INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

20
1.0 PENGENALAN Tamadun dapat diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban sesuatu bangsa yang bertamadun. Lebih jelas lagi, tamadun dapat didefinisikan sebagai bangsa yang beradab, bersopan-santun dan berkemajuan. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), tamadun boleh didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan, berfiki, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban. Menurut Mohd. Koharuddin (2005), tamadun ialah kata pinjaman Arab/Islam yang berasal daripada perkataan ’madana’ , iaitu kata kerja yang bermaksud ’membina atau membuka bandar atau membudipekertikan, memurnikan, melahirkan sopan- santun’. Oleh itu, tamadun bermakna kemurnian, keluhuran, dan perlakuan yang berbudi pekerti dalam budaya manusia. Persamaan perkataan atau tamadun dalam bahasa Inggeris ialah ’civilization’ (bertamadun, beradab), refined (halus budi bahasa), dan cultured (berbudaya, beradat). Chandra Muzaffar (2002) pula menjelaskan perkataan tamadun sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat. Dari perspekif semasa pula, perkataan tamadun kebiasaannya merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini. Pentakrifan tamadun yang lengkap harus menggabungkan kedua-dua perkara tersebut yang berkaitan 1

Transcript of INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

Page 1: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

1.0 PENGENALAN

Tamadun dapat diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban

sesuatu bangsa yang bertamadun. Lebih jelas lagi, tamadun dapat didefinisikan

sebagai bangsa yang beradab, bersopan-santun dan berkemajuan. Berdasarkan

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998), tamadun boleh didefinisikan sebagai

keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan,

berfiki, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian

sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.

Menurut Mohd. Koharuddin (2005), tamadun ialah kata pinjaman

Arab/Islam yang berasal daripada perkataan ’madana’ , iaitu kata kerja yang

bermaksud ’membina atau membuka bandar atau membudipekertikan,

memurnikan, melahirkan sopan-santun’. Oleh itu, tamadun bermakna kemurnian,

keluhuran, dan perlakuan yang berbudi pekerti dalam budaya manusia.

Persamaan perkataan atau tamadun dalam bahasa Inggeris ialah ’civilization’

(bertamadun, beradab), refined (halus budi bahasa), dan cultured (berbudaya,

beradat).

Chandra Muzaffar (2002) pula menjelaskan perkataan ‘tamadun’ sering

digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat.

Dari perspekif semasa pula, perkataan ‘tamadun’ kebiasaannya merujuk kepada

pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan

penonjolannya dalam tamadun Barat pada zaman ini. Pentakrifan tamadun yang

lengkap harus menggabungkan kedua-dua perkara tersebut yang berkaitan

dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau

penempatan.

1

Page 2: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

Azhar Hj. Mad Aros (2001) menjelaskan setiap tamadun yang muncul

mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian serta keunikan yang tersendiri.

Namun demikian ia tidak bermakna sesebuah tamadun itu tertutup dan tidak

menerima pengaruh luar sebaliknya terdapat interaksi antara tamadun.

Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan peperangan atau keamanan.

Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta memindahkan ilmu

pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain. Setiap tamadun

mempunyai pelbagai kelebihan dan kekurangan yang menyebabkan berlakunya

interaksi di antara tamadun-tamadun. Tamadun-tamadun ini tentunya

mempunyai pencapaian dan keunikan yang berbeza antara satu sama lain.

Interaksi budaya yang berlaku iaitu bermula dengan proses pembudayaan yang

menggabungkan masyarakat berbilang etnik sebelum membentuk interaksi

tamadun.

Perbandingan tersebut dilakukan melalui aspek agama, budaya,

kerajaan/sistem pemerintahan, masyarakat dan juga ekonomi. Interaksi ini

kemudiannya akan melahirkan kesan positif atau negatif kepada tamadun-

tamadun yang terlibat. Namun, interaksi antara tamadun sebenarnya dapat

memperkayakan tamadun daripada berbagai-bagai aspek dan mengelakkan

tamadun itu menjadi jumud yakni kaku dan kolot.

2

Page 3: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

2.0 TAMADUN INDIA

India merupakan negeri yang mempunyai tinggalan tamadun

sejarah yang tertua sekali di dunia. Negara ini terletak di bahagian selatan

benua Asia. Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara

India boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi iaitu India Utara

dan India Selatan. Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal,

bahasa, budaya dan amalan keagamaan yang berbeza. Sejarah

menunjukkan perkembangan tamadun India dapat dibahagikan kepada

tiga zaman utama, iaitu bermula dengan zaman prasejarah,diikuti oleh

zaman protosejarah dan akhir sekali ialah zaman sejarah awal. (G.

