Interaksi Antara Tamadun Kesan

12
INTERAKSI ANTARA TAMADUN PENGENALAN Interaksi antara tamadun boleh berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. Interaksi terjadi kerana sikap saling hormat menghormati antara tamadun serta sikap toleransi yang tinggi antara sesebuah tamadun. Selain itu sifat terbuka sesebuah tamadun memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Interaksi antara tamadun yang berlaku di sepanjang sejarah telah membawa impak positif dan negatif. KESAN NEGATIF Interaksi antara tamadun telah membawa beberapa kesan negatif antaranya: Hubungan antara Tamadun agama Berlakunya perang Salib antara Islam dan Kristian di zaman pertengahan Eropah menyebabkan wujudnya perbezaan antara agama, ekonomi dan politik di antara tamadun Islam dengan tamadun barat. Di Eropah hubungan antara Yahudi dan Kristian tidak baik menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke 9 dan ke 18 Masihi. Di India pula hubungan antara Islam dengan Hindu ada ketegangan, contohnya di zaman Aurangzeb, pemerintah kerajaan Moghul ini telah melakukan kezaliman ke atas penganut Hindu, baginda mengharamkan pembinaan kuil, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain. Demikian juga raja-raja India membunuh penganut Islam dan membakar masjid-masjid.

description

1

Transcript of Interaksi Antara Tamadun Kesan

INTERAKSI ANTARA TAMADUNPENGENALANInteraksi antara tamadun boleh berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. Interaksi terjadi kerana sikap saling hormat menghormati antara tamadun serta sikap toleransi yang tinggi antara sesebuah tamadun. Selain itu sifat terbuka sesebuah tamadun memberi peluang kepada berlakunya percambahan pemikiran dan budaya serta memperkayakan lagi tamadun tersebut dalam pelbagai aspek. Interaksi antara tamadun yang berlaku di sepanjang sejarah telah membawa impak positif dan negatif.KESAN NEGATIFInteraksi antara tamadun telah membawa beberapa kesan negatif antaranya:Hubungan antara Tamadun agamaBerlakunya perang Salib antara Islam dan Kristian di zaman pertengahan Eropah menyebabkan wujudnya perbezaan antara agama, ekonomi dan politik di antara tamadun Islam dengan tamadun barat. Di Eropah hubungan antara Yahudi dan Kristian tidak baik menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke 9 dan ke 18 Masihi.Di India pula hubungan antara Islam dengan Hindu ada ketegangan, contohnya di zaman Aurangzeb, pemerintah kerajaan Moghul ini telah melakukan kezaliman ke atas penganut Hindu, baginda mengharamkan pembinaan kuil, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain. Demikian juga raja-raja India membunuh penganut Islam dan membakar masjid-masjid. Hubungan antara Tamadun Islam dan Tamadun ChinaKesan negatif berlaku di antara Tamadun Islam dengan Tamadun China, contohnya tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih, sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abasiyah mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di China. Antara punca persengketaan ini disebabkan faktor ekonomi di mana orang China iri hati dengan kemewahan orang Islam. Dalam tahun 876 Masihi berlakunya pemberontakan menentang orang-orang asing dan gerakan anti-Islam sehingga kira-kira 120 000 200 000 orang Islam telah dibunuh. Hal ini menyebabkan orang Islam telah melarikan diri dari China dan berhijrah ke Asia Tenggara terutamanya di Palembang dan di Kedah.Hubungan antara Tamadun India dan Tamadun China.Dalam hubungan antara Tamadun India dengan Tamadun China wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan Buddha telah mendapat tentangan dari cendikiawan Konfusianisme yang amat berpengaruh di zaman Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha telah dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.

