Isi Poster_kak Aza

7
TAJUK KAJIAN MEMBANGUNKAN KIT KANCING SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR ABSTRAK Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB ERT), terdapat topik yang sukar dijelaskan kepada pelajar, khususnya topik berkaitan proses jahitan. Tajuk ini mengandungi teori dan amali mengenai jenis-jenis kancing dan proses menjahit kancing serta memerlukan pelajar melihat sendiri bahan maujud bagi lebih memahami dan menguasai kandungan. Projek amali KHB ERT sering dikaitkan dengan kegagalan untuk menyiapkan kerana beberapa perkara rutin yang sering dialami setelah penerangan dilakukan Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membangunkan satu Kit Pembelajaran Bermodul (KPB) Kancing dan menguji kebolehfungsian Kit untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik kancing. Kajian ini menggunakan Model sistem reka bentuk pengajaran ADDIE. ADDIE adalah singkatan daripada Analysis (Analisis), Design (reka bentuk), Development (Pembangunan), Implemention (Perlaksanaan) dan Evaluation (Penilaian). Model Kit kancing yang akan dibina ini adalah berkonsepkan do it yourself Dengan terhasilnya model Kit Kancing ini diharap akan dapat membantu pelajar Tingkatan 2 lebih memahami topik Kancing serta cara menjahit dan juga memudahkan guru-guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran. BAB 1: PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Falsafah Pendidikan Negara merupakan satu pemikiran yang mantap mengenai sistem pendidikan Negara Malaysia. Ia menetapkan arah haluan yang mesti ditujui oleh setiap rakyat dan mengandungi prinsip yang kukuh dan berdaya tahan serta kekal untuk masyarakat majmuk di negara ini (Malaysia Kita, 2004). Bagi mencapai mengikut kehendak Falsafah Pendidikan Negara, Pihak Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) memberi tumpuan khusus kepada ilmu dan kemahiran, nilai murni dan bahasa. Kesemua elemen ini diterapkan melalui mata pelajaran teras, mata pelajaran pilihan dan kegiatan kokurikulum. Kesemua elemen tersebut juga terdapat dalam sukatan pelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Fokus pengajaran mata pelajaran ini adalah kepada pelajar tingkatan satu hingga pelajar tingkatan 3. Dalam mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, terdapat pembelajaran berteraskan amali selain teori yang dipelajari. Dalam pembelajaran berteraskan amali, pelajar perlu melakukan aktiviti projek secara fizikal atau hand-on . Pengalaman yang diperolehi menjadikan peljar lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kemahiran hidup membolehkan pelajar-pelajar mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti Negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003 ) 1.2 Latar Belakang Masalah Kajian ini akan memfokuskan topik berkaitan dengan proses jahitan iaitu jenis-jenis kancing serta cara menjahit dalam bab 7 untuk KHB ERT tingkatan 2. Dalam tajuk ini, menerangkan tentang jenis-jenis kancing serta cara untuk menjahit kancing. Kebolehan pelajar untuk menjahit kancing, membolehkan mereka memperolehi band dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS. Dalam Sukatan Pelajaran KHB Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 2, yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,

description

ert

Transcript of Isi Poster_kak Aza

Page 1: Isi Poster_kak Aza

TAJUK KAJIANMEMBANGUNKAN KIT KANCING SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR

ABSTRAKDalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB ERT), terdapat topik yang sukar dijelaskan kepada pelajar, khususnya topik berkaitan proses jahitan. Tajuk ini mengandungi teori dan amali mengenai jenis-jenis kancing dan proses menjahit kancing serta memerlukan pelajar melihat sendiri bahan maujud bagi lebih memahami dan menguasai kandungan. Projek amali KHB ERT sering dikaitkan dengan kegagalan untuk menyiapkan kerana beberapa perkara rutin yang sering dialami setelah penerangan dilakukan Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk membangunkan satu Kit Pembelajaran Bermodul (KPB) Kancing dan menguji kebolehfungsian Kit untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik kancing. Kajian ini menggunakan Model sistem reka bentuk pengajaran ADDIE. ADDIE adalah singkatan daripada Analysis (Analisis), Design (reka bentuk), Development (Pembangunan), Implemention (Perlaksanaan) dan Evaluation (Penilaian). Model Kit kancing yang akan dibina ini adalah berkonsepkan ‘do it yourself ’ Dengan terhasilnya model Kit Kancing ini diharap akan dapat membantu pelajar Tingkatan 2 lebih memahami topik Kancing serta cara menjahit dan juga memudahkan guru-guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran.

