IPO MITI

download IPO MITI

of 46

Transcript of IPO MITI

  • 7/31/2019 IPO MITI

    1/46

    IPO MITI - FGVH Felda Global Ventures Berhad20 April 2012

    BERITA PENTING - FY DENGAR DARI SUMBER YANG BOLEH DIPERCAYAI

    PERUNTUKAN SAHAM KHAS BUMIPUTERA DI MITI BAGI FELDA GLOBAL

    VENTURES DAN GAS MALAYSIA AKAN KELUAR SERENTAK MINGGU DEPAN.HARAP ANDA DAPAT MEMBUAT PERSIAPAN UNTUK MELANGGANINYA.

    Bagi yang telah memohon saham Gas Malaysia dahulu mereka tak perlu

    memohonnya sekali lagi.

    Berikut ini FY terakan kaedah terkini membeli saham peruntukan khas

    Bumiputera di MITI. Untuk pengetahuan anda buat masa ini borangpermohonan tersebut perlu dilakukan secara online di Website MITI dan buat

    masa ini ia masih belum keluar lagi. Andai ia telah keluar maka inilah yangperlu anda lakukan ;

    1. Pergi ke website MITI, isi borang permohonan untuk membeli sahamtersebut. (Pastikan anda telah mempunyai akaun CDS)

    2. Print borang tersebut.

    3. Lampirkan bersama salinan IC yang disahkan.4. Lampirkan salinan penyata kewangan samaada penyata Bank selama 3

    bulan, salinan buku ASB atau Akaun Amanah Saham yang lain mahupunAkaun Tabung Haji.

    5. Hantarkan terus ke MITI sebelum tarikh tutupnya.

    atau6. Hantarkan pada FY sekiranya ingin FY membantu memastikan semuadokumen lengkap dan menghantarnya ke MITI. (Kalau hantar pada FY kena

    caj 1 sen untuk Persatuan Remisier Bumiputera.)

    SAYA NAK MELABUR SAHAM TAPI...

    http://bicarapelaburan.blogspot.com/2012/04/ipo-miti-fgvh-felda-global-ventures.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2012/04/ipo-miti-fgvh-felda-global-ventures.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2012/04/ipo-miti-fgvh-felda-global-ventures.html
  • 7/31/2019 IPO MITI

    2/46

    Kadangkala saya berasa pelik kenapa hingga kini tak ramai orang melayu

    yang berkecimpung dalam perihal saham ini. Mungkin pelaburan saham inisama seperti permainan golf yang mana ia hanyalah untuk golongan orangyang berasa.

    Apapun bila saya fikirkan maka saya rasa ia melibatkan alasan-alasan

    berikut;

    Tiada modal / tabungan / duit untuk melabur

    Phobia / takut dengan pasaran saham

    Pasaran saham adalah untuk orang kaya

    Takut rugi Terlalu complicated

    Tak faham

    Tak nak tahu

    Pernah melabur dan mengalami kerugian

    Dan lain-lain lagi.

    Nampaknya keadaan ini saling tak tumpah seperti ketika kita diminta untukmenderma darah umpamanya maka dalam hal ini alasan-alasan ini pula

    yang timbul.

    Darah saya kurang Takut jarum

    Saya tak layak menderma

    Saya belum makan

    Takut sakit

    Darah saya bukan untuk orang lain

    Dan pelbagai alasan lagi.

    http://4.bp.blogspot.com/-6ZvyISQ3Nsg/TV8RptBwW-I/AAAAAAAABp8/aLdkDGIpEnQ/s1600/bursa+1.jpg
  • 7/31/2019 IPO MITI

    3/46

    Beginilah kisahnya orang melayu orang kita. Begitu banyak alasan untuk

    gagal, untuk tidak bergerak kerana telah terbiasa berada dalam zon selesa.

    Pada masa bangsa lain sudah memulakan perniagaan, kita dah jauh

    ketinggalan, pada masa bangsa lain dah lama buka bank, kita baruterhegeh-hegeh mahu berbuat demikian. Pada masa bangsa lain telah

    berjaya dalam sektor perkilangan dan pembuatan, kilang orang kita bolehdikira dengan jari. Kalau dapat pesanan dari luar negara kilang orang kita

    tak cukup kapasiti untuk mengeluarkan produk permintaan mereka itu. Padamasa orang lain dah maju dalam bidang pelaburan ini orang kita masih jauh

    ketinggalan di belakang.

    Hai orang kita...

    Yang peliknya,

    Orang kita laju pulak bila bab pelaburan dalam pertaruhan bolasepak, 4

    nombor ekor, skim cepat kaya, skim gores dan menang, MLM dansebagainya. Pantang nampak orang datang pakai kereta mewah, jam dan

    handphone mewah maka menggelupurlah orang kita ingin jadi sepertimereka. Sanggup bergolok bergadai untuk mendapatkan keuntungan pada

    kadar segera. Tapi tahukah anda apa yang terjadi seterusnya?

    Penutupnya ramai yang telah BERPUTIH MATA kerugian hingga semuanyatergadai tapi masih ramai juga yang masih tak serik-serik.

    Kepada anda yang berada di luar sana yang dijodohkan dengan artikel ini,ambillah insiatif untuk memulakan pelaburan saham demi untuk

    meningkatkan ekonomi keluarga hari ini dan hari yang mendatang di masatua nanti.

    Kalau di ASB kita boleh mendapatkan pulangan dalam lingkungan 8%, buatmasa ini di Bursa Malaysia kita boleh membuat keuntungan yang jauh lebih

    besar dari itu. Bangsa lain pada masa ini sanggup mengeluarkan duit

    mereka dari Fixed Deposit, menjual saham amanah, tidak membeli hartanahkerana pada masa saya menulis artikel ini pasaran saham begitu panas

    hingga menyebabkan mereka melabur kerana mereka tahu mereka bolehmendapatkan pulangan yang lebih tinggi di sini.

    Fixed deposit hanya boleh memberikan pulangan sebanyan 5% kepada

    mereka, saham amanah pula telah berada di tahap yang tertinggi

    disebabkan kenaikan pasaran saham, ASB memberikan puangan sekitar 8%,Hartanah pula boleh memberikan pulangan sekitar 10% setahun

    http://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/02/saya-nak-melabur-saham-tapi.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/02/saya-nak-melabur-saham-tapi.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/02/saya-nak-melabur-saham-tapi.html
  • 7/31/2019 IPO MITI

    4/46

    berdasarkan lokasi pembelian hartanah tersebut, jadi pada masa ini Pasaran

    sahamlah tempat mereka menyimpan duit tersebut bagi mendapatkanpulangan yang tertinggi.

    Mereka BIJAK mencari tempat pelaburan yang terbaik agar duit mereka

    membuat duit yang lebih banyak dan dikala Pasaran Saham lembab dan takbermaya maka mereka akan keluarkan duit tersebut untuk dilaburkan kedalam FD, Unit saham amanah, hartanah mahupuh perniagaan yang mereka

    jalankan. Dalam ertikata lain mereka SEDAR akan aspek DUIT danbagaimana untuk memaksimakan pulangannya tak seperti orang kita.

    Oleh yang demikian kalau anda ada modal minima dalam lingkunganRM5,000.00 dan kalau anda tak tahu bagaimana hendak memulakan

    pelaburan di Bursa Malaysia ini maka jangan malu dan jangan silu hubungisaya Faizal Yusup. Saya akan membantu anda memahaminya. InsyaAllah.

    Sekian dahulu buat kali ini.

    www.faizalyusup.com.

    Faizal YusupRemisier

    Kenanga Investment Bank Berhad

    Quattro West, Ground Floor

    No 4 Lorong Persiaran Barat

    46200 Petaling Jaya

    Selangor DE

    Tel : 03 7620 0755HP : 012 654 0130

    Berpengalaman dalam bidang saham sejak tahun 1996Diploma In Investment Analysis UITM Shah Alam

    BBS Finance (Investment) UNL, USA

    Hubungi saya untuk keterangan lanjut mengenai pelaburan di BursaMalaysia pada bila-bila masa.

    http://www.faizalyusup.com/http://www.faizalyusup.com/http://www.faizalyusup.com/
  • 7/31/2019 IPO MITI

    5/46

    UNTUK MEMBUKA AKAUN CDS

    Untuk membeli dan menjual saham tak kiralah sekiranya anda mendapat

    saham tersebut melalui Blue Form, Pink Form, IPO, ESOS dan lain-lain andaperlu membuka akaun saham. Akaun saham ini dinamakan akaun CDS.Berikut adalah cara membukanya ;

    Bagi warganegara Malaysia ;

    1. Kita perlukan salinan kad pengenalan2. Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository

    System ) dengan MCD ( Malaysian Central Depository Sdn Bhd )(- bertujuanuntuk menyimpan saham tersebut.)

    3. Buka akaun trading dengan broker / remisier yang terlibat.4. Salinan muka depan buku akaun bank bagi tujuan E Dividen.

    PERKHIDMATAN MEMBUKA AKAUN CDS

    Kami ada menyediakan perkhidmatan untuk membuka akaun CDS ini bagi

    warga Malaysia. Apa yang perlu anda lakukan ialah ;

    1. Berikan nama dan alamat penuh berserta dengan nombor telefon untuk

    dihubungi.

    2. Pihak kami akan menghantarkan borang-borang tersebut dengan pos

    laju.

    3. Di dalamnya kami serta cara mengisi borang-borang tersebut.

    4. Sertakan 6 salinan kad pengenalan dan 2 salinan muka depan buku bankatau penyata akaun semasa beserta RM20.00. RM10.00 yuran CDS dan

    RM10.00 lagi kos pos laju pihak kami.

    5. Kembalikan kepada alamat berikut ;

    Faizal Yusup

    Kenanga Investment Bank berhadG Floor, Quattro West

    Lorong Persiaran Barat46200 Petaling Jaya

  • 7/31/2019 IPO MITI

    6/46

    Selangor.

    atau

    Anda boleh datang sendiri ke alamat di atas. Bangunan tersebut terletak

    berdekatan dengan pintu belakang PJHilton.

    Pihak kami akan membuka akaun CDS itu dengan seberapa segera dan andaakan mendapat surat pengesahan dari Bursa Malaysia selepas itu.

    Akaun Trading dan Akaun Trading Online akan diberikan juga secara

    PERCUMA.

    Sekiranya anda perlukan khidmat FY sebagai perunding portfolio pelaburananda, hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga Investment Bank

    Berhad di talian 012 654 0130. InsyaAllah FY sedia membantu.

    Kalau ada apa-apa yang kurang jelas hubungi FY ok.

    Sekian harap maklum.

    FY

    012 654 0130Naib Presiden Persatuan Remisier Bumiputera

    AJK Biro [email protected]

    http://bicarapelaburan.blogspot.com/http://bicarapelaburan.blogspot.com/http://bicarapelaburan.blogspot.com/http://bicarapelaburan.blogspot.com/
  • 7/31/2019 IPO MITI

    7/46

    Buka Akaun CDS Bursa Saham

    Untuk membeli dan menjual saham tak kiralah sekiranya anda mendapat

    saham tersebut melalui Blue Form, Pink Form, IPO, ESOS dan lain-lain andaperlu membuka akaun saham. Akaun saham ini dinamakan akaun CDS.

    Berikut adalah cara membukanya ;

    Bagi warganegara Malaysia ;

    1. Kita perlukan salinan kad pengenalan2. Kita perlukan RM10.00 untuk membuka akaun CDS ( Central Depository

    System ) dengan MCD ( Malaysian Central Depository Sdn Bhd )(- bertujuanuntuk menyimpan saham tersebut.)