KESAN POSITIFAntara kesan positif dari interaksi ini ialah: Hubungan antara Tamadun Islam, Kristian dan YahudiKesan positif hasil interaksi ini dapat dilihat sejak zaman Rasulullah saw dimana Perlembagaan Madinah yang digubal baginda telah memberi kebebasan kepada orang Yahudi dan Kristian untuk mengamalkan agama masing-masing. Sikap berbaik-baik dengan orang-orang bukan Islam ini diikuti oleh pemerintah-pemerintah di zaman khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abasiyyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Hubungan baik ini dapat dilihat di Andalus apabila munculnya ramai penulis dan ahli intelektual dari kalangan Yahudi dan Kristian.Interaksi antara Tamadun India - Tamadun ChinaMelalui interaksi ini agama Budddha telah disebarkan ke China. Selain itu teknologi membuat gula dari tebu, ilmu astronomi dari India telah diperkenalkan ke China. Beberapa perbendaharan Pali dan Sanskrit telah mempengaruhi kesusasteraan China. Kesan positif yang diterima India hasil hubungan ini ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari tamadun China.Tamadun Islam ChinaPedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini, hasilnya terdapat komuniti Arab-Islam menetap di China. Selain itu berlakunya perkahwinan campur antara orang Arab dengan orang China. Kesan penting hasil interaksi ini ialah penyebaran Islam di China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Hasilnya lahir cendikiawan Islam seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Agama Islam telah diharmonikan dengan ajaran konfusius menyebabkan ia dapat diterima oleh masyarakat China. Interaksi ini turut menemukan seni bina Arab-Islam dengan seni bina China contohnya pembinaan masjid di China.Tamadun Islam MelayuKesan interaksi ini ialah tersebarnya Islam di kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain. Islam telah mengubah pandangan semesta masyarakat Melayu. Tulisan jawi pula menjadi penting dalam perkembangan ilmu di Kepulauan Melayu. Kesan positif lain boleh dilihat dalam perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilah-istilah Arab digunakan dalam bahasa Melayu.Tamadun China-MelayuTamadun China telah membawa kemahiran membuat gula dari tebu, kemahiran membuat tembikar, perusahaan sutera serta pertukangan logam kepada masyarakat Melayu. Di samping itu beberapa jenis makanan China diperkenalkan dalam masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh.Tamadun China JepunJepun telah menerima agama Buddha dan ia telah diasimilasikan dengan agama Shinto. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Di samping itu tulisan China juga telah dibawa ke Jepun dan ia menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Selain itu China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara tertentu di Jepun seperti upacara minum teh, seni taman serta struktur pembinaan bandar.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUBUNGAN ANTARA TAMADUNKepimpinan Interaksi antara tamadun berlaku apabila adanya pemimpin yang bersikap toleransi dan adil, sebaliknya jika seseorang pemimpin itu bersikap zalim dan tidak toleransi menyebabkan sukar berlaku interaksi antara tamadun.Contohnya kepimpinan Rasulullah saw, pemerintahan Khulafa al-Rashidin serta pemerintah selepasnya. Dalam interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun India, beberapa orang pemerintah India dari kerajaan Ghaznawi, Delhi dan Moghul telah bersikap toleran kepada penganut Hindu dan penganut agama lain.Contoh lain ialah dapat dilihat dari interaksi antara tamadun India dan China, di mana raja-raja China seperti raja Wei Utara dan Tang telah memberi peluang kepada perkembangan agama Buddha yang datang dari India. Di zaman pemerintahan Dinasti Tang kegiatan penterjemahan kitab-kitab Buddha telah berlaku secara aktif. Sikap golongan agamaGolongan agama seperti sami, paderi serta alim ulamak sentiasa mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan kepada sifat keinsanan.

INTERAKSI ANTARA TAMADUN:TAMADUN CHINA DENGAN INDIAInteraksi antara Tamadun China dan India telah berlaku pada abad ke 2 S.M. Penyebaran agama Buddha adalah kemuncak Tamadun India dengan China. Pada kurun ke 6 ramai orang China telah pergi ke India untuk mendalami ajaran Buddha yang ditulis dalam bahasa Sanskrit. Antaranya ialah Fa Hsien, Hsuan Tsang dan I-Tsing. I-Tsing belayar ke India abad ke 7 dan pernah singgah di Srivijaya dimana beliau mendapati agama Buddha adalah agama penting kerajaan tersebut.Selepas 700 tahun usaha penterjemahan, maka akhirnya ajaran Buddha telah dibukukan dalam Tripitaka yang meliputi Kitab Mahayana dan Hinayana.Selain agama Buddha interaksi ini juga turut menyebabkan beberapa alat muzik dan struktur muzik India telah diasimilasikan ke dalam Tamadun China. Muzik dan tarian India telah menjadi popular di istana dan di kalangan bangsawan China.Teknologi dan sains ciptaan China telah berkembang di India, antaranya teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain. TAMADUN ISLAM DENGAN CHINA Interaksi antara orang Arab dengan Negara China telah berlaku sejak abad ke 3 Masihi apabila ada utusan Parsi dihantar ke istana kerajan Wei. Orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke China iaitu melalui jalan darat merentasi Khurasan, Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking dan juga jalan laut yang digunakan pada abad ke 5 Masihi merentasi Laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di Tenggara China.Hubungan Tanah Arab dan China menjadi semakin rancak dalam abad ke 8 Masihi. Pedagang Arab dan Parsi telah mendirikan masjid di Guangzhou dan Guanzhou. Antara tokoh muslim tempatan China ialah Wang Daiyu ( 1550 16580), Ma Zhu ( 1640 1711), Liu Zhi (1660 1730) dan Ma Dexin (1794 1874).Tulisan dan penterjemahan mereka telah menyumbang kepada perkembangan Islam di China.Tamadun China telah berjaya memperkembangkan bidang sains dan teknologi mereka ke Asia Barat. Mereka mempelajari cara membuat kompas, kertas, teknologi percetakan serta alat membuat letupan. China pula mempelajari pelbagai ilmu tentang perubatan, astronomi, farmasi dari Tamadun Islam. Reka bentuk masjid juga mempunyai ciri-ciri Arab dan China.

