Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi:...

20

Transcript of Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi:...

Page 1: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga
Page 2: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

2

Isi KandunganIsi Kandungan 1. Dari Meja Pengarang1. Dari Meja Pengarang

2.2. Sidang PengarangSidang Pengarang

Laporan AktivitiLaporan Aktiviti 1. Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD)1. Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD)

2.2. Institut Perakaunan Negara (IPN)Institut Perakaunan Negara (IPN)

3.3. Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA)

4.4. Majlis Anugerah Apresiasi Kecemerlangan JANM

5.5. Majlis Jasamu Dikenang JANMMajlis Jasamu Dikenang JANM

6.6. Artikel Inovasi: Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan

Memperkasa Sektor Awam

7.7. Sepintas Lalu Januari hingga April 2017Sepintas Lalu Januari hingga April 2017

444

777

111111

121212

121212

131313

Mukasurat

181818

333

333

Page 3: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

3

Sidang Pengarang

Penaung YBhg. Dato‟ Haji Che Pee bin

Samsudin

Penasihat YBrs. En. Saat bin Esa

Ketua Editor YBrs. En. Jafril bin Junit

Editor

Pn. Faziyatun binti Mohamed Yahya

Cik Norfaezah Binti Amad Bistomam

Pn. Maniza binti Mahfuz

En. Yazid bin Abd Razak

En. Munawir bin Mohd Rukun

En. Noramin bin Juminen

Pn. Sainah@ Rohayah Bt. Saio

Pn. Liliwaty Bt. Abd. Rahman

Pn. Ramsiah Bt. Ismail

En. Mohd. Taufik B. Hj. Ahmad

Pn.Siti Hanani binti Baharom

En. Muhd. Ashraf Faiz bin Muhd.

Nahrawi

Cik Hajar binti Abd Razak

Cik Azilahani binti Mahamad Rabaai

Pn. Anis Puteri Hamdan

En. Nik Mohd Rahimi bin Nik Mohd

Nasir

Dari Meja Ketua Editor

Tirai 2016 telah selamat

dilabuhkan dengan pelbagai

warna warni peristiwa di JANM.

Begitu pantas masa berlalu, kini

kita telah berada pada

pertengahan tahun 2017. EMurni

bilangan 1 Tahun 2017 telah

memberikan gambaran peristiwa

yang telah berlaku sepanjang tempoh Januari

hingga April tahun 2017.

Perjalanan masih panjang dan banyak perkara

perlu ditambah baik supaya seiring dengan misi dan

Visi JANM. Oleh yang demikian, Keutuhan Jatidiri,

Kejituan Profesionalisma sangat diperlukan untuk

melakukan anjakan paradigma dalam

mentransformasikan dan memperkasakan

perkhidmatan JANM selari dengan tema „Inovasi &

Integriti Pemangkin Merealisasikan Perakaunan

Akruan‟.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih

kepada sidang redaksi yang sentiasa komited untuk

terus menerbitkan buletin ini. Ia merupakan

kesinambungan daripada penerbitan-penerbitan

terdahulu sebagai salah satu medium pengantara

dalam menyampaikan maklumat berkaitan JANM.

Peristiwa-peristiwa penting yang terakam di dalam

buletin ini diharap akan menjadi sebahagian

daripada rakaman sejarah JANM.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua supaya

bersama-sama memainkan peranan agar JANM

dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan

kepada para pelanggan.

Sekian,terima kasih.

Jafril Bin Junit

Pengarah, Bahagian Pembangunan Perakaunan Dan Pengurusan

Page 4: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

4

MAJLIS PERPISAHAN DAN PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH (OPERASI) BWTD

Majlis perpisahan dan persaraan Timbalan Pengarah (Operasi) Bahagian Pengurusan Wang Tak

Dituntut (BWTD) iaitu Puan Tan Siew Geok telah diadakan pada 23 Januari 2017 di Pejabat

BWTD yang beralamat di Tingkat 42 Menara Maybank. Majlis dimulakan dengan ucapan Puan

Tan Siew Geok yang banyak menyentuh pengalaman beliau di JANM. Penyampaian cenderahati

telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan dan Ketua Unit Tuntutan. Hari

terakhir Puan Tan Siew Geok di BWTD ialah pada 24 Januari 2017 sebelum bersara secara

rasmi pada 1 Mac 2017.

PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA WARGA BWTD

Satu perjumpaan Pengarah bersama warga BWTD telah diadakan pada 15 Mac 2017 bertempat

di bilik Mesyuarat Utama. YBhg. Dato‟ Zamimi Bin Awang selaku pengarah BWTD telah

menerangkan kepentingan bekerja sebagai satu pasukan. Beliau turut berkongsi pengalaman

sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam serta menyeru warga BWTD untuk melanjutkan

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sesi ini bertujuan merapatkan hubungan warga BWTD

serta menerangkan tentang hala tuju Jabatan di samping turut meraikan pegawai yang

menyambut hari kelahiran pada bulan Januari sehingga Mac 2017.

BAHAGIAN WANG TAK DITUNTUTBAHAGIAN WANG TAK DITUNTUTBAHAGIAN WANG TAK DITUNTUT

Antara gambar kenangan Puan Tan Siew Geok bersama warga BWTD.

