Ipts: Aksesibiliti Kepada Peranan Ipta - fp.utm.my · PDF fileperkembangan ekonomi negara yang...

download Ipts: Aksesibiliti Kepada Peranan Ipta - fp.utm.my · PDF fileperkembangan ekonomi negara yang ... penyediaan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dengan ... Pertumbuhan pesat IPTS

If you can't read please download the document

Transcript of Ipts: Aksesibiliti Kepada Peranan Ipta - fp.utm.my · PDF fileperkembangan ekonomi negara yang...

  • Muka surat 1/7

    Ipts: Aksesibiliti Kepada Peranan Ipta

    Mohd Zazali Bin Mohamad Zin @ Jin Rozelina Binti Abdul Rahman

    Maisura Binti M. Yusof Asma Nabihah Binti Abd. Rahman

    ABSTRAK Penulisan ini adalah berkaitan dengan isu penubuhan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Antara aspek yang disentuh berkaitan dengan IPTS ialah berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan yang menjadi pemangkin kepada peningkatan penubuhan IPTS, kepentingan IPTS dalam meningkatkan aksesibiliti pendidikan tinggi, cabaran-cabaran yang dihadapi dalam usaha meningkatkan aksesibiliti pendidikan tinggi melalui IPTS dan akhirnya strategi dan perlaksanaan yang boleh dilakukan dan telah dirancang dalam mengatasi masalah atau cabaran ini. IPTS adalah merupakan institusi yang dimiliki oleh individu atau syarikat persendirian ataupun korporat. Walau bagaimanapun segala aktiviti yang melibatkan IPTS dikawalselia oleh kerajaan melalui akta-akta tertentu. Penubuhan IPTS adalah merupakan pelengkap kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam yang bertujuan menampung pertambahan bilangan pelajar. Ianya dapat dilihat melalui hasrat negara yang ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang cemerlang serta 40% rakyat adalah berpendidikan tinggi sebelum melangkah tahun 2020. Oleh itu segala permasalahan mahupun cabaran-cabaran yang timbul hasil daripada penubuhan IPTS hendaklah ditangani bersama oleh kerajaan mahupun rakyat, demi menuju kearah matlamat dan wawasan negara 1.0 PENGENALAN

    Pendidikan tinggi di Malaysia semakin berkembang sejajar dengan perkembangan ekonomi negara yang semakin pesat. Dalam konteks Malaysia, pendidikan tinggi ialah pendidikan di peringkat lepasan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau lepasan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM), (Sufean Hussin,1993). Laporan Khir Johari1967 dalam Sufean Hussin (1993), mentakrifkan pendidikan tinggi sebagai pelajaran ikhtisas dan akademik, yang sekurang-kurangnya berkehendakkan akademik Sijil Tinggi Persekolahan atau yang setaraf dengannya untuk masuk ke yayasan di peringkat universiti dan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya di maktab. Institusi-institusi pengajian tinggi ini boleh terdiri daripada maktab-maktab, kolej-kolej atau universiti-universiti awam mahupun swasta.

    Tujuan pendidikan tinggi ini ditubuhkan adalah untuk melahirkan para sarjanawan dan ilmuan yang mahir berfikir dan mengembangkan ilmu dalam berbagai-bagai displin. Selain itu aspek profesionalnya pendidikan tinggi adalah untuk melahirkan golongan teknokrat bagi melaksanakan rancangan pembangunan negara dan golongan birokrat bagi mentadbir organisasi dan masyarakat (Sufean Hussin, 1993). Selain itu pendidikan di Malaysia adalah dalam proses untuk wujudkan pendidikan yang lebih liberal dan demokrasi selaras dengan seruan kerajaan yang ingin melihat penduduk Malaysia mempunyai pendidikan tinggi tahun 2020 (Massa, 28 Mac 1998).