BAB 1: PENGENALAN

1.1 PendahuluanFalsafah Pendidikan Negara merupakan satu pemikiran yang mantap mengenai sistem pendidikan Negara Malaysia. Ia menetapkan arah haluan yang mesti ditujui oleh setiap rakyat dan mengandungi prinsip yang kukuh dan berdaya tahan serta kekal untuk masyarakat majmuk di negara ini (Malaysia Kita, 2004). Bagi mencapai mengikut kehendak Falsafah Pendidikan Negara, Pihak Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) memberi tumpuan khusus kepada ilmu dan kemahiran, nilai murni dan bahasa. Kesemua elemen ini diterapkan melalui mata pelajaran teras, mata pelajaran pilihan dan kegiatan kokurikulum. Kesemua elemen tersebut juga terdapat dalam sukatan pelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB). Fokus pengajaran mata pelajaran ini adalah kepada pelajar tingkatan satu hingga pelajar tingkatan 3. Dalam mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, terdapat pembelajaran berteraskan amali selain teori yang dipelajari. Dalam pembelajaran berteraskan amali, pelajar perlu melakukan aktiviti projek secara fizikal atau ‘hand-on’. Pengalaman yang diperolehi menjadikan peljar lebih berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain. Pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam kemahiran hidup membolehkan pelajar-pelajar mengendalikan pelbagai alat tangan dan bahan. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti Negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003 )

1.2 Latar Belakang MasalahKajian ini akan memfokuskan topik berkaitan dengan proses jahitan iaitu jenis-jenis kancing serta cara menjahit dalam bab 7 untuk KHB ERT tingkatan 2. Dalam tajuk ini, menerangkan tentang jenis-jenis kancing serta cara untuk menjahit kancing. Kebolehan pelajar untuk menjahit kancing, membolehkan mereka memperolehi band dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS. Dalam Sukatan Pelajaran KHB Ekonomi Rumah Tangga Tingkatan 2, yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2000) pengajaran dan pembelajaran adalah dirancang untuk membantu guru-guru meningkatkan prestasi pelajar. Subjek Kemahiran Hidup Bersepadu Ekonomi Rumah Tangga tingkatan 2 menyajikan tiga topik utama termasuklah topik pakaian. Dalam topik ini, pelajar diwajibkan menyelesaikan projek pakaian bagi memenuhi syarat pemarkahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh itu,

Page 2: Isi Poster_kak Aza

kemahiran asas jahitan amat penting bagi melahirkan produk yang bermutu. Bagi tujuan meningkatkan tahap kemahiran asas dalam jahitan ini, pelbagai usaha oleh para guru Kemahiran Hidup terutama Ekonomi Rumah Tangga dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

Tajuk ini mengandungi teori dan amali mengenai jenis-jenis kancing dan proses menjahit kancing serta memerlukan pelajar melihat sendiri bahan maujud bagi lebih memahami dan menguasai kandungan. Jahitan kancing perlu dikuasai oleh seseorang pelajar yang mengambil mata pelajaran KHB ERT , ini disebabkan pelajar akan menjahit sepasang pakaian iaitu sebahagian amali kerja kursus yang perlu dibuat oleh pelajar dan di mana markah akan diambil untuk Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Pengajaran berkesan seharusnya menarik perhatian pelajar. Pengajaran guru yang berkesan bermakna pengajaran guru tersebut dianggap baik jika guru tersebut dianggap baik jika guru tersebut berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan ABBM dan mendalami isi kandungan yang hendak diajar. Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar menerima pelajaran, memberi motivasi supaya mereka minat belajar, dapat mengawal kelakuan pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik dan berkesan, dan dapat memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kecemerlangan (Emat, 2005).