Sesi perjumpaan warga BWTD bersama YBhg. Dato’ Zamimi bin Awang, Pengarah BWTD.

Page 5: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

5

HARI TERBUKA KEMENTERIAN KEWANGAN 2017

BWTD telah dijemput sekali lagi untuk membuka „booth‟ sempena Hari Terbuka Kementerian

Kewangan bertempat di Kementerian Kewangan pada 30 Mac 2017.

Pelbagai aktiviti dan pengisian menarik telah diaturkan sepanjang program tersebut seperti Majlis

Pelancaran Program oleh YBhg. Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Sesi Dialog TN50

Bersama Y.B. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan dan Y.B. Datuk Seri Johari Abdul

Ghani, Menteri Kewangan II.

Program ini melibatkan Kementerian Kewangan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan,

warga Jabatan Akauntan Negara, agensi-agensi luar dan orang awam.

Objektif pameran „booth‟ WTD di Hari Terbuka Kementerian Kewangan 2017 ini diadakan adalah

untuk:

Memberi kesedaran dan hebahan kepada warga Kementerian Kewangan dan orang awam

mengenai WTD;

Memberikan kemudahan kepada warga Kementerian Kewangan dan orang awam untuk

membuat semakan status WTD;dan

Memberikan khidmat nasihat berhubung WTD khususnya berkaitan permohonan tuntutan WTD.

Orang ramai memenuhi ‘booth’ BWTD semasa Hari Terbuka Kementerian Kewangan 2017.

Page 6: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

6

KURSUS PELAKSANAAN DENDA DAN KOMPAUN, AKTA WANG TAK DITUNTUT 1965

Kursus Pelaksanaan Denda dan Kompaun, Akta Wang Tak Dituntut 1965 telah diadakan pada 10 hingga 13 April 2017 bertempat di Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam. Kursus ini melibatkan seramai 44 orang pegawai yang terdiri daripada TP BWTD, pegawai Unit Penguatkuasan BWTD, Pegawai Undang-undang JANM dan dua (2) wakil pegawai Unit WTD dari setiap JANM Negeri. Objektif kursus ini adalah untuk:

Memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada setiap Pegawai Pemeriksa dan Siasatan mengenai prosedur dan tatacara pemeriksaan dalam usaha untuk mengenakan tindakan denda dan kompaun;

Melengkapkan pegawai pemeriksa dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran teknikal proses perundangan yang berkaitan dengan pengenaan kompaun dan tindakan mahkamah ke atas syarikat/firma yang ingkar;

Memberi kefahaman kepada pegawai pemeriksa tentang implikasi undang-undang dari perspektif pegawai yang menjalankan tugas serta perspektif syarikat/firma yang bakal dikenakan tindakan; dan

Memastikan kecekapan setiap Pegawai Pemeriksa sentiasa berada di tahap yang cemerlang dan sentiasa bersedia kepada perubahan-perubahan yang berlaku ke atas proses kerja memandangkan konsep organisasi yang kejat yang sedang diguna pakai kini.

PEMBUKAAN ‘BOOTH’ BWTD DI PERHIMPUNAN BULANAN BULAN APRIL JANM

BWTD telah membuka „booth‟ pada 26 April 2017(Rabu) semasa Perhimpunan Bulanan Bulan April 2017 di Ibu Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Objektif Pembukaan „Booth‟ WTD di Perhimpunan Bulanan ini diadakan adalah untuk:

Memberi kesedaran dan hebahan kepada warga JANM mengenai WTD; Memberikan kemudahan kepada warga JANM untuk membuat semakan status WTD;dan

Memberikan khidmat nasihat berhubung dengan WTD khususnya berhubung dengan permohonan tuntutan WTD.

Sekitar Kursus Pelaksanaan Denda dan Kompaun Akta WTD 1965.

Warga JANM mengambil kesempatan mengunjungi ‘booth’ WTD.

Page 7: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

7

INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN)INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN)INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA (IPN)

MAJLIS PENYERAHAN LAPORAN PENYELIDIKAN PERAKAUNAN DAN PELAPORAN

KEWANGAN ISLAM BAGI INSTITUSI WAKAF, ZAKAT DAN BAITULMAL DI MALAYSIA

Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP) bersama Institut

Perakaunan Negara (IPN) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Laporan Penyelidikan

Perakaunan Dan Pelaporan Kewangan Islam Bagi Institusi Wakaf, Zakat Dan Baitulmal di

Malaysia pada 12 Januari 2017 bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 7, Jabatan Akauntan

Negara Malaysia, Putrajaya.

Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu jemputan yang terdiri daripada wakil pengurusan dan

pensyarah universiti, wakil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri,

Jabatan Wakaf, Zakat & Haji dan Jabatan Audit Negara. Ketua-ketua Akauntan Kementerian dan

Bendahari Negeri juga hadir ke majlis ini.

Ketua-ketua penyelidik bagi setiap universiti yang terlibat dengan penyelidikan ini secara

simboliknya telah menyerahkan laporan penuh penyelidikan ini kepada YBhg. Dato‟ Hj. Che Pee

bin Samsudin, Akauntan Negara Malaysia sebagai wakil dari JANM. Penyelidikan ini akan

diteruskan pada tahun 2017 melalui fasa kedua yang turut melibatkan penyelidik dari universiti

yang sama.

