Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

55
ISU-ISU ETIKA DALAM KAUNSELING KUMPULAN 2

description

Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Transcript of Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Page 1: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

ISU-ISU ETIKA DALAM KAUNSELING

KUMPULAN 2

Page 2: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

ISMAIL B. MOHD HASSAN (817 895) MOHAMAD ZAMRI B. AHMAD (817915) MOHD HASRUL B. CHE PA (817956) ASUWAD B. ABDULLAH (817976) ROSMAWATI BT. ABD MAJID (817394) FAIRUZ AFZAN BT. MAT YUSOFF

(817894) NAJIHAH BT. BOHARI (817897)

Nama ahli kumpulan

Page 3: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Definisi etika secara umum

• Etika Mengikut Kamus (DBP):

Merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi membantu seseorang ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Menyentuh persoalan perlakuan betul dan salah.

• Etika Mengikut Tokoh:

Etika memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009).

Page 4: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

4 PRINSIP UTAMA ETIKA DALAM KAUNSELING(Pack-Brown & Williams, 2003)

Autonomi merujuk kepada syarat yang membenarkan klien untuk bebas

membuat pilihan.Bukan berbentuk kejahatan (nonmaleficence) merujuk kepada tindakan kaunselor untuk mengelak daripada

perkara-perkara yang membawa mudarat kepada klien.Kepatuhan merujuk kepada persetujuan limitasi perhubungan di antara kaunselor

dengan klien. Kebajikan merujuk kepada tindakan kaunselor untuk memberikan hasil yang

positif kepada klien.

Page 5: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

HUBUNGAN ANTARA KEFAHAMAN, KESEDARAN DAN AMALAN ETIKA KERAHSIAAN DALAM KALANGAN

KAUNSELOR MALAYSIA

DISEDIAKAN oleh :ismail b. mohd hassan

(817 895)

Page 6: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

BUTIR PERBINCANGAN

• Permasalahan – pelajar lebih suka pusat bimbingan terletak jauh dari bangunan pentadbiran dan bilik kaunseling selamat dan biliknya telap suara.

• Ianya dilaksanakan kajian terhadap kaunselor yang berdaftar atau tidak di seluruh malaysia terutamanya kaunselor di sekolah.

• Klien memerlukan keselesaan dan jaminan yang tinggi terhadap kerahsiaan sepanjang sesi kaunseling

• Kebanyakan kaunselor tidak memahami sebenarnya etika kerahsiaan.

Page 7: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

SAMB

• Pihak pengkaji telah mengambil 602 respondan sepanjang kajian.• Gabungan tiga faktor menjadi asas iaitu kefahaman terhadap undang-

undang, pengamalan dan kesedaran perlu digabungkan bagi mewujudkan tahap kerahsiaan yang tinggi.

• Kerahsiaan menjadi dilema kepada kaunselor jika terdapat klien yang ingin melakukan jenayah atau ugutan.

• Klien seorang yang lemah dan mudah dimanipulasi.• Kaunselor mesti mengetahui ‘do’ dan ‘don’t’ semasa melaksanakan

tugas.

Page 8: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

HASIL KAJIAN• Tidak wujud perhubungan yang signifikan antara kefahaman undang-

undang, kefahaman etika, kesedaran dan amalan kerahsiaan di kalangan kaunselor.

• Faktor ini disebabkan tahap pendidikan adalah setakat diploma dan kurang melaksanakan praktikum kaunseling.

• Kaunselor yang berkelulusan sarjana kurang memahami kod etika kaunseling dan garis panduan yg diterbitkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia dan PERKAMA.

• Kaunselor juga kurang pendedahan dalam latihan kaunseling dan kurang menghadiri kursus, ceramah, seminar, bengkel untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang kaunseling.

Page 9: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

CADANGAN

• Kajian lanjutan dilaksanakan untuk melihat kefahaman, kesedaran dan

keberkesanan amalam etika kerahsiaan dikalangan kaunselor di

Malaysia.

