Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

21
ISTIADAT LAUNG AGONG Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK 1. TUJUAN a. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan b. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia c. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK d. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin e. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik" 2. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG 1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia 2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu. 3. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka. 4. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK.

description

untuk pengakap kanak-kanak

Transcript of Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

Page 1: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

ISTIADAT   LAUNG   AGONG Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK

1. TUJUANa. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaanb. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh duniac. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEKd. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disipline. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"

2. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia

2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.

3. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.

4. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.

5. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?" PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

3. ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera.

2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad.

Page 2: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

3. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak menyanyikan lagu "Negaraku" bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal.

4. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing- masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan.

5. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada Ketua Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain.

6. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman. 

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

PENGAKAP KANAK-KANAK (AKTIVITI DAN ISTIADAT PENGAKAP) PENGAKAP KANAK-KANAK• Umur : 8 – 12 tahun• Sistem Sekawan• “ Buat Habis Baik ”

AKTIVITI DAN ISTIADAT PENGAKAP

1. Tujuan1.1 Bagaimana sedia rancangan1.2 Kegunaan rancangan1.3 Perkara yang perlu dalam rancangan1.4 Tanggungjawab dan tugas-tugas pemimpin1.5 Rancangan dua hala antara majlis pemimpin dengan majlis ketua patrol

2. Cara menyediakan rancangan2.1 merupakan nadi kegiatan latihan/aktiviti kumpulan

2.2 hendaklah berfungsi, menarik, mengembirakan - punyai unsur-unsur semangat berpengakap, sesuaikan dengan peringkat umur ahli

2.3 beri peluang untuk ahli menambah ilmu Pengakap (masukkan perkara baru)

3. Isi Rancangan

3.1 dirancang dengan rapi - faedah kepada ahli, yang ingin maju/tingkat prestasi - ambil ujian

Page 3: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

lencana kemajuan dan kepandaian. Selitkan juga dengan aktiviti luar spt. Mengembara, perkhemahan dll. Aktiviti yang dirancang oleh Daerah dan Negeri juga perlu dimasukkan.

3.2 Pemimpin unit harus menggunakan imajinasi dan aktiviti yang berlainan

3.3 Dibuat dengan teliti dan disusun dalam dua peringkat:

(a) Aktiviti luar kumpulan - di luar kawasan perjumpaan mingguan, seperti perkhemahan, berkayak, berperahu,mengembara, berenang, penyelamat, mendaki gunung,dll.

(b) Latihan aktiviti dalam kumpulan -spt. Membaca kompas, membuat model, per. Cemas, pertukangan tangan, melukis dll.

4. Hubungan Program Dengan Rancangan4.1 Rancangan padat - aktif dan prograsif. Guna alatan moden, spt. dapur gas/pam, kompas dll.4.2 Pembelajaran di laut4.3 (pelayaran) & di udara (penerbangan) -menarik minat ahli, yang Maju diberi galakan – buat kajian bidang yg. diminatinya.

5. Keberkesanan program untuk pemimpin5.1 Direkod untuk guna masa depan.5.2 Bantuan penolong pemimpin unit perlu untuk melaksanakan program5.3 Perbincangan perlu dengan majlis ketua patrol - dapatkan pandangan dan sumbangan 5.4 Pertolongan dari pakar – dapat idea juga digalak

6. Alat Bantaun Mengajar6.1 sediakan pelbagai alat- pita rakaman, slid, tape - dapat kesan lebih baik - alat demonstrasi spt. peti ubat, model untuk bantuan pernafasan

6.2 alat yang lebih kompleks - menerangkan pionering perlu disediakan untuk menarik minat

7. Tujuan/maksud program7.1 rancang program amat perlu - kesan program lepas & akan datang, dijalankan / sebaliknya, sesuai/menarik/menjemukan.

7.2 Seimbangkan program latihan Akt. kump.latihan luar Akt. luar & pengembaraan

Page 4: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

Akt. utk. K. Patrol & pengakap lama Peluang untuk kemajuan individu Melibatkan perhubungan luar.