Sesi penyerahan laporan penuh penyelidikan kepada YBhg. Dato’ Hj. Che Pee, Akauntan Negara Malaysia oleh ketua-ketua

penyelidik.

Page 8: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

8

PENYERAHAN KENDERAAN ‘COASTER’ POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (PSIS), SABAK BERNAM

Majlis penyerahan kenderaan IPN telah diadakan pada 7 Mac 2017 bertempat di Garaj Kenderaan IPN. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Encik Rosdi b. Abu, Pengarah IPN kepada Puan Hjh Norehan bt. Md Shariff, Pengarah Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam. Urusan tukar milik dan penyerahan kenderaan jabatan ini melibatkan „Coaster‟ berusia 11 tahun ini masih dalam keadaan baik untuk digunakan oleh Politeknik bagi kegunaan pengangkutan pelajar. Usaha seperti ini mampu memberi penjimatan kepada kerajaan di mana aset yang masih dalam keadaan baik diberikan kepada agensi kerajaan yang lain untuk digunakan.

PENSIJILAN SEMULA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) INSTITUT

PERAKAUNAN NEGARA (IPN)

IPN telah mendapat persijilan semula Ekosistem Kondusif Sektor

Awam pada 15 Mac 2017 untuk tempoh dua tahun iaitu sehingga

14 Mac 2019.

Persijilan ini adalah berdasarkan audit yang telah dijalankan oleh

pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan

Malaysia (MAMPU) pada 23 sehingga 24 Februari 2017 meliputi

kampus IPN Sabak Bernam dan IPN CPD Cyberjaya.

Ini merupakan kali kedua IPN berjaya mengekalkan persijilan EKSA.

IPN telah mempunyai persijilan EKSA sejak dari tahun 2014. Semoga

EKSA ini dapat dibudayakan oleh setiap warga kerja IPN dan

seterusnya meningkatkan pencapaian ke tahap yang lebih cemerlang.

Sesi penyerahan ‘Coaster’ kepada Politeknik Sulatan Idris Shah oleh En. Rosdi bin Abu, Pengarah IPN.

Page 9: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

9

IPN DI PROGRAM HARI TERBUKA KEMENTERIAN KEWANGAN

IPN turut menyertai Program Hari Terbuka Kementerian Kewangan yang berlangsung pada 30

Mac 2017. Sepanjang program ini berlangsung, IPN telah mempromosikan perkhidmatan-

perkhidmatan yang ditawarkan seperti program latihan perakaunan dan kewangan sektor awam,

penggunaan fasiliti di bawah inisiatif 1MTC, program pembangunan profesional dan lain-lain.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SISTEM PENDINGIN HAWA BLOK A, IPN

Pada 4 April 2017 yang lalu satu majlis ringkas penyerahan Projek Sistem Pendingin Hawa

Blok A IPN telah diadakan di antara Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Cawangan Mekanikal

dan IPN. Majlis penyerahan projek tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hisham b.

Mokhtar, Penolong Pengarah Kanan JKR Mekanikal Selangor kepada Encik Rosdi b. Abu,

Pengarah IPN. Projek ini telah bemula pada 6 September 2016 dan berjaya disiapkan dalam

tempoh yang telah ditetapkan pada 6 Mac 2017.

Orang ramai mengunjungi ‘booth’ IPN semasa Hari Terbuka MOF.

Penyerahan Projek Sistem Penghawa Dingin kepada En. Rosdi bin Abu, Pengarah IPN.

Page 10: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

10

MAJLIS PENYERAHAN ‘BLUE PRINT’ PELAN KEUTAMAAN

STRATEGIK 2021 IPN

LAWATAN KERJA KE BAHRAIN

Satu lawatan kerja rasmi ke Bahrain pada

24 sehingga 25 April 2017 telah disertai

oleh Encik Jafril Junit, Pengarah BPPP

dan Dr. Shahril Baharim, Timbalan

Pengarah IPN. Tujuan lawatan ini

diadakan bagi mendapatkan gambaran

yang jelas tentang Proses Pembangunan

Kerangka Pelaporan Kewangan dan

Piawaian Perakaunan Islam bagi Institusi

Kewangan Islam di The Accounting and

Auditing Organization for Islamic Financial Institution (AAOIFI). Perbincangan dua hala telah

dijalankan dengan Ketua Pembangunan Profesional AAOIFI, Dr. Hurriyah El Islamy dan

Timbalan Ketua Setiausaha AAOIFI, Encik Omar Mustafa Ansari.

Selain lawatan kerja, satu perbincangan bersama dengan Ketua Pengarah BIPA, Encik Nujood

Mohammed Al-Attawi turut diadakan. Perbincangan tertumpu kepada peluang-peluang kerjasa-

ma latihan dan pembangunan tenaga pengajar IPN dan JANM.

Majlis penyerahan rasmi „blue print‟ Pelan Keutamaan

Strategik 2021 Institut Perakaunan Negara oleh

Pengarah IPN kepada YBhg. Dato‟ Hj. Che Pee,

Akauntan Negara Malaysia telah diadakan pada 26

April 2017 di Majlis Perhimpunan Bulanan JANM.