Sivapalan, 2002)

Zaman prasejarah merangkumi zaman batu awal (Paleolitik),

zaman batu pertengahan (Mesolitik) dan zaman batu baru (Neolitik).

Tinggalan arkeologi zaman Neolitik terdapat hampir di seluruh kawasan

benua kecil India. Dalam konteks ini, zaman batu baru dianggap sebagai

pendahuluan kepada kemunculan tamadun Harappa (2000-15000 S.M) di

Lembah Sungai Indus. Hasil penemuan tersebut, ahli kaji purba

berpendapat Tamadun India telah muncul lebih kurang tahun 2500 S.M

dan ia berakhir sekitar tahun 1500 S.M. Penemuan tinggalan arkeologi di

kawasan Harappa dan di Mohenjo-daro menunjukkan masyarakat ini telah

mencapai tamadun yang tinggi .

Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami keruntuhan. Hal

ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu

budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus. Tahap ini

dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik dikatakan telah muncul

3

Page 4: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

sekitar tahun 1500 S.M dan berakhir sekitar tahun 500 S.M. Zaman ini

merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut

kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setelah beberapa ketika

bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh sebelum Masihi

perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges. Pada zaman ini

terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja.

Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil

dan mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan

Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada

tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku

semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India utara telah

disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika

pemerintahan Asoka. 

Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu paling

tua dalam tamadun ini. Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan

tindakan atau denda dan ini bergantung pada keseriusan kesalahan

tersebut. Selain raja, golongan Brahmin menjadi golongan yang dominan

dalam bidang atau urusan undang-undang ini kerana golongan Brahmin

mahir tentang hukum-hukum terutama yang berkaitan dengan keagamaan.

Segala titah perintah maharaja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi

jalan supaya undang-undang itu dapat dibaca oleh rakyat. Tiang itu

dikenali sebagai Tiang Asoka kerana itu didirikan pada zaman

pemerintahan Raja Asoka.

Pada tahun 300 S.M - 600 T.M, lahirnya Dinasti Gupta. Zaman ini

digelar Zaman Keemasan kerana kebudayaan Hindu semakin kukuh.

Dinasti Gupta menjadi semakin penting selepas Chandra Gupta II

4

Page 5: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

berkahwin dengan seorang puteri Lichchavi. Selepas jatuhnya empayar

ini, lahir pula Dinasti Sangam, diikuti oleh Dinasti Pallava dan akhir sekali

Dinasti Chola.

3.0 TAMADUN

MELAYU

Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh

sekelompok manusia yang digolongkan sebagai orang-orang melayu.

Tamadun ini terletak dalam “Wilayah Kebudayaan Oseania”; iaitu satu

budaya yang terdiri dari pulau-pulau yang terbentang dari pulau Paska

(timur) ke Sumatera (barat), New Zealand (selatan) ke Pulau Farmosa

(utara). Asia Tenggara atau Nusantara asalnya adalah kawasan yang

menerima pengaruh Hindu dan Buddha tetapi dengan kedatangan Islam ia

telah berjaya merubah kawasan ini kepada pusat perkembangan Islam.

Tamadun Melayu boleh dilihat melalui dua dimensi utama iaitu

rumpun bahasa bangsa dan rumpun kawasan–wilayah. Jika dilihat

menerusi dimensi kawasan–wilayah, tamadun Melayu meliputi kawasan

semenanjung Tanah Melayu, Patani, Kampuchea, Myanmar, Sabah,

Sarawak, Sulawesi, dan beberapa kepulauan yang lain. Secara asasnya,

terdapat pelbagai kerajaan yang muncul sebelum kedatangan Islam ke

Nusantara ini. (Afifah, 2003).

Kemunculan pusat-pusat tamadun Melayu pada zaman ini

berasaskan kepada dua ciri utama iaitu maritim dan agraria. Maritim

kerana faktor geografinya dikelilingi oleh laut yang berperanan sebagai

jalan perdagangan dan pergerakan sosial. Sebagai contoh adalah

5

Page 6: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

Empayar Funan dan Empayar Angkor. Bagi agraria pula, negara yang

bergantung kepada pertanian kerana negerinya mempunyai bentuk muka

bumi yang subur. (Mahyuddin, 1993).Antara contoh kerajaan adalah

kerajaan Srivijaya dan Funan. Sama ada kerajaan maritim mahupun

kerajaan agraria, masing-masing memberi kepentingan serta keperluan

kepada masyarakat pada ketika itu untuk hidup.