    3. Buka akaun trading dengan broker / remisier yang terlibat.

    4. Salinan muka depan buku akaun bank bagi tujuan E Dividen.

    Tambahan ;

    5. Anda juga boleh juga membuka akaun untuk menjalankan transaksi

    melalui internet mahupun bagi pasaran global.

    PERKHIDMATAN MEMBUKA AKAUN CDS

    Kami ada menyediakan perkhidmatan untuk membuka akaun CDS ini bagiwarga Malaysia. Apa yang perlu anda lakukan ialah ;

    1. Berikan nama dan alamat penuh berserta dengan nombor telefon untukdihubungi.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    8/46

    2. Pihak kami akan menghantarkan borang-borang tersebut dengan poslaju.

    3. Di dalamnya kami serta cara mengisi borang-borang tersebut.

    4. Sertakan 6 salinan kad pengenalan dan 2 salinan muka depan buku bank

    atau penyata akaun semasa beserta RM20.00. RM10.00 yuran CDS danRM10.00 lagi kos pos laju pihak kami.

    5. Kembalikan kepada alamat berikut ;

    Faizal YusupKenanga Investment Bank berhadG Floor, Quattro West

    Lorong Persiaran Barat

    46200 Petaling JayaSelangor.

    atau

    Anda boleh datang sendiri ke alamat di atas. Bangunan tersebut terletak

    berdekatan dengan pintu belakang PJHilton.

    Pihak kami akan membuka akaun CDS itu dengan seberapa segera dan andaakan mendapat surat pengesahan dari Bursa Malaysia selepas itu.

    Akaun Trading dan Akaun Trading Online akan diberikan juga secara

    PERCUMA.

    Sekiranya anda perlukan khidmat saya sebagai perunding portfoliopelaburan anda, hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga InvestmentBank Berhad di talian 012 654 0130. InsyaAllah saya sedia membantu.

    Sekian.

    http://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/08/buka-akaun-cds-bursa-saham.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/08/buka-akaun-cds-bursa-saham.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/08/buka-akaun-cds-bursa-saham.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/08/buka-akaun-cds-bursa-saham.html
  • 7/31/2019 IPO MITI

    9/46

    Apa itu Akaun CDS? Akaun CDS untuk Borang Biru, MITI.

    APA ITU AKAUN CDS?

    Sekiranya anda mendapat peruntukan saham baik melalui Blue Form, PinkForm, ESOS, IPO atau anda ingin memohon peruntukan saham bumiputera

    di MITI maka anda WAJIB ada akaun CDS. Kalau tidak saham tersebut tidakberharga kerana ia tak boleh dijual.

    Akaun CDS atau nama panjangnya Central Depository System adalahtempat dimana saham-saham tersebut bakal disimpan. Untuk pengetahuan

    semua, CDS ini sebenarnya telah bertukar nama kepada Bursa MalaysiaDepository.

    Untuk menjalankan urusniaga saham tersebut di Bursa Malaysia pula anda

    perlu membuka akaun Trading saham yang dikendalikan oleh seorang wakilpeniaga yang dikenali sebagai Dealers Representative atau Remisier yangberlesen.

    FY adalah salah seorang remisier yang berlesen dengan Suruhanjayasekuriti. (SC)

    Sekiranya anda ingin membuka akaun saham CDS ini, maka berikut adalah

    langkahnya ;

    1. Berikan nama dan alamat penuh berserta dengan nombor telefon untukdihubungi.

    2. Pihak kami akan menghantarkan borang-borang tersebut dengan pos

    laju.

    3. Di dalamnya kami serta cara mengisi borang-borang tersebut.

    4. Sertakan 6 salinan kad pengenalan dan 2 salinan muka depan buku bankatau penyata akaun semasa beserta RM20.00. RM10.00 yuran CDS dan

    RM10.00 lagi kos pos laju pihak kami.

    5. Kembalikan kepada alamat berikut ;

    Faizal YusupKenanga Investment Bank berhad

    G Floor, Quattro WestLorong Persiaran Barat

    46200 Petaling Jaya

  • 7/31/2019 IPO MITI

    10/46

    Selangor.

    atau

    Anda boleh datang sendiri ke alamat di atas. Bangunan tersebut terletak

    berdekatan dengan pintu belakang PJHilton.

    Pihak kami akan membuka akaun CDS itu dengan seberapa segera dan anda

    akan mendapat surat pengesahan dari Bursa Malaysia selepas itu.

    Akaun Trading dan Akaun Trading Online akan diberikan juga secara

    PERCUMA.

    Sekiranya anda perlukan khidmat saya sebagai perunding portfolio

    pelaburan anda, hubungi saya Faizal Yusup remisier di Kenanga InvestmentBank Berhad di talian 012 654 0130. InsyaAllah saya sedia membantu.

    Sekian.

    http://bicarapelaburan.blogspot.com/2012/04/apa-itu-akaun-cds-akaun-cds-untuk.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2012/04/apa-itu-akaun-cds-akaun-cds-untuk.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2012/04/apa-itu-akaun-cds-akaun-cds-untuk.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2012/04/apa-itu-akaun-cds-akaun-cds-untuk.html
  • 7/31/2019 IPO MITI

    11/46

    Belajar Melabur Saham di Bursa Malaysia - Jenis-jenis Saham

    Strategi Pelaburan Saham Saham Pertumbuhan atau Saham Pendapatan

    Bagi pelabur-pelabur saham, soalan lazim yang selalu bermain di fikiran ialah Patutkahsaya melabur untuk pertumbuhan atau pendapatan? Sebelum membuat keputusan,seorang pelabur perlu memahami perbezaan antara saham pendapatan dan sahampertumbuhan.

    Apa sebenarnya saham pendapatan (income stock)?

    Saham pendapatan ialah saham yang membayar dividen. Tujuan memiliki sahampendapatan ialah untuk mendapatkan dividen tinggi secara konsisten, sebagai sumberpulangan semasa dan bukannya untuk mengharapkan naik nilai harga saham anda.

    Harga saham pendapatan lazimnya kurang meruap (volatile) berbanding saham-sahamlain yang didagangkan di pasaran saham. Oleh itu, apabila pasaran menurun, hargasaham-saham pendapatan akan mengalami penurunan harga yang perlahan keranapara pelabur akan mengekalkan pegangan saham mereka selagi syarikat membayardividen.

    Saham-saham seperti ini kurang terjejas oleh kitaran perniagaan, di mana produk danperkhidmatan yang ditawarkan syarikat masih tetap diperlukan pengguna walaupunkeadaan ekonomi kurang baik. Ini termasuklah kemudahan awam, makanan dankeperluan harian yang lain. Ini bererti, saham syarikat yang menawarkan produk danperkhidmatan sebegini berisiko rendah.

    Walau bagaimanapun, anda perlu memantau kadar faedah dan inflasi apabila melaburdalam saham-saham ini disebabkan ianya sensitif kepada perubahan kadar tersebut.Apabila kadar faedah naik dan jika kadar hasil dividen sesuatu saham itu kekal, ataupunturun ke tahap yang lebih rendah berbanding kadar faedah yang ditawarkan instrumenpelaburan yang lain (seperti simpanan tetap ataupun bon korporat), harga saham inimungkin turun. Selain itu, sekiranya kadar inflasi naik dan kadar hasil dividen sesuatusaham itu dikekalkan setiap tahun, hakikatnya, dividen sebenar yang diperolehi adalahlebih rendah.

    Bagaimana pula dengan saham pertumbuhan (Growth stock)?

    Berbeza dengan saham pendapatan, saham pertumbuhan membayar dividen yangminimum ataupun tidak membayar dividen langsung. Sebaliknya, saham pertumbuhanmenawarkan potensi pertumbuhan yang tinggi. Ia biasanya mempunyai kadarpertumbuhan yang lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan purata (lazimnya duaangka), untuk tiga tahun berturut-turut . Kebanyakan syarikat pertumbuhan yangberpotensi terlibat dalam industri yang sedang berkembang pesat, seperti syarikat-syarikat Teknologi Maklumat dan Teknologi Bio. Syarikat-syarikat ini selalunyamendahului pasaran ataupun mempunyai potensi untuk mendahului pasaran. Antara

    http://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/06/belajar-melabur-saham-di-bursa-malaysia.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/06/belajar-melabur-saham-di-bursa-malaysia.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/06/belajar-melabur-saham-di-bursa-malaysia.html
  • 7/31/2019 IPO MITI

    12/46

    ciri-ciri utama syarikat-syarikat ini ialah kos penyelidikan dan pembangunan merekayang tinggi berbanding pendapatan mereka. Selain itu, syarikat-syarikat yang kukuhdalam bidang pasaran tertentu ataupun syarikat-syarikat yang mempunyai halangankemasukan yang tinggi juga tergolong dalam kategori ini.

    Walau bagaimanapun, melabur dalam saham pertumbuhan mempunyai risikotersendiri. Oleh kerana potensi pertumbuhan ialah sesuatu yang belum terjadi danpersekitaran perniagaan sentiasa berubah-ubah, syarikat-syarikat ini juga menanggungrisiko yang lebih tinggi apabila produk dan perkhidmatan mereka gagal mengikutiperkembangan semasa dalam pasaran mereka.

    Jadi, mana satu yang patut dipilih?

    Sekarang, anda sudah mempunyai pemahaman asas mengenai saham pendapatan dansaham pertumbuhan dan apakah perbezaaan antara keduanya, persoalaannya manasatukah saham yang perlu dipilih? Bagi menentukan saham mana satu yang sesuai,anda perlu menilai kedudukan dan menetapkan matlamat kewangan anda terlebihdahulu.

    Secara amnya, sekiranya anda tergolong dalam kategori berikut, saham pendapatanlebih sesuai untuk anda kerana risikonya lebih rendah dan lebih mudah dijangka:

    anda inginkan pendapatan yang tetap daripada pasaran saham untuk menampungperbelanjaan anda; atau

    anda hampir bersara dan bergantung kepada pendapatan daripada pasaran sahamuntuk mengekalkan taraf kehidupan anda; atau

    anda baru sahaja hendak mula melabur dalam pasaran saham.

    Manakala, saham pertumbuhan sewajarnya menjadi pilihan anda jika: anda mempunyai sejumlah wang dan ingin melabur untuk jangkamasa panjang bagi

    memperolehi kenaikan modal.

    Pastikan anda mengenali saham syarikat yang dilaburkan

    Membeli saham sesebuah syarikat secara tidak langsung bermakna anda memilikisebahagian daripada perniagaan syarikat tersebut. Sekiranya anda yakin ia berpotensitinggi dan memiliki asas/fundamental yang kukuh, maka percaya kata hati dan teruskanniat untuk melabur dalam syarikat tersebut.

    Pendapat berikut mungkin tidak sama dengan pandangan umum, tetapi bukan kesemuasyarikat dalam industri terbaru dan terkini merupakan pilihan pelaburan yang baik.Jangan melabur dalam saham syarikat Teknologi Bio semata-mata kerana orang ramaimengatakan ia bagus dan mereka juga melabur dalam syarikat itu. Sentiasa ingatbahawa anda perlu memahami perniagaan syarikat yang anda pilih dan bagaimanasyarikat tersebut mengaut keuntungannya . Ini kerana, saham pertumbuhan biasanyaberisiko tinggi disebabkan ketidakpastian dalam potensi perniagaan syarikat. Pastikan

  • 7/31/2019 IPO MITI

    13/46

    anda membuat kajian terlebih dahulu agar dapat mengurangkan kemungkinan andakehilangan wang.

