ISL M3

58
FAKTOR UTAMA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI TIONG LUNG EE VIVIAN LEE SUE YEN KHOR MING CHYI SOON MUI PENG J12

description

ISl M3

Transcript of ISL M3

Page 1: ISL M3

FAKTOR UTAMA PEMILIHAN  AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI

TIONG LUNG EE

VIVIAN LEE SUE YEN

KHOR MING CHYI

SOON MUI PENG

J12

Page 2: ISL M3

Faktor-faktor

Infrastruktur dan tenaga pengajar

PJ

Perkembangan murid

Peralatan dan kemudahan PJ

Persekitaran budaya dan tempat

Page 3: ISL M3

Infrastruktur dan Tenaga Pengajar PJ

Infrastruktur yang disediakan memainkan peranan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah.

Kesempurnaan aktiviti Pendidikan Jasmani di padang juga bergantung kepada bahan atau infrastuktur yang sedia ada.

Antara elemen yang perlu ditelitikan ialah :Kedudukan Sekolah Kewangan Sekolah Kemudahan Peralatan

Page 4: ISL M3

Kedudukan Sekolah

Luar bandar dan di bandar banyak bezanya, masih terdapat beberapa kemudahan pembelajaran yang masih tiada di sekolah pedalaman tetapi ada di bandar.

Contoh:Kemudahan internet penting bagi penerokaan ilmu.

Di luar bandar pula, kemudahan seperti ini kurang disediakan.

Bagi kemudahan di sekolah bandar kemungkinan mempunyai kemudahan padang yang kurang sempurna.

Page 5: ISL M3

Aktiviti Pendidikan Jasmani di sekolah bergantung kepada kapasiti murid. Oleh itu, keperluan kewangan yang diperuntukkan bergantung kepada kapasiti murid sesebuah sekolah.

Faktor sosioekonomi memainkan peranan dalam membantu sumber ekonomi sekolah.

Contoh:Sekolah di perumahan elit mudah untuk mendapat

sumbangan. Aktiviti boleh dijalankan secara besar-besaran dan lebih selesa.

Kewangan Sekolah

Page 6: ISL M3

Kemudahan yang mencukupi memboleh aktiviti dijalankan dengan sempurna.

Penyeliaan oleh pihak pentadbiran mestilah dijalankan dengan sempurna.

Contohnya:Aktiviti yang melibatkan penggunaan

gelanggang tidak semestinya dapat dijalankan dengan sempurna. Ini kerana kemudahan gelanggang tidak terdapat dalam semua sekolah atau tidak disediakan dengan sempurna.

Kemudahan

Page 7: ISL M3

Peralatan mestilah berkeadaan baik dan tidak membahayakan.

Ini membolehkan aktiviti dapat dijalankan dengan lebih baik .

Contoh : Kemahiran lompat pagar, peralatan yang

digunakan mestilah selamat dan tidak membahayakan murid.

Peralatan

Page 8: ISL M3

Tenaga pengajar amatlah penting dalam semua subjek termasuklah Pendidikan Jasmani.

Antara elemen yang perlu diambil kira ialah kepakaran yang ada kepada seseorang tenaga pengajar Pendidikan Jasmani.

Tenaga Pengajar

Page 9: ISL M3

Contohnya :

Tenaga pengajar dalam permainan hoki perlu mengetahui dan menguasai kemahiran dengan lebih mendalam.

Tenaga pengajar mestilah mempunyai ilmu PJ berkenaan dengan kemahiran, teknik dan strategi pengajaran sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti.

Page 10: ISL M3

Aktiviti pendidikan Jasmani yang berisiko memerlukan tenaga pengajar yang mahir dan bertanggungjawab setiap aktiviti yang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya risiko kemalangan semasa aktiviti dijalankan.

Page 11: ISL M3

Tenaga pengajar perlu lebih prihatin terhadap kemampuan dan keupayaan murid terhadap pengajaran dan fleksibel.

Contohnya:

Dalam aktiviti sukan dan rekreasi (abselling), jika guru tidak berpengetahuan atau kurang kepakaran kemungkinan berisiko berlakunya kemalangan akan berlaku. Oleh itu, guru perlu memahami dan mengetahui aplikasi aktiviti dengan lebih terperinci.

Page 12: ISL M3

Antara ciri-ciri asas bagi seseorang tenaga pengajar ialah:

Mempunyai pendidikan formal yang baik.

Mempunyai pengalaman yang sesuai.

Fleksibel dan boleh menjalankan

tugas dengan berkesan.

Jelas dengan matlamat yang perlu dicapai dan

boleh merancang untuk mencapai matlamat

dengan baik.

