Isi - Hadrah

19
1 BAB I PENDAHULUAN A. Latar Belakang Hadrah berasal dari negeri Parsi. Hadrah juga berasal dari perkataan Arab iaitu dikir yang disertai oleh Kompang atau Rebana Kecil. Menurut Profeso sman! Hadrah adalahsejenis puisi rakyat yang mempunyai unsur"unsur keagamaan contohnya! puisi atau lagu yang dinyanyikan ketika orang Madina menyambut ketibaan #abi Muhammad $s.a.%& dari Mekah yang dikenali sebagai lagu 'Talla"an (adrun' alaina'. )i Malaysia! kesenian tarian Hadrah mula diperkenalkan sekitar tahun 1*1+ Pulau Pinang. ,1- elepas itu! tarian Hadrah menjadi amat popular pada tahun 1*/+"a dan 1*0+"an! terutamanya bagi penduduk di tara emenanjung Malaysia Perlis! Kedah! Perak dan Pulau Pinang. )i elatan emenanjung Malaysia! Hadra lebih dikenali sebagai 'Kompang'! sementara di Pantai Timur pula leb sebagai 'Rebana Kencang'. atu kumpulan mungkin mengandungi antara 1/ hingga 2 orang dan mereka ini muncul dahulu sambil menyanyi dan menari serta memukul kompang. atu kumpulan lagi yang terdiri daripada dua orang penari lelaki de%a tetapi berpakaian %anita akan keluarmenyanyi dan menari di pertengahan persembahan hadrah ini. B. Tujuan Tujuan dari penyusunan makalah ini adalah untuk menambah pengetahuan pembacamengenai kesenian hadrah di negaraMalaysiauntuk kemudian diharapkan dapat menjadi tambahan %a%asan mengenai kesenian hadrah.

description

tugaas

Transcript of Isi - Hadrah

BAB I

PENDAHULUAN

A. Latar Belakang

Hadrah berasal dari negeri Parsi. Hadrah juga berasal dari perkataan Arab iaitu dikir yang disertai oleh Kompang atau Rebana Kecil. Menurut Profesor Taib Osman, Hadrah adalah sejenis puisi rakyat yang mempunyai unsur-unsur keagamaan contohnya, puisi atau lagu yang dinyanyikan ketika orang Madinah menyambut ketibaan Nabi Muhammad (s.a.w) dari Mekah yang dikenali sebagai lagu 'Talla-an Badrun' alaina'. Di Malaysia, kesenian tarian Hadrah mula diperkenalkan sekitar tahun 1910 di Pulau Pinang. [1] Selepas itu, tarian Hadrah menjadi amat popular pada tahun 1950-an dan 1960-an, terutamanya bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Di Selatan Semenanjung Malaysia, Hadrah ini lebih dikenali sebagai 'Kompang', sementara di Pantai Timur pula lebih dikenali sebagai 'Rebana Kencang'. Satu kumpulan mungkin mengandungi antara 15 hingga 30 orang dan mereka ini muncul dahulu sambil menyanyi dan menari serta memukul kompang. Satu kumpulan lagi yang terdiri daripada dua orang penari lelaki dewasa tetapi berpakaian wanita akan keluar menyanyi dan menari di pertengahan persembahan hadrah ini.B. Tujuan

Tujuan dari penyusunan makalah ini adalah untuk menambah pengetahuan pembaca mengenai kesenian hadrah di negara Malaysia untuk kemudian diharapkan dapat menjadi tambahan wawasan mengenai kesenian hadrah.BAB II

PEMBAHASAN

A. Asal-usul Hadrah

Permainan hadrah pada masa dahulu dikenali dengan nama panggilan Noge. Walau bagaimana pun, dalam tahun 1960an, permainan ini dikenali sebagai Hadrah. Buat masa ini, mula terkenal dengan nama panggilan Anika Bangsawan Hadrah. Mengikut keterangannya, perkataan Hadrah diberi sempena dengan nama Puteri Zahrah, seorang lelaki tetapi disebabkan segak dan tampan, dia telah dipakaikan dengan pakaian perempuan.Tarian Hadrah amat popular pada tahun 1950an dan 1960an, terutamanya bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang. Di Selatan Semenanjung Malaysia, Hadrah ini lebih dikenali sebagai 'Kompang', sementara di Pantai Timur pula lebih dikenali sebagai 'Rebana Kencang'.Permainan atau persembahan Hadrah ini boleh digolongkan dalam musik paluan, iaitu musik yang hanya menggunakan alat-alat gendang dan gong untuk mengiringi nyanyian dan tarian. Terdapat perbezaan persembahan Hadrah di negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia. Perbezaan ini bukan saja dapat dilihat dari segi sari kata lagu, corak tarian serta aspek persembahan tetapi yang lebih nyata adalah dalam aspek penekanan nyanyian dan tarian di dalam setiap persembahan. Menurut Profesor Taib Osman, Hadrah adalah sama dengan persembahan teater yang lain seperti Makyong, Menora dan sebagainya dari aspek persembahan.

