Isu 03/ 2015 - wk.kats.gov.my · pegawai awam ialah pengetahuan. Mewujudkan sistem kerja yang...
Transcript of Isu 03/ 2015 - wk.kats.gov.my · pegawai awam ialah pengetahuan. Mewujudkan sistem kerja yang...
Isu 03/
2015
KUALA LUMPUR: Sempena Konvesyen AKRAB
Kebangsaan Kali Ke-6 yang dianjur oleh Bahagian
Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan
kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor
dan Majlis AKRAB Kebangsaan (MAK) pada 11 Ogos
2015, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)
telah dinobatkan sebagai pemenang Amalan Terbaik
AKRAB (ATA) Tahun 2015.
YBhg. Dato’ Sr. Mohd Noor bin Isa, Timbalan
Pengarah Ukur dan Pemetaan II telah meluangkan
masa untuk menerima hadiah kemenangan tersebut
yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam (Operasi), YBhg. Dr. Ahmad Jailani
bin Muhamed Yunus.
Terdahulu daripada itu, pada November 2014, ahli
AKRAB JUPEM seramai 60 orang daripada ibu pejabat
JUPEM dan JUPEM Negeri telah menjalankan aktiviti
pemantapan kemahiran kaunseling yang dibimbing oleh
kaunselor dari Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar (NRE), Yang Berusaha, Dr. Amran bin Hassan.
JUPEM Menang ATA
… 1
AKRAB NRE 2015 - 2017
… 2
Ucaptama Pengerusi
AKRAB 2013 - 2015
… 3
Seminar AKRAB &
Mesyuarat Agong
AKRAB
… 6
Aura Warna dan
Solat 5 Waktu. Apa
Kaitannya?
… 7 & 8
SINERGI KAUNSELING ISU 03 / 2015
En. Petra En.Saiful
En. Zamri
Pn. Siti Fairus
Dr. Ismail
Dr.Amran
Pn. Maslina
Pn. Sapuar
En.
Akhir
En.
Shamsuri
En. Wan Baharuddin
Tn. Hj. Zulkiflee
En.Ab Fatah
Tahniah kepada barisan pimpinan baru AKRAB 2015 - 2017
En.Petra
SINERGI KAUNSELING ISU 03 / 2015
Di dalam aktiviti tersebut, ahli AKRAB JUPEM telah mendekati golongan
gelandangan yang terdiri daripada penagih dadah, pekerja seks, penghidap
HIV, kanak-kanak terbiar dan lain-lain di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala
Lumpur yang dianggarkan seramai 200 orang dengan objektif menyelami
permasalahan golongan ini dengan menggunakan kemahiran-kemahiran
bimbingan yang telah dipelajari.
Pendekatan AKRAB JUPEM yang mewakili kerajaan untuk membimbing
masyarakat yang bermasalah seperti golongan gelandangan tersebut telah
mendapat pengiktirafan JPA dan seterusnya mengumumkan AKRAB JUPEM
sebagai pemenang ATA sempena Konvensyen AKRAB Kebangsaan Kali ke-6
tersebut.
Kakitangan Awam dan Transformasi Transformasi kini menjadi teras utama perkhidmatan awam sejak Government Transformation Programs (GTP)dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Januari 2010. Dalam perkhidmatan awam yang sentiasa memerlukan perubahan dan pengubahsuaian serta mengekalkan kecemerlangan, transforma-si perlu berterusan. Justeru itu, untuk men-jayakan misi transformasi ini perubahan aspek minda, cara berfikir dan bekerja sewajarnya dilakukan oleh warga kerja untuk memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam lebih berkesan. Kajian terhadap Kesediaan Pegawai Awam Melakukan Perubahan Dan Transformasi Diri (Dr. Aris Kasan dan Nordin Yusoff - 2010) menunjukkan bahawa tahap kesediaan transformasi berada di tahap sederhana (min 4.05). Dapatan analisis menunjukkan bahawa faktor utama yang menghalang transformasi pegawai awam ialah pengetahuan. Mewujudkan sistem kerja yang bersistematik, menyusun semula cara bekerja, membuat perubahan dan mengubah cara berkerja merupakan tindakan utama yang perlu dilakukan oleh pegawai awam ke arah mentransformasikan diri. Medan Transformasi Aktivis AKRAB Pelaksanaan Rakan Pembimbing Perkhidmatan di kementerian dan jabatan merupakan sokongan kepada aplikasi psikologi dalam intervensi dan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 iaitu Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005; Panduan Aplikasi
