Istiadat Pelantikan Renjer Puteri

download Istiadat Pelantikan Renjer Puteri

of 10

description

Pandu Puteri

Transcript of Istiadat Pelantikan Renjer Puteri

ISTIADAT PELANTIKAN RENJER PUTERI

Istiadat Pelantikan Renjer Puteri

Seorang ahli Baru mestilah terlebih dahulu lulus Ujian Pra Persetiaan, kelas Dua Pandu Puteri, dan Pra Pelantikan Renjer dan Program Kepanduan sebelum dilantik.

PERSIAPAN UNTUK PELANTIKAN

Istiadat Pelantikan dijalankan oleh Kapten, Pesuruhjaya atau Pemimpin Berwaran untuk menentukan kesahihan Pelantikan.Pelantikan dijalankan dalam formasi V.Pastikan lencana pelantikan untuk semua ahli baru disediakan secukupnya dan tersusun di atas dulang beralas.

ISTADAT PELANTIKAN AHLI RENJER PUTERI

Selepas Pasukan Renjer Puteri membuat formasi V, Pasukan Panji-Panji akan menjalankan tugas untuk mengibarkan bendera.

Apabila Bendera dikibarkan, semua ahli memberi Isyarat Kepanduan dan Lagu Dunia dinyanyikan (kecuali Pasukan Panji-Panji).

Penanda yang telah mengibarkan bendera berdiri tegak memegang tali bendera. Selepas nyanyian, dia melilitkan tali bendera. Dia akan mengundur satu langkah ke belakang dan memberi arahan :

Pasukan Panji-Panji, hormat bendera, hormat.

Ke belakang pusing.

Cepat jalan.

Berhenti. (apabila tiba di kedudukan asal)

Ke belakang pusing.

Kapten memberi arahan :

Ketua Pasukan, bawa Ahli Baru ke hadapan untuk dilantik.

Ketua Pasukan bergerak ke arah ahli pertama yang akan dilantik dan memberi arahan:

Ahli Baru, masuk baris !

(Ahli Baru pertama yang akan dilantik mengambil satu langkah ke hadapan, rapatkan kaki dan bergerak untuk berbaris di belakang Ketua Unit)

Ahli Baru, cepat jalan

(Mereka bergerak ke arah Kapten atau Pesuruhjaya dan memberi arahan untuk berhenti tiga langkah di hadapan Kapten/ Pesuruhjaya)

Berhenti.

Ke kanan/ ke kiri, pusing !

Ketua Pasukan mengambil satu langkah ke hadapan, memberi Isyarat Kepanduan kepada Kapten / Pesuruhjaya dan memperkenalkan Ahli Baru.

Ketua Unit : Kapten / Puan Pesuruhjaya saya membawa ................(nama ahli) yang telah lulus Ujian Pra Perlantikan dan sedia dilantik sebagai seorang Renjer Puteri.

(Ketua Pasukan memberi Isyarat Kepanduan kepada Kapten / Pesuruhjaya dan memperkenalkan Ahli Baru)

Kapten / Pesuruhjaya bergerak ke kanan/ kiri Ahli Baru yang akan dilantik dan berhenti. Ahli Baru mengambil satu langkah ke hadapan.

C. PERLANTIKAN

Kapten / Pesuruhjaya : Apakah kemuliaan anda sebagai ahli Renjer Puteri?

Ahli Baru : Kemuliaan saya ialah saya boleh dipercayai.

Kapten/ Pesuruhjaya : Bolehkah saya menaruh kepercayaan atas kemuliaan anda

iaitu :

Dengan sebaya upaya menunaikan kewajipan anda kepada

Tuhan,

Raja dan Negara kita Malaysia;

Menolong orang setiap masa ; dan

Mematuhi Undang-undang Kepanduan?

Ahli Baru : Ya.

( Ikrar dilafazkan secara individu. Ahli Baru yang sedang

dilantik, semua ahli dan Pemimpin yang telah dilantik,

memberi Isyarat Kepanduan apabila Ahli Baru melafazkan

Ikrarnya. Ahli yang belum dilantik tidak memberi Isyarat

Kepanduan.)

Ahli Baru : Bahawa depan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia

dengan sedaya upaya,

Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara

saya Malaysia;

Menolong orang setiap masa; dan,

Mematuhi Undang-undang Kepanduan.

Kapten / Pesuruhjaya : Apakah tanggungjawab anda sebagai ahli Renjer Puteri?

Ahli Baru : Tanggungjawab ahli Renjer Puteri ialah Khidmat Kepada

Masyarakat.

Kapten / Pesuruhjaya : Saya percaya yang anda akan memelihara kemuliaan anda

dan akan cuba mematuhi Ikrar Persetiaan ini serta akan

cuba membuat khidmat sekurang-kurangnya sekali sehari.

(Kapten menyematkan Lencana Pra Perlantikan di skaf

Renjer Puteri yang baru dilantik)

Kapten / Pesuruhjaya : Anda sekarang ahli Pergerakan Kepanduan Sedunia.

(Kapten / Pesuruhjaya menghulurkan tangan kirinya dan berjabat tangan dengan Ahli Baru yang dilantik sambil memberi Isyarat Kepanduan. Ahli Baru menghulur tangan kirinya, berjabat tangan dengan Kapten dan memberi Isyarat Kepanduan).

Ketua Pasukan : Hormat Bendera, hormat.

(Ahli yang baru dilantik kemudiannya memberi hormat kepada Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia).

Ketua Pasukan : Ke belakang pusing,

Hormat Unit, hormat.

(Ahli Baru pusing ke belakang dan memberi Isyarat Kepanduan kepada Unit. Semua ahli pasukan yang telah dilantik membalas dengan Isyarat Kepanduan juga).

Ketua Pasuakn : Ke kiri/ Ke kanan, pusing.

Berhenti.

(Ketua Pasukan membawa Ahli Baru balik ke kedudukan asal.

Ketua Pasukan meneruskan tugasnya jika ada Ahli Baru lain yang akan dilantik).

Setelah selesai Istiadat Perlantikan, Kapten memberi arahan.

Kapten : Pasukan, keluar baris.

(Semua ahli Pasukan Renjer Puteri mengambil satu langkah ke hadapan, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan keluar baris).

MEMBENTUK FORMASI V

Kapten berdiri dengan bendera di sebelah kanannya. Jaraknya bergantung kepada bilangan ahli.

ARAHAN :

1. Pasukan, sedia !

2. Penanda, masuk baris !

( Penanda berdiri 4 langkah di hadapan Kapten, selari dengan tiang bendera).

3. Pasukan, masuk baris !

(Dua Renjer Puteri pertama yang masuk baris mengambil tempat, seorang di depan Penanda dan seorang lagi di belakangnya. Renjer Puteri yang lain berbaris bahu ke bahu di sebelah kiri dan terus berdiri SENANG DIRI).

(Kedua-dua Renjer Puteri di depan dan belakang Penanda, juga berada dalam keadaanSENANG DIRI.)

ARAHAN :

1. Pasukan, sedia !

2. Pasukan, bilang !

(Hanya barisan depan mula dengan 0,1,2,3, dan seterusnya. Semasa membilang, Renjer Puteri paling kepala ke kiri sambil menyebut nombornya kecuali yang terakhir. Barisan belakang menggunakan nombor yang samaseperti ahli di barisan hadapan. Kapten bergerak ke hadapan dan berdiri di sebelah kiri tiang bendera.

ARAHAN : Penanda ke kanan, barisan belakang ke belakang, pusing

ARAHAN : Pasukan ke bentuk V, gerak

(Semua ahli Renjer Puteri bergerak mengikut hitungan langkah).

ARAHAN : Unit ke dalam, pusing.

ARAHAN : Pasukan panji-panji jalankan tugas.

(Pasukan panji-panji terdiri daripada penanda dan dua ahli Renjer Puteri di sebelah kiri dan kanannya akan menjalankan tugas sebagai pasukan panji-panji untuk mengibarkan bendera.

Pembawa Panji-Panji (Penanda) memberi arahan :

Pasukan Panji-Panji, cepat jalan !

(Mereka bertiga berjalan terus ke tiang bendera)

Berhenti !

Penanda bergerak ke hadapan untuk mengibarkan bendera. Apabila bendera berkibar semua ahli memberi isyarat Kepanduan dan Lagu Dunia dinyayikan kecuali Pasukan Panji-Panji. Penanda yang telah mengibarkan bendera berdiri tegak memegang tali bendera. Selepas nyayian, dia melilitkan tali bendera. Ia mengambil satu langkah ke belakang, beri Arahan :

Pasukan Panji-Panji hormat bendera, hormat

Ke belakang pusing

Cepat jalan

Berhenti (apabila telah tiba di kedudukan ahli)

Ke belakang, pusing

Pemeriksaan boleh dijalankan.

PASUKAN, BERSURAI

(semua ahli Renjer Puteri ambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, beri Isyarat Kepanduan, pusing ke kanan dan terus beredar dari situ).