"Razuk" sedang menari bersama-sama penari.Jika suatu ketika dahulu, tarian Hadrah ini dikenali sebagai Noge, maka terdapat beberapa perbezaan di antara keduanya. Dalam tarian Noge, terdapat hanya lagu dan nyanyian di samping menyelitkan lakonan untuk memeriahkan lagi persembahan. Alat musik yang digunakan adalah alat musik lama, seperti gendang. Hadrah pula mengutarakan alat musik yang lebih modern iaitu biola, gitar, drum dan tamborin. Permainan Hadrah dimainkan sebagai hiburan di majlis-majlis perkahwinan iaitu di waktu persandingan dilangsungkan. Selain daripada itu, ianya juga dilakukan sebagai melepaskan nazar. Terdapat banyak cerita mengenai kemunculan permainan Hadrah ini. Menurut sejarahnya, Hadrah ini, berasal dari cerita orang sesat dalam hutan rimba. Ceritanya bermula dengan seorang tua bersama dua belas orang kawannya, pergi memburu. Malang menimpa, seorang daripada mereka telah sesat semasa berjalan di tengah hutan. Pemburu yang malang itupun berjalan seorang diri. Setelah penat mencari jalan keluar, beliau terjumpa dengan sepohon kayu besar. Beliau duduk di atas akar banir pokok kayu tersebut lalu menyanyi sambil memukul banir tersebut dengan hasrat bunyian tersebut dapat didengar oleh kawan-kawannya yang lain. Dengan perbuatan ini, dia dapat bertemu dengan kawan-kawannya kembali.Sekembalinya di kampung, mereka membuat tiap-tiap seorang sebuah gendang, lalu bermain sambil menyanyi lagu yang dinyanyikan oleh kawannya yang sesat tadi. Inilah sebabnya bahasa yang dinyanyikan dikatakan bahasa orang sesat, yang berbunyi seperti berikut"Sanoree!..Hae!mere". Ini dikatakan bahasa orang sesat yang dikenali bahasa Noge.Mengikut satu lagi cerita dongeng, terdapat seorang dewa-dewa di kayangan yang mempunyai 7 orang anak. Setelah mendapati mereka membuat salah, mereka telah disumpah oleh ayahnya dan dilempar ke dunia. Mereka dibekalkan dengan sebilah gergaji, sebilah kapak dan tiga keping belulang kulit kambing. Apabila mereka turun ke dunia, mereka sesat di tengah hutan rimba yang kononnya di sebuah Negeri Arab. Semasa berjalan di tengah hutan rimba, mereka terjumpa sebatang kayu berlubang. Dengan kayu ini, mereka telah membuat gendang dan menyanyi lagu "Aya he kamper ".Hadrah juga berasal dari perkataan Arab iaitu dikir yang disertai oleh Kompang atau Rebana Kecil. Menurut Profesor Taib Osman, Hadrah adalah sejenis puisi rakyat yang mempunyai unsur-unsur keagamaan terutama puisi Arab yang menyanjungi Nabi Muhammad (s.a.w) dan sebagai contohnya, puisi atau lagu yang dinyanyikan ketika orang Madinah menyambut ketibaan Nabi Muhammad (s.a.w) dari Mekah yang dikenali sebagai lagu 'Talla-an Badrun' alaina'. Pada masa dahulu, di negeri Arab gendang akan dipalu bersama dengan nyanyian untuk menaikkan semangat para tentera yang sedang berperang.Persembahan Hadrah ini boleh dibagikan kepada dua jenis iaitu :Sebagian daripada gendang yang digunakan dalam persembahan. Bahan-bahan yang digunakan dalam upcara tersebut.1. Hadrah Berekor