  • Muka surat 2/7

    Memetik kata-kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Khalid Yunus, kerajaan ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang cemerlang

    serta melihat 40% rakyat adalah berpendidikan tinggi sebelum melangkah tahun 2020(Massa,28 Mac 1998). Oleh itu penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta dilihat sebagai pelengkap kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam yang sukar menampung pertambahan bilangan pelajar. Institusi pendidikan tinggi swasta ini adalah institusi yang dimiliki oleh individu atau syarikat persendirian ataupun korporat. Walau bagaimanapun segala aktiviti yang melibatkan IPTS dikawalselia oleh kerajaan melalui akta-akta tertentu. Kerajaaan juga telah membuat pelbagai dasar bagi meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi ini 2.0 DASAR UNTUK MENINGKATKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN TINGGI Menurut Perancangan Strategik Pendidikan Tinggi Swasta, 20012010 (oleh Kementerian Pendidikan Malaysia,2001), mensasarkan sebanyak 431,000 tempat pengajian dapat disediakan menjelang tahun 2005 dengan 32 peratus daripadanya untuk peringkat sijil, 45 peratus bagi peringkat diploma dan 23 peratus lagi untuk peringkat ijazah. Pada tahun 2010 pula diunjurkan sebanyak 482,250 tempat pengajian dapat disediakan dengan 29 peratus daripadanya untuk peringkat sijil, 40 peratus bagi peringkat diploma dan 31 peratus peringkat ijazah. Unjuran ini disediakan berdasarkan ketetapan dalam PP 2001-2010 KPM supaya IPTS dan IPTA menyediakan tempat belajar untuk para pelajar peringkat tertiari yang diunjurkan bertambah kepada 30 peratus pada tahun 2005 dan 40 peratus menjelang tahun 2010.

    Keperluan meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi, termasuk yang melibatkan IPTS adalah berdasarkan kepada dasar-dasar utama negara (sumber:Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga, 2001-2010 dan Rancangan Malaysia ke-lapan, 2001-2001 oleh Kerajaan Malaysia, 2001) iaitu:

    1. Dasar Pendidikan Tinggi yang menetapkan 40 peratus penduduk kohort umur 1723 tahun, seperti yang disasarkan dalam RRJP3, mendapat pendidikan tinggi pada tahun 2010.

    2. Dasar Makro Pembangunan Negara yang menekankan keperluan mewujudkan keseimbangan pembangunan mengikut wilayah, negeri dan lokasi seperti yang dinyatakan dalam RRJP3, RM8. Dasar ini jelas menekankan bahawa pendidikan tinggi merupakan satu daripada agenda pembangunan yang diberikan keutamaan.

    3. Dasar Guna Tenaga Negara seperti yang dinyatakan dalam RRJP3 yang meliputi

    penyediaan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dengan nisbah 1:2 bagi program ijazah pertama berbanding program-program diploma dan sijil dalam pelbagai bidang pengajian.

  • Muka surat 3/7

    4. Dasar Tenaga Manusia Negara yang bertujuan untuk mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing menekankan kepentingan IPT tempatan

    dalam melahirkan guna tenaga negara bagi mengisi keperluan bidang pekerjaan yang pelbagai, dengan memberi fokus kepada program-program pengajian berasaskan S&T dan program berbentuk hands-on.

    5. Dasar Perdagangan Antarabangsa Malaysia yang bermatlamat untuk

    mengurangkan aliran keluar tukaran wang asing dengan mengurangkan penghantaran pelajar untuk mendapatkan pendidikan tinggi di luar negara.

    6. Dasar Pembangunan seperti yang dinyatakan dalam RRJPK3 dan dasar pendidikan untuk meningkatkan lagi bilangan enrolmen pelajar Bumiputera dalam semua bidang pengajian di peringkat tertiari terutamanya dalam bidang profesional dan bidang-bidang yang berasaskan Sains dan Teknologi.