    Tujuan utama melabur ialah untuk membuat duit, tidak kira sama ada ia membayarpendapatan dividen ataupun untung modal. Walau bagaimanapun, anda seharusnya

    membina portfolio berdasarkan keperluan peribadi iaitu sama ada anda perlukanwang untuk jangka masa pendek atau anda hendak mengumpul kekayaan dalam jangkamasa panjang. Anda juga boleh mencuba untuk menggabungkan kedua-dua jenis sahamdalam portfolio pelaburan dan menilai keuntungnya secara keseluruhan.

    Artikel ini ditulis oleh SIDC dan En. Ooi Kok Hwa, pemegang Lesen WakilPerkhidmatan Pasaran Modal untuk menjalankan urusan nasihat pelaburan dibawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat yang terkandung didalam artikel ini ialah untuk tujuan pendidikan semata-mata dan tidak bolehdianggap sebagai pengganti untuk nasihat perundangan atau mana-mana nasihatprofesional yang lain.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    14/46

    Borang Merah Jambu dalam Penyenaraian Saham FGVH

    Salam mesra...

    Oleh sebab terdapat pertanyaan yang banyak mengenai Borang Pink dalampenyenaraian Felda Global Ventures maka kali ini FY akan terangkan pula

    mengenai perihal Borang Pink ini.

    Kita recall balik tulisan FY tempohari dalam artikel yang menjelaskan

    tentang Borang Biru.

    Selalunya dalam sesuatu penyenaraian, peruntukan saham-saham

    dibahagikan kepada tiga atau segmen aatau lima segmen iaitu;

    1. Peruntukan Pink Form atau Borang Merah Jambu diberikan

    kepada kakitangan syarikat dan pengarah syarikat dan merekaperlu membayar penuh berdasarkan harga tawaran Saham

    Terbitan Awamnya.

    2. Kadang-kadang peruntukan Blue Form atau Borang Biru dikeluarkankhas untuk kakitangan mahupun orang-orang yang penting dalammembangunkan syarikat tersebut. Berbeza dengan Borang Merah

    Jambu, Borang Biru selalunya diberikan secara percuma.3. Green Form atau Borang Hijau pula diperuntukan kepada pelabur-

    pelabur institusi mahupun pelabur high networth dengan jumlahpelaburan minima RM 250,000.00.

    http://3.bp.blogspot.com/-TF-vJ1bkaSU/T5BT8L3zwAI/AAAAAAAAB74/4R90P1noF4o/s1600/stock+market.jpg
  • 7/31/2019 IPO MITI

    15/46

    4. Seterusnya peruntukan saham di MITI untuk pelabur-pelabur yang

    dipilih oleh pihak MITI.5. Akhir sekali White Form atau Borang Putih untuk pelabur awam.

    Dalam hal borang pink ini peruntukannya akan bergantung kepada pangkatdan berapa lama dia bekerja dengan syarikat yang bakal disenaraikan itu.

    Katalah kakitangan itu mendapat penruntukan atau entitlementsebanyak10,000 unit pada harga tawaran RM5.00 maka dia perlu membayar dengansejumlah RM50,000.00 bagi mendapatkan saham tersebut.

    Kaedah 1 Bayar dengan duit sendiri.Dalam kaedah ini maka kakitangan tadi perlu membuat bank draft sebanyak

    RM50,000 dan hantarkan bersama borang pink yang telah siap diisi (

    Pastikan sudah ada akaun CDS) beserta salinan kad pengenalan kepada

    issuing house yang mana alamatnya tertera di belakang borang pinktersebut.

    Kaedah 2 Memohon pinjaman Bank.

    Dalam kaedah ini kakitangan yang mendapat borang pink tadi memohonpinjaman share financing dari pihak Bank dan pinjaman ini boleh diberikanantara 60% hingga 100% berdasarkan budibicara bank dan berdasarkanrisiko saham yang bakal disenaraikan. Selalunya jangkamasa atau tenur

    pinjaman ini singkat antara 3 hingga 6 bulan sahaja. Dalam lain perkataansaham itu perlu dijual sebelum tempoh pinjaman itu tamat. Di sini pihak

    Bank akan menyediakan Bank Draft bagi tujuan pembayaran sahamtersebut.

    Pada masa yang sama Akaun CDS saham perlu dibuka untuk saham itudimasukkan oleh pihak registar ke dalam akaun CDS kakitangan tadi

    beberapa hari sebelum penyenaraian.

    Setelah semua ini selesai, hantarkan borang pink yang lengkap diisi dengannama penuh, alamat, jumlah saham, no akaun CDS disertakan dengan Bank

    Draft dan satu salinan kad pengenalan kepada pihak Issuing house.

    Setelah semuanya selesai maka tak lama kemudian Registrar syarikat akanmemasukkan saham-saham itu ke dalam akaun-akaun CDS pihak-pihakyang diperuntukan saham tersebut.

    Saham itu kemudiannya akan disenaraikan di Bursa Malaysia untukdidagangkan. Anda boleh menghubungi remisier atau dealer anda untuk

    menjual saham-saham tersebut. Kalau saham itu naik maka ia akan

  • 7/31/2019 IPO MITI

    16/46

    menguntungkan tapi sebaliknya kalau saham itu turun maka ia bakal

    merugikan. Kenaikan dan penurunan saham itu bergantung kepada pelbagaifaktor baik dari keadaan pasaran semasa, jenis industri, jenis perniagaan,

    asas syarikat dan sebagainya. Mungkin juga saham itutelah overvalue lantas menyebabkan penurunan harganya.

    Satu masalah bagi mereka yang mengambil pinjaman, andai saham itu tidaknaik maka mereka akan kena apa yang dinamakan margin callyang mana

    mereka terpaksa menjual saham itu secara paksa dengan kerugian daninterest yang perlu dibayar kepada pihak bank atau mereka terpaksa

    menambah duit kepada pembiaya bagi mengelakkan saham-saham tersebutdari dijual. Dalam hal ini membeli saham itu dengan duit sendiri adalah jauh

    lebih selamat.

    Apa akan jadi sekiranya saham borang pink ini tidak diambil?

    Sekiranya ia tidak diambil kakitangan yang diperuntukkan saham tersebutmaka ia akan disalurkan ke segmen yang lain. Selalunya kepada pihak Bank

    Penasihat yang merupakan underwriterkepada saham syarikat tersebut.

    Kalau saham itu naik maka merekalah yang beruntung dan sebaliknyasekiranya saham itu turun mereka akan menyimpannya untuk satu

    jangkamasa yang lebih panjang menanti kenaikan harganya dimasa-masayang mendatang.

    FY harap artikel ini cukup jelas untuk menerangkan akan perihal borang pinkdalam sesuatu penyenaraian. Kalau anda mendapat borang pink ini dan

    mahu membuka akaun CDS saham hubungi FY, FY sedia membantu. Kalauanda mendapat borang pink ini dan tak tahu samaada harga sahamny aakan

    naik atau turun hubungi FY, mungkin FY boleh memberikan sedikitpandangan mengenainya.

    Sekian.

    FY mengundur diri dahulu.

    FY012 654 0130

    http://bicarapelaburan.blogspot.com/2012/04/borang-merah-jambu-dalam-penyenaraian.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2012/04/borang-merah-jambu-dalam-penyenaraian.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2012/04/borang-merah-jambu-dalam-penyenaraian.html
  • 7/31/2019 IPO MITI

    17/46

    Mencari Remiser Saham di Bursa Malaysia

    PERKHIDMATAN REMISIER SAHAM DI BURSA MALAYSIA

    Selain menyimpan di Bank dan melabur dalam simpanan amanah, rumahdan tanah, anda sebenarnya juga boleh melabur saham di Bursa Malaysia.

    Melabur dalam syarikat-syarikat kukuh dalam negara yang disenaraikan.Pertumbuhan dan kemajuan syarikat-syarikat ini pula akan memberikan

    pulangan yang baik kepada pelaburan anda.

    Di negara ini masih ramai orang kita yang belum mempunyai akaun CDS

    iaitu akaun pelaburan saham. Akaun yang perlu dibuka di syarikat-syarikatbroker saham bagi menjalankan urusniaga jual beli saham-saham yang

    disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebenarnya dalam 28 juta pendudukMalaysia hanya 300,000 sahaja akaun CDS yang aktif. Oleh itu anda

    mungkin salah seorang daripada rakyat Malaysia yang belum melabursaham dan belum punya akaun CDS ini.

    Ada mungkin punya akaun bank, punya akaun amanah saham, punyaInsuran dan punya kad kredit tapi belum tentu ada punya akaun CDS.

    Akaun saham yang boleh dibuka dengan yuran sebanyak RM10.00 sahaja.

    Ia sebenarnya amat berguna bila anda ingin memohon saham IPO atausaham terbitan awam, peruntukan saham Blue Form, Pink Form atau ESOS

    yang diberikan kepada kakitangan syarikat, memohon saham di MITI dan

    sebagainya. Dalam semua hal ini anda perlukan akaun saham CDS.

    Mungkin anda tak punya langsung pengalaman dan pengetahuan mengenaibidang saham ini tapi tak mengapa kerana dalam hal ini Remisier iaitu wakil

    peniaga saham yang berlesen dengan Suruhanjaya Sekuriti atau SecuritiesCommission boleh membantu anda. Saya Faizal Yusup @ FY juga seorang

    remisier dan boleh memberikan perkhidmatan seperti ;

    Membantu membuka akaun CDS, Trading, Margin, Online mahupunGlobal.

    Membantu dalam peruntukan saham ESOS. Membantu dalam peruntukan saham Blue Form dan Pink Form.

    Membantu dalam permohonan peruntukan khas saham bumiputera di

    MITI.

    Membantu mendapatkan pinjaman saham-saham dimana perlu.

    Membantu anda memahami produk-produk dalam pasaran saham diBursa Malaysia.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    18/46

    Membantu memahami selok belok pasaran saham di Bursa Malaysia

    Memberikan tutorial mengenai pasaran saham baik dengan kaedahFundamental, Financial, Technical, Kaedah-kaedah yang lain dan

    Banyak perkhidmatan yang lain lagi.

    Untuk mendapatkan semua perkhidmatan di atas maka anda disarankanmembuka akaun CDS dan untuk membukanya anda boleh menghubungi FY

    di nombor talian 012-654 0130 atau datang sendiri ke pejabat FY diKenanga Investment Bank berhad, G Floor, Quattro West, Lorong Persiaran

    Barat, 46200 Petaling Jaya. Selangor.

    Memulakan pelaburan saham umpama bermain bungee jumping, iamenakutkan pada mulanya untuk terjun tetapi kalau kita dah terjun berkali-

    kali maka ia akan menjadi lebih mudah. Bagaimanapun FY akan cuba sedayaupaya untuk membantu anda.

    Apapun risiko pelaburan saham sama sahaja umpama risiko perniagaan,bukan semua pelaburan membawa keuntungan kerana adakalanya kerugian

    juga boleh berlaku.

    Sekian dulu.

    FYNo Lesen CMSRL/A3951/2007

    012-6540130

    [email protected]

    mailto:[email protected]:[email protected]://c/Users/User/Documents/www.faizalyusup.nethttp://c/Users/User/Documents/www.faizalyusup.nethttp://c/Users/User/Documents/www.faizalyusup.netmailto:[email protected]
  • 7/31/2019 IPO MITI

    19/46

    Blue Form Felda Global Ventures Holdings Bhd

    Kebelakangan ini FY sering ditanya mengenai apakah itu borang biru dalam

    penyenaraian sesuatu saham?

    Kemudian FY terbaca pula mengenainya dalam blog dan website yang yang

    menceritakan tentangnya namun hakikatnya kisah borang biru itu begitumelencong dari definasinya yang sebenar. Nampaknya begitu ramai orang

    melayu kita yang tak tahu atau langsung buta pengetahuannya mengenaisaham. Tak apalah di sini akan FY terangkan sedikit sebanyak mengenainya.