Page 13: ISL M3

Mempunyai keadaan mental dan emosi yang

stabil dan terkawal.

Bersedia untuk menjayakan objektif PJ.

Mempunyai sahsiah yang baik.

Memiliki kesihatan dan keadaan fizikal yang baik.

Boleh berkomunikasi secara lisan dan bertulis

dengan baik.

Kreatif untuk membentuk program PJ.

Page 14: ISL M3

Kriteria bagi tenaga pengajar yang berkesan ialah:

Mempunyai pengetahuan yang cukup dalam tugas

yang diagihkan.

Mempunyai kelayakan profesional yang sepatut-

nya.

Memenuhi keperluan pelajar melalui program PJ.

Semangat yang tinggi dan setia kepada jabatan

dan ahli-ahli kumpulan.

Berminat dalam kerja, bersih, tepat pada masa

dan berdedikasi terhadapkebajikan pelajar

Page 15: ISL M3

Progresif, sentiasa mendapatkan maklumat baru, menggunakan kaedahpengajaran atau latihan yang baru melalui bacaan, menghadiri seminardan kursus.

Arif dalam metodologi (perkaedahan sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu disiplin, kegiatan dan lain-lain) untuk menyampaikan pelajaran atau latihan.

Sentiasa menggunakan prosedur penilaian untuk mengukur kemajuanpelajar dan sebagai kawalan terhadap keberkesanan program

Page 16: ISL M3

Perkembangan Murid

Domain Kategori Perkembangan Pelajar

Kognitif

Afektif

Psikomotor

Sosial

Page 17: ISL M3

Kognitif

Melibatkan perkembangan pemikiran pelajar, proses menaakul dan pengetahuan pelajar. Proses yang mengambil masa yang lama.Tahu dan faham cara latihan yang sesuai untuk membina kecergasan jasmani. Aktif ketika alam persekolahan selari dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikal remaja.

Page 18: ISL M3

Oleh itu domain kognitif menjadi fokus utama dalam proses P&P.

Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif kepada 6 peringkat bermula dari tahap yang mudah dicapai hingga kepada tahap yang sukar dicapai.

Perkembangan domain kognitif pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak.

Page 19: ISL M3

APLIKASI

PENILAIANSINTESIS

ANALISIS

KEFAHAMANPENGETAHUAN

Page 20: ISL M3

Melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.Objektifnya mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai.Seperti Domain Kognitif, Domain Afektif boleh dikelaskan mengikut peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi.

Afektif

Page 21: ISL M3

PENILAIAN

PERWATAKANORGANISASI

GERAKBALASPENERIMAAN

Page 22: ISL M3

a. Penerimaan

Kesediaan seseorang untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan. Peringkat ini bermula dengan kesedaran penerima. Contohnya penerima sedar akan irama, lirik lagu, keadaan kehidupan. Selepas kesedaran, individu berkenaan akan menunjukkan kesediaan untuk menerima. Kemudian individu berkenaan akan mula bertindak secara terhad. Contoh objektif peringkat ini ialah murid dapat membezakan aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti dalam bilik darjah.

Page 23: ISL M3

b. Gerak Balas

Murid bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima. Tindak balas ini akhirnya akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri murid.pada peringkat awal, gerak balas mungkin berlaku disebabkan oleh arahan orang lain. Walaubagaimanapun, selepas murid berkenaan mempunyai motif tersendiri, dia akan bertindak balas sendiri. Misalnya, menunjukkan minat terhadap aktiviti di luar bilik darjah yang menyebabkan murid berkenaan bertindak balas bagi menghasilkan kepuasan padanya, seperti membersihkan kawasan sekolah.

Page 24: ISL M3

c. Penilaian

Bermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai ini, yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran, akan menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan. Terdapat tiga jenis iaitu penerimaan semua nilai, pemilihan nilai tertentu dan komitmen.

Page 25: ISL M3

d. Organisasi

Bermaksud seseorang itu boleh menyusun semua nilai yang diterima kepada satu sistem yang lebih praktikal. Penyusunan nilai-nilai ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu yang pertama, mengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya dan yang kedua menyusun nilai-nilai ini hingga menjadi satu sistem nilai. Contohnya pelajar dapat menerima peraturan sekolah dan seterusnya dapat mengawal diri mengikut peraturan tersebut.

Page 26: ISL M3

e. Perwatakan

Mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada kebiasaannya, individu berkenaan akan kekal memegang sistem nilai berkenaan. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan.

Page 27: ISL M3

Psikomotor adalah kemahiran berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang.

Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah, kanak-kanak diasuh untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman.

Psikomotor

Page 28: ISL M3

Di samping itu, mereka dilatih untuk menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakukan dalam kehidupan harian misalnya, kemahiran menggelecek dalam permainan bola sepak.Domain Psikomotor juga mempunyai hierarki tersendiri. Simpson (1972) mengemukakan 7 peringkat objektif domain psikomotor daripada mudah kepada susah.

Page 29: ISL M3

PERGERAKAN MEKANISTIK

PERGERAKAN SUAIAN

PERGERAKAN KOMPLEKS

PERGERAKAN TERKAWAL

PERSEDIAAN

PERSEPSI

PERGERAKAN CIPTAAN

Page 30: ISL M3

a. Persepsi

Bermaksud seseorang itu mempersepsikan satu pergerakan tertentu, seperti memerhati pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling. Melalui pemerhatian ini, seseorang akan dapat mengingat mekanisma pergerakan motor berkaitan dengan pergerakan yang dilihat.

Page 31: ISL M3

b. Persediaan

Bermaksud seseorang itu bersedia secara mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Misalnya melalui pemerhatian pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling, pelajar dapat mengingat pergerakan tersebut (persediaan mental) dan bersedia untuk melakukannya.

Page 32: ISL M3

c. Pergerakan Terkawal

Bermaksud seseorang itu dapat melakukan pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari.

Pergerakan ini biasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya.

Misalnya, pelajar meniru bagaimana pemain melakukan pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling.

Page 33: ISL M3

d. Pergerakan Mekanistik

Bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin.

Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling seperti yang diperhatikan, iaitu berjaya meniru pergerakan pemain.

Page 34: ISL M3

e. Pergerakan Kompleks

Bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin.

Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” dengan cekap dan licin, iaitu berjaya melakukan pergerakan ini sendiri tanpa peniruan.

Page 35: ISL M3

f. Pergerakan Suaian

Bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” dengan cekap dan licin semasa berhalangan.

Page 36: ISL M3

g. Pergerakan Ciptaan

Bermaksud seseorang itu dapat melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu.

Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” cara baru dalam permainan bola baling dengan cekap dan licin semasa berhalangan.

Page 37: ISL M3

Dicadangkan oleh Dettemer (1997)

Terdiri daripada 8 peringkat objektif iaitu:

Sosial

Berhubung Berkomunikasi Melibatkan Diri Berunding

BekerjasamaMenghakimMemulakanMenukar

Page 38: ISL M3

a. Berhubung

Seseorang itu cuba menunjukkan tingkah laku kontak mata (eye contact) terhadap orang lain.

Di sini kontak mata merupakan permulaan kepada “perkenalan” yang berakhir dengan berlakunya sesuatu komunikasi.

Page 39: ISL M3

b. Berkomunikasi

Seseorang itu cuba berkomunikasi dengan orang lain, iaitu cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu.

Di sini tingkah laku ingin bertanya itu menyebabkan orang kedua turut bertindak untuk berkomunikasi.

Page 40: ISL M3

c. Melibatkan Diri

Seseorang secara sukarela mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain.

Di sini tingkah laku berbual akan menggalakkan ahli kumpulan turut mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

Page 41: ISL M3

d. Berunding

Seseorang itu boleh membuat perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan tentang sesuatu masalah yang timbul, seperti berbincang untuk membuat sesuatu keputusan.

Page 42: ISL M3

e. Bekerjasama

Seseorang itu boleh bekerjasama dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek seperti bekerjasama untuk membersihkan kawasan sekolah.

Page 43: ISL M3

f. Menghakim

Seseorang itu dapat bertindak untuk mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran.

Page 44: ISL M3

g. Memulakan

Seseorang itu dapat memulakan sesuatu aktiviti berkumpulan yang baru, walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di tepi sungai.

Page 45: ISL M3

h. Menukar

Seseorang itu berupaya menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar.

Page 46: ISL M3

• Objektif pengajaran dapat dicapaikan sekiranya murid berpeluang menggunakan peralatan.

• Murid dapat menikmati keseronokan dan memperkembangkan kemahiran jasmani.

• Peralatan hendaklah bersesuaian dengan peringkat umur murid.

Peralatan dan kemudahan PJ

Page 47: ISL M3

Peralatan Reka Ganti

• Peralatan yang digunakan untuk mengatasi masalah kekurangan peralatan.

• Peralatan reka ganti dibuat untuk memastikan pelajaran PJ dapat terus dilaksanakan dan dapat menjimat pembelian peralatan.