7.3 cungkil kebolehan dan kebijaksanaan pemimpin kumpulan-akt. yg. praktikal, menarik dan mengembirakan.

7.4 melahirkan benih yang baik dari rancangan yang baik -tambah bil. ahli pengakap remaja/raja - matlamat memajukan pergerakan Pengakap.

7.5 melaksanakan perinsip berpengakap - mengenalpasti setiap individu yang cergas dalam pergerakan , disamping melaksanakan rancangan secara usahasama antara pemimpin dan ahlinya.

Contoh Program PerjumpaanLencana Keahlian - Pengakap Kanak-kanak

Tarikh:………………………Masa : 60 minitBil Masa Isi Rancangan Alatan1 1130 Istiadat Permulaan Perjumpaan Pek Laung Agung Kibar bendera Lagu Negaraku Doa Pemeriksaan pakaian seragam serta kebersihan diri PKK Tiang Bendera,Bendera Malaysiadan Ben. Negeri2 1140 Permainan Lari berhalang Bola, gelong rotan, tali3 1150 Sesi - Lencana Keahlian- L. Agung bendera4 1205 Tunjukcara- melipat bendera,naik dan kibar bendera, turun bendera dan melipat semula Bendera5 1225 Istiadat Penutup Perjumpaan Laung Agung PemeriksaanAkhir Pesanan akhir untuk latihan minggu hadapannya Turun bendera Doa 6 1230 Bersurai

…………………….…. ………….….. ……………….Pemimpin Bertugas Kuasa Penganjur

Page 5: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

Penolong Pemimpin PKK…………………..

Contoh Program PerjumpaanLencana Keahlian - Pengakap Muda

Tarikh:………………………Masa : 60 minitBil Masa Isi Rancangan Alatan1 1130 Istiadat Permulaan Perjumpaan Terup Berkumpul di hadapan tiap bendera berkeadaan tapak kuda/barisan mengikut patrol Kibar bendera Hormatkan bendera Lagu Negaraku/Negeri Doa Pemeriksaan Pakaian Seragam Pengumuman Tiang Bendera,Bendera Malaysiadan Ben. Negeri2 1140 Contoh Permainan Lari beganti-ganti Bola3 1150 Sesi Lencana Keahlian- Persetiaan Pengakap dan maknanya dengan ringkas- Tunjukcara- Mengulangi Persetiaan pengakap 4 1205 Tunjukcara- melipat bendera,naik dan kibar bendera dan menghormatkan bendera Bendera5 1225 Istiadat Penutup Perjumpaan Berkumpul - tapak kuda/barisan mengikut patrol Pemeriksaan Akhir Pesanan untuk latihan minggu hadapannya Turun bendera Doa 6 1230 Bersurai

…………………… ………….….. ……………….Pemimpin Bertugas Kuasa Penganjur/Pem. Kumpulan

Penolong Pemimpin PM……………………

Page 6: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

ISTIADAT-ISTIADAT PENGAKAP

1. Tujuan:1.1 Pergerakan Pengakap mempunyai istiadat-istiadat yang sentiasa diamalkan

1.2 Fahami dan bina perasaan cintakan Negara -Nyanyi lagu Negaraku/Negeri -kibar bendera - hormat bendera

1.3 Bentuk/melatih disiplin /sikap positif dan peraturan-peraturan yang baik

1.4 Mengiangati semula asas atau asal usul berpengakap

1.5 Suburkan semangat Persaudaraan dan perpaduan

1.6 Menerapkan nilai kesopanan dan kesusilaan

1.7 Melatihkan diri taatkan Tuhan

1.8 Penghargaan kepada pemimpin

2. JENIS-JENIS ISTIADAT DALAM PENGAKAP

2.1 Istiadat Mengibarkan Bendera

2.2 Istiadat Menurunkan Bendera

2.3 Istiadat Laung Agung

2.4 Istiadat menyampaikan Lencana Kepandaian

2.5 Istiadat Melantik

2.6 Istiadat Meningkat Naik

3. Istiadat Mengibarkan Bendera

3.1 Kedudukan3.1.1 Peserta - Dalam Bulatan

3.1.2 Jurulatih - Sebaris di belakang tiang bendera, mengadap peserta, Ketua berada di sebelah kanan dan jurulatih bertugas di sebelah kiri ketua