Ini dirumitkan lagi apabila guru terpaksa mengikut masa yang telah diperuntukkan untuk mengajar sesuatu topik agar dapat menghabiskan silibus subjek dalam masa yang telah ditetapkan. Pendekatan pembelajaran yang berkesan mengikut minat dan keinginan pelajar adalah perlu dibangunkan supaya pelajar seronok dengan apa yang mereka belajar dan sekaligus akan meningkatkan pencapaian pelajar. Penyediaan ABBM secara tradisi lebih bersifat statik dimana pelajar hanya boleh memerhati apa yang dipersembahkan oleh guru contohnya gambar rajah statik yang menyukarkan pelajar memahami pelajaran tersebut. Faktor ini akan meningkatkan kebosanan pelajar dalam mata pelajaran yang diajar. Melalui penggunaan ABBM yang bersesuaian, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat menimbulkan rangsangan positif dalam pembelajaran (Aris et al; 2000)

1.3 Pernyataan MasalahDalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB ERT), terdapat topik yang sukar dijelaskan kepada pelajar, khususnya topik berkaitan proses jahitan. Tajuk ini mengandungi teori dan amali mengenai jenis-jenis kancing dan proses menjahit kancing serta memerlukan pelajar melihat sendiri bahan maujud bagi lebih memahami dan menguasai kandungan. Projek amali KHB ERT sering dikaitkan dengan kegagalan untuk menyiapkan kerana beberapa perkara rutin yang sering dialami setelah penerangan dilakukan. Ini dirumitkan lagi apabila guru terpaksa mengikut masa yang telah diperuntukkan untuk mengajar sesuatu topik agar dapat menghabiskan silibus subjek dalam masa yang telah ditetapkan. Pendekatan pembelajaran yang berkesan mengikut minat dan keinginan pelajar adalah perlu dibangunkan supaya pelajar seronok dengan apa yang mereka belajar dan sekali gus akan meningkatkan pencapaian pelajar. Model Kit kancing yang akan dibina ini adalah berkonsepkan ‘do it yourself ’. Dengan terhasilnya model Kit Kancing ini diharap akan dapat membantu pelajar Tingkatan 2 lebih memahami topik Kancing serta cara menjahit dan juga memudahkan guru-guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, pengkaji akan membangunkan Kit Kancing untuk sebagai ABBM ketika sesi PdP tentang topik kancing.

1.4 Objektif KajianObjektif kajian ini adalah untuk :i. Membangunkan satu Kit Pembelajaran Bermodul (KPB) Kancing untuk melancarkan proses

pengajaran dan pembelajaran bagi topik kancingii. Menguji Kebolehfungsian Kit

1.5 Kepentingan KajianMenerusi dapatan kajian ini maklumat tentang isu-isu yang menghalang tahap keberkesanan PdP di dalam kelas bagi tajuk kancing harus diambil kira apabila membangunkan kit kancing ini bagi menutup segala kelemahan dan kekurangan yang ada.

Page 3: Isi Poster_kak Aza

(i) Kepentingan kepada guru

Kajian projek yang dijalankan ini diharap dapat memberi kesan positif terhadap pengajaran guru dalam topik kancing dan juga memberi kesan yang positif terhadap pemahaman pelajar. Melalui ABBM ini, guru lebih mudah untuk menunjukkan jenis-jenis kancing dan langkah menjahit di samping pelajar dapat mengenali setiap kancing dan seronok melakukan aktiviti menjahit di samping dapat melihat hasil jahitan mereka. Selain itu diharap kit ini dapat menjadi panduan kepada para guru untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Pengkaji juga berharap ini menjadi satu idea untuk digunakan sebagai aktiviti dan kajian bagi pihak yang memerlukan serta dapat menyumbang sesuatu yang berguna untuk pihak sekolah.

(ii) Kepentingan kepada pelajar

Kepelbagaian kaedah dan ABBM dengan menggunakan kit kancing ini dapat menerangkan dengan lebih mudah tentang konsep-konsep penting jahitan kancing. Selain itu , Kit kancing yang menarik mampu menatik minat pelajar untuk mencuba serta mengekalkan pemahaman untuk topik ini. Penglibatan pelbagai tahap pelajar seperti kognitif dan psikomotor mampu meningkat ingatan pelajar.

Page 4: Isi Poster_kak Aza

BAB 2: KAJIAN LITERATURE

2.1 PengenalanDi dalam kajian Che Ahmad (2010), menceritakan bahawa sebelum kedatangan British, pendidikan hanya berlaku secara tidak formal, di mana dalam kehidupan seharian, anak-anak terpaksa membantu ibu bapa dalam pelbagai tugasan sama ada di kebun atau di rumah. Pada zaman tersebut, mereka mempelajari kemahiran membuat atau membaiki alatan pertanian, bertukang, membuat kraf tangan seperti bakul, ukiran kayu atau logam. Kebanyakan kemahiran ini diperolehi kerana kanak-kanak membantu dan memerhati bagaimana sesuatu dihasilkan.

