ISI EDU

12
TUGASAN 1 Laporan Analisis Swot Untuk Kes Murid Tidak Memberikan Kerjasama Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran ( P&P ) Dijalankan Di Dalam Bilik Darjah. Analisis SWOT adalah instrument perencanaaan strategis yang klasik. Dengan menggunakan kerangka kerja kekuatan dan kelemahan dan kesempatan ekternal dan ancaman, instrument ini memberikan cara sederhana untuk memperkirakan cara terbaik untuk melaksanakan sebuah strategi. Instrumen ini menolong para perencana apa yang bias dicapai, dan hal-hal apa saja yang perlu diperhatikan oleh mereka. 1

description

mai kia baca

Transcript of ISI EDU

Page 1: ISI EDU

TUGASAN 1

Laporan Analisis Swot Untuk Kes Murid Tidak Memberikan Kerjasama Semasa Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran ( P&P ) Dijalankan Di Dalam Bilik Darjah.

Analisis SWOT adalah instrument perencanaaan strategis yang klasik. Dengan menggunakan

kerangka kerja kekuatan dan kelemahan dan kesempatan ekternal dan ancaman, instrument ini

memberikan cara sederhana untuk memperkirakan cara terbaik untuk melaksanakan sebuah

strategi. Instrumen ini menolong para perencana apa yang bias dicapai, dan hal-hal apa saja yang

perlu diperhatikan oleh mereka.

1

Page 2: ISI EDU

2

KAJIAN KES

MURID TIDAK MEMBERIKAN KERJASAMA

SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN ( P&P ) DIJALANKAN DI

DALAM BILIK DARJAH.

Masalah yang ditunjukkan oleh murid

Berbuat bising di dalam kelas

ketika guru sedang menyampaikan

isi pelajaran.

Bermain – main dan tidak

mengambil serius ketika

menjalankan aktiviti di dalam

Page 3: ISI EDU

3

SWOT

Guru ada menyelitkan unsur TMK dalam proses P&P

Aktiviti yang dijalankan di dalam kelas berupaya

menarik perhatian murid.

Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) yang guru gunakan

dapat menarik perhatian murid.

Kaedah dan teknik pengajaran yang guru gunakan

bersesuaian dengan tahap murid.

Guru ada menerapkan terapi main dalam P&P saya.

Guru memberi peluang kepada murid untuk

mengemukakan pendapat.

Guru gagal mengawal kelas dengan baik ketika

murid menjalankan aktiviti.

Guru tidak tegas dalam mengeluarkan arahan.

Komunikasi guru agak sukar difahami oleh murid.

Guru menjalankan aktiviti yang sama pada setiap

P&P sehingga menyebabkan murid bosan dengan

aktiviti dengan sama.

Penerangan guru terlampau panjang seningga

memakan masa yang lama hingga menutup

peluang bagi sesetengah murid untuk menjalankan

aktiviti.

K

E

K

U

A

T

A

N

K

E

L

E

M

A

H

A

N

Page 4: ISI EDU

4

Guru harus memberikan peneguhan negatif

terhadap tingkah laku murid yang negatif.

Guru perlu tegas dalam mengeluarkan atau

memberikan arahan kepada murid.

Guru perlu memperbaiki kualiti komunikasi di dalam

kelas atau menggunakan bahasa melaytu baku.

Guru perlu lebih kreatif dalam merancang aktiviti

yang ingin dijalankan di dalam bilik darjah dan tidak

mengulang akltiviti yang sama.

Beri penerangan yang ringkas, jelas dan mudah

difahami oleh murid.

Guru perlu tenang dalam menjalankan P&P dan

Waris tidak memberikan kerjasama kepada guru.

Murid tidak dapat menerima hakikat ketegasan

guru.

Guru kadang – kadang tersasul menggunakan

bahasa ibunda.

Guru di sekolah tidak memberikan kerjasama.

Masa P&P berkemungkinan bersisa lebih.

Murid tidak memberikan kerjasam kepada guru.

A

N

C

A

M

A

N

P

E

L

U

A

N

G

Page 5: ISI EDU

TUGASAN 2

Teori Pendekatan Pemusatan Perorangan Dalam Menangani Masalah Tingkah Laku

Murid Dalam Bilik Darjah

Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan ini merupakan asas dalam konsep yang

tergolong di dalam psikologi kemanusiaan (humanistik), dan kewujudan (existentialism). Ia

dipelopori atau dimajukan oleh Carl Rogers dalam tahun 40an di mana pada mulanya dinamakan

kaunseling bukan arahan (1940an), kaunseling pusatan - klien (1950) dan kemudian ditukarkan

kepada terapi pemusatan perorangan pada 1980an di mana klien dapat mengaplikasikan apa yang

diperolehi di dalam dan di luar makmal serta klien yang menentukan hala tuju dan

menyelesaikan masalahnya dengan panduan daripada kaunselor (Corey, 2001). Rogers mencabar

pendekatan - pendekatan teori yang mengandaikan bahawa kaunselor mengetahui semua hal dan

boleh menolong kliennya di dalam semua bidang. Ia juga mencabar teknik-teknik dan tatacara-

tatacara yang berbentuk nasihat, saranan, pujukan, pengajaran, dianogsis dan pentafsiran oleh

kaunselor (Amir Awang, 1997).

Individu adalah unik, mempunyai potensi diri untuk berkembang, boleh dipercayai dan

mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah demi menuju ke arah kesempurnaan.

Tema tulisan beliau mengutamakan kepentingan setiap individu sebagai arkitek kehidupannya.

Rogers tetap percaya bahawa setiap individu mempunyai sumber bakat untuk menguruskan diri

secara berkesan dalam kehidupan serta berupaya menangani pelbagai masalah yang berlaku.

Mengikut teori ini, sumber bakat individu ini kadang kala dikaburi, dilupai dan atau dinafikan,

tetapi ia selalu wujud bersama dengan potensi untuk perkembangan dan pertumbuahan. Rogers

percaya bahawa jika ada syarat dan peluang yang kondusif, individu itu akan dapat menuju ke

arah diri serta mencapai autonomi.

Selain itu, beliau menjelaskan pandangannya terbentuk hasil dariapada pengalamannya di

dalam psikoterapi. Pandangan terhadap sifat semulajadi manusia terbahagi kepada empat jenis.

Salah satunya ialah pandangan tingkah laku secara persepsi. Beliau dengan jelas menekankan

bahawa cara kanak – kanak bertingkah laku dan menyesuaikan diri dengan situasi biasanya

adalah konsisten dengan cara individu mempersepsi dirinya dan situasi di persekitarannya. Hal

ini dapat dibuktikan melalui kenyataan beliau iaitu “man lives essentially in his own personal

5

Page 6: ISI EDU

and subjective world and even his more objectives functioning, in science, mathematics and the

like, is the rsults of subjective porpuse and subjective choice.” ( Rogers, 1950 )

Bukan itu sahaja, beliau juga melihat individu itu mempunyai harga dan penghormatan

diri. Rogers sangat kuat berpegang kepada kepercayaan bahawa manusia sepatutnya diberi hak

untuk mempunyai pendapat, pemikiran dan juga dapat mengawal destinasi hidup, kanak – kanak

mengejar minat sendiri asalkan tidak menganggu hal orang lain. Beliau melihat ideal ang

demokratik ini mendasari semua idea tentang kemanusiaan dan mempunyai nilai moral serta

nilai praktiknya. Beliau juga percaya bahawa keperluan masyarakat yang demokratik dapat

dipenuhi melalui proses sosial dan institusi sosial yang menggalakkan individu bertindak bebas

dan boleh mengarah diri.

Tambahan itu, beliau menyatakan individu cenderung ke arah kesempurnaan kendiri.

Beliau menyatakan bahawa setiap manusia sentiasa akan menuju ke arah nirwana kendiri. Hal ini

kerana pencapaian ke tahap tersebut adalah manusia yang telah mencapai perkembangan

personaliti tertinggi dan telah dapat merealisasikan potensinya. Ciri – ciri personaliti manusia

yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri adalah seperti berikut.

Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan

orang lain.

Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.

Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa

yang dipercayainya walaupun tidak popular.

Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen,

adat resam dan seumpamanya

Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung sepenuhnya kepada

mereka.

Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan baru.

Bersikap objekttif

6

Page 7: ISI EDU

Tidak sekadar itu sahaja, Rogers juga berpendapat bahawa manusia itu baik dan boleh

dipercayai. Sejak kecil lagi, manusia bebas memenuhi keperluan asas mereka supaya dapat

berfungsi sepenuhnya sebagai manusia. Menurut Rogers, manusia adalah positif dan bersosial,

boleh dipercayai dan konstruktif. Beliau adalah satu – satunya tokoh atau pakar yang

menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasikan

sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif

dan melihat semua manusia sebagai entiti yang baik dan mulia.

Sepanjang saya berpraktikum, pelbagai ragam yang telah ditunjukkan oleh murid – murid

sehingga terkeluarnya masalah tingkah laku di dalam bilik darjah. Malah ada seorang murid yang

mengatakan sebegini apabila menerima teguran daripada saya “ saya memang tak boleh

berubah. Dah macam tu dah. Apa nak buat? Bagi pendapat saya sebagai seorang guru pelatih

tiada manusia yang tidak boleh berubah jika diberikan dorongan dan sokongan oleh guru. Seperti

yang kita sedia maklum, guru biasa turut memainkan peranan penting dalam membentuk

peribadi seseorang murid. Meskipun guru biasa tidak mempunyai kelayakan serta kemahiran

khusus untuk mengendalikan program bimbingan dan kaunseling di sekolah, namun peranan

guru biasa dalam menjayakan program – program sebegitu tidak dapat dinafikan. Seorang guru

kaunseling tidak mungkin dapat melihat keperluan semua murid yang berada di sesebuah

sekolah. Oleh itu, peranan tersebut perlu dipikul oleh guru biasa bagi melancarkan program

bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Menurut teori pemusatan perorangan, Rogers mempercayai matlamat terapi digunakan

adalah untuk menolong kanak – kanak yang menghadapi masalah tingkah laku supaya murid

yang terbabit lebih kongruen diri. Sebagai seorang guru, saya boleh menekankan aspek yang

menggalakkan diri murid itu memahami dengan alam sebenar. Bagi membolehkan hal itu terjadi

sebagai seorang guru, saya perlu meletakkan diri saya sebagai seorang guru kaunseling.

Mungkin boleh memanggil murid berkenaan untuk bertanyakan masalah. Saya boleh membantu

murid yang terbabit berasaskan konsep kongruen, penerimaan positif tanpa syarat dan

empati perlu diwujudkan. Empati merujuk kepada kebolehan saya untuk memahami murid yang

terbabit dengan mendalam. Hal ini merangkumi kemahiran mendengar dalam setiap apa yang

diceritkan oleh murid kepada kita. Saya hendaklah mencuba merasai perkara yang dialami oleh

murid itu. Dengan mempersepsikan dunia dalaman murid itu dengan tepat, maka saya akan dapat

7

Page 8: ISI EDU

memahami apa yang dialami oleh murid itu. Empati yang betul dan tepat merupakan perkara

utama dalam pendekatan tumpuan perorangan. Empati menjadi elemen penting untuk berlaku

perubahan yang akan memudahkan proses kognitif dan emosi. Ia juga merupakan pemahaman

yang mendalam dan subjektif terhadap murid yang terbabit. Hal ini bermakna saya haruslah

mempunyai sikap empati dalam mendengar cerita yang dikongsikan oleh murid yang terbabit

supaya murid itu lebih selesa dan tidak teragak – agak dalam mengongsikan cerita kepada saya.

Kongruen merujuk kepada saya perlu ikhlas semasa mengadakan perbincangan atau

perbualan dengan murid itu dan bukananya sekadar berpura – pura. Oleh itu, saya perlu bersikap

terbuka dan menjalin perhunbungan yang baik agar dapat meyakinkan murid itu. Dengan adanya

keyakinan yang kukuh, murid tidak lagi berasa takut dan akan bersedia menceritakan

masalahnya kepada saya. Pendedahan kendiri dan perkongsian dilakukan kerana seseorang itu

memikirkan bahawa adalah baik untuk murid yang tidak tulen untuk meluahkan perkara yang

berbentuk peribadi dan tidak kongruen. Kongruen wujud dalam bentuk satu kontinum dan bukan

secara sekaligus atau tanpa asas. Penerimaan positif tanpa syarat bermaksud menghormati

murid tanpa mengira perbezaan nilai antara guru dan murid. Saya perlu mengamalkan tanggapan

positif tanpa syarat dan bersedia menerima murid itu dalam apa jua keadaan sama ada keliru,

takut, marah, sayang atau bangga. Demi mengekalkan perasaan demikian, saya perlu bersikap

tidak menilai dan sifat mengambil berat wujud tanpa sebab – sebab yang tertentu. Apabila sikap

mesra dan penerimaan wujud dalam perbualan dengan murid tersebut, murid akan lebih bersedia

menerima bimbingan dan lebih berkeyakinan untuk menangani masalah yang dihadpinya.

Mengikut kajian pakar – pakar pendidikan, penerapan konsep kendiri dan nilai – nilai

diri merupakan faktor – faktor yang penting untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik

dan kokurikulum. Seseorang murid yang mempunyai persepsi kendiri yang positif, menikmati

penerimaan ibu bapa, rakan sebaya dan gurunya serta memperolehi perasaan penghargaan diri

yang tinggi akan melibatkan diri secara aktif dan bersungguh dengan aktiviti di dalam mahupun

luar kawasan bilik darjah. Sekiranya murid yang ingin belajar dengan jayanya, murid itu

hendaklah mempersepsikan dirinya sebagai seorang murid yang berkebolehan dan mempunyai

penghargaan diri kendiri yang tinggi. Dengan lain perkataan, murid ini haruslah diberi peluang

oleh guru untuk membentuk konsep kendiri yang positif serta memupuk nilai – nilai diri yang

8

Page 9: ISI EDU

tinggi supaya dapat membantu mereka mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.

Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan yang amat penting dalam misi ini.

Menurut Rogers, kecenderungan aktulisasi ( actualizing tendency ) ialah motivasi

dalaman yang sering beroperatif ke arah merealisasikan potensi secara menyeluruh dan

melepaskan dirinya daripada kawalan.  Menurut Maslow (Privette, 2001, dalam Schneider,K.J,

dkk, 2001), aktualisasi diri merupakan sebuah prototype akan sihatnya kepribadian seseorang.

Dalam hirarki Keperluan, Maslow menempatkan aktualisasi diri dalam posisi yang tinggi. Hal ini

menunjukan bahawa aktualisasi diri merupakan sebuah peristiwa yang memiliki nilai tinggi

dalam kehidupan seseorang. Menurut Broadley, aktualisasi diri memiliki arah yang bersifat

membangun. Hal in bermakna manusia memiliki kecenderungan untuk terus memperbaiki diri.

Broadley menjelaskan bahawa arah aktualisasi diri terdiri dari dua aspek, iaitu aktualisasi diri

yang mengarahkan pada usaha untuk mempertahankan integriti individu serta aktualisasi diri

yang mengarah  pada realization, fulfillment, dan perfection. Aktualisasi diri yang mengarah

pada usaha untuk mempertahankan integriti pada akhirnya akan berdampak terhadap

pemeliharaan identiti diri dan keutuhan sebagai seorang manusia. Sedangkan pada aspek yang

kedua, aktualisasi diri merupakan suatu proses yang tidak terpisahkan dari upaya untuk

pemenuhan potensi - potensi yang dimiliki oleh manusia. Oleh karena itu, Broadley

menyimpulkan bahawa aktualisasi diri merupakan proses yang selektif dalam upaya memelihara

dan mempertahankan keutuhan manusia.Oleh itu, sebagai seorang guru, saya perlu mendorong

murid untuk memperolehi motivasi dalaman.

Dalam teori ini, perkara yang penting adalah pentaksiran dan penilaian kendiri oleh

murid itu sendiri. Hal ini bermakna saya akan mencari maklumat dariapada masalah yang

dihadapi oleh murid yang terbabit. Rogers mencadangkan agar guru berhati – hati ketika

menjalankan ujian ke atas murid. Antara ujian yang saya boleh jalankan ialah Ujian Minat

Kerjaya Holland atau lebih dikenali dengan nama RIASEC. Minat setiap murid adalah berbeza

mengikut pengalaman dan pendedahan kepada persekitaran dan minat itu boleh berkembang

dengan sendirinya. Apabila di sekolah mahupun di bilik darjah, murid akan menemui dan

mencipta minat yang baharu. Minat ketika zaman sebelum persekolahan hanay akan menjadi

panduan untuk menentukan arah tuju masa depannya. Ujian minat direka bentuk untuk

mendapatkan bidang yang diminati oleh murid. Sebagai seorang guru, saya perlulah memupuk

9

Page 10: ISI EDU

minat murid tersebut dengan menjanjikan dia melakukan aktiviti yang menjadi minatnya itu pada

waktu lapangnya. Hal ini kerana, daripada minat itu maka terhasillah bakat setiap murid.

Teori pemusatan perorangan memberi sumbangan yang unik kepada keberkesanan

mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan murid. Penekanannya menyediakan murid

dengan persekitaran yang menyokong dan focus adalah sepenuhnya kepada ciri – ciri

menyokong.

( 1650 patah perkataan )

10

Page 11: ISI EDU

RUJUKAN

Ilmiah

Mok Soon Sang, (2011). Bimbingan dan Kaunseling Kanak – Kanak. Puchong, Selangor

Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Khoo Bee Lee, (2014). Bimbingan dan Kaunseling Kanak – Kanak. Puchong, Selangor Darul

Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin, (2013). Bimbingan dan Kaunseling Kanak – Kanak.

Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.

Internet

Academia Edu (2012, 12. 12). Pengertian Analisis SWOT . Dilayari pada 16. 03. 2015,

daripada : http://www.academia.edu/5090849/Pengertian_analisis_SWOT

Slide Share (2011, 02. 18). Analisa Data maklumat dan Analisa SWOT. Dilayari pada 17. 03.

2015, daripada : http://www.slideshare.net/smklunas2011/analisa-data-maklumat-dan-analisa-

swot

Wan Siti Aishah (2011, 08. 30). Teori Pemusatan Perorangan. Dilayari pada 17. 03. 2015,

daripada : http://aisyahumairah88.blogspot.com/2011/05/teori-pemusatan-perorangan-

personclient.html

Psikologi Umum (2014, 12. 22). Pokok Teori Carl Rogers. Dilayari pada 18. 03. 2015,

daripada : http://www.psikologiku.com/pokok-teori-carl-rogers/

Afiah Akfarinah (2012, 01. 06). Teori Pemusatan Klien Carl Rogers . Dilayari pada 18. 03.

2015, daripada : http://qalamsaffiyah.blogspot.com/2012/01/teori-pemusatan-klien-carl-

rogers.html

11