ISL m14

3
ISL m14 - andaikan di kelas anda terdapat kanak2 berkeperluan khas. rancangkan 1 suasana pembelajaran luar bilik darjah bagi murid2 di kelas anda Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD adalah suatu pr!gram atau akti"iti luar bilik darjah #ang terancang dan berstruktur. $kti"iti ini berpusatkan mu dan bertujuan untuk men#!k!ng dan mengukuhkan pelaksanaankurikulum sek!lah.Ia juga merangkumi pembelajaran #ang pr!gresi%. Selain itu& ia member %!kus mengenai perkembangan p!tensi indi"idu secara men#eluruh dari segi aspek jasmani& em!si& r!hani dan intelek. 'bjekti% #ang ditekankan ialah men#ediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau k!nsep #ang akan dipelajari & atau sebagai satu pr!ses mempelajari D!main pembelajaran terdiri daripada tiga iaitu pengetahuan& sikap dan kemahiran. Selain itu& dapt mengukuhkan ke%ahaman murid terhadap k!nsep #ang dipelajari di dalam kelas& memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi #ang sebenar& bermakna dan men#er!n!kkan. emudian& ia juga memb!lehkan murid ber%ikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman k!ntekstual& meningkatkan minat dan sikap murid untuk bela mengembangkan kemahiran mengumpul& mempr!ses& dan menganalisis data serta maklumat. $khir sekali& dapat menerapkan nilai-nilai murni. Persekitaran pembelajaran#ang k!ndusi% ialahtempat murid dapat melibatkandiri& mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempun#ai keupa#aan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim #ang dapat mem!ti"asikan murid merujuk kepada suasana atau buda#a #ang dapat me)ujudkan m!ti% dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajara. *al ini melibatkan pendekatan pengajaran& c!rak k!munikasi& kemahiran guru dalam mengurus& menga)al murid dan akti"iti-akti"iti di dalam bilik darjah serta pers!naliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini& murid men#edari kelebih sikap berdikari& mempun#ai perasaan bertanggungja)ab dan kesepun#aan terhadap pembelajarann#a.

description

isl bm

Transcript of ISL m14

ISL m14 - andaikan di kelas anda terdapat kanak2 berkeperluan khas. rancangkan 1 suasana pembelajaran luar bilik darjah bagi murid2 di kelas anda.

ISL m14 - andaikan di kelas anda terdapat kanak2 berkeperluan khas. rancangkan 1 suasana pembelajaran luar bilik darjah bagi murid2 di kelas anda.

Pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) adalah suatu program atau aktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah.Ia juga merangkumi pembelajaran yang progresif. Selain itu, ia memberi fokus mengenai perkembangan potensi individu secara menyeluruh dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Objektif yang ditekankan ialah menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari , atau sebagai satu proses mempelajari. Domain pembelajaran terdiri daripada tiga iaitu pengetahuan, sikap dan kemahiran. Selain itu, dapt mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari di dalam kelas, memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan. Kemudian, ia juga membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta maklumat. Akhir sekali, dapat menerapkan nilai-nilai murni.

Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajara. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

Guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan dan kefahaman murid-murid seperti kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang tinggi, sederhana dan lemah. Ada guru juga membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang tahap kebolehan yang lemah, sederhana dan tinggi dalam satu kumpulan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan kerana kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.

Dari segi saiz ruang tempat aktiviti, ia perlu mencukupi bagi memudahkan pergerakan murid dan guru. Guru boleh berdiri di tengah kalangan murid serta dapat memberi perhatian kepada semua murid dalam kumpulan atau berpasangan. Dengan ini, murid-murid dapat memberi perhatian sepenuh kepada guru. Guru juga dapat mengubah,mengajar dan menunjukkan ajar kepada murid-murid secara berkesan jika mereka melakukan apa jua kesalahan, sama ada kesalahan tatabahasa atau karangan atau perbuatan yang tidak menyeronokkan. Ruang kecil mengakibatkan murid-murid tidak dapat bergerak bebas dalam bilik darjah dan tidak mempunyai semangat untuk bertanya kepada kawan-kawan semasa menghadapi masalah dalam pembelajaran. Saiz yang besar dan selesa akan memberikan keselesaan semasa murid-murid bergerak semasa aktiviti-aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah.

Dari segi kemudahan, guru boleh mencari tempat yang mempunyai kemudahan yang mencukupi dan bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan. Contohnya, jika guru ingin menjalankan pembelajaran berkaitan dengan binatang, guru boleh menjalankan lawatan ke zoo negara agar pengalaman langsung membantu murid untuk menimba pengetahuan melalui cara yang seronok. Seterusnya, guru boleh memberi tugasan tambahan seperti melukis gambar persekitaran dalam zoo negara atau karangna yang berkaitan dengan lawatan ini. Hasil-hasil kerja murid juga diletakkan atau digantungkan di tempat atau di rak yang sesuai dalam bilik darjah. Keadaan ini akan membangkitkan semangat belajar murid-murid dalam bilik darjah.

Di samping itu, hubungan guru-murid amat dititikberatkan di sekolah rendah. Hal ini adalah kerana murid sekolah rendah hanya akan mendengar ajaran daripada seseorang yang mereka mempercayai. Oleh itu, para guru membina hubungan yang erat dengan para murid. Para guru memberi kasih sayang dan dorongan kepada semua murid tanpa mengira kaum. Lama-kelamaan, kepercayaan diwujudkan antara guru dengan murid. Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan dengan berkesan. Malahan, guru yang baik sentiasa dijadikan teladan bagi murid. Oleh itu, guru amat berpengaruh dalam membina sikap positif murid.