ISL Minggu 12

6
ISL Minggu 12 PERLAKSANAAN 5P DALAM PENGAJARAN PSV Penggabungjalinan Penggabungjalinan ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran. Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Menarik lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada murid-murid.Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid- murid secara seimbang dan menyeluruh. Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, pengabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum. Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain. Contohnya cikgu menyuruh pelajar melukis lima buah-buahan

description

untuk rujukan sahaja

Transcript of ISL Minggu 12

Page 1: ISL Minggu 12

ISL Minggu 12

PERLAKSANAAN 5P DALAM PENGAJARAN PSV

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan ialah satu proses yang menggabungkan pelbagai

bidang kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan

satu pelajaran yang intergratif dan menyeluruh. Penggabungjalinan ini bertujuan

untuk membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak

dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran.

Meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran. Menarik lebih minat pelajar kepada proses pengajaran dan

pembelajaran. Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna

kepada murid-murid.Memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan

perkembangan murid- murid secara seimbang dan menyeluruh.

Terdapat tiga bentuk penggabungjalinan iaitu penggabungjalinan pelbagai

kemahiran dalam satu mata pelajaran, pengabungjalinan kemahiran daripada

mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira,

melukis, mewarna dan lain-lain. Contohnya cikgu menyuruh pelajar melukis lima

buah-buahan tempatan kemudian mewarna buah-buahan tersebut Oleh itu

pelbagai kemahiran yang dapat diterapkan dalam aktiviti tersebut antaranya ialah

kemahiran berfikir, melukis dan mewarna. Kemahiran utama yang cikgu tersebut

hendak fokuskan ialah kemahiran melukis iaitu objektif utama pengajaran dan

pembelajaran. Manakala kemahiran sampingan ialah kemahiran yang

digabungjalinkan dengan kemahiran utama iaitu kemahiran mewarna dan

berfikir.

Page 2: ISL Minggu 12

ISL Minggu 12

Bentuk penggabungjalinan yang seterusnya ialah penggabungjalinan

kemahiran daripada mata pelajaran yang lain. Penggabungjalinan antara satu

mata pelajaran dengan mata pelajaran lain amatlah penting untuk meningkatkan

kemahiran murid. Contohnya kemahiran daripada Pendidikan Seni Visual boleh

digabungjalinkan dengan mata pelajaran Kajian Tempatan. Bagi mata pelajaran

Kajian Tempatan, pelajar perlu megenali peta Malaysia. Oleh itu pelajar perlu

melukis dan mewarna peta Malaysia mengikut nama-nama negeri yang terdapat

di Malaysia. Kemahiran dalam Pendidikan Seni Visual seperti melukis dan

mewarna digabungjalinkan dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Bentuk penggabungjalinan yang terakhir ialah penggabungjalinan

merentas kurikulum. Penggabungjalinan ini melibatkan kemahiran - kemahiran

belajar untuk belajar, kemahiran berfikir secara kreatif & kritis, kemahiran

menyelesaikan masalah, kemahiran pelbagai kecerdasan dan kemahiran

generik. Penggabungjalinan merentas kurikulum bermaksud kemahiran diluar

pembelajaran. Contohnya dalam menghasilkan kraf tangan, pelajar haruslah

berfikir secara kreatif dan kritis bagaimana hendak menghasilkan kraf yang

menarik.

Penyerapan Pengetahuan

Penyerapan pengetahuan adalah proses menyebati dan menyatupadukan

pengetahuan atau unsur isi pengetahuan daripada suatu matapelajaran lain ke

dalam isi pelajaran bagi satu mata pelajaran yang diajar. Penyerapan

pengetahuan melibatkan unsur pengetahuan dan bukannya kemahiran.

Kelebihan Penyerapan pengetahuan dalam Pendidikan Seni Visual ialah

aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik walaupun tajuk yg

hendak dipelajari pada asalnya bersifat sebaliknya.Kelebihan ke dua ialah aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yng lebih produktif dan efektif. Kelebihan

seterusnya ialah pemilihan isi pengetahuan yang menarik daripada mata

pelajaran lain,murid menjadi lebih ceria, bersemangat dan progresif.

Page 3: ISL Minggu 12

ISL Minggu 12

Terakhir, murid-murid menjadi lebih faham dengan sesuatu yang

dipelajarinya dengan penyerapan, hubung kait dengan pengetahuan dari mata

pelajaran lain. Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, guru boleh

menambahkan pengetahuan pelajar dengan menceritakan serba sedikit

mengenai sejarah Seni Visual serta tokoh-tokoh terkenal dalam seni. Oleh itu,

guru bukanlah semata-mata mengajar kemahiran-kemahiran mewarna dan

melukis sahaja

Penerapan Nilai-Nilai Murni

Penerapan nilai-nilai murni ialah proses menerapkan nilai-nilai dalam

pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Penerapan nilai ini

berlangsung melalui dua pendekatan iaitu pendekatan implisit dan pendekatan

eksplisit.

Pendekatan implisit seperti guru-guru secara tidak langsung menerapkan

sesuatu nilai. Contohnya, guru berpakaian bersih dan kemas apabila mengajar

dan secara tidak langsung guru tersebut menerapkan nilai kebersihan dan

kekemasan untuk dijadikan contoh kepada pelajar.

Pendekatan eksplisit ialah mengadakan suatu peraturan, arahan dan

sebagainya yang bertulis tentang sesuatu perkara yang diharapkan. Penerapan

secara eksplisit adalah lebih terancang, dengan matlamat dan cara pelaksanaan

serta penilaian yang jelas.

Dalam konteks pendididikan seni visual, guru tersebut boleh meminta

sekumpulan pelajar mengemas bilik seni sekolah. Secara tidak langsung ini

dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, ambil berat dan sikap

toleransi.

Page 4: ISL Minggu 12

ISL Minggu 12

Pengayaan

Pengayaan adalah satu aktiviti yang lebih mencabar kebolehan pelajar

disamping menambah minat dan pengalaman yang dapat membantu pelajar ke

arah perkembangan dan bakat diri. Pengayaan juga dapat membuatkan pelajar

berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan

mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti

menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri.

Aktiviti pengayaan juga dapat membuka peluang kepada pelajar untuk

mengembang minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, bakat kepimpinan serta

dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan juga

masyarakat.

Dalam Pendidikan Seni Visual, guru boleh mempelbagaikan aktiviti

pembelajaran mengikut bidang-bidang tertentu untuk meningkatkan dan

menambah minat pelajar dalam mata pelajaran seni. Aktiviti tersebut haruslah

mencabar serta menguji kemahiran pelajar supaya pelajar dapat melahirkan

daya kreattviti tersendiri.

Pemulihan

Pemulihan bertujuan untuk membaiki kelemahan pembelajaran. Melalui

pendidikan pemulihan pelajar yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan

yang lebih berbanding pelajar lain. Contohnya, dalam Pendidikan Seni Visual,

pelajar yang kurang kemahiran dalam melukis akan diajar mengikut teknik-teknik

yang sesuai secara berulang kali.

Pelajar juga turut diberikan peluang untuk mencuba menggembangkan

potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka untuk mecuba ke tahap

yang lebih maju.