Firman Allah:

         Dialah Allah yang memudahkan lautan (untukmu) agar kamu dapat

memakan daripadanya daging yang segar (ikan) dan kamu mengeluarkan

dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai, dan supaya kamu mencari

keuntungan dari kurnianya dan supaya kamu bersyukur”

(Surah an Nahl: ayat 14)

Inilah diantara sebab yang menarik penjajah Barat untuk datang ke

Nusantara bagi mendapatkan bekalan perdangangan seperti rempah-

ratus, bijirin, beras dan sebagainya untuk dibawa pulang ke Eropah.

Diantara kerajaan-kerajaan atau pusat-pusat tamadun Melayu yang wujud

sebelum kedatangan Islam ialah Funan, Srivijaya, Lembah Bujang dan

Majapahit. Kesemua kerajaan ini rata-ratanya menganut agama Hindu dan

Buddha. Kemuncak kepada perkembangan tamadun awal di Nusantara ini

6

Page 7: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

adalah perkembangan empayar Srivijaya yang bermula pada abad ke-7

hingga ke-14 M.

Penyebaran Islam di dalam masyarakat Melayu berlaku secara

damai. Di dalam sejarah kemasukan Islam ke Alam Melayu, tiada terdapat

satu pun catatan yang menunjukkan kemasukan Islam berlaku secara

paksa ke atas masyarakat Tanah Melayu dan Asia Tenggara. Kejayaan

penyebaran Islam di Alam Melayu adalah bersandarkan kepada beberapa

faktor yang menjadi paksinya iaitu perdagangan, perkahwinan,

pendakwahan, dan keistimewaan ajaran Islam. (Mahyuddin, 1998).

Firman Allah :

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah

nyata kebenaran dari kesesatan Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan

Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah

berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan

putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

(al-Baqarah: 256)

Terdapat beberapa buah pusat tamadun Melayu Islam yang

terkenal di Asia Tenggara. Pusat-pusat ini telah memainkan peranan dan

memberikan sumbangan yang begitu banyak dalam perkembangan Islam

7

Page 8: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

dan peradabannya di Nusantara. Antaranya ialah Perlak, Pasai dan Acheh

di Sumatera, Melaka di Semenanjung Tanah Melayu, Sulu dan Mindanao

di Filiphina, Champa di Indochina dan lain-lain. Kewujudan pusat-pusat

tamadun Melayu ini telah menaikkan martabat dan keupayaan bangsa

Melayu dan tamadun Melayu di mata dunia. (Mohamad Khadafi, 2003).

4.0 INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN

INDIA

Pengenalan

Interaksi kedua-dua tamadun ini telah bermula sedari abad ke-3 SM.

Buktinya, bahan bertulis dari India ada menyebut tentang Malayadvipa

yang bermaksud Semenanjung Melayu. Para pedagang dari India ke

Tanah Melayu bagi mendapatkan emas setelah mereka menggelarkan

Tanah Melayu Suvarnabhumi yang bermaksud tanah emas. Hasil

daripada interaksi ini, agama Hindu dan Buddha telah disebarkan dan

menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya memegang

kepercayaan animisme. Dari sinilah munculnya interaksi tamadun Melayu

dengan tamadun India. Antara tinggalan pengaruh ajaran Hindu ialah

Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang ketika kerajaan Chola

menguasai Kedah. Interaksi ini sesuai dengan firman Allah dalam al-

Quran.

Firman Allah:

8

Page 9: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

    

     “Wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu

daripada seorang laki-laki dan seorang wanita, lalu kami jadikan kamu

berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling berkenal-

kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling

taqwa di antara kamu”

(Surah al-Hujuraat: Ayat 13)

4.1 Zaman Pra-Penjajahan Barat

Interaksi tamadun India dan tamadun-tamadun Asia bermula kira-

kira 2000 tahun yang lalu. Faktor perdagangan memainkan peranan

penting dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi

Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka. Negara terawal muncul

yang mendapat pengaruh India ialah Funan sekitar akhir kurun ke-2

Masihi, bertapak di Muara Sungai Mekong.

Selain itu ada beberapa buah negeri lain yang muncul dan

menerima pengaruh India antaranya Langkasuka, Kedah, dan Tanah

Merah di Semenanjung, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo. (Hashim Hj.

Musa, 2005). Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang India

merupakan golongan pedagang utama. Mereka datang daripada pesisir

Koromandel, Kalingga, Benggala dan Gujerat (Cambay, Surat dan Randir).

Menurut Sazelin Arif (2007) ada yang menetap di Melaka dan

sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan

Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka. Tun

9

Page 10: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

Ali, anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim yang telah

berkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad

Syah (1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja menggantikan

datuknya, seterusnya melahirkan pembesar-pembesar dan pemerintah

Melaka dari keturunan Melayu Tamil. Cucunya Raja Kasim telah menjadi

Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah yang masyhur itu

(1446-1456).

Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan pembesar-pembesar

seperti Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung

Tun Husain. Raja Mendaliar seorang pedagang Keling telah dilantik

menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud (1488-

1500). Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India telah

berkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamana

menggantikan Hang Tuah.

4.2 Zaman Penjajahan Barat

Kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung

Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda

ditandatangani. Khidmat mereka diperlukan sebagai buruh di ladang

tebu, kopi dan teh dan kebanyakan mereka orang Tamil dan Telegu dari

wilayah Andhra Pradesh. Di samping itu, pihak Inggeris membawa

masuk orang Ceylon dan Malayalee untuk berkhidmat sebagai kerani,

pembantu hospital serta mengawas dan menyelia ladang-Iadang kerana

mereka berpendidikan Inggeris.

10

Page 11: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

Peningkatan jumlah orang India di Tanah Melayu semakin pesat

menjelang tahun awal abad ke-20. Sehingga tahun 1931 terdapat

seramai 132,277, orang India di negeri-negeri Selat, di negeri-negeri

Melayu Bersekutu seramai 379,996 dan di negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu seramai 110,951 orang (Malaysia Kita, 2000). Namun

kedatangan kaum India pada zaman penjajah British berbeza dengan

pada zaman Srivijaya dan Kesultanan Melaka. Ini kerana pendatang

India zaman prapenjajah terdiri daripada kelas tinggi dan diserap masuk

ke dalam institusi istana dan institusi negeri yang lain.

Pendatang India zaman penjajah kebanyakannya terdiri

daripada kelas rendah, menetap dalam kawasan geografi dan sosial

yang tersendiri serta terasing. Oleh demikian, proses dengan

masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas dan

berkembang. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atas

masyarakat dan budaya Melayu amat minimum.

5.0 KESAN INTERAKSI TAMADUN MELAYU DENGAN TAMADUN

INDIA

5.1 Bahasa dan Kesusasteraan Melayu

.

Dalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang

didukung oleh istilah dari budaya India diserap masuk menjadi unsur

pinjaman. Kebanyakan kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan

sedikit daripada bahasa Tamil. Masyarakat Asia Tenggara menggunakan

bahasa Sanskrit sehinggalah kedatangan agama Islam. Buktinya melalui

penemuan prasasti-prasasti Talang Tuwo/Kedukan Bukit yang

menggunakan bahasa Sanskrit. Terdapat penggunaan bahasa Sanskrit

11

Page 12: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

seperti syurga, neraka,sembahyang,asmara,samudera, sukma dan

sebagainya yang kekal digunakan sehingga hari ini (Sazelin Arif, 2007).

. Jika kita lihat dalam kesusasteraan Melayu terdapat pengaruh

daripada tradisi kesusasteraan India. Cerita-cerita yang bersumberkan

kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat

masyarakat Melayu seperti cerita penglipur lara yang dituturkan oleh

tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit. Setiap unsur dan mitos

yang digunakan dalam sejarah Melayu membawa maksud penting dalam

menggambarkan kebesaran, kemuliaan, martabat serta menunjukkan

kuasa raja yang istimewa. (M. Rajantheran, 1999).

5.2 Agama dan Kepercayaan

Dari sudut agama dan kepercayaan, agama Hindu dan Buddha

telah diterima dan berkembang luas di Asia Tenggara dengan wujudnya kuil

dan candi. Agama Hindu sebenarnya adalah agama yang terbesar di India

selama beberapa abad. Pengaruh agama Hindu-Buddha dapat dikesan dari

amalan-amalan di istana seperti adat istiadat pertabalan raja dan

sebagainya. Brahmin atau sami Hindu/budhha sangat berpengaruh di istana

berperanan menonjolkan kesaktian raja melalui cerita-cerita mitos, dongeng

dan lagenda. Sebelum kedatangan agama Islam di tanah Melayu,

masyarakat Melayu dipengaruhi oleh konsep ketuhanan agama Hindu..

Hikayat-hikayat Melayu juga banyak dipengaruhi oleh kepercayaan agama

Hindu.Contohnya Hikayat Marong Mahawangsa.

 5.3 Institusi Pemerintahan dan Istiadat Raja-raja Melayu

Institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah

menyerap masuk beberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha

12

Page 13: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

untuk menubuhkan legimitasi ke atas golongan pemerintah bangsawannya.