    Selalunya dalam sesuatu penyenaraian, peruntukan saham-sahamdibahagikan kepada tiga atau segmen aatau lima segmen iaitu;

    1. Peruntukan Pink Form atau Borang Merah Jambu diberikan kepadakakitangan syarikat dan pengarah syarikat dan mereka perlu

    membayar penuh berdasarkan harga tawaran Saham TerbitanAwamnya.

    2. Kadang-kadang peruntukan Blue Form atau Borang Biru dikeluarkankhas untuk kakitangan mahupun orang-orang yang penting dalam

    membangunkan syarikat tersebut. Berbeza dengan Borang MerahJambu, Boran Biru selalunya diberikan secara percuma.

    3. Green Form atau Borang Hijau pula diperuntukan kepada pelabur-pelabur institusi mahupun pelabur high networth dengan jumlah

    pelaburan minima RM 250,000.00.4. Seterusnya peruntukan saham di MITI untuk pelabur-pelabur yang

    dipilih oleh pihak MITI.5. Akhir sekali White Form atau Borang Putih untuk pelabur awam.

    Dalam hal ini sesekali ada syarikat yang bermurah hati dan menawarkanBorang Biru kepada kakitangan syarikat mereka. Setakat yang FY ingat,

    kakitangan syarikat Maxis dan Bursa mendapat Borang Biru ini. Tidak sepertiBorang Merah Jambu yang perlu dibayar mengikut harga tawarannya,

    Borang Biru pula diberikan secara percuma atau dengan diskaun harga yang

    besar.

    Dalam kes Borang Biru yang diberikan kepada kakitangan Bursa Malaysiayang disenaraikan pada 18 Mac 2005, kakitangan Bursa Malaysia diberipilihan sama ada untuk menerima habuan berbentuk tunai atau peruntukansaham Borang Biru secara percuma pada harga tawaran RM 3.00 sesaham.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    20/46

    Untuk pengetahuan anda semua, saham Bursa Malaysia naik ke peringkat

    tertinggi pada harga RM 15.00 iaitu kenaikan sebanyak 400%.

    Kepada warga Felda khususnya, lebih-lebih lagi para peneroka yangmungkin akan mendapat peruntukan saham Borang Biru ini, FY

    menyarankan anda semua menerimanya kerana ia pasti akanmenguntungkan pihak anda. Bagaimanapun anda perlu membuka akaunCDS iaitu akaun untuk menyimpan saham tersebut sebelum ia

    diurusniagakan. Anda boleh membuka akaun saham ini di mana-manasyarikat Broker atau anda boleh juga menghubungi FY untuk membukanya

    sekiranya anda tidak pasti. Nombor telefon FY ialah 012-6540130.

    Kepada warga Felda yang mendapat peruntukan Borang Biru ini atau yang

    menerimanya tetapi tidak mempunyai akaun CDS maka ia tidak akanberharga dan anda juga yang akan rugi. Kepada mereka yang tidak

    mengambil dan menerima borang peruntukan Borang Biru ini, makaperuntukan tersebut akan diberikan kepada orang lain samada pihak

    institusi mahupun diperuntukan kepada pelabur awam.

    Oleh yang demikian, bukalah akaun CDS yang cuma mengenakan sebanyakRM10.00 sahaja dimana-mana syarikat Broker yang berdekatan.

    BAGAIMANAKAH BENTUKNYA BORANG BIRU ITU?Allotment Form atau Borang Peruntukan Saham ini sama sahaja bentuknya

    walaupun apapun juga warnanya. Di dalam borang itu kenalah isikan ruangnama dan alamat penuh, nombor kad pengenalan, jumlah saham yang

    dipohon atau yang diperuntukan, nombor akaun CDS dan beberapa perkaralain. Itu sahaja. Bagi pelabur yang pernah memohon saham terbitan awam

    atau IPO dengan mengisi borang berwarna putih maka begitulah bentukborangnya cuma warnanya sahaja yang membezakannya.

    KENAPA BORANG PERUNTUKAN SAHAM ITU BERWARNA WARNI?

    Borang-borang itu mempunyai warna hijau, biru, putih dan merah jambutiada tujuan lain melainkan ia memudahkan Issuing House untuk

    membahagi-bahagi dan mengetahui pelabur mana dapat peruntukan sahamyang mana. Itu sahaja tujuannya.

    SUDAHKAH BORANG BIRU UNTUK FELDA GLOBAL VENTURES

    DIKELUARKAN?

    Sehingga saat FY menulis artikel ini tiada apa-apa borang saham yang

    dikeluarkan memandangkan permohonan penyenaraian FGVH masih belummendapat kelulusan oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti. Oleh itu kalau ada

  • 7/31/2019 IPO MITI

    21/46

    yang mengatakan mereka telah mendapat borang biru atau mana-mana

    borang sekalipun maka FY yakin itu tidak benar sama sekali dan besarkemungkinan ada ditipu.

    Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada FY andaikata penerangan ini

    masih tidak difahami.

    Sekian dulu,

  • 7/31/2019 IPO MITI

    22/46

    Anda Rugi Di Pasaran Saham?

    Salam sejahtera semua,

    Dalam pasaran saham kita perlu tahu sebanyak mana ilmu yang mungkin.

    Antara kaedah analisa yang baik dan boleh membantu anda membuat callyang baik ialah ;

    Analisa FundamentalKita kena tahu akan latar belakang syarikat tersebut, siapa pengarahnya,

    apa aktyiviti syarikat dan sebagainya.

    Analisa Kewangan

    Kita juga kena tahu akan kedudukan kewangannya EPS, PE, Mkt Cap dansebagainya.

    Analisa TeknikalKita kena tahu serba sedikit mengenai analisa Teknikal, mengenai Bollinger

    Band, RSI, MACD, CCD, Wedges, Pattern Formation dan sebagainya.

    MK Experience

    Kalau kita kurang faham akan analisa Teknikal maka FY sarankan andasubscribe kepada MK Experience kerana Sdr Mustapha Kamal telah

    membangunkan satu sistem intergration analisa teknikal ini yangmemberikan call-call yang baik.

    Analisa CSI

    Kita juga kena tahu siapa jockey di sebalik syarikat itu yang menjaga hargasaham sesuatu syarikat itu.

    SSBDan kalau kita merupakan seorang client yang tak punya remisier dan

    menjalankan online trading maka saranan FY carilah seorang remisier danminta dia masukkan anda dalam group SSB di Facebook kerana di sana ada

    ramai remisier dan dealer yang dengan sukarela akan membantu anda.

    Ingatlah melabur tanpa ilmu akan hanya merugikan anda.

    Sekian dulu.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    23/46

    Penyenaraian yang menguntungkan

    Huda Ikhwan

    PENULIS ialah Presiden Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI)

    KEKUSUTAN dan kontroversi yang berlaku dalam usaha penyenaraian Felda GlobalVentures Holdings Berhad (FGVH) ke papan utama Bursa Malaysia pada Mei ini adalah suatuperkara yang amat menyedihkan dan merugikan negara. Bagi kami, remisier yang terlibatsecara langsung dalam aktiviti-aktiviti pasaran saham negara melihat penyenaraian FGVH iniakan membawa kebaikan yang amat besar kepada negara khususnya para peneroka Felda .

    Penyenaraian FGVH merupakan suatu pengumuman yang begitu dinanti-nantikan danjika berjaya disenaraikan kelak, ia akan menyaksikan FGVH muncul sebagai satu lagi syarikat'Blue Chip' atau syarikat berwajaran besar di Bursa Malaysia dan bakal melonjakkan modalpasaran FGVH dari sekitar RM3 bilion kepada sehingga RM21 bilion. FGVH bakal dikategorikandalam sektor perladangan yang merupakan saham jenis 'defensive', yang bermakna saham iniboleh bertahan dan stabil dalam apa jua situasi ekonomi dunia. Pada amnya, pembayarandividen kepada pemegang saham dalam sektor ini merupakan satu perkara yang dilakukanpada setiap tahun dan jumlah dividennya pula adalah tinggi.

    Cuba bayangkan jika tanah-tanah perladangan Felda dan KPF dapat digabungkan untukpenyenaraian ini, maka FGVH akan menjadi syarikat perladangan tersenarai terbesar di duniadan dikuasai kaum bumiputera! Senarai tawaran saham yang dicadangkan bagi saham FGVHyang terdiri daripada institusi pelaburan utama negara seperti PNB, KWSP, KWAP (KumpulanWang Amanah Pencen) dan Tabung Haji yang terbukti berjaya menjaga kepentingan pelaburanrakyat negara ini.

    Sementara itu, tawaran yang dicadangkan bagi institusi luar negara pula peratusan

    kecil, kurang dari 5%. Syarikat-syarikat tersenarai awam (PLC) yang dikuasai institusi-institusipelaburan kerajaan atau luar negara mempunyai tarikan pelaburan yang baik dan sentiasamenjaga kepentingan pelabur minoriti. Sesuatu PLC memerlukan pelaburan asing untukmenjadi sebahagian daripada pemegang sahamnya kerana ini akan memudahkan merekamendapat liputan media luar negara dan seterusnya menjadikan PLC ini lebih terkenal bagimembina platform antarabangsa.

    Namun demikian, kadar 5% pelaburan asing dalam saham FGVH yang ditawarkan, tidakakan menjejaskan kedudukan harga saham atau pengurusan FGVH seandainya pelabur asingitu menjual pegangan mereka di pasaran terbuka. Persetujuan kerajaan untuk memberi 'blueform'dan 'pink form'kepada peneroka dan pekerja Felda adalah satu langkah bijak. PenerokaFelda seharusnya bersyukur dan berasa bangga kerana diberi "durian runtuh" ini dan secara

    tidak langsung menjadikan mereka di antara pemilik sebuah syarikat gergasi dunia.

    Pengalaman kami sendiri melalui pemberian 'blue form'kepada remisier ketika prosespenyenaraian saham Bursa Malaysia Berhad pada tahun 2005 boleh dijadikan rujukan danpanduan. Jumlah saham yang kami terima ketika itu adalah mengikut tempoh perkhidmatansebagai remisier, lebih lama berkhidmat, lebih banyak saham yang diterima.Remisier telah mendapat banyak manfaat daripada penyenaraian ini, di antaranya adalahkeuntungan besar di atas penjualan saham-saham percuma ini, penerimaan dividen yang tinggi

  • 7/31/2019 IPO MITI

    24/46

    setiap tahun dan sehingga kini kebanyakan kami masih memegang sekurang-kurangnya 100unit saham yang melayakkan kami secara beramai-ramai menghadiri mesyuarat agung tahunanBursa Malaysia dan memberi pandangan mengenai cara pengurusan dan hala tuju syarikatyang kami turut miliki ini.

    Tawaran saham 'pink form'kepada pekerja Felda dan pelabur bumiputera melalui

    tawaran khas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berbeza dari 'blueform'yang diterima peneroka. Sekali lagi para peneroka beruntung kerana pemberian 'blueform'membolehkan mereka mendapat saham sesuatu syarikat secara percuma, tanpasebarang bayaran bagi mendapatkan saham yang ditawarkan. Mereka hanya perlu membayaryuran RM10 bagi pembukaan akaun CDS di Bursa Malaysia atau tempat penyimpanan sahamdi syarikat broker saham dengan menandatangani borang tersebut di hadapan wakil syarikatbroker saham yang biasanya adalah remisier. Hanya nombor akaun CDS ini dan tandatanganpeneroka diperlukan di 'blue form'ini.