Nyanyian yang dipersembahkan lebih berunsurkan penggunaan Bahasa Arab dan disertai dengan tarian.2. Hadrah PunggukNyanyian yang dipersembahkan berunsurkan penggunaan Bahasa Melayu dan persembahan ini lebih kurang sama dengan persembahan Kompang dan Rodat.B. Aspek-aspek PersembahanSebelum setiap persembahan, sesebuah kumpulan Hadrah itu akan dijemput oleh pihak penganjur. Pada kebiasaannya, persembahan akan diadakan setelah siap menuai padi dan tuan punya tanah yang mempunyai pendapatan yang tinggi akan menjemput kumpulan Hadrah untuk menghiburkan para petani atau penyewa tanah mereka yang telah bertungkus-lumus menyiapkan atau mengerjakan tanah sawah mereka. Orang yang ingin menjemput kumpulan Hadrah mengadakan persembahan, haruslah berjumpa sendiri dengan ketua kumpulan Hadrah itu. Orang itu akan membawa pengeras sebanyak RM 1.15 dan diserahkan kepada ketua kumpulan Hadrah. Tujuan pengeras juga untuk memberi berkat kepada ahli kumpulan tersebut. Dan dalam masa yang sama mereka berdua akan berbincang bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan persembahan. Setelah selesai berbincang, orang itu akan balik ke rumahnya dan bersiap-siap untuk membuat pentas atau panggung yang akan digunakan untuk persembahan itu. Pentas yang didirikan itu adalah berbentuk empat persegi. Ia didirikan di atas tanah lapang untuk memudahkan penonton menonton persembahan tersebut tanpa gangguan.C. Upacara Membuka bangsalBahan yang diperlukana. Sireh pinangb. Tepung tawarc. Minyak kelapad. Wang pengeras $1.15c (satu ringgit lima belas sen saja). Tiap-tiap wang pengeras mesti ada 15 sen.e. Beras Kunyitf. Dian / lilinSebelum permainan ini dijalankan, sireh pinang dan wang pengeras hendaklah disembahkan kepada Ketua Kumpulan Hadrah. Sireh pinang tersebut sekiranya dimakan oleh ketua tadi maka ini menunjukkan bahawa ia boleh bermain. Sekiranya ini tidak dilakukan oleh ketua mereka, maka dengan sendirinya menunjukkan bahawa dia tidak akan melakukan persembahan permainan tersebut.

D. Persediaan alat-alat

Alat-alat musik :

Gendang memainkan peranan yang penting dalam persembahan ini. Terdapat 13 gendang semuanya :

a. Sebuah gendang besarb. Dua buah gendang kecilc. Sepuluh buah gendang pengibu (Pengerum)

Gendang Besar

Badan gendang digelar Baluh. Dibuat daripada kayu sanai, ditebuk dengan pahat. Manakala sebagai muka gendang pula kulit yang digunakan ialah kulit belulang lembu dikering dan dililit dengan rotan yang dibelah. Gendang besar ini dipukul oleh dua orang pemain dan setiap orang daripada mereka akan memukul gendang ini dengan sebelah tangan, manakala sebelah tangan lagi akan memegang gendang. Nada pukulan gendang itu akan berubah sama ada cepat atau lambat mengikut irama lagu yang dimainkankan. Gendang besar ini mempunyai ukur lilit muka sebelah atas 180cm, garis pusat sebelah atas 56cm, lilitan sebelah bawah 160cm, garis pusat sebelah bawah 53cm, panjangnya 30cm, dan tebal belah bagi gendang besar ini ialah 2cm.

Gendang penganak

Gendang penganak merupakan ketua kepada semua gendang, kerana ia merupakan sebagai permulaan satu-satu lagu dan merupakan gendang yang menghasilkan bunyi yang paling nyaring. Tanpa gendang ini, permainan tidak dapat dipersembahkan. Pemainnya merupakan seorang yang mahir kerana gendang ini akan memulakan semua lagu-lagu yang hendak dinyanyikan dalam semua persembahan tersebut. Dalam usaha membuat gendang ini, kulit kambing kering digunakan dan kayunya ialah kayu sanai.Permukaan gendang ini berukuran 30cm dan ketinggiannya ialah 15cm. Ia dibuat daripada kulit kambing dan dipadankan dengan kayu nangka. Kulit itu akan diikat dengan rotan yang telah dibelah dan kemudiannya dipaku pada baluh gendang yang sudah siap dipahat untuk mengukuhkannya.