Pada tahun 1917, Winstedt telah mencadangkan supaya pelajar diajar perkebunan secara formal. Maka pada awal abad ke 20, mata pelajaran tersebut diperkenalkan. Guru mata pelajaran pada masa itu dibiayai oleh ibu bapa. Atas desakan tokoh-tokoh pada masa itu, seperti Sultan Perak Idris Shah, akhirnya pada tahun 1922, Kerajaan Colonial British telah membina Maktab Perguruan Sultan Idris yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Tujuan utama penubuhan maktab tersebut adalah untuk melatih guru-guru yang boleh menyesuaikan hidup di kalangan masyarakat luar bandar dan mengajar murid-murid membuat kerja-kerja pertanian. Pada tahun 1965, wujud pula sistem yang dikenali sebagai sistem pendidikan aneka jurusan. Sistem ini diwujudkan bagi menggantikan pelajaran lanjutan yang telah dimansuhkan pada akhir tahun 1964. Sistem pendidikan aneka jurusan ditubuhkan bagi menampung murid yang tidak berjaya memasuki sekolah menengah akademik.Antara matlamat pendidikan aneka jurusan adalah bagi mempelbagaikan jenis kursus supaya dapat mengeluarkan pelbagai tenaga manusia yang berkemahiran untuk memenuhi kehendak proses pemodenan pertanian dan mempercepatkan perindustrian. Walau bagaimana pun, sistem in tidak mencapai kejayaan sepenuhnya kerana kebanyakan pelajar tidak dapat memilih elektif mengikut minat, kebolehan dan bakat, di samping kekurangan kemudahan fizikal atau kekurangan guru yang berkelayakan dalam bidang tersebut.

Mata pelajaran KHB adalah satu mata pelajaran teras berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hingga 3. Mata pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi dan keusahawanan dan ia sejajar dendan dasar serta keperluan negara. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran teknologi dan keusahawanan serta kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh mengendalikan kehidupan seharian secara produkif dalam dunia teknologi dan industri yang sentiasa berubah (Chan, 2002)

2.2 Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM)Menurut Ralph Tyler dalam kajian Mohd Noah (2005), minat adalah sesuatu perkara penting dalam pendidikan sebagai matlamat atau proses iaitu objektif. Minat seseorang itu boleh menentukan apa yang hendak dilakukannya. Terutamanya dalam KHB memerlukan seorang pelajar itu mahir mengaplikasikan kemahiran yang sedia ada. Dengan menggunakan ABBM juga, guru dapat mempelbagaikan teknik pengajaran di dalam kelas. Seterusnya pelajar juga tidak akan bosan dengan adanya pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru bagi mencapai objektif pengajaran mereka pada waktu tersebut sekiranya menggunakan ABBM. Objektif yang telah ditetapkan oleh guru pada permulaan sesi pengajaran akan lebih cepat tercapai dengan adanya bantuan ABBM

2.3 Kepentingan Alat Bahan Bantu Mengajar

Menurut Mohd Noah (2005), penggunaan alat bahan bantu mengajar yang sesuai dianggap penting kerana ia membantu dan memberi kesan yang baik terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Guru mampu menyediakan alat bahan bantu mengajar yang sesuai juga akan menarik minat pelajar dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran seseorang pelajar. Aris et al (2004), menerangkan bahawa fungsi ABBM dalam proses PdP adalah seperti berikut;

Page 5: Isi Poster_kak Aza

(i) Merangsangkan pelajar kepada minat yang tinggi merupakan salah satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka;

(ii) Memperkembangkan kefahaman dan corak pemikiran dengan kaedah menyediakan satu pelaksanaan yang sistematik dan berkesan;

(iii) Mendorong intelektual dan minat pelajar untuk menyiasat dan menambah pengetahuan yang luas;

(iv) Membekalkan satu dasar pendidikan untuk perkembangan potensi penghasilan pembelajaran mereka dengan lebih kekal;

(v) Menyediakan pengalaman yang membina di mana, ia diperolehi dengan membantu pelajar menyediakan pembelajaran dengan lebih mendalam dan menarik.