Page 7: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

3.1.3 Bendera - Sudah bergulung dan terikat di puncak tiang

3.2 Perjalanan Upacara

3.2.1 Peserta menyusun kedudukan dan menunggu kedatangan ketua dan jurulatih

3.2.2 Petugas berdiri di tengah-tengah

3.2.3 Bila jurulatih masuk (perintah) “baris sedia”, bila semua jurulatih sudah sedia, barulah petugas mulakan upacara :-

Petugas : (Mara ke hadapan memberi hormat) Assalamualaikum tuan, PEK sudah siap untuk memulakan acara

Petugas : (Beri hormat, pusing belakang - bergerak ke tempat asal)

Petugas : (Beri arahan) Bendera

Petugas : (Bergerak mengadap bendera)Pengibar bendera terus tarik tali benderaPeserta hormat bendera sebaik sahaja tali bendera ditarik, Pengibar bendera dengan segera langkah ke belakang dan hormat dan PKK yang lain ikut hormat bendera

Petugas : “Negara ku” - semua menyayi

Petugas : (perintah) “Doa” - isyarat “Ap”Pembaca doa langkah selangkah ke hadapan dan terus membaca doa menadah tangan aras bahu, bukan muslim tunduk pandang hujung kaki isyarat “Ap” untuk menurunkan tangan dalam kedudukan sediaPetugas : “Persetiaan” - isyarat “Ap” Petugas terus angkat tangan, diikuti oleh semua dan lafaz persetiaan

Petugas : Bila selesai persetiaan, petugas bergerak ke hadapan ketua - hormat - lapor “Istiadat selesai - majlis diserahkan kepada tuan” - pusing ke belakang (bergerak) mengambil tempat dalam barisan (sebelah tiang bendera) - perintah “Baris senang diri”

Jurulatih bertugas : mulakan tugas

Petuagas : “Jurulatih, jurulatih sedia” “Keluar baris”

Page 8: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

4. Istiadat Menurunkan Bendera

4.1 Kedudukan

4.1.1 Peserta : Dalam bulatan

4.1.2 Jurulatih : Sedia di belakang tiang bendera mengadap peserta

4.1.3 Perjalanan Upacara

Petugas : (Beri arahan) “PEK ! Sedia”

Petugas : (Beri arahan) “Bendera” semua mengadap bendera, dua orang PKK berjalan ke arah tiang bendera, berhenti, bersedia di hadapan tiang bendera, seorang dari PKK menurunkan bendera dan seorang lagi mengawal dengan cermat supaya jangan ada bahagian bendera tercecah ke tanah dan menyangkutkan bendera ke bahu, Kedua PKK tadi melipat bendera

Petugas : (Beri arahan) “Serahkan bendera kepada ketua” PKK bergerak (arahan) “Ap” kedua PKK berpusing ke kanan, seorang balik ke dalam sekawan, seorang lagi (pemegang bendera) bergerak mengadap ketua, beri hormat dan serahkan bendera - selangkah ke belakang - hormat, balik ke sekawanPetugas : (beri arahan) “Doa” - “Ap” - angkat tangan. Pembaca doa selangkah ke hadapan dan terus membaca doa “Ap” - turun tanganPetugas : (beri arahan) “PEK ! Bersurai”

5. Istiadat Laung AgungPengakap Kanak-kanak mempunyai pasukan yang dipanggil sekawan yang terdiri daripada 6 orang setiap pasukan. Segala istiadat dan gerakerja hendaklah secara berpasukan: Akela berteriak “PEK” kepada PKK, PKK diam dan berdiri tegak

Akela berteriak “PEK ! PEK ! PEK ! ! ! ! ! !” - PKK menyahut panggilan Akela sambil berlari menelilingi Akela dan menyebut “P….E….K ! ! ! !”