    7. Dasar Pendidikan P-12, iaitu penstrukturan semula sistem pendidikan negara

    yang menyediakan peluang 12 tahun persekolahan untuk penduduk Malaysia, bermula dengan kelas prasekolah. Pelaksanaan dasar ini akan meningkatkan lagi bilangan pelajar lepasan menengah yang layak memasuki institusi pendidikan tinggi tempatan (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010 oleh KPM, 2001).

    3.0 KEPENTINGAN IPTS DALAM MENINGKATKAN AKSESIBILITI PENDIDIKAN TINGGI

    Dengan tempat pengajian yang terhad di IPTA, pertumbuhan pesat IPTS sesungguhnya telah dapat meningkatkan lagi tahap akses kepada pendidikan tinggi di kalangan penduduk Malaysia. Penawaran tempat pengajian yang meliputi pelbagai bidang oleh IPTS secara langsung membolehkan Malaysia merealisasikan konsep pendemokrasian pendidikan, iaitu bertambahnya bilangan penduduk Malaysia yang mendapat pendidikan pada peringkat tertinggi mengikut pilihan dan kebolehan masing-masing (Robiah Sidin,1994).

    Pertumbuhan pesat IPTS yang menyediakan pelbagai kursus pengajian membolehkan Kerajaan Persekutuan mengalihkan peruntukan yang diperlukan untuk membina lebih banyak IPTA kepada projek-projek pembangunan yang lain. Dalam belanjawan negara 1998, kerajaan telah menghapuskan rebat cukai untuk ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke luar negara dan pelbagai bayaran untuk tujuan itu dinaikkan termasuk fiskal imigrisen dan lain-lain. Ini adalah merupakan satu kaedah bagi menggalakkan golongan ibu bapa agar menghantar anak-anak mereka belajar di institusi pengajian tinggi tempatan(Massa, Disember 1997). Dalam masa yang sama, secara langsung ianya mampu menjimatkan aliran keluar pertukaran wang asing kerana lebih ramai ibu bapa memilih untuk menghantar anak-anak mereka meneruskan pengajian tinggi di IPTS tempatan.

    Ini ditambah dengan faktor keghairahan syarikat-syarikat gergasi swasta mahupun awam menubuhkan kolej-kolej pendidikan swasta dan mengadakan program berkembar denngan universiti luar negara (Massa, 21 Mac 1998). Disamping itu terdapat banyak bidang-bidang pengajian tinggi swasta yang popular terdapat di kolej-

  • Muka surat 4/7

    kolej swasta yang berteraskan kemahiran telah memberikan harapan yang cerah untuk mendapatkan pekerjaan yang baik disamping berpuluh-puluh lagi kursus

    yang ditawarkan telah menarik minat pelajar untuk memasuki kolej-kolej swasta kerana syarat kemasukan adalah mudah (Massa, 6 Disember 1997). Perkembangan ini wujud apabila permintaan terhadap institusi pendidikan semakin bertambah berikutan kualiti pembelajaran anak-anak telah meningkat daripada semasa ke semasa ekoran tindakan KPM memperkemaskan kurikulum di sekolah rendah, menengah dan tinggi (Massa, 16 Julai 1997). 4.0 CABARAN

    Umum mengetahui bahawa wujud pelbagai cabaran kepada usaha untuk meningkatkan tahap aksesibiliti kepada pendidikan tinggi di negara ini. Berdasarkan sumber Pembangunan Pendidikan, 2001-2010 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001), walaupun wujud pertambahan permintaan ke atas pendidikan tinggi, peluang-peluang pendidikan tinggi yang disediakan oleh IPTA dan IPTS masih tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. Buktinya pada tahun 1996, hanya 11 peratus penduduk bagi kohort umur 18-21 tahun diterima masuk ke program pengajian bukan ijazah dan hanya 5 peratus bagi pengajian peringkat ijazah. Sasaran ini masih jauh berbanding matlamat negara untuk