    Tawaran saham 'pink form'adalah satu tawaran yang menetapkan jumlah saham yanglayak dilanggan oleh pelabur tanpa melalui proses cabutan undi, namun ia memerlukanbayaran untuk melangganinya. Jika tawaran saham 'pink form'melebihi keupayaan kewangan

    pelabur, mereka bolehlah memohon untuk mendapat pembiayaan bagi melanggan sahamtersebut dari syarikat broker saham atau bank yang menawarkan skim pembiayaan sahamsecara marjin atau "share margin financing"(SMF).

    Walau bagaimana pun, SMF mengenakan kos dokumentasi dan faedah pembiayaanyang tinggi dan seringkali dikaitkan dengan kerugian besar pelaburan atau kehilangan kuasapengurusan syarikat ekoran kejatuhan harga saham di bawah paras tertentu.Harga saham bagi peminjam SMF diawasi pada setiap hari dan jika harga saham tiba-tiba

    jatuh, peminjam diberi tempoh hanya tiga hari untuk "top-up"atau memperbetulkan keadaanyakni dengan menambah sejumlah wang bagi mengimbangi nilai pegangan saham yang telahsusut harga sahamnya.

    Jika peminjam tidak dapat memenuhi syarat ini, maka sahamnya akan dijual di pasaranterbuka sehinggalah ratio pinjaman pulih kembali.Dalam hal ini, perkara yang amat tidak adiladalah apabila harga saham jatuh tanpa ada kaitan dengan prestasi sebenar syarikat yangmasih kukuh, sebaliknya harga saham jatuh ekoran masalah ketidakcairan saham di manapelabur yang memerlukan wang terpaksa menjual sahamnya dengan harga murah keranaketiadaan pembeli pada harga semasa. Penjualan secara paksa saham peminjam SMFmemburukkan lagi keadaan dan seterusnya akan berlaku 'domino effect'sehingga adakalanyaharga saham jatuh merudum dan mengakibatkan pengurusan syarikat yang turut mengambilpinjaman bank dengan mencagarkan saham mereka, hilang kuasa kerana terpaksa turutmenjual pegangan mereka akibat harga saham yang jatuh teruk.

    Perkara ini begitu mudah berlaku pada syarikat tersenarai awam berwajaran kecil dan

    sederhana yang mempunyai masalah kecairan atau "liquidity"saham yang rendah. Badanpelaburan kerajaan seperti PNB, Khazanah, KWSP dan KWAP yang tidak mempunyai mandatatau kuasa untuk membeli saham-saham syarikat berwajaran kecil dan sederhana, walaupunsyarikat-syarikat ini mencatatkan prestasi yang baik dan cemerlang. Polisi ini tidak adil danperlu dikaji semula. Para pelabur khususnya pelabur runcit sering mengeluh mengenaikesukaran mereka untuk menjual saham syarikat tersenarai awam bumiputera (BPlc) yangtelah lama dipegang atas sebab tiada pembeli dan mendatangkan kerugian besar terhadappelaburan mereka.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    25/46

    Di samping itu, ketiadaan publisiti meluas dan kekurangan analisis teknikal terhadapBPlc di media-media massa tempatan yang majoritinya dikuasai bukan Bumiputera telahmemburukkan lagi keadaan sehingga kadang kala nama sesetengah BPlc itu tidak pernahlangsung didengari oleh para pelabur. Kajian Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia(PRIBUMI) melalui penghasilan buku bertajuk 'Ikon PLC Bumiputera 2011' yang akandilancarkan tidak lama lagi, sehingga 31 Disember 2011 hanya 11% syarikat tersenarai di Bursa

    Malaysia dikuasai bumiputera dan sekadar mampu menguasai 15% daripada keseluruhanmodal pasaran 'market capitalization'Bursa Malaysia yang kini bernilai trilion ringgit.

    Tambahan, jika dikaji lebih mendalam, daripada 15% modal pasaran ini hanya 2%sahaja peratusan penguasaan keseluruhan modal pasaran bagi BPlc-BPlc bumiputeraberwajaran kecil dan sederhana yang tidak mempunyai pemilikan saham oleh syarikatpelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau kerajaan negeri dalam saham mereka. Namun, parapemegang saham FGVH sekali lagi beruntung kerana modal pasaran FGVH akan melonjakberganda-ganda, setanding dengan syarikat-syarikat gergasi dunia dan akan diwujudkan satuentiti syarikat pegangan pelaburan atau 'investment holding company'yang akan menjaga hal-ehwal harga dan kecairan saham FGVH setelah disenaraikan sambil memastikan saham FGVHterus berada di tangan bumiputera.

    Isu ketirisan saham juga merupakan satu isi yang harus dipandang berat. Ketirisansaham bumiputera akan terus berlaku sekiranya para pelabur runcit bumiputera masih tidakdididik mengenai kebaikan pemilikan saham dan hak-hak mereka sebagai pelabur.Penetapan minda yang mahu mendapatkan keuntungan pada kadar yang segera juga harusdihapuskan. Kaedah seperti 'grow with the company'dan 'long-term investment' diyakini suatukaedah yang betul dan membawa pelbagai kebaikan. Ramai pelabur terutamanya pelabur luarbandar kurang mendapat pendedahan dan tidak mengetahui langsung hak-hak mereka sebagaiseorang pelabur. Sebagai contoh mesyuarat agung tahunan (AGM) sesuatu PLC harusdimanfaatkan sepenuhnya oleh para pemegang saham, jika tidak dapat hadir boleh hantarproksi contohnya anak sebagai wakil.

    Para pelabur seharusnya menghadiri mesyuarat secara beramai-ramai bagimengelakkan salah guna kuasa oleh pihak pengurusan dan bersama-sama membuatkeputusan penting syarikat. Pelabur juga perlu bijak mengunakan hak-hak mereka denganmenyoal dan mengundi sekalipun mempunyai pegangan saham kecil 'minority shareholder'didalam sesebuah PLC. Ini sekali gus sebagai peringatan kepada pihak pengurusan supaya'jangan main-main dengan duit kita' . Begitu juga halnya dengan peneroka felda yang berjumlahlebih kurang 112,600 orang, gunakanlah hak-hak anda dengan sebetulnya dan jadilahpemerhati terhadap prestasi syarikat anda.

    Akhir kata, permasalahan penurunan ekuiti bumiputera selama ini yang telah PRIBUMIajukan kepada kerajaan sejak lima tahun yang lalu seperti ketirisan saham, pembiayaan sahamsecara pembiayaan marjin, kecairan saham , harga saham BPlc yang rendah dan tiada publisiti,

    kehilangan kuasa pengurusan bumiputera boleh di atasi dan menjadi model penyelesaianmelalui penyenaraian FGVH. Promosi mengenai penyenaraian FGVH di harap dapatmelibatkan para pemikir yang mempunyai penglibatan secara langsung 'hands-on'terhadappasaran saham seperti ahli-ahli PRIBUMI satu Malaysia yang tugas utama mereka adalahmemberi penerangan dan menarik minat rakyat terhadap pasaran saham negara.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    26/46

    Individu penting berhubungan dengan Felda seperti Tan Sri Rozali Ismail, PengerusiGabungan Generasi Wawasan Felda (GWGF) yang mempunyai pengalaman luas mengenaipasaran saham negara melalui syarikat tersenarai beliau sendiri Puncak Niaga Holdings Berhadperlu dilibatkan dalam usaha ini. Gandingan usaha penerangan PRIBUMI dengan 500 ahlinyadari seluruh Malaysia dan GWGF dengan pegawai seranta di seluruh 317 penempatan Felda,

    jika diberi peluang, insya- Allah akan dapat membantu meredakan kekusutan yang sedang

    berlaku mengenai cadangan penyenaraian FGVH ini.

    Pandangan sempit sesetengah pihak yang hanya melihat kepada keburukan danmenggunakannya sebagai satu medium untuk menghentam kerajaan tanpa melihat kepadakeseluruhan kebaikan yang dibawa dalam penyenaraian FGVH ini harus ditepis. PenyenaraianFGVH berlatarbelakangkan sokongan kuat pemimpin-pemimpin nombor satu negara; Feldaditubuhkan di bawah bekas Perdana Menteri Malaysia kedua Allahyarham Tun Abdul AbdulRazak, penyenaraiannya pula dicetus oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamaddan kini diteruskan perjuangan penyenaraiannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TunRazak.

    Jaminan Perdana Menteri bahawa kepentingan peneroka tetap menjadi keutamaan

    sekalipun FGVH disenaraikan merupakan satu kelegaan. Seperti mana penyenaraian sahamPetronas Chemicals Group Berhad dan MSM Malaysia Holdings di papan utama BursaMalaysia dahulu, kami telah menyaksikan ramai bumiputera menjadi kaya dan ada yangbergelar jutawan. Insya-Allah dengan penyatuan kuat seluruh warga Felda, pelabur runcit daninstitusi pelaburan kerajaan, penyenaraian FGVH akan berjaya meningkatkan ekuiti bumiputeradi pasaran modal negara, seterusnya menjadi sebuah syarikat paling gah di Bursa Malaysiaatau 'darling of stock market'dan terus berkembang menjadi juara dunia.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    27/46

    Teknik saham yang berkesan

    bro fy.. sy ada soalan.. sy newbie dalam saham. adakah kita boleh

    trade saham berdasarkan technical analysis.

    maksud sy tgk graf saja... xperlu rujuk mana report company..contoh, berapa byk asset, untung dia dlm beberapa tahun..

    harap bro fy dapat beri pandangan.. hehehhehehe

    Salam bro...

    Maaf lambat menjawab. FY dewasa ini sibuk belajar CFA, sibuk menginputjadi kurang kesempatan untuk mengoutput. Apapun ini jawapannya secara

    ringkas.

    Sebenarnya Eugene Fama pernah membuat kajian pada tahun 1970 an dan

    dalam kajiannya pasaran dibahagikan kepada 3 golongan;

    1. Technical Analyst

    2. Fundamental dan Financial Analyst dan3. Insider.

    Apapun menurut kajiannya Technical Analyst adalah golongan yang paling

    lemah, diikuti oleh Fundamentalist yang sederhana dan Insider yang palingkukuh kebarangkaliannya untuk membuat keuntungan di pasaran saham.

    Kalau ada kesempatan FY akan tulis dengan panjang lebar mengenai hal ini.

    Begitupun Insider juga tidak dapat memonopoli maklumat untuk membuat

    keuntungan yang berterusan. Mungkin dalam satu dua stok.

    Di Malaysia FY bagi satu lagi golongan.

    4. Sindiket Saham yang juga tinggi kebarangkaliannya untuk membuatkeuntungan kerana mereka yang mereka / mencipta informasi dan mereka

    pergerakan harga saham kerana mereka telah corner / menguasai apungansesuatu saham itu.

    Jadi, sebagai pelabur yang bijaksana kita kena buat semua analisa yang FYnyatakan tadi kerana dengan berbuat demikian kebarangkali keuntungan

    kita menjadi lebih tinggi dan pada masa yang sama ia mengurangkan risikokerugian. Lagipun lagi banyak maklumat yang kita tahu mengenai sesuatu

    saham itu pastinya akan membawa kebaikan pada kita.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    28/46

    Harap jawapan FY membantu.

    Sekian dulu.

    FY

  • 7/31/2019 IPO MITI

    29/46

    Bagaimana menjadi Remisier

    Salam sejahtera,

    Baru-baru ini ada beberapa orang yang bertanya kepada FY akan bagaimana

    untuk menjadi remisier. Jadi disini biarlah FY terangkan secara mudah sebabbuat masa ni FY agak sibuk untuk mencari fakta yang sebenar namun apa

    yang bakal FY terangkan ini memadai rasanya. Dari perspektif FY lah. Lainorang lain perspektifnya.