• Kajian tindakan bagi mengukur tahap (level) kefahaman, kesedaran

dan amalan etika kerahsiaan dikalangan pengamal-pengamal

kaunseling dipelbagai agensi kerajaan dan swasta di malaysia adakah

amalan kerahsiaan telah dilaksanakan dalam erti kata yang sangat

profesional.

Page 10: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

PENUTUP

• Kerahsiaan adalah menjadi satu faktor penting dalam etika kaunseling

bagi memberikan keyakinan kepada klien dan orang awam terhadap

kaunselor di malaysia. Bagi menggalakan lebh ramai pelajar/orang

awam mendapatkan perkhidmatan kaunselor maka tidak dapat tidak

etika kerahsiaan perlu di jadikan keutamaan oleh setiap kaunselor.

Page 11: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

KOMPETENSI DAN ASPEK ETIKA PROFESIONAL KAUNSELOR MASA DEPAN

oleh uman suherman as

disediakan oleh :mohamad zamri b. ahmad

(817 915)

Page 12: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Pengenalan

Perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat, kemajuan teknologi yang

tiada henti dan pengembangan seni serta aspirasi budaya memberi

peluang kepada golongan profesional kaunselor untuk berlanjutan

berkembang dan memajukan kerjaya lebih baik pada masa hadapan.

Kerjaya kaunselor merupakan kerjaya profesional yang kian

berkembang seiring dengan Sistem Pendidikan Nasional yang mulai

diterima oleh masyarakat dan pemerintah.

Page 13: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

• Belajar untuk tahu – dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, aplikasi, sintaksis, analisa & evaluasi.

• Belajar untuk melakukan – aspek pengetahuan & pemahaman tetapi sampai kepada kemampuan untuk melakukan sesuatu.

• Belajar untuk hidup bersama-sama dengan/lain-lain –pemahaman dan pengakuan atas kemampuan, kelemahan dan perbezaan dirinya dengan orang lain sehingga dalam kehidupannya berjalan seiring.

• Belajar menjadi – Kemampuan seseorang pada dasarnya merupakan modal untuk menjadi dirinya.

• Belajar untuk belajar – konsep belajar sepanjang hayat mengandungi makna proses pembelajaran akan terhenti sekiranya nyawa terpisah dengan badan.

• Mendekatkan diri kepada Allah Swt – Kehidupan di dunia harus dijadikan sebagai jalan untuk kehidupan di akhirat nanti.

Pemaknaan Life Skill dan Belajar Sepanjang Hayat

Page 14: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

• Kekuatan eksistensi suatu profesion bergantung kepada pengakuan dan kepercayaan masyarakat atau public trust (Biggs & Blocher, 1986) Masyarakat percaya bahawa layanan yang diperlukannya itu hanya dapat diperoleh dari kaunselor sahaja.

• Visi dan Misi kauseling yang ditunjangkan dengan sesebuah organisasi profesional dan perundangan yang semakin jelas sangat membuka peluang bagi profesion kaunselor untuk meningkatkan kualitinya secara berkelanjutan dan berkembang selaras dengan kemampuan profesional, dan kehendak dan tuntutan.

• Peningkatan kualiti profesional kaunselor secara berkelanjutan hendaknya terlihat dalam peningkatan : - Kerja yang Profesional, Penguasaan Pemahaman Profesional, Penguasaan Materi Akademik, Penguasaan Keterampilan Proses, Penguasaan Penyesuaian Interaksional,Kepribadian, Kreatif dan Peningkatan Kolaborasi.

Profesionalisasi dan Deprofesionalisasi Konseling

Page 15: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

• Kerja Profesional - Tinggi rendahnya kualiti profesional seorang kaunselor adalah yang selalu menjaga kualiti kerja dan nama baik peribadi dan profesional kerjanya

• Penguasaan Landasan Profesional – Pemahaman dan penghayatan mendalam seorang kaunselor mengenai sipat-sipat profesionalnay atau kepakaran di bidang kaunseling yang berkenaan sosial, budaya dan aspek psikologi

• Penguasaan Hal Akedemik – Penguasaan seorang kaunselor mengenai susuk tubuh disiplin ilmun kaunseling