Gendang Pengibu (pengerum)

Didendangkan oleh 10 orang pemain musik sambil menyanyi. Penggunaan gendang ini di dalam persembahan tidak akan menjejaskan persembahan. Gendang ini dibuat daripada kulit kambing yang dipadukan dengan kayu nangka dan ada juga yang memadankan kulit kambing dengan kayu sanai. Proses menyiapkan gendang ini biasanya memakan masa seminggu. Proses ini tidak termasuk mengeringkan kulit kambing. Gendang ini berbentuk bulat dan hampir sama dengan gendang yang digunakan di dalam permainan kompang.Ukuran gendang penggerum ini adalah antara 30cm hingga 45cm. Permukaannya berukuran 40cm, manakala ketinggiannya kira-kira 33cm. Untuk menghasilkan bunyi yang menarik, sejenis rotan halus akan diselitkan di antara kulit dengan baluh gendang tersebut. Ini dilakukan untuk menegangkannya agar dapat menghasilkan bunyi yang nyaring. Bunyi gendang ini akan berbeza mengikut tebal atau nipis kulit yang digunakan pada permukaan gendang. Perlu diperlihatkan pada masa dahulu, paku yang digunakan dibuat daripada kayu. Tetapi malangnya pada masa kini, semua gendang tersebut dipaku dengan paku besi berbentuk paku payung. Gendang ini juga dipukul dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi akan memegang gendang penggerum ini pada bagian bawahnya.

Drum, biola dan Tamborin

Masa berlalu, alat musik bertambah mengikut peredaran zaman. Gendang berbentuk drum, biola dan tamborin digunakan dalam usaha menambahkan lagi irama lagu yang didendangkan. Namun, ia kurang menonjol. Keadaan ini berlaku kerana bunyi yang terhasil daripada alat musik ini akan tenggelam oleh bunyi gendang ibu, gendang penganak dan gendang besar.

E. PakaianHadrah ialah satu kesenian yang mementingkan hiburan dan kepuasan kepada penonton. Untuk mencapainya, setiap persembahan haruslah diperbaharui dan ditingkatkan mutunya. Hadrah mementingkan aspek-aspek seperti lagu, sari kata lagu dan tarian. Oleh itu, sering diadakan raptai atau latihan yang meliputi keseluruhan persembahan. Walaupun keseragaman pakaian amat penting tetapi ketidakmampuan ahli-ahli kumpulan menyebabkan mereka tidak mempunyai atau mampu untuk memiliki pakaian seragam mereka sendiri. Bagi kumpulan yang mampu memiliki pakaian seragam sendiri, biasanya menggunakan atau memakai pakaian tersebut di majlis-majlis yang dihadiri oleh tetamu kehormat.Pada kebiasaanya, baju yang dipakai oleh mereka ialah baju Melayu sepasang dan di antara warna-warna yang dipakai ialah warna hitam, hijau muda dan merah muda bagi pemain gendang manakala bagi watak puteri pula pakaian yang dipakai ialah baju kebaya labuh dan berkain songket atau berbaju kurung labuh dan berkain batik. Pada peringkat awal, puteri hanya memakai skaf yang dililitkan di kepala dan dipadankan dengan benang hitam yang dijalin menjadi rambut. Tetapi kini, skaf yang dililitkan benang hitam ini sudah tidak dipakai lagi dan digantikan dengan bunga atau mahkota.Watak-watak puteri ini sebenarnya dimainkankan oleh penari lelaki yang memakai pakaian wanita dan mereka ini iaitu puteri akan menunjukkan sifat-sifat kewanitaannya. Puteri ini akan bergaya serta berlagak lemah lembut seperti seorang wanita tulen. Mereka ini bukan saja akan memakai pakaian wanita tetapi mereka juga akan memakai segala perhiasan yang biasanya dipakai oleh kaum wanita seperti rantai leher, subang dan juga cincin.Satu lagi perkara yang amat penting ialah penggunaan sapu tangan dalam persembahan ini. Watak puteri akan memegang sapu tangan yang akan dilambaikan mengikut pergerakan tangan dan perbuatan mereka ini seolah-olah melambai kepada penonton. Keadaan ini menjadi faktor penarik kepada penonton untuk menonton persembahan tersebut.