Majlis penyerahan dimulakan dengan tayangan video

montaj berdurasi dua minit yang menjelaskan

maklumat penting berkaitan dengan matlamat

strategik, inisiatif dan strategi yang terkandung dalam

Pelan Keutamaan Strategik 2021,Institut Perakaunan

Negara.

Penyerahan ‘blueprint’ Pelan Keutamaan Strategik 2021 Institut Perakaunan Negara kepada YBhg. Dato’

Hj. Che Pee, Akauntan Negara Malaysia.

Page 11: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

11

PASUKAN PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN PASUKAN PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN PASUKAN PELAKSANAAN PERAKAUNAN AKRUAN

KURSUS CHIEF FINANCIAL OFFICER (CFO)

THE ACCOUNTANT AS CFO IN THE PUBLIC SECTOR – MOVING FORWARD

Kursus CFO telah diadakan pada 8 Mac 2017 bertempat di Putrajaya International Convention Centre,Putrajaya (PICC) dengan mensasarkan Kumpulan Pengarah JANM Negeri; Timbalan Ketua Akauntan Kementerian; atau Ketua Penolong Pengarah Kanan Kementerian. Seramai 32 orang peserta hadir. Antara objektif yang ingin dicapai daripada kursus ini adalah:

Melaksanakan tanggungjawab dan peranan serta tanggungjawab sebagai CFO yang dapat membantu pengurusan atasan membuat keputusan; dan

Mengaplikasikan persediaan menghadapi cabaran terutama peranan sebagai CFO di sektor awam.

KURSUS STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP) DAY 2

KETUA AKA UNTAN DAN PENGARAH JANM

Kursus Standard Operating Procedure (SOP) telah berlangsung pada 21-23 Mac 2017 bertempat di Hotel Imperial Heritage, Melaka. Kursus ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato„ Haji Che Pee bin Samsudin, Akauntan Negara Malaysia dan telah mensasarkan Ketua Akauntan; Pengarah Bahagian; dan JANM Negeri. Seramai 36 orang peserta telah hadir. Objektif utama kursus ini ialah;

Memberi pengetahuan dan pemahaman tentang SOP Day 2 – Aset secara keseluruhan termasuk penilaian dan pengiraan bagi transaksi kompleks dalam pelaksanaan Sistem 1GFMAS;

SOP Day 2 ini akan digunakan sebagai panduan dalam pelaksanaan Sistem 1GFMAS; dan

Memberi pendedahan berkaitan pindaan yang terlibat dalam RUU Tatacara Kewangan dan RUU dua Akta lain yang berkaitan serta implikasi ke atas pelaporan Penyata Kewangan di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Sekitar Kursus Chief Financial Officer.

Antara peserta yang menghadiri kursus Standard Operating Procedure (SOP) Day 2.

Page 12: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

12

Sekitar Majlis Anugerah Apresiasi Kecemerlangan JANM tahun 2016.

MAJLIS ANUGERAH APRESIASI KECEMERLANGAN JANM TAHUN 2016

Majlis Anugerah Apresiasi Kecemerlangan (AAK) JANM Tahun 2016 yang berkonsepkan Kesultanan Melayu telah diadakan pada 30 Mac 2017 di Dewan Serbaguna, JANM. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato‟ Haji Che Pee bin Samsudin, Akauntan Negara Malaysia dan majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YBrs. Encik Saat bin Esa, Timbalan Akauntan Negara (Operasi). Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada warga JANM yang menunjukkan prestasi perkhidmatan cemerlang pada tahun 2016. Seramai 181 pegawai dari semua bahagian dan JANM Negeri/Cawangan telah menerima anugerah ini. Daripada 181 penerima tersebut, 35 penerima dari kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 146 penerima dari kumpulan pelaksana. Para penerima anugerah telah menerima Sijil Simpanan Premium (SSP) berjumlah RM1000 dan sijil penghargaan. Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Apresiasi Kecemerlangan JANM Tahun 2016. Diharapkan penganugerahan ini dapat menyuntik motivasi kepada penerima.

MAJLIS JASAMU DIKENANG JANM 2017

Majlis Jasamu Dikenang JANM 2017 telah diadakan pada 24 Februari 2017 di Hotel Palm Garden sempena persaraan YBhg. Dato‟ Mohamad Azmi bin Ali, mantan Timbalan Akauntan Negara (Operasi). Majlis ini juga turut meraikan mantan Pengarah Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan (PPPA), Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan (BPPP), Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD) dan Ketua Akauntan yang telah bersara pada tahun 2016 dan 2017 sebagai mengenang dan menghargai jasa serta sumbangan yang telah dicurahkan dalam perkhidmatan awam. Seramai 600 orang tetamu jemputan telah menghadiri majlis ini yang terdiri daripada warga JANM di Ibu Pejabat, JANM Negeri Melaka, Perak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan serta warga JANM di sekitar Lembah Klang. Majlis diserikan lagi dengan persembahan Montaj Biografi dan Sejarah Perkhidmatan mantan TAN (O), P PPPA, BPPP dan BWTD serta diselang seli dengan persembahan nyanyian dan cabutan bertuah.