• Penguasaan Proses Keterampilan - Mencakupi keterampilan-keterampilan khursus kerja profesional yang dimiliki seseorang kaunselor

Implikasi Pengembangan Profesion Kaunselor Masa Depan

Page 16: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

KesimpulanDengan dicantumkannya kaunselor sebagai salah satu tenaga pendidik pada

Rancangan Undang-Undang tahun 2002 tentang Sistem Pendidikan Nasional (SISDIKNAS) Pasal 1 ayat 13, merupakan salah satu indikator bahwa kaunselor sebagai salah satu profesion yang profesional mulai diterima masyarakat dan pemerintah. Oleh karena itu, tonggak yang bersejarah ini harus dimanfaatkan dan dijadikan landasan kuat dalam melakukan evaluasi diri sebagai bahagian dari keupayan membangun profesion yang profesional.

Orientasi kerja profesional tidak terlepas dari perkembangan kehidupan profesion masa lalu, sekarang dan masa depan. Perkembangan ilmu pengetahuan yang pesat, kemajuan teknologi yang tiada henti, dan pengembangan seni serta aspirasi budaya yang sentiasa berkembang, semuanya memberikan peluang bagi profesion kaunselor untuk secara berkelanjutan berkembang dan memperlihatkan kerja yang lebih baik, visi dan misi kaunseling yang ditunjang dengan sesebuah organisasi profesional dan perundangan yang semakin jelas sangat membuka peluang bagi profesion kaunselor untuk selalu meningkatkan kualitinya secara berkelanjutan dan berkembang selaras dengan kemampuan profesion.

Page 17: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Amalan Etika Kaunseling di Asia oleh Carl Liem

DISEDIAKAN OLEH :MOHD HASRUL B. CHE PA

(817 956)

Page 18: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

• Amalan kaunseling beretika yang diperkenalkan oleh amalan (Corey, Corey dan Callanan, 2003) adalah yang terbaik dan boleh dicontohi. Profesion sebagai kaunseling sudah lama terkenal di Amerika Syarikat, dan negara-negara British.

• Keputusan yang dibuat oleh kaunselor adalah berdasarkan kepada etika yang telah ditetapkan.

Amalan Etika Kaunseling di Asia oleh Carl Liem

Page 19: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

• Sebagai contohnya di Amerika Syarikat telah ditetapkan beberapa kod etika yang sesuai untuk kes-kes yang tertentu seperti:

psikologi kaunseling / klinikal / sekolah (American Psychological Association, 2002)

Perkahwinan dan Terapi Keluarga (Persatuan Terapi Perkahwinan dan Keluarga Amerika, 2001)

kaunseling sekolah (American School Counselor Association, 1998) dan

kaunseling kesihatan mental (Persatuan Kesihatan Mental Kaunselor Amerika, 2000)

Page 20: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

• Persatuan Kaunseling Profesional memperkenalkan kod-kod etika ini yang mencerminkan prinsip etika asas, terutama dihuraikan oleh Kitchener (1984) dan Meara, Schmidt dan Hari (1996) iaitu:

Autonomi Tidak cedera Keadilan Kesetiaan Kebenaran

Page 21: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Prinsip autonomi adalah menggalakkan pelanggan menceritakan mengenai dirinya secara sukarela dan berdasarkan kehendak pelanggan itu sendiri.

Prinsip tidak mencederakan klien dalam Persatuan Profesional Kaunseling Hong Kong (ND) Kanun Kelakuan, kaunselor perlu mengelakkan menjalinkan hubungan diluar konteks sebagai kanselor dan menjaga tatasusila sebagai seorang kanselor dengan pelanggan.

Keadilan merujuk kepada memberikan rawatan kepada semua orang, tidak kira penduduk seperti umur, jantina, bangsa, latar belakang budaya, kecacatan, status sosio-ekonomi, latar belakang dan agama.

Page 22: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Kesetiaan merujuk kepada kejujuran dan memenuhi komitmen kepada pelanggan.

Kebenaran merujuk kepada realistik dengan pelanggan.