F. Ahli-ahli / AnggotaApa yang menjadi tradisi dan masih dipertahankan oleh Kumpulan-kumpulan Hadrah sekarang, para puteri itu adalah terdiri daripada orang-orang lelaki yang dipilih, dilatih dan dihias seperti perempuan. Mereka memakai pakaian baju kurung atau kebaya labuh. Kipas, selendang dan saputangan juga digunakan ketika menari. Namun, penggunaan ketiga-tiga bahan tersebut adalah bergantung kepada kesesuaian lagu-lagu yang dinyanyikan.Penari lelaki yang masuk menari bersama 'peteri-peteri' ini dikenali sebagai "rasuknya". Rasuk berperanan mematahkan langkah puteri-puteri atau penari wanita supaya tarian mereka menjadi sumbang. Rasuk menjadi unsur kelucuan di dalam persembahan Hadrah kerana gelagat-gelagat mereka yang cuba meniru dan mengganggu tarian puteri-puteri walaupun gangguan mereka itu tidak berjaya. Biasanya, 'rasuk' akan mengenakan solekan yang mencomotkan mukanya agar kelihatan lebih kelakar atau melucukan.Walaubagaimanapun, ahli musik terdiri atau para pemain gendang pada keseluruhannnya terdiri daripada pemain-pemain musik laki-laki. Jumlah ahli dan had umur ahli tidak ditetapkan. Ini terbuka kepada siapa yang berminat.Ketua Kumpulan Noge/ HadrahKetua kumpulan boleh disamakan dengan konductor orkestra modern. Ia akan memberi isyarat memulakan dan mengakhirkan lagu dan juga perubahan rentak-rentaknya. Hadrah mempunyai barisan pemain yang terdiri daripada kaum lelaki. Sesebuah kumpulan Hadrah mempunyai seorang pegurus dan ahlinya adalah terdiri daripada 10 sehingga 12 orang yang bermain gendang, empat orang penari dan seorang atau dua orang rasuk. Ahli kumpulan ini dikenali sebagai 'anak ardad'. Pemain musik akan bertindak sebagai penyanyi dan akan mengiringi tarian puteri-puteri tersebut.G. Istiadat menepung TawarAmalan ini dilakukan apabila pemain hendak turun atau pergi ke tempat persembahan. Dalam istiadat ini, Tok Guru atau ketua kumpulan akan menmantra beras yang telah dicampurkan dengan kunyit halus (beras kunyit) dan tepung tawar (dadar). Beliau akan mencari tempat yang sesuai dan duduk berhadapan dengan gendang besar. Satu batang lilin dipasang dan diletak di dalam gendang besar sebelah tepi. Di antara kata-kata yang terdapat dalam mantra tersebut :-"Hey jin hitam raja di bumiJin putih, Jin kuningHulubalang belang,Ku panggil segala rakyat kau jaga permainan ku.Engkau jaga empat penahap aku,Jangan bagi rosak binasa pada ku.."Selesai saja mantra dibaca, beras kunyit tepung tawar akan ditabur kepada alat-alat musik dan juga kepada pemain-pemain itu sendiri dengan menggunakan sejenis rumput yang dinamakan rumput 'samsut'. Gendang akan dipalu tiga kali tanpa lagu dan tanpa nyanyian. Minyak kelapa pula akan dimantra dan ianya akan digunakan untuk disapu sekiranya berlaku apa-apa kemalangan seperti terpatah atau tersalah urat semasa bermain.Tujuan istiadat ini diadakan adalah untuk menjaga keselamatan diri pemain dan alat-alat musik daripada terkena sihir yang datang daripada musuh mereka. Jika istiadat ini tidak dibuat mungkin pemain akan berada dalam keadaan keluh-kesah ketika membuat persembahan.Sirih yang merupakan salah satu daripada bahan yang diperlukan sebelum persembahan, berfungsi sebagai penyeri muka kepada pemain dan dapat menghilangkan darah gemuruh. Sirih ini hanya akan dimakan oleh pemain setelah dimantra oleh Tok Guru atau ketua kumpulan.

H. Cara persembahanDilakukan setelah selesai pembukaan panggung oleh Tok Bomoh. Lagu yang dimulakan ialah lagu "Sanore". Adalah difahamkan bahawa lagu ini ialah lagu permulaan setiap kali bermain. Penari keluar menari mengikut rentak lagu yang dimainkankan.Rentak atau bentuk tarian Hadrah ini hampir-hampir sama dengan tarian Melayu Asli di mana gerak tari tangan, jari dan badan dihayun dengan lembut sekali.Satu perkara yang istimewa dalam persembahan ini ialah kemasukan orang luar dalam persembahan tarian tersebut. Ini dipanggil "rasuk". "Rasuk" ini masuk dan menari bersama-sama penari tidak kira apa lagu yang dimainkankan. Apabila satu-satu lagu itu berakhir 'peteri' akan memberi hormat kepada penonton dengan meletakkan kedua-dua belah tangan rapat dan bertentangan dengan dada.Unsur-unsur modern dimasukkan apabila permainan Noge ditukar kepada permainan Hadrah. Selain daripada menggunakan alat-alat musik persembahan bangsawan juga dilakunkan.Lagu / RentakTerdapat dua jenis bunyian Hadrah, apabila dipalu di tepi dan di tengah. Palu di tepi mengeluarkan bunyian yang lebih tinggi daripada paluan di tengah gendang itu. Tempo dan rentak tarian termasuk dalam variasi paluan gendang tersebut. Nyanyian dinyanyikan dengan sekuat-kuatnya agar tidak tenggelam dalam paluan gendang yang gemuruh.Aspek yang menarik sekali ialah rentak-rentak paluan gendang - ada yang cepat dan ada yang lambat. Gendang penganak dipalu berasingan daripada gendang pengerum - adakala cepat, adakala lambat daripada rentak gendang biasa, dan adakala serentak. Gendang penganak ini seolah-olah menjawab paluan gendang pengerum.Lagu-lagu HadrahLagu-lagu asal Noge :SanorePare melayang

Sa masom kumar (Shamsul Kumar)

Da wa leg

Ka ni jo

Om pasa ya rey

Ampun tuanku

Lagu-lagu Hadrah tersebut mempunyai seni kata dalam bahasa Malaysia. Ia disesuaikan pula dengan perkembangan serta kemajuan negara.

Antara lagu-lagu tersebut :-

Selamat datang

Cantik manis

Cik minah itu

Tabek Inchik

Terang bulan

Pembangunan negara

Merak hijau

Berikut adalah contoh sari kata lagu Wahai Kawan yang didendangkan di dalam permainan Hadrah :

Wahai Kawan

Wahai kawan handai dan taulan,

Marilah kita hidup kesenian,

Di samping teknologi menuju haluan,

Untuk kedaulatan dan kemajuan.

Rukun negara dasar utama,

Lima prinsip terkandung dalamnya,

Marilah kita amal bersama,

Semoga bahagia rakyat jelata.

Perpaduan rakyat azam semua,

Tak kira bangsa dan agama,

Masyarakat adil di mana-mana,

Kemakmuran negara milik bersama.

Pembangunan negara sedang dikembangkan,

Agar ekonomi dapat disamakan,

Tumpukan masa teguh keazaman,

Supaya terhindar dari kemiskinan.

Tawa Tara Fasa

Tawa Tara Fasa,

Lach rawa la lo rinya,

A heh peryopanih ti,

Ala maku liks ya lil ya lil.

Ragit waspi ohe la,

Hiya mirah ohe la,

Sadka ti ala kunliha

Ya lil ya lil.

Lagu-lagu dan rentak iramanya

Lagu-lagu dan irama mempunyai nama dan rentaknya yang tersendiri. Di antara rentak-rentak tersebut ialah :a. Gerum Panjang (irama lambat dan perlahan)b. Gerum Pendek (irama rancak)c. Cang Gantungd. Gerum Satue. Gerum DuaDi dalam permainan Hadrah juga turut diselitkan dengan lakonan. Di antara cerita-cerita lakonan yang dimainkankan dalam Hadrah ialah seperti berikut :a. Kebar Hitamb. Wak Billahc. Darul Joharid. Pertarungan dan Jelok Sagae. Hikayat Abdullahf. Jelok Saga

I. Fungsi Hadrah Dalam Kehidupan Masyarakat Melayu

Fungsi Hadrah yang paling penting adalah sebagai alat hiburan. Walaupun pada peringkat awalnya Hadrah sebagaimana musik tradisional yang lain mempunyai unsur-unsur ritual dan keagamaan, tetapi setiap persembahannya memerlukan kepuasan sama ada daripada pihak pemain sendiri atau penonton. Dalam hal ini didapati bahawa fungsi Hadrah sebagai alat hiburan itu lebih berperanan dari fungsi-fungsi yang lain. Berdasarkan kecenderungan permainan semata-mata untuk dijadikan alat hiburan inilah yang menjadikan Hadrah dengan mudah menukar dan mengubah fungsi awalnya.Melalui persembahan Hadrah itu, boleh ditemui alat-alat seperti gendang, gong, dan biola yang dapat menerbitkan irama atau bunyi yang merdu. Seterusnya dapat menghiburkan orang yang mendengarnya. Begitu juga dengan adanya unsur-unsur nyanyian dan tarian akan memberikan kepuasan kepada penonton.

