Isl Minggu 7
-
Upload
zhehong-tan -
Category
Documents
-
view
221 -
download
1
description
Transcript of Isl Minggu 7
ISL MINGGU 7Konsep Musik Harmoni, Warna Ton, Bentuk Dan Tekstur
Definisi muzik Muzik adalah bunyi-bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti
tersendiri. Untuk menghasilkan muzik yang berkualiti, penyusunan elemen muzik yang betul dan terperinci diperlukan. Elemen-elemen muzik ini merangkumi irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi. Matapelajaran yang dianggap penting di sekolah seperti bahasa, sains dan matematik yang melibatkan kemahiran bahasa, logik, analisis, sintesis, menbanding beza dikawal oleh hemisfera kiri otak kita. Apresiasi Seni dan Muzik pula dikawal oleh otak sebelah kanan. Mengikut kajian, penggunaan otak yang seimbang dan luas dapat meningkatkan daya pemikiran dan tahap kecerdasan seseorang. Haward Garner, seorang pakar psikologi mengkategorikan muzik sebagai salah satu daripada lapan kecerdasan dalam Teori Pembelajaran: Pelbagai Kecerdasan ( Multiple Intelligences).
Irama. Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik. Terdapat beberapa cabang lagi iaitu, detik, meter, corak irama, dan rentak. Nilai not dan tanda rehat yang berbeza. Kesemua not dan tanda rehat ini mempunyai
pecahan nilai yang tersendiri.
Melodi. Susunan bunyi ton ( pic) secara mendatar ( linear) dan berjontur. Bunyi ton
adakalanya panjang, pendek, ataupun sama dan bunyi-bunyi ton menentukan irama melodi.
Sesuatu melodi bertukar jika pic dan irama bertukar. Pic ialah sukatan bunyi atau nada muzik dan ia merujuk kepada ketinggian atau kerendahan sesuatu not itu dibunyikan.
Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic.
Gabungan beberapa rangkaian pic akan membentuk sebuah melodi lagu.
harmoni. Gabungan dua atau lebih not yang dimainkan atau dibunyikan bersama atau
serentak. Gabungan not-not tersebut akan membentuk kord yang digunakan untuk mengiringi
melodi. Kord yang mengandungi tiga not dikenali sebagai triad. Not yang digunakan untuk
membentuk triad ialah not pertama, ketiga dan kelima dari sesuatu skel.
Warna Ton ( Kualiti Bunyi). Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh pelbagai sumber yang mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri. Contohnya ialah, alat, suara manusia, binatang, kenderaan, alam semulajadi dan sebagainya.
Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri contohnya ialah, perkataan deskriptif, ton gelap, cerah, padat, garau, kasar, halus, dan lain-lain lagi.
Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu, cara dibuat dan dibunyikan. Contohnya ialah, suara soprano, alto, tenor, dan bes. Keluarga alat seperti membranofon, aerofon, kordafon dan idiofon.
Tekstur( jalinan). Ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis( satu) atau
tebal( banyak). Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni. Dalam tekstur terdapat tiga
komponen iaitu monofoni, homofoni dan polifoni. Monofoni ialah barisan melodi (satu) secara mendatar dinyanyikan atau dimainkan tanpa iringan atau tanpa harmoni.
Homofoni pula ialah melodi dengan iringan kord. Polifoni ialah dua atau lebih suara dialunkan bersama, beberapa melodi dinyanyikan serentak dan mempunyai harmoni.
Bentuk. Bentuk ialah satu corak atau patern yang boleh dihasilkan melalui gabungan
beberapa pic atau ton. Gabungan siri pic-pic ini akan menghasilakan satu idea muzik. Rangkaian frasa
boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar. Bahagian atau segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan. Semua karya muzik mempunyai susunan struktur tersendiri dan karya yang
mempunyai struktur dua bahagian dinamakan binari atau bentuk AB. Karya yang mempunyai struktur tiga bahagian dinamakan sebagai tenari atau bentuk
ABA.
Ekspresi. Ekspresi merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vokala
atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamik, tempo, istilah dan tanda isyarat. Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo, dinamik yang akan
menghasilkan satu ekspresi idea muzik.