Psikologi Pengurusan sumber Manusia Sektor Awam menjelaskan usaha pelaksanaan meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia. Justeru itu AKRAB sebagai agen penggerak kepada pelaksanaan berkenaan dengan menggalakkan pegawai saling bantu-membantu dalam perkhidmatan. Rakan AKRAB berperanan mewujudkan medium perantara untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dalam usaha membantu Pengurusan Sumber Manusia sebagai persediaan awal untuk mentransforma-sikan diri bagi persediaan untuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP). AKRAB yang berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membangunkan potensi yang ada pada diri masing-masing. Ianya juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan perhubungan yang bersifat humanistik. Semangat Berpasukan Dan Keakraban Gerak kerja dan usaha-usaha membantu, membimbing dan sebagainya akan memberi impak yang lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan secara tersusun dan berorganisasi bukan secara bersendirian atau berseorangan. Atas dasar inilah, dalam Al-Quran ada menyebut yang bermaksud; “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari kejahatan, merekalah orang-orang yang beruntung” (Al-Imran : 104)
Ayat ini secara jelas menunjukkan tentang kepentingan melakukan gerak kerja secara berorganisasi atau beramal secara berkumpulan. Tindakan secara bersendirian tidak akan mampu menghasilkan natijah yang besar dan berkesan. Oleh itu kita dituntut supaya pelaksanaan aktiviti AKRAB dapat diamalkan secara kelompok walaupun di mana sahaja kita berada. Apa yang dimaksudkan dengan beramal atau bertindak secara kelompok, iaitu sesuatu perkara yang diputuskan oleh satu organisasi yang sahih selaras dengan kaedah yang telah ditentukan, bertujuan untuk mencapai matlamat yang tertentu. Maka di antara ciri-ciri yang perlu diberi penekanan semasa beramal adalah sesuatu aktiviti atau program yang hendak dijalankan haruslah bersumber dari keputusan bersama selaras dengan pendekatan yang telah digariskan dan mematuhi etika yang telah ditetapkan. Keakraban antara rakan-rakan AKRAB perlu dijalinkan bagi meningkat dan mengekalkan semangat untuk terus berkerja dan menyumbang selaras dengan apa yang telah diputuskan di peringkat kepimpinan. Justeru itu kelompok AKRAB diseru supaya sentiasa meletakkan diri masing-masing sentiasa peka dengan perkembangan semasa atau sentiasa ‘online’ dan berhubungan dengan rakan-rakan lain. Perkembangan mengenai maklumat, isu-isu dan sebagainya hendaklah saling dikongsikan bersama.Manfaatkanlah teknologi masa kini untuk saling berkomunikasi antara satu sama lain.
Oleh: Tn. Hj. Zulkiflee bin Che Soh, Pengerusi AKRAB NRE 2013– 2015
SINERGI KAUNSELING ISU 03 / 2015
Rakan-rakan AKRAB yang dihormati, Membina Kekuatan Dari mana datangnya kekuatan untuk melakukan kebaikan dan membantu orang lain? Kekuatan yang hakiki datangnya dari pertolongan Pencipta. Penyerahan segala untukNya dengan tulus ikhlas dan tanpa sekelumit pun sebab selain darinya. Secara umumnya kekuatan itu adalah kekuatan yang dijana secara kolektif. Pendekatan muafakat dan membina jaringan kerja di kalangan rakan-rakan akan memantapkan lagi pelaksanaan aktiviti AKRAB. Usaha sama dan saling membantu antara satu sama lain merupakan kunci membina kekuatan. Kelemahan individu akan mampu ditampung oleh rakan yang lain. Kita juga sedia maklum bahawa kekuatan itu datang dari perancangan yang baik, sokongan pihak pengurusan dan keberkes anan kep imp inan s erta beberapa elemen lagi. Kesemua elemen ini telah kita kupas dan fahami di beberapa forum sebelum ini. Namun, pokok kekuatan yang paling utuh adalah komitmen rakan-rakan AKRAB yang merupakan aset yang paling utama. Oleh itu dalam peta strategi AKRAB yang telah kita gariskan pada beberapa tahun yang lalu: Ahli Yang Kompeten diletakkan sebagai Bidang Keberhasilan Utama (KRA) yang terpenting. Kejayaan sebenar bergantung kepada kewujudan tenaga ahli yang kompeten yang cukup bilangannya. Justeru itu usaha dalam KRA: Latihan Profesional yang Berterusan mestilah diberi tumpuan dan ianya hendaklah melibatkan semua peringkat jawatan dalam organisasi. Kita mesti menanam keghairahan untuk sentiasa menghulurkan bimbingan dan bantuan kepada rakan-rakan yang memerlukan. Dampingi mereka dan bimbing serta bantulah mereka agar mereka yang memerlukan bantuan ini dapat mencari jalan keluar bagi meneruskan kehidupan yang lebih tenang dan mampu memberi perkhidmatan yang lebih baik di organisasi. Binalah kekuatan dalaman diri masing-masing dengan menambahkan kefahaman melalui ilmu dan kemahiran serta pengalaman. Semoga dengan kelebihan yang kita miliki, kita mampu menjadi insan yang soleh wa musleh; iaitu manusia yang baik
dan mampu memberi kebaikan kepada orang lain. Pertemuan Bermakna Kenapa kita perlu bertemu pada hari ini. Mengapa kita perlu menjemput rakan-rakan sekalian untuk bersama pada hari ini. Dalam erti kata menghadiri seumpama ‘Mesyuarat Agung’. Sedangkan kita bukannya sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan yang mewajibkan untuk mengadakan mesyuarat agung. Namun, inilah pendekatan yang kita ambil, dengan tujuan yang murni iaitu untuk melahirkan rasa kebersamaan dalam memikul amanah yang telah diletakkan dibahu kita masing-masing. Oleh itu kita cuba untuk mewujudkan pertemuan ini secara formal dengan mengikut beberapa tatacara yang sesuai, dengan mengikut format cara bermesyuarat secara lebih teratur. Dengan ini, rakan-rakan diberi peluang untuk menilai pencapaian serta bermuhasabah apakah sumbangan yang telah dihulurkan selama tempoh ini. Dikesempatan ini juga, kita membuka ruang bagi melahirkan percambahan pemikiran untuk mengemukakan cadangan langkah-langkah yang sewajarnya diambil bagi merealisasi visi AKRAB iaitu “ Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia”. Sebarang ketetapan yang diambil adalah merupakan keputusan bersama dan kita semua bertanggungjawab di atas keputusan berkenaan. Pada mesyuarat ini juga, kita diberi peluang untuk menentukan barisan kepimpinan yang akan mengemudikan segala perancangan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti-aktiviti AKRAB secara menyeluruh di peringkat NRE. Justeru itu, saya menyeru kepada rakan-rakan agar bersedia untuk berkhidmat secara sukarela dan tampil bersama-sama memantapkan barisan kepimpinan yang baru bagi 2 tahun yang mendatang. Jika anda merasakan kurang mampu untuk menjadi pemimpin maka jadilah mereka yang menyokong kepada kepimpinan. Medan Kebajikan Bagi rakan-rakan AKRAB di semua agensi dan bahagian, dengan kekuatan anggota keseluruhan melebihi 300 orang, sahutlah cabaran untuk melonjakkan aktivisme masing-masing dengan menggerakkan semua sumber dan tenaga untuk bertindak
dan memberi khidmat yang berkualiti bagi medepani arus globalisasi. Walaupun kita sedar bahawa tugasan ini bukannya tugasan hakiki yang tersenarai dalam tugasan utama, namun ianya bukanlah penghalang untuk terus memberi khidmat dan sumbangan berdasarkan kepada kefahaman dan keprihatinan dalam kehidupan bermasyarakat. AKRAB di semua peringkat perlu diperkasakan dan manfaat-kanlah pengupayaan diri untuk melakukan transformasi diri dan seterusnya membantu rakan-rakan untuk berada dalam kesediaan untuk melaksanakan transformasi kerajaan bagi memberi impak yang besar kepada masyarakat. Pilihlah medan-medan atau ruang-ruang dan program yang sesuai dengan kemahiran yang kita sedia miliki. Jika kita merasakan kurang mampu untuk mengendalikan kes-kes, kita masih boleh menyumbang melalui melakukan aktiviti lain seperti penerbitan, ceramah dan sebagainya. Saya percaya setiap daripada kita mempunyai potensi dan kemampuan masih-masing, maka manfaatkanlah sepenuhnya. Ingatlah, jika kita tidak bertindak atau berkerja untuk perubahan yang positif, kita mungkin sedang membantu ke arah yang negatif. Saya percaya dan yakin rakan-rakan AKRAB juga harus menanam keyakinan bahawa Allah SWT telah membuka ruang dan menyediakan platform untuk kita melakukan kebaikan dan telah memilih kita berada dalam kelompok AKRAB yang merupakan salah satu wadah yang terbaik bagi kita menabur bakti dan menghulur khidmat. Sebenarnya dengan ilmu dan kemahiran psikologi yang diperolehi melalui kursus-kursus yang telah dihadiri, dapat dihayati dan dipraktikkan sekurang-kurang pada diri sendiri. Ilmu dan kemahiran ini akan lebih bermakna jika kita dapat menggunakannya untuk tujuan membantu orang lain . Betapa besar ganjarannya di sisi Allah swt, jika dengan usaha yang kita lakukan, insan-insan lain di keliling kita dapat sama-sama melakukan kebaikan dan menjalani kehidupan dengan tenang. Oleh itu, rebutlah peluang ini untuk memberi sumbangan secara langsung walaupun sedikit, semoga amal sedikit yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan dengan niat untuk memberi manfaat kepada orang lain akan beroleh ganjaran yang besar.
SINERGI KAUNSELING ISU 03 / 2015
Mesyuarat Jawatankuasa AKRAB Bil. 2/ 2015
Antara ahli AKRAB yang menerima Pentauliahan
AKRAB di Majlis AKRAB Kebangsaan Tahun 2015
Para peserta Bengkel Pemantapan Kompetensi
AKRAB Tahun 2015
Para peserta Program Pembangunan Rakan Pembimbing Tahap 2 menjalankan
Corporate Social Responbility (CSR) di Asrama Bahagia, Kg. Pandan, Kuala Lumpur.
SINERGI KAUNSELING ISU 03 / 2015
ementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menganjurkan
Seminar Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dan
Mesyuarat Agung AKRAB NRE tahun 2015 pada 02 dan 03
September 2015 (Rabu dan Khamis) bertempat di Dewan Baiduri,
Wisma Sumber Asli. Seminar yang dianjurkan ini khusus kepada ahli
AKRAB NRE ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Azizan Bin Ahmad,
Ketua Setiausaha NRE yang melibatkan seramai 150 orang dari
Kementerian, Jabatan dan Agensi dibawahnya.
Penganjuran Seminar dan Mesyuarat Agung ini, merupakan
acara dwi tahunan dan merupakan platform untuk meningkatkan
pengetahuan dan kepakaran ahli AKRAB NRE serta berpeluang untuk
memperluaskan jaringan perhubungan sesama ahli AKRAB dibawah
naungan NRE. Dengan bertemakan “Transformasi di Era Globalisasi”
pada kali ini, objektif penganjuran bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada ahli AKRAB tentang cabaran yang mungkin dihadapi oleh AKRAB
dalam melaksanakan peranan mereka untuk menangani permasalahan
pegawai di peringkat jabatan masing-masing.
Dalam penganjuran seminar kali ini, telah diadakan penyampaian dua (2)
anugerah iaitu Anugerah AKRAB Gemilang bagi kategori Organisasi dan
Anugerah Utama bagi kategori personaliti. Penyampaian ini telah disempurnakan
oleh YBhg. Dato’ Azizan Bin Ahmad, Ketua Setiausaha NRE. Dengan adanya
pengiktirafan sebegini, diharapkan ahli AKRAB terus terdorong untuk
melaksanakan tanggungjawab sebagai rakan pembimbing demi melestarikan lagi
penyampaian perkhidmatan awam.
Kesimpulannya, penganjuran Seminar Rakan Pembimbing Perkhidmatan
Awam (AKRAB) dan Mesyuarat Agoug AKRAB tahun 2015 telah dapat
dilaksanakan dengan jayanya hasil usaha kerjasama semua pihak.
SINERGI KAUNSELING ISU 03 / 2015
A lam berada dalam spektrum warna biru
muda yang bersamaan dengan frekuensi
tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh
mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/
rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap
tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan
menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini
kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat
diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam
keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan
ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada
tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia
diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja
azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada
pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan
diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada
waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat
Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang
tidak optimum lagi.
enjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna
merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh
orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini
kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri
frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan
iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka
resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada
waktu ini (solat Maghrib dulu….) kerana banyak
interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang
boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf
dan tulang.
A pabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke
warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa
Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia
ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya
bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang
kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan
dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur
pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
S etiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan
perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap
melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna
alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat
dalam bidang fotografi.
K emudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum
warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur) Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
W arna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq &
dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan
masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan
dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai
rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang
selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali
dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Oleh: Pn. Sapuar binti Abdul Rahman
AKRAB JPS
SINERGI KAUNSELING ISU 03 / 2015