Isl - b) Semantik Dan Sejarah

2
Semantik dan Sejarah & Semantik dan Pragmatik Semantik dan Sejarah Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian semantik telah memberi fokus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi, selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931 merupakan detik bersejarah dalam sejarah semantik. Hal ini demikian kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Penerbitan tulisan ini telah menjadi titik tolak trend baharu dalam bidang semantik. Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit, meluas atau menghilang. Contohnya perkataan ‘khalwat’ yang bermaksud “berseorangan untuk mendekatkan diri kepada-Nya” telah disempitkan maksudnya kepada “berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan”. Perkataan ‘pondok’ yang bermaksud “tempat tinggal yang usang” pula telah dikembangkan maknanya menjadi “tempat belajar”. Justeru sejarah bahasa ini perlu direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak. Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi memberi perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu.

description

fff

Transcript of Isl - b) Semantik Dan Sejarah

  • Semantik dan Sejarah & Semantik dan Pragmatik

    Semantik dan Sejarah

    Berdasarkan sejarah linguistik, pada mulanya istilah semantik digunakan untuk merujuk

    kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian

    semantik telah memberi fokus kepada aspek kajian tradisional, iaitu perubahan makna. Tetapi,

    selepas tahun 1930, perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula melihat masalah

    deskriptif dan struktur dalam semantik (Ullmann, 1996). Tahun 1931 merupakan detik bersejarah

    dalam sejarah semantik. Hal ini demikian kerana pada tahun itu telah muncul tulisan Gustaf Stren

    yang berjudul Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language.

    Penerbitan tulisan ini telah menjadi titik tolak trend baharu dalam bidang semantik.

    Sifat bahasa adalah sentiasa berkembang. Perkembangan bahasa merupakan sejarah

    bahasa. Makna sesuatu perkataan mungkin kekal sehingga kini, mungkin berubah, menyempit,

    meluas atau menghilang. Contohnya perkataan khalwat yang bermaksud berseorangan untuk

    mendekatkan diri kepada-Nya telah disempitkan maksudnya kepada berdua-duaan dalam

    keadaan mencurigakan. Perkataan pondok yang bermaksud tempat tinggal yang usang pula

    telah dikembangkan maknanya menjadi tempat belajar. Justeru sejarah bahasa ini perlu

    direkodkan dalam kamus besar bagi mencatatkan perubahan bahasa yang berlaku dalam setiap

    hari bagi tujuan penggunaan bahasa dan pengkaji bahasa kelak.

    Menurut Ullmann (1996), kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi memberi

    perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya. Sebaliknya, kajian mula beralih

    kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada

    kajian bahasa yang tertentu.

  • Semantik & Pragmatik

    Sematik merupakan disiplin ilmu bahasa yang mengkaji makna penyatuan lingual, makna

    leksikal mahupun makna gramatikal, sedangkan pragmatik merupakan cabang ilmu bahasa yang

    mempelajari struktur bahasa iaitu bagaimana kesatuan kebahasaan digunakan dalam

    komunikasi.

    Semantik dan pragmatik kedua-duanya mengkaji makna, namun makna yang menjadi

    kajian semantik adalah makna linguistik (linguistic meaning) yang bebas konteks, sedangkan

    makna yang dikaji oleh pragmatik adalah maksud penutur (speaker meaning) yang terkait dengan

    konteks. Dengan kata lain, semantik mempelajari makna secara dalaman, iaitu makna literal dan

    terpisah dari situasi dan penutur. Pragmatik pula mempelajari makna secara luaran, iaitu

    berhubungan langsung dengan penutur atau pemakai bahasa. Dengan demikian dapat

    disimpulkan bahwa antara semantik dan pragmatik memiliki hubungan yang saling melengkapi

    (komplemen).

    Semantik dan pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam cabang

    linguistik. Dalam semantik kita mengenal yang disebut klasifikasi makna, perkaitan makna,

    perubahan makna, analisis makna, dan makna pemakaian bahasa. Sedangkan dalam pragmatik

    kita mengenal yang disebut interaksi dan sopan santun, percakapan, pertuturan. Dengan

    demikian dapat kita simpulkan bahawa pragmatik berhubungan dengan pemahaman kita

    terhadap hal-hal pada luaran bahasa. Akan tetapi, hal-hal yang dibicarakan di dalam pragmatik

    sangat erat pula kaitannya dengan hal-hal di dalam bahasa. Adapun semantik adalah subhukum

    linguistik yang membicarakan makna iaitu makna kata dan makna kalimat.