Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun China

8
Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun China

Transcript of Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun China

Page 1: Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun China

Interaksi antara Tamadun Melayu

dengan Tamadun China

Page 2: Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun China

Telah wujud sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117S.M).

I-Tsing (Yi Jing) telah menterjemahkan buku agama Buddha dari Sanskrit ke bahasa Cina dan menulis 2 buah buku tentang Tamadun Melayu SriVijaya.

Hubungan melalui Laksamana Muhammad Cheng Ho (Zeng He) - antara Melaka - China. (persahabatan, perdamaian & perniagaan).

Pertalian Tamadun Melayu Dengan Tamadun Cina Zaman Prapenjajah

Barat

Page 3: Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun China

Interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun Cina berlaku sejak kerajaan Funan pada abad ke-3 M.Mencapai kemuncaknya semasa zaman Dinasti Tang dan Dinasti Ming.Hasil interaksi ini telah membawa beberapa perubahan dan asimilasi budaya dalam kedua-dua tamadun ini.Interaksi antara dua tamadun ini berlaku dalam suasana aman, iaitu melalui misi diplomatik, migrasi dan perdagangan.Kemuncak interaksi berlaku ketika zaman kesultanan Melaka (1400-1511) di mana Melaka dan China saling mengutuskan wakil mereka.

Page 4: Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun China

Interaksi tersebut diperkukuh lagi dengan perkahwinan Sultan Melaka, iaitu Sultan Mansur Syah dengan Hang Li Po. (Puteri Cina)Perkahwinan ini merupakan salah satu saluran kemasukan pengaruh tamadun Cina dalam masyarakat tempatan.Kesan interaksi antara kedua-dua tamadun ini telah memperkenalkan sutera, porselin, tembikar dan makanan seperti taugeh, tauh, kicap dan beberapa jenis sayuran. Bekas dan perkakas dapur, rumah, tenun, muzik dan beberapa teknologi seperti perlombongan, pertukangan logam dan kertas juga diperkenalkan semasa berlaku interaksi tersebut.

Page 5: Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun China

Selain pengenalan teknik dan cara memasak yang baru, teknologi penghasilan barangan seperti gula, tebu, samsu, kain, bahan letupan, kasut dan lilin juga diperkenalkan.Tamadun China juga memperkenalkan perusahaan sutera di Kepulauan Melayu.Pembinaan, pertanian yang lebih baik, bahkan nilai kerja dan estetika yang baru turut diperkenalkan.Tamadun Cina memperolehi hasil ekonomi seperti rempah, produk haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang kesemuanya memperkaya kebuduyaan kebendaan tamadun Cina.

Page 6: Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun China

Interaksi Antara Tamadun (China-India)

Page 7: Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun China

• Tamadun Cina dan tamadun India dikatakan bertembung di Asia Tenggara.

• Kedua-dua tamadun ini mempunyai keagungan masing-masing.

• Interaksi antara dua tamadun ini, telah membuka lembaran baru dalam konsep kepercayaan buddha.

• Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama yang dikenali oleh penganutnya sebagai Buddha.

Page 8: Interaksi antara Tamadun Melayu dengan Tamadun China

• Ajaran buddha yang konsepnya hampir menyerupai konsep Taoisme senang diterima masyarakat Cina, sehinggakan dalam tempoh yang singkat, orang-orang Cina telah berjaya menyusun doktrin buddha dalam satu koleksi yang dinamakan Tripikata yang terdiri dari kandungan kitab Mahayana dan Hinayana.

• Perpindahan dua hala kebudayaan China dan India ini terus berlaku bukan sahaja dalam kontek pegangan kehidupan tetapi kepada hampir keseluruhan corak kehidupan kedua-dua tamadun ini.

• Perpindahan teknologi telah berlaku di mana teknologi pembuatan kertas dari China telah dibawa masuk ke India dan teknologi membuat gula dari India telah dibawa masuk ke China.