TAMADUN CHINA DENGAN JEPUNInteraksi antara Tamadun China dengan Negara Jepun berlaku melalui Korea semasa zaman pemerintahan Raja Pakche memerintah Korea. Korea telah menerima pengaruh China sejak abad ke 2 Masihi lagi. Penglibatan tentera Jepun di Korea telah menyebabkan unsur-unsur tamadun China yang ada di Korea dipindahkan ke Jepun. Pada tahun 405 Masihi, Raja Pakche telah menghantar beberapa orang penasihat ke istana Yamato. Penasihat-penasihat ini adalah mahir dalam tulisan Cina dan bertindak membantu raja Jepun menyediakan rekod-rekod istana.Antara kesan penting interaksi Tamadun Jepun dan China ialah sistem tulisan. Tulisan Cina telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang membawa kepada perkembangan intelektual.Kemasukan Agama Buddha ke Jepun adalah kesan yang paling penting. Shotoku Taishi adalah tokoh penting yang telah memperkukuhkan kedudukan agama Buddha di Jepun.Kesan tamadun China kepada Jepun ialah sistem pentadbiran berpusat. Kejayaan pemerintahan berpusat Tang yang menjadikan Dinasti Tang mencapai kemajuan sama ada dari segi penjajahan dan pentadbiran amat mengkagumkan pemerintahan Jepun. Sistem ini telah menjadi model bagi pemerintahan Jepun.Struktur pembinaan bandar pemerintahan Jepun juga amat dipengaruhi oleh struktur pembinaan bandar-bandar di China. Contohnya , bandar Nara yang mengikut pembinaan bandar Changan iaitu bandar pemerintahan dinasti Sui.Masyarakat Jepun bukanlah menerima bulat-bulat tamadun China, sebaliknya telah melalui proses penyesuaian dengan unsur-unsur peribumi Jepun. Contohnya sistem birokrasi.Agama Buddha turut mengalami asimilasi dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu shinto.

TAMADUN INDIA DENGAN ASIA TENGGARAInteraksi ini berlaku sejak awal abad Masihi lagi melalui perdagangan. Dari sudut teologi interaksi ini telah memberi peluang kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara. Agama Hindu telah diterima oleh kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara seperti Funan, Chenla. Angkor, Majapahit, Kedah dan lain-lain. Agama Hindu telah mempengaruhi sistem politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep devaraja yang menjadi asas kepada konsep daulat alam tradisi Melayu. Ia telah meletakkan kesucian sseseorang setaraf dengan dewa. Ajaran Buddaha juga telah berkembang di Asia Tenggara di mana Srivijaya menjadi pusat perkembangan dan pengajaran Buddha. Dua mazhab Buddha di Asia Tenggara iaitu Mazhab Hinayana (Buddha theravada) dan MahayanaAntara lain kesan interaksi ini ialah pengaruh Brahmin iaitu pemimpin agama yang menguasai bidang pendidikan. Selain itu tulisan Sanskrit dan pali juga telah berkembang di Asia tenggara dan mempengaruhi tulisan tempatan. Banyak hasil penulisan India tersebar ke Asia Tenggara. Kitab-kitab ini telah diterjemah ke dalam bahasa melayu dan ditulis menggunakan tulisan jawi.Interaksi juga banyak berlaku dalam kesenian, alat muzik dan seni tarian. Unsur seni bina India telah bercampur dengan unsur seni bina tempatan yang menghasilkan seni bina unggul seperti Angkor Wat dan Candi Borobodur.Selain itu wujudnya perkahwinan campur, tamadun India juga turut mempengaruhi sistem undang-undang Asia Tenggara.