Oleh itu, berdasarkan penggunaan alat-alat solek, aspek persembahan dan kandungan persembahan itu, Hadrah dapat digolongkan sebagai musik tradisional yang memberikan unsur hiburan. Kepada masyarakat tani dan nelayan, Hadrah bertujuan untuk menghilangkan kesusahan hidup.Fungsi yang seterusnya ialah, Hadrah sebagai musik tradisi dalam komunikasi. Ia menjadi penghubung antara individu, misalnya menjadi alat komunikasi antara pemerintah dengan mengeratkan rakyat serta mengeratkan perhubungan antara rakyat. Di samping itu, wujud hubungan antara pemain dan penonton.Hubungan ini akan menjadi lebih jelas apabila ada yang berminat untuk mempelajarinya. Apabila terdapat seorang yang menjadi penonton, berminat untuk mempelajari musik tradisional, maka berlakulah hubungan mereka sebagai pengajar yang diajar. Ketika inilah berlaku penyebaran antara mereka terutama bila seorang yang menjadi murid itu datang dari kampung yang lain. Kedatangannya tentulah lebih mengeratkan perhubungan antara sesebuah kampung yang mana suatu ketika dulu dipisahkan oleh hutan rimba yang tebal.

Hadrah juga memainkan peranan penting dalam adat istiadat Melayu. Misalnya, pada hari perkahwinan pemain-pemain Hadrah ini diperlukan untuk menjadi pengarak pengantin. Sewaktu pihak lelaki menuju ke rumah pengantin perempuan, rombongannya akan diiringi oleh paluan gendang Hadrah. Kumpulan Hadrah terdiri daripada para pemukul gendang. Apabila diadakan upacara pencak silat di hadapan pengantin, gendang Hadrah akan dipukul untuk mengiringinya. Iringan musik Hadrah akan lebih memeriahkan persembahan silat tersebut.

Seterusnya, persembahan Hadrah ini akan bersambung dengan satu persembahan pada sebelah malamnya. Ketika persembahan ini diadakan ia lebih berfungsi sebagai kugiran. Corak persembahannya berbeza daripada persembahan pada waktu siang kerana waktu malam ia diiringi oleh para penari dengan pakaian yang menarik.

Di samping itu, peranan Hadrah juga ditemui dalam majlis bercorak rasmi. Misalnya, dalam majlis atau perayaan menyambut tetamu-tetamu kehormat, pembesar-pembesar, ketua-ketua negara luar, hari pertabalan atau hari ulangtahun keputeraan di samping menceriakan majlis Musabaqah membaca al-Quran. Hadrah yang dipersembahkan dalam majlis-majlis ini hanyalah dipetik sebagian dari struktur persembahannya iaitu penyertaan musik dan nyanyian yang bercorak zikir saja.

BAB III

PENUTUP

A. KesimpulanKesimpulannya, Hadrah adalah sejenis musik tradisional Melayu yang mempunyai pelbagai fungsi dan fungsi itu bergantung kepada keadaan masyarakat itu sendiri. Dalam usaha untuk meningkatkan mutu permainan dan mengembangkannya dengan lebih luas lagi, pertandingan di antara kumpulan-kumpulan Hadrah adalah suatu hal yang paling wajar. Kerajaan Negeri Perlis misalnya telah mengadakan pertandingan Hadrah yang bertujuan untuk mempopularkan kembali Hadrah ini dan terbukti mendapat sambutan yang hangat sekali. Kini, Hadrah semakin berkembang di Utara Semenanjung dan di merata-rata tempat lain di Malaysia. Dengan ini, terpulanglah kepada pihak-pihak yang berkenaan untuk mengekalkan kegiatan kebudayaan ini dengan memperkenalkannya ke merata tempat dan ianya boleh berpanjangan hingga ke generasi-generasi yang akan datang.

DAFTAR PUSTAKAhttp://www.mykedah2.com/10heritage/105_1_p3.htm#sub8http://www.wikipedia.org/hadrahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tarian_Hadrah