Antara gambar kenangan bersama YBhg. Dato’ Mohamad Azmi bin Ali, mantan Timbalan Akauntan Negara (Operasi).

Page 13: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

13

Seiring dengan kepesatan teknologi

maklumat dan era dunia tanpa sempadan masa

kini, budaya kerja dan integriti sektor awam

semakin mendapat perhatian masyarakat

awam. Masyarakat kini menjadi lebih peka,

sensitif dan menuntut penambahbaikan dalam

penyampaian perkhidmatan awam, apatah lagi

sektor awam secara tidak langsung merupakan

agen pelaksana dasar-dasar kerajaan yang

dipilih oleh rakyat.

Justeru, pelbagai langkah dan program

telah dijana oleh pihak kerajaan untuk

memperkasa integriti dan inovasi sektor awam

khususnya dalam mencapai status negara maju

menjelang fajar tahun 2020. Hal ini

termasuklah transformasi struktur, sistem,

sumber manusia dan dasar-dasar yang sedia

ada dalam perkhidmatan sektor awam.

Menurut tafsiran Dewan Bahasa dan

Pustaka (DBP) Edisi Keempat, “inovasi”

ditafsirkan sebagai memulakan sesuatu yang

baru dalam menggalakkan manusia

menggunakan kebolehan kreativiti (1).

Sementara itu, pihak DBP juga menafsirkan

akan maksud “integriti” sebagai nilai kejujuran

(2).

Dalam dunia yang serba maju dan

mencabar, inovasi dan integriti adalah dua entiti

yang perlu bergerak seiring. Hal ini kerana,

ancaman kepada nilai-nilai kejujuran giat dan

sentiasa berevolusi dalam pelbagai aspek

kehidupan harian. Contoh yang terbaik dalam

menerangkan perkara ini ialah pelaksanaan

sistem “punchcard” sebagai satu kaedah

mengawal pergerakan dan kehadiran pekerja.

Sistem yang diperkenalkan pada era Tun Dr.

Mahathir Mohamad ini pada mulanya berjalan

lancar (3), namun lama kelamaan telah

disalahguna oleh pekerja yang tidak

bertanggungjawab untuk merekodkan

kedatangan sekalipun mereka tidak hadir,

dengan cara tertentu. Hal ini terbukti dengan

wujudnya kes-kes seperti meminta pertolongan

rakan untuk mengetik kad perakam waktu bagi

pihak mereka. Kini, hasil daripada inovasi,

sistem perakam waktu ditambah baik di

beberapa pejabat agensi kerajaan. Penulis

ingin mengambil contoh seperti yang telah

diaplikasi di Institut Latihan Kehakiman dan

Perundangan (ILKAP). Di sana, sejak tahun

2013, pengurusan tertinggi ILKAP telah

melengkapi dengan pengimbas cap jari untuk

mengawal selia pergerakan dan kehadiran para

staf mereka (4).

Selain daripada kepentingan mentadbir

integriti sumber manusia, integriti maklumat dan

data juga perlu diambil kira oleh pihak kerajaan.

Perkara ini adalah amat penting,

memandangkan maklumat yang sahih serta

tepat adalah diperlukan bagi membuat

keputusan-keputusan pentadbiran sektor

awam. Sebagai contoh, di Jabatan Akauntan

Negara Malaysia, inovasi sistem perakaunan

kerajaan, “Government Financial Management

Accounting System‟ (GFMAS) berupaya

menyaring hanya individu berautoriti sahaja

untuk mengakses dan menjana maklumat,

ARTIKEL INOVASIARTIKEL INOVASIARTIKEL INOVASI

PENGARANG : AHMAD MUHYIDDIN BIN HASHIM

JABATAN : BAHAGIAN AKAUN KEMENTERIAN KEWANGAN,

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (PUTRAJAYA)

TEMA : INOVASI & INTEGRITI

TAJUK : INOVASI & INTEGRITI SEIRINGAN MEMPERKASA SEKTOR AWAM

Page 14: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

14

termasuklah kawalan keselamatan aplikasi

pembayaran elektronik melalui penggunaan pin

rahsia dan token. Menjelang penggunaan

sistem 1GFMAS yang dirancang pada 1

Januari 2017, inovasi ini dijangka akan

meningkatkan lagi mutu integriti perakaunan

kerajaan. Hal ini kerana, 1GFMAS adalah satu

sistem yang berpusat di ibu pejabat serta

menggunakan satu pangkalan dan pusat data.

Selain itu, 1GFMAS ini juga bakal menyatukan

fungsi tiga aplikasi perakaunan yang sedia ada

iaitu GFMAS, e - Sistem Perancangan dan

Kawalan Belanjawan (e-SPKB) dan

e-Terimaan. (5). Justeru, apabila wujudnya

hanya satu sahaja sistem maklumat yang

bersepadu, maka kemungkinan percanggahan

data dapat ditiadakan pada masa akan datang.

Apabila menyentuh tentang sistem yang

disebutkan di atas, sudah tentu kita tidak dapat

lari daripada menyatakan tentang sistem

perakaunan kerajaan. Kerajaan telah

mengambil langkah berani dengan

menginovasi struktur sistem perakaunan yang

selama ini berorientasikan perakaunan tunai

kepada perakaunan akruan. Inovasi ini amat

diperlukan pada waktu ini, oleh kerana

perakaunan akruan lebih banyak membawa

kebaikan, seperti ketepatan kepada

penyampaian dan penggunaan data-data

awam. Sebagai contoh, perakaunan akruan

berupaya mengambil kira faktor susut nilai

dalam penilaian aset-aset tetap kerajaan. Ianya

tidak diperakukan dalam penilaian perakaunan,

malahan perakaunan tunai mengakaunkan

pembelian aset sebagai hanya perbelanjaan

kerajaan. Langkah ini sewajarnya dipuji, kerana

satu transformasi yang jitu perlu diambil oleh

kerajaan dan sektor awam yang berkaitan

untuk merombak perakaunan tunai yang telah

diguna pakai sejak zaman pentadbiran kolonial

lagi.

Dari sudut pandang yang lain pula, dalam

memperkatakan mengenai dasar dan usaha

kerajaan, ianya sesuatu perkara yang menarik

untuk dibincangkan kerana banyak dasar

kerajaan telah dan akan dilaksanakan untuk

mewujudkan persekitaran yang mesra integriti

di negara ini. Dasar integriti diletakkan batu

asasnya dalam kerajaan melalui cabaran

keempat gagasan Wawasan 2020, iaitu

“membentuk sebuah masyarakat yang kukuh

ciri-ciri moral dan etikanya dengan para

warganya mempunyai nilai keagamaan dan

kerohanian yang utuh, dan ditunjangi budi

pekerti yang luhur“.

Kesungguhan kerajaan dalam

membangunkan masyarakat yang berakhlak

dan beretika tidak terhenti disitu. Ia

kemudiannya telah diterjemah oleh kerajaan

menerusi era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad

Badawi melalui pelancaran Pelan Integriti

Nasional (PIN) pada 23 April 2004 (6), yang

mana matlamat utama penubuhannya adalah

untuk membangunkan sebuah bangsa

Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan

mempunyai nilai-nilai sejagat.

Dalam mencapai hasrat kerajaan dalam

memperkasa integriti rakyat Malaysia, sektor

awam harus ditransformasikan terlebih dahulu.

Hal ini kerana, penjawat awam merupakan

kumpulan masyarakat yang paling hampir

dengan institusi dan dasar kerajaan itu sendiri.

Sikap, etika dan integriti penjawat awam

adalah cerminan imej kerajaan pada mata

umum. Selain itu, penjawat awam adalah

signifikan dalam menjadi pemangkin utama

dalam mencetus transformasi budaya integriti

dalam masyarakat. Data terkini menunjukkan

bilangan penjawat awam adalah seramai 1.6

juta orang; dan ini mewakili kumpulan kedua

terbesar selepas sektor swasta (7).

Penambahbaikan sentiasa wujud dalam

pentadbiran kerajaan dan ianya bersifat

berterusan dalam memastikan kelangsungan

integriti dalam sektor awam. Antara

penambahbaikan dalam memupuk budaya

integriti ialah pengisytiharan harta di kalangan

Page 15: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

15

penjawat awam. Penjawat awam diwajibkan

untuk memberi maklumat mengenai harta

peribadi seperti pemilikan kenderaan dan

hartanah kepada kerajaan setiap dua tahun

sekali (8). Perkara ini diimplementasi oleh

kerajaan sebagai salah satu usaha untuk

mengawal selia dan mengekang amalan

rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa

di kalangan penjawat awam, khasnya di sektor

sensitif seperti di peringkat pembuat keputusan

dan juga pengurusan kewangan. Inovasi

“Sistem Pengurusan Makumat Sumber

Manusia‟ atau lebih ringkas dikenali sebagai

HRMIS juga membantu perkara ini. Selain

daripada berfungsi sebagai pangkalan data

peribadi penjawat awam, sistem maklumat yang

dibangunkan seiring Multimedia Super Corridor

(MSC) ini juga berupaya untuk mengesan

sebarang abnormaliti antara nilai pemilikan

harta dan sumber pendapatan individu secara

automatik.

Pada masa yang sama, data peribadi

penjawat awam yang tersimpan di pangkalan

data HRMIS juga digunakan oleh pihak

pentadbiran jabatan dan bahagian di pelbagai

agensi kerajaan untuk membuat keputusan

pusingan kerja. Pusingan kerja adalah satu

dasar yang bertujuan untuk mengurangkan

kemungkinan elemen rasuah dan salah guna

kuasa di kalangan penjawat awam yang

berpunca daripada kebiasaan dengan tatacara

dan prosedur. Kebiasaan dengan tatacara dan

prosedur disebabkan terlalu lama berkhidmat

untuk skop kerja yang sama akan membuka

jalan kelemahan dan seterusnya peluang untuk

individu mengambil kesempatan daripada

perkara tersebut. Melalui HRMIS, pihak

pentadbiran mampu mengambil cakna akan

kakitangan yang berkhidmat lama dalam

satu-satu unit dan skop kerja yang sama,

lazimnya lebih lima tahun untuk ditempatkan

dalam program pusingan kerja. Demi

memastikan integriti dapat dipupuk dan

dibudayakan dalam kalangan rakyat dan

masyarakat umum, kerajaan juga memutuskan

untuk mengadakan sambutan Hari Integriti

Nasional pada tanggal 5 November setiap

tahun, bermula 5 November 2005 (9). Pelbagai

aktiviti dan program telah disusun, khasnya

melalui Institut Integriti Malaysia (IIM) agar

walaupun Hari Integriti ini disambut secara

tahunan, namun pengisian yang diadakan

dapat memberikan manfaat yang

berpanjangan. Antara pengisian yang lazimnya

mewarnai sambutan berkenaan adalah

pameran Hari Integriti, ceramah, seminar,

syarahan perdana dan forum.

Pada sambutan Hari Intergriti Tahun 2013,

satu bengkel yang dinamakan Hala Tuju Fasa 2

Pelan Integriti Nasional (Tahun 2014-2018)

telah diadakan untuk memberi input tentang

hala tuju dan perancangan yang direncana

pihak IIM untuk melestari budaya integriti pada

tempoh empat tahun mendatang. Dalam

bengkel tersebut, Presiden IIM, Yang

Berbahagia Datuk Dr. Mohd Tap Salleh telah

menggariskan Fasa 2 PIN 2014-2018 adalah

berpaksikan kepada lima Tekad Integriti. Tekad

Integriti yang dimaksudkan ialah Tekad

Pertama: memerangi gejala rasuah,

penyelewengan dan salah guna kuasa secara

menyeluruh dan berkesan; Tekad Kedua:

meningkatkan kecekapan dalam sistem

penyampaian perkhidmatan awam dan

mengatasi karenah birokrasi; Tekad Ketiga:

meningkatkan tadbir urus korporat, etika

perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat;

Tekad Keempat: memantapkan institusi

keluarga dan komuniti; dan Tekad Kelima:

meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan

masyarakat.

Sementara itu, selain menerapkan nilai

integriti dalam menambahbaik perkhidmatan

awam, kerajaan juga tidak mengetepikan

peranan nilai inovasi dalam budaya kerja.

Antara perkara yang boleh diambil sebagai

contoh ialah pengenalan program Kumpulan

Page 16: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

16

Inovatif dan Kreatif atau ringkasnya KIK di

semua kementerian. Bagi pembaca yang masih

kabur dengan apakah KIK itu, KIK merujuk

kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit

kerja yang sama atau melintasi jabatan, yang

mana mereka bermesyuarat secara tetap untuk

mengenalpasti , memilih, menganalisis masalah

yang berkaitan dengan kerja dan

mengemukakan cadangan penyelesaian

kepada pihak pengurusan. Cadangan yang

dikemukakan pula akan dipertimbangkan oleh

pengurusan tertinggi sesuatu organisasi

kerajaan untuk dilaksanakan apabila

dipersetujui. (10) Pelbagai manfaat telah dapat

disumbangkan melalui program KIK ini kepada

perkhidmatan awam, antaranya ialah

menjimatkan kos serta masa operasi

perkhidmatan, meningkatkan kualiti dan

kepuasan pelanggan, dan meningkatkan imej

perkhidmatan awam.

Selain daripada memberi kebaikan

kepada organisasi secara khususnya dan

kepada perkhidmatan awam secara umumnya,

KIK juga memberikan faedah dalam

membangunkan sahsiah dan keupayaan kendiri

individu yang melibatkan diri dengan program

ini. Hal ini dapat dilihat apabila KIK

meningkatkan keupayaan mencipta atau

memperkenalkan sistem baru demi

penambahbaikan mutu kerja, serta

meningkatkan kesedaran mengenai

tanggungjawab terhadap organisasi yang

disertai serta negara (11). Antara kejayaan

inovasi daripada program KIK ini ialah Sistem

Penempatan Pelajar Praktikum Secara Atas

Talian (OPSP) oleh Universiti Utara Malaysia.

Melalui sistem ini, pengkalan data yang

dahulunya bersifat „intra-net‟ dan boleh dicapai

dalam kawasan kampus universiti sahaja telah

berjaya dikembangkan kepada „extra-net‟ bagi

mempercepatkan proses penempatan pelajar

praktikum.

Contoh lain bagi inovasi yang boleh kita

gambarkan dalam perkhidmatan awam ialah

penambahbaikan pemprosesan Pasport

Malaysia Antarabangsa. Sejak Mei 2011 lagi,

Jabatan Imigresen Malaysia telah memulakan

komitmen untuk menginovasi tempoh

pemprosesan pasport Malaysia Antarabangsa

agar ianya dapat disiapkan dalam tempoh satu

jam sahaja (12). Menurut Ketua Pengarah

Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali; rekod

tersebut merupakan antara pencapaian terbaik

di antara agensi imigresen di seluruh dunia. Hal

ini kerana, proses penyerahan pasport selama

satu jam selepas bayaran dibuat merupakan

yang pertama kali seumpamanya.

Rata-rata pemohon di negara-negara maju

turut perlu menunggu dua minggu sehingga tiga

bulan untuk mendapatkan pasport (13). Antara

individu yang menjadi tulang belakang disebalik

kejayaan program ini ialah mantan Ketua

Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri

Mahmood bin Adam. Dalam Forum Raikan

Inovasi 2016 anjuran Jabatan Akauntan Negara

Malaysia Putrajaya, beliau menjelaskan

bahawa kejayaan program ini adalah bertitik

tolak daripada inovasi kad pengenalan pintar

Mykad yang mampu berintegrasi dengan rekod

pendaftaran negara, serta agensi-agensi

kerajaan seperti jabatan kehakiman dan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara

(PTPTN).

Perkara inilah yang menjadi faktor utama

proses pengeluaran pasport dapat

dipercepatkan kerana proses semakan antara

agensi berkepentingan dapat dijalankan secara

dalam talian. Inovasi seperti ini merupakan satu

kebanggaan dan manifestasi kecekapan jentera

kerajaan. Di samping meningkatkan imej

perkhidmatan awam, dengan menpercepat

tempoh pemprosesan pasport, hasil daripada

kutipan fi dan juga aktiviti sektor pengangkutan

serta pelancongan tempatan dan antarabangsa

dapat dirancakkan lagi oleh pihak kerajaan.

Page 17: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

17

Dalam kita menginsafi akan usaha-usaha

murni kerajaan untuk mengupaya daya nilai

integriti dan inovasi dalam sektor awam,

penjawat awam seharusnya menyedari bahawa

transformasi yang dirancang tidak akan

bermakna sekiranya tiada perubahan dari

dalaman individu itu sendiri. Hal ini amat

bertepatan dengan Firman Allah Taala dalam

kitab suci Al-Quran, Surah Ar-Ra‟d ayat ke-11,

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah

nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri

yang mengubah apa apa yang ada pada diri

mereka”. Individu yang mempunyai

kepercayaan agama serta etika yang tinggi

pastinya menyakini akan keperluan

memberikan sepenuh komitmen dan integriti

kepada pekerjaan yang dilakukan. Suatu ketika

dahulu perkhidmatan awam kerajaan sering

dikaitkan dengan budaya „duit kopi‟, servis

yang tidak cekap, budaya „rehat jam 10 pagi‟,

dan tidak mesra pelanggan. Kini, konotasi buruk

itu telah berubah. Budaya kerja perkhidmatan

kerajaan semakin berorientasikan budaya

korporat setanding sektor swasta. Malah,

stigma masyarakat kepada kualiti penyampaian

perkhidmatan kerajaan mulai beransur-ansur

pulih hasil kesedaran integriti secara kolektif

oleh setiap penjawat awam. Sebagai contoh,

pada tahun 2015, 93 peratus responden yang

menerima perkhidmatan kaunter di pelbagai

agensi kerajaan telah berpuas hati dengan

kualiti yang diberikan oleh penjawat awam (14).

Permohonan daripada masyarakat untuk

menyertai jentera perkhidmatan awam kerajaan

juga semakin bertambah dari tahun ke tahun,

sehingga memaksa pihak Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam menambah serta

mengetatkan proses saringan bagi perjawatan

baru. Respon dan maklumbalas yang positif

sebegini seharusnya menjadi motivasi kepada

seluruh penjawat untuk memberi yang terbaik

kepada rakyat, serta berkhidmat dengan penuh

rasa integriti dan mempunyai daya inovatif demi

menambahbaik kualiti kerja dalam

perkhidmatan awam.

Akhir kalam, sebagaimana apa-apa yang

telah kita lihat sumbangan integriti dan inovasi

pada hari ini, penjawat awam harus

memastikan kedua-dua nilai ini terus bergerak

seiring dalam memastikan kelangsungan

proses transformasi kualiti perkhidmatan awam

pada masa hadapan.

Page 18: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

18

CERAMAH USTAZ EBIT LIEW

MAJLIS PENYERAHAN LAPORAN PENYELIDIKAN INSTITUSI WAKAF, ZAKAT DAN BAITULMAL KEPADA AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA OLEH UIA, UKM, UUM

JANUARI

FEBRUARI

Sepintas Lalu

BACAAN YASIN PERDANA

5 JANUARI 2017, DEWAN SERBAGUNA,ARAS 7,JANM

12 JANUARI 2017, DEWAN SERBAGUNA, ARAS 7, JANM

17 FEBRUARI 2017, SURAU ARAS 6, JANM

Page 19: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

19

MAC

MAJLIS PERSARAAN TIMBALAN AKAUNTAN NEGARA (OPERASI)

SUKAN ANTARA BAHAGIAN

MAJLIS ANUGERAH APRESIASI KECEMERLANGAN

24 FEBRUARI 2017, HOTEL PALM GARDEN

MAC 2017, DEWAN SERBAGUNA, ARAS 7, JANM

30 MAC 2017, DEWAN SERBAGUNA, ARAS 7, JANM

Page 20: Isi KandunganIsi Kandunganjan-april2017).pdf · Majlis Jasamu Dikenang JANM 6. Artikel Inovasi: Inovasi & Integriti Seiringan Memperkasa Sektor Awam 7. Sepintas Lalu Januari hingga

20

MESYUARAT PEGAWAI ICT JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

MAC

PROGRAM UKHUWAH JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

APRIL

24-25 MAC 2017, INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA, SABAK BERNAM

9 APRIL 2017, HOTEL AVILLION ADMIRAL COVE, PORT DICKSON