• Menurut laporan dalam isu ini penulis, telah membangunkan kod profesional etika kaunseling di Hong Kong, Korea dan Singapura. Kebanyakan norma etika adalah pada tahap yang telah ditetapkan berdasarkan kesesuaian silang budaya utama atau penyesuaian Amerika Syarikat Chen (2003) menyediakan kod taksiran etika barat Taiwan/masyarakat Cina.

Page 23: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

KESIMPULAN

Semua aspek isu-isu yang dibincangkan dalam artikel ini

menggambarkan kumpulan itu tidak membahayakan, malahan

bermanfaat. Prinsip-prinsip autonomi, kesetiaan, keadilan dan

ketepatan yang merupakan prinsip-prinsip etika asas (Kitchener,

1984; Meara et al, 1996). Walaupun setiap artikel memberi

tumpuan kepada kebimbangan yang berbeza, menghadapi

pembangunan industri di negara-negara masing-masing, namun

secara kolektif, penulis ingin mendedahkan berkenaan tentang

tanggungjawab moral kaunselor psikologi.

Page 24: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

TAYANGAN VIDEO

Page 25: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

ETIKA DAN GARISPANDUAN PERKHIDMATAN E-KAUNSELING

Disediakan oleh :MOHD HASRUL B. CHE PA

(817 956)

Page 26: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

ETIKA DAN GARISPANDUAN PERKHIDMATAN E-KAUNSELING

• Perkhidmatan e-kaunseling ini telah mendapat sambutan tetapi sejauh mana perkhidmatan ini memberi perkhidmatan kaunseling yang sebenar walaupun melalui medium internet tidak dapat dipastikan. Bagaimana klien dapat memastikan mereka mendapat perkhidmatan yang berkualiti dari kaunselor bertauliah.

• Pada lewat 1990, satu Institut untuk menjalankan kajian dan penawaran perkhidmatan e-kaunseling telah ditubuhkan. Institut yang beroperasi di Amerika Syarikat iaitu International Society of Mental Health Online (ISMHO) bertanggungjawab menjalankan kajian, pemantauan dan penggubalan etika dalam menjalankan perkhidmatan e-kaunseling (Chester & Glass, 2006; Fenichel et al, 2002; Griffith & Cooper, 2003).

Page 27: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

• Dengan penubuhan institut ini kawalan kualiti ke atas perkhidmatan e-kaunseling dapat dipastikan dengan pematuhan kepada etika dan garispanduan yang telah ditetapkan oleh ISMHO.

• Antara pertubuhan dan badan kaunseling yang mengeluarkan etika dan garis panduan perkhidmatan e-kaunseling ialah American Psychological Association (APA), National Board for Certified Counselors (NBCC), British Association for Counselling and Psychotherapy (BACP) dan Lembaga Kaunselor Malaysia.

Page 28: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

• Lembaga Kaunselor Malaysia  Kepesatan perkhidmatan kaunseling secara maya ini juga

mendapat perhatian di negara kita. Lembaga Kaunselor sebagai organisasi yang memantau perkhidmatan kaunseling di Malaysia juga telah mengeluarkan “Kod Etika Perkhidmatan Kaunseling Secara Talian” sebagai panduan pengamal e-kaunseling khusus di Malaysia (Amir Awang, 2006).

• Universiti Sains Malaysia Malah Universiti Sains Malaysia telah mengeluarkan

“Kod Etika Kaunseling Online Universiti Sains Malaysia” (Zaida Nor, 2006). Kod etika ini digubal kerana universiti ini menawarkan perkhidmatan e-kaunseling kepada pelajar-pelajarnya. Penggubalan kod etika ni bagi membantu kaunselor terlatih dan kaunselor pelatih di universiti berkenaan menjalankan perkhidmatan e-kaunseling di laman web rasmi mereka.