    Kelayakan -

    Kita perlukan ijazah dalam bidang berkaitan. Kalau tak berkaitan pun takmengapa rasanya. Asalkan ada ijazah atau

    Kita ada diploma dan dicampur pula dengan beberapa tahun pengalamandalam industri kewangan ini.

    Kemudian -

    Kita perlu mengambil peperiksaan modul 6 dan modul 7 di Suruhanjaya

    Sekuriti.

    Seterusnya -Kita perlu attach di mana-mana 36 broker yang ada dalam negara.

    Ada lagi -

    Untuk menjadi remisier kita perlu meletakkan deposit atau modal bagimemulakan transaksi dan deposit ini bergantung kepada syarikat broker itu

    sendiri. Kebanyakan broker memerlukan deposit sebanyak RM50,000.00 tapiini boleh dirunding.

    Untuk mendapatkan fakta yang tepat layarilah website SecuritiesCommission.

    Sebenarnya lebih senang menjadi agen Insuran, agen Unit Trust, agen KadKredit mahupun agen skim cepat kaya tapi nak jadi remisier ni susahsikitlah. Atas sebab itulah hanya ada sekitar 4000 sahaja remisier yang

    masih aktif kalau dibandingkan dengan lebih 20000 agen bagi industri yanglainnya.

    Dalam hal ini pandapat yang mengatakan remisiering ini adalah satu sunsetindustry, industri yang sedang merudum memandangkan keadaan semasa

    yang tidak berapa memberansangkan namun FY tidaklah rasa begitu. PadaFY dalam apa juga yang kita lakukan pasti ada rezeki buat kita. Apa yang

    penting ialah kita berusaha dengan gigih disamping berdoa kepada Allahmemohon keredhaanNya.

    http://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/05/bagaimana-menjadi-remisier.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/05/bagaimana-menjadi-remisier.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/05/bagaimana-menjadi-remisier.html
  • 7/31/2019 IPO MITI

    30/46

    Itu je buat kali ini.

    Kalau ada keizinanNya kita bertemu lagi.

    Risiko Pelaburan dan Ganjarannya yang tinggi

    Memahami Risiko Pelaburan

    Apakah risiko yang dihadapi oleh pelabur seperti anda?

    Salah satu bentuk risiko dinamakan 'risiko asas' yang meliputi semua jenis

    pelaburan. Risiko jenis ini wujud dalam mana-mana perniagaan dan

    dipengaruhi oleh tahap kecekapan pengurusan syarikat dan kedudukansyarikat dalam arus persaingan pasaran.

    Cara terbaik untuk meminimumkan kesan risiko ini ke atas portfolio andaialah dengan mempelbagaikan pelaburan; iaitu melabur dalam lain-lain

    syarikat, dalam industri yang berbeza-beza, dan dalam lingkungan kelasaset yang sama.

    Yang kedua ialah risiko pasaran, juga dikenali sebagai risiko teknikal. Risikoini pula berkaitan dengan bagaimana keadaan pasaran di mana anda

    mempunyai pelaburan. Ini membabitkan faktor-faktor ekonomi sepertikitaran perniagaan, inflasi dan pengangguran. Umpamanya, dalam sesuatu

    tempoh tertentu ekonomi, pasaran hartanah mungkin mempunyai prestasilebih baik berbanding pasaran saham. Untuk menguruskan risiko pasaran,

    bijak jika mempunyai portfolio yang seimbang - iaitu mempelbagaikanpelaburan di kalangan sesuatu kumpulan aset dan mengawasi keadaanekonomi negara untuk mengenal pasti syarikat mana yang berpotensi untuk

    berjaya dan yang mana pula yang mungkin merudum.

    Risiko kadar faedah juga risiko yang perlu dihadapi. Biasanya ramai

    mengandaikan bahawa risiko kadar faedah hanya mempengaruhi pasaranbon. Ini tidak benar kerana kadar faedah juga turut memberi kesan kepada

    pasaran saham. Memang benar nilai saham dipengaruhi oleh lain-lainfaktor

    langsung. Yang perlu diingatkesan gerakankadar faedah mempunyai kesanterbalik bukan macam bon.

    Risiko inflasi pula ialah risiko pelaburan anda dilangkau oleh inflasi yang

    bergerak pantas dan menghakis nilai pelaburan tersebut. Ini ialah risikokuasa belian. Jadi, anda harus mencari saham, hartanah dan pelaburan yangakan mengatasi kadar inflasi dalam jangka masa tertentu. Jangan lupa juga

    http://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/06/risko-pelaburan-dan-ganjarannya-yang.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/06/risko-pelaburan-dan-ganjarannya-yang.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/06/risko-pelaburan-dan-ganjarannya-yang.html
  • 7/31/2019 IPO MITI

    31/46

    untuk memasukkan faktor inflasi ketika mengira andaian pulangan daripada

    pelaburan anda. Ini cara yang betul untuk mendapatkan gambaran sebenarkeuntungan yang diperoleh.

    Akhirnya, risiko kecairan. Ini merupakan jawapan kepada soalan, berapa

    cepat saya boleh menukar aset pelaburan kepada nilai penuh wang tunai?Simpanan di bank adalah antara risiko kecairan paling rendah manakalapelaburan hartanah pula mempunyai risiko kecairan paling tinggi. Saham

    dan unit amanah juga mempunyai kecairan yang baik kerana, selepasmenjualnya, anda hanya perlu menunggu beberapa hari (bekerja) sahaja

    untuk mendapat wang anda.

    Anda Jenis Pelabur Yang Mana?

    Di sini ada beberapa contoh profil risiko pelabur dan pelaburan tipikal yangdipadankan dengan personaliti dan objektif mereka.

    Profil PelaburPelaburan Tipikal

    Terlalu konservatifSekuriti kerajaan, sekuriti yang disokong oleh bank

    Sekuriti pemegang amanah

    KonservatifJulat lebih luas bagi pelaburan yang memberi pulangan sahaja, debentur,

    bon korporat, produk insurans tertentu

    Julat pertengahan

    Harta (umpamanya rumah) yang belum siap, pertumbuhan saham, unitamanah yang berkaitan dengan pelaburan (dengan penekanan kepada

    pertumbuhan), pelaburan antarabangsa

    Usahawan

    Harta yang sudah siap, pertumbuhan saham, unit amanah yang berkaitan

    dengan pelaburan (Dengan penekanan kepada pertumbuhan), pelaburanantarabangsa

    Spekulasi

    Dagangan opsyen, niaga hadapan, barangan eksotik dan himpunan barang-barang berharga

    Nota: Jadual di atas hanya sebagai petunjuk. Untuk lebih tepat, ciri-ciri danfaktor-faktor lain perlu diambil kira. Juga, ada pertindihan dalam

  • 7/31/2019 IPO MITI

    32/46

    pengkelasan jenis pelabur. Justeru, ada pelabur mungkin tidak bersetuju

    dengan ciri-ciri pelaburan yang dipadankan dengan profil risiko.

    SECURITIES INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION (SIDC), peneraju

    bidang pendidikan, latihan dan sumber maklumat berkaitan pasaran modal

    di ASEAN, adalah cabang pendidikan dan pembangunan bagi SuruhanjayaSekuriti, Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1994 dan diperbadankan pada2007.

    Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untukmendapatkan panduan pelaburan bijak.

    Apa itu Saham / Stok / Ekuiti?

    Ekuiti adalah saham-saham yang diterbitkan oleh syarikat yang tersenarai diBursa Malaysia dan juga saham-saham yang tidak tersenarai di Bursa

    Malaysia.

    Apabila kita membeli stok atau saham biasa, kita sebenarnya MEMILIKISEBAHAGIAN DARIPADA SYARIKAT tersebut dan berhak mengundi dalam

    mesyuarat agung. Setiap saham adalah pegangan kecil hak milik sesebuahsyarikat dan kita boleh membeli sejumlah kecil atau sejumlah besar lot

    saham bergantung kepada wang yang kita miliki. Sebagai pemegang saham,

    kita akan menerima faedah daripada keuntungan yang diperolehi syarikat

    https://lh6.googleusercontent.com/-FtvPnoNa8WY/TYdrVd6xXMI/AAAAAAAABsE/8OCx98f6cdI/s1600/bm1.jpg
  • 7/31/2019 IPO MITI

    33/46

    dalam bentuk dividen yang dibayar dan juga daripada kenaikan harganya di

    pasaran saham.

    Syarikat menerbitkan saham untuk memperoleh dana bagi meneruskanoperasi dan mengembangkan perniagaan tanpa perlu membuat pinjaman

    daripada lain-lain sumber seperti pinjaman daripada bank perdagangan(pinjaman ini boleh meningkatkan risiko kewangan syarikat).

    Kita perlu menyedari bahawa pembelian saham mempunyai risiko tertentu,Contohnya, apabila prestasi syarikat merosot, harga saham syarikatmungkin akan jatuh dan kita mungkin tidak akan menerima sebarang

    dividen. Terdapat juga fakto-faktor lain yang mungkin mempengaruhi harga

    saham kita, umpamanya prestasi pasaran saham secara keseluhuan dankeadaan ekonomi Negara. Ada juga kemungkinan kita kehilangan semuawang pelaburan jika syarikat menutup perniagaannya. Selain daripada itu,

    terdapat juga saham yang sukar dijual kerana kekurangan permintaan. Oleh

    itu, amat penting bagi pelabur untuk membuat pilihan yang bijak dan tepatketika hendak membuat pelaburan.

    Penasihat kewangan biasanya mengesyorkan saham sebagai sebahagian

    daripada portfolio pelaburan. Tujuan utama berurus niaga saham sudahtentulah untuk mendapatkan keuntungan dengan membeli pada harga

    rendah dan menjual pada harga yang tinggi. Bagi para pelabur jangkapanjang, memilih saham berdasarkan faktor-faktor asas syarikat adalah

    amat penting, yakni mereka harus mengetahui latar belakang syarikat yangbakal dilaburkan. Oleh itu, amat penting kita membaca dan memahami

    prospecktus, laporan kewangan dan pengumuman korporat yang diedarkanoleh syarikat-syarikat tersenarai kepada pemegang saham dan orang awam.

    Ketika membuat pilihan untuk membeli saham, kita seharusnya meneliti

    beberapa faktor seperti latar belakang syarikat dan pengurusannya,kekuatan kewangan syarikat, nisbah harga perolehan dan hasil dividen,prospek pertumbuhan perolehan dan kebolehan syarikat untuk bersaing.

    Pelabur yang bijak akan meneliti faktor-faktor tersebut sebelum melaburkanwang kerana ia boleh mempengaruhi harga saham.

    http://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/03/apa-itu-saham-stok-ekuiti.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/03/apa-itu-saham-stok-ekuiti.htmlhttp://bicarapelaburan.blogspot.com/2011/03/apa-itu-saham-stok-ekuiti.html
  • 7/31/2019 IPO MITI

    34/46

    Main Saham Kontra Untuk Keuntungan Cepat Dan Berganda

    Apakah yang dinamakan bermain saham kontra?

    Kadangkala kita dengar kisah seorang pelabur tua berbangsa Cina yangmemakai seluar pendek dan dalam poketnya duit berkepuk kerana dia

    berjaya mendapatkan keuntungan saban hari di pasaran saham.

    Terus terang saya katakan yang ini adalah satu cerita fiksyen dan

    kemungkinan ia terjadi sangatlah tipis kecualilah dia merupakan ahli sindiketsaham atau pada masa itu pasaran saham berada dalam fasa SUPER BULL

    RUN sepertimana yang berlaku di tahun 1993 dahulu dimana pasaran sahamboleh dikatakan naik hampir setiap hari.

    Jadi apakah yang dinamakan bermain saham kontra ini?

    Sebenarnya bila kita membeli satu-satu saham kita perlu membayarnya

    pada T+3 iaitu Transaction Day plus 3 working days. Jadi kita perlumembayarnya dalam tempoh itu dan kalau kita tidak membayarnya maka iaakan dipaksa jual (force selling) pada hari yang keempat. Untuk

    pengetahuan semua dahulu ditahun 90 an ianya adalah T+7 sebelum ditukar

    kepada T+5 dan sekarang T+3 antaranya untuk mengurangkan spekulasi di

    pasaran saham.

    Jadi dalam hal ini, kita boleh menjualnya dalam tempoh tiga hari tersebut.

    Kalau harga saham itu naik maka kita bakal mendapat keuntungan atasangin tanpa mengeluarkan modal dan sebaliknya kalau ia jatuh maka kita

    perlu membayar kerugian yang dialami. Inilah maksudnya bermain sahamkontra.

    http://3.bp.blogspot.com/-looN_yCPsts/TWPwDOuDPtI/AAAAAAAABqo/p8YTF2m1mJ0/s1600/bursa+2.jpg
  • 7/31/2019 IPO MITI

    35/46

    Dalam hal ini terus terang saya tidak menyarankan kepada para pelabur

    untuk bermain saham kontra kerana risiko kerugiannya yang begitu tinggi.Pelaburan sebenarnya ialah dengan melaburkan duit pada satu jangkamasa

    yang tertentu dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Namun demikianmanusia sifatnya tak sabar maka dia selalunya ingin cepat, hari ini melabur

    esok inginkan keuntungan.

    Kalau difikirkan pokok yang ditanam juga perlukan masa untuk tumbuh

    sebelum ia mengeluarkan hasil. Jagung contohnya mengambil masa 3 bulansebelum dituai, pisang pula mengambil masa selama 10 bulan dan begitu

    jugalah seterusnya. Nak dapat anak juga kena tunggu selama 9 bulan 10hari. Tiada yang begitu ekspress.

    Apapun kalau anda mahu mendapat keuntungan cepat dengan cara kontraini, beberapa elemen ini mesti diperhatikan.

    1. Kita buat analisa saham dari sudut fundamental, teknikal dan financial.

    Pastikan Price Earningnya rendah dan syarikat yang dipilih itu berpotensi

    untuk berkembang maju.2. Kemudian kita senarai pendekkan saham-saham tersebut.

    3. Seterusnya lihat samaada Pengarahnya ada membuat pembelian saham

    syarikatnya mahupun adakah syarikat itu disarankan oleh Research Houses.4. Setelah itu tunggu.

    5. Tunggu sehingga terdapat kenaikan volume yang ketara pada harga saham

    tersebut. Bila terdapat kenaikan volum atau jumlah pembelian maka

    pastinya harga sahamnya akan naik.

    6. Inilah masanya kita masuk membeli dan InsyaAllah kita akan dapatmembuat keuntungan jangka masa pendek dengan cara ini. Untuk

    pengetahuan anda selalunya saham kukuh begini bila ia naik jarang iakembali jatuh ke bawah tak seperti saham yang lemah.

    Kalau kita melakukan transaksi kontra pada saham yang lemah dan

    kerugian maka masalahnya kita mungkin akan terkena dan dimainkan olehsindiket saham. Kita beli pada harga yang tertinggi dan kemudian ia jatuh

    dengan lajunya.

    Baru-baru ini saham HWGB boleh dijadikan contoh. Ia naik dari harga 0.40

    menuju ke RM1.00 dengan begitu cepat dan ia jatuh dengan kadar yangcepat juga dan hari ini ia ditutup pada harga 0.65 sen. Silap haribulan ia

    akan jatuh jauh ke bawah lagi kerana kalau kita lihat penyata akaunnya iamengalami kerugian yang berterusan dalam setiap suku tahunan.

    Sebagai comtoh lain saham MITRA pula merupakan saham yang kukuh, jadibila ia naik maka ia akan dapat bertahan di situ tanpa masalah. Pelanggan

  • 7/31/2019 IPO MITI

    36/46

    saya mula membelinya pada harga 1.07 dua bulan yang lalu dan kini ia

    berharga 2.13 atau kenaikan mendekati 100% dalam masa dua bulan.

    Fikir-fikirkanlah.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    37/46

    "PRICE DISCOUNT EVERYTHING"-Perkara pokok dalam pemahaman

    kajian teknikal analisis.

    Hebatnya penggunaan "Technical Analysis" ialah pemahaman kepada maksud 'Price Discount

    Everything' yang membawa erti pergerakkan harga yang berlaku sudah ada maklumat di

    dalamnya. Sebab itulah saya jarang sekali mengaitkan harga turun-naik Minyak Mentah (Crudeoil) atau pergerakkan Indeks Dowjones dalam kajian saya di 'Facebook Tertutup ZamsahamPrivate Client (ZPC)' atau pun di Zamsaham FKLI&FCPO trader. Pada saya setiap maklumat

    pasaran yang berkaitan sudah 'di absorb'oleh harga pasaran.

    Maka dengan itulah, banyak kali mungkin anda akan lihat pasaran saham US naik beratus matatetapi pasaran saham pada keesokkan harinya tidak naik!. Begitu juga sebaliknya...pasaran

    saham US turun beratus mata malam tadi belum tentu akan memberikan kesan negatif kepada

    pasaran saham tempatan. Inilah pentingnya pemahaman 'Price Discount Everything' supaya anda

    melabur dengan penuh ketenangan.Jika anda bermain FCPO atau Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia, setiap

    pergerakkan harga yang membawa kepada arah pembentukkan trend sama ada naik, turun

    ataupun mendatar sudahpun 'di discount' dengan maklumat berikut:-

    1. Stok Simpanan Minyak Sawit.

    Harga naik atau turun dipengaruhi oleh stok bahan itu sendiri, contoh bagi FCPO, kenaikkan dan

    penurunan harga minyak sawit turut dipengaruhi oleh jumlah stok yang ada ketika ini. Jika stok

    simpanan tinggi, harga boleh dijangka akan rendah dan sebaliknya pula jika tiada stok dalamgudang. Melalui kajian teknikal, kita mampu mengetahui lebih awal sama ada, stok minyak ada

    atau tidak sebelum berita itu disebarkan di media utama.

    2. Pengeluaran

    Jika harga pasaran hadapan selama berbulan-bulan diniagakan dalam 'Trading Range' RM2900-RM3000 dan tiba-tiba harga naik melepasi paras RM3000 ini menandakan pasti ada sesuatu

    yang berlaku. Kita ambil contoh harga naik dari paras tertinggi Rm3000 sehingga RM3200. Pada

    harga RM3200 barulah maklumat yang mengatakan pengeluaran buah sawit berkurangandilaporkan di media utama. Walhal, kepada yang mengaplikasi Teknikal Analisis sudah

    membuat tempahan LONG berdasarkan 'breakout' pada paras halangan RM3000 tanpa

    perlu bergantung kepada maklumat pengeluaran. Disinilah kelebihan Teknikal Analisisberkonsepkan 'Price Discount Everything' yang bertindak masuk pasaran lebih awal berbanding

    mereka yang mengunakan maklumat pasaran.

    3. Import dan Eksport.

    Permintaan minyak sawit dari negara-negara luar juga dapat diceritakan dalam analisis carta.Dari carta kita mampu meramal sama ada import atau eksport kita bakal meningkat atau

    berkurangan.

    4. Minyak Mentah.Harga komoditi selalunya bergerak seiringan, jika kita meramal carta FCPO akan naik,kita akandapat lihat yang pergerakan harga Minyak mentah juga bakal naik. Maksud di sini, jika anda

    http://zamsaham.blogspot.com/2012/04/price-discount-everything-perkara-pokok.htmlhttp://zamsaham.blogspot.com/2012/04/price-discount-everything-perkara-pokok.htmlhttp://zamsaham.blogspot.com/2012/04/price-discount-everything-perkara-pokok.htmlhttp://zamsaham.blogspot.com/2012/04/price-discount-everything-perkara-pokok.htmlhttp://zamsaham.blogspot.com/2012/04/price-discount-everything-perkara-pokok.html
  • 7/31/2019 IPO MITI

    38/46

    lihat harga Crude Oil naik bukan bererti harga FCPO sekarang akan naik, tetapi harga FCPO

    sekarang sudahpun di 'discount' oleh berita kenaikan harga Crude Oil tadi. Inilah yang anda perlufahamkan walaupun agak berbelit untuk diterangkan.

    5. SoyaBegitu juga dengan pasaran Soya yang dikatakan berkait rapat dengan FCPO, ada yang meramal

    bahawa pergerakan harga FCPO dipengaruhi oleh pergerakan harga Soya, tetapi sebenarnya kitamampu meramal pergerakan harga Soya melalui kajian carta FCPO. Pelik tapi Benar, Kajian

    dalam Facebook ZAMSAHAM FKLI FCPO TRADER tidak pernah mengikut pergerakan Soya

    atau komoditi lain. Jangkaan harian untuk FCPO menggunakan hanya carta FCPO sahaja.

    6. Komoditi lain

    Seperti disebut tadi, hanya dengan kajian carta FCPO juga mampu meramal pergerakan harga

    komoditi-komoditi lain bukan hanya Soya. Ini kerana, kebiasaan bagi harga komoditi untuk

    bergerak seiringan.

    7. Pasaran U.S

    Jika anda betul-betul memahami akan maksud 'price discount everything' indeks pasaran sahamBursa Malaysia ini hari sudahpun memcerminkan apa yang bakal berlaku pada pasaran sahamUS malam nanti. Mungkin agak keterlaluan dan kontrovesi tetapi itulah hakikatnya. Sebagai

    contoh jika lihat penutup Indeks Bursa Malaysia hari ini dalam trending menaik,

    berkemungkinan besar malam ini pasaran saham US akan naik juga. Begitu jugalah sebaliknya.

    8. Emosi pelabur/spekulator.

    Selain harga, emosi pelabur juga dapat di"baca" dari carta. Ini kerana pelabur atau spekulator

    sentiasa memerhatikan harga. Kita boleh tahu bila pelabur sedang gembira dan sangat gembira

    atau pelabur sedang panik dan sangat panik. Sebagai pelabur atau spekulator yang bijak, kita

    mampu menjangka pergerakan harga berdasarkan emosi majoriti pelabur. Sebagai contoh, jikapemain saham berada dalam keadaan panik, biasanya indikator Stochastic akan berada pada

    'oversold'. Begitu juga dengan indikator RSI. Oleh yang demikian, anda boleh meramal tahap

    emosi pelabur lain berdasarakan kajian teknikal.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    39/46

    Oleh yang demikian, janganlah terlalu terpengaruh dengan turun dan naik indeks Dowjones

    dalam meramalkan apa yang berlaku kepada porfolio pelaburan anda. Tetapi fokuslah lebihkepada pergerakkan harga setiap saham yang anda beli. Jika anda berspekulasi dalam FCPO,

    fokuslah dalam kajian pergerakkan carta harga FCPO dari risaukan pergerakkan komoditi utama

    dunia yang lain. Itulah yang dimaksudkan dengan 'PRICE DISCOUNT EVERYTHING'.

    Sekian sahaja coretan kali ini.Sekian, Zamsaham,KL

    #Apapun yang anda buat,pastikan buat keputusan dalam keadaan tenang.Tenang dan sabar

    adalah rakan baik yang mampu memberikan anda kejayaan dalam urusniaga saham dan pasaranhadapan.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    40/46

    MODAL MINIMA PELABURAN SAHAM

    Saya sering ditanya soalan apakah modal minima pelaburan saham dandalam artikel ini ia akan dijelaskan.

    Dalam hal ini katalah kita melabur 1000 unit saham sebuah syarikat yang

    didagangkan pada harga RM1.00. Maka di sini kita perlu bayar RM1041.30termasuk brokerage sepertimana dalam carta di bawah ini.

    UNIT HARGA

    JUMLAH KOMM

    CLEARING

    D/STEM JUMLAH

    BEL

    I

    1,000 1.00 1,000.0

    0

    40.00 0.30 1.00 1,041.3

    0

    JUA

    L

    1,000

    1.02 1,020.0

    0

    40.00

    0.31 2.00 977.69

    Kerugian : (63.61)

    Dan kalau harga saham itu naik kepada 1.02 maka kalau kita menjualnya

    pulangan yang bakal kita dapat ialah RM977.69 selepas ditolak brokerage.In bermakna kita akan rugi sebanyak RM63.61.

    Sedangkan kalau kita melabur 5000 unit saham sebuah syarikat yangdidagangkan pada harga RM1.00. Maka di sini kita perlu bayar RM5046.50

    termasuk brokerage sepertimana dalam carta berikut.

    BELI 5,000 1.00 5,000.00 40.00 1.50 5.00 5,046.50

    JUAL 5,000 1.02 5,100.00 40.00 1.53 6.00 5,052.47

    Keuntungan 5.97

    Dan kalau harga saham itu naik kepada 1.02 maka kalau kita menjualnya

    pulangan yang bakal kita dapat ialah RM5,052.47 selepas ditolak brokerage.In bermakna kita akan untung sebanyak RM5.97 walhal kenaikan saham itu

    juga hanya 2 sen.

    Maknanya di sini ianya adalah lebih optima dan praktikal untuk kita melabur

    sebanyak RM5000.00 kalau dibandingkan dengan RM1,000.00. Ini keranajumlah brokerage minima sebanyak RM40.00 memainkan peranannya di

    sini. Kalau kita melabur RM1,000.00 maka harga saham itu perlu mencecahRM1.09 sebelum kita boleh membuat keuntungan sedangkan kita mula

  • 7/31/2019 IPO MITI

    41/46

    membuat keuntungan bila saham itu melebihi RM1.02 kalau kita melaburkan

    RM5,000.00. Itulah perbezaannya.

    Kalau harga saham itu naik kepada RM1.10 maka pelabur yang melabur1000 unit itu akan ahnya mendapat keuntungan sebanyak RM16.37

    sedangkan pelabur yang lebaur sebanyak 5000 unit itu akan mendapatkeuntungan sebanyak RM405.85 atau 8.04 peratus dalam jangkamasa yang

    jauh lebih singkat daripada kalau kita melaburkannya dalam ASB yang manakita perlu menyimpannya selama setahun.

    Kesimpulannya kita seharusnya BANGUN DAN SEDAR akan kemana kita

    LABURkan duit lebihan kita itu. Adakah di tempat dengan pulangan yang

    tertinggi atau adakah duit kita itu akan LEBUR...

    Fikir-fikirkanlah.

    www.faizalyusup.com

    Faizal YusupRemisier

    Kenanga Investment Bank BerhadQuattro West, Ground Floor

    No 4 Lorong Persiaran Barat46200 Petaling Jaya

    Selangor DE

    Tel : 03 7620 0755HP : 012 654 0130

    Berpengalaman dalam bidang saham sejak tahun 1996

    Diploma In Investment Analysis UITM Shah AlamBBS Finance (Investment) UNL, USA

    Hubungi saya untuk keterangan lanjut mengenai pelaburan di BursaMalaysia pada bila-bila masa.

    http://www.faizalyusup.com/http://www.faizalyusup.com/http://www.faizalyusup.com/
  • 7/31/2019 IPO MITI

    42/46

    6 Kaedah Memilih Saham Gaya Warren Buffet

    WARREN BUFFET

    Pelabur Terkaya Di Dunia

    Topik kita pada kali ini ialah berkenaan dengan 6 Kaedah Memilih SahamGaya Warren Buffet. Memilih sesuatu saham yang baik untuk dilaburkan

    adalah satu perkara yang agak sulit namun demikian ia boleh dilakukan

    andai kita mempunyai ilmu pengetahuan mengenainya. Ini kerana terdapatlebih 1400 kaunter di Bursa Malaysia. Jadi kaunter saham yang manakah

    yang baik untuk kita beli dan yang mana pula yang perlu kita elakkan.

    Bagi memudahkan kefahaman anda, cuba hayati dan fahamkan analogi ini.

    Membeli saham sebenarnya umpama membeli kereta. Untuk mendapatkankeuntungan kita mestilah cuba mencari kereta Mercedez tapi pada harga

    kereta kancil, paling tidakpun kita kena cari kereta Wira pada harga keretakancil. Kalau kereta kancil itu telah naik harga dan bertukar menjadi kereta

    Wira mahupun Mercedez maka telah tiba masanya untuk kita menjualnya.

    Kereta Kancil yang menjadi kereta Wira ialah syarikat kecil yang menjadi

    sebuah syarikat yang besar tetapi kereta kancil yang menjadi keretaMercedez ialah syarikat yang kecil berpotensi menjadi syarikat global. Ini

    http://3.bp.blogspot.com/-Jh6yKuzUXR0/TWZKPlS6gxI/AAAAAAAABq4/eBjErXSCLYo/s1600/warren+buffett.jpg
  • 7/31/2019 IPO MITI

    43/46

    bermakna harga sahamnya yang murah meningkat menjadi mahal

    bersesuaian dengan dengan kemajuan perniagaan syarikat tersebut.

    Sebenarnya tanpa ilmu pelaburan saham ini maka kita akan membeli keretaKancil mahupun Wira pada harga kereta Mercedez malah lebih mahal

    daripada itu. Kita membeli saham pada harga premium yang mana pastinyaakan merugikan kita kelak sebagai pelabur.

    6 Kaedah Memilih Saham Gaya Warren Buffet

    Warren Buffets 6 General Stock Screening

    1.Has the company consistently performed well? ROE

    Adakah syarikat yang dilaburkan maju dan menguntungkan?Apakah Pulangan Kepada Ekuitinya?

    Kita kena lihat samaada pulangan kepada ekuitinya berada pada tahap yang

    tinggi. Katalah dua syarikat yang punya modal berbayar yang sama banyakdengan perolehan yang juga sama banyak. Katalah RM100 jutaperolehannya. Bezanya syarikat A mendapat keuntungan yang jauh lebih

    tiinggi daripada syarikat B. Syarikat A untung RM20 juta sedangkan syarikatB untung hanya RM 2 juta sahaja. Jadi pastinya syarikat A lebih baik, kukuh

    dan berpotensi.

    2.Has the company avoided excess debt?

    Adakah gearing atau hutangnya rendah.

    Faktor ini tak perlu dijelaskan.

    3.Are profit margins high? Are they increasing?

    Adakah margin keuntungannya tinggi dan adakah ia bertambah dari tahunke tahun?

    Ini boleh dilihat dari kenaikan perolehan juga keuntungannya dalam penyataakaun. Kita juga boleh membuat andaian ke hadapan dengan melihat

    kenaikan keuntungan yang berlaku dari sukutahunan kepada sukutahunan

    yang satu lagi.

    4.How long has the company been public?Sudah berapa lama syarikat itu disenaraikan?

    Dalam hal ini Warren Buffet tidak membeli saham IPO atau saham baruterbitan awam kerana padanya ia telahpun berada pada harga sebenar.

    Lagipun penyata kewangan syarikat itu mungkin telah dicantikkan bagi

  • 7/31/2019 IPO MITI

    44/46

    tujuan penyenaraian. Analoginya dalam hal ini ialah harga saham itu

    umpama harga kereta Wira pada harga kereta Wira.

    5.Do the company's products rely on a commodity?

    Adakah syarikat itu bergantung kepada komoditi sebagai bahan mentahnya.

    Syarikat yang bergantung kepada komoditi sebagai bahan mentahnya

    selalunya mudah terjejas dengan dengan kenaikan dan penurunan hargakomoditi tersebut. Perubahan cuaca, gempa bumi, banjir dan sebagainya

    selalunya akan menyebabkan kenaikan harga komoditi lantas menyebabkankenaikan kos yang tinggi dalam pengeluaran produk mereka.

    6.Is the stock selling at a 25% discount to its real value?Adakah harga saham syarikat itu berada pada diskaun 25% daripada harga

    sebenarnya.

    Analoginya dalam hal ini ialah untuk membeli kereta Wira pada harga keretaKancil. Bukankah kalau kita menjual kereta kita kepada dealer keretamereka akan membeli pada harga yang rendah dan kemudian menjualnya

    pada harga yang mahal? Jadi dalam hal ini kita mestilah bertindak sebagai

    dealer kereta untuk mendapatkan nilai kepada saham yang ingin kitalaburkan.

    Sekian dahulu.

    Selamat menjadi pelabur saham yang bijak.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    45/46

    SAHAM TERBITAN AWAM @ IPO

    Salam,

    IPO atau saham terbitan awam ini begitu terkenal di zaman gemilangnya

    sekitar tahun 90an satu ketika dahulu kerana menjanjikan pulangan yangsangat tinggi tatkala ia disenaraikan di Bursa Malaysia.

    Namun ia tidak lagi begitu dewasa ini, kenapa?

    Sebelum kejatuhan ekonomi pada tahun 1997 begini peruntukkannya :

    70 % kepada pelabur awam10-15 % kepada pengarah dan pekerja dalam bentuk " pink form. "

    10-15 % pelabur institusi termasuk MITI

    Bila ia disenaraikan ia naik mendadak kerana pelabur intitusi bersaing untukmendapatkan saham tersebut.

    Kejatuhan ekonomi 1997 menyebabkan banyak saham terbitan awam tidakdibeli maka peruntukkannya bertukar jadi begini :

    10-15 % kepada pelabur awam10-15 % kepada pengarah dan pekerja dalam bentuk " pink form. "70 % pelabur institusi termasuk MITI

    Oleh itu disebabkan pelabur institusi telahpun mendapatkannya sebelumdisenaraikan maka kenaikan harga saham itu bila disenaraikan tidaklah

    begitu banyak.

  • 7/31/2019 IPO MITI

    46/46

    KISAH TIP SAHAM

    Salam,

    Tip saham boleh datang dari sesiapapun juga namun demikian sebagai

    pelabur bijak kita hendaklah pandai menganalisisnya sebelum membuatsebarang tindakan.

    Nasihat saya

    1. Buat analisa fundamental, financial atau kewangan dan technical atau

    teknikal.

    2. Tanya 2-3 orang yang lebih berpengalaman.

    3. Buy on Rumors Sell on News

    Bila cerita mengenai projek syarikat itu keluar dalam suratkhabar dan di

    lain-lain media sebaiknya kita terus menjual saham tersebut keranaselalunya terdapat anjakan harga pada pagi hari urusniaga saham tersebut.

    4. Siapa yang bagi tip saham tersebut?Selalunya maklumat saham itu akan bergerak sebegini :

    Dari Pengarah syarikat kepada Company Secretary syarikat kepada Orang

    tertentu dalam Bursa Malaysia, kemudian kepada wartawan kemudiankepada Bloomberg dll dan akhir sekali di dada-dada akhbar.

    Jadi mereka yang terdekat akan mendapat info yang terdahulu dan yang

    terbaik.Tapi, Langkah ini sebenarnya dinamakan Insider Trading kerana mereka

    semua tak sepatutnya mendedahkan maklumat tersebut.

    Namun, Berhati-hatilah kerana ada tips yang bertujuan untuk menyebarkan

    rumors supaya harga saham itu naik dan mereka yang menyebarkannyaboleh menjual dan mendapat untung yang berlipat kali ganda.