004)GURU BERINTEGRITImelaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan

mengamalkan Kod Etika Profesion dan Piagam Pelanggan demi mewujudkan budaya kerja organisasi yang bersistem.

melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar

melaksanakan tugas dengan ikhlas mampu merancang p&p yang terbaikPELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)Objektif umum:

Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.'

OBJEKTIF KHUSUS

Objektif khusus PIN adalah seperti berikut:

1. Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;

53. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.

5 sasaran PINSasaran 1: mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan. Sasaran ke-2: meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi. Sasaran ke-3 : meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan. Sasaran ke-4 : memantapkan institusi keluarga. Sasaran ke-5 : meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Amalan Integriti GuruFaktor Kemerosotan Integriti Guru Budaya masyarakat yang kurang menitikberatkan integriti. Takut untuk membuat laporan kerana bimbang tindakan balas. Sikap tidak ambil peduli. Enggan melaporkan kesalahan yang dilakukan pihak lain. Sikap angguk dan ampu. Struktur tidak kemas dan kurang fokus. Matlamat tidak jelas dan munasabah.

Faktor Kemerosotan Integriti Guru Struktur lapuk dan tidak sesuai dengan tuntutan dan cabaran baru. Pertindihan skop, tugas dan akauntabiliti antara institusi. Kurang ketelusan. Kurang penguatkuasaan. Kurang pemantauan dan penilaian. Arahan pemimpin yang melanggar prosedur dan peraturan.