Isl 1- Peristiwa 13 Mei 1969

6
PERISTIWA 13 MEI 1969 PENGENALAN Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei. Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu. Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif terhadap masyarakat Melayu khasnya golongan bumiputera. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia. PUNCA-PUNCA YANG MEMBAWA KEPADA PERISTIWA 13 MEI 1969

description

isl

Transcript of Isl 1- Peristiwa 13 Mei 1969

Page 1: Isl 1- Peristiwa 13 Mei 1969

PERISTIWA 13 MEI 1969

PENGENALAN

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan

kesan terhadap politik , ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei

sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana

sebab-sebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-

sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di

Tanah Melayu merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada

peristiwa 13 Mei. Selain itu kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat

sebagai punca kepada peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris

contohnya telah banyak merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah

Melayu.

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang negatif

terhadap masyarakat Melayu khasnya golongan bumiputera. Pengenalan ekonomi

mengikut ras umpamanya adalah bukti yang jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini

merupakan suatu kesan yang nyata selepas penjajahan British.Dasar ekonomi baru

yang dirancangkan oleh kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk

mengimbangi kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.

PUNCA-PUNCA YANG MEMBAWA KEPADA PERISTIWA 13 MEI 1969

1. LAYANAN BERAT SEBELAH OLEH TENTERA JEPUN

 

Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara

berbeza-beza. Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh

tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun

yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling

mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat

sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan

Cina.

 

Page 2: Isl 1- Peristiwa 13 Mei 1969

2. DASAR PECAH & PERINTAH PENJAJAH INGGERIS

Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan

satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum

sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang

Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-

kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset

yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu

tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya

pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan

ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini

menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu

menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam

kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka

tidak seimbang.

 

3. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN YANG BERBEZA

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang

membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem

pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat

aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat

aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan

kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah

sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing

berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang

mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah

mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah

Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di

bandar-bandar sahaja.

Page 3: Isl 1- Peristiwa 13 Mei 1969

4. PERTELINGKAHAN PARTI POLITIK

Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah

turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan

Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu,

namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai

sembilan orang.  

Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap

mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk

menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO

dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang

Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut

dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu.

Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini. Setelah gagal dalam

pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM)

dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM

juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia" (Malaysian

Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera

dihapuskan .

5. PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK ISTIMEWA ORANG

MELAYU

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang

disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka

mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih

daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan

Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia", isu sebenar yang

mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak

istimewa orang Melayu.

Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah

terkebawah berbanding dengan kaum Cina.

Page 4: Isl 1- Peristiwa 13 Mei 1969

6. BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI NEGARA

Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada

peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah

perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan

jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai

bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji

semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya

daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf

sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan

telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan

bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan,

Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan

penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.

KESIMPULAN

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan

kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara

oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan

negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta

betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu

gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah

negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.