Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}

2
Isi ~ isi Perjanjian Malaysia 1963 & Kepentingannya Isi – isi Perjanjian Malaysia 1963 Kepentingan Semua urusan hal ehwal luar di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan yang berpusat di Kuala Lumpur Hal ehwal luar seperti dasar hubungan diplomatik merupakan tanggungjawab Kerajaaan Persekutuan untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan Malaysia Agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak tetapi agama lain bebas diamalkan Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Kerajaan Persekutuan member pertimbangan sewajarnya kepada tuntutan Sabah dan Sarawak yang menuntut supaya tiada agama rasmi di Sabah dan Sarawak. Namun, sikap pemuafakatan kaum jelas apabila Perjanjian Malaysia 1963 mengambil kira kebebasan beragama memandangkan Persekutuan Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan Persekutuan tapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Bahasa Inggeris dan bahasa lain juga diberikan tempat yang penting Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasminya ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia Kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan kepada Sabah dan Sarawak dalam Tuntutan 20 Perkara Sabah dalam usaha merealisasikan pembentukan Persekutuan Malaysia. Akan tetapi kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran ini sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia demi mencerminkan sebuah negara Persekutuan yang bersatu padu dan beridentitikan negara dan bangsa

description

 

Transcript of Isi ~ isi perjanjian malaysia 1963 & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}

Page 1: Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}

Isi ~ isi Perjanjian Malaysia 1963 & Kepentingannya

Isi – isi Perjanjian Malaysia 1963

Kepentingan

Semua urusan hal ehwal luar di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuanyang berpusat di Kuala Lumpur

Hal ehwal luar seperti dasar hubungan diplomatik merupakan tanggungjawab Kerajaaan Persekutuan untuk memelihara kedaulatan dan keselamatan Malaysia

Agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak tetapi agama lain bebas diamalkan

Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Kerajaan Persekutuan member pertimbangan sewajarnya kepada tuntutan Sabah dan Sarawak yang menuntut supaya tiada agama rasmi di Sabah dan Sarawak. Namun, sikap pemuafakatan kaum jelas apabila Perjanjian Malaysia 1963 mengambil kira kebebasan beragama memandangkan Persekutuan Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum

Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan Persekutuan tapi bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Bahasa Inggeris dan bahasa lain juga diberikan tempat yang penting

Bagi negeri Sarawak dan Sabah, bahasa rasminya ialah bahasa Inggeris sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia

Kerajaan Persekutuan memberi pertimbangan kepada Sabah dan Sarawak dalam Tuntutan 20 Perkara Sabah dalam usaha merealisasikan pembentukan Persekutuan Malaysia. Akan tetapi kerajaan Persekutuan memberi kelonggaran ini sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia demi mencerminkan sebuah negara Persekutuan yang bersatu padu dan beridentitikan negara dan bangsa Malaysia

Sabah dan Sarawak diberi kuasa mengawal hal ehwal imigresen dan perkhidmatan awam sendiri

Sepertimana yang dituntut dalam Tuntutan 20 Perkara Sabah

Sarawak mendapat 24 kerusi, Sabah 16 kerusi dan Singapura 15 kerusi bagi perwakilan parlimen

Kepentingan dan hak negeri anggota dilindungi melalui perwakilan mereka di dalam Parlimen. Ini menunjukkan keikhlasan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam membentuk sebuah

Page 2: Isi ~ isi  perjanjian malaysia 1963  & kepentingannya { SEJARAH STPM PENGGAL 3}

persekutuan dengan perkongsian kuasa

Bumiputera Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

Hak istimewa bumiputera Sarawak dan Sabah dilindungi dan diiktiraf dalam Perlembagaan Malaysia 1963