TAMADUN CHINA DENGAN ASIA TENGGARAInteraksi antara tamadun China dengan Asia Tenggaraberlaku sejak abad ke 3 Masihi iaitu di zaman kerajaan Funan.Hubungan itu disebut dalam rekod Dinasti Qin (201-206 Masihi), Dinasti Han (206-220) Masihi dan Dinasti Wu (222-280 Masihi). Hubungan ini mencapai kemuncak di zaman Dinasti Tang (618-907 Masihi).Interaksi kedua-dua tamadun telah membawa perubahan dan asimilasi budaya. Hubungan antara kedua kawasan ini berlaku dalam suasana aman, melalui misi diplomatik, migrasi dan perdagangan, juga melalui suasana peperangan. Kemuncak hubungan ini ialah di zaman kesultanan Melayu Melaka (1400-1511). Hubungan diperkukuhkan lagi dengan perkahwinan puteri Hang Li Po dengan sultan Mansur Shah.Kesan interaksi ini Asia Tenggara telah diperkenalkan dengan beberapa barangan Cina seperti porselin, tembikar dan sutera, makanan seperti taugeh, tauhu, kicap dan teknologi seperti pembuatan senjata, bahan letupan, perlombongan dan pertukangan logam.Dinasti Yuan (1279-1368) telah menyerang Kemboja dan Jawa pada abad ke 13 Masihi. Vietnam pernah dijajah oleh China menyebabkan negara tersebut banyak mempunyai ciri-ciri budaya Cina dan sistem pentadbiran berbentuk mandarin..

TAMADUN ISLAM DENGAN ASIA TENGGARATamadun Islam berkembang di Asia Tenggara melalui perkembangan agama Islam. Perdagangan adalah saluran penting hubungan ini. Asia Tenggara telah dikenali oleh pedangang Islam sejak abad pertama Hijrah /7 Masihi. Sebahagian besar datang dari Yaman, India dan China.Pedagang Islam dari Gujerat India telah datang ke Asia Tenggara kerana adanya batu-batu nisan yang ditemui menyamai dengan batu nisan di Cambay atau Kembayat di Gujerat. Teori kedatangan Islam dari China mengaitkan Asia Tenggara dengan kewujudan komuniti China-Islam sejak abad ke 7 Masihi.Kesan interaksi ini telah membawa kepada penubuhan kerajaan Islam Pasai, kerajaan Melaka, kerajaan Acheh, kerajaan Johor-Riau di sepanjang selat Melaka. Kerajaan Demak, Tuban Japara, Mataram dan Banten di Pulau Jawa. Kerajaan Islam Pattani di selatan Thai, Brunei dan Banjarmasin di Pulau Borneo, kerajaan Sulu di selatan Filifina dan Makasar di Sulawesi Selatan. Beberapa perubahan seperti dalam aspek kepercayaan, politik dan pentadbiran, ekonomi dan sosial juga telah berlaku.Dalam aspek kepercayaan, konsep aqidah tauhid telah menarik minat penduduk Asia Tenggara. Dari segi politik dan pentadbiran konsep Devaraja telah ditukar dengan konsep khalifah fil ardh. Raja-raja tidak lagi dianggap penjelmaan dewa-dewa tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi.Islam juga turut mempengaruhi undang-undang, contohnya dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.Tamadun Islam telah membawa tahap pemikiran, pendidikan dan intelektual yang lebih baik kepada Asia Tenggara. Perkembangan pendidikan telah mendapat sokongan dari pemerintah. Usaha-usaha penyalinan dan penterjemahan buku-buku Arab telah dilakukan. Antaranya ialah Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, beberapa tulisan yang berkisar tentang hidup baginda Rasulullah saw.Interaksi ini turut berkembang dalam bidang seni bina khususnya pembinaan masjid. Bentuk kubah potong bawang adalah pengaruh seni bina Arab dan Parsi.

