Interaksi Dan Penampilan LINUS

2
Interaksi dan Penampilan LINUS 1.1 Pengenalan Bab pertama kajian ini adalah untuk menjelaskan latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi istilah dan definisi pembolehubah kajian. 1.2 Latar belakang kajian Beberapa penyelidikan dan kajian telah dijalankan oleh beberapa pengkaji mengenai literasi awal kanak-kanak. Kebanyakan kajian yang dijalankan adalah bagi membantu meningkatkan tahap pembacaan dan perancangan pembelajaran yang bersesuaian untuk kanak-kanak. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa proses pembelajaran membaca dan menulis telah bermula awal dalam perkembangan kanak-kanak iaitu sejak kanak-kanak belum melangkah ke alam persekolahan (Amir Hamzah, 2004; Muhammad Raus. 2008 & Tay, 2006). Pada zaman moden ini,

description

Pendahuluan intervensi pelajar LINUS

Transcript of Interaksi Dan Penampilan LINUS

Interaksi dan Penampilan LINUS

1.1Pengenalan

Bab pertama kajian ini adalah untuk menjelaskan latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, definisi istilah dan definisi pembolehubah kajian.

1.2Latar belakang kajian

Beberapa penyelidikan dan kajian telah dijalankan oleh beberapa pengkaji mengenai literasi awal kanak-kanak. Kebanyakan kajian yang dijalankan adalah bagi membantu meningkatkan tahap pembacaan dan perancangan pembelajaran yang bersesuaian untuk kanak-kanak. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa proses pembelajaran membaca dan menulis telah bermula awal dalam perkembangan kanak-kanak iaitu sejak kanak-kanak belum melangkah ke alam persekolahan (Amir Hamzah, 2004; Muhammad Raus. 2008 & Tay, 2006). Pada zaman moden ini, literasi adalah amat penting dalam kehidupan manusia. Oleh itu, seseorang itu harus menyedari dan memiliki kemahiran literasi sejak dari awal lagi kerana tanpa kemahiran tersebut, seseorang itu akan mengalami pelbagai kesukaran untuk menjalani kehidupan harian di negara moden.

Melalui Mahzan Arshad (2012), Isahak Haron et. al. (2006) menyatakan bahawa kanak-kanak yang memiliki pengalaman dan kemahiran literasi awal yang baik dapat membaca dengan lancar. Namun begitu, pada peringkat awal kanak-kanak, apabila kita memperkatakan tentang literasi awal, kita lebih cenderung untuk membincangkan tentang penguasaan tahap awal pembacaan kanak-kanak sahaja. Walhal, tahap literasi awal kanak-kanak tidak hanya tertumpu pada kemahiran membaca sahaja tetapi turut melibatkan kemahiran lain iaitu kemahiran bahasa lisan, kemahiran menyoal dan menjawab serta kemahiran berfikir secara kritikal.