Page 48: ISL M3

Sifat Peralatan Reka Ganti

•Mempunyai fungsi yang sama dengan peralatan asal.

Fungsi

•mempunyai bentuk yang sama dengan alatan asal supaya menggalakkan murid menggunakannya.

Rupa

•dapat menggunakan dalam jangka masa yang lama

Daya Tahan

•tidak membahayakan dan mencederakan murid

Keselamatan

•menjimatkan kos.

Perbelanjaan

Page 49: ISL M3

Contoh Peralatan Reka GantiBed Raundas Dan Sofbol

Pundi Kacang

Bed Tenis Padder

Page 50: ISL M3

Kemudahan

• Kemudahan sukan boleh dibahagikan kepada 2 kategori:a. Untuk kegunaan spesifik Digunakan untuk sejenis sukan tertentu sahaja Contoh:padang golf, kompleks bowling dan sebagainya.

b. Untuk pelbagai kegunaan Mempunyai fungsi yang lebih luas Dapat menganjur pelbagai jenis pertandingan dan acara bukan

sukan Mempunyai ciri-ciri tersendiri seperti ruang atau kawasan yang

luas, infrastruktur yang mudah alih serta peralatan yang sesuai dan pelbagai guna .

Contohnya: padang bola, gimnasium, kolam renang dan dewan.

Page 51: ISL M3

Penyusunan kemudahan PJ

Padang• Harus berada dalam keadaan yang tidak licin

rumput pendek,terhindar daripada sebarang benda yang boleh mendatangkan kecederaan dan bebas daripada sebarang peralatan lain yang tidak diperlukan

• Keadaan yang baik dapat memastikan aktiviti dijalankan dengan lancar dan menjaga keselamatan pelajar.

Page 52: ISL M3

Stor Sukan• Harus berada dalam keadaan kemas, tersusun,

teratur,tidak menghalang laluan dan lengkap dengan peralatan sukan

• Stor sukan yang kemas dapat mengelakkan kecederaan dan peralatan dapat dicari dengan mudah.

Bilik Salinan• Harus berada dalam keadaan bersih, lapang dan

dipisahkan untuk pelajar lelaki dan perempuan• Ia dapat memudahan pelajar menyalin pakaian dan

Mendidik murid-murid menghormati murid lain ketika tukar pakaian

Page 53: ISL M3

Gymnasium• Harus berada dalam keadaan bersih ,peralatan

tersusun rapi dan lengkap dan tidak menghalang laluan

• Gymnasium yang berada dalam keadaan baik dapat memudahkan pelajar menggunakan peralatan yang ada dan mengelakkan kecederaan

Page 54: ISL M3

Persekitaran Budaya dan TempatElemen persekitaran budaya dan tempat

Tempat yang sesuai

Penyimpanan Rekod

Gaya Hidup Sihat

Keselamatan Interaksi

Penglibatan Murid

Kebersihan

Page 55: ISL M3

Keselamatan

• Keselamatan aspek yang amat penting

• Pilih kawasan dan persekitaran tempat yang selamat

• Selamat untuk diri sendiri dan orang lain

• Keadaan yang bahaya dan kurang selamat menjejaskan keyakinan murid untuk belajar

Kebersihan

• Kebersihan sesuatu kawasan dan persekitarannya turut mempengaruhi aktiviti pendidikan jasmani

• Tempat yang kotor akan :• - menjejaskan keselesaan murid untuk belajar dan menjalankan aktiviti

• - menjejaskan kesihatan murid

Tempat yang sesuai

• Setiap aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan hendaklah dijalankan di tempat yang sesuai

• Contoh : • Kawasan padang - Olahraga (balapan/padang)

• Dewan tertutup - badminton

Page 56: ISL M3

Gaya Hidup Sihat

• pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.

• penyelesaian konflik

• pengurusan stres

• kemahiran merancang

• pemakanan

• penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah

Penglibatan Murid

• Penglibatan murid secara aktif dan selamat

• Salah satu cabang dalam budaya pembelajaran Pendidikan Jasmani

• Murid dapat menikmati keseronokan PJ sambil menghayati ilmu pengetahuan,

Page 57: ISL M3

Interaksi

• Interaksi yang kreatif dengan guru, bahan dan alatan

• Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat

• Kedua-dua interaksi terkandung dalam budaya pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Penyimpanan Rekod

• Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

• Memerhati kemajuan dan potensi murid

• Penyimpanan rekod kesihatan murid sebagai bukti pembelajaran

• Mengetahui masalah kesihatan murid dan tahap kemampuannya menjalankan aktiviti

Page 58: ISL M3

Sekian Terima Kasih