TAMADUN ISLAM DENGAN INDIAHubungan antara orang Arab dengan India berlaku sejak zaman Main dan Saba (1200-115 SM) di Arab Selatan melalui perdagangan. Orang Arab membawa kain, pedang dan rempah ke India. Agama Islam mula bertapak di India sejak dari abad pertama Hijrah namun kedudukannya masih lemah. Di abad ke 5 Masihi sudah ada petempatan orang Arab di India.Islam disebarkan ke India melalui perdagangan dan peperangan. Tentera Islam sewaktu khalifah Umar al-Khatab telah sampai ke pantai Sind di India (636-637M) untuk menawan Thana tetapi gagal. Di zaman khalifah Usman Affan tahun 644M, tentera Islam telah berjaya menawan Makran. Muhamad al-Qasim seorang pemimpin perang di zaman pemerintahan al-Walid telah berjaya menawan kawasan penting di India seperti Debal (pelabuhan bagi Sind), Dahir, Rawar, Brahmanabad, Aror dan Multan. Operasi ketenteraan ini telah memberi peluang kepaa kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di India seperti kerajaan Ghaznawi (997-1605M), kerajaan Ghori (1155-1206), Kesultanan Delhi (1206-1351 dan kerajaan Moghul (1526-1857)Interaksi antara tamadun Islam dan India amat pesat semasa pemerintahan Akbar Agung, kerajaan Moghul 1556-1605. Beliau telah mengharmonikan penganut Islam dengan Hindu dengan mengambil penasihat dari kalangan Islam dan Hindu, menggalakkan perkahwinan campur, menggalakkan perdebatan agama.Hubungan ini telah membawa kepada perkembangan kesusasteraan. Hasil-hasil kesasteraan Parsi telah berkembang dalam masyarakat India. Semasa kerajaan Delhi tulisan India terutama berkaitan dengan agama Hindu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi. Cendikiawan Islam telah mempelajari mengenai yoga dan vendata serta ilmu perubatan dan astrologi India. Orang India pula mempelajari astronomi, pengiraan kalendar, bidang horoskop,bidang perubatan dan beberapa proses kimia.Seni bina Islam telah dibina sejak zaman kesultanan Delhi contohnya pembinaan kubah dan menara. Masjid menampakkan ciri-ciri seni bina Islam dan India seperti masjid Quwwatul al Islam. Taj Mahal yang dibina semasa pemerintahan Shah Jehan merupakan hasil seni bina Indo-Parsi yang teragung hingga menjadi salah satu benda ajaib di dunia.

TAMADUN ISLAM DENGAN EROPAHInteraksi antara Tamadun Islam dengan Eropah berlaku apabila terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara, Sepanyol dan Sicily. Sepanyol dan Sicily adalah pintu masuk dan jambatan yang menghubungkan tamadun Islam dengan Eropah.Proses interaksi berlaku secara aman dan perang. Interaksi secara aman berlaku apabila wujudnya hubungan perdagangan, manakala Perang Salib antara orang Eropah dengan Islam adalah interaksi secara konflik. Kedua-dua kawasan menjadi pusat perdagangan, pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan, pusat penterjemahan khususnya buku-buku Greek yang telah dilakukan oleh cendikiawan Islam di Zaman kerajaan Abasiyah. Perang Salib yang berlaku selama 200 tahun ( antara abad ke 12 hingga 14 Masihi) telah menyebabkan berlakunya interaksi tamadun di antara orang Islam dan barat. Pada abad ke 10 hingga 12 Masihi Tamadun Islam berada di kemuncak khususnya dalam perkembangan ilmu pengetahuan, sedangkan barat ketika itu berada di zaman kegelapan. Kesan peperangan ini menyebabkan ramai orang Islam dan barat terbunuh dan wujud perasaan permusuhan antara Kristian dan Islam.Sepanyol memainkan peranan penting dalam perkembangan tamadun dan peradaban Eropah kerana ia menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Sepanyol mempunyai universiti di Cordova, Seville, Malaga dan Granada yang telah menjadi pusat pengajian penting kepada penuntut-penuntut kristian di Eropah.

KESIMPULAN.Tamadun sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup malah bersifat terbuka. Sifat inilah yang membantu berlakunya interaksi antara tamadun. Interaksi antara tamadun menghasilkan kesan positif dan negatif. Kesan positif memberi pengukuhan kepada sesuatu tamadun disebabkan ia mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Interaksi antara tamadun juga dapat memperkayakan tamadun dan mengelakkan daripada menjadi jumud, beku dan statik. Kesan negatif pula mewujudkan konflik antara masyarakat yang memiliki tamadun yang berbeza. Biasanya konflik ini dipengaruhi oleh faktor teologi, ekonomi, sosial dan politik. Selain itu tamadun yang lebih tinggi dan lama lebih banyak mempengaruhi atau meninggalkan unsur-unsur penting kepada tamadun yang lebih rendah.