2.4 Reka Bentuk Model Pembelajaran Menggunakan Model ADDIEKajian yang dilakukan oleh Marzuki et al (2005) penggunaan bahan multimedia perlu direka bentuk dan guru kebiasaanya akan nerancang penggunaan bahan media di kelas supaya maklumat yang dikehendaki sampai kepada pelajar. Terdapat perbezaan yang ketara antara merancang dan mereka bentuk. Mudahnya bahan pembelajaran yang telah dirancang iaitu “Analyze” perlulah melalui proses mereka pula atau “Design” melalui proses yang lain seperti model ADDIE iaitu “Develop”, “ Implement” dan “Evaluate”. Di Malaysia, guru-guru secara keseluruhan juga masih belum mengenali penggunaan reka bentuk pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya mereka hanya mengenali kaedah-kaedah pengajaran dan teori-teori pembelajaran sahaja. Guru berkemungkinan hanya mengajar berdasarkan analisis, melaksana, dan menilai sahaja dan tertinggal dari aspek ciptaan dan pembangunan. Faktor inilah menyebabkan pelajar menjadi bosan semasa sesi pembelajaran walaupun menggunakan sokongan bahan multimedia. Jika guru memahami kelebihan reka bentuk pengajaran, guru akan menggunakan model-model yang ada di dalam reka bentuk pembelajaran dalam menghasilkan bahan pengajaran.

Rajah 2.1 : Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE

( Sumber : Liu, (2008)

Penilaian (Evaluation)

Analisis (Analysis)

Perlaksanaan (Implementation)

Pembangunan (Development)

Reka bentuk (Design)

Analisis (Analysis)

Page 6: Isi Poster_kak Aza

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk KajianKajian ini berasaskan penghasilan produk dan teori reka bentuk ADDIE. Produk yang akan dihasilkan merupakan kit pembelajaran bagi topik jahitan kancing yang akan digunakan sebagai ABBM.

Rajah 3.1: Carta alir kajian

Pemilihan model ADDIE sebagai metodologi pembangunan ini adalah dengan melihat kepada beberapa kelebihan yang terdapat pada model ini iaitu tentang saiz projek, melibatkan kos yang murah, boleh diubahsuai secara secara interaktif mengikut kehendak pengkaji serta kaedahnya tersusun dan mudah difahami.

Justifikasi pemilihan adalah susuan peristiwa atau kejadian menurut masa yang berlaku peristiwa berkenaan. Ini adalah penting untuk pembinaan kit pengajaran dan pembelajaran agar pembinaan lebih sistematik dan teratur. Pembinaan produk ini boleh dibahagikan kepada beberapa fasa tertentu. Berdasarkan Rajah 3.1 di atas terdapat lima fasa pembinaan bahan pengajaran untuk kit iaitu Analysis (Analisis), Design (reka bentuk), Development (Pembangunan), Implemention (Perlaksanaan) dan Evaluation (Penilaian).

3.2 Kronologi Pembangunan Projek

Tamat

Pengujianproduk

Pemasangan produk

Reka bentuk

Analisis produk

Mengenal pasti objektif kajian

Mengenal pasti pemasalahan

Mula

Page 7: Isi Poster_kak Aza

Analisis merupakan peringkat asas bagi kesemua lima peringkat yang lain dalam reka bentuk ADDIE. Tujuan analisis ialah untuk mengenal pasti objektif sesuatu perisian dibangunkan. Reka bentuk bermaksud mereka bentuk sesuatu atau kaedah instruksional yang akan digunakan. Ia melibatkan proses bagaimana untuk mempelajari sesuatu perkara. Kaedah pembelajaran yang digunakan ialah seperti kaedah pembelajaran koperatif, permainan, simulasi, perbincangan, tutorial, penyelesaian masalah, latihan dan praktikal. Manakala pembangunan ialah proses menghasilkan perisian yang direka bentuk. Peringkat pembangunan ini direka berdasarkan gabungan peringkat analisis dan reka bentuk. Pada peringkat ini, rangka kerja dibentuk. Peringkat pelaksanaan pula, ia menguji perisian yang dihasilkan semasa peringkat pembangunan. Seterusnya peringkat penilaian merupakan proses terakhir dalam model ADDIE. Fasa ini adalah untuk mendapatkan maklum balas pengguna terhadap keseluruhan perisian.

Rajah 3.2 : Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE

JANGKAAN DAPATAN KAJIANDengan terhasilnya model Kit Kancing ini diharap akan dapat membantu pelajar Tingkatan 2 lebih memahami topik Kancing serta cara menjahit dan juga memudahkan guru-guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian (Evaluation)

Analisis (Analysis)

Perlaksanaan (Implementation)

Pembangunan (Development)

Reka bentuk (Design)

Analisis (Analysis)