Kerajaan di dunia dianggap sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja

sebagai titisan dan penjelmaan Tuhan Siva-Buddha, yang melahirkan

konsep Deva-Raja. Istana dibina di atas tanah tinggi di tengah negeri

sebagai replika kepada Gunung Kosmik Mahameru rumah Tuhan yang

terletak di tengah Alam Semesta. (Sazelin Arif, 2007).

Candi sebagai monumen batu dibina untuk menjadi tempat jamuan

makan bagi Devaraja supaya pemerintahannya dianggap suci oleh rakyat.

Beberapa upacara pertabalan diraja seperti pembinaan Balai Panca

Prasada lima tingkat mewakili puncak Gunung Kosmik Mahameru.

Penggunaan nama-nama gelaran pemerintah dan pembesar negeri seperti

Duli yang Maha Mulia (Debu (di bawah tapak kaki Raja) Yang Paling Suci)

Seri Paduka Baginda (Capal Suci di bawah tapak kaki Devaraja).

Nama-nama pembesar negeri juga adalah pinjaman daripada

unsur India iaitu Seri Nara Diraja yang bertugas mengisytiharkan pelantikan

Raja, Bendahara sebagai menteri, Laksamana sebagai ketua tentera dan

lain-lain. Sistem pemerintahan kita pada hari ini juga mempunyai unsur-

unsur konsep ketuhanan agama Hindu. Keadaan ini berdasarkan konsep

”Dewaraja” . (Hashim, 2004).

Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah

membesarkan keagungan dan kedudukan Raja dalam upacara pertabalan

baginda. Struktur masyarakat dalam masyarakat Melayu juga dipengaruhi

oleh sistem kasta. Sistem ini ialah susun lapis dalam masyarakat di mana

terdapat pemisahan yang jelas di antara golongan atasan atau bangsawan

dengan rakyat biasa. Keadaan ini membawa kepada kemunculan

13

Page 14: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu. Di samping itu,

tamadun India turut mempengaruhi sistem undang-undang tamadun

Melayu. Contohnya terdapat kaedah undang-undang Hindu yang

digunakan dalam Undang-Undang Melaka dan Perundang-undangan

Majapahit (Azhar Hj. Mad Aros, 2001).

5.4 Adat Resam dan Hiburan

Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat

resam Melayu. Antara contoh yang paling ketara ialah dalam soal

kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan.

Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginya

daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan

amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang

jahat. Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui

tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya

ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong (Afifah, 2003).

5.5 Seni Bina

Dalam aspek seni bina, kita dapati unsur-unsur seni bina India telah

bercampur dengan unsur-unsur senibina Melayu sehingga menghasilkan

senibina yang unggul, contohnya Angkor Wat dan Candi Borobudur.

Terdapat 4 struktur penting dalam Senibina Hindu seperti Shikhara (bentuk

kereta kuda), Vimana (menara pyramid), Ratha (batu tunggak) dan

Gopuram (pintu masuk).

14

Page 15: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

6.0  PENUTUP

Interaksi antara tamadun adalah suatu pertembungan yang saling

memperkayakan antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Hasil daripada

kreativiti yang tinggi melahirkan banyak manfaat kepada semua orang tanpa

mengira latar belakang anutan agama, bangsa mahupun budaya. (Azhar Hj. Mad

Aros, 2001). Interaksi sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup,

sebaliknya bersifat terbuka. Sifat inilah yang memberi peluang kepada

berlakunya interaksi antara tamadun. Umum mengetahui, interaksi antara

tamadun menghasilkan dua kesan yang penting iaitu kesan positif dan kesan

negatif. Kesan positif memberi pengukuhan kepada sesuatu tamadun.

Pertembungan yang memberi kesan yang positif ini seharusnya digalakkan untuk

kebaikan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti.

Saling faham-memahami persamaan dan perbezaan budaya tidak

seharusnya menjadi penghalang permuafakatan demi kebaikan agama, bangsa

dan negara. Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor

tersendiri dalam membina, membangun dan memajukan tamadun tersebut.

Terdapat tamadun yang mampu bertahan untuk jangka masa yang lama namun

sebaliknya terdapat juga tamadun yang tidak dapat bertahan lama kerana faktor-

faktor tertentu. Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri

asasnya yang utama dan ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah

tamadun.

Ada tamadun yang dikaitkan dengan bangsa, ada tamadun yang dikaitkan

dengan agama dan ada tamadun yang dikaitkan dengan budaya. Satu hal yang

penting ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita

tidak dapat lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau

peradaban. Ia merupakan satu proses yang lumrah dalam mana-mana tamadun

15

Page 16: INTERAKSI ANTARA TAMADUN MELAYU DENGAN CINA

di dunia ini sebagaimana pendapat seorang sarjana Jepun, Nyozaken

Hasegawa.

16