Page 29: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

KOD ETIKA KAUNSELOR SEBAGAI PANDUAN :

KOD ETIKA KAUNSELOR JAMAICAOLEH JASON WYNTER

DISEDIAKAN OLEH :ASUWAD B. ABDULLAH

(817 976)

Page 30: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

PENGENALANPersatuan Kaunselor Bimbingan dan Pendidikan Jamaica adalah sebuah organisasi profesional yang misinya adalah untuk: Memudahkan pembangunan ekonomi, intelektual dan perkembangan kerjaya kaunselor bagi menggalakkan penyampaian perkhidmatan kaunseling yang cekap kepada institusi pendidikan dan kepada masyarakat .İanya berasaskan :(Perlembagaan JAGCE: Perkara 1. Seksyen 2, Perkara 6) JAGCE (Jamaica Association of Guidance Counsellors in Education)

İsu-isu Etika Dalam Kaunseling

Page 31: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

(1) TANGGUNGJAWAB UNTUK DIRI:

Kaunselor hendaklah menyedari kebolehan dan kecekapan diri mereka sendiri.

Kaunselor hendaklah mengelakkan diri daripada menjalankan apa-apa kegiatan yang menjejaskan profesinalisme sebagai seorang kaunselor serta membahayakan diri serta klienya.

Kaunselor hendaklah menyedari had kesabaran serta tahap emosinya dan perlu mendapatkan khidmat kaunseling jika menhadapi masalah.

Kaunselor hendaklah bersedia untuk merujuk kes-kes di luar kawasan jagaan beliau . Ia adalah tanggungjawab kaunselor untuk berkerjasama dengan agensi-agensi awam dan swasta yang sedia ada, yang boleh digunakan sebagai sumber-sumber lain bagi membantu klien.

Page 32: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

(2) TANGGUNGJAWAB UNTUK PROFESSION: Berkelakuan serta beretika sebagai kaunselor yang baik supaya memperolehi kredibility serta pandangan yang mulia daripada orang lain. Tidak menjamin penyelesaian yang mudah atau hasil yang baik hasil daripada proses kaunseling. Sedar bahawa maklumat yang diperolehi adalah rahsia dan boleh dikongsi dengan pihak tertentu diatas kebenaran pihak ibu-bapa atau pelajar/klien itu sendiri.

(3) TANGGUNGJAWAB KEPADA RAKAN SEKERJA:Mewujudkan dan mengekalkan hubungan profesional melalui rangkaian. Merawat rakan sekerja secara profesional. Menyedari dan mematuhi kewajipan mereka seperti yang digariskan dalam perlembagaan JAGCE.

(4) TANGGUNGJAWAB KEPADA PELAJAR: Melayan semua pelajar dengan adil, hormat, saksama dan bijaksana tanpa menjejaskan bangsa, agama atau status sosio-ekonomi ibu bapa dan pelajar. Kaunselor perlu mengelakkan diri daripada tindakan memberi hukuman (punisment) dalam proses kaunseling.

Page 33: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

(5) TANGGUNGJAWAB UNTUK PROFESIONAL LAIN: Berkongsi maklumat dengan keizinan pelanggan, bersama dengan ahli profesional yang lain dan membangunkan pemahaman yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan atau konflik. Menggalakkan kesedaran dan pematuhan kepada garis panduan yang sesuai mengenai kerahsiaan.

(6) TANGGUNGJAWAB KEPADA IBU BAPA: Bekerjasama dengan ibu bapa untuk kebaikan klien/pelajar itu. Menghormati tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra diantara ibu bapa dan anak-anak dirumah. Menilai maklumat yang diterima daripada ibu bapa.

(7) TANGGUNGJAWAB KEPADA KOMUNITI SEKOLAH:Menggunakan khidmat semua guru yang ada dan kakitangan lain yang mungkin dapat membantu para pelajar. Memudahkan guru dan kaunselor lain kepada akses semua data terkumpul kecuali rekod sulit. Merekodkan disiplin, tingkah laku dan emosi klien dalam fail sulit, mengasingkan daripada fail terbuka.

Page 34: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

(8) KERAHSIAAN: Maklumat sulit boleh diberikan kepada profesional yang berkelayakan dengan persetujuan klien atau ibu bapa. Kaunselor dipertanggungjawapkan terhadap kerahsiaan kerana dikhuatiri orang lain mempunyai pengetahuan yang sama. Maklumat sulit boleh didedahkan kepada kaunselor lain bagi tujuan mencari penyelesaian contohnya seperti klien ingin bunuh diri.

JAWATANKUASA ETIKA JAGCE (Jamaica Association of Guidance Counsellors in Education) bertanggungjawab mendidik dan berunding dengan ahli mengenai etika.

Jawatankuasa ini daripada masa ke semasa akan mengkaji dan mencadangkan perubahan yang dianggap perlu kepada kod etika di samping memproses soalan,

menjelaskan permohonan dan pengendalian yang didakwa melanggar etika kaunselor.

Page 35: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

JOURNAL OF TROPICAL MEDICINE :PRINSIP ETIKA BIMBINGAN DAN

KAUNSELINGOLEH ALOKAN

disediakan oleh :ROSMAWATI BT ABD MAJID

Page 36: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

PENGENALAN

MAKNA ETIKA OLEH AKINADE(2005) – prinsip

moral kawalan yang mempengaruhi kelakuan

manusia

MAKNA ETIKA OLEH ALUEDE ET.AL (2004)

-khidmat kaunseling yang merupakan

perkhidmatan penghantaran pendidikan

MAKNA ETIKA OLEH OMOTOSE(2008)-merupakan ciri

profesional yang meluas kepada profesion

kaunselor

Page 37: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

ETIKA BIMBINGAN

DAN KAUNSELING

BERBUAT BAIK PD IND LAIN

TAAT SETIA DAN JUJUR

HORMAT DENGAN HAK ORANG LAIN

ADIL/SAMA RATA

BERCAKAP BENAR

Page 38: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

KUALITI PERSONAL KAUNSELO

R

EMPATI

IKHLAS

CAKAP BENAR

KETAHANAN

HORMAT

KEMANUSIAAN

KECEKAPAN

KEADILAN

BIJAKSANAMEMBERI

GALAKKAN

Page 39: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

KESIMPULAN

-KOD ETIKA KAUNSELING AMAT PENTING DALAM PROFESION SEBAGAI SEORANG KAUNSELOR

-PENETAPAN KOD ETIKA BIMBINGAN DAN KAUNSELING DITERAPKAN BAGI MEMASTIKAN PROSES BIMBINGAN KAUNSELING DIJALANKAN MENGIKUT STANDARD YANG TELAH DITETAPKAN

Page 40: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Amalan-Amalan Serta Peranan Dan Tanggungjawab Kaunselor Di SekolahOLEH ZURAIMEY, NAJIB & SHARIF

DISEDIAKAN OLEH :FAIRUZ AFZAN BT MAT YUSOFF

(817 894)

Page 41: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

• Perkhidmatan kaunseling di negara ini bermula secara formal pada tahun 1960an

• Pada tahun 1969, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama UNICEF telah mengambil langkah melatih 275 orang guru sekolah menengah.

• Pada tahun 1984 KPM telah mengeluarkan sebuah buku Panduan Perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah menengah, ekoran daripada timbulnya pelbagai persoalan tentang isu-isu cabaran dan etika dalam perlaksanan kaunseling keluarga di peringkat sekolah.

Page 42: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

• Antara etika bimbingan kaunseling yang harus ada pada seorang kaunselor sekolah seperti mana yang telah digariskan oleh American School Counselor Association (ASCA) adalah:

I. Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungan dengan dunia sosial dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami sikap, minat, bakat, kebolehan, peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri dan hubungan-hubungan di antara yang tersebut di atas.

II. Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat keputusan sendiri.

III. Menentukan untuk memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psiko-sosial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.

Page 43: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Isu-Isu Yang Timbul Dalam Menjalankan Kaunseling Keluarga Di

Sekolah• penerimaan klien terhadap kes yang dihadapi, di mana klien

tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka mempunyai masalah.

• Karenah birokrasi yang menyukarkan kaunselor untuk membuat rujukan kes, apabila timbul kes-kes yang memerlukan rujukan kepada yang lebih pakar.

• Penerimaan keluarga yang tidak dapat menerima kenyataan tentang masalah yang anak-anak mereka lakukan.

• Isu kerahsiaan di mana kaunselor tidak pandai simpan rahsia, setiap kes yang dihadapi klien hendaklah disimpan dan dijaga dengan baik.

Page 44: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Cara Mengatasi masalah yang dihadapi

• Mendedahkan pelajar dengan pendidikan kekeluargaan, psikososial, dan kesihatan mental.

• Kaunselor mengadakan sesi perbincangan di rumah bersama-sama dengan ibu bapa pelajar, melalui ini kaunselor akan dapat melihat situasi yang sebenar.

• Menjalinkan hubungan silatulrahim yang lebih erat dengan keluarga pelajar yang bermasalah.

• Menekankan etika kerahsiaan dalam menjalankan sesi

Page 45: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Kesimpulan

• Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan institusi sekolah juga ada mengadakan sesi kaunseling keluarga. Peratusan kejayaan keseluruhan ialah sebanyak 50%, manakala 50 % lagi adalah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh kaunselor dalam menghadapi kes-kes yang diterima. Ekoran ini, dalam menjayakan sesuatu sesi kaunseling keluarga di sekolah, seseorang kaunselor itu haruslah mempunyai pengetahuan yang cukup tentang peranan kaunselor dan etika bimbingan kaunseling agar dapat menjalankan sesi dengan lebih kreatif dan berkesan.

Page 46: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

MODEL PEMBUATAN KEPUTUSAN BERETIKA UNTUK KAUNSELOR KRISIS

OLEH KARIN JORDAN

DISEDIAKAN OLEH :NAJIHAH BT BOHARI

(817 897)

Page 47: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

• Membantu kaunselor krisis menghadapi situasi bekerja ketika semasa dan selepas situasi bencana.

• Kaunselor krisis membuat keputusan beretika dgn merujuk kod etika Kaunseling Amerika iaitu menyediakan prinsip-prinsip etika & piawaian etika untuk kaunselor krisis sbg rujukan yang mereka boleh nilai ketika melakukan kaunseling krisis.

• Tetapi kod ini tidak boleh selesaikan isu-isu etika atau menguasai kerumitan yang terlibat dalam kaunseling krisis ketika situasi bencana.

• Terdapat 10 langkah etika membuat keputusan bagi kaunselor krisis mengikut kod etika Persatuan Kaunseling Amerika.

Page 48: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Kenal pasti etika dalam

konteks bencana

•Kaunselor krisis akan kenal pasti dilemma yang beliau hadapi, yang mungkin kpd peristiwa bencana seperti lokasi.

•Melibatkan situasi menyediakan kaunseling krisis di negara lain, dengan pelbagai budaya, nilai agama dan sebagainya.

Menganggap kepercayaan,

nilai, kemahiran & pengetahuan sbg peribadi diri

•a) Kaunselor krisis perlu nilai sama ada beliau ada keupayaan untuk tangani tekanan, konflik & emosi mereka sendiri agar dapat dikawal tanpa menganggu tumpuan & tindakan mereka yang berorientasikan kepercayaan, pengetahuan & kemahiran.

•b)Kepercayaan & nilai •c)Pengetahuan & kemahiran

Mengenal pasti kod

etika yang terlibat

•Kaunselor krisis perlu biasakan diri dengan kod etika Persatuan Kaunseling Amerika yang telah disediakan.

•Berfungsi sebagai satu lagi sumber untuk mengenalpasti kod-kod yang telah memberi kesan.

Page 49: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Menentukan perangkap

beretika yang mungkin

•Terdapat beberapa perangkap yang kaunselor krisis mungkin berjuang dengan & perlu menilai untuk memastikan mereka tidak menganggu pembuatan keputusan beretika.

Merangka jawapan awal

•Kaunselor krisis akan membangunkan respon awal bagaimana untuk tangani keadaan selepas kenal pasti peribadi diri kemahiran, pengetahuan & nilai-nilai selain mempunyai kod etika Persatuan Kaunseling Amerika yang digunakan pada perangkap etika.

Mempertimbangkan sebarang

akibat

•Kaunselor krisis akan nilai, gunakan paparan eco-sistemik & apa akibat awal keputusan etika tersebut serta mungkin perlu dihadapi kaunselor krisis lain dan responden pertama.

Page 50: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Kaunselor krisis sediakan 1 resolusi yang

beretika

•Dibuat selepas kaunselor krisis menilai semua akibat & menentukan akibat daripada pembuatan keputusan beretika adalah demi kepentingan individu, keluarga & masyarakat yang terjejas akibat bencana .

Mendapatkan maklumbalas atau nasihat

•Mendapatkan maklumbalas atau nasihat dari kaunselor krisis lain selepas membuat resolusi.

•Jika perlu, kuanselor krisis akan berunding dengan agensi-agensi / organisasi tempatan & bekerjasama dengan mereka.

•Mereka mungkin memilih untuk berunding dengan pertubuhan bantuan yang hantar mereka untuk bencana.

Mengambil tindakan •Jika tiada sebarang kebimbangan disuarakan selepas berunding dengan

perunding kaunselor krisis, beliau akan bertindak mengikut keputusan etika yang dibuat.

Page 51: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Semakan keputusan

•Kaunselor krisis perlu menilai hasil kajian daripada keputusan itu.•Mempunyai keinginan untuk belajar daripada proses serta

meningkatkan usaha membuat keputusan beretika pada masa hadapan.

•Proses ini termasuklah mendapatkan maklum balas atau mengkaji keputusan etika individu, keluarga & masyarakat yang terjejas akibat bencana.

•Maklumat perlu dikumpul daripada agensi atau organisasi yang bekerjasama dengan mereka.

Page 52: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

TAYANGAN VIDEO

Page 53: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

Kesimpulan

• Model sepuluh langkah yang direka oleh Karin Jordan merupakan poses bagi memudahkan kaunselor krisis membuat keputusan yang beretika dalam sebarang situasi melibatkan kaunseling krisis.

• Proses ini turut membantu seseorang kaunselor krisis membuat keputusan beretika berasaskan kod etika Persatuan Kaunseling Amerika.

• Penting untuk diingati oleh kaunselor krisis kerana mereka bertindak balas terhadap bencana yang berlaku dalam dan di luar negara Amerika Syarikat.

• Namun, kod ini tidak menjamin tingkah laku beretika dan selesaikan semua masalah yang dihadapi kaunselor krisis atau selesaikan kerumitan yang berlaku semasa dan selepas bencana.

Page 54: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

PENUTUP• Secara keseluruhannya, etika dalam profesion kaunseling

adalah sangat penting dalam diri seorang kaunselor. Sebagai kaunselor, seseorang itu perlu sentiasa bersedia untuk melakukan kaunseling.perkhidmatan kaunseling tidak akan mencapai taraf profesional sekiranya kaunselor tidak bersandar kepada kod-kod etika yang ada bertujuan mengawal tingkah laku ahlinya.

• Kemasukan ke dalam keahlian keprofesionalisme kaunseling memerlukan masa dan latihan yang khusus. Selain itu, sepanjang berkerjaya sebagai seorang kaunselor, ahli dalam profesion tersebut akan sentiasa mengambil langkah positif untuk mempertingkatkan kemahirannya dengan teknik, penyelidikan dan penyertaan ahli-ahlinya.

Page 55: Isu-Isu Etika Dalam Kaunseling

rujukan

• http://jhcd.utem.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=134&Itemid=80

• http://file.upi.edu/Direktori/JURNAL/EDUCATIONIST/Vol._I_No._1- Januari_2007/5._Uman_Suherman.pdf

• http://hkier.fed.cuhk.edu.hk/journal/wp-content/uploads/2009/10/ajc_v10n1_1-10.pdf

• http://e-kaunseling.50webs.com/ETIKA.pdf• http://jagce.org/CodeOfEthics• http://www.medwelljournal.com• http://

eprints.utm.my/1480/1/ZuraimeAhmad2008AmalanPerananTanggungjawabKaunselorSekolah.pdf

• http://counselingoutfitters.com/vistas/vistas10/Article_89.pdf