Akela memberi perintah membuat bulatan. PKK lantas memegang tangan sekawan sambil membuat bulatan. Bila bulatan sudah siap, PKK akan menjatuhkan tangan Akela mendepa tangan, PKK angkat tumit, Akela merapatkan tangan ke peha, PKK akan mencangkung dengan kedua belah tangan mencecah tanah di luar peha dan berkata “A..KE..LA !! KITA BUAT HABIS BAIK”, PKK bangun serentak, berdiri tegak dan bersedia.

Ketua sekawan bertugas akan mencabar dengan hormat sambil berkata dengan intonasi mencabar “KAMU BUAT HABIS BAIK”.

Page 9: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

PKK akan memberi hormat kepada Akela sambil menjawab cabaran “KAMI BUAT HABIS BAIK”.

Akela membalas hormat, PKK tidak menjatuh tangan sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

Laung Agung adalah menjadi tradisi dalam istiadat PKK. Laung Agung yang dibuat oleh PKK adalah untuk menunjukkan yang mereka telah membuat sehabis baik. Istiadat ini mesti dijalankan setiap kali perjumpaan diadakan, iaitu pada permulaan dan akhir perjumpaan. Selepas Laung Agung bendera dikibarkan/diturunkan dan diikuti dengan doa.

ISTIADAT PENGAKAP (PM/PR/PK)

Pengakap mempunyai pasukan yang dipanggil Patrol terdiri daripada 8 orang ahli. Segala istiadat dan aktiviti hendaklah dijalankan secara berpasukan.

Pemimpin memanggil dengan menggunakan wisel. Semua Pengakap akan berkumpul dalam formasi tapak kuda mengikut Patrol masing-masing. Ketua Patrol berdiri di sebelah kanan sekali, diikuti oleh ahli-ahlinya dan diakhir barisan ialah Penolong Ketua Patrol.

ISTIADAT MELANTIK

1. PKK dalam bulatan. Akela berdiri di dalam bulatan. Penolong-penolong Pemimpin berdiri di luar bulatan di belakang Akela. PKK dalam keadaan sedia.

6. Adik baru yang berada di luar bulatan dipanggil masuk ke dalam bulatan

3. Ketua sekawan membawa PKK yang baru - berdiri di hadapan Akela . Selepas itu, Ketua sekawan balik ke tempatnya.

4. Serentak dengan itu Pen. Pemimpin masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah Akela dengan membawa topi, skaf dan lencana keahlian

5. Akela : “Adakah kamu ingin menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak”PKK baru : “Ya, Akela”Akela : “Adakah kamu bersedia untuk melafazkan Persetiaan Pengakap”PKK baru : “Ya, Akela”

6. Akela melafazkan Persetiaan Pengakap diikuti oleh PKK baru7. Akela berjabat tangan dengan PKK baru & berkata :”Saya percaya kamu akan buat habis baik dan menurut apa yang kamu janjikan. Kamu sekarang adalah seorang Pengakap kanak-kanak dan seorang ahli dalan Persaudaraan Pengakap Sedunia”

Page 10: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

8. Akela menyematkan lencana keahlian, menyarungkan skaf dan memakaikan topi kepada PKK

9. PKK tabik hormat kepada Akela. PKK berpusing dan hormat kepada PEK. PEK membalas hormat sebagai tanda mengalu-alukan PKK (adik baru) ke dalam PEK

10. Ketua sekawan membawa PKK baru & perkenalkan kepada sekawan

11. Istiadat ini diakhiri dengan Laung Agung yang dibuat kali pertama disertai PKK tersebut

12. Sekiranya semua sekawan adalah ahli baru, maka istiadat perlantikan diadakan dalam dua peringkat. Ketua sekawan dilantik terlebih dahulu dan ahli lain dilantik kemudian

Peringatan : Ibu bapa PKK baru boleh dijemput untuk menyaksikan istiadat ini.

ISTIADAT MENINGKAT NAIK(PKK KE PM)Satu istiadat yang sangat mustahak, menjadi kenangan, satu peristiwa yang gembira bagi PKK meningkat naik ke Kumpulan PM, PM ke PR. Istiadat ini penting bagi Akela/Pemimpin dan Penolong yang telah melatih PKK itu

Kedudukan : Pek dan Troop berdiri dalam bentuk tapak kuda berhadapan antara satu dengan lain

Prosedur:-1. Sebaik sahaja Laung Agung selesai dijalankan, Akela mara ke garisan pemisah

2. Pemimpin Kumpulan memberi arahan - “Kumpulan Sedia” dan terangkan tujuan istiadat

3. PKK meningkat naik, bergerak satu langkah ke hadapan -kanan pusing - berslam dengan Pek - terus maju ke Akela di garisan pemisah(tali)

4. Akela - Pesanan terakhir kepada PKK

5. PKK memberi hormat, salam dengan Akela -Akela dengan menggunakan tangan kiri memimpin PKK melangkah tali pemisah

6. PKK memberi hormat kepada pemimpin Pengakap Muda dan bersalam

7. Pemimpin menyerah PKK kepada Ketua Patrol

8. Ketua Patrol membawa PKK ke patrolnya dan diperkenalkan kepada ahli kumpulan

9. Selesai semua sekali -Troop memberi sorakan “SELAMAT DATANG”

10. Laung Agung bagi PEK yang tinggal

Page 11: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA KEMAJUAN (PKK)

Lencana disediakan di dalam dulang dan di bawa oleh Penolong Pemimpin.

1. Laung Agung dijalankan terlebih dahulu

2. Akela bergerak ke bulatan di hadapan bendera

3. Akela memanggil penerima lencana berbaris di hadapannya (di tengah bulatan)

4. Taklimat Akela tentang pentingnya lencana yang diterima oleh penerima

5. Akela maju ke arah PKK dan PKK tabik hormat

6. Akela menyematkan lencana6.1 Lencana Kemajuan di kiri lengan baju6.2 Lencana Kepandaian di kanan lengan baju

7. Akela bersalam dan ucapan “Syabas”.

8. PKK tabik hormat

9. Selesai semua - Pek beri sorakan “Tahniah” dan dijawab oleh penerima lencana

10. PKK balik ke sekawan masing-masing

ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA KEMAJUAN/KEPANDAIAN(PM/PR/PK)

Istiadat bagi PM,PR dan PK adalah serupa dengan PKK tetapi Troop berkumpul dalam bentuk tapak kuda . Pemimpin berdiri di sebelah kanan sekali dan diikuti oleh penolong-penolong pemimpin.

Nota: Lencana mesti disampaikan oleh pihak Pengakap (Pemimpin/Pesuruhjaya dan bukan daripada orang yang bukan uniform).

Posted by mohd nor izwan sulaiman at 10:15 PM

Labels: PENGAKAP KANAK-KANAK AKTIVITI DAN ISTIADAT PENGAKAP

…………………………………………………………………………………………….

Page 12: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

Sejarah Pengakap

PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP DUNIAROBERT BADEN-POWELL,

Potret Baden-Powell yang dipaparkan telah dihasilkan oleh David Jagger pada tahun 1929. Ia dipamerkan kepada beliau pada 6 August 1929 di Jamboree Dunia Ke III di Arrowe Park, Birkenhead, England. Ia dikenali sebagai "Coming Of Age Jamboree" sebagai penghargaan hari ulangtahun ke 21

Pengakap Sedunia. Ia merupakan potret yang paling disukai oleh Baden-Powell. Potret asli beliau dipamerkan di ruang pameran di Ibupejabat Pengakap Dunia (WOSM) di Geneva, Switzerland.

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIASejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila

F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).

Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu,

pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School

pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab

Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928

dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

Page 13: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan

di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan

Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915

Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927

Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

Dicatat oleh SKDUA di 9:04 PG 1 ulasan:

Label: Sejarah

Lambang Pengakap Dunia

Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.

Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.

Warna putih-kesucian dan kebersihan.

Dicatat oleh SKDUA di 9:02 PG Tiada ulasan:

Page 14: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

Label: Maklumat asas

Lambang Pengakap Malaysia

Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.

Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Dicatat oleh SKDUA di 8:57 PG Tiada ulasan:

Page 15: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

Label: Maklumat asas

ISTIADAT ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERAIstiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung.1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang.2. Pemimpin berdiri menghadap bendera.3. Penolong Pemimpin berdiri di belakang tiang bendera.4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.5. Pemimpin berteriak “BENDERA”6. Petugas mara ke tiang bendera.7. Petugas menarik tali, sekali sahaja.8. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat.9. Semua yang hadir memberi hormat.10. Petugas menjatuhkan tangan….dan diikuti oleh semua yang hadir.11. Petugas kembali ke tempat asal.12. Menyanyi Lagu Kebangsaan13. Menyanyi Lagu Pengakap Daerah14. Membaca doa15. AKELA memberi arahan “Senang diri”16. AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain

ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA1. Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan dalam keadaan sedia.2. AKELA berteriak “BENDERA”3. Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera.4. AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan.5. Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke belakang dan memberi hormat.6. Semua yang hadir memberi hormat.7. Petugas balik ke tempat asal.8. Menyanyi lagu Pengakap9. Membaca doa10. Akela memberi arahan “SENANG DIRI”11. Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain.

Dicatat oleh SKDUA di 8:53 PG Tiada ulasan:

Label: Istiadat

LAUNG AGUNG Laung Agung merupakan:1. Tradisi dalam Istiadat Pengakap Kanak-Kanak. 2. Diamalkan di seluruh dunia. 3. Mengingatkan Pengakap Kanak-Kanak supaya ‘BUAT HABIS BAIK” 4. Untuk menghormati tetamu.

Page 16: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

5. Melahirkan semangat setiakawan,perpaduan serta membina displin.

Bila diadakan?1. Setiap kali diadakan perjumpaan2. Setiap kali semasa menamatkan perjumpaan.

ISTIADAT LAUNG AGUNG1. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK…..” (semua PKK berdiri dalam keadaan sedia) 2. AKELA (Pemimpin) berteriak “PEK,PEK,PEK….” (semua PKK mengelilingi AKELA sambil menyahut “P…E….K….” 3. AKELA memerintah PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan. Bila bulatan telah sempurna PKK menjatuhkan tangan. 4. AKELA mendepakan tangan >>> PKK mengangkat tumit. 5. AKELA merapatkan tangan ke paha>> a) PKK mencangkung. b) Kedua belah tangan mencecah ke tanah. c) Kepala dilangutkan dan terus berkata>> ‘A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK. d) Selepas sebutan “BAIK” PKK bangun dalam keadaan sedia. 6. Petugas mencabar dengan hormat kepada AKELA dengan kata-kata:- ‘KAMU BUAT HABIS BAIK’ 7. Semua PKK hormat AKELA dengan menjawab ‘KAMI BUAT HABIS BAIK’ 8. AKELA membalas hormat PKK. 9. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai memberi hormat.

Dicatat oleh SKDUA di 8:51 PG Tiada ulasan:

Label: Laung agung

HORMAT PENGAKAP 1. Apabila menemui pengakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan.

2. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol.

3. Selepas dan apabila menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap.

4. Apabila Lagu kebangsaan dan lagu negeri dinyanyikan.

5. Dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya.

Dicatat oleh SKDUA di 8:48 PG Tiada ulasan:

Label: Hormat Pengakap

UNDANG-UNDANG PENGAKAP PertamaPengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.

Page 17: Istiadat Laungan Agung Dan Bendera

KeduaPengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya.

KetigaPengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

KeempatPengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.

KelimaPengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

KeenamPengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.

KetujuhPengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.

KelapanPengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.

KesembilanPengakap itu jimat dan